Sabtu, 3 Ogos 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Di Tempat Muhyiddin, Ada Penduduk Yang 80 Tahun Guna Air Hujan

Posted: 03 Aug 2013 12:31 AM PDT


Mariamah (kanan) menunjukkan tadahan air hujan dalam pembetung yang digunakannya.

Muar – Seorang warga emas hidup dalam keadaan serba kekurangan tanpa kemudahan asas yang sempurna dengan bergantung sepenuhnya kepada tadahan air hujan.

Mariamah Saimin, 80, dari Kampung Parit Mislam, Seri Menanti dekat sini, mengakui sudah biasa menggunakan air hujan sejak dilahirkan hingga membuatkannya tidak berminat untuk beralih kepada penggunaan air paip yang lebih bersih serta terjamin keselamatannya.

"Tadahan air hujan dalam pembetung ditapis guna kain, kemudian disimpan dalam tempayan untuk kegunaan memasak dan mandi.

"Saya pernah cuba minum air paip yang dimasak tetapi tekak tidak dapat terima dan membuatkan saya kekal guna air hujan sehingga kini," katanya kepada Sinar Harian.

Mariamah berkata, dia tinggal sendirian di rumah usang itu sejak kematian suami, kira-kira 15 tahun lalu.

"Mujurlah dengan hasil jualan kelapa sawit dan buah kelapa, saya mampu meneruskan hidup dan berharap akan terus dikurniakan kesihatan yang baik serta dijauhi dari sebarang penyakit yang serius," katanya.

Kisah Mariamah itu mendapat perhatian Persatuan Penternak Kupang Daerah Muar apabila menghulurkan bantuan barangan dapur kepada warga emas berkenaan yang turut disertai Adun Sungai Balang, Zaiton Ismail, baru-baru ini. -SH

Kenyataan Muhyiddin Berbaur Hasutan, Terlupa UMNO Lebih Banyak Menghina Islam

Posted: 02 Aug 2013 10:55 PM PDT


Tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilihat menuduh orang bukan Islam terlibat dalam video jurulatih anjing boleh mencetuskan kekecohan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Ia ternyata boleh mencetuskan emosi kebencian dan sakit hati di kalangan orang-orang Islam terhadap orang-orang bukan Islam dan akhirnya akan tercetus kekecohan.

"Adakah Timbalan Perdana Menteri mahu bertanggungjawab jika kenyataannya yang ternyata bersifat hasutan itu mencetuskan tindakan bersifat fizikal orang-orang Islam ke atas orang-orang bukan Islam?" beliau mempersoalkan.

Bagaimanapun, kata Mahfuz, beliau yakin Muhyiddin tidak akan diambil tindakan atas kenyataannya yang bersifat hasutan itu.

"Sekali lagi rakyat boleh melihat bahawa pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno semakin yakin bahawa mereka kebal undang-undang.

"Sebab itulah kita mendengar ada pemimpin Umno yang tumbuk, tampar dan sepak orang sesuka hati, para penyokong Umno menyerang ceramah-ceramah, baling selipar dalam masjid malah berapa banyak kita lihat kenyataan pemimpin Umno yang menghina Islam," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Beliau juga kesal dengan sikap Muhyiddin yang secara borong dan gelojoh menuduh orang lain menghina Islam sedangkan para pemimpin Umno sendiri ramai yang menghina Islam.

"Sehingga sekarang pun, tetap tersebar di kalangan rakyat kenyataan-kenyataan para pemimpin Umno yang menghina Allah dan Islam melalui penghinaan mereka terhadap undang-undang Islam.

"Para pemimpin Umno patut bertanya diri sendiri, sebelum pihak mereka membuat pelbagai kenyataan yang menghina Islam, adakah orang-orang seperti Presiden MCA atau blogger lucah yang baru-baru ini ditangkap berani memperlekeh dan mempersendakan agama Islam?" Mahfuz mempersoalkan lagi.


DAP buat laporan polis terhadap Muhyiddin Yassin


DAP hari ini membuat laporan di Balai Polis Jinjang berikutan kenyataan berunsur hasutan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Laporan itu dibuat Pembantu Khas Ahli Parlimen DAP Segambut, Yew Jia Haur bersama jawatankuasa DAP cawangan Taman Segambut.

Beliau menegaskan polis harus melakukan siasatan terhadap Muhyiddin kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian agama.

"Laporan polis itu dibuat untuk menggesa Muhyiddin disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

"Walaupun kita kurang optimis polis akan menyiasat terhadap Muhyiddin tapi sekarang kes ini sudah dibuka, jadi kita harap polis akan menjalankan tugas mereka," katanya yang juga Ketua DAP Cawangan Taman Segambut pada sidang media selepas membuat laporan polis.

Laporan itu dibuat berdasarkan kenyataan Muhyiddin pada 31 Julai lalu yang menyatakan 'umat Islam tidak menghina agama bukan Islam seperti Kristian dan Hindu, tetapi orang bukan Islam menghina agama kita'.

Kenyataan Muhyiddin dibuat sebagai respon kepada klip video Maznah Mohd Yusof, yang digambarkan menyambut Aildilfitri bersama tiga anjing peliharaannya.

Menurut Jia Haur, pihak polis mestilah berlaku adil dan tidak boleh memilih bulu untuk segera melakukan siasatan.

"Jika Maznah yang didakwa menghina agama terus disiasat, tindakan yang sama juga perlu dilakukan terhadap Muhyiddin mengikut akta yang sama.

"Kenyataan Muhyiddin itu bukan saja berbaur hasutan, malah merupakan serangan terhadap penganut agama lain di Malaysia, jadi tidak ada sebab mengapa beliau tidak boleh disiasat.

Jia Haur juga menegaskan kenyataan Muhyiddin itu juga mengelirukan kerana menyamakan Maznah dengan apa yang dilakukan Alvin Tan dan Vivian Lee sebelum ini.

Muhyiddin juga seolah-olah tidak tahu bahawa Maznah adalah seorang Muslim.

Ketua DAPSY Kepong, Ng Wei Kong menambah, kata-kata sedemikian tidak seharusnya dikeluarkan oleh orang yang berkedudukan tinggi dalam kepimpinan negara.

"Beliau perlu mewujudkan keharmonian dengan menjadi pemimpin untuk semua, bukannya membuat kenyataan seperti itu dan harus berfikir daripada perspektif Malaysia, bukan hanya perspektif Islam semata," ujarnya.
-Roketkini.

[VIDEO] Siasat Pemimpin Tertinggi FELDA Dalam Rasuah RM30 Juta, kata Rafizi

Posted: 02 Aug 2013 08:15 PM PDT

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pemimpin tertinggi negara berhubung penyelewengan dalam anak syarikat Felda, KPFQ Foods Sdn Bhd.

Katanya, siasatan dan pendakwaan kes berkenaan tidak boleh terhenti di peringkat kepimpinan korporat KPFQ Foods Sdn Bhd semata-mata kerana ia juga melibatkan keputusan di peringkat tertinggi Felda.

Rafizi mendakwa, KPFQ Foods Sdn Bhd adalah syarikat usahasama diantara Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPFMB) dan Silver Bird Group Berhad (SBGB) yang ditubuhkan khusus untuk menjadi ejen pemasaran barang makanan dan pertanian di seluruh negara.

"Saya menggesa supaya siasatan terhadap kes ini tidak dihadkan semata-mata kepada kesalahan dan penyelewengan yang melibatkan kepimpinan KPFQ Sdn Bhd.

"Tetapi perlu diluaskan kepada aspek kecuaian dan ketidaktelitian pimpinan tertinggi negara yang terbabit supaya ada kebertanggungjawaban kerana agensi-agensi ini adalah dibawah tanggungjawab mereka," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Rafizi mendakwa SBGB mempunyai hubungan rapat dengan agensi kerajaan yang lain termasuk Tabung Haji.

"Pemegang-pemegang saham besar di dalam SBGB adalah Tabung Haji dan Tan Sri Vincent Tan, yang menunjukkan bahawa SBGB adalah sebuah syarikat perniagaan yang ada hubungan yang baik dengan kerajaan," dakwa Ahli Parlimen Pandan itu.

Menurut Rafizi, akhir-akhir ini Kerajaan Pusat menggunakan banyak dana rakyat untuk membiayai projek usahasama di antara agensi kerajaan dan swasta yang menimbulkan beberapa persoalan.

Selepas skandal membabitkan lembu NFC, Rafizi mempersoalkan bagaimana kerajaan menilai bentuk kerjasama antara kerajaan dan syarikat swasta dalam membabitkan dana daripada wang rakyat.

Rafizi turut mempersoalkan peranan wakil kerajaan di dalam agensi dan syarikat usahasama untuk memantau kemajuan projek dan memastikan tiada penyelewengan berlaku.

"Apakah peranan dan pertanggugjawaban kepimpinan kerajaan apabila projek-projek usahasama di bawah tanggungjawab mereka gagal dan membazirkan wang rakyat?" soalnya lagi. -selangorku


Penyokong Mursi Bersedia Untuk Mati: Bunuh Kami & Minum Darah Kami Yang Berwana-warni

Posted: 02 Aug 2013 05:15 PM PDT


Penyokong Mursi kini ikrar sedia mati

Kerajaan Mesir yang disokong tentera pada Khamis memberi amaran kepada penyokong presiden Mohamed Mursi yang digulingkan supaya meninggalkan kem tunjuk perasaan di Kaherah, dengan menjanjikan jalan keluar selamat tanpa pertempuran.

Rayuan itu dibuat oleh jurucakap kementerian dalam negeri Hany Abdel Latif dalam saluran televisyen negara selepas kerajaan pada Rabu memberi amaran bertindak menamatkan tunjuk perasaan dua minggu oleh ribuan penyokong Mursi.

Sejak tentera menggulingkan Mursi, pemimpin kumpulan Islamis pada 3 Julai, pemimpin-pemimpin gerakan Ikhwanul Muslimin dituduh menghasut keganasan.

Amaran terkini dikeluarkan berhubung kemungkinan berlakunya pertumpahan darah akibat ketegangan berterusan.

Latif berkata, jika penunjuk perasaan meninggalkan tapak bantahan mereka secara aman, mereka akan menjamin keselamatan kumpulan itu. Tiada tarikh akhir ditetapkan.

"Tiada tarikh tepat (ditetapkan). Kami akan terus melihat keadaan di lapangan," kata Latif kepada Reuters.

Sehingga Khamis, penunjuk perasaan tidak menghiraukan kenyataan itu dan bersedia untuk kemungkinan terburuk.

Di kem Rabaa al-Adawiya, sampah sarap dibersihkan bagi memudahkan laluan ambulans. Pasir-pasir ditimbun di sekitar kawasan untuk menimbus kanister gas pemedih mata yang mungkin dilepaskan.

Di balik benteng pasir, batu-batu juga dikumpulkan untuk dijadikan senjata jika perlu.

"Kami sudah bersedia. Kami bersedia untuk mati demi legitimasi. Serangan boleh berlaku pada bila-bila mata sahaja," kata Mohamed Saqr, aktivis Ikhwan yang mengawal laluan masuk tempat perkhemahan di masjid di Kaherah Utara.

Polarisasi di Mesir sekarang paling ketara sejak autokrat yang disokong Amerika Syarikat Hosni Mubarak digulingkan pada 2011, sekali gus bermulanya peralihan politik penuh pergolakan.

Mursi menjadi pemimpin pertama Mesir yang dipilih secara demokratik oleh rakyat pada Jun 2012 tetapi menghadapi tentangan kemudiannya apabila gagal menyelesaikan masalah sosial dan ekonomi yang sentiasa menjadi ketakutan di negara itu.

Krisis Mesir: Apakah Kerajaan Malaysia Sokong Kudeta Tentera Mesir?

Posted: 02 Aug 2013 07:05 AM PDT

Krisis Mesir: Kerajaan Malaysia Tidak Wajar Diam Diri

Malaysia perlu menyatakan pendirian berhubung pencerobohan tentera di Mesir yang menyebabkan kejatuhan Presiden Mohammed Morsi.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, kerajaan Malaysia tidak sewajarnya terus berdiam diri dalam perkara ini kerana pergolakan di negara itu kini mengorbankan ratusan nyawa rakyatnya.

Katanya, berdasarkan sokongan ditunjukkan adalah jelas rakyat negara itu mahu Dr Morsi dikembalikan sebagai Presiden Mesir.

"Kita meminta kerajaan Malaysia bagi memainkan peranannya dan menggunakan apa juga pengaruh yang ada untuk mempengaruhi kerajaan tentera Mesir untuk kembalikan negara itu kepada landasan demokrasi yang diasaskan semula oleh Dr Morsi.

"Apabila kerajaan Malaysia berdiam diri nampak seolah-olah kita boleh terima amalan rampasan kuasa itu dan akibat daripadanya ialah tekanan yang hebat dikenakan kepada umat Islam di Gaza, Palestin," katanya dalam sidang media di sini semalam.

Menurutnya, maklumat diperoleh yang boleh dipercayai ialah rampasan kuasa itu didalangi hasil campurtangan Israel dan Amerika Syarikat yang tidak mahu Mesir menikmati sistem demokrasi yang akan menyebabkan golongan Islamis untuk berkuasa.

Katanya, PAS telah menghantar seorang wakil, Dr Syed Azman ke Mesir dan kini bersama dengan penunjuk perasaan di negara tersebut.

"Ia adalah sebagai tanda sokongan PAS terhadap kerajaan yang dipilih secara demokrasi," ujarnya.


Medan Raba'ah bakar semangat juang pro Morsi


Laporan Khas Dr Syed Azman Yang Kini Berada Di Mesir

KAHERAH: Medan Raba'ah Adawiah yang terletak di pinggir Kota Kairo merupakan tempat berhimpun ratusan ribu penyokong Presiden Mohamad Morsi yang di guling oleh junta tentera.

Di sinilah lokasi yang dijadikan markas serta tempat himpunan utama mereka sejak lebih sebulan yang lalu.

Pengorbanan yang begitu tinggi ditunjukkan oleh penyokong Presiden Morsi yang telah berkhemah walaupun di tengah-tengah musim panas di bulan Ramadan sangat-sangat menakjubkan.

Walaupun pada 26 Julai lalu, telah berlaku pembunuhan kejam, lebih seratus mereka yang tidak berdosa dan ribuan yang tercedera akibat serangan tentera Mesir dan polis khas rejim junta tentera yang merampas kuasa, namun semangat yang ditunjukkan mereka yang berhimpun di Dataran Adawiah ini amat tinggi sekali.

Malah pembunuhan kejam yang berlaku telah menambahkan lagi semangat mereka untuk terus berada di sana bagi menentang kekejaman junta tentera itu.

Pidato serta ucapan daripada pimpinan Ikhwan di sani juga amat besemangat dan mereka tidak sedikitpun menunjukkan mahu mengalah dan berundur daripada perjuangan menegakkan hak mereka dan tuntutan demokasi di Mesir.

Di dataran ini disediakan khemah-khemah sementara dengan pelbagai kelengkapan asas seperti kemudahan air, saluran letrik serta makan minum yang sentiasa mencukupi kepada ratusan ribu yang berkumpul setiap hari.

Malah sebuah hospital sementara juga disediakan di sani dan pada hari minggu himpunan besar yang biasanya diadakan dianggarkan lebih 3 juta rakyat akan berhimpun.

Semua yang saya temui amat besemangat mahu dikembalikan hak dan suara mereka walaupun telah berlaku pembunuhan berdarah. Mereka bersolat waktu dan solat Tarawih berjemaah setiap waktu dengan penuh disiplin sepanjang bulan Ramadan ini.

Anak-anak muda juga begitu sibuk menguruskan urusan di dataran ini setiap hari. Semangat mereka juga begitu tinggi untuk mempertahankan dataran Adawiah ini daripada serangan junta tentera serta pengganas upahan yang disediakan oleh pihak polis.

Selain menjaga keselamatan serta keamanan di sekitar dataran, mereka ditugaskan membantu setiap urusan harian ribuan penghuni dataran ini.

Begitu juga dengan kaum muslimat. Mereka juga amat bersemangat untuk terus kekal di Dataran Adawiah selagi Presidan Morsi tidak dikembalikan ke tempat kuasa beliau walaupun telah berlaku pertunpahan darah.

Mereka dilihat begitu sibuk menyediakan makanan dan minuman serta membantu mereka yang cedera untuk mendapatkan bantuan perubatan.

Laungan-laungan seperti; "dengan darah, dengan nyawa, kami akan korbankan untuk mendapatkan yang hak" dan "cukuplah Allah sebagai pembantu kami" terus berkumandang sepanjang masa bagi membakar semangat mereka.

Inilah realiti politik penentangan yang sedang berlaku di Mesir sekarang ini. Rakyat terus bangkit menentang kekejaman junta tentera walaupun dengan darah mereka.

Di Dataran Adawiah, pembunuhan berdarah tidak sedikitpun melunturkan semangat mereka. Malah kekejaman inilah yang terus membakar semangat mereka untuk terus berhimpun di dataran yang di anggap sebagai "Dataran Demokrasi" ini.
-HD

Tiada ulasan: