Ahad, 25 Ogos 2013

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


jalur temberang keris telanjang .....punca rakyat dingin kibar jalur gemilang...!!!!

Posted: 25 Aug 2013 03:39 AM PDT

 

jalur temberang  keris telanjang  pengaruhi  jalur gemilang punca rakyat  nak muntah  di paksa  kibar  bendera beruk  macam tu...

Kegagalan kerajaan menyediakan peluang ekonomi yang baik selain majoroti rakyat tidak menyokong kerajaan sedia ada menjadi kayu pengukur hilangnya minat rakyat untuk mengibar jalur gemilang disaat menjelang hari kemerdekaan hujung bulan ini.

Perkara ini berlaku apabila pemimpin yang menjadi pemerintah tidak menghiraukan kebuntuan rakyat terhadap ekonomi dan keadaan hidup yang menekan.

Sikap kerajan yang mempolitikkan segala isu menyebabkan rakyat muak dan menolak Umno/BN.Rakyat telah menolak kerajaan minoriti BN selain sejarah yang di momokkan kepada rakyat semuanya berkisar kepada sejarah perjuangan pemimpin Umno dan bukannya sejarah pejuang kemerdekaan negara.

Walhal rakyat sekarang yang celik mula memahami sejarah merasakan bahawa ianya tidak betul kerana fakta-fakta lain menyatakan kumpulan lain turut terlibat namun tidak dinyatakan dalam elemen kemerdekaan...

Selain itu , hasil keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang menyaksikan 51 peratus rakyat memilih untuk membuat perubahan namun pemerintahan Umno-BN merampas kuasa melalui  penipuan dalam  pilihan raya seperti yang dikemukakan melalui petisyen pilihan raya menambahkan lagi ‘bengkak’ kemarahan rakyat.

Budaya rasuah, kronisme dan salah guna kuasa pemimpin-pemimpin Umno/BN yang semakin mencengkam rakyat juga antara punca rakyat tidak menghiraukan apa sahaja usaha kerajaan termasuk kempen kibar jalur gemilang.

polis tak buat kerja hakiki tapi ketagih nak menyalahguna ordinan darurat....!!!!

Posted: 25 Aug 2013 03:19 AM PDT

polis dok ketagih nak tangkap orang...!!!

Buat pertama kalinya, peguam utama Putrajaya secara umum mengatakan tahanan tanpa bicara gagal mengekang jenayah sejak zaman dahulu namum polis menggunakannya kerana mereka "ketagih" dengannya.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata kebanyakan suspek yang ditahan tanpa bicara akan dibebaskan namun tidak meningkatkan tahap keselamatan awam.

"Ini kerana tahanan kembali kepada aktiviti lama mereka selepas dibebaskan," katanya selepas satu forum pencegahan jenayah kelmarin di Petaling Jaya.

Beliau bagaimanapun berkata kebergantungan polis terhadap Akta Ordinan Darurat (EO) untuk menahan penjenayah tegar kerana mereka "ketagih" dengannya.

Sejak menghentikan penggunaan EO, Bukit Aman menggesa penggunaan semula akta itu yang membenarkan tahanan tanpa bicara.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menggesa pengenalan akta serupa bagi mengekang jenayah yang semakin meningkat di negara ini.

Sejak Mei, 35 kes tembakan dilaporkan diseluruh negara yang mengorbankan 24 nyawa.

Melalui penggunaan semula EO, tahanan boleh ditahan di pusat tahanan sehingga dua tahun.

Menteri Dalam Negeri boleh memperbaharui arahan penahanan selama dua tahun dan meneruskan kitaran berkenaan tanpa henti.

Gani berkata kepada forum pihak berkuasa perlu memadamkan rekod tahanan tiga bulan selepas mereka dibebaskan daripada pusat tahanan di bawah EO dan ia bermakna tiada sebarang tindakan boleh dilakukan pihak polis.

"Kita akan kekalkan akta itu jika kita contohnya mengekalkan cap jari mereka," katanya, merasionalkan alasan tidak menerima pengenalan akta pencegahan.

Mengaitkan bagaimana EO menjadi seperti hari ini, Gani berkata ia tidak melalui Parlimen dan tidak pernah berniat untuk digunakan secara kekal.

"Ia diluluskan Agong atas nasihat badan eksekutif berikutan insiden rusuhan 13 Mei pada 1969," katanya.

"EO diperkenalkan untuk memenuhi keperluan semasa kerana berlaku kehilangan nyawa dan harta selama beberapa hari berikutan insiden 13 Mei," katanya.

Gani menambah, tahanan EO pada ketika itu berdepan pendakwaan di mahkamah dengan memfailkan writ habeas corpus dan Pejabat Peguam Negara perlu respon.

Katanya, walaupun selepas penarikan balik EO pada 2011, tiada bukti daripada 1,567 kertas penyiasatan yang diserahkan dilakukan oleh bekas tahanan.

Gani berkata terdapat banyak lagi undang-undang, termasuk Kanun Keseksaan yang boleh digunakan untuk menahan dan mendakwa pesalah.

"Kita perlu menggunakan akta sedia ada untuk menghukum penjenayah ganas seperti Botak Chin dan lanun di Sabah pada masa itu," katanya.

Wong Swee Chin atau dikenali sebagai Botak Chin adalah antara penjenayah ganas dan berbahaya pada 1960 dan 1970 di Malaysia. Dia dikenali dengan rompakan pada siang hari, termasuk kes melibatkan jumlah wang yang besar.

Gani juga percaya dengan prinsip seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah dan cara terbaik menguruskan suspek adalah melalui pendakwaan di mahkamah.

"Akta pencegahan adalah melanggar hak asasi manusia dan kebebasan sedangkan Perlembagaan Persekutuan menetapkan ianya perlu dipelihara," katanya, dan menambah komuniti antarabangsa memuji tindakan Malaysia memansuhkan EO dan juga Akta Keselamatan Dalam Negeri.

 

 

penyapu sial

 

 

Sepatutnya akta nie dah lama dan mansuhkan tp oleh kerana keuntungan dan kepentingan politaik ubn,maka diniarkan saja.Tapi bila mana kerajaan Kelantan bercakap tentang hudud,da bekas PM ubn kata sapa2 nak makan sup tangan boleh g kelantan,mundur la dan macam2 lagi.Cakap ulama akhirat tak nak ikut,tapi cakap ulama donia cakap bukan main lagi ikut.Bila berlaku bunuh sana sini pakat salah orang tu,orang ni.Bila ajak kembali kepada Islam 1001 alasan diberi.Nyawa rakyat biasa macam tak da harga lagi.

Pak Menteri bercakap ikut syok sendiri.Tak sorang pun dikalangan pak menteri yang kena bunuh atau kena tenbak,kalau kat luar negara lama dah pak menteri mampos.Macam KPN bercakap pihak polis tak takut dengan geng samseng,dia bercakap senang,yang mati bukan kpn tapi anggota dia dan rakyat biasa yang jadi mangsa.Dengar cakap kpn macam nak runtuh donia.cukup la setakat nie tulis banyak2 wat sakit ati ja!

negara malaysia negara sarkas bila 2 kambing hitam Di bebaskan, Altantuya Pula Di Tuduh Letupkan Diri Sendiri Guna C4....Sebenarnya Najib Dan Rosmah Wajib Di tangkap Dan Di dakwa dalam kes ini....!!!!

Posted: 25 Aug 2013 02:53 AM PDT

najib dan rosmah tuduh  arwah altantuya  bunuh diri guna C4...!!!!

Sedari  dari awal  lagi  kes pembunuhan Altantuya menyaksikan perbicaraan melibatkan Azilah dan Sirul ditangguh dan ditangguh sehingga selepas pilihan raya untuk memberi laluan Barisan Nasional menang PRU tersebut.

Kemenangan ini membolehkan kedua-dua ‘kambing hitam’ ini dibebaskan.Perihal ini sudah disebut dan kita  sudah menjangka keputusan mahkamah Rayuan yang membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Apabila BN kekal, rakyat bukan sahaja tidak mengetahui apakah motif pembunuhan dan siapa yang arah pembunuhan Altantuya, malah pembunuhnya juga dibebaskan.

Dalam kes yang berprofil tinggi, walaupun sudah mengaku melakukan pembunuhan malah menyebut diri sebagai ‘kambing hitam’ kerana menjadi pembunuh upahan, namun akhirnya dibebaskan.

Apakah ia satu keputusan menang-menang demi saling melindungi? Lihatlah bagaimana keadilan tidak berada di tempatnya, tetapi berada di tangan pemerintah yang lagi zalim  dan bertambah samseng.

Keputusan ini juga seharusnya memberikan ‘motivasi’ besar kepada pihak tertentu untuk terus menjalankan kerja ‘black-ops’ dengan jaminan dibebas sekiranya tertangkap dan dibicarakan.

Pihak tertentu termasuk  yang  melibatkan anggota polis yang menjilat buntot orang  atasan mampu berbuat apa sahaja kerja jahat, pasti akhirnya terlepas hukuman dan dibebaskan. Maka tidak hairanlah jika selepas ini lebih banyak kes pembunuh upahan terlepas begitu sahaja. Konspirasi akhirnya berjaya apabila si pembunuh, individu yang mengarah pembunuhan, orang tengah, semuanya selamat. Rekod imigresen Altantuya terus hilang, bersama rekod bahan letupan yang diseludup keluar.

Pendedahan mengenai kematian tragis Altantuya telah banyak  di dedahkan oleh pelbagai  pihak  termasuk  pihak lain khususnya apabila melibatkan skandal penyelewengan pembelian kapal selam Scorpene.

Negara hari ini menjadi  tempat  pihak berkuasa bersarkas  apabila membayangkan ‘sebenarnya’ Altantuya membunuh dirinya sendiri, kemudian bangun dan meletupkan pula dirinya menggunakan bom C4 demi menghilangkan bukti.

 

 

penyapu sial

 

 

Di benua kita ni tak ada yg mustahil. Kucing boleh beranak Lembu, puteri Permata boleh beranak mutiara,kayu boleh bertukar jadi besi. Apa nak dihairankan? Apa pun,ada jembalang tak lena tidur menunggu giliran. Fikir2kan lah...

Nampaknya Malaysia adalah satu2nya nagara paling ajaib didonia.Rakyat mati kena bunuh tapi tak ada pembunuh,mcm kes beng hok mati sebab tingkap tolak mendiang tu,tahanan mati dalam penjara polis pun tak da di dakwa jadi pembunuh.Ajaib,ajaib sungguh nagara kita malaysia tercinta nie

isa doraemon UMNO kena rompak cuma kes terpencil....itu tanda indek jenayah semakin menurun...tak payah nak berkeriau isu ini...macam biasalah semalam ko rompak rakyat hari ini rakyat taji ko balik.....negara masih aman kan....kah kah kah!!!!

Posted: 25 Aug 2013 02:27 AM PDT

Empat lelaki bersenjata parang  telah memecah masuk rumah Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan mengikat lima anggota keluarga ahli politik berkenaan dalam kejadian di Nilai Springs Villa, di Nilai, Negri Sembilan, kelmarin

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, tiga lelaki terbabit memasuki banglo itu ketika anggota keluarga Mohd Isa iaitu dua anak perempuannya, seorang menantu lelaki, seorang cucu dan anak saudara selain seorang pembantu rumah sedang tidur.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Yusoff Awang berkata ketika kejadian Mohd Isa dan isteri berada di sebuah lagi kediaman beliau di Seremban.

"Ketika semua mangsa sedang nyenyak tidur dalam bilik masing-masing tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kehadiran tiga lelaki bersenjatakan parang dipercayai rakyat asing.

"Kesemua mangsa termasuk seorang pembantu rumah yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an dikumpul dalam sebuah bilik dan diikat oleh penjenayah berkenaan," katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata lelaki terbabit kemudian menggeladah kediaman itu dan melarikan empat telefon bimbit serta dua peti besi yang mengandungi barang kemas serta jam berjenama milik ahli politik itu yang dianggar bernilai ribuan ringgit.

Katanya siasatan awal mendapati penjenayah memecah masuk kediaman itu melalui pagar belakang dan bertindak mengacukan parang terhadap seorang anggota polis bantuan yang berada di pondok pengawal di hadapan rumah itu dan mengikatnya.

"Seorang daripada suspek mengawal anggota polis bantuan itu manakala tiga lagi suspek masuk ke rumah mangsa selepas mengumpil tingkap rumah di bahagian belakang," katanya.

Mohd Yusoff berkata semua mangsa berjaya melepaskan diri dengan bantuan seorang anggota polis bantuan lain yang tiba selepas semua suspek beredar.

Jumlah kerugian sedang ditafsir oleh mangsa dan pihak polis sedang memburu semua suspek terlibat, katanya yang meminta mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Mohd Isa dan anggota keluarganya enggan ditemui pemberita kerana masih trauma dengan kejadian itu. - Bernama

 

 

penyapu sial

 

Rumah menteri kena rompak lagi. Sebelum ini rumah bangalow Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah  pun  dipecahmasuk oleh perompak.

Masihkah menteri boleh mendabik dada menyatakan negara kita paling selamat...tapi Menteri KDN, Pemandu dan KPN masih bertegas menyatakan kadar jenayah dah turun.

Sekarang satu demi satu terkena batang hidung, beberapa hari lepas Bekas ketua Wanita UMNO Bukit hangus mati ditikam, pada bulan lalu banglo Rahim Tamby Chik diceroboh, dari berita di atas rumah bekas Ketua Polis Melaka dan jirannya di Taman Sentosa kena rompak dan kini rumah exco di pecahmasuk. Beberapa rumah artis juga menjadi sasaran seperti Wardina, Mawi dan terbaru rumah Aznil dan Imuda.

Kebenaran itu tidak boleh disembunyi atau ditipu. Ia akan muncul juga bahawa kadar jenayah tidak turun seperti yang digembar-gemburkan.

Anggota polis nampak gayanya lebih memberi tumpuan untuk menyekat parti politik pembangkang dengan segala kekuatan FRU, CID, SB dan sebagainya ditambah untuk mengekang kebangkitan rakyat dan mempertahankan kerajaan UMNO BN yang dah nak tumbang.

Sedangkan persoalan jenayah diabaikan dan dipandang remeh.

lagi pun jamgan lupa Isa samad kan banyak duit....setakat kena rompak 30k - 40k,.....duit tu kira derma dah lah, duit yang baki pon tidak akan habis sehingga isa samad mati.....nak takut apa...

Pemimpin rompak duit rakyat, last2 rakyat rompak pemimpin balik..pemimpin xsedar kot yg semua tu Allah nk tunjuk balasan balik..tupun belum diambil kira dgn mangsa2 politik yang lain...ramai lagi yang teraniaya..if xsedar lagi xtahulah...skrg ni Allah bg 'cash' je dkt dunia, xperlu tgu akhirat dh...cuma menunggu waktu tiba sahaja...

Tiada ulasan: