Selasa, 6 Ogos 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Ibu Kecewa Anak Gadisnya Ditangkap Khalwat Dalam Kereta

Posted: 06 Aug 2013 12:01 AM PDT

Paling memalukan keluarga'

Kuala Terengganu - "Terus terang saya katakan, kejadian ini paling memalukan keluarga dan mengaibkan hidup saya sepanjang bergelar ibu kepada dia. Selepas peristiwa itu, saya dan suami memang memantau gerak gerinya dan jika hal ini berulang lagi, saya sendiri yang akan hantar dia ke pusat pemulihan akhlak,". Illustrasi hiasan.

Demikian luahan hati seorang ibu selepas anak gadisnya berusia 18 tahun mengaku bersalah melakukan satu perbuatan sebagai persediaan melakukan persetubuhan luar nikah bersama pasangannya di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, selepas ditahan bersama kekasihnya yang dalam keadaan mengaibkan pada Jun lalu.

Wanita berusia 40-an berkata demikian di hadapan Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail selepas dipanggil bersama suaminya bagi mendengar rayuan terhadap kes anak gadis mereka.

Sementara itu, bapa kepada lima anak itu berkata, mereka tidak menyangka anak ketiganya itu tergamak menghancurkan kepercayaan diberikan selepas membenarkan keluar bersama lelaki tersebut sebelum kejadian.

"Sebelum itu, dia ada memberitahu hendak ke bandar untuk urusan pendaftaran di sebuah kolej swasta dengan ditemani lelaki itu.

"Disebabkan lelaki itu ada juga pertalian hubungan kekeluargaan dengan kami, jadi saya memang tidak menyimpan sebarang syak dan meletakkan kepercayaan kepada mereka sepenuhnya agar dapat menjaga diri," katanya.

Selain itu, anak gadisnya yang masih menuntut di sebuah kolej turut membuat rayuan memohon mahkamah meringankan hukuman atas alasan sudah insaf dan bertaubat dengan melakukan solat sunat Taubat.

Terdahulu, dia mengaku bersalah melakukan satu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah dengan seorang lelaki berusia 20 tahun yang bukan suaminya di dalam sebuah kereta di kawasan Taman Awam Pulau Warisan, di sini, kira-kira jam 6.50 petang, pada 5 Jun lalu.

Susulan pengakuan bersalah itu, dia dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan jaminan sebanyak RM2,000 dengan dua penjamin.

Kamalruazmi juga dalam penghakimannya berkata, apa yang dilakukan gadis itu dan pasangannya adalah kesalahan serius dan berdosa di sisi agama.

"Kamu sepatutnya bersyukur dan berterima kasih kerana ditahan pegawai penguat kuasa syariah. Jika tidak, mungkin kamu berdua sudah terlanjur dan kejadian lebih buruk akan berlaku. Ini masanya untuk kamu berubah dan saya harap kamu benar-benar bertaubat," katanya.

Pasangannya memohon mahkamah menangguhkan hukuman terhadapnya dibebaskan dengan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin.

18 Ogos depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Berdasarkan fakta kes, pasangan remaja itu ditahan pegawai penguat kuasa syariah di kawasan Taman Awam Pulau Warisan, di sini, kira-kira jam 6.50 petang pada 5 Jun lalu.

Ketika kejadian, pegawai berkenaan sedang melakukan rondaan di sekitar bandar raya ini sebelum ternampak sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan di kawasan itu.

Sebaik menghampiri, pasangan itu berada dalam keadaan mencurigakan dan hasil pemeriksaan mereka bukan pasangan suami isteri sebelum ditahan untuk siasatan lanjut. -SH

Ahli Parlimen Seputeh Jadi Mangsa Fitnah Macai UMNO

Posted: 05 Aug 2013 05:01 PM PDT


Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok menafikan telah mengeluarkan kenyataan wang zakat yang dikutip di negeri itu perlu diagihkan kepada kaum Cina.

Fitnah itu difahamkan telah disebarkan oleh seseorang di internet.

Beliau yang juga ahli Parlimen Seputeh menulis di laman mikro Twitternya, perkara tersebut tidak benar dan mendakwa ada orang kurang waras telah menyebarkan fitnah terhadapnya.

"Ada orang gila buat fitnah dalam internet bahawa saya minta duit zakat diberi kepadaorang Cina.

"Ada orang fitnah dalam bulan Ramadan," tulisnya.


Antara satu salinan "print screen" Facebook yang disebarkan menyatakan Teresa, hasil pilihan orang Melayu telah mengeluarkan kenyataan bahawa duit zakat orang Islam yang dikutip di negeri Selangor seharusnya diagihkan dan diserahkan juga kepada kaum itu yang juga membayar cukai.

Dalam pada itu, Sinar Harian Online juga mendapati beberapa blog turut menyiarkan kenyataan Teresa itu yang berjudul "Cina pun mahu duit Zakat". -SH

[MACAM-MACAM HAL] Ada Pihak Mahu Rampas Jawatan "Yang Di Pertuan Agong"

Posted: 05 Aug 2013 11:45 AM PDT


10 individu dakwa pewaris agong ditahan berkumpul di Istana Negara

Sepuluh individu yang mendakwa mereka pewaris Yang di-Pertuan Agong, ditahan ketika berhimpun di Pintu 1, Istana Negara di sini kira-kira pukul 4 petang Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Supt Aida Abdul Hamid berkata mereka yang terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita itu berpakaian serba hitam dan menaiki tiga buah kereta.

"Kumpulan ini mendakwa mereka dari Kumpulan Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara dan datang ke istana kerana mendakwa mereka adalah pewaris Agong yang sah.

"Tangkapan termasuk rampasan kesemua kereta dibuat oleh ketua balai polis Jalan Travers dan dibawa ke balai Travers," katanya kepada pemberita, di ibu negara.


Menurut Aida, tidak ada senjata ditemui ketika pemeriksaan polis terhadap kereta yang dirampas, kecuali 13 bendera bertulisan jawi dan beberapa helaian watikah baiah (perakuan sumpah).

Katanya, semakan awal mendapati tujuh daripada mereka berasal dari Melaka, Perak dan Kedah.

Aida berkata siasatan mendapati antara ajaran kumpulan itu ialah mendakwa dua kalimah syahadah sedia ada tidak sah dan anggota baharu diwajib berbaiah (bersumpah) serta mengucap kalimah syahadah yang baharu di hadapan ketua yang bergelar 'Tuanku'. – Bernama

[VIDEO] Pemenang Nobel Keamanan, Tawakul Karman Dihalang Masuk Mesir

Posted: 05 Aug 2013 05:40 AM PDT


Pihak berkuasa Mesir menyekat pemenang hadiah Nobel Keamanan dari Yaman, Tawakul Karman - penyokong presiden Mohamed Mursi yang digulingkan - daripada memasuki negara itu pada Ahad.

Beliau juga dihantar pulang melalui penerbangan ke Dubai, menurut sumber keselamatan.

Agensi berita nasional Mena melaporkan, Karman yang sebelum ini mengumumkan solidariti bersama penyokong Mursi termasuk dalam senarai yang dilarang memasuki Mesir.

Jurucakap Ikhwanul Muslimin berkata, Karan sebelum ini pernah menyertai tunjuk perasaan di Kaherah bagi menuntut presiden yang digulingkan tentera sebulan lalu dikembalikan ke tampuk kekuasaan.

Menurut Tiwtter Karman pada Ahad, penulis dan aktivis itu ditahan di lapangan terbang Kaherah dan dilarang menyertai perhimpunan.

Beliau dihantar kembali ke kapal terbang yang sama membawanya masuk, menurut sumber.

Tindakan itu dikritik Ikhwan dan menyifatkan langkah ini mirip amalam semasa pemerintahan autokrat Hosni Mubarak.

"Kerajaan nampaknya mengamalkan semula amalan keselamatan negara Mubarak," kata Yasser Ali, seorang pemimpin Ikhwan dan bekas jurucakap presiden.

Karman, 34, ibu kepada tiga anak, merupakan simbol penting dalam kebangkitan Yaman 2011.

Beliau wanita pertama Arab yang memenangi Hadiah Nobel Keamanan.

Karman juga digelar, "Wanita Besi" dan "Ibu Revolusi".

Anggota parti Islam besar di Yemen, Islah, Karman menyifatkan penggulingan Mursi sebagai "rampasan kuasa" dan "tamparan kepada demokrasi".


Tiada ulasan: