RAKYAT MARHAEN |
- Defiant protesters march in Egypt capital
- Tentera Zionis As Sisi ulangi amaran keras untuk gempur rakyat Mesir
- Protes rakyat lawan keganasan pihak berkuasa regim As Sisi
- Anwar meets Turkish PM Erdogan, joint-call to Indonesia's SBY to play bigger role
- SIAPA KHAWARIJ WAHAI FATHUL BARI???
- Dr. Salim, bekas calon Presiden lawan Morsi kini membela Morsi
- Nasihat Mahathir adalah Sokong Membawa Rebahnya Bangsa Melayu.
- OPS Cantas: Polis lancar perang lawan penjenayah, buru bekas tahanan EO..???
- Projek Menjahanamkan Negara: Dalam waktu bergelora, idea jual MAS timbul lagi
- "As-Sisi Itu Pengkhianat, Pembunuh, Saya Tak Akui Dia Sebagai Keluarga”
- General Sisi kills his own family
- Mesir Berdarah: Utusan ÜMNO Buat Onar Lagi..Tuduh Ikhwan Muslimin Pelampau..!!!
- Najib dan Hari Raya Idul Fitrinya
- Demokrasi bukan untuk menang undi sahaja, kendung semangatnya sekali
- Making sense of the Sunni-Shia split
- Al Jazeera's Bernard Smith reports from Cairo
- Reporters under fire in Egypt
- Middle East expert Robert Fisk analyses Egypt unrest
- Tengku Razaleigh hampir pasti tanding Presiden Umno
- Saham Mas Tinggal 3 Kupang, Ini Bukti BN Gagal Mengurus GLC
- Politik Wang: Tolak pemimpin naik dengan kekuatan 'poket' dalam UMNO - Rais...!!!
- Mazlan gesa Selangor bantu Suhaimi Said (Ketua Cabang Kuala Krau)
- ‘DDD’: Pergelutan antara hidup atau mati DAP
- Nazri buat kementerian sesuka hati, tukar anak bila dikecam
- Adun DAP Selangor seru bukan Islam bantah kezaliman rejim tentera Mesir
Defiant protesters march in Egypt capital Posted: 18 Aug 2013 08:53 PM PDT | ||
Tentera Zionis As Sisi ulangi amaran keras untuk gempur rakyat Mesir Posted: 18 Aug 2013 07:23 PM PDT | ||
Protes rakyat lawan keganasan pihak berkuasa regim As Sisi Posted: 18 Aug 2013 07:21 PM PDT | ||
Anwar meets Turkish PM Erdogan, joint-call to Indonesia's SBY to play bigger role Posted: 18 Aug 2013 07:18 PM PDT KUALA LUMPUR - Opposition Leader Anwar Ibrahim returned to Malaysia on Sunday after a high-level meeting in Turkey, where both he and Prime Minister Recep Tayyip Erdogan had urged Indonesia's President Susilo Bambang Yudhoyono to take a bigger role in the Islamic world. "Our focus was on the atrocities against the masses in Egypt and Syria," Anwar said on Twitter. "I proposed he called President SBY." The meeting was held over the weekend and comes as Muslim nations around the world condemn the latest eruption of violence in Egypt. The Egyptian crisis is expected to escalate and the bloodbath to continue as chaos swept through the country last week, leaving nearly 900 dead in four days of unrest and threatening to stall a political transition. Even as Anwar flew into the region, the central al-Fateh mosque became the new battleground for unrest as military forces tried to stop supporters of ousted president Mohammed Morsi as they marched to Ramses Square in a self-declared "Friday of Anger." The Arab Spring bogeyman in Malaysia Malaysia's own government led by Prime Minister Najib Razak appears hesitant to wade into the complex Middle East conundrum for fear of stepping onto US toes. Additionally, the Najib administration has been politicizing the Arab Spring uprisings as a warning to the people here not to challenge the establishment, otherwise they claim chaos and anarchy would result in Malaysia as was being seen in Egypt. "It is shameful to remain silent with atrocities in Syria, Egypt, Palestine," Anwar said, in a swipe at the Najib administration for its deafening silence. Malaysia, the next to shed the shackles of a despotic regime? The 66-year-old Anwar is also close to Indonesia's Susilo and had met up with him in June to discuss Malaysia's controversial and fraud-tainted general elections. Malaysia has been ruled by Najib's Umno-BN coalition since 1957 and there are unmistakable signs the people want change, although through peaceful means and not ala the Arab uprisings. The Arab uprising were people's movements that began peacefully, fueled by a sense of gross injustice, but spun wildly out of control due to the refusal of the then existing regimes to give up power peacefully. | ||
SIAPA KHAWARIJ WAHAI FATHUL BARI??? Posted: 18 Aug 2013 07:14 PM PDT | ||
Dr. Salim, bekas calon Presiden lawan Morsi kini membela Morsi Posted: 18 Aug 2013 07:13 PM PDT Dr. Muhammad Salim Al-'Awwa—cendikiawan Islam, mantan Setiausaha Agong Persatuan Ulama Antarabangsa, dan mantan calon presiden Mesir—menyatakan dalam komunikasi melalui telefon di channel Aljazeera Sabtu (17/8/2013) kemarin bahawa: 1. Pemegang kekuasaan di Mesir ketika ini selalu menolak semua inisiatif damai. 2. Saya masih terus menyeru As-Sisi dan orang-orangnya untuk introspeksi diri dan memikirkan kembali langkah yang sudah mereka ambil. 3. Kemana mereka akan pergi dengan sekian banyak darah yang mereka tumpahkan itu? 4. Tuduhan teroris yang dilemparkan oleh pemerintah As-Sisi kepada Ikhwanul Muslimin adalah lelucon bodoh yang tidak perlu sibuk-sibuk dibantah. 5. Saya adalah kompetitor Ikhwanul Muslimin dalam pilihanraya presiden, dan saya tidak pernah menjadi sebahagian dari mereka, tapi saya terpanggil untuk membela mereka. Saya bersaksi bahwa mereka tidak bersenjata, tidak memiliki semua yang dituduhkan oleh pemerintah As-Sisi, dan mereka bukan para penganjur kekerasan (ekstremisme). | ||
Nasihat Mahathir adalah Sokong Membawa Rebahnya Bangsa Melayu. Posted: 18 Aug 2013 07:12 PM PDT Bila DR Mahathir mengkritik UMNO tapi akhirnya memujuk supaya orang Melayu terus bersama UMNO kerana masa depan orang Melayu berada dengan UMNO- saya teringat lagi pesan pendita Zaaba betapa banyak kerja yang kita mesti lakukan untuk memerdekakan orang Melayu daripada penjajahan dan pemenjaraan minda. Bila Mahathir meyebut yang demikian, saya bertambah sedar betapa kita mesti bersegera menyingkirkan pemimpin bangsa kita sendiri dari jenis yang berfikiran seperti Mahathir dan Najib dan yang seminda dengan mereka. Masa depan bangsa Melayu berada dengan UMNO? Jika begitu lebih baik kita berikrar solat ku, ibadat ku, hidup dan mati ku kerana UMNO. Pesan Zaaba ialah kita orang Melayu jangan bertaat setia kepada ulil amri yang zalim dan membodohkan orang Melayu. Kerana dalam masa yang kita bertaan itulah, pemimpin kita menjual asset negara dan merompak serta melanun kekayaan negara ini atas sebab orang Melayu tersangat percaya dan bergantung harap kepada mereka. Dalam masa memujuk orang Melayu dengan kata2 nasihat, pimpinan negara ini mahu jual MAS. Dalam masa menasihat orang Melayu dengan kata2 muluk, Mahathir masukkan jarum nya dan mengulangi kepercayaan mereka kepada menswastakan punca pengkayaan negara. Tidak kah kita pelik dengan nasihat Mahatthir supaya MAS diswastakan untuk mendapat keuntungan? Ketika Mahathir menswastakan MAS kepada Tajudin Ramli, apa yang sudah terjadi? Mahukah orang Melayu ditimpa malang sekali lagi dengan mengikut nasihat Mahathir yang semakin nyanyuk itu? Najib tentulah sangat senang dan akan mengikit setuju dengan pandangan Mahathir sebab si Najib ini tahu bahawa masa depan politik nya bergantung kepada kepandaian nya meminimakan kemarahn Mahathir keatas nya. Kalau Mahathir tiba2 mati, tentu Najib akan meneruskan polisi menjual asset negara kepada sahabat2 yang telah dia bariskan untuk ganti barsan sahabat yang Mahathir telah bentuk. Nampaknya Mahathir sangat faham minda orang Melayu dan bagaimana jiwa hamba orang Melayu terbentuk. Yakni, walaupun kita membuang penjajahan fisikal, perkara2 keji yang menyebabkan minda orang Melayu itu tunduk dihamba-abdikan memerlukan usaha yang tegas dan berani untuk dihapuskan. Apa yang terjadi bila British datang mula dari kurun ke19 sehingga kita merdeka tahun 1957? Yakni bermula dari bila British datang ke Pulau Pinang, masuk ke Perak dan kemudian kedalam beberapa buah negeri Melayu lain melalui penubuhan negeri2 Selat, negeri Federrated dan negeri2 bukan federated dan seterusnya Federation of Malaya? Read More / Baca Lagi >> | ||
OPS Cantas: Polis lancar perang lawan penjenayah, buru bekas tahanan EO..??? Posted: 18 Aug 2013 07:07 PM PDT Operasi Cantas Khas (Ops Cantas) dilancarkan secara besar-besaran di seluruh negara, bermula tengah malam kelmarin oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai perang terhadap individu atau suspek jenayah. Operasi membabitkan sekatan jalan raya, pemeriksaan premis perniagaan dan kediaman serta mengesan bekas banduan yang pernah ditahan mengikut Akta Ordinan Darurat (EO) yang disyaki aktif semula dalam kegiatan jenayah. Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) berkata, anggotanya menjalankan pemeriksaan dan siasatan menyeluruh berdasarkan maklumat orang awam dan risikan. "Mereka yang ditahan akan melalui pelbagai peringkat saringan termasuk pemeriksaan rekod jenayah lampau, ujian air kencing, tubuh badan dan kenderaan yang digunakan, kesalahan trafik, pengenalan diri selain pemeriksaan di kediaman suspek," katanya dipetik dari akhbar bahasa Melayu Berita Harian. "Melalui cara ini, kita yakin dapat mengatasi kes jenayah seperti samun, curi kenderaan dan pecah rumah, termasuk menghandar berlakunya sebarang cubaan untuk melakukan pelbagai kesalahan jenayah seperti kes bunuh," tambah beliau lagi. Sementara agensi berita nasional Bernama melaporkan seorang lelaki yang dikehendaki polis kerana terlibat dalam kes samun berkumpulan, adalah antara lapan ditahan dalam Ops Cantas di sekitar Ampang. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata pemeriksaan ke atas lelaki terbabit mendapati dia memiliki empat rekod dikehendaki polis, termasuk satu kes samun berkumpulan di Hulu Klang. Read More / Baca Lagi >> | ||
Projek Menjahanamkan Negara: Dalam waktu bergelora, idea jual MAS timbul lagi Posted: 18 Aug 2013 07:06 PM PDT Kita di sini lagi. Putrajaya kini menimbulkan semula idea untuk menjual Penerbangan Malaysia (MAS), yang tidak menguntungkan kepada syarikat korporat Malaysia kerana walau pelbagai perancangan dibuat, pembawa bendera Malaysia itu masih tetap berada dalam lautan kerugian. Perkara ini pernah dilakukan hampir 20 tahun lalu, ketika ia ditadbir Tan Sri Tajudin Ramli. Kerajaan rugi besar dalam proses itu. Putrajaya tidak sepatutnya mendengar nasihat Tun Dr Mohathir Mohamah mengenai penswastaan MAS, sekali lagi. Bukankah beliau adalah perdana menteri ketika Tajudin memegang tampuk kawalan terhadap MAS dengan membeli 32 peratus saham Bank Negara untuk RM1.8 bilion pada 1994. Tajudin menjual semula saham terkawal itu kepada Putrajaya dengan harga RM8 seunit berbanding nilai pasaran RM3.68 seunit pada 2001, setara dengan perbelanjaannya RM1.8 bilion pada 1994 walaupun penerbangan nasional itu mengalami kerugian. Pada 1994, kerajaan menjual pegangannya terhadap MAS kepada Tajudin sebagai salah satu cubaan membalikkan kedudukan kewangan yang lemah berikutan peningkatan kos buruh, kadar faedah lebih tinggi dan keengganan pemberi pinjaman. Pada 2001, usaha penjualan itu tidak berjaya. "Orang tidak hilang duit untuk sia-sia tetapi pengambilalihan itu sangat mendesak kerana kita perlu membantu syarikat itu," kata bekas perdana menteri itu tahun lalu mengenai tindakan membeli semula MAS dengan harga dua kali ganda nilai pasaran pada kos RM1.8 bilion. Jadi mengapa kita bercakap mengenai sektor swasta mengambil alih Mas sekali lagi? Read More / Baca Lagi >> | ||
"As-Sisi Itu Pengkhianat, Pembunuh, Saya Tak Akui Dia Sebagai Keluarga” Posted: 18 Aug 2013 05:59 PM PDT Salah seorang mangsa pembantaian tentera di Mesir pada hari Rabu (14/8/2013) dan Jumaat (16/8/2013) adalah Khalid Lutfy al-Sisi. Siapakah beliau? Khalid adalah anak lelaki dari Ust. Hazin Luthfi Abdul Aziz Abdurrahman Assisy. "Ya, anak saya tebunuh oleh tentera," ujar Hazin. Kepastian itu sudah diperolehinya bahawa, Khalid Lutfi memang terkorban di Rab'ah atau mungkin di Nahdhah. "Atas dasar ini, saya tidak terima Abdel Fatah al-Sisi sebagai keluarga, kerana dia adalah penghianat, pembunuh, dan insyaAllah akan mendapatkan azab yang kekal dari Allah swt!" tutur Hazin geram di youtube. Tak lupa, Hazin juga berdo'a semoga Allah memberikan kesabaran kepada semua rakyat Mesir dan seluruh keluarga korban yang meninggal akibat kekejaman al-Sisi. "Kami tidak boleh tinggal diam atas keadaan ini," demikian Hazin. | ||
General Sisi kills his own family Posted: 18 Aug 2013 05:58 PM PDT | ||
Mesir Berdarah: Utusan ÜMNO Buat Onar Lagi..Tuduh Ikhwan Muslimin Pelampau..!!! Posted: 18 Aug 2013 05:56 PM PDT Semalam akhbar Utusan menyiarkan satu laporan agensi berita yang bertajuk 'Pelampau punca Mesir bergolak' yang memetik kenyataan penasihat Presiden sementara Mesir, Mostafa Hegazy yang merujuk gerakan Ikhwan Muslimin yang menyertai perhimpunan pro Morsi sebagai pelampau. Oleh itu Ikatan Muslimin Malaysia menggesa akhbar Utusan agar menarik balik satu laporan berita yang disiarkan dalam akhbar itu yang mengatakan gerakan Ikhwan Muslimin sebagai pelampau yang menjadi punca pergolakan Mesir. Setiausaha Biro Politik ISMA, Ustaz Mohd Hazizi Abdul Rahman berkata, laporan itu disifatkan sebagai laporan yang berat sebelah dan tidak benar sama sekali. Beliau juga menggesa agar Utusan dan media tempatan lain lebih berhemah dalam membuat laporan dan tidak hanya berpandukan kepada laporan berita agensi-agensi berita barat sahaja. Sebaliknya mengambil kira sama laporan dari media baru seperti facebook dan twitter yang mendedahkan keadaan sebenar kekejaman tentera Mesir yang telah membunuh ribuan rakyat yang tidak bersalah namun ia tidak mendapat liputan media arus perdana tempatan dan antarabangsa.. Itu pasal Utusan yang juga merupakan Lidah Rasmi UMNO, berikut pula apa yang telah dikesan sebagai berita bohong.. Laporannya mengenai gambar di bawah.. yang kononnya digambarkan sebagai apa yang berlaku pada hari Jumaat lalu. Menurut 'Menteri Luar Mesir' pada satu sidang akhbar yang turut dihadiri oleh wartawan-wartawan akhbar luar negara, gambar di bawah ini adalah penyokong Morsi yang bersenjata.. Hakikatnya ialah yang kononnya didakwa sebagai penyokong Morsi masih memakai baju musim sejuk sedangkan sekarang musim panas di Mesir. | ||
Najib dan Hari Raya Idul Fitrinya Posted: 18 Aug 2013 05:50 PM PDT Beberapa kenyataan pimpinan kerajaan tidak boleh dibiarkan tanpa bangkangan. Saya tidak berniat mahu mencari material untuk menulis mengenai PM Najib, tapi bila dia mengeluarkan kenyataan mengenai Umno bukan macam DAP, saya rasa elok kita memberi sedikit pencerahan. Lama kelamaan rakyat Melayu khususnya akan sedar bahawa Umno sebuah parti feudal yang menjaga kepentingan elit dan Melayu terpilih. Nama Melayu itu akan selamanya ditunggang seperti kerbau dan keldai. Siapa yang mahu jadi seperti Umno? Parti yang ramai pemimpin yang korap yang seketiduran dengan tauke Cina merompak negara ini? Kenyataan Najib kenyataan membodohkan pembaca datang dari fikiran gelap Najib Tun Razak. Antara dua telinga Najib, terdapat padang pasir yang gersang. Lebih elok Najib menumpukan pehatian membela orang Melayu yang dibohongi pimpinan Umno. Kepayahan hidup dan kesusahan orang Melayu bukan disebabkan bangsa lain. Kesusahan orang Melayu disebabkan pemerintahan yang terdiri daripada bangsa mereka sendiri. Ini bukan saya yang kata- ini adalah pengamatan Pendita Zaaba sejak 1927 lagi yang tetap releven sampai hari ini. Kesusahan Melayu adalah disebabkan pemerintah yang terdiri daripada bangsa sendiri. Bahkan di belakang kejayaan dan kekayaan setiap pemimpin Umno ialah bangsa Cina. Janganlah pimpinan Umno hendak menipu orang Melayu. Pertandingan semula pemilihan pimpinan DAP atau CEC bukan kerana 753 perwakilan tidak diberi notis untuk hadir ke kongres pemilihan pimpinan DAP. Setiap tahun dalam ,mesyuarat perwakilan cawangan, pemuda dan pemudi Umno, tidak pernah sempurna korum mesyuarat. Tapi puak Umno mengesahkan mesyuarat tersebut sebagai sahih. Sampai sekarang ianya menjadi kesemulajadian perangai Umno. Jadi dari mana alasan 753 ini datang kecuali Najib dan ROS berkomplot untuk mencari alasan? Jika perkara 753 perwakilan ini sebabnya, maka mengapa pihak ROS tidak menyebut perkara itu dalam perintahnya menyuruh DAP mengadakan pemilihan CEC semula? Berapa kali pimpinan DAP mendesak pihak ROS memberikan alasan tapi ROS membisu seribu bahasa, lidah kelu tidak berkata kata? Kebenaran pahit yang orang Umno mesti sedar sekarang ialah Najib is a serial liar- pembohong bersiri. Orang Pekan sebagai contoh tahu Najib berbohong bila dia mengatakan tidak mengenali Ziana Zain. Najib berbohong bila kata tidak kenal wanita Mongolia. Najib berbohong bila mengaku berjuang untuk orang Melayu sedangkan 10 juta orang Melayu hidup dengan pendapatan bulanan RM1,500 sebulan. Apa yang Najib tahu tentang keperitan dan kesusahan kehidupan orang Melayu? Ini perkara menipu dalam hal memberi notis kepada perwakilan lebih kepada amalan dan budaya Umno. Tabiat pimpinan Umno sejak zaman Mahathir mengambil alih dan disambung pula oleh Najib yang tidak bertulang belakang ialah memilih milih siapa yang mahu dihantar notis atau tidak. Bukan menjadi rahsia amalan kotor orang Umno ialah menghantar notis kepada penyokong tapi menyekat penghantaran notis kepada golongan penentang pimpinan Umno. Perbuatan yang lazim lagi ialah ketua cawangan membayar yuran tahunan untuk penyokong dan tidak menerima bayaran yuran pihak yang menentang mereka. Kita mengesyorkan Najib supaya janganlah menggunakan isu DAP untuk melindungi kelemahan kepimpinan nya keatas Umno. Biarlah orang Umno sedar bahawa Najib menghadiahkan prestasi yang terburuk kepada Umno dalam sejarah PRU. Orang Umno mesti ingat bahawa Najib hanya mendapat 47 peratus undi popular berbanding dengan Pak Lah yang mendapat lebih dari itu. Najib hanya mampu memenangi 133 kerusi parlimen berbanding dengan Pak Lah yang mendapat 140 kerusi. Orang Umno jangan lupa bahawa kemenangan 88 kerusi parlimen untuk Umno disebabkan advantage persempadanan kawasan pilihan raya dan kepadatan pengundi yang rendah. Satu kerusi yang dimenangi oleh PRakyat sama nilainya dengan dua kerusi parlimen BN. Read More / Baca Lagi >> | ||
Demokrasi bukan untuk menang undi sahaja, kendung semangatnya sekali Posted: 18 Aug 2013 05:42 PM PDT Demokrasi itu mudah difahami. Pihak mana yang menang pihak itu yang mentadbir dan menjadi kerajaan kepada negara yang mengamalkan demokrasi itu. Kepada yang kalah pihak itu akan menjadi pembangkang di dewan Legislatif dalam perbahasan terhadap dasar dan keputusan dibuat pihak yang memerintah. Itu definasi yang simple untuk kefahaman ramai. Di dalam parti politik yang mengambil demokrasi sebagai sistem parti itu, sesiapa yang menang untuk jawatan tertinggi parti itu misalnya, dia menjadi peneraju parti itu. Dalam demokrasi selalunya yang menang ambil semua dan yang kalah, kalah semua dan kembali menjalankan fungsinya sebagai pembangkang dalam negara demokrasi itu. Tetapi dalam apa-apa sistem sekali pun yang paling penting ialah untuk mengena dan memperkayakan semangat demokrasi itu sendiri. Pemilihan pengundi itu adalah 'hardware' kepada demokrasi itu, dan semangat kepada demokrasi itu adalah 'software' nya. Adalah penting bagi kita memperkayakan 'hard ware' serta 'soft ware' kepada demokrasi tersebut. Maksud saya dengan hanya memenangi dalam pemilihan itu sahaja tidak memungkinkan demokrasi itu terlaksana dengan sempurna. Contohnya setakat kita menyempurnakan syariat dan hukum agama itu sahaja tidak memberikan kesempurnaan kepada hidup beragama kita jika kita tidak selarikan dengan ketuhanan. Kita tahu, syariat tanpa hakikat itu hampa, hakikat tanpa syariat iu batal. Pengendali demokrasi yang betul ialah dengan pengendalian hakikat demokrasi dan semangatnya dengan betul. Demokrasi itu ada moral dan semangatnya sendiri. Tetapi pengendali dan pengamal demokrasi kini sudah tidak lagi mengamalkan demokrasi itu selari dengan kehendak moral pemimpin lagi. Bagi mereka menang dengan satu undi pun itu menang namanya. Tetapi tidak pula ada yang menilai apakah cara dan kaedah mendapatkan kemenangan setipis satu undi itu? Dulu-dulunya pemimpin kita mengendalikan demokrasi itu dengan semangatnya sekali. Tunku Abdul Rahman mengambil keputusan untuk bersara selepas beliau mendapat isyarat untuk bersara apabila Perikatan yang dipimpin beliau hampir kehilangan mandat dari rakyat untuk menubuhkan kerajaan. Hussein Onn pun begitu. Apabila ada permainan politik dalam Umno menyebabkan Sulaiman Palestin tampil menentang jawatan Presiden Umno yang disandang beliau (Hussein). Walaupun Hussein mendapat kemenangan yang begitu besar beliau mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya dalam pemilihan berikutnya. Read More / Baca Lagi >> | ||
Making sense of the Sunni-Shia split Posted: 18 Aug 2013 05:11 PM PDT | ||
Al Jazeera's Bernard Smith reports from Cairo Posted: 18 Aug 2013 05:11 PM PDT | ||
Posted: 18 Aug 2013 05:10 PM PDT | ||
Middle East expert Robert Fisk analyses Egypt unrest Posted: 18 Aug 2013 05:08 PM PDT | ||
Tengku Razaleigh hampir pasti tanding Presiden Umno Posted: 18 Aug 2013 04:31 PM PDT Menjelang pemilihan Umno pada 19 Oktober depan, kedudukan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah terus menjadi sebutan sama ada beliau akan bertanding jawatan Presiden Umno atau sebaliknya. Meskipun beberapa negeri sudah membuat ketetapan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak dipertandingkan, keadaan itu sebenarnya hanya berlegar-legar di peringkat atasan sahaja. Sebaliknya, di peringkat bahagian dan cawangan, masih kedengaran suara yang mahukan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan. Ia bukan saja untuk menterjemahkan transformasi politik dilakukan oleh Najib yang sedia mengubah peraturan pertandingan tetapi juga untuk membuktikan amalan demokasi masih lagi subur dalam Umno. Dengan kedudukan BN yang hanya mempunyai 133 kerusi Parlimen saja, sementara kebanyakan pemimpin Umno dilihat tidak mempunyai perubahan sikap yang ketara dengan sebahagiannya masih bersikap sombong, angkuh serta bangga diri, ramai ahli peringkat bawahan yang bimbang nasib parti itu dalam pilihan raya ke 14 nanti. Najib pula, walaupun menerima sokongan daripada Ketua-Ketua Umno Bahagian untuk terus mengekalkan jawatannya, sikap serta pendiriannya yang tidak tegas dalam beberapa isu berkaitan Melayu dan Islam, turut menambahkan lagi kebimbangan itu. Setelah Najib tunduk dengan beberapa desakan pembangkang seperti pemansuhan ISA, Akta Hasutan dan Ordinan Darurat serta sikapnya yang terlalu lembut terhadap tuntutan kaum lain, semakin ramai yang bimbang nasib bangsa Melayu akan lebih tertekan dalam menghadapi fasa kritikal lima tahun akan datang ini. Dalam konteks inilah yang menyebabkan suara ke arah perubahan itu terlihat ketara. Memberi kemenangan percuma dilihat hanya akan membuatkan Najib terus selesa dengan sikapnya yang ada sekarang. Golongan bawahan dan akar umbi juga menolak pertandingan kali ini boleh memberi membawa perpecahan kerana sebelum pilihan raya umum 2018 nanti, ada satu lagi pemilihan Umno yang harus dihadapi iaitu pada 2016. Jika mahu mengekalkan perpaduan dan memantapkan kesatuan, pertandingan 2016 itulah yang harus dielakkan manakala pertandingan tahun seharusnya dibenarkan bagi memilih pemimpin sebenar dan mengukur tahap demokrasi yang sering dipertikaikan selama sejak sistem kouta diperkenalkan. Read More / Baca Lagi >> | ||
Saham Mas Tinggal 3 Kupang, Ini Bukti BN Gagal Mengurus GLC Posted: 18 Aug 2013 07:39 AM PDT Dari zaman Tun M memerintah berapa puluh RM bilion telah digunakan untuk menyelamatkan Mas. Padahal pada zaman beliau Mas telah diswastakan kepada Tajuddin Ramli tetapi masih gagal sehingga Kerajaan terpaksa hapus kira hutang Tajuddin daripada Khazanah. Maknanya tun M hanya pandai bercakap tetapi gagal kerana pemilikan oleh kroni-kroni yang tidak layak menguruskan GLC dengan cekap dan telus. Hari ini bila MAS rugi memanjang, idea pengswastaan tun M hanya merapu dan mengarut. Adakah beliau kini sudah lupa atau nyanyuk......seperti kata-kata pedas beliau Melayu Mudah Lupa.... MAS perlu diswastakan, kata Dr Mahathir Syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS) perlu diswastakan kerana berdepan dengan kerugian, kata Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar). Bekas Perdana Menteri itu berkata selagi MAS dikendalikan oleh kerajaan ianya tidak akan menjana keuntungan kerana wujud kebergantungan. "MAS sudah lama beroperasi, macam-macam percubaan dilakukan supaya mendapat keuntungan. | ||
Politik Wang: Tolak pemimpin naik dengan kekuatan 'poket' dalam UMNO - Rais...!!! Posted: 18 Aug 2013 07:36 AM PDT Pemilihan pucuk pimpinan Umno pada Oktober ini wajar menghormati Fasal 3 perlembagaan parti dengan mengutamakan perjuangan dan matlamat parti, kata anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Tan Sri Dr Rais Yatim. Bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu berkata ini bermakna Umno mesti diiktiraf sebagai penyambung wadah bagi agama, bangsa dan negara dengan mekanisme perpaduan utuh orang Melayu. "Walau apa pun, Umno akan mempunyai pemimpin tetapi sekiranya kita berpecah dalam menentukan siapa akan memimpin maka kuasa di tangan orang Melayu akan lurut dan akhirnya habis disebabkan desakan politik. "Petua yang diberi oleh presiden Datuk Seri Najib Tun Razak supaya sepakat. Orang Melayu mesti berpegang kepada petua lama iaitu seperti pantun ini 'Baju Melayu Berbutang Lima, Ada Juga Berbutang Suasa, Orang Melayu Jangan Lupa, Hilang Kuasa Hilang Semua'," katanya yang turut mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan MT dan Ketua Umno Bahagian Jelebu pada pemilihan kali ini. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anggota Dewan Undangan Negeri Pertang Datuk Jalaludin Alias di padang awam Simpang Pertang di Jelebu, malam tadi. Fasal 3 Perlembagaan Umno menyenarai tanggungjawab dan matlamat perjuangan Umno sebagai sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara. Rais yang juga Penasihat Kerajaan bagi Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan berkata kuasa itu kini dilihat oleh pihak-pihak lain dan mereka suka Umno berpecah. Oleh itu, beliau menasihatkan pemimpin yang hendak naik ke atas supaya jangan begitu ghairah atau mencerca dan memberikan imej yang salah kepada parti. "Saya sebagai veteran berdoa sangat supaya pucuk pimpinan berusaha mencari formula menyatukan Melayu dalam PAS dan Umno. Ini sahaja formulanya dan jika ini tidak dapat dilaksanakan saya bimbang kita tidak lama memegang kuasa mengikut maksimum tahun dan zaman," katanya. Beliau turut menasihatkan mereka yang bertanding supaya hindarkan diri daripada politik sogok menyogok. "Kita tidak mahu pemimpin naik ke atas sebab kekuatan 'poketnya' (wang). Kita mahu pemimpin naik ke atas sebab cerdiknya dan kebolehan memimpin...musuh Umno ialah politik wang dan jika ini dapat diatasi, saya percaya kita (Umno) akan survive," katanya. Read More / Baca Lagi >> | ||
Mazlan gesa Selangor bantu Suhaimi Said (Ketua Cabang Kuala Krau) Posted: 18 Aug 2013 07:33 AM PDT Mazlan (tengah) bersama Md Jusoh mendengar penjelasan Suhaimi. TEMERLOH: "Saya harapkan Kerajaan Negeri Selangor membantu rawatan susulan Haji Suhaimi perlukan kepakaran memandangkan keadaannya yang kian uzur kerana beliau adalah bekas pegawai Taskforce Felda Kerajaan Negeri Selangor," kata Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman. Beliau hari ini menziarahi Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR, Suhaimi Said di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini yang dimasukkan ke wad sejak 29 Julai lalu, disyaki terkena jangkitan kuman pada tulang belakangnya. Turut menziarahi ialah Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah PAS Pahang, Md Jusoh Darus, Ahli Badan Perhubungan PAS Pahang, Hasanudin Salim dan beberapa orang ahli Anak negeri Pahang. Suhaimi yang juga Ketua Cabang PKR Kuala Krau, merupakan pejuang masyarakat warga Felda sejak tahun 1980-an termasuk pernah terlibat dalam tragedi berdarah semasa Pilihan Raya Kecil di Lubuk Merbau, Kedah. | ||
‘DDD’: Pergelutan antara hidup atau mati DAP Posted: 18 Aug 2013 07:31 AM PDT KUALA LUMPUR: DAP sedang berdepan dengan pergelutan yang akan menentukan hidup atau mati parti ini dengan bermulanya fasa ketiga kempen 'DDD' Umno BN untuk memusnahkan DAP. Read More / Baca Lagi >>Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang berkata sejak beberapa bulan lalu, juru propaganda dan cybertrooper skuad 'DDD – Demonise/Destroy DAP' telah melancarkan dua fasa serangan ke atas DAP, iaitu: - Pertama, menuduh DAP telah menaja "Tentera Kacang Merah" dengan peruntukan sebanyak RM100 juta hingga 1 bilion sejak enam tahun lalu untuk memburuk-burukkan para pemimpin Umno BN; dan - Kedua, menyebarkan pembohongan tentang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang berlangsung pada bulan Disember lalu, dan mencapai kemuncak dengan penerbitan risalah yang penuh pembohongan oleh seorang penulis rekaan bernama "Father Augustus Chen". Risalah berkenaan antara lain mendakwa bahawa sebanyak "753 perwakilan (sebahagian besar berketurunan India)" tidak diberikan notis tentang Kongres DAP dan "543 perwakilan hantu (sebahagian besar dari Pulau Pinang)" telah mengundi dalam kongres berkenaan, padahal kedua-dua dakwaan itu semata-mata bohong dan dusta. Menurutnya, dalam kedua-dua fasa kempen 'DDD' itu, juru propaganda dan cybertrooper Umno BN telah mereka-reka dan mengitar semula ratusan pembohongan dan pendustaan tentang DAP, khususnya dalam media Umno BN seperti Utusan Malaysia dan New Straits Times. | ||
Nazri buat kementerian sesuka hati, tukar anak bila dikecam Posted: 18 Aug 2013 07:30 AM PDT SHAH ALAM 18 OGOS: Pemimpin Umno BN kerap berbuat perangai sesuka hati dalam pentadbiran dan hanya membuat pembetulan selepas dikecam rakyat, kata Tian Chua. Naib Presiden PKR itu merujuk penukaran jawatan anak lelaki Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, dari Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan ke Parlimen Padang Rengas. Ahli Parlimen Batu itu berkata, Nazri hanya membuat kenyataan mengelirukan dan menukar jawatan anaknya, Nedim untuk menutup isu berkenaan dari kritikan rakyat. "Dia kata anak dia sudah kaya dan tidak perlu dibayar. Itu perkara yang agak pelik. Kita tak tahu sama ada dia kerja percuma atau hanya datang bantu. "Nazri buat kementerian sebagai hak peribadi. Dia nak letak anak, dia nak letak siapa-siapa sesuka hati. Itu nampaknya perangai menteri Umno BN," katanya kepada TV Selangor, hari ini. Nedim adalah pegawai khas Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sebelum ditukar kepada pegawai khas Ahli Parlimen Padang Rengas, selepas pelantikan itu menjadi perdebatan ramai. Perubahan kepada jawatan Nedim dipercayai dibuat berikutan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan seseorang menteri tidak boleh mengambil ahli keluarganya bertugas di kementerian. Read More / Baca Lagi >> | ||
Adun DAP Selangor seru bukan Islam bantah kezaliman rejim tentera Mesir Posted: 18 Aug 2013 07:29 AM PDT KUALA LUMPUR 18 OGOS: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Tunku dari DAP, Lau Weng San antara yang lantang mengutuk pembunuhan beramai-ramai rakyat Mesir. Sekalipun bukan beragama Islam, beliau menyuarakan kecaman itu ketika berucap pada Perhimpuan Munajat Perdana Untuk Mesir di Padang Merbok semalam, atas nama kemanusiaan. "Saya bukan Muslim tetapi sebagai umat manusia, kekejaman terhadap rakyat Mesir oleh tentera mereka sendiri itu harus dikutuk. Ini soal kemanusiaan. "Peristiwa pembunuhan beramai-ramai juga pernah berlaku di China. Kita sebagai manusia yang ada naluri kemanusiaan sedih dengan peristiwa itu," katanya. Weng San menyifatkan penggulingan Mursi tidak wajar kerana membelakangkan keputusan yang dibuat rakyat Mesir dan mendesak rejim tentera menghormati kemenangan Ikhwanul Muslimin pada pilihan raya negara itu. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan