Kelab Greenboc |
- Adun DAP Selangor Seru Bukan Islam Bantah Kezaliman Rejim Tentera Mesir
- Ambiga: Bersih 4.0 Pasti Jika SPR Terus Berdiam
- Dr. Salim, Bekas Calon Presiden Lawan Morsi Kini Membela Morsi
- Keluarga As-Sisi: "As-Sisi Itu Pengkhianat, Pembunuh, Saya Tak Akui Dia Sebagai Keluarga”
- Erdogan: Penguasa Mesir Itu Pengganas, Bukan Ikhwanul-Muslimin. Sisi Sama Saja Dengan Assad
Adun DAP Selangor Seru Bukan Islam Bantah Kezaliman Rejim Tentera Mesir Posted: 19 Aug 2013 12:39 AM PDT Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Tunku dari DAP, Lau Weng San antara yang lantang mengutuk pembunuhan beramai-ramai rakyat Mesir. Sekalipun bukan beragama Islam, beliau menyuarakan kecaman itu ketika berucap pada Perhimpuan Munajat Perdana Untuk Mesir di Padang Merbok semalam, atas nama kemanusiaan. "Saya bukan Muslim tetapi sebagai umat manusia, kekejaman terhadap rakyat Mesir oleh tentera mereka sendiri itu harus dikutuk. Ini soal kemanusiaan. "Peristiwa pembunuhan beramai-ramai juga pernah berlaku di China. Kita sebagai manusia yang ada naluri kemanusiaan sedih dengan peristiwa itu," katanya. Weng San menyifatkan penggulingan Mursi tidak wajar kerana membelakangkan keputusan yang dibuat rakyat Mesir dan mendesak rejim tentera menghormati kemenangan Ikhwanul Muslimn pada pilihan raya negara itu. Beliau turut mendesak masyarakat dunia tanpa mengira agama mengutuk kekejaman tentera Mesir. Weng San antara 5,000 rakyat Malaysia yang hadir perhimpunan yang turut disertai masyarakat Cina dan India, selain warga asing dari pelbagai negara. Perhimpunan itu juga disertai 25 NGO termasuk Tamil Foundation, Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MPMA-BKHST) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram). Dewan perhimpunan dan pertubuhan Cina dari beberapa negeri, antaranya Dewan Perhimpuan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCH), Negeri Sembilan (NSCAH), Bandar Cina Pulau Pinang (PGCTH), juga hadir. |
Ambiga: Bersih 4.0 Pasti Jika SPR Terus Berdiam Posted: 18 Aug 2013 11:55 PM PDT Berakhirnya PRU13, 5 Mei lalu, pembangkang dan beberapa NGO masih tidak dapat menerima keputusan yang diperoleh memihak kepada kerajaan BN. Mereka mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus dan bersekongkol sehingga PR kalah dalam keadaan yang tidak dijangka. Rentetan itu, Pengerusi Bersih Datuk S. Ambiga mengumumkan Bersih 4.0 akan diteruskan seandainya SPR tidak memberi tindak balas terhadap kepincangan sistem pilihan raya. Ambiga yang dipetik daripada sebuah portal berita turut menegaskan demonstarasi jalanan akan diadakan jika SPR melaksanakan persempadanan semula di kawasan Parlimen dan negeri, sebelum daftar pemilih dibersihkan. "Ini bukan satu ancaman tetapi janji. Kita perlu menunjukkan kesungguhan kita dan membuatkan mereka sedar yang kita benar-benar maksudkannya. "Kita boleh melihat bukti dalam RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) di Sabah bahawa daftar pemilih di Sabah dan di seluruh Malaysia memerlukan pembersihan. Jika persempadanan dilakukan sekarang, kita akan terperangkap untuk tempoh lapan tahun akan datang dan tidak akan ada perkara yang akan berubah," katanya. Mengulas lanjut, Ambiga juga berkata waktu pelaksanaan Bersih 4.0 bergantung kepada maklum balas yang diperoleh daripada SPR. "Saya ingin melihat beberapa maklum balas daripada mereka. Saya mahu melihat tindak balas mereka bahawa mereka akan membersihkan daftar pemilih sebelum meneruskan membuat sebarang keputusan," katanya. -SH |
Dr. Salim, Bekas Calon Presiden Lawan Morsi Kini Membela Morsi Posted: 18 Aug 2013 08:50 PM PDT Dr. Muhammad Salim Al-'Awwa—cendikiawan Islam, mantan Setiausaha Agong Persatuan Ulama Antarabangsa, dan mantan calon presiden Mesir—menyatakan dalam komunikasi melalui telefon di channel Aljazeera Sabtu (17/8/2013) kemarin bahawa: 1. Pemegang kekuasaan di Mesir ketika ini selalu menolak semua inisiatif damai. 2. Saya masih terus menyeru As-Sisi dan orang-orangnya untuk introspeksi diri dan memikirkan kembali langkah yang sudah mereka ambil. 3. Kemana mereka akan pergi dengan sekian banyak darah yang mereka tumpahkan itu? 4. Tuduhan teroris yang dilemparkan oleh pemerintah As-Sisi kepada Ikhwanul Muslimin adalah lelucon bodoh yang tidak perlu sibuk-sibuk dibantah. 5. Saya adalah kompetitor Ikhwanul Muslimin dalam pilihanraya presiden, dan saya tidak pernah menjadi sebahagian dari mereka, tapi saya terpanggil untuk membela mereka. Saya bersaksi bahwa mereka tidak bersenjata, tidak memiliki semua yang dituduhkan oleh pemerintah As-Sisi, dan mereka bukan para penganjur kekerasan (ekstremisme). |
Keluarga As-Sisi: "As-Sisi Itu Pengkhianat, Pembunuh, Saya Tak Akui Dia Sebagai Keluarga” Posted: 18 Aug 2013 05:40 PM PDT Salah seorang mangsa pembantaian tentera di Mesir pada hari Rabu (14/8/2013) dan Jumaat (16/8/2013) adalah Khalid Lutfy al-Sisi. Siapakah beliau? Khalid adalah anak lelaki dari Ust. Hazin Luthfi Abdul Aziz Abdurrahman Assisy. "Ya, anak saya tebunuh oleh tentera," ujar Hazin. Kepastian itu sudah diperolehinya bahawa, Khalid Lutfi memang terkorban di Rab'ah atau mungkin di Nahdhah. "Atas dasar ini, saya tidak terima Abdel Fatah al-Sisi sebagai keluarga, kerana dia adalah penghianat, pembunuh, dan insyaAllah akan mendapatkan azab yang kekal dari Allah swt!" tutur Hazin geram di youtube. Tak lupa, Hazin juga berdo'a semoga Allah memberikan kesabaran kepada semua rakyat Mesir dan seluruh keluarga korban yang meninggal akibat kekejaman al-Sisi. "Kami tidak boleh tinggal diam atas keadaan ini," demikian Hazin. |
Erdogan: Penguasa Mesir Itu Pengganas, Bukan Ikhwanul-Muslimin. Sisi Sama Saja Dengan Assad Posted: 18 Aug 2013 07:31 AM PDT Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan kembali mengecam dan mengutuk aksi ganas penguasa sementara Mesir. Beliau melihat ketika ini sedang berlangsung terorisme negara sedang berlaku di Mesir. Tindakan brutal pemerintahan sementara Mesir dengan membantai warganya telah menyebabkan reaksi keras dari berbagai negara di dunia. Malah Erdogan menyatakan panglima tentera Mesir Abdel Fattah al-Sisi sama dengan pemimpin Syria Bashar al-Assad. "Masjid Al-Fath sedang dikepung. Tempat ibadah tidak bersalah. Mereka membakar, menghancurkan masjid kami di Syria dan Mesir. Entah Bashar atau Sisi, tidak ada bezanya," ujar Erdogan seperti dikutip hurriyetdailynews.com. Erdogan juga mengecam kabinet Mesir kerana telah menyebut pendukung Presiden Muhammad Mursi sebagai "teroris." "Orang-orang tersebut menyatakan 'kami meminta suara kami harus dihormati.'" Tapi ada orang-orang menggelarkan mereka teroris. Tetapi saya menyatakan bahawa terorisme negara ketika ini sedang berlangsung di Mesir," kata Erdogan. "Ketika ini ada dua kubu di Mesir: Mereka yang mengikuti Firaun, dan mereka yang mengikuti Musa," tambahnya. Erdogan mengutuk serangan terhadap tempat-tempat ibadah, termasuk gereja, tetapi menyatakan bahawa pendukung Ikhwanul Muslimin di mana sebahagian besar melindungi tempat-tempat dari yang dirosak. Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan mengacungkan tangan simbol perlawanan rakyat Mesir terhadap kebiadaban tentera Mesir. Sementara itu di Kuala Lumpur harakahdaily melaporkan tindakan rejim kudeta Mesir pimpinan tentera yang bercadang untuk mengharamkan Ikhwanul Muslimin tidak akan menyelesaikan konflik berdarah di negara itu. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang dihubungi berkata, keputusan tersebut sebaliknya akan terus memburukkan lagi keadaan di Mesir apabila pihak yang menyokong Presiden dipilih rakyat, Dr Mohamed Morsi bertindak menyatakan bantahan. "Tindakan untuk mengharamkan Ikhwan telah saya jangkakan sebelum ini dan ini sebagai satu usaha mereka untuk menghapuskan terus pergerakan tersebut. "Tetapi kita perlu melihat dengan tindakan tersebut ia tidak akan menyelesaikan apa yang berlaku di Mesir. "Saya merasakan kesan akan lebih teruk apabila wujud ketidakpuasan hati dari penyokong Ikhwan apabila kerajaan tentera Mesir mengambil tindakan tersebut," jelasnya kepada Harakahdaily. Salahuddin yang menegaskan pihak yang terbabit di dalam konflik Mesir itu perlu mencari jalan penyelesaian bagi mengelakkan lebih ramai yang terkorban serta meminta negara-negara lain campurtangan dalam usaha mencari jalan pendamaian. Beliau memberitahu, jika pengharaman Ikhwan dilakukan ia akan mengembalikan Mesir kepada zaman lampau. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan