Isnin, 12 Ogos 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Pro Mursi: "Kami Tak Akan Undur Walau Satu Inci Pun"

Posted: 12 Aug 2013 12:30 AM PDT


Pendukung Presiden yang digulingkan tentera, Muhammad Mursi terus melakukan aksi duduk dan demonstrasi di seluruh negera. Padahal di ketika yang sama, pemerintah memperingatkan bahawa tentera akan bertindak jika para demonstran menolak untuk berundur.

Penunjuk perasaan terus melakukan aksi duduk bantah di beberapa lokasi di Kaherah, pada Sabtu (10/8). Pada hari Khamis sebelumnya, 10 ribu pendukung Mursi telah melakukan tindakan jalanan apabila berlaku pertembungan kubu mereka dengan para anti Mursi dan pihak keselamatan.

Dalam demonstrasi itu, pemimpin Ikhwanul Muslimin memperlihatkan sikap mereka yang tak ingin berkompromi dengan pemerintah. "Bunuh sebanyak yang kamu inginkan. Kami takkan undur satu inci pun," ucap Pemimpin IM, Mohamed el Beltagui. "Kami bersedia untuk menawarkan sejuta yang sanggup mati syahid," tambahnya lagi.

Beberapa aksi kekerasan terjadi baik di Kaherah dan kota lainnya. Menurut seorang polis, 28 orang termasuk tiga orang pegawai penguatkuasa cedera di Fayoum, Kaherah Selatan. Pegawai penguatkuasa ketika itu menembak gas air mata dan peluru getah kerana mereka mendakwa kelompok IM ingin mendekati markas Keselamatan Wilayah.

Sementara di sebuah desa, iaitu di Wilayah Sharwiya Utara, puluhan orang tercedera ketika terjadi pertikaian antara kubu pro dan anti Mursi. Sementara di Kota Delta Mahalla, empat pendukung pro Mursi cedera kerana diserang orang tak dikenali.

Mereka diserang ketika membagikan selebaran kecaman kepada pemimpin tentera, Abdel Fattah el Sissi. Ketika pertempuran terjadi pada Khamis minggu lepas, dikutip dari Al Ahram, Pemerintah sementara melantik 50 anggota jawatankuasa yang ditugaskan untuk meminda Perlembagaan 2012.

Presiden yang dibentuk pihak tentera, Adly Mansour mendakwa, ada kumpulan orang yang merancang menghentikan sejarah Mesir untuk meraih masa depan. Beliau menekankan bahawa usaha itu takkan mendatangkan hasil.

Sedangkan Perdana Menteri Hazem el Beblawi pada akhir Ramadhan menyatakan tak boleh lagi bertolak-ansur dengan tindakan pendukung Mursi. Pemerintah akan melakukan tindakan tegas untuk membubarkan mereka. Satu-satunya alasan Pemerintah, katanya lagi, tak membubarkan tindakan duduk bantah itu (sebelum ini) adalah kerana menghormati bulan Ramadhan.


Street clashes erupt in Egypt during pro-Morsi rallies



CAIRO, Egypt – Ten of thousands of supporters of Egypt's ousted president marched Friday on the streets of Cairo and across the country, leading to clashes with opponents and security forces that injured dozens.

The marches during the Muslim holiday of Eid el-Fitr, marking the end of Ramadan, come as Egypt's government increasingly looks poised to break up sit-in protests by supporters of President Mohammed Morsi when the festivities end.

However, a leader in Morsi's Muslim Brotherhood maintained the aggressive rhetoric used by some opposing the military-backed interim government's plans while addressing protesters Friday, raising the possibility of further bloodshed in the country.

"Kill as much as you like. I won't move an inch," Brotherhood leader Mohamed el-Beltagui said. "We will offer a million martyrs."

The protesters waved signs Friday bearing Morsi's picture, who was deposed in a July 3 military coup that came after millions marched in the streets against him. While most of the protests were peaceful, clashes erupted in several locations in the country between Morsi supporters and those opposing Morsi, as well as security forces.

A security official said 28 people, including three policemen, were injured in clashes in Fayoum, south of Cairo. He told The Associated Press that security forces fired tear gas and birdshot at Brotherhood supporters who tried storming the province's security services headquarters.

The official spoke on condition of anonymity as he wasn't authorized to speak to journalists.

Dozens were injured in clashes between Morsi supporters and opponents in several villages of the northern Sharqiya province, the website of the state-run daily newspaper Al-Ahram reported.

In the Nile Delta city of Mahalla, four pro-Morsi protesters were injured after local residents attacked them when they started distributing leaflets criticizing military leader Gen. Abdel-Fattah el-Sissi, witnesses said. In Gharbia province, north of Cairo, three were injured after clashes erupted between villagers and Morsi's supporters who had organized a march, witnesses said. The two groups hurled stones at each other beforehand.

Morsi supporters demand his reinstatement, restoration of the suspended constitution drafted under Morsi and the return of the disbanded Islamist-dominated legislative council. The interim government has rejected those demands and is instead moving forward with a fast-track plan calling for revising the constitution and holding presidential and parliamentary elections early next year.

Morsi himself remains held by the military at an undisclosed location.

Supporters of the ousted president continue to hold daily demonstrations at two sit-in sites in the capital, Cairo. Egypt's government has said it had plans to break up the demonstrations, which it repeatedly has described as a threat to national security.

An earlier Cabinet statement said the government was keen not to take action during the celebrations that mark the end of Ramadan, which started Thursday and continue for four days. Authorities talked earlier about using gradual measures to end the protests, such as besieging the sit-ins to prevent people from getting in while allowing those inside to gradually leave.

Organizers of the sit-ins have brought games and other diversions to the sites, hoping to continue to draw crowds, including children. Meanwhile, guards carrying sticks and wearing hard hats still stand guard behind barricades, hinting that any attempt to end the sit-ins by force could turn bloody.
-The Canadian Press


Hujan Meteor Di Ruang Angkasa Malaysia Malam Ini

Posted: 12 Aug 2013 12:03 AM PDT


Fenomena pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus dijangka dapat dilihat di ruang angkasa negara ini malam ini (Isnin) sehingga subuh pada esok (Selasa).

Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Mhd Fairos Asillam berkata, pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang.

"Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi.


"Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer," katanya dalam kenyataan, di sini pada Ahad.

Beliau berkata, apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya.

"Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar," katanya.

Beliau berkata, waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam. - BERNAMA

DAP Persoal Kenyataan Zahid, Mana Datang Itu Senjata Api?

Posted: 11 Aug 2013 08:45 PM PDT


Kenapa Senjata Api Secara Tiba-Tiba Mudah Didapati Di Malaysia? - DAP

PETALING JAYA: DAP mahu mengetahui mengapa dilihat adanya bekalan bersedia senjata api di Malaysia, berikutan peningkatan kejadian tembakan baru-baru ini.

Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng berkata, walaupun hukuman berat terhadap pemilikan senjata haram, ia tidak kelihatan menghentikan kongsi gelap daripada menggunakan senjata api.

"Menyalahkan pemansuhan Ordinan Darurat yang mengeluarkan banyak penjenayah yang lebih serius dalam masyarakat bukanlah menjelaskan sepenuhnya bagaimana bekalan senjata secara tiba-tiba meningkat di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mengenai pemansuhan Ordinan Darurat, Lim berkata, ia tidak menjelaskan apa yang beliau sifatkan sebagai "lonjakan" secara tiba-tiba terhadap bekalan senjata tempatan.

Lebih 20 orang terbunuh dalam beberapa kes tembakan di seluruh negara sejak 12 April tahun ini.

Pemimpin atasan DAP mengambil berat perkara ini secara serius, dan akan mengadakan mesyuarat tergempar malam Ahad bagi membincangkan, antara lain, peningkatan dalam jenayah kekerasan baru-baru ini yang telah menjejaskan perniagaan tempatan dan pelancongan, kata Lim.

Lim berkata, mesyuarat itu akan diadakan walaupun beberapa pemimpin bercuti.

Sebagai langkah jangka panjang, Lim menggesa lebih ramai anggota polis diletakkan di jalan-jalan, yang mendakwa bahawa hanya kira-kira 9% daripada 112,583 (10,150) pegawai beruniform di Malaysia berada di Jabatan Siasatan Jenayah.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya separuh daripada pasukan polis Malaysia yang diperlukan untuk memerangi jenayah.

"Perlu ada sekurang-kurangnya 56,000 anggota berpakaian seragam membuat rondaan di jalan-jalan dan bukan 10,150 anggota sekarang," katanya.

Selepas Kes Tembak & Bom, Kini Simbahan Asid, 2 Wanita Cedera

Posted: 11 Aug 2013 04:51 PM PDT

Wanita cedera disimbah asid di lampu isyarat

Seorang pejalan kaki wanita cedera di bahagian muka dan mata akibat disimbah asid oleh dua lelaki bermotosikal di lampu isyarat berhadapan sebuah pusat membeli-belah di Jalan Ampang di Kuala Lumpur malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata dalam kejadian 11.45 malam itu, mangsa berusia 31 tahun melecur 10 peratus di bahagian muka manakala rakan mangsa, seorang wanita, terselamat.

Beliau berkata kedua-dua wanita itu dikatakan sedang menunggu untuk melintas di lampu isyarat itu sebelum didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal yang bertindak menyimbah asid ke arah mangsa.

"Rakan wanita mangsa memaklumkan kepada polis pada 1.28 pagi tadi, pada masa kejadian dia dan wanita itu dalam perjalanan ke rumah," katanya katanya menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

Amiruddin berkata akibat panik, rakan mangsa tidak sempat mengenal pasti kewarganegaraan suspek, jenis dan nombor pendaftaran motosikal yang digunakan suspek.

Katanya siasatan awal polis mendapati mangsa masih bujang dan tidak mempunyai teman lelaki serta tidak mempunyai masalah dengan sesiapa.

Beliau berkata mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur.

Amiruddin berkata polis juga akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian untuk siasatan lanjut.

"Pemeriksaan polis di tempat kejadian tidak menemui apa-apa bahan bukti seperti bekas asid yang digunakan," katanya. - Bernama

[BERGAMBAR] Selepas Kes Tembak, Kini Kes Bom Pula, Seorang Kerani Maut

Posted: 11 Aug 2013 08:01 AM PDT


Tumpat - Seorang lelaki terbunuh apabila bungkusan yang ditinggalkan di atas bumbung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di halaman rumah mentuanya meletup dalam kejadian di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Lai Yong Heng berkata kejadian berlaku pukul 11 pagi ketika Mohd Yusrizal Mat Zain, 32, cuba mengambil bungkusan yang diletak di atas bumbung MPV milik abang iparnya.

"Letupan berkenaan menyebabkan mangsa cedera parah di kedua-dua tangan serta badan dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Mohd Yusrizal yang berasal dari Kampung Kenor, Kuala Krai dan bertugas sebagai kerani di Sekolah Rendah Kebangsaan Manik Urai, Kuala Krai, dikatakan tiba di rumah mentuanya itu malam semalam bagi meraikan Aidilfitri.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan berusia empat bulan.


Sementara itu abang ipar mangsa yang enggan dikenali, berkata bungkusan berwarna hitam berkenaan disedari isteri mangsa ketika membuka pintu rumah yang kemudian memaklumkan kepada mangsa.

Mangsa kemudian keluar daripada rumah untuk mengambil bungkusan itu sebelum mereka terdengar bunyi letupan, katanya.

Seorang jiran, Kamaruddin Che Mat, 56, yang sedang berehat di luar rumah, berkata dia terdengar bunyi letupan kuat dari arah rumah mentua mangsa.

"Ini disusuli rasa bergegar, kemudian saya terdengar jeritan meminta tolong, saya pergi ke arah jeritan meminta tolong itu dan nampak seorang wanita iaitu isteri mangsa duduk dekat mangsa," katanya.

Ketika berita ini ditulis, polis masih membuat siasatan di tempat kejadian.

Menurut Lai kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- Bernama

Pasangan Kekasih Ditemui Mati Tergantung Di Rumah

Posted: 11 Aug 2013 04:05 AM PDT

Ayer Molek - Soal cinta berkemungkinan menjadi punca sepasang lelaki dan wanita ditemui mati tergantung di dalam sebuah rumah tinggal di KM10 Bukit Lintang, di sini, pagi semalam.

Difahamkan, inilah antara motif yang kini disiasat polis dalam kes yang diklasifikasikan sebagai 'mati mengejut.'

Kedua mayat berkenaan yang sudah berbau dan berulat ditemui seorang pekerja ladang kelapa sawit berhampiran kira-kira jam 9.30 pagi semalam selepas menghidu bau busuk dari rumah berkenaan.

Kedudukan rumah satu tingkat itu juga agak tersorok di celah pokok dan semak serta terletak lebih 60 meter dari jalan utama.

Menurut sumber, polis tidak menolak kemungkinan kejadian berkenaan ada kaitannya dengan cinta kerana siasatan awal polis di tempat kejadian tidak menemui sebarang petunjuk bahawa ianya satu kejadian jenayah.

Penemuan dua kerusi plastik berhampiran kedua mangsa turut menguatkan andaian bahawa tidak wujud sebarang unsur jenayah.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Superintendan PR Gunarajan berkata, polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri atau barangan peribadi milik kedua mangsa di tempat kejadian.

Bagaimanapun, katanya, siasatan awal polis mendapati kedua mangsa, yang berusia antara 20 dan 30 tahun, berkemungkinan besar bukan rakyat tempatan.

Menurutnya, kedua mangsa dipercayai sudah mati antara tiga minggu dan sebulan berdasarkan keadaan mayat mereka.

"Kedua mangsa menggunakan tali nylon yang diikat pada kayu di bahagian atas bilik itu. Akibat pereputan, bahagian bawah mayat telah bercerai dari kepala dan terjatuh ke atas lantai," katanya.

Menurutnya, mangsa wanita berkenaan berpakaian jaket berwarna ungu manakala lelaki pula berkemeja T dengan kolar dan berlengan pendek.

"Polis berharap sesiapa yang ada maklumat mengenai kejadian ini atau sesiapa yang ada kehilangan rakan atau sanak-saudara akan segera menghubungi balai polis berdekatan," katanya.

Kedua-kedua mayat kemudiannya dihantar ke rumah mayat Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Sementara itu, pemilik rumah berkenaan, Baharudin Ab Jalil, 59, berkata, rumah berkenaan sudah terbiar semenjak beliau sekeluarga berpindah ke Ayer Molek lebih lima tahun lalu.

"Selepas berpindah saya langsung tidak menjenguk rumah ini lagi. Kalau saya melalui jalan berhampiran rumah ini pun saya sekadar menoleh memerhatikan sahaja.

"Bukan sahaja rumah ini yang terbiar sekarang. Malahan di belakang rumah ini pun terdapat 20 pokok durian selain rambutan yang juga telah terbiar," katanya.

Menurut Baharudin, beliau mengetahui mengenai penemuan dua mayat berkenaan selepas dihubungi polis yang memaklumkan mengenai kejadian itu pagi semalam.

Tiada ulasan: