Ahad, 18 Ogos 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Hiburan, ‘Cuci Otak’ PLKN Taktik BN Elak Pengundi Muda Sokong Pakatan

Posted: 18 Aug 2013 12:47 AM PDT

Faktor hiburan keterlaluan dan proses 'cuci otak' yang dibuat melalui peranan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) antara punca sebahagian pengundi muda Melayu, keberatan menyokong Pakatan Rakyat.

Pengerusi Jingga 13, Fariz Musa, berkata rata-rata pengundi muda antara produk PLKN yang digunakan Umno BN untuk menabur propaganda dan fitnah terhadap Pakatan.

Menyifatkan ia sebagai antara punca peningkatan peratusan pengundi muda menyokong parti pemerintah, beliau berkata, dakyah sama juga disebar melalui pelbagai program kerajaan.

"Ia digunakan sebagai alat untuk melaksanakan propaganda dan persepsi negatif terhadap Pakatan," katanya kepada TV Selangor dan tidak menolak kemungkinan, pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) juga sebagai faktor lain.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan kajian Merdeka Center yang menyatakan pengundi muda Melayu yang pertama kali mengundi, menyokong Umno BN.

Mengikut kajian itu, golongan muda menjadi kumpulan pengundi lebih besar dalam proses mengundi akan datang berbanding hampir dua pertiga, atau 64.7 peratus pengundi muda yang berdaftar tahun ini.

Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail pula menyalah media tempatan yang banyak menyogok golongan muda dengan hiburan keterlaluan bagi mengelakkan mereka menyokong Pakatang.

Bagaimanapun, beliau percaya, kelemahan pada PRU-13 lalu khususnya berkaitan sokongan anak muda Melayu diatasi pada pilihan raya akan datang apabila mekanisme tertentu dibuat.

"Kita akan beri corak baru untuk mencari formula menawan golongan pengundi muda," katanya ketika dihubungi TV Selangor.

Erdogan: “Kelembapan Dunia Antarabangsa Dalam Krisis Mesir Sangat Memalukan”

Posted: 17 Aug 2013 11:31 PM PDT


Perdana Menteri Turki semalam, Sabtu (17/8/2013) sekali lagi mengecam lembabnya tindakan dunia antarabangsa terhadap krisis yang meningkat di Mesir, disamping menyatakan organisasi dunia termasuk PBB dan Kesatuan Eropah patut malu atas kelambanan mereka tersebut, demikian catat Islampos.

"Biar saya katakan dengan sangat jelas, bahawa Majlis Keselamatan PBB tidak lagi memiliki hak untuk melihat dirinya sendiri di cermin, sudah sangat memalukan, kerana mereka tidak dapat mengambil sikap apa yang terjadi di Mesir," ujar Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan.

"Hal yang sama berlaku untuk Organisasi Kerjasama Islam (OIC) dan Kesatuan Eropah," tambah Perdana Menteri itu, yang dikenal memiliki hubungan dekat dengan Presiden Mesir yang digulingkan Muhammad Mursi.

"Siapa yang hanya tinggal diam dalam menghadapi perkembangan terbaru di Mesir berarti menyetujui pembantaian yang terjadi di sana dan mereka tenggelam dalam darah yang mengalir di Mesir."

Mesir selama empat hari menjadi gelanggang pertumpahan darah sejak Rabu lalu, seramai 600 orang terbunuh (versi pemerintah) dalam pembantaian yang dilakukan pasukan keselamatan sewaktu mereka membubarkan kemah protes para pendukung Mursi.

PKR Lancar Web ‘Check Your TNB Meter’

Posted: 17 Aug 2013 08:21 PM PDT


Ketepatan jangka elektrik digital yang baru diperkenal Tenaga Nasional Berhad (TNB) diragui berikutan caj bulanan terhadap pengguna, tinggi, kata Datuk Chua Jui Meng.

Pada sidang media di ibu pejabat, petang ini, Naib Presiden PKR itu berkata, ia berikutan aduan orang ramai terhadap jangka elektrik baru berbanding sebelumnya.

Justeru, katanya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) melancarkan laman web 'Check Your TNB Meter' bagi memberi tekanan kepada TNB dan Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk mewujudkan badan bebas memeriksa jangka elektrik digital itu.

Beliau mempelawa orang ramai melawati laman web www.checkyourtnbmeter.com dan menandatangani petisyen secara atas talian bagi menyuarakan bantahan.

"Sasaran kami ialah mencapai 10,000 tandatangan dan menyerahkan petisyen kepada TNB dan ST bagi mewujudkan sebuah badan bebas itu.

"Kami mahu kebenaran didedah, adakah jangka digital baru rosak atau tepat? Jika rosak, pengguna boleh menuntut bayaran balik daripada TNB.

"Jika tepat, pengguna boleh belajar untuk menguruskan penggunaan tenaga mereka dengan lebih cekap," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Khas bagi menangani isu itu.

Bercakap kepada TV Selangor, Wong Chen berkata, lebih 1,000 aduan diterima penduduk Kelana Jaya berkaitan masalah itu.

"Secara purata, peningkatan caj bulanan ialah 15 peratus. Ada yang sebelum ini tidak dicaj tetapi bila tukar jangka baru, meningkat kepada RM90," katanya.

TNB menukar jangka elektromekanikal kepada jangka digital sejak 2011 bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard Tenaga yang menetapkan supaya jangka elektromekanikal ditukar setiap 15 tahun dan jangka digital setiap 10 tahun.

Sehingga kini, TNB gagal mengambil tindakan sewajarnya bagi mengatasi aduan berkenaan. -selangorku

Ikhwanul Muslimin Bakal Diharamkan Untuk Sekat Morsi Kembali Sebagai Presiden

Posted: 17 Aug 2013 05:45 PM PDT


Dalam satu usaha yang dipercayai untuk menyekat Dr.Mohamad Mursi kembali ke jawatan Presiden, Kabinet Mesir telah mengeluarkan kenyataan keras menyangkut Ikhawanul Muslimin. Mereka mennganggap Ikhwanul sebagai organisasi yang tidak sah dan justeru itu bakal diharamkan.

Tuduhan yang diutarakan oleh Kabinet Mesir itu dilandasi oleh status Ikhwanul Muslimin sebagai organisasi pendukung Morsi dimana pemerintah baru Mesir menganggap Morsi sebagai "teroris" dan juga penjahat perang.

Ketika ini, ada rancangan pembubaran Ikhwanul Muslimin. Menurut warta AP pada Sabtu (17/8/2013), Perdana Menteri Interim (sementara) Hazem al-Beblawi sudah secara rasmi mengajukan cadangan untuk membubarkan Ikhwanul Muslimin. "Cadangan itu kini sedang diteliti," kata juru bicara kabinet.

Ikhwanul Muslimin yang didirikan oleh Hassan al-Bana pada 1928, ketika Revolusi 2011 adalah pertubuhan yang sah. Sehingga kini, Ikhwanul Muslimin mempunyai sekitar 600,000 anggota. Ikhwanul Muslimin di Mesir dinilai memiliki sistem organisasi terbaik. Ikhwanul Muslimin telah berkembang dan tersebar ke beberapa negara yang berpenduduk majoriti Muslim.

"Pihak keselamatan akan terus berjuang untuk melawan unsur yang bersangkutan dengan terorisme dan pelanggaran undang-undang. Kami akan melakukan penangkapan bagi anggota teroris yang merujuk pada organisasi Ikhwanul Muslimin," demikian bunyi kenyataan pihak Kabinet Mesir, seperti dikutip APA, Sabtu (17/8/2013).

Meskipun sudah berdiri pada tahun 1928, di Mesir, Ikhwanul Muslimin baru meluncurkan parti politik pada April 2011. Parti itu bernama Partai Keadilan dan Kebebasan.

Pada 24 Jun 2012, selepas jatuhnya rejim Presiden Hosni Mubarak, Suruhajaya Pilihanraya Umum Mesir mengumumkan, dalam sebuah sidang konferens di Television Nasional Mesir, calon presiden dari Parti Keadilan dan Kebebasan, Muhammad Morsi, telah diisytihar menjadi orang nombor satu di Negeri Piramid tersebut. Terpilihnya Morsi menjadi momentum penting bagi Mesir. Soalnya, Morsi adalah presiden sivil pertama Mesir. Selama ini, bahkan tatkala monarki Mesir runtuh pada 1952, seluruh presiden Mesir mulai dari Gamal Abdel-Nasser hingga Hosni Mubarak berasal dari tentera.

Sementara itu, Ikhwanul Muslimin bersumpah untuk tetap melakukan protes damai, meskipun ratusan dari rakan mereka terbunuh akibat "pembersihan" yang dilakukan oleh pihak keselamatan. Ikhwanul Muslimin bersumpah untuk menjatuhkan pihak tentera yang dituduh melakukan rampasan kuasa.

Selama ini, Ikhwanul Muslim yakin tergulingnya Morsi pada 3 Julai merupakan tindakan rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera. Untuk itu Ikhwanul Muslimin terus melakukan protes menuntut agar Morsi dikembalikan sebagai Presiden Mesir, kerana dirinya merupakan presiden pertama yang terpilih secara demokrasi.

"Kami akan terus melakuan dengan protes damai dan anti-kekerasan. Kami akan tetap kuat dan berusaha untuk memenuhi tujuan," ujar Juru Bicara Ikhwanul Muslimin Gehad El-Haddad, dalam akaun twitternya yang dikutip Associated Press, Khamis (15/8/2013).

"Kami akan tetap melawan hingga kudeta militer ini jatuh," tegasnya.

[BERGAMBAR] Himpunan Munajat Perdana Padang Merbok Kutuk Kezaliman Mesir

Posted: 17 Aug 2013 07:50 AM PDT


Enggan kecam kezaliman di Mesir, Najib tunduk kepada kuasa besar

Tindakan kerajaan Umno BN yang membisu terhadap tragedi pembunuhan rakyat Mesir membuktikan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak, sebagai dayus dan penakut, demikian lapor selangorku.com

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie, berkata Malaysia sepatutnya berani membuat kenyataan tegas dan keras mengutuk tindakan kudeta tentera Mesir yang mengorbankan lebih 3, 000 orang awam.

"Tindakan berdiam diri ini seolah-olah mengiya suara-suara yang menyatakan kerajaan Malaysia tunduk kepada kuasa besar dan merestui perbuatan kejam tentera Mesir.

"Di sebalik laungan Malaysia sebagai negara Islam, kesenyapan pemimpin negara dalam tragedi itu mencerminkan pemimpin negara ini, penakut dan pengecut.

"Sedangkan kenyataan mengutuk dan mengecam pun tidak berani dibuat, apatah lagi menghantar bantuan kepada saudara seagama di sana," katanya kepada TV Selangor, hari ini.

Sehingga kini, kerajaan Malaysia belum membuat kenyataan rasmi berhubung pendirian terhadap pembunuhan beramai-ramai rakyat Mesir.

Tentera Mesir merampas kuasa dan menahan Presiden Mohamad Morsi serta menyerang lokasi perhimpunan penyokong pro-demokrasi di Dataran Rabaah Adawiyah pada 14 Ogos lalu.

Sebelum ini, PAS, DAP dan PKR masing-masing membuat kenyataan lantang mengutuk dan mengecam tindakan ketenteraan Mesir terhadap orang awam di negara Timur Tengah itu.

Kecewa dengan sikap kerajaan Persekutuan yang acuh tidak acuh, Shuhaimi menggesa kerajaan Negeri mengambil inisiatif bagi membantu rakyat Mesir.

Sementara itu, Sinar Harian mepalorkan rakyat Malaysia hari ini terus melahirkan rasa simpati dan kebersamaan dengan rakyat Mesir yang terus bersabung nyawa demi sebuah demokrasi.

Bermula jam 4 petang tadi telah berlangsungnya himpunan yang digelar Himpunan Munajat Perdana 100k yang diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Himpunan diadakan bagi membantah sekeras-kerasnya kekejaman tentera Mesir ke atas rakyatnya sendiri.

Tindakan membunuh rakyat sendiri dengan menggelarkannya sebagai "operasi pembersihan" tidak mampu diterima dan dianggap sebagai perbuatan tidak berperikemanusiaan.

Himpunan yang dianjurkan oleh Pemuda Pas ini turut menyeru negara menyatakan pendirian tegasnya di atas pembunuhan beramai-ramai di Mesir.

Para peserta membantah kekejaman tentera Mesir semakin ramai membanjiri Padang Merbok sekitar jam 6 petang.

Kelihatan beberapa pimpinan PR turut serta seperti Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Ketua Pemuda Pas Nasrudin Hassan, Exco Kelantan Hashim Daud dan Adun Tungku.

'Hidup rakyat, hancur Sisi' antara ungkapan yang dilaungkan berulang kali oleh para peserta himpunan.

[BERGAMBAR] Ustaz Azhar Idrus Terbabit Kemalangan Pagi Tadi

Posted: 17 Aug 2013 04:45 AM PDT


Shah Alam - Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya, pagi tadi. Namun, beliau dikatakan tidak mendapat sebarang kecederaan. Kemalangan berlaku di Pengadang Baru, Kuala Terengganu.

Sementara pemandu sebuah lagi kereta dan anak saudaranya menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Zamri Shamsuddin berkata kemalangan itu berlaku ketika Ustaz Azhar atau nama sebenarnya Zamrul Idrus, 49, dan isterinya dalam perjalanan ke Bukit Payung di Marang.

"Ketika tiba di tempat kejadian, kereta jenis Volkswagen Golf GTI yang dipandu Ustaz Azhar bertembung dengan kereta Proton Iswara dari arah bertentangan. Dia dan isterinya tidak mengalami kecederaaan.

"Pemandu kereta Proton Iswara, Che Daek Abdul Rahman, 58, mengalami kecederaan di bahagian dada manakala anak saudaranya, Iskandar Mohd Saidi, 12, bengkak di kepala akibat terhantuk dan luka di tangan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Zamri berkata Ustaz Azhar membuat laporan polis pada kira-kira 11 pagi di Balai Polis Trafik Daerah Kuala Terengganu dan telah memberikan keterangan berhubung kemalangan itu.

Sementara itu, Ustaz Azhar ketika ditemui pemberita enggan mengulas berhubung kemalangan itu. - Bernama






Tiada ulasan: