RAKYAT MARHAEN |
- Pro-Morsi activists use toy drones to record protests
- Anwar: Fitch downgrade will push up cost of funds, aggravate Ringgit decline
- Pas: BN juga perlu isytihar harta
- Tipu PRU: Pakatan akan lawan akai SPR & BN dengan semua saluran undang-undang yang ada
- Tempoh tahanan Morsi dilanjutkan 15 hari lagi
- Tawaran Kerajaan Perpaduan bukti Najib, BN goyah
- Did Umno really scare up strong Malay support? Not quite, shows study
- Setelah 100 hari, kita masih terikat dengan pilihan raya
- Apa cerita kes polis sewa pistol kepada penjenayah suatu masa dulu...?
- 'The awakening': Hanya penggali dan cangkul yang akan memisahkan Dr Mahathir dengan politik - Siri 3
- Tiada keghairahan baru dalam politik Kelantan 2
- Penjelasan Pak Lah tidak mengubah apa-apa, jawapan Mahathir tetap ditunggu
- 100 days later, Malaysia remains stuck in Election 2013
- Kerajaan Undi POS: Kajian Merdeka Center sahkan dakwaan Pakatan sebelum ini
- Serangan Bom: Kematian kerani tiada petunjuk
- Serangan bom: Penduduk Tumpat takut keluar rumah
- Kontroversi Surau: Polis tangkap pengurus resort
- Anwar Ibrahim: Banyak Negara Yang Tiada Emergency Ordinance Boleh Kawal, Isunya Bukan Undang-Undang
- Anwar Ibrahim: Menolak Kes (Petisyen PRU) Dengan Asas Paling Tidak Bertanggungjawab
- Opposition says study only confirms their own findings on advance, postal voters
- Kenapa Kuan Yew seronok BN terus perintah M’sia?
- Akhirnya tawaran Najib kepada Anwar terdedah juga
- Pak Lah sudah jelaskan, tunggu jawapan Mahathir
- Pak Lah: I will never abandon Umno
- Himpunan Hijau to collect 1 million signatures for 'Kuburkan Lynas' campaign
Pro-Morsi activists use toy drones to record protests Posted: 12 Aug 2013 08:09 PM PDT | |
Anwar: Fitch downgrade will push up cost of funds, aggravate Ringgit decline Posted: 12 Aug 2013 08:00 PM PDT | |
Pas: BN juga perlu isytihar harta Posted: 12 Aug 2013 07:58 PM PDT Menurut Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, cadangan tersebut adalah sangat signifikan kerana rakyat Malaysia harus tahu hasil dapatan pemimpin negara. "Bagi memastikan tiada keraguan terhadap hasil dapatan pemimpin negara, mereka perlu mengisytiharkan harta mereka. "Tindakan ini akan memberi contoh tauladan yang baik kepada rakyat," katanya kepada Sinar Harian Online. Baru-baru inian Karpal menyeru pemimpin dalam PR mengisytiharkan harta masing-masing seperti yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan Pulau Pinang. | |
Tipu PRU: Pakatan akan lawan akai SPR & BN dengan semua saluran undang-undang yang ada Posted: 12 Aug 2013 07:57 PM PDT Pakatan Rakyat akan menggunakan semua saluran undang-undang yang ada bagi mencabar keputusan pilihan raya 5 Mei lalu, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Kami masih mempunyai beberapa permohonan mengenai dakwat kekal akan datang (bulan depan)," kata Anwar dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini. Anwar berkata demikian apabila ditanya mengenai petisyen pilihan raya yang difailkan Pakatan Rakyat, yang ditolak atas alasan teknikal oleh Mahkamah Pilihan Raya di pelbagai kawasan. Anwar turut mempersoalkan alasan yang dinyatakan untuk menolak petisyen tersebut sejak awal. "Di Ketereh, petisyen kita telah ditolak atas dasar kerana pemohon tidak hadir sendiri. Saya telah terlibat dalam pelbagai kes di mahkamah dan saya tidak hadir sendiri dalam kes-kes itu," katanya. Beliau berkata, badan kehakiman telah memberi "gambaran membimbangkan" dengan menolak semua petisyen pilihan raya yang difailkan oleh Pakatan. "Ia seolah-olah perbicaraan sedang dielakkan supaya fakta-fakta tidak boleh didengar di mahkamah," katanya. | |
Tempoh tahanan Morsi dilanjutkan 15 hari lagi Posted: 12 Aug 2013 07:54 PM PDT Mursi, digulingkan oleh tentera pada 3 Julai, telah diletakkan dalam tahanan pada 26 Julai atas dakwaan hubungannya dengan gerakan Islam Palestin (Hamas). Sebelum ini pihak tentera berjaya mendapatkan perintah mahkamah menahan Morsi selama 15 hari untuk tujuan siasatan tersebut. Dalam pada itu, pihak tentera Mesir memaklumkan mereka telah menangguhkan serangan untuk menyuraikan kumpulan penyokong Morsi di medan Raba'ah yang sepatutnya dijadual dilakukan semalam. DailyHerald melaporkan, seorang pegawai keselamatan Mesir, yang tidak mahu nama disiarkan memaklumkan penagguhan itu sekurang-kurangnya buat sementara waktu bagi "mengelakkan pertumpahan darah". Beliau mendakwa, punca penangguhan itu ekoran maklumat berhubung operasi menggempur itu telah "dibocorkan" kepada pihak media. Sejak Sabtu lalu, penyokong legitimasi yang menentang rampasan kuasa yang berkumpul di medan Raba'ah berdepan ancaman serangan apabila pihak tentera dikatakan mula mengepung kawasan di sekitar.Read More / Baca Lagi >> | |
Tawaran Kerajaan Perpaduan bukti Najib, BN goyah Posted: 12 Aug 2013 07:52 PM PDT Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghubungi Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar diadakan kerajaan perpaduan antara Umno dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Dalam wawancaranya dengan laman web Asia Sentinel, Anwar berkata, usaha itu dibuat oleh Najib namun beliau menolaknya melalui perantara sebelum ia sempat menjadi kenyataan. Ini ekoran serangan yang dibuat oleh Utusan Malaysia ke atas masyarakat Cina dan India. "Saya berkata, isu asas mesti diselesaikan dahulu, hentikan serangan perkauman, kerana ia perlukan kefahaman dan kesungguhan untuk reformasi dan perubahan," kata Anwar. Namun, sehingga itu, Anwar tidak menerima sebarang balasan dari Najib. Usaha kerajaan perpaduan ini dibuat melalui bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang melibatkan beberapa siri lawatannya ke Kuala Lumpur, yang terakhirnya beberapa minggu lalu. Awal tahun ini, Jusuff Kalla gagal dalam usahanya untuk mendapatkan komitmen Najib dan Anwar menerima keputusan Pilihan Raya ke 13. Sehingga kini tidak pasti kenapa Najib mahu menghantar wakil bagi membincangkan kerajaan perpaduan sedangkan Anwar bukannya mempunyai nama yang baik dalam Umno di samping masalah dalam Pakatan Rakyat sendiri. Di kalangan Umno, ramai yang berpendapat walaupun Barisan Nasional lemah, tetapi parti komponen utama itu tetap kuat, menguasai 88 dari 133 kerusi parlimen selepas PRU13. | |
Did Umno really scare up strong Malay support? Not quite, shows study Posted: 12 Aug 2013 07:50 PM PDT Umno's election strategy of ratcheting up fear among Malays over the loss of political power actually yielded only a slight increase in Malay support in the past general election. In contrast, right-wing rhetoric, unresolved issues of race and religion as well as the belief that Pakatan Rakyat should be given a shot at running the country saw a 20% swing of Chinese voters and 5% swing of Indian voters away from Barisan Nasional, compared with 2008. In fact, what really did help Umno tap the rural vote was its strong political machinery there as well as the villagers' continued dependence on government aid and services. Cash handouts under BR1M also played a part. These facts were revealed by a Merdeka Center study of voting patterns in the past election. To determine the voting pattern by ethnicity, the independent pollster analysed 9,000 polling districts. The study isolated polling districts with over 90% of a particular community and then compiled the lists according to the state and rural areas versus an urban setting. Read More / Baca Lagi >> | |
Setelah 100 hari, kita masih terikat dengan pilihan raya Posted: 12 Aug 2013 06:38 PM PDT Hari ini genap 100 hari, parti pemerintah Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) apabila menguasai 133 dari 222 kerusi Parlimen namun Pakatan Rakyat (PR) memenangi hampir 51 peratus undi popular. Umno masih berada dalam suasana pilihan raya begitu juga PAS, PKR, MCA, MIC dan Gerakan. Tetapi DAP kini berdepan dengan kemelut Pendaftar Pertubuhan (RoS) bagi memastikan pemilihan parti mereka yang lalu sah atau sebaliknya. Dengan itu tercetuslah persoalan, siapa yang ambil pusing tentang hal dalam negeri? Di mana pelan 100 hari rancangan kerajaan? Adakah kerajaan menjadi tuli dan masih bengang dengan kekalahan undi popular? Adakah pembangkang juga marah atau sakit hati kerana tidak dapat menawan Putrajaya? 100 hari selepas PRU13 menjadikan kita hidup di bawah sebuah pemerintahan kerajaan yang kabur dan cuba mempertahankan kesilapan sendiri serta sebuah parti pembangkang yang sudah bersedia menghadapi PRU akan datang tanpa ada usaha kerjasama dengan pihak kerajaan dalam membentuk polisi awam. 100 hari selepas PRU13, kita terus diperlihatkan ketegangan majoriti umat Islam menentang Syiah, kemelut ratu cantik, isu 'anjing dan Aidilfitri' dan penganut Budha yang bermeditasi di surau. 100 hari selepas PRU13 memperlihatkan peningkatan ahli politik dan pimpinan polis bersuara lantang untuk mengembalikan undang-undang tahanan tanpa bicara berbanding menyahut saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi memastikan rakyat hidup aman dan selamat tanpa pendakwaan pilih kasih dan berat sebelah. Read More / Baca Lagi >> | |
Apa cerita kes polis sewa pistol kepada penjenayah suatu masa dulu...? Posted: 12 Aug 2013 04:19 PM PDT Bayar komisen lepas rompak KUALA LUMPUR: Tiga anggota polis antara empat yang ditahan kerana disyaki terbabit kegiatan menyewakan senjata api jenis revolver .38 kepada pihak tertentu yang kemudian digunakan untuk melakukan jenayah termasuk rompakan. Difahamkan, senjata berkenaan disewakan pada harga RM2,000 hingga RM5,000 dan bayaran dilakukan secara komisen menggunakan wang hasil rompakan.Sehari selepas penahanan itu, dua lagi anggota polis yang bertugas di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, di sini, dicekup kerana disyaki menjadi antara individu yang mempunyai kaitan rapat berhubung kegiatan pengedaran serta penyewaan senjata api berkenaan. "Dua anggota polis yang ditahan di ibu negara itu berusia pertengahan 20-an dan mereka baru berkhidmat antara empat hingga lima tahun. Harian Metro | |
'The awakening': Hanya penggali dan cangkul yang akan memisahkan Dr Mahathir dengan politik - Siri 3 Posted: 12 Aug 2013 04:14 PM PDT Aspan Alias Saya tidak pernah berhenti menyatakan yang seseorang yang lemah dan berjiwa kecil akan melakukan cengkaman terhadap pihak lain untuk mendapatkan sokongan dan dukungan ramai apabila mendapat kuasa. Tidak ada seorang pun yang mahu menjadi diktator. Jika boleh semuanya mahu menjadi pemimpin yang popular dan disukai ramai. Itu sebabnya wujud demokrasi untuk mengukur sejauh mana popularnya seseorang itu dengan melakukan pemilihan secara terbuka. Tetapi mengambil jalan populis melalui demokrasi tulin ini ia tidak akan kekal lama kerana populariti seseorang itu mempunyai hadnya sendiri. Itu sebabnya seseorang yang benar-benar demokratik akan menjaga maruah diri dan tidak mahu kekal dalam kuasa secara berpanjangan. Mereka akan menjaga nama dan imej mereka terlebih dahulu, dan jalan yang paling baik ialah dengan bersara dan memberikan kepimpinan kepada mereka yang lebih berkelayakan dan sedang meningkat kewibawaan dan persepsi rakyat. Itu yang dilakukan oleh Hussein Onn. Beliau meletakkan jawatan apabila ada di dalam UMNO yang tidak berpuas hati terhadap beliau dan beliau meletakkan jawatan dengan rela hati kerana tidak mahu membiarkan perasaan tidak puas hati terhadap beliau akan bertambah dan memecahkan partinya. Malahan Mahathir sendiri pun memahami isu ini. Semasa Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 1981 di Dewan Nirwana, Hotel Hilton, Kuala Lumpur semasa beliau mengambil alih kepimpinan dari Hussein Onn, Mahathir telah mengingatkan perwakilan UMNO tentang isu ini. Beliau telah berkata yang jika ada sedikit perasaan tidak berpuas hati terhadap beliau, Mahathir meminta UMNO memberitahu beliau agar beliau berundur dengan cara terhormat. Itu janji beliau dalam ucapan penangguhan beliau dalam perhimpunan agung itu. Saya masih ingat ucapan beliau ini kerana kebetulan perwakilan Kuala Pilah berada dibarisan hadapan dalam dewan perhimpunan tersebut, dan kata-kata beliau mudah di dengar dengan jelas. Mahathir tahu Hussein yang bersara dan memberikan laluan kepada beliau itu mempunyai sikap dan pemikiran yang seperti itu. Tetapi bagi Mahathir itu hanyalah mainan lidah yang tidak bertulang beliau. | |
Tiada keghairahan baru dalam politik Kelantan 2 Posted: 12 Aug 2013 04:12 PM PDT Prof Dr Mohammad Agus YusofKelmarin saya menulis untuk menegur kerajaan Kelantan setelah 100 hari pilihan raya umum berlalu. Hujah utama saya ialah tiada perubahan ketara dalam politik Kelantan selepas pilihan raya tersebut kerana keringnya idea kepemimpinan baru dalam merancang agenda pembangunan negeri. Maka, pelbagai pandangan dan komen yang saya terima. Saya mengucapkan terima kasih kepada komen yang diberikan. Ada komen yang berkaitan dengan posting saya dan ada yang tersasar. Ada rakan yang menulis di inbox supaya saya membuang komen-komen yang tidak berkaitan. Tapi saya tidak buang kerana saya ingin serahkan kepada kawan-kawan untuk menilai setiap komen yang diberi. Bagi saya, teruskan memberi komen tetapi jangan sampai ke tahap memfitnah seseorang. Itu sahaja nasihat yang boleh saya beri. Dari banyak komen yang diterima, saya teruja untuk memberi pandangan kepada jawapan balas Timbalan Menteri Besar (TMB) Kelantan dalam Malaysian Insider dan juga komen dari Setiausaha Akhbar MB Kelantan. TMB menyatakan kenyataan saya tentang "kerajaan negeri kekeringan idea" menyimpang jauh kerana apa yang boleh dibuat dalam masa 100 hari. Katanya, "Dalam 100 hari nak bina bangunan pun tak siap." Betul, sangat mustahil untuk siapkan sebuah bangunan dalam masa 100 hari. Tetapi itu bukan maksud saya dengan 'kekeringan idea.' Yang saya maksudkan ialah saya tidak melihat satu 'cetak biru' jangka pendek dan jangka panjang kerajaan negeri setelah 100 hari memerintah. Yang saya katakan pendekatan baru kerajaan negeri ialah "membenarkan wanita menyertai musabaqah Al-Quran," hanyalah contoh sahaja. Ada banyak lagi contoh yang boleh saya berikan, tetapi sengaja saya padamkan kerana tidak mahu melukakan hati banyak pihak dan tidak wajar untuk saya menegur secara keras. Oleh sebab itulah dalam tulisan saya, tidak saya timbulkan isu-isu yang dihadapi oleh kerajaan negeri dan krisis dalaman PAS. Saya tidak mahu fikirkan soal krisis parti kerana fokus tulisan saya ialah pembangunan negeri dan kebajikan rakyat negeri. Lagi pun saya faham, menegur pemimpin ini perlu bijak, seperti menarik rambut dalam tepung. Dan itulah yang saya buat. Sebab itulah saya gunakan istilah menegur, bukannya mengkritik atau membidas. Saya mahu menegur untuk kebaikan rakyat negeri Kelantan yang telah memberi kepercayaan kepada kerajaan negeri untuk menguruskan dasar bagi pihak mereka. Soal diskriminasi kerajaan pusat, jika ada, itu akan saya tulis dalam posting yang lain. Lantaran fakta saya tidak jelas, maka TMB menggariskan dua dasar kerajaan negeri yang baik yang telah dilaksanakan. Pertama, dasar khidmat mesra pegawai awam yang mana seboleh mungkin kakitangan awam kerajaan negeri akan diletakkan bekerja berdekatan dengan keluarga. Saya menyanjung tinggi dasar ini. Kedua, dasar rumah mampu milik "yang akan diusahakan oleh kerajaan negeri dalam masa lima tahun." Saya juga menyanjung tinggi dasar ini. Read More / Baca Lagi >> | |
Penjelasan Pak Lah tidak mengubah apa-apa, jawapan Mahathir tetap ditunggu Posted: 12 Aug 2013 03:56 PM PDT Shahbudin HusinDalam penjelasannya, Pak Lah memberitahu bahawa buku ini bukan ditulis, ditaja atau diminta olehnya untuk diterbitkan. Sebagaimana yang sedia dimaklumkan, buku tersebut adalah koleksi tulisan beberapa penulis yang terdiri daripada ahli akademik, ahli politik, tokoh pembangkang, bekas menteri dan sebagainya mengenai era kepimpinan Pak Lah daripada 2003 hingga 2009.Pak Lah juga menjelaskan beliau tidak terlibat sama sekali dalam urusan menjemput tokoh pembangkang, Nurul Izzah Anwar untuk melancarkan buku itu yang dijadualkan pada 30 Ogos ini di Singapura. Malah, bekas Perdana Menteri itu juga menyatakan beliau tidak bercadang menghadirinya kerana tidak mahu dilihat bersekongkol dengan pihak pembangkang menentang Umno. Secara umumnya penjelasan Pak Lah ini boleh diterima kerana seperti yang diketahui beliau bukanlah orang yang mempunyai karektor sedemikian walaupun beliau antara pemimpin Umno yang keras hati serta berani menyanggah Tun Dr Mahathir Mohamad dan cuba lari dari bayang-bayang Mahathir ketika memegang jawatan Perdana Menteri. Bagaimanapun, apa yang menjadi topik hangat dalam buku itu ialah berhubung isi kandungan wawancara dengan Pak Lah yang mengandungi beberapa kritikan, penjelasan dan huraian mengenai hubungannya dengan Mahathir. Penjelasan Pak Lah dalam wawancara itu, walaupun atas nama keterbukaan, tidak dapat dielakkan menyingkap kembali bibit-bibit perbalahan antara keduanya sebelum ini. Jika selama ini, ramai yang menyangka Pak Lah seorang yang lemah dan mudah mengalah, hakikatnya beliau tidaklah demikian wataknya. Keras hati dan keinginannya untuk menjawab, setelah Mahathir dilihat tidak henti-henti menyerang dan mengaitkannya dengan pelbagai punca masalah dalam UMNO dan negara, jelas memperlihatkan wataknya yang sedia melawan itu. Cuma, cara beliau melawannya berbeza dengan cara Mahathir menyerang. Dalam penjelasannya hari ini, Pak Lah cuma menafi beliau menulis, menaja atau meminta buku mengenainya itu diterbitkan. Itu saja. Tetapi beliau sama-sekali tidak menafikan wawancara yang diberikannya sebagaimana yang disiarkan dalam buku itu, apatah lagi kandungan wawancaranya yang menyerang dan mengkritik Mahathir. Dalam erti kata lain, Pak Lah tidak menafikan dakwaannya bahawa negara akan muflis jika beliau mengikut cara pentadbiran Mahathir yang suka berbelanja sedangkan defisit kian meningkat, beliau juga tidak menafikan Mahathir seorang pemimpin penuh kontradiksi, beliau juga tidak menafikan rasa kecewa yang diluahkannya mengenai Mahathir yang menyerangnya berkaitan masalah tidur yang dihadapi sedangkan perkara itu sudah dijelaskannya kepada Mahathir secara peribadi, Pak Lah turut tidak menafikan bahawa Mahathir antara punca kemerosotan BN dalam pilihanraya 2008 berbanding 2004 dan berbagai lagi isu yang dijawabnya dalam wawancara itu tidak dinafikan sama-sekali ketulenannya. Read More / Baca Lagi >> | |
100 days later, Malaysia remains stuck in Election 2013 Posted: 12 Aug 2013 03:55 PM PDT Today, 100 days ago, the ruling Barisan Nasional (BN) won Election 2013 with 133 federal seats but Pakatan Rakyat (PR) won nearly 51% of the popular vote. But one would be forgiven to think that Malaysian politicians are still on the stump from the fervent politicking and one-upmanship going on between and inside the dominant political parties. Umno is in election mode, so are PAS, PKR, MCA, MIC and Gerakan. The DAP is staring down the Registrar of Societies (RoS) over whether the last party polls is legal or otherwise. Which begs the question, who is minding the country? Where is the 100-day plan of a new government? Is the government mute or just morose that it lost the popular vote? Is the opposition sullen or just sore because it nearly won Putrajaya? A 100 days after GE13, we live under a government unsure of its mandate and pandering to fringe voices that threaten to tear us apart and an opposition already auditioning for the next elections without working on bi-partisan solutions or shaping public policy. A 100 days after the May 5 general elections, we are staring at a growing Muslim orthodoxy intolerant of Shiites, against Muslim beauty queens or those bathing dogs, and Buddhists meditating in a prayer room. Read More / Baca Lagi >> | |
Kerajaan Undi POS: Kajian Merdeka Center sahkan dakwaan Pakatan sebelum ini Posted: 12 Aug 2013 03:53 PM PDT Kajian Merdeka Center yang mendedahkan Barisan Nasional tidak mungkin boleh membentuk kerajaan jika bukan kerana undi pos dan undi awal tidak mengejutkan Pakatan Rakyat. Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli mendedahkan PR juga telah membuat analisis sendiri dan keputusannya adalah hampir sama. "Kita tahu tentang ini. Kajian kami menunjukkan sekurang-kurangnya 30 kerusi parlimen dimenangi BN kerana undi pos dan undi awal," kata Ahli Parlimen Pandan itu. Beliau memberitahu kerajaan BN tidak boleh menafikan faktor kemenangan mereka hanya bergantung kepada undi awal dan pos yang banyak memberi kelebihan kepada mereka. Kajian dari Merdeka Center mendedahkan dua menteri kabinet MIC, Datuk Seri S Subramaniam (Segamat) dan Datuk Seri G. Palanivel (Cameron Highlands) akan kalah kerusi parlimen tanpa undi awal dan pos. Ini termasuk dengan beberapa kerusi di negeri Johor dan Wilayah Persekutuan juga akan jatuh pada PR BN hanya bergantung pada undi awal dan pos saja untuk menang di 22 kerusi parlimen, jika tidak BN hanya akan menang 111 kerusi saja iaitu sama dengan jumlah kerusi yang dimenangi PR. "Tiada apa yang boleh diterangkan kenapa BN mendapat lebih 80% dari undi awal dan pos. Ia amat pasti dan seolah-olah seperti situasi komedi kartun," kata Rafizi. Zairil Khir Johari (gambar), anggota parlimen DAP berkata pula, kajian tersebut membuktikan kerajaan BN tidak lagi berkuasa, hanya mendapat manfaat dari dua undi tersebut. "BN bukan saja tidak mendapat undi majoriti, tetapi mereka akan kalah sekiranya tiada undi awal dan pos," katanya. Kedua-duanya menegaskan PR sentiasa membuat bantahan agar kedua-dua jenis undi itu dimansuhkan kerana ia boleh memberi peluang kepada ketidaktelusan dalam pengundian. "Kedua undi tersebut mempunyai sejarah terbabit dengan penipuan," kata Zairil, yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera. Rafizi merujuk pada laporan polis yang dibuat oleh agen pengira undi selepas pilihanraya lalu yang mendakwa berlakunya penyelewangan dalam proses pengiraan undi awal dan pos. "Isunya ialah peti undi yang ditinggalkan dan dikunci oleh polis dan pengawasan dilakukan oleh mereka dan Suruhanjaya Pilihanraya. Kami tidak melihat peti itu selama lima hari, " katanya yang menuduh BN telah mengeksploitasi undi tersebut. Read More / Baca Lagi >> | |
Serangan Bom: Kematian kerani tiada petunjuk Posted: 12 Aug 2013 03:32 PM PDT KOTA BHARU – Pasukan khas polis turun buat hari kedua ke lokasi kejadian kerani sekolah mati dibom di Taman Sri Periok, Tumpat kelmarin, namun setakat semalam mereka belum menemui apa-apa petunjuk mengenai motif kejadian tersebut dan siapa suspek yang terlibat. Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, pasukan khas itu yang diketuai Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintendan Sharifudin Yusof sedang melakukan siasatan secara menyeluruh mengenai motif, penglibatan pihak tertentu, sasaran dan sebagainya. Menurut beliau, semua aspek mengenai kejadian itu termasuk kemungkinan bom tersebut daripada jenis yang digunakan oleh pengganas di Selatan Thailand turut diteliti. "Kita sudah mengambil keterangan dan menjalankan siasatan terhadap lapan orang dewasa ahli keluarga mangsa yang berada di dalam rumah tersebut ketika kejadian dan menyiasat motif serta sasaran bom itu termasuk kemungkinan bom tersebut hanya bom ikan. | |
Serangan bom: Penduduk Tumpat takut keluar rumah Posted: 12 Aug 2013 03:31 PM PDT
TUMPAT – Rata-rata penduduk di Taman Sri Periok di sini masih takut dengan insiden letupan bom yang mengorbankan Mohd. Yusrizal Mat Zain sehingga ada dalam kalangan mereka tidak lagi berani keluar malam. Seorang penduduk, Kamaruddin Che Mat, 56, berkata, dia masih ada perasaan takut dan sentiasa terbayang-bayang kejadian menimpa kerani Sekolah Kebangsaan Manek Urai di Kuala Krai yang mati dalam keadaan menyedihkan. "Jika saya sendiri takut apatah lagi anak-anak penduduk di sini. Kini ada yang tidak mahu lagi tidur berseorangan di dalam bilik," kata Kamaruddin ketika ditemui di sini semalam. Selain itu, menurut Kamaruddin, sejak kejadian tersebut ramai penduduk di taman itu tidak keluar malam kerana takut dengan perbuatan jenayah yang kejam itu. "Jadi saya berharap pihak berkuasa dapat mengambil langkah segera untuk mengelakkan kejadian ini daripada terus berlaku pada masa hadapan. "Ini merupakan pengalaman pertama berlaku dalam sejarah hidup saya. Jika sebelum ini kejadian serangan bom hanya berlaku di negara jiran namun kali ini ia terjadi di depan mata," katanya. | |
Kontroversi Surau: Polis tangkap pengurus resort Posted: 12 Aug 2013 03:30 PM PDT
KOTA TINGGI – Polis Johor menahan pengurus sebuah resort di Tanjung Sedili untuk siasatan kerana membenarkan sekumpulan penganut bukan Islam menjalankan upacara keagamaan di surau resort tersebut pada Sabtu lalu. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, lelaki berusia 45 tahun itu ditahan di pusat peranginan tersebut pada kira-kira pukul 2 petang semalam. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu mencemar tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama golongan lain. Menurutnya, satu pasukan khas turut diwujudkan dan diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Ismail Yatim bagi menyiasat kes itu. "Kita akan mendapatkan perintah reman esok (hari ini) bagi membolehkan polis menjalankan siasatan. "Saya harap masyarakat setempat bersabar dan jangan mengeksploitasi isu ini," katanya dalam satu kenyataan semalam. | |
Anwar Ibrahim: Banyak Negara Yang Tiada Emergency Ordinance Boleh Kawal, Isunya Bukan Undang-Undang Posted: 12 Aug 2013 03:23 PM PDT | |
Anwar Ibrahim: Menolak Kes (Petisyen PRU) Dengan Asas Paling Tidak Bertanggungjawab Posted: 12 Aug 2013 03:22 PM PDT | |
Opposition says study only confirms their own findings on advance, postal voters Posted: 12 Aug 2013 08:18 AM PDT The Merdeka Centre, which revealed that the Barisan Nasional could not have formed the government if it was not for the controversial postal and advanced votes, only confirmed the opposition's findings. Parti Keadilan Rakyat strategic director Rafizi Ramli (pic) disclosed that the party had carried out its own analysis and the result was similar. "We knew this all along. Our study showed that at least 30 parliamentary seats were won by BN because of advance and early voting," said the Pandan MP. The BN government, he said, cannot deny that the advance and postal voting had come in as a huge advantage to them. The Merdeka Centre study had showed that two MIC Cabinet Ministers - Datuk Seri S.Subramaniam (Segamat) and Datuk Seri G. Palanivel (Cameron Highlands) - would have lost their parliamentary seats without the advance and postal voting and several seats in Johor and the Federal Territory would have also fallen to Pakatan Rakyat (PR). The advance and postal votes alone gave BN victory in 22 parliamentary seats. Without those 22 seats, BN would have tied with opposition PR at 111 seats. "There is nothing that can explain why the BN got more than 80% of advance and postal votes. It is absurd and it is almost like a cartoon-like situation," Rafizi said today. DAP's Zairil Khir Johari said that the study was further proof that the BN government had no legitimacy, noting that advance and postal voting was something only the BN benefited from. "Not only did they (BN) not get the majority of votes, but they would have lost had they not benefited from the advance voting." Read More / Baca Lagi >> | |
Kenapa Kuan Yew seronok BN terus perintah M’sia? Posted: 12 Aug 2013 08:16 AM PDT Beliau amat mengharapkan agar UMNO/BN terus menjadi parti pemerintah di Malaysia. Sedang mencari alasan-alasan mengapa Lee Kuan Yew berkata sedemikian rupa.. Mengikut tafsiran dan pandangan Omak Kau dengan bersandarkan kepada sejarah dan pengalaman sudah antara kedua buah negara...maka dapatlan disimpulkan seperti berikut:- 1. Kerana UMNO Negara Singapura Tergadai Pada Lee Kuan Yew pada tahun 1965. 2. Kerana UMNO Pulau Batu Putih Tergadai Pada Singapura. 3. Kerana UMNO air terus dijual 3sen Seribu Galen pada Singapura. 4. Kerana UMNO , Malaysia takut nak robohkan Tambak Johor. 5. Kerana UMNO, Tanah KTMB di Tanjung Pagar tergadai kepada Singapura. 6. Kerana UMNO Wilayah Iskandar bakal jadi Wilayah Singapura 7. Kerana UMNO Ekonomi Singapura akan Terus Mengatasi Malaysia 9. Kerana UMNO Banyak Syarikat-syarikat Malaysia akan terus dikuasai Singapura. 10. Kerana UMNO Matawang Malaysia akan terus jatuh dan lemah dari mata wang Singapura, menjadikan kuasa membeli rakyat Singapura sentiasa lebih kuat dan gagah dari rakyat Malaysia khususnya yang tinggal di Johor. Jadi tidak hairanlah mengapa begitu beriya-iya dan bersungguh-sungguh Lee Kuan Yew mau UMNO terus kekal sebagai parti pemerintah di Malaysia. | |
Akhirnya tawaran Najib kepada Anwar terdedah juga Posted: 12 Aug 2013 08:15 AM PDT Aku kurang pasti samada perkara ini pernah disuarakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pimpinan PKR Pusat atau tidak.. Read More / Baca Lagi >>Tapi yang aku pasti ialah perkara ini tidak disuarakan oleh Anwar dalam Mesyuarat Pimpinan PKR Negeri tetapi telah disuarakan dalam satu perjumpaan tertutup antara beliau dan beberapa AJK Cabang Permatang Pauh selepas PRU13 yang lalu. Aku pasti ianya tidak dibincangkan dalam Mesyuarat MPN Pulau Pinang bila seorang sahabat yang turut berada dalam mesyuarat tersebut telah bertanya kepada aku kenapa Anwar tak sebutpun akan tawaran itu dalam mesyuarat MPN? Dia bertanya kepada aku bila aku nyatakan Najib tawarkan Pakatan Rakyat lima jawatan penting dalam kabinetnya kepada Anwar dan PR melalui wakilnya.. Jawab aku.. mungkin dalam mesyuarat MPN tu semuanya 'yes man', jadi bila Anwar minta pandangan semua akan setuju begitu saja.. ya lah nak lawan takut kepentingan tergugat. Kalau bukan kerana ramai 'yes man' dan kaki bodek masakan hanya laporan yang indah-indah saja sanpai ketelinga Anwar dalam mesyuarat itu.. Tak akan timbul kisah Raja zaman dulu dalam mesyuarat tu.. antara ayatnya "Ampun Tuanku.. beribu-ribu ampun.. sembah patik harap diampun.. sukacita hamba maklumkan bahawa segala lanun-lanun yang bermaharaja lela telah berjaya dikawal...." Hakikatnya lanun yang bermaharaja lela yang kononnya telah berjaya dikawal itu masih mengganas.. kah.. kah..kah.. nak bodek punya pasal diberitahu kepada Raja kononnya semua terkawal padahal sebaliknya.. | |
Pak Lah sudah jelaskan, tunggu jawapan Mahathir Posted: 12 Aug 2013 08:14 AM PDT KUALA LUMPUR: Walaupun dengan adanya penafian Pak Lah buku Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia, jawapan daripada Mahathir mengenai perkara-perkara yang disebut secara langsung dan melibatkan dirinya sebagaimana yang cakapkan oleh Pak Lah sendiri dalam wawancaranya itu, ia tetap memerlukan jawapan balas daripada Mahathir. Read More / Baca Lagi >>Shahbudin Husin di dalam blognya berpandangan, Mahathir tetap tidak boleh berdiam diri atau melupakan saja serangan-serangan Pak Lah terhadapnya itu. Malahan, baginya apabila beberapa hari lalu Mahathir menangguhkan untuk memberi reaksi mengenai buku ini atas alasan belum membaca dan mahu mengkajinya terlebih dahulu, ia sebenarnya semakin meningkatkan keinginan orangramai untuk mengetahui apa pula jawapan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu. "Dalam beberapa hari ini, reaksi Mahathir adalah paling ditunggu-tunggu kerana tidak ada sesiapa yang percaya Mahathir akan terdiam oleh serangan Pak Lah ini," tulis beliau lagi. Tulisan penuh sebagaimana di bawah. Bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi atau lebih dikenali dengan Pak Lah hari ini tampil memberi penjelasan mengenai buku Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia yang telah menjadi kontroversi dan perbualan hangat sejak beberapa hari yang lalu. Bahkan disebabkan berita mengenai buku itu keluar sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri, ada yang bercakap mengenainya lebih banyak berbanding topik-topik lain ketika berjumpa kawan-kawan atau saudara-mara di Hari Raya kali ini. | |
Pak Lah: I will never abandon Umno Posted: 12 Aug 2013 08:09 AM PDT | |
Himpunan Hijau to collect 1 million signatures for 'Kuburkan Lynas' campaign Posted: 12 Aug 2013 08:09 AM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan