Jumaat, 16 Ogos 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Erdogan: “Para Fir’aun Itu Bakal Segera Hadapi Musa”, Turki Tarik Duta Besarnya Dari Mesir

Posted: 16 Aug 2013 12:05 AM PDT


Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan mengkritik habis-habisan pemerintah Barat berhubung kejadian di Mesir. Erdogan menyatakan bahawa "Musa akan datang dan kezaliman Fir'aun tersebut akan berakhir!"

Pernyataan ini disampaikan oleh Erdogan semalam, Khamis (15/8/2013) dalam satu sidang konferens di Bandar Antarbangsa Esenboga sebelum keberangkatannya ke Turkmenistan.

"Demokrasi di seluruh dunia akan dipersoalkan jika Barat tidak mengambil tindakan serius soal ini," tegas Erdogan.

Erdogan mengutuk insiden Rabu berdarah di Kaherah. Ia menyebutnya sebagai 'pembaitaian".

"Mereka yang tinggal diam menghadapi pembantaian ini sama bersalahnya dengan mereka yang melakukan (pembantaian) ini. Majlis Keselamatan PBB perlu segera membahas (masalah pembantaian ini)." katanya.

"Mereka yang diam dan acuh tak acuh terhadap pembunuhan yang terjadi di Mesir, merupakan penyebab utama hal ini," tambahnya.

Selain itu, Turki berpendapat, Barat telah mengamalkan dwi-standard yang sangat ketara dalam menghadapi situasi di Mesir.

"Saya sampaikan pada negara-negara Barat. Anda tetap diam mengenai hal di Gaza, anda tetap diam terhadap apa yang berlaku di Syria... kini anda masih diam pada pembaitaian di Mesir. Jadi kenapa anda berbicara tentang demokrasi, kebebasan, nilai-nilai global, dan hak asasi manusia?" kecam Erdogan lantang terhadap sikap Barat dan sindiran pedas terhadap negara Islam lain yang berdiam diri.


"Tentera bertanggung jawab atas kudeta pembunuhan ini. Barat tidak pernah menyatakan apa yang terjadi di Mesir secara terbuka, meskipun mereka mengakui hal ini dalam pembicaraan peribadi di balik pintu tertutup," demikian Erdogan.

Sehubungan dengan itu, Turki juga telah memanggil pulang duta besarnya untuk Mesir, menyusul insiden berdarah yang telah mengorbankan tak kurang dari 638 orang dan mencederakan 4.000 orang.

Pemanggilan pullang duta tersebut dilakukan untuk perundingan setelah pembantaian di Mesir, dan tak dipastikan sampai bila duta besar tersebut akan kembali semula ke Kaherah.

Turki menjadi salah satu negara yang paling keras mengkritik kudeta teenteraterhadap pemerintahan Presiden Mesir yang digulingkan, Muhammad Mursi.

Yusuf Al-Qardhawi: Jadikan Hari Ini (Jumaat) Hari Kemarahan Umat Islam Kepada Tentera Mesir

Posted: 15 Aug 2013 08:02 PM PDT


Ketua Persatuan Ulama Muslim Antarabangsa, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi, menyampaikan pernyataan rasminya berkaitan serangan ke atas dan pembunuhan Umat Islam di Mesir oleh pihak tentera pro Israel.

Berikut ringkasan pernyataan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi yang disiarkan lansung TV Al Jazeera, Rabu (14/8/2013).

1. Menjadikan hari ini - Jumaat (16/8/2013) sebagai Hari Kemarahan Umat Islam Dunia kepada tentera Mesir pimpinan As-Sisi.

2. Seluruh Umat Islam di negara-negara Muslim supaya turun ke jalan beserta anak dan keluarga mereka melakukan demontrasi aman.

3. Turun ke jalan melakukan demonstrasi aman ini hukumnya Fardhu 'Ain bagi setiap muslim yang tidak mempunyai uzur syar'i.

4. Keselamatan para demonstran Al-Haq ini berada di tangan Allah, tidak akan terjadi apapun kepada mereka kecuali yang sudah Allah kehendaki.

Wajah Lelaki Belasah Isteri Dalam Lif, Dia Serah Diri Kepada Polis

Posted: 15 Aug 2013 05:10 PM PDT


Georgetown: Lelaki yang menjadi buruan polis selepas membelasah isteri dalam lif sebuah hospital swasta di Bukit Mertajam, Isnin lalu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan jam 4.45 petang Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata lelaki berusia 36 tahun itu menyerah diri pada pukul 4.45 petang.

"Saya dimaklumkan oleh IPD Kuantan, lelaki yang dikehendaki polis Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung rakaman CCTV yang membelasah isterinya telah menyerah diri di sana.

"Kita akan bawa lelaki itu balik ke Pulau Pinang bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan berhubung kejadian itu," katanya ketika dihubungi.


Beliau berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan polis percaya dengan penahanan lelaki itu, ia dapat menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh terdekat.

Rakaman CCTV yang dimuat naik dan disebarkan secara meluas dalam laman Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali.

Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun.

Sementara itu, beberapa pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat hari ini melawat mangsa di rumahnya di Mengkuang. -mstar

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Equador Tarik Duta Besarnya Dari Mesir, Malaysia Bila Lagi?

Posted: 15 Aug 2013 06:35 AM PDT


Ekuador menarik duta besarnya di Mesir pada hari Rabu (15/8). Penarikan itu dilakukan setelah pasukan keselamatan Mesir menghancurkan kemah-kemah protes pendukung Presiden Mohammed Mursi yang digulingkan dan menembak ratusan dari mereka.

Dalam satu kenyataan ringkas, Kementerian Luar Negeri Ekuador menyatakan rakyat Mesir telah memilih Mursi sebagai pemimpin berperlembagaan mereka.

"Setelah kudeta yang menggulingkan Presiden Moursi pada Julai tahun ini, masyarakat Mesir telah terjerat dalam iklim protes awam dan tekanan dari pemerintah de facto," kata pernyataan itu seperti dikutip Antara, Khamis (15/8).

Hari Rabu semalam adalah hari paling berdarah selama puluhan tahun di negara Arab paling padat penduduknya di dunia itu.

Seperti disiarkan oleh Reuters, sekurang-kurangnya 235 orang terbunuh, termasuk setidaknya 43 polis, dan 2,000 cedera, kata para pegawai pejabat kesihatan, dalam pertempuran yang menyebar di luar Kaherah ke kota-kota lain di seluruh negera.

Sementara itu, di Malaysia, PAS menggesa kerajaan menutup kedutaan Mesir di sini dan menghantar pulang dutanya sebagai reaksi segera bantahan negara ekoran kekejaman tentera rejim negara itu terhadap rakyatnya.

Demikian dinyatakan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan malam tadi seperti disiar oleh harakahdaily.

Di samping itu, katanya Malaysia perlu menghantar mesej jelas kepada pemimpin rampasan kuasa tentera, Abdul Fattah As Sisi dan Menteri Dalam Negeri, Muhammad Ibrahim bahawa mereka wajib bertanggungjawab sepenuhnya ke atas mana-mana darah yang menitis hari ini di Mesir.

Tindakan menyerang dari segenap penjuru serta tembakan peluru hidup yang berterusan lebih tujuh jam membuktikan pihak tamarud yang diketuai oleh As Sisi dan Muhammad Ibrahim amat tidak berperikemanusiaan, tambah kenyataan itu lagi.

Mana-mana negara yang mendiamkan diri daripada mengutuk tindakan kebinatangan ini adalah tindakan tidak bertanggungjawab terhadap insiden keganasan terlampau di Mesir.

PAS mengesa seluruh markaz, masjid, surau dan madrasah melakukan solat hajat dan qunut nazilah pada malam ini mendoakan agar musibah yang menimpa saudara kita di Mesir dapat dihentikan segera dan pembunuh dan perampas kuasa tentera dihancurkan oleh Allah.

Di Indonesia, Ketua Komisi I DPR, Mahfudz Siddiq meminta Pemerintah Indonesia mengambil sikap atas kekerasan kemanusiaan yang dilakukan reiim tentera Mesir terhadap rakyatnya.

Menurut Mahfudz sikap diam pemerintah dapat dianggap sebagai cerminan dukungan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono terhadap tentera Mesir. "Artinya diam-diam pemerintah mendukung kudeta rejim tentera yang menjungkirbalikkan hasil pilihanraya," kata Mahfudz dalam satu pesanan singkat yang diterima Republika, Khamis (15/8).

Tiada ulasan: