RAKYAT MARHAEN |
- Analisa: BN menang PRU13 kerana undi pos dan undi awal yang kontroversi
- Antara Indon, Mesir, Palestin...
- Kena BOM: Objek disangka lampu suluh
- Kena BOM: Siapa yang hendak dibunuh?
- Malaysia Selamat: Azab kaki dihiris lima penculik
- Malaysia Selamat: Rakyat Tidak Keluar Makan Lewat Malam Atas Faktor Keselamatan.....
- Malaysia Kita: Depa bom pula,Anwar dah 66,Pak Lah mula mengamuk,KL jadi kota Banglasia dan bayi diselamatkan dari kereta terbakar...
- Malaysia Selamat: Kenapa Senjata Api Tiba-Tiba Mudah Didapati ?
- Malaysia Selamat: Selepas Kes Tembak & Bom, Kini Simbahan Asid, 2 Wanita Cedera
- Malaysia Selamat: Industri pelancongan terjejas dengan kes tembakan selepas jerebu
- Malaysia Selamat: Mati Kena Bom Atas Kereta Abang Ipar
- Where are the guns coming from?
- Malaysia Selamat: Keluarga kongsi detik sebelum bom meletup
- Protests Erupt As Egypt Set to Clear Camps
- Crackdown on Cairo protests reportedly imminent
- Police set for Cairo protests action
- Muslims celebrate Eid amid bombs, threat of violence
- Car Bombs Kill Nearly 80 In Iraq, Target Eid Festivities
- Floods leave more than dozen dead in Sudan
- Air strike kills dozens in Syria's Latakia
- Demi sukan bola sepak, FAM perlu dirombak
- Pilihanraya: SPR mahu ubah sistem BARU ?
- Syria - A close call for al-Assad?
- Air strike kills dozens in Syria's Latakia
- Children join Egypt's protests despite risks
Analisa: BN menang PRU13 kerana undi pos dan undi awal yang kontroversi Posted: 11 Aug 2013 05:09 PM PDT Terima kasih kepada undi awal dan undi pos yang kontroversi kerana membolehkan Barisan Nasional (BN) menang 22 kerusi Parlimen dan seterusnya menguasai lagi Putrajaya, kata badan penyelidik bebas, Merdeka Centre. Tanpa undi pos dan undi awal juga, MIC tidak akan ada dua wakilnya dalam kabinet iaitu Datuk Seri Dr S Subramaniam (Segamat) dan presidennya, Datuk Seri G Palanivel (Cameron Higland). Tanpa undi jenis ini, BN juga akan hilang beberapa kerusi di Johor dan Wilayah Persekutuan akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Apa yang lebih penting lagi, tanpa 22 kerusi Parlimen ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak akan mempunyai jumlah kerusi 111 sahaja iaitu jumlah kerusi yang sama dengan kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat. Maklumat ini diperolehi The Malaysian Insider melalui kajian bentuk pengundian dalam pilihan raya 5 Mei lalu yang dibuat oleh Merdeka Centre. Data dari semua saluran mengundi di 222 kerusi parlimen dikaji menggunakan dua langkah sistem cluster yang direka khas untuk mengenalpasti kumpulan atau clusters. Kajian menunjukkan bentuk pengundian pilihan raya 2013 dan mengesahkan pembezaan antara bandar dan luar bandar di Malaysia di samping swing 20 peratus pengundi Cina dari BN. Merdeka Centre mengesahkan tanpa undi awal dan undi pos, BN akan hilang 22 kerusi Parlimen. Penemuan ini sudah tentu menyedihkan ahli politik pembangkang kerana sejak beberapa tahun lepas mereka berkempen supaya undi pos dimansuhkan dengan alasan ia membuka ruang untuk menipu. Ekoran keputusan pilihan raya 5 Mei lalu, PKR, DAP dan PAS telah memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan di beberapa kerusi. Bantahan utama mereka adalah tentang penipuan dalam undian pos dan undi awal, dengan menunjukkan bagaimana mereka hanya mendapat undi yang sangat sedikit dalam undi ini berbanding pengundian biasa di seluruh negara. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, terdapat 372,000 pengundi awal dan pengundi pos di seluruh negara di kalangan petugas keselamatan, petugas SPR dan media. Read More / Baca Lagi >> |
Antara Indon, Mesir, Palestin... Posted: 11 Aug 2013 05:06 PM PDT Oleh AHMAD MUHAJIR APA akan jadi dengan krisis dan kudeta tentera Mesir di bawah pimpinan Jeneral Abdul Fatah as-Sisi terhadap pemerintahan sah Presiden Dr Mohamed Morsi? Kita tidak boleh berandai-andai dan terlalu awal membuat kesimpulan, yang pasti apa pun gerakan 'jahat' ini namanya, apakah tamarrud (pembangkang), atau tajarrud (tidak Fatah dan tidak Morsi) ataupun talibarut, yang pastinya mereka ada kaitan rapat dengan Amru Musa, bekas menteri luar Mesir, yang merupakan ejen Mossad di Mesir. Belum lagi Muhammad el Baradey, semasa dia menjawat ketua pengarah Badan Tenaga Atom Antarabangsa, ikut memusnahkan Iraq sebelum kejatuhan Saddam Hussein dengan fitnah adanya bom nuklear di bawah simpanan pemerintahan diktator itu. Apa yang pasti Dr Morsi, dijatuhkan secara batil dan tidak sah. Mereka yang menjatuhkan beralasan kerana 'dosa' Morsi terlalu banyak. Padahal 'dosa-dosanya' adalah jasa-jasa pemerintahan Morsi yang baru setahun jagung, yang sangat luar biasa: 1. Menghantarkan Mesir dalam masa setahun, ke arah persediaan bahan makanan yang mencukupi. Padahal zaman Hosni Mubarak berkuasa 31 tahun, gandum hanya boleh diproduksi sebanyak 20 peratus, sekarang baru setahun sudah mencapai 60 peratus. Dulu banyak mengimpot gandum dari Amerika, namun kini bahan makanan diimport dari negaranegara yang patut, yang lebih banyak menguntungkan rakyat, sekali gus mampu menjimat belanja negara sampai beberapa juta dolar Amerika setahun sekali gus meningkatkan ekonomi rakyat. 2. Memajukan Terusan Suez menjadi pasaran bebas dunia, yang Antara Indon, Mesir, Palestin... dahulu di zaman Mubarak hanya menghasilkan wang AS$5.6 juta setahun, ini akan meningkat menjadi AS$100 juta setahun. 3. Menaikkan gaji kakitangan awam dan bersara kepada 200 peratus lebih, sementara harga barang boleh dipertahankan tidak boleh naik, sehingga kakitangan awam mampu hidup selesa dan lebih makmur dan sejahtera. Read More / Baca Lagi >> |
Kena BOM: Objek disangka lampu suluh Posted: 11 Aug 2013 04:55 PM PDT Tumpat: "Saya meletakkan kereta ini sejak jam 9 malam tadi (kelmarin) selepas pulang daripada menghadiri kenduri kahwin rakan di Kota Bharu. Ibu mentua yang keluar rumah pada jam 4 pagi tadi (semalam) tidak nampak sebarang objek di atas bumbung kereta itu. "Bagaimanapun, pagi tadi jam 10.30 pagi, saya menyelak langsir dan ternampak satu objek di atas kereta suami," kata Norliana Nazihah Mohd Nasir, 28, biras Mohd Yusrizal Mat Zain, 32 yang maut apabila objek dipercayai bahan letupan diambil di atas bumbung MPV Naza Citra meletup, semalam. Dalam kejadian jam 11 pagi di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk, di sini, mangsa mengambil objek di bumbung kenderaan milik abang iparnya, anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kulim, Kedah, Lans Koperal Mohd Hafiz Mohd Nawi, 29. Mangsa meninggalkan seorang balu, Dayang Idayu Mohd Nawi, 26, dan bayi perempuan berusia empat bulan, Dhia Raiyani Aisyfrina. Menurutnya, objek itu seperti lampu suluh dan dia segera memaklumkan kepada Dayang Idayu. "Saya bertanya kepada Dayang Idayu siapa yang tertinggal lampu suluh. Mungkin biras saya mendengar perbualan kami dan keluar mengambil objek itu. "Tiba-tiba saya terdengar letupan kuat dan lihat biras saya terbaring berlumuran darah," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Kena BOM: Siapa yang hendak dibunuh? Posted: 11 Aug 2013 04:52 PM PDT Tumpat: Siapa yang hendak dibunuh? Itu tanda tanya mengenai kejadian letupan satu objek dipercayai mengandungi bahan letupan yang diletakkan di atas bumbung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Citra sehingga mengorbankan seorang kerani sekolah dalam kejadian di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk, di sini, semalam. Kejadian jam 11 pagi itu menyebabkan mangsa, Mohd Yusrizal Mat Zain, 32, dari Kampung Kenor, Kuala Krai, putus kedua-dua pergelangan tangan serta perut terburai dan meninggal dunia di tempat kejadian. MPV itu bukan milik mangsa sebaliknya milik abang iparnya yang pulang bercuti menyambut Aidilfitri di rumah mentuanya. Kejadian berlaku di pekarangan rumah mentua mangsa dan letupan menyebabkan MPV berkenaan rosak teruk, manakala sebuah kereta Perodua Alza yang diparkir bersebelahan turut rosak terkena serpihan bahan letupan itu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Lai Yong Heng mengesahkan kejadian itu berkata, siasatan masih dilakukan mengenai bungkusan berkenaan serta motif kejadian. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Sementara itu, abang ipar mangsa yang enggan dikenali berkata, isteri mangsa melihat objek hitam di atas MPV berkenaan ketika membuka pintu rumah sebelum memaklumkan kepada mangsa. Mangsa mengambil objek itu, tetapi tiba-tiba berlaku letupan. Letupan berkenaan menyebabkan mangsa tercampak dan serpihan daging mangsa turut tercampak beberapa meter dari tempat kejadian. Selain isterinya, mangsa meninggalkan seorang bayi perempuan berusia empat bulan. |
Malaysia Selamat: Azab kaki dihiris lima penculik Posted: 11 Aug 2013 04:49 PM PDT Kuala Lumpur: "Daging jari kaki kanan saya dihiris setiap hari manakala tangan kanan dan belakang badan ditoreh dengan pisau apabila keluarga enggan memberikan wang kepada mereka," kata pemuda hanya mahu dikenali sebagai Am, 23, yang menjadi mangsa culik kenalannya sendiri menceritakan pengalaman ngeri dialaminya ketika umat Islam bergembira menyambut Aidilfitri. Am mendakwa diculik kira-kira jam 1 pagi Khamis lalu oleh sekumpulan lima penjenayah berusia 22 dan 31 tahun yang mahukan wang tebusan RM3,000 sebelum dikurung dalam beberapa rumah sekitar ibu negara termasuk di Jalan Pahang, di sini, dan diseksa sepanjang dijadikan tawanan. Malah, kelima-lima suspek turut diberkas ketika urusan pertukaran antara mangsa dan wang tebusan dilakukan di sebuah restoran di Setapak selepas pihak berkuasa menerima laporan kejadian itu, Jumaat lalu. Menceritakan semula kejadian itu, Am berkata, dia mengenali tiga daripada lima suspek melalui kenalannya sejak beberapa bulan lalu |
Malaysia Selamat: Rakyat Tidak Keluar Makan Lewat Malam Atas Faktor Keselamatan..... Posted: 11 Aug 2013 04:47 PM PDT PETALING JAYA: Perut mereka mungkin meragam kelaparan ramai rakyat Malaysia yang melepaskan makan lewat malam dan berada di alam rumah kerana bimbang terhadap keselamatan mereka. Pelajar universiti Joseph Gan, misalnya, lebih suka melepak di rumah rakan-rakan hari ini dan bukannya pergi keluar untuk minum teh tarik pada tengah malam. "Saya pernah lepak di restoran-restoran nasi kandar di Bangsar kerana suasananya tetapi kini saya dan rakan-rakan hanya berkumpul di tempat masing-masing," katanya yang berusia 22 tahun. "Tempat makan yang selalu kami kunjungi tidak lagi meriah, dan kini terlalu sunyi," katanya. Gadis-gadis, terutamanya, takut untuk keluar." Pesara K. Balan, 61, dari Batu Caves, berkata, dia hanya akan makan di luar pada lewat malam sekiranya bersama dengan sekumpulan rakan-rakan. "Saya tidak akan pergi seorang diri. Saya terlalu takut. Lihatlah beberapa kes tembakan yang dilaporkan baru-baru ini," katanya. "Jika anda lihat di gerai nasi kandar kita, hampir kebanyakannya kosong selepas pukul 9 malam." Warga Pulau Pinang, Ang Bah Nee, 30, berkata, nasi kegemarannya adalah bekas pasar Sia Boey di George Town, yang tidak lagi dibuka sehingga awal pagi. "Saya dan rakan-rakan biasanya pergi ke sana pada pukul 3 pagi selepas ke kelab, tetapi hari ini ia ditutup seawal 10.30 malam," katanya. "Kini saya di bilik tidur pada tengah malam, jadi tidak ada makan malam yang lebih berat. Selain bimbang tentang keselamatan, makan lewat juga tidak sihat," katanya. Satu tinjauan The Star di Lembah Klang mendedahkan bahawa beberapa tempat makan lewat malam popular di Kota Damansara, Kelana Jaya, SS2, Seksyen 17, Cheras, Old Klang Road dan Bangsar, mempunyai sejumlah kecil pelanggan selepas pukul 10 malam, walaupun pada malam cuti umum dan hujung minggu. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 11 Aug 2013 04:42 PM PDT Mangsa, Mohd Yusrizal Mat Zain, 32 dari Kampung Kenor, Kuala Krai putus kedua-dua pergelangan tangan meninggal dunia di tempat kejadian. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Lai Yong Heng mengesahkan kejadian itu dan siasatan masih dilakukan mengenai bungkusan berkenaan. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Happy Birthday AnwarIbrahim ! semoga Allah membri kekuatan kpd anda & keluarga menempuh dugaan mendatang.didoakan terus istiqamah dalam perjuangan, diberi kesihatan yang baik dan sentiasa diberi kemenangan dalam kes2 saman... Read More / Baca Lagi >> |
Malaysia Selamat: Kenapa Senjata Api Tiba-Tiba Mudah Didapati ? Posted: 11 Aug 2013 04:36 PM PDT PETALING JAYA: DAP mahu mengetahui mengapa dilihat adanya bekalan bersedia senjata api di Malaysia, berikutan peningkatan kejadian tembakan baru-baru ini. Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng berkata, walaupun hukuman berat terhadap pemilikan senjata haram, ia tidak kelihatan menghentikan kongsi gelap daripada menggunakan senjata api. "Menyalahkan pemansuhan Ordinan Darurat yang mengeluarkan banyak penjenayah yang lebih serius dalam masyarakat bukanlah menjelaskan sepenuhnya bagaimana bekalan senjata secara tiba-tiba meningkat di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad, semalam.. Mengenai pemansuhan Ordinan Darurat, Lim berkata, ia tidak menjelaskan apa yang beliau sifatkan sebagai "lonjakan" secara tiba-tiba terhadap bekalan senjata tempatan. Lebih 20 orang terbunuh dalam beberapa kes tembakan di seluruh negara sejak 12 April tahun ini. Pemimpin atasan DAP mengambil berat perkara ini secara serius, dan akan mengadakan mesyuarat tergempar malam Ahad bagi membincangkan, antara lain, peningkatan dalam jenayah kekerasan baru-baru ini yang telah menjejaskan perniagaan tempatan dan pelancongan, kata Lim. Lim berkata, mesyuarat itu akan diadakan walaupun beberapa pemimpin bercuti. Read More / Baca Lagi >> |
Malaysia Selamat: Selepas Kes Tembak & Bom, Kini Simbahan Asid, 2 Wanita Cedera Posted: 11 Aug 2013 04:35 PM PDT Wanita cedera disimbah asid di lampu isyarat Seorang pejalan kaki wanita cedera di bahagian muka dan mata akibat disimbah asid oleh dua lelaki bermotosikal di lampu isyarat berhadapan sebuah pusat membeli-belah di Jalan Ampang di Kuala Lumpur malam tadi. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata dalam kejadian 11.45 malam itu, mangsa berusia 31 tahun melecur 10 peratus di bahagian muka manakala rakan mangsa, seorang wanita, terselamat. Beliau berkata kedua-dua wanita itu dikatakan sedang menunggu untuk melintas di lampu isyarat itu sebelum didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal yang bertindak menyimbah asid ke arah mangsa. "Rakan wanita mangsa memaklumkan kepada polis pada 1.28 pagi tadi, pada masa kejadian dia dan wanita itu dalam perjalanan ke rumah," katanya katanya menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini. Amiruddin berkata akibat panik, rakan mangsa tidak sempat mengenal pasti kewarganegaraan suspek, jenis dan nombor pendaftaran motosikal yang digunakan suspek. |
Malaysia Selamat: Industri pelancongan terjejas dengan kes tembakan selepas jerebu Posted: 11 Aug 2013 04:33 PM PDT Industri pelancongan Malaysia terjejas pada bulan Jun akibat jerebu dan bulan ini dengan kes tembakan yang semakin menjadi-jadi. Warga Singapura merupakan kumpulan yang memandang serius akan isu ini ekoran merekalah mencatatkan separuh daripada jumlah pelancong yang tiba ke Malaysia pada tahun lalu iaitu seramai 13 juta. Pihak yang bertanggungjawab melahirkan kebimbangan dan meminta kerajaan mengambil pendekatan untuk melindungi industri pelancongan yang menyumbang RM60 bilion tahun lalu. Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) yang mewakili sebahagian daripada 3,000 operator pelancongan berkata sudah tiba masa satu langkah pencegahan diambil sebelum jenayah yang sedang berleluasa ini terus memberi impak dari bilangan pelancong yang tiba ke tanah air. Pengerusinya, Datuk Mohd Khalid Harun berkata peningkatan kadar jensyah bakal memberi kesan kepada industri pelancongan namun kadar kemerosotan belum sampai ke tahap yang membimbangkan. Read More / Baca Lagi >> |
Malaysia Selamat: Mati Kena Bom Atas Kereta Abang Ipar Posted: 11 Aug 2013 04:32 PM PDT TUMPAT – Kegembiraan kerani sekolah berkumpul di rumah mertua sempena Aidilfitri yang masuk hari keempat semalam tidak berpanjangan apabila lelaki itu maut terkena letupan bom yang diletakkan di atas bumbung kenderaan pelbagai guna (MPV) milik abang iparnya di Taman Sri Periok di sini. Dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu, Mohd. Yusrizal Mat Zain, 32, kerani Sekolah Kebangsaan Manek Urai di Kuala Krai mati dengan kedua-dua belah tangan putus manakala perutnya terburai. Badan mangsa terkena letupan itu ketika dia mencapai satu bungkusan dipercayai mengandungi bahan letupan yang diletakkan di atas kenderaan Naza Citra yang diletakkan di hadapan rumah mertuanya. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas 20 minit terkena letupan tersebut. Ketika anggota unit pemusnah bom melakukan siasatan di kawasan tersebut, berlaku letupan kedua pada pukul 4.40 petang. Letupan di kawasan sama itu dipercayai berpunca daripada serpihan bahan letupan yang menyebabkan Yusrizal terbunuh. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, sebelum kejadian mangsa ternampak satu objek di atas Naza Citra milik abang iparnya yang merupakan seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal. Mangsa keluar dari rumah untuk mengambil objek tersebut. |
Where are the guns coming from? Posted: 11 Aug 2013 04:27 PM PDT DAP sec-gen Lim Guan Eng has brushed aside claims that release of EO detainees factored in the recent crime rate hike. PETALING JAYA: Despite harsh death penalty laws for possession of guns and bullets in Malaysia, the supply of guns in the hands of secret societies are so common that Malaysia appears to be like America where guns can be simply bought off retail stores, said Penang Chief Minister Lim Guan Eng."How did the guns enter Malaysia? The police must trace and stop the source that supplies such weapons," he said in a statement today Lim, who is DAP secretary general, also anounced that his party would be holding an emergency central working committee meeting tomorrow to discuss the deteriorating crime situation. In June, a foreign website called 10awesome.com listed Kuala Lumpur as the sixth most dangerous city in the world. Since July 26, there have been more than 10 public shooting incidents throughout Malaysia, some involving former Emergency Ordinance (EO) detainees. The police have claimed that the repeal of the EO had contributed to the rise of the current spate of crime. Inspector General of Police Khalid Abu Bakar yesterday also dispelled allegation that only 10% of the total police force are working on crime cases. In a tweet reply he said: "The responsibility to handle and contain crime is shouldered by all police personnel, regardless of the department. The allegations that only 10% are involved is untrue." he said. |
Malaysia Selamat: Keluarga kongsi detik sebelum bom meletup Posted: 11 Aug 2013 04:25 PM PDT Biras kepada Mohd Yusrizal, Norliana Nazihah Mohd Nasir, 28, berkata beliau ternampak objek mencurigakan itu pada kereta Naza Citra milik suaminya semasa menyelak langsir pintu hadapan rumah ibu mertuanya sejurus sebelum 11 pagi. "Saya kemudian beritahu isteri arwah, Dayang Idayu Mohd Nawi, 26, mengenai objek itu dan tanya jika ada sesiapa yang tertinggal bungkusan itu. "Barangkali arwah terdengar perbualan kami sebelum keluar dari rumah untuk periksa objek itu sebelum kami terdengar letupan kuat dan melihat Mohd Yusrizal terbaring berlumuran darah," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk di sini. Dalam kejadian 11 pagi itu, Mohd Yusrizal, 32, kerani Sekolah Rendah Kebangsaan Manek Urai, Kuala Krai, maut selepas cedera parah di kedua-dua tangan serta badan dan meninggal dunia di tempat kejadian. |
Protests Erupt As Egypt Set to Clear Camps Posted: 11 Aug 2013 04:22 PM PDT |
Crackdown on Cairo protests reportedly imminent Posted: 11 Aug 2013 04:21 PM PDT |
Police set for Cairo protests action Posted: 11 Aug 2013 04:19 PM PDT |
Muslims celebrate Eid amid bombs, threat of violence Posted: 11 Aug 2013 07:59 AM PDT |
Car Bombs Kill Nearly 80 In Iraq, Target Eid Festivities Posted: 11 Aug 2013 07:58 AM PDT |
Floods leave more than dozen dead in Sudan Posted: 11 Aug 2013 07:57 AM PDT |
Air strike kills dozens in Syria's Latakia Posted: 11 Aug 2013 07:55 AM PDT |
Demi sukan bola sepak, FAM perlu dirombak Posted: 11 Aug 2013 06:49 AM PDT KUALA LUMPUR: Tidak dinafikan dalam perihal bola sepak, ia perlu rombakan bukan saja dalam pasukan atau jurulatih tetapi organisasi FAM itu sendiri. Read More / Baca Lagi >>Bagi Penyelaras SAMM Melaka, Zuraidi Abdullah, cukuplah puluhan tahun tanpa kejayaan bermakna, tiada konsistensi maka sampai masanya bola sepak negara diberi nafas baru. "Jika dilihat pada sejarah, sejak tahun 1980-an bola sepak kita merundum, tidakkah terfikir apakah sebabnya?" tanya beliau dalam satu kenyataan, seperti di bawah. Kehadiran kelab bintang ternama dunia Barcelona semalam mengundang perhatian dalam dan luar negara. Banyak pihak lontar perbagai bentuk komen selepas perlawanan semalam. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menghormati usaha gigih pasukan Malaysia dalam aksi semalam, namun SAMM tetap berpendapat aksi tersebut diumpamakan sebagai pertunjukkan 'sarkis'. Tidak banyak faedah yang diperolehi dari perlawanan ini, tiada markah untuk perbaiki kedudukan pasukan kebangsaan dan hanya membiarkan kejatuhan moral pasukan apabila dibuli sedemikian. Tidak dinafikan dalam perihal bola sepak ini ia perlu rombakan bukan saja dalam pasukan atau jurulatih tetapi organisasi FAM itu sendiri. Cukuplah puluhan tahun tanpa kejayaan bermakna, tiada konsistensi maka sampai masanya bolasepak negara diberi nafas baru. Jika dilihat pada sejarah, sejak tahun 1980-an bolasepak kita merundum, tidakkah terfikir apakah sebabnya? SAMM tidak hanya komen berdasarkan prestasi pasukan Harimau Malaya tetapi ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia melihat di satu sudut, bagaimana regim penguasa ini kalau mahu mudah boleh dipermudah tetapi kalau mahu susah ia cukup menyusahkan. Perubahan venue ini cukup memudahkan bagi mereka yang berkepentingan apabila jualan tiket tiada sambutan maka diubah ke Stadium Shah Alam. Dari jumlah kehadiran semalam, sepatutnya perlawanan berlangsung di Stadium Darul Makmur sudah memadai. |
Pilihanraya: SPR mahu ubah sistem BARU ? Posted: 11 Aug 2013 06:47 AM PDT Satu harapan baru ? Atau ia nya sekadar gimik politik baru SPR. Selepas rakyat segenap lapisan membelasahnya kecuali orang kampung yang sayang dan cinta buta dengan Umno dan Noh Omar serta MP Kulim Bandar Baru serta Lenggong sahaja, SPR adalah TERBAIK kalangan orgaanisasi pengendali pilihanraya. Yang masih menganggap sistem pilihanraya negara ini adalah yang terbaik di dunia. Apakah motif dan tujuan Najib 1Malaysia yang beliau mahu buat. dan apakah mimpi Aziz SPR. Mungkin Umno dan MP Umno masih lagi berbangga dengan kekuatan Umno yang menang banyak kerusi Melayu dan Umno pada hakikat adalah parti tunggal kuat orang Melayu. Umno berjaya 'kecundangkan PAS' pda PRU lepas. PRU13 yang lalu keputusannya adalah memberikan 'episod' malang bagi PAS. Malah kalangan pembangkang DAP dan PKR , parti PAS adalah parti yang 'paling merosot' jumlah kerusi yang dimenangi berbanding dengan jumlah kerusi yang ditandinginya. Justeru, kita perlu melihat apakah 'bentuk baru sisitem SPR ' mahu perkenalkan. ia masih terlalu awaal. SPR minta bentangkan dahulu cadangannya ? SPR bentang cadangan ubah sistem pilihan raya KUALA LUMPUR 10 Ogos - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membentangkan kepada parti-parti politik berhubung cadangan mengubah sistem pilihan raya negara yang diamalkan ketika ini bagi mendapatkan persetujuan semua sebelum dilaksanakan pada masa depan. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, banyak perkara perlu dipertimbangkan sebelum melaksanakan perubahan yang turut melibatkan pindaan terhadap Perlembagaan negara. Read More / Baca Lagi >> |
Syria - A close call for al-Assad? Posted: 11 Aug 2013 06:41 AM PDT |
Air strike kills dozens in Syria's Latakia Posted: 11 Aug 2013 06:40 AM PDT |
Children join Egypt's protests despite risks Posted: 11 Aug 2013 06:40 AM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan