Rabu, 21 Ogos 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[SLOGAN LAGI], "Endless Possibilities" Ganti Slogan 1Malaysia Yang Gagal

Posted: 21 Aug 2013 01:00 AM PDT

Jika slogan pertama kurang memberi kesan, cuba lagi. Datuk Seri Najib Razak kini bersedia untuk melancarkan penjenamaan baru bagi pendekatan Malaysia, disasarkan kepada rakyat Malaysia selepas Pilihan Raya Umum 2013 yang membangkitkan kemarahan ramai.

Kempen terbaru itu yang dipanggil `Endless possibilities', dijangka dilancarkan pada 17 September, sehari selepas Malaysia menyambut Hari Malaysia yang ke-50, kata sumber memberitahu The Malaysian Insider.

Mereka berkata, slogan `Endless Possibilities' akan menggantkani slogan 1Malaysian yang diperkenalkan perdana menteri ketika beliau mula menjawat jawatan itu pada April 2009. Satu laman web baru – www.malaysia.my juga kini dibina.

"Kempen `Endless Possibilities' sudah bermula awal tahun ini tetapi pelancarannya ialah pada 17 September depan. Semua menteri sudah diberikan penerangan mengenainya," kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata, Najib turut dilihat menggunakan butang lencana berlogo `Endless Possibilities', yang berupa lingkaran tiada penghujung berjalin dengan M dan Y dalam warna merah, kuning dan putih berlatarbelakangkan warna biru, bersama dengan butang lencana logo 1Malaysia.

Slogan 1Malaysia dengan tagline `Rakyat didahulukan. Pencapaian diutamakan' dipersendakan kerana maksudnya yang kabur dan pengkritik menyatakan ia tidak mampu menyatukan rakyat Malaysia, termasuk bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya tidak jelaskan konsepnya, tetapi itu yang direka," kata bekas perdana menteri dalam satu temubual Disember lalu.

Najib berkata, beliau memutuskan bahawa ia perlu ada `elemen strategi tidak jelas yang membawa pelbagai makna' ketika beliau memperkenalkannya tiga tahun lalu, bagi membolehkan konsep itu diperluas untuk memasukkan pendapat lain daripada masyarakat.

Tetapi, jabatan kerajaan, agensi dan usahawan mengambil slogan 1Malaysia, menghasilkan pelbagai program, insiatif, produk dan perkhidmatan berdasarkan kepada tema itu, termasuk stesen radio dan tandas awam.

Bagaimanapun, slogan itu gagal membantu Najib mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya pada 5 Mei lalu apabila Barisan Nasional (BN) hanya mampu mendapat 133 kerusi parlimen, kurang tujuh daripada 140 kerusi yang dimenangi dalam Pilihan Raya 2008.

Sejak PRU13, slogan 1Malaysia tidak lagi digunakan, sama ada daripada kerajaan atau rakyat walaupun ia begitu giat ditonjolkan dalam kempen pilihan raya dan jelajah Janji Ditepati BN.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa slogan `Endless Possibilities' sebenarnya mahu dilancarkan sebelum hari mengundi, tetapi kerajaan menangguhkannya bagi mencegah kemungkinan berlaku kekeliruan.

Pos Malaysia sudah merancang untuk melancarkan setem baru bertajuk Malaysia: Endless Possibilities pada 30 Mei 2013 tetapi tidak ada tanda set setem itu.

Sumber berkata, kempen baru itu sebenarnya bermula pada awal tahun ini di majlis berprestij Forum Eknomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland dan dalam beberapa program Pelancongan Malaysia.

Klip video berdurasi 60 saat yang memaparkan Najib juga dilancarkan dan disiarkan oleh penyiar berita global CNN.

"Taklimat ringkas daripada Pejabat Perdana Menteri ialah untuk mempromosi Malaysia sebagai negara yang dinamik dengan infrastruktur lengkap membangun dan pelan pembangunan ekonomi agresif untuk masa depan.

"Dengan memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, klip video itu disiarkan menerusi CNN untuk menarik pelabur dan syarikat asing ke dalam negara," menurut penjelasan yang diletakkan bersama klip video itu dalam laman YouTube.

Terdapat juga beberapa pengiklanan bercetak dengan slogan baru itu dalam majalah antarabangsa untuk tujuan perniagaan dan pelancongan sepanjang tempoh lapan bulan lalu. Tetapi sumber berkata, penggunaan secara meluas akan hanya berlaku selepas pelancaran pada 17 September ini.

"Tunggu dan lihat. Ia akan menjadi kempen yang besar dan mengkagumkan. Kempen ini ada `kemungkinan yang tidak berpenghujung'," katanya. -TMI

TG Nik Aziz: Arab Saudi Belum Tentu Pegang Kunci Kebenaran Sekalipun Menjaga 2 Tanah Suci

Posted: 20 Aug 2013 10:15 PM PDT


Saya tidak terkejut apabila bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dibebaskan daripada penjara oleh Mahkamah Mesir.

Inilah tujuan sebenar rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera.


Tidak perlu berlindung di sebalik alasan ekonomi dan sebagainya.

Padahal kezaliman Hosni Mubarak selama 30 tahun menduduki takhta presiden satu fakta yang tidak boleh dinafikan sama sekali.

Barangkali, Sheikh Al-Azhar yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera pun sudah berpuas hati dengan pembebasan Hosni Mubarak.

Saya menghormati keilmuan yang ada pada Sheikh Al-Azhar, namun pendirian beliau dalam hal ini jelas salah seterang cahaya matahari di siang hari.

Pada saya, inilah ujian berat yang sedang dihadapi oleh gerakan Islam khususnya di Mesir iaitu di saat para pemimpin mereka disumbat ke dalam penjara manakala penjenayah besar dilepas bebas.

Berpuas hatilah kerajaan Arab Saudi yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera.

Benarlah kenyataan bahawa kebenaran itu milik ALLAH, tidak di Barat dan tidak Timur.

Sekalipun penjaga dua tanah suci dimuliakan ALLAH SWT dengan tugas ini, namun belum tentu mereka memegang anak kunci kebenaran.

Di samping menjaga dua tanah Suci, Arab Saudi jugalah yang menjaga telaga minyak yang menghilangkan haus Amerika Syarikat (AS) sekian lama.


Inilah satu-satunya negara yang dinamakan sempena nama pemerintahnya iaitu Bani Saud.

Justeru, janganlah Arab Saudi menyangka dengan sokongan mereka kepada tentera Mesir, mereka boleh mempengaruhi seluruh umat Islam di dunia.

Jika darah Abdullah bin Zubair RA pernah tertumpah akibat diperangi oleh Hajjaj bin Yusuf di Tanah Mekah, apa peliknya darah umat Islam di negara lain tertumpah angkara pemerintah Saudi hari ini?


Jika kabilah Arab Jahiliyyah pun pernah bertugas untuk menjaga Tanah Suci sebelum kedatangan Islam, apakah jaminan penjaga Tanah Suci hari ini bebas dari melakukan kesilapan?

Barangkali sedikit kasar kiasan saya, tetapi ia belum apa-apa jika dibandingkan dengan sokongan Arab Saudi terhadap tindakan tentera Mesir yang telah membunuh ribuan rakyat yang tidak berdosa.

Saya menyeru kepada jiwa-jiwa yang telah dimuliakan ALLAH SWT dengan ilmu agama, janganlah sesekali cenderung kepada kezaliman agar tidak disambar oleh api neraka.

Hari ini Mesir ditinggalkan 'saudara-saudara'nya, bagaikan Nabi Yusuf yang pernah dibuang oleh saudara-saudaranya di dalam telaga ribuan tahun yang lampau.

Tetapi Baginda akhirnya diselamatkan dan menjadi penguasa Mesir. Saya yakin Insya-ALLAH, Mesir akan keluar dari telaga kezaliman para tentera dan akan bangkit semula sebagai sebuah bumi yang subur dengan gerakan Islam.

Pesan saya kepada para hakim yang membebaskan Mubarak sebagaimana pesan ahli sihir yang beriman kepada Firaun :

فَاقْضِ مَا أَنْتَ قَاضٍ إِنَّمَا تَقْضِي هَذِهِ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا

yang bermaksud : Berhukumlah kamu selagi mana kamu boleh berhukum, sesungguhnya kamu hanya mampu berhukum di dalam kehidupan dunia ini sahaja... - Surah Toha, ayat 72

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Pas

"Israel Di Belakang Kudeta Tentera Terhadap Mursi" - Erdogan

Posted: 20 Aug 2013 05:30 PM PDT


Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan pada hari ini (20/8/2013) mendedahkan Israel berada di sebalik kudeta tentera terhadap presiden Mesir Muhammad Mursi bulan lalu.

"Apa yang mereka katakan tentang Mesir: Demokrasi bukanlah kotak suara rakyat. Siapa di belakang ini? Israel," tegas Erdogan seperti tersiar di Hurriyet daily. Erdogan, seorang yang amat lantang suaranya mengkritik negara Yahudi itu, dan pemimpin Turki yang berasal dari Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) yang berakar Islam.

"Kami mempunyai bukti," ujarnya, mengutip apa yang dia katakan adalah kenyataan yang pernah disampaikan oleh menteri kehakiman Israel pada forum di Prancis 2011 lalu di mana ia dinilai menyatakan Mursi dari Ikhwanul Muslimin tidak akan mampu untuk tetap berkuasa sekalipun jika memenangi pilihanraya.

Sikap Turki telah menyebabkan kemarahan pemerintah sementara Mesir yang didukung tentera yang bulan lalu menyuarakan kebencian yang kuat atas pernyataan Erdogan yang sangat pro-Mursi.

Turki mengecam penguasa baru Mesir setelah tindakan keras berdarah minggu lalu terhadap pendukung Mursi, bahkan Turki memanggil pulang duta besarnya di Kaherah, mendorong langkah serupa yang dilakukan oleh Mesir terhadap dutanya di Istanbul.



Mursi dilantik sebagai pemimpin pertama yang terpilih secara demokrasi di Mesir pada bulan Jun 2012, tetapi digulingkan oleh tentera bulan lalu dengan dukungan aksi protes warga.



Erdogan dan Partai Keadilan dan Pembangunan (AKP) sendiri telah mengembangkan hubungan bersahabat dengan Mursi serta Ikhwanul Muslimin.

Berapa Nilai Kekayaan Hosni Mubarak?

Posted: 20 Aug 2013 07:30 AM PDT


Nama Hosni Mubarak tak syak lagi sudah boleh dimasukkan ke dalam daftar nama-nama diktator kaya di seluruh dunia. Hampir semua diktator di dunia ini selalu mempunyai pola yang sama iaitu pada dasarnya meninggalkan kekuasaannya setelah mencuri wang dari rakyatnya.

Pemimpin Afghanistan, Hamid Karzai adalah contoh lain dari seorang lelaki yang disuap AS dan menimbun kekayaan sendiri sementara rakyat di negaranya kelaparan.

Seberapa besar kekayaan Mubarak? Menurut sebuah laporan, Mubarak sekurang-kurangnya menyimpan kekayaan pribadi bernilai 40 billion dolar.

Selama 30 tahun berkuasa, keluarga Mubarak menguasai real estet, perputaran wang tunai, kapal pesiar kerajaan, dan memiliki 40 billion dollar dalam bentuk tunai.

Selain itu juga ia diduga masih memiliki aset tersembunyi di bank di seluruh dunia untuk memudahkan akses. Di antaranya di: Jerman, Amerika Syarikat, Britain, Swiss, Scotland, Dubai, Madrid dan negara lainnya. Keluarga Alaa Mubarak memiliki kekayaan di dalam negeri atau di kota-kota besar Amerika Syarikat Washington, LA, dan New York.

Isteri Mubarak, Suzanne Mubarak dan kedua anaknya juga sangat kaya. Suzanne bahkan ditaksir mengumpulkan kekayaan sampai 3-5 billion dollar dan dipergunakan untuk peribadinya sendiri.

Kekayaan Mubarak juga memiliki hubungan besar dengan kepentingan korporasi AS seperti: Marlboro, Hermes, McDonalds, Vodafone, Hyundai, Chili dan perusahaan besar lainnya.

Kini Mubarak akan segera dibebaskan dari penjara. Pemerintah Mesir juga menyatakan bahwa Mubarak bebas dari korupsi. -islampos

ULASAN GBGB tertanyatanya juga berapa nilai kekayaan PM kita pula? Sehingga isterinya diberitakan boleh memiliki cincin yang bernilai jutaan ringgit dan beg tangannya ratusan ribu ringgit pula?

[UNDI LAGI BN] PTPTN Laksana CCRIS, Senarai Peminjam Ingkar Mulai Bulan Ini

Posted: 20 Aug 2013 04:31 AM PDT


Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam ingkar, bermula bulan ini.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata CCRIS merupakan sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan oleh institusi kewangan.

Menerusi pendekatan ini peminjam PTPTN yang ingkar menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya, kata Idris.

Beliau ditemui pemberita pada majlis mesra bersama pelanggan dan sambutan Aidilfitri PTPTN, di sini hari ini.

"Institusi kewangan atau bank akan menilai dan menganalisis setiap pinjaman, baki pinjaman, rekod bayaran balik serta bilangan bulan tertunggak yang terlibat. Ini akan mempengaruhi kelulusan permohonan atau jumlah pinjaman," katanya.

Idris berkata pelaksanaan CCRIS tidak bertujuan membebankan peminjam PTPTN sebaliknya mahu menggalakkan budaya pembayaran balik sebagai kemudahan pembiayaan pendidikan kepada generasi seterusnya.

Pada masa yang sama, beliau berkata PTPTN merangka beberapa penyelesaian bagi membantu peminjam yang disenarai dalam CCRIS termasuk membayar keseluruhan tunggakan serta membuat komitmen bayaran secara ansuran melalui potongan gaji atau Arahan Tetap bank.

"Selain itu peminjam juga mempunyai pilihan dengan membuat penjadualan atau penstrukturan semula pinjaman mereka yang tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh PTPTN," katanya.

Sehingga 30 Jun lepas PTPTN telah meluluskan pembiayaan pendidikan kepada 2.2 juta pelajar dengan amaun keseluruhan berjumlah RM49.9 bilion.

Dalam perkembangan lain, Idris berkata Kementerian Pendidikan sedang berbincang dengan Kementerian Pengajian Tinggi Mesir agar penangguhan peperiksaan membabitkan pelajar Malaysia dilanjutkan untuk satu tempoh yang lama.

Ini kerana katanya krisis di Mesir dilihat akan mengambil masa untuk pulih.

ULASAN GB

Inilah satu satu "hadiah" UMNO BN setelah kembali berkuasa selepas pilihanraya.

Apakah rakyat tidak serik-serik dengan kezaliman dan penndasan mereka selama ini?

Sekalipun gagal menawan Putrajaya sekalipun telah menawarkan penghapusan PTPTN, Pakatan Rakyat perlu mempastikan tindakan kerajaan UMNO BN ini yang mahu menyeraikan Peminjam PTPTN ke CCRIS ditentang habis-habisan di dalam dan di luar parlimen.

Tiada ulasan: