Selasa, 27 Ogos 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Lagi kes remaja dipaksa melacur di Melaka

Posted: 27 Aug 2013 10:53 PM PDT

Remaja Perempuan Dipaksa Lakukan Seks Dengan Individu Tidak Dikenali
MELAKA: Seorang lagi remaja perempuan dari Masjid Tanah mendakwa dirinya hampir dijadikan pelacur oleh kenalan lelakinya.
Insiden berkenaan berlaku hanya tiga minggu selepas seorang bapa merempuh masuk ke dalam sebuah rumah untuk menyelamatkan anak perempuannya yang berusia 13 tahun daripada menjual dirinya sebagai hamba seks.
Dalam laporan polis tersebut, remaja perempuan Tingkatan Dua itu mendakwa kenalan lelakinya mengugut untuk menjualnya sebagai pelacur di Thailand sekiranya dia enggan melayan beberapa rakan lelakinya.
Remaja tersebut mendakwa kejadian itu berlaku pada pukul 3 pagi 3 Ogos lalu, ketika dia sedang bersiar-siar di sebuah resort di Pengkalan Balak, Alor Gajah bersama-sama dengan kenalan lelakinya yang hanya dikenali dengan panggilan Gemok.
Gemok kemudiannya menyerahkan remaja berkenaan kepada tiga orang individu yang tidak dikenali.
Mereka kemudiannya membawa mangsa ke sebuah lagi chalet sebelum merogolnya. Suspek mendakwa mereka telah membayar sejumlah wang kepada Gemok untuk mendapatkan perkhidmatan seks daripada remaja perempuan berkenaan.
Ketika dihubungi saudara remaja perempuan tersebut berkata mangsa mengaku dirinya telah melakukan kesilapan yang cukup besar kerana dengan mengikut Gemok pada malam kejadian.
"Kami telah membuat laporan polis dan biar siasatan mengesahkan sama ada Gemok terlibat dengan sebarang sindiket pelacuran di Thailand," katanya.
Dalam laporan polisnya, mangsa mendakwa dia dirogol. Tidak diketahui sama ada dia diberikan dadah sama seperti kes terhadap remaja yang dilaporkan berlaku di Merlimau,
Pada 7 Ogos lalu, The Star melaporkan, seorang lelaki berusia 47 tahun berjaya menyelamatkan anak perempuannya yang bersuai 13 tahun daripada menjadi pelacur pada 26 Julai lalu selepas lelakinya yang berusia 26 tahun menjual remaja berkenaan sebagai pelacur kepada sembilan orang lelaki.
Di Merlimau, seorang remaja perempuan di bawa ke hotel dan diberikan dadah serta menerima RM20 daripada teman lelakinya bagi setiap perkhidmatan seks yang diberikan.
Ayah kepada empat cahaya mata itu berkana anak perempuannya merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajar hinggalah dia terjebak dengan kumpulan budak nakal selepas tamat peperiksaan UPSR.
Menurut ahli perniagaan itu, anak perempuannya melarikan diri dari rumah kali pertama dengan teman lelakinya Oktober tahun lalu.
Mangsa menghilangkan diri selepas keluar makan malam bersama teman lelakinya bagi meraikan kejayaannya mencapai 3A dalam UPSR. - sumber

Baru kenal sudah ajak ke bilik

Posted: 27 Aug 2013 08:01 PM PDT

  • khalwatPegawai penguat kuasa memeriksa pasangan berkenaan yang ditahan berada dalam keadaan mencurigakan.
 1 / 1 
BATU PAHAT – Niat pasangan kekasih untuk memadu asmara tidak kesampaian selepas ditahan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) dalam serbuan di sebuah rumah tumpangan dekat sini, semalam.

Dalam serbuan jam 2 pagi itu, pasangan berusia 25 dan 22 tahun terbabit ditahan selepas pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai ikatan perkahwinan.

Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jaij Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pasangan terbabit mengambil masa kira-kira 15 minit untuk membuka pintu dipercayai memikirkan cara bagi mengelak ditahan.

"Selepas pintu dibuka, hasil soal siasat mendapati mereka bukan mahram dan mengaku telah melakukan perbuatan yang salah.

"Pasangan terbabit berasal dari daerah ini dan mengaku baru sahaja berkenalan tidak sampai sebulan serta dalam proses mengenali antara satu sama lain," katanya.

Menurutnya, pasangan terbabit di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk proses selanjutnya sebelum mereka dituntut oleh waris masing-masing.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 27 (1) (a) (b) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Johor 1997.

"Operasi yang dilakukan ini bertujuan membendung kegiatan sumbang yang kian menular dalam kalangan anak-anak muda yang semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini.

"Operasi seperti ini akan dilakukan lebih kerap lagi, dengan tertumpu pada aduan orang ramai, hotel bajet dan kawasan yang berpotensi untuk kelakuan seperti ini," katanya.

Anak Taib Mahmud ada anak dengan 'mistress' Australia - Shahnaz (bekas isteri)

Posted: 27 Aug 2013 12:18 AM PDT

OLEH RITA JONG
AUGUST 27, 2013
LATEST UPDATE: AUGUST 27, 2013 06:14 PM
Bekas isteri anak Taib Mahmud (dua dari kiri) mendakwa Bekir mempunyai anak dengan wanita Australia. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Ogos, 2013.Bekas isteri anak Taib Mahmud (dua dari kiri) mendakwa Bekir mempunyai anak dengan wanita Australia. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Ogos, 2013.Mahkamah Tinggi Syariah hari ini mendengar kes anak Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang dikatakan telah berlaku curang sejak dua dekad lalu.
Shahnaz A. Majid, 50, berkata Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib telah membawa wanita Australia dan Rusia ke perhimpunan keluarga semasa masih ada hubungan perkahwinan.
Beliau difahamkan Mahmud telah mempunyai seorang anak lelaki bersama wanita Australia itu.
"Dia membawa wanita itu ke majlis perkahwinan adik perempuannya sama ada pada tahun 2000 atau 2001 di Kuching," katanya sewaktu ditanya peguam Akbardin Abdul Kader hari ini.
"Nama wanita itu Louisse Hiley. Saya tidak tahu status pernikahan mereka tetapi mereka mempunyai anak bernama, Adam."
Shahnaz kemudian diberitahu Hiley dan Mahmud telah berpisah dan Adam mengikut ibunya.
Shahnaz adalah kakak kepada penyanyi jazz Datuk Sheila Majid telah memberi keterangan kepada mahkamah bagi mendapatkan pampasan RM300 juta dan RM100 juta tuntutan mutaah atas penceraian itu.
Beliau turut meminta 50 peratus aset kepunyaan Mahmud Abu Bekir termasuk kereta mewah, beberapa rumah di luar negara, tanah di Sarawak dan pegangan saham.
Kes penceraian itu mendedahkan kekayaan keluarga ketua menteri Sarawak.
Dalam penghakiman itu, Shahnaz menyenaraikan tujuh kereta mewah, ribuan hektar tanah di Sarawak dan saham dalam 15 buah syarikat yang diisytihar sebagai harta sepencarian.
Beliau mendirikan rumah tangga bersama Mahmud pada 9 Januari 1992 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Rayden Myura Abdul Taib Mahmud, 20.
Mereka telah mendirikan rumah tangga selama 19 tahun empat bulan sebelum Mahmud memfailkan penceraian pada 11 Mei 2011.
"Perkahwinan kami pada awalnya bahagia namun tidak kekal lama. Tidak lama kemudian, perkahwinan dilanda masalah kerana Mahmud gagal melunaskan tanggungjawabnya," kata Shahnaz.
"Kami akhirnya berpisah kerana dilanda pelbagai masalah ekoran sifatnya yang ganas dan panas baran."
Katanya, Mahmud melayannya dengan tidak adil sebagai isteri pertama. Selepas Hiley, dia berkahwin dengan perempuan Rusia.
Akbardin: Bagaimana anda tahu dia berkahwin dengan wanita Rusia?
Shahnaz: Saya baca sebuah artikel di majalah The Peak pada September 2010. Beliau telah ditemubual oleh majalah berkenaan dan mengakui wanita Rusia itu isterinya.
Akbardin: Apa namanya?
Shahnaz: Elena Vasilenko.
"Dia kemudian kembali ke rumah bersama perempuan itu dan membawa anak kami keluar. Saya tidak tahu mereka telah berkahwin," katanya.
Shahnaz menambah sebelum dia bercerai, Mahmud turut membawa Vasilenko ke majlis hari jadi ibunya.
Pada Mac tahun ini, Mahkamah Rayuan Syariah membenarkan permohonan Mahmud bagi diadakan perbicaraan semula atas sebab kes tuntutan mutaah sebelum itu dijalankan tidak mengikut prosedur..- TMI

Tiada ulasan: