RAKYAT MARHAEN |
- Penswastaan MAS: Tun M digesa sedar kesilapan lalu
- U.S. companies lobby to keep aid flowing Egypt
- Sebab utama Dr Morsi di gulingkan ?
- Mesir Berdarah: Di mana walid?
- Apa bezanya Arab sekarang dengan Arab dulu?
- Penyokong kerajaan Kelantan dan pemimpinnya: Jawapan saya
- Scorpene: Soalan menjurus siasatan bawah Akta Hasutan - Nurul
- Hakim jaga amanah, jangan berpihak kepada sesiapa – Abdul Kadir
- Militan bunuh 24 polis Mesir di Sinai...!!!
- Mesir Berdarah: Peguam umum Mubarak akan dibebaskan oleh Regim Zionis As Sisi
- Polis Mesir bunuh 36 tahanan
- Lensa: Demontrasi Menentang Keganasan Tentera Zionis As Sisi Di Seluruh Pelusuk Dunia
- Egypt: The final days of an activist
- KEADILAN: Mansuh PTPTN, bukan senaraihitam peminjam.....PTPTN KAN ADO.....!!!
- Kalau dengar nasihat Dr M, UMNO itu pelindung Melayu, dunia akhirat
- Mahathir ingat Umno saja boleh majukan negara
- Pengkhianat Negara: Harga perlu dibayar beri kewarganegaraan untuk undi
- Foreign media comes under scrutiny in Egypt
- Bernard Smith with latest developments from Egypt
- US, EU Review Aid As Egypt Mulls Mubarak Release
- Activist: U.S. aid used against Egyptians
- U.S. reviews economic assistance in Egypt
- The Stream - Egypt's growing divide
- IKLAN RAYA PTPTN 2013- PTPTN KAN ADO...!!! HA HA HA UTK CCRIS...
- Egypt: Eyewitness claims dead detainee's bodies show torture signs
Penswastaan MAS: Tun M digesa sedar kesilapan lalu Posted: 19 Aug 2013 08:21 PM PDT | |
U.S. companies lobby to keep aid flowing Egypt Posted: 19 Aug 2013 06:07 PM PDT | |
Sebab utama Dr Morsi di gulingkan ? Posted: 19 Aug 2013 05:27 PM PDT Rupanya mereka yang menjatuhkan Morsi dan menentang Ikhwanul Muslimin adalah geng2 Hosni Mubarak. Sekarang raikan hadiah masing masing. Hosni dah bebas. Semoga Allah memberikan ketabahan dan kemenangan kepada rakyat Mesir tertutama kepada para pejuang kebenaran dan keadilan, sesungguhnya kebenaran dan keadilan itu akan tetap menang akhirnya! Hosni Mubarak Akhirnya Dibebaskan Dari Penjara Mantan Presiden Mesir Husni Mabarak dibebaskan dari penjara. Pembebasan tersebut berlaku di saat kekecohan politik di Negeri Piramid tersebut. Diktator yang berkuasa selama 30 tahun itu menghirup nafas lega, Isnin (19/8) waktu tempatan. New York Times menyatakan, pembebasan tersebut berdasarkan atas keputusan Mahkamah Agung di Ibu Kota Kaherah. | |
Mesir Berdarah: Di mana walid? Posted: 19 Aug 2013 05:23 PM PDT "Jika kau digelar Islam, mengaku ALLAH itu satu, jangan berani tenung wajahku. Aku menjaga auratku dan kau perlu menghormati auratku juga. Jika dahulu aku menghormati sebagai penjaga negara tetapi kini kau selayaknya ku pandang seperti anjing!" kata Sarah Muahammad Ali Muhammad Ibrahim ke arah seorang anggota tentera di luar perkarangan hospital berhampiran Dataran Ramsis. Bagi memenuhi amanah ibunya, dia bersama akhun kabir abang yang sulung Umar, kawan ayah Dr Ahmad dan seorang sahabat Rasya pergi menggadai nyawa untuk mencari jenazah ayahnya. Di sebabkan bilangan kematian mencecah ratusan nyawa mereka berpecah untuk mencari mayat ayah dari masjid ke hospital hinggalah di tepi-tepi jalan. Tiada istilah penat. Setiap kali terpandang wajah cengil askar atau polis setiap kali itulah dia berasa ingin menunjal kepala mereka. Dendam kesumatnya membuak, gelora kemarahan bagaikan api menyala. Ahhhhh, bertapa hancur luluhnya perasaan dan sakitnya hati apabila terhidu bau mayat. Dia berseorangan terpaksa membelek setiap satu tubuh kaku itu dan cuba untuk mengenal pasti tanpa pertolongan sesiapa. Sara kemudiannya menelefon antara satu sama lain manalah tahu kalau-kalau pencarian dari selepas solat Subuh berhasil. "Helo Dr Ahmad. Awak sudah jumpa walid?" "Belum lagi, awak?" | |
Apa bezanya Arab sekarang dengan Arab dulu? Posted: 19 Aug 2013 05:20 PM PDT A Kadir JasinAda pembahas meminta pandangan saya mengenai pergolakan berdarah di Mesir. Saya sengaja tidak mengulas sebab saya rasa tidak cukup memahami minda dan tabiat orang Arab. Saya dilahirkan dalam suasana yang mengajar saya menghormati orang Arab "atas sebab-sebab agama". Antaranya kerana mereka lebih awal Islam daripada kita. Al-Quran dan Hadis banyak menceritakan mengenai akhlak orang Arab. Saya tidak perlu mengulangi atau mengulasnya. Secara ringkas dan rambang, berikut adalah pendapat dan pemerhatian saya berkaitan krisis di Mesir, khasnya, dan dunia Arab amnya:- 1. Pemerintahan demokrasi bukan kekuatan orang Arab. Dua sistem pemerintahan yang lazim di dunia Arab adalah sistem raja dan republik. Persamaan kedua-dua sistem itu adalah mereka bergantung kepada angkatan tentera yang kuat sebagai kunci kuasa. 2. Angkatan tentera di majoriti negara Arab adalah sebahagian daripada sistem politik. Banyak pemimpin dunia Arab yang berjaya membawa ketenteraman dan kemajuan kepada negara adalah daripada kalangan tentera atau yang mendapat sokongan tentera. 3. Sistem raja dan tentera kukuh dan kuat dalam era Perang Dingin apabila Blok Barat dan Komunis memecahkan dunia Arab ke dalam sfera pengaruh masing-masing. Negara beraja mirip kepada Barat manakala republik mirip kepada Kesatuan Soviet. 4. Keruntuhan empayar komunis dan dominasi oleh Barat membawa idea baru ke dunia Arab iaitu demokrasi yang asing bagi majoriti orang Arab. 5. Barat mahu mendemokrasikan dunia Arab, tetapi majoriti gerakan politik yang bergiat secara haram atau dengan dikawal ketat pemerintah adalah anti-Barat. Kebanyakan mereka berpaksikan ideologi agama seperti Ikhwanul Muslimin di Mesir atau atas landasan puak seperti di Iraq, Syria dan Lebanon. 6. Di Mesir, Ikhwanul Muslimin bermula pada tahun 1928 - sejak zaman Mesir di bawah pemerintahan raja lagi – dan berkembang ke banyak negara Arab walaupun ditekan dan dimusuhi. Banyak pemimpinnya dibunuh, dipenjarakan dan dibuang negeri. Ia kekal sebagai gerakan politik dan sosial dunia Arab sampai ke hari ini. Read More / Baca Lagi >> | |
Penyokong kerajaan Kelantan dan pemimpinnya: Jawapan saya Posted: 19 Aug 2013 05:18 PM PDT Prof Dr Mohammad Agus YusoffPosting saya mengenai ketiadaan keghairahan baru kerajaan Kelantan mendapat reaksi yang pelbagai dari kawan dan juga kepimpinan kerajaan negeri. Menariknya dengan reaksi itu ialah saya baru bergendang, tetapi mereka sudah kelam kabut menari. Disebabkan kelam kabut itu, maka tarian mereka sumbang, terpesong dari gendang yang saya palu. Sekiranya saya bertanya lagi, kenapa menari sumbang, maka saya sudah boleh jangka jawapannya adalah kerana 'mereka menari di padang yang tidak rata.' Aduh! Membacanya saya gembira kerana respons mereka menunjukkan satu perkara: kita semua peka kepada pembangunan Kelantan, cuma dengan dengan pandangan yang berbeza. Dari semua pandangan itu, saya terlebih dahulu ingin menjawab komen kawan-kawan, khususnya tentang: (i) adakah saya orang Datuk Husam Musa?, (ii) sejauh manakah saya rapat dengan Datuk Husam?, dan (iii) apa yang saya perolehi dari Datuk Husam Musa? Saya hairan, apa kaitan saya dengan Datuk Husam? Saya mengenali beliau seperti mana saya mengenali pemimpin PAS yang lain. Mengapa baru ditimbulkan soal Datuk Husam? Yang saya timbulkan dalam tulisan saya bukan soal Datuk Husam. Apa yang saya persoalkan dalam tulisan saya ialah pembangunan projek lebuh raya rakyat dan stadium serta bekalan air untuk rakyat. Ini kerana berkebetulan pada waktu itu ramai rakyat Kelantan yang pulang berhari raya, maka saya kasihan melihat mereka terpaksa melalui jalan yang sesak dan menghadapi masalah air bersih untuk minum dan mandi. Persoalan berapa yang saya perolehi dari Datuk Husam adalah komen yang kurang wajar kerana adakah serendah itu kita melihat kredibiliti dan integriti saya dan Datuk Husam? Jika pun ada dalam kalangan kita yang tidak setuju dengan Datuk Husam, saya fikir Islam tidak mengajar kita untuk turun darjat serendah itu. Sebab itulah dalam kita melontarkan sesuatu—seperti juga saya, kita mesti selalu waspada dengan kenyataan yang hendak dibuat, apalagi jika kita mendokong prinsip dan tatasusila Islam. Kalau kita pendokong Islam, ingatlah juga dosa pahala dalam politik, takut-takut nanti kita terfitnah saudara sendiri. Mengapa saya timbulkan persoalan lebuh raya rakyat dan lainnya? Saya timbulkan pertanyaan ini kerana ini adalah projek kerajaan negeri yang dijanjikan sebelum pilihan raya. Saya tidak persoalkan sumber kewangan untuk membina lebuh raya rakyat, pembangunan stadium dan bekalan air kerana kesemua ini adalah janji yang dibuat oleh kerajaan negeri. Dan kerajaan negeri sendiri sudah melancarkan projek ini dengan siap mengutip dermanya sekali. Tiada kaitan saya dengan Datuk Husam dalam soal ini. Prinsipnya walaupun projek ini dahulunya adalah idea Datuk Husam, tetapi yang turut bersetuju untuk mewar-warkan projek ini adalah kerajaan negeri. Maka dalam soal ini, prinsip 'tanggungjawab bersama' terpakai yang semestinya tanggungjawab ini dipikul oleh kerajaan sekarang selepas Datuk Husam tidak lagi berada di dalam kerajaan. Mengapa perlu dijadikan isu sangat dengan Datuk Husam? Bukankah beliau juga adalah pemimpin PAS, malah Naib Presiden PAS lagi? Atau apakah dalam kepimpinan PAS negeri sekarang ini ada masalah dalaman sehingga saya pula cuba dikaitkan dengan masalah dalaman politik itu. Tulisan saya adalah untuk rakyat Kelantan, untuk negeri saya. Saya senang jika rakyat kelantan senang dan negeri saya membangun. Itulah sahaja yang mampu saya lakukan, iaitu memainkan peranan saling mengingatkan. Ada juga menyatakan saya gila pembangunan dunia semata-mata. Apa yang penting, kata sahabat FB saya ialah keperluan akhirat yang dibawa oleh PAS. Jadi, mengapa saya persoalkan kepimpinan PAS? Saya tidak membantah soal ini, cuma saya yakin pembangunan dunia dan akhirat kita carilah bersama dan serentak. Bukannya bermakna apabila kita bercakap soal pembangunan dunia, maka kita lupa tentang akhirat sehingga lupa Allah dan tidak solat. Read More / Baca Lagi >> | |
Scorpene: Soalan menjurus siasatan bawah Akta Hasutan - Nurul Posted: 19 Aug 2013 05:15 PM PDT Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar menyifatkan soalan polis menjurus kepada cubaan mengaitkannya supaya disiasat dibawah Akta Hasutan. "Polis menghubungi saya sebelum dan selepas Hari Raya untuk memastikan saya hadir. Saya tiada masalah memberi kerjasama. "Apa yang dikesalkan niat tidak baik polis untuk memastikan saya dikaitkan dengan Akta Hasutan," kata Nurul Izzah. Siasatan berhubung ucapannya di majlis makan malam Suaram bagi mengumpul dana kes mahkamah di Perancis, berkaitan kes pembelian dua kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia pada 2002. Ia berdasarkan laporan polis dibuat pengerusi Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwandin Hamzah. "Berkali-kali saya bertanya pengawai penyiasat. Adakah saya disiasat bawah Akta Hasutan? "Sebagai seorang yang disyaki atau hanya seorang saksi? "Malangnya tidak dijawab," ujarnya selepas siasatan di ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, 17 Ogos lalu. Jelas Izzah, apa yang berlaku menunjukkan Akta Hasutan digunakan terhadap ahli politik Pakatan Rakyat atau aktivis yang membangkitkan skandal rasuah pemimpin Umno-BN. "Kerajaan dan polis tidak sepatutnya menghalang sesiapa membangkitkan skandal rasuah termasuklah pembelian kapal selam Scorpene," ujarnya. | |
Hakim jaga amanah, jangan berpihak kepada sesiapa – Abdul Kadir Posted: 19 Aug 2013 05:14 PM PDT Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman tidak menolak kemungkinan wujud penolakan petisyen mahkamah pilihan raya sebagai 'tidak betul'. "Kadang-kadang keputusan dibuat itu tak betul. Kita kena tengok alasan yang dia (mahkamah) bagi, betul ke tidak," katanya kepada Keadilandaily. Kadir menjelaskan, prosedur mahkamah pilihan raya begitu pantas bertujuan mengelakkan kes tertangguh ke pilihan raya berikutnya. "Perkara ini sangat teknikal (kerana) peraturan dah macam itu. Ini kes pantas. Kita (mahkamah) pergi kepada substance (hujah). "Kalau salah sahaja, 'TKO' (ditolak)," kata Kadir merujuk kesilapan peguam, antaranya sekecil kesalahan mengisi borang petisyen. Namun katanya, penghakiman mahkamah pilihan raya wajar memberi ruang kedua pempetisyen. "Pastikan ada hak merayu," kata Kadir yang berkhidmat hampir 40 tahun dengan kerajaan. Abdul Kadir sebelum ini mengejutkan negara selepas pilihan raya umum lalu apabila menerima pencalonan Pakatan Rakyat untuk menjadi Speaker Dewan Rakyat. Beliau juga pernah menjadi penasihat Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Majlis Penasihat Pemangku Raja ketika Sultan Mizan menjadi Yang DiPertuan Agong pada (2006 -2011). | |
Militan bunuh 24 polis Mesir di Sinai...!!! Posted: 19 Aug 2013 04:59 PM PDT KAHERAH - Kumpulan militan Islam dilapor membunuh sekurang-kurangnya 24 anggota polis Mesir dan mencederakan tiga yang lain dalam satu serang hendap semalam, kata sumber perubatan dan keselamatan. Kejadian itu berlaku di bandar Rafah, utara Semenanjung Sinai. Ketika kejadian, pasukan polis berkenaan dalam perjalanan pulang ke berek mereka di Rafah yang terletak berhampiran sempadan Israel. Sumber keselamatan berkata, kumpulan militan yang menyerang rombongan tersebut turut menggunakan senjata berat seperti mesingan dan pelancar roket. Siri serangan oleh militan Islam di wilayah Sinai yang bergolak meningkat sejak pihak tentera menggulingkan Presiden Mesir, Mohamed Morsi pada 3 Julai lalu. Sekurang-kurangnya 850 orang terkorban termasuk 70 anggota polis dan tentera pada minggu lalu apabila pasukan keselamatan bertindak menggempur penyokong Morsi yang kebanyakannya anggota pergerakan Islam Ikhwanul Muslimin. - Reuters | |
Mesir Berdarah: Peguam umum Mubarak akan dibebaskan oleh Regim Zionis As Sisi Posted: 19 Aug 2013 04:58 PM PDT
Gelombang revolusi tersebut turut merebak ke seluruh dunia Arab. Peguam bekas pemimpin tersebut, Fareed El-Deeb berkata, satu lagi kes rasuah melibatkan Mubarak juga akan dapat diselesaikan secepat mungkin. "Perkara yang tinggal cuma prosedur pentadbiran yang mengambil masa kurang 48 jam untuk diselesaikan. Dia (Mubarak) akan dibebaskan menjelang hujung minggu ini," katanya. Namun, tanpa mengesahkan kesahihan berita tersebut, sumber kehakiman di sini memberitahu, Mubarak akan berada di penjara selama dua minggu lagi. "Ia bagi membolehkan pihak berkuasa kehakiman membuat keputusan berhubung satu lagi kes rasuah melibatkan bekas diktator Mesir berkenaan," kata sumber itu. Mubarak bersama menteri dalam negerinya dipenjara seumur hidup tahun lalu kerana gagal menghentikan pembunuhan ke atas penunjuk perasaan dalam kebangkitan rakyat pada 2011. Beliau kemudian merayu untuk perbicaraan semula kes tersebut yang kemudian diluluskan oleh mahkamah Mesir. Read More / Baca Lagi >> | |
Posted: 19 Aug 2013 04:55 PM PDT Kaherah: Tiga puluh enam tahanan penyokong Ikhwanul Muslimin terbunuh kelmarin ketika didakwa cuba melarikan diri dari penjara. Kementerian Dalam negeri Mesir mendakwa tahanan itu menjadikan seorang pegawai tebusan dan mati kerana lemas akibat gas pemedih mata yang dilepaskan pasukan keselamatan. Kejadian itu adalah pertumpahan darah terbaru sepanjang lima hari lalu yang bermula dengan keganasan tentera dan polis dalam operasi menyurai secara paksa penyokong bekas Presiden Mohamed Mursi. Agensi berita MENA melaporkan, polis dan tentera menghantar pasukan tambahan ke penjara Abu Zaabal, tempat kejadian itu. Sementara itu, Ikhwan, pergerakan yang membantu kemenangan Mursi pada pilihan raya 2012 berkata, 35 penyokongnya dibunuh di penjara berkenaan walaupun sebelum ini mendakwa jumlah itu melebihi 50 orang. Read More / Baca Lagi >> | |
Lensa: Demontrasi Menentang Keganasan Tentera Zionis As Sisi Di Seluruh Pelusuk Dunia Posted: 19 Aug 2013 04:48 PM PDT Demonstrasi muncul di segenap pelusuk dunia, mengecam kekerasan tentera terhadap pendukung presiden Mesir yang digulingkan Mohamed Morsi di Kaherah yang telah mengorbankan ratusan dan mencederakan ribuan orang. | |
Egypt: The final days of an activist Posted: 19 Aug 2013 04:44 PM PDT | |
KEADILAN: Mansuh PTPTN, bukan senaraihitam peminjam.....PTPTN KAN ADO.....!!! Posted: 19 Aug 2013 04:42 PM PDT MANSUHKAN PTPTN, BUKAN SENARAIKAN PEMINJAM DI DALAM CCRIS KEADILAN menganggap pengumuman Menteri Pendidikan II Idris Jusoh untuk menyenaraikan peminjam PTPTN yang ingkar di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) sebagai satu lagi kegagalan kerajaan UMNO-BN untuk mempertahankan pendidikan sebagai hak asasi rakyat. Dasar PTPTN yang disertakan dengan liberalisasi dan pengkorporatan pendidikan tinggi Malaysia menjadi sebahagian daripada beban yang dihadapi generasi muda di negara ini selain kadar upah dan gaji yang rendah serta harga rumah dan kereta yang tinggi. Kesannya, mereka berhadapan dengan pelbagai hutang yang berpanjangan. Menurut Bank Negara, kadar hutang isirumah telah meningkat 12 peratus setiap tahun pada lima tahun kebelakangan ini. Kadar muflis juga terus meningkat dari tahun ke tahun, dan antara golongan utama yang menjadi mangsa ialah golongan muda. Harus diingat, kebanyakan mahasiswa yang menggunakan kemudahan PTPTN merupakan mereka yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana rendah. Sekiranya keluarga mereka mampu, sudah tentu mereka tidak meminjam dana PTPTN. KEADILAN dan Pakatan tidak mempertikaikan keperluan peminjam yang mampu dan berpendapatan baik untuk membayar semula hutang PTPTN. Namun yang dipertikaikan ialah nasib majoriti peminjam yang terpaksa bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi dan berasal daripada keluarga biasa. Read More / Baca Lagi >> | |
Kalau dengar nasihat Dr M, UMNO itu pelindung Melayu, dunia akhirat Posted: 19 Aug 2013 04:38 PM PDT Desakan dari setengah pihak dalam UMNO untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO supaya tidak ditandingi bertambah nyaring. Walaupun perlembagaan memperuntukan sesiapa boleh bertanding apa-apa jawatan dalam parti tetapi ada pihak yang tidak mahu diadakan pertandingan itu kerana ditakuti akan memecah belahkan parti. Tidak ada siapa yang boleh melakukan sesiapa kerana pimpinan diatas tidak yakin dengan peruntukan perlembagaan parti mereka sendiri. Tetapi pucuk pimpinan boleh diubah tanpa pertandingan kali ini seperti yang berlaku semasa Najib mengambil alih kepimpinan dari Abdullah Badawi dahulu. Najib boleh dialih jika cara yang sama dilakukan seperti yang dilakukan kepada Abdullah dahulu. Asas menolak Abdullah dulu adalah diatas kegagalan Abdullah mendapatkan kememangan 2/3 majoriti di Dewan Parlimen. Najib mendapat jumlah kerusi yang lebih kecil maka elok jika dilakukan cara pengambil alihan dari Najib mengikut cara Abdullah berhenti dahulu. Dulunya Muhyiddin begitu kuat dan mundar mandir ke hulu ke hilir. Muhyiddin merupakan orang ke hulu ke hilir untuk Abdullah memberikan laluan kepada Najib. Muhyiddin merupakan orang yang paling hebat kedepan meminta Abdullah turun dan memberikan laluan kepada Najib. Tentulah niat beliau ialah untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden itu untuk menggantikan Najib yang telah menerima banyak jasa dari tindakan beliau (Muhyiddin) itu. Maka Abdullah pun berhenti dan Muhyiddin menjadi Timbalannya. Tetapi sekarang Najib sememangnya lebih lemah dari prestasi Abdullah maka adalah baik bagi salah seorang dari Naib Presiden menolak Najib pula untuk Muhyiddin mengambil alih Najib sebagai Presiden UMNO itu. Jika tidak ada salah seorang melakukan tindakan untuk Muhyiddin maka jelaslah yang Muhyiddin ini ibarat lilin yang membakar dirinya untuk kepentingan Najib dan kroninya. Itulah politik UMNO. Jika berjaya rundingan diantara Najib dengan Anwar maka giliran Muhyiddin akan tercicir dan tidak siapa akan menghiraukan beliau apabila graf politiknya menurun. Tetapi sekarang walaupun keadaan lebih buruk dari masa Abdullah meletakkan jawatan dahulu, tetapi tiada siapa yang berani mahu menandingi Najib dan tidak ada pun pemimpin tinggi diperingkat Naib Presiden berani menggerakkan usaha untuk mengambil alih kepimpinan UMNO dari Najib. Dahulu orang yang sebenarnya menggerakkan Abdullah untuk bersara ialah Dr Mahathir dan menggunakan Muhyiddin untuk bergerak melaksanakan program peralihan kuasa itu. Muhyidin mundar mandir membuat desakan agar Abdullah meletakkan jawatan untuk memberikan laluan terhadap Najib diatas alasan kekalahan teruk UMNO sehingga hilang majoriti 2/3 di Parlimen dan kehilangan Kedah, Selangor dan P Pinang kepada pembangkang. Read More / Baca Lagi >> | |
Mahathir ingat Umno saja boleh majukan negara Posted: 19 Aug 2013 04:33 PM PDT KUALA LUMPUR: Mana-mana kerajaan yang mentadbir Malaysia termasuk Umno sekalipun adalah menjadi tanggungjawabnya untuk membangunkan rakyat dan negara ini, demikian tegas Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad. "Selama 57 tahun Umno memerintah Malaysia takkanlah mereka langsung tidak boleh membuat perubahan, tidak gunalah Umno menjadi kerajaan yang memerintah," katanya kepada Harakahdaily. Idris berkata demikian sebagai mengulas kepada surat terbuka bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang berkata tidak mungkin rakyat dapat menikmati kesenangan hidup seperti sekarang tanpa bantuan dari parti pemerintah Umno. Namun, Idris cukup sedih dengan kenyataan bekas Perdana Menteri itu seolah-olah tidak ada kelas pemikiran kerana bercakap seperti itu. "Umno sebagai kerajaan ada pelbagai sumber kewangan untuk mentadbir negara termasuk pelbagai bentuk cukai, kerana rakyat tidak bayar cukai kepada pembangkang. "Kalau pembangkang yang keluarkan kenyataan seperti beliau itu tidaklah berasa pelik. Memberi pembangunan dan kesenangan kepada rakyat sudah menjadi tugasnya," jelas beliau. Read More / Baca Lagi >> | |
Pengkhianat Negara: Harga perlu dibayar beri kewarganegaraan untuk undi Posted: 19 Aug 2013 04:28 PM PDT Persolan yang akan anda tanya selepas membaca beberapa perenggan daripada cerita ini adalah: Bagaimana jika keadaan ini turut berlaku di semenanjung? Kerana ia berlaku di Sabah sekarang. Apa yang berlaku menurut salah seorang saksi penting Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang haram di Sabah adalah penjajahan terhadap sebahagian daripada Malaysia. Sementara pertuduhan pendatang haram diberikan kad pengenalan (IC) Malaysia sebagai pertukaran kepada undi sudah menjadi pengetahuan umum, apa yang ramai tidak tahu adalah kesan daripada tindakan ini. Sebagai balasan terhadap sokongan politik kepada yang berkuasa, mereka pemegang IC baru melakukan rampasan tanah secara terbuka dan menikmati keistimewaan kesihatan dan pendidikan, kata bekas Ketua Daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim. "Lihat Universiti Malaysia Sabah: 80% daripada pelajar yang belajar di sana bukan penduduk asal Malaysia," katanya kepada The Malaysian Insider semalam. Hassnar memberi keterangan di RCI Sabah minggu lalu dan dia menamakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perancang di belakang skim untuk menawarkan IC Malaysia kepada pendatang haram sebagai pertukaran undi kepada Barisan Nasional (BN). "Tiada negara dalam dunia ini yang kerajaan sengaja mengurangkan kuasa undi penduduk asal seperti di Malaysia," katanya. "Beribu ekar tanah pribumi perlahan-lahan diambil alih oleh orang asing yang menggunakan kuasa palsu dokumen peguam dan perjanjian jual beli palsu," dakwanya. Katanya, masalah ini terlalu besar sehingga Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum menggesa Tribunal Tanah Pribumi ditubuhkan untuk mengguruskan penyalahgunaan dengan mengeluarkan sijil tanah pribumi. Hassnar menceritakan pengalaman peribadinya sebagai mangsa rampasan tanah oleh bekas pendatang haram. Read More / Baca Lagi >> | |
Foreign media comes under scrutiny in Egypt Posted: 19 Aug 2013 04:02 PM PDT | |
Bernard Smith with latest developments from Egypt Posted: 19 Aug 2013 04:01 PM PDT | |
US, EU Review Aid As Egypt Mulls Mubarak Release Posted: 19 Aug 2013 04:00 PM PDT | |
Activist: U.S. aid used against Egyptians Posted: 19 Aug 2013 03:59 PM PDT | |
U.S. reviews economic assistance in Egypt Posted: 19 Aug 2013 03:59 PM PDT | |
The Stream - Egypt's growing divide Posted: 19 Aug 2013 03:58 PM PDT | |
IKLAN RAYA PTPTN 2013- PTPTN KAN ADO...!!! HA HA HA UTK CCRIS... Posted: 19 Aug 2013 09:10 AM PDT | |
Egypt: Eyewitness claims dead detainee's bodies show torture signs Posted: 19 Aug 2013 08:04 AM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan