Isnin, 12 Ogos 2013

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


gagal benteras jenayah kerana majoriti kekuatan polis di gunakan intip pembangkang....!!!!

Posted: 12 Aug 2013 07:40 AM PDT

 

Penjelasan Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung peningkatan penjenayah sehingga 260,000 orang akibat pemansuhan Ordinan Darurat (EO) pada 2011 adalah akibat Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlalu menumpukan usaha mengintip pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan bukan mencegah jenayah..

Ahmad Zahid bersikap tidak adil dengan mempersoalkan kegagalan PDRM dalam mengawal jenayah namun membiarkan pasukan itu menjadikan fokus utama tugasan mereka untuk mengintip pemimpin PR.

Orang ramai menggesa Menteri Dalam Negeri itu menambah bilangan anggota polis dalam memerangi jenayah dan membuat rondaan kepada 50 peratus kekuatan sedia ada atau 56,000 anggota supaya jumlah itu memadai bagi membanteras jenayah yang makin berleluasa kini.

Oleh itu, rakyat Malaysia meminta PDRM segera menambah kemudahan dan anggota apabila hanya 9 peratus daripada 112,583 anggota polis yang dikerah untuk mengawal jenayah.

Jika perkiraan Ahmad Zahid benar apabila 260,000 penjenayah bermaharajalela di jalanan, kewujudan semula EO bukan satu langkah bijak sehingga  pasukan keselamatan lain serta anggota pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Beersatu (PBB) perlu dikerah bagi menyelesaikan masalah jenayah dalam negara.

Ahmad Zahid dalam satu wawancara bersama Minguan Malaysia semalam mendedahkan berdasarkan perkiraan PDRM terdapat kira-kira 266,000 penjenayah yang bermaharajalela di dalam negara berikutan pemansuhan Akta Ordinan Darurat (EO) pada 2011.

Katanya, angka itu diperoleh berdasarkan 2,600 suspek yang dibebaskan dari Penjara Simpang Renggam yang berhubung dengan 10 orang kanan mereka yang menjadikan jumlah 26,000 dan mengukuhkan lagi pengaruh mereka apabila bertemu dengan 10 pemimpin kanan lain yang menjadikan jumlah keseluruhan seramai 260,000 orang.

Beliau menjelaskan secara holistik, statistik jenayah menurun tetapi terdapat peningkatan jenayah berat atau dipanggil jenayah indeks selain jumlah anggota polis dan aset yang mesti ditambah namun belum dapat dilaksanakan.

BN menang dengan penipuan undi awal dan undi pos ...!!!!

Posted: 12 Aug 2013 07:30 AM PDT

Undi awal dan undi pos yang kontroversi kerana membolehkan Barisan Nasional (BN) menang 22 kerusi Parlimen dan seterusnya menguasai lagi Putrajaya

Tanpa undi pos dan undi awal juga, MIC tidak akan ada dua wakilnya dalam kabinet iaitu Datuk Seri Dr S Subramaniam (Segamat) dan presidennya, Datuk Seri G Palanivel (Cameron Higland).

Tanpa undi jenis ini, BN juga akan hilang beberapa kerusi di Johor dan Wilayah Persekutuan akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Apa yang lebih penting lagi, tanpa 22 kerusi Parlimen ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak akan mempunyai jumlah kerusi 111 sahaja iaitu jumlah kerusi yang sama dengan kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat.

Kajian menunjukkan bentuk pengundian pilihan raya 2013 dan mengesahkan pembezaan antara bandar dan luar bandar di Malaysia di samping swing 20 peratus pengundi Cina dari BN.

Ini bermakna  tanpa undi awal dan undi pos, BN akan hilang 22 kerusi Parlimen.

Penemuan ini sudah tentu menyedihkan ahli politik pembangkang kerana sejak beberapa tahun lepas mereka berkempen supaya undi pos dimansuhkan dengan alasan ia membuka ruang untuk menipu.

Ekoran keputusan pilihan raya 5 Mei lalu, PKR, DAP dan PAS telah memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan di beberapa kerusi.

Bantahan utama mereka adalah tentang penipuan dalam undian pos dan undi awal, dengan menunjukkan bagaimana mereka hanya mendapat undi yang sangat sedikit dalam undi ini berbanding pengundian biasa di seluruh negara.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, terdapat 372,000 pengundi awal dan pengundi pos di seluruh negara di kalangan petugas keselamatan, petugas SPR dan media.

Kehadiran mereka dalam beberapa kawasan sangat penting kerana pertembungan yang sengit. Secara puratanya terdapat 1,100 pengundi pos dan 800 pengundi awal bagi setiap kerusi Parlimen.

Selepas menganalisa data itu,kita  merumuskan, BN boleh kehilangan sehingga 30 kerusi Parlimen jika tidak ada undi awal dan undi pos.

Kerusi-kerusi itu adalah:

Segamat (93.3% pengundi pos dan undi awal untuk BN), Bagan Serai (82.6% BN), Muar (87.2% BN), Pulai (88.8% BN), Jerai (74.2% BN), Balik Pulau (89.5% BN),Machang (79.2% BN), Labis (89.75% BN), Kuala Selangor (71.7%for BN), Beaufort (71.7%for BN), Kuala Kangsar (76%for BN), Hulu Selangor (83.9% BN), Sungai Besar (75.1% BN), Baram (89.2% BN), Kulim-Bandar Baharu (88.8% BN), Pasir Gudang (89% BN), Tangga Batu (86.4% BN), Titiwangsa (78.9% BN), Tasek Gelugor (68% BN), Tenom (87.6% BN), Bentong (89.9% BN), Cameron Highlands (91.3% BN), Merbok (80.5% BN), Ketereh (81.6% BN), Setiawangsa (81.9% for BN), Mas Gading (72.3% BN), Keningau (78.4% BN).

Antara mereka yang menang kerana undi pos dan undi awal adalah Presiden MIC, Palanivel. Dia menang kerusi Cameron Highland dengan majoriti 462 undi selepas mendapat 91.3 peratus undi pos dan undi awal.

Calon lain adalah Datuk Chua Tee Yong, anak presiden MCA. Dia menang kerusi Labis dengan 353 undi majoriti selepas mendapat 89.7 peratus undi pos dan undi awal.

Implikasi dari undi pos dan undi awal dalam pilihan raya ini sudah pasti menyebabkan masyarakat awam  dan pembangkang akan terus menekan SPR membuat reformasi dalam proses pilihan raya.

Tiada ulasan: