DUNIACACAMARBA |
- MCA Mahu Belajar daripada KOMUNIS China, TS Muhyiddin Yasin Raikan Presiden SYIAH Iran, Bayangkan Jika...
- Polis Edar Gambar Suspek Utama Kes Pembunuhan Pengasas Bank Arab-Malaysian
- Siapa Sebenarnya Kumpulan Panji Hitam yang Dakwa Pewaris Agong yang Sah?
- Gambar Ayah Wan Aisyah yang Dilarikan Teman Lelaki Ibunya
Posted: 06 Aug 2013 05:30 AM PDT
MCA Mahu Belajar daripada Parti Komunis China [MK] MCA akan menggabungkan kekuatan Parti Komunis China (CCP) dalam usaha memulihkan parti selepas prestasi buruk dalam pilihan raya umum ke-13 lalu. Timbalan Presiden MCA Liow Tiong Lai berkata, kekuatan struktur CCP, sistem pendaftaran anggota dan pengurusan maklumat Internet dikenal pasti selepas lawatan enam hari ke China. "Lawatan ke China bagi mempelajari kekuatan struktural CCP dan menggabungkannya dengan rangka dasar transformasi MCA," kata Liow dalam sidang media di ibu pejabat MCA hari ini. Liow yang mengetuai pasukan petugas transformasi MCA bagaimanapun menegaskan parti itu bukannya melihat kepada fahaman Komunisme. "Lawatan itu tidak menyentuh langsung soal ideologi," katanya. Liow berkata, CCP merupakan parti yang "terbuka dan liberal" dalam mendekati masyarakat dan kekuatan stukturnya membolehkannya wujud dan berfungsi untuk lebih 90 tahun. TPM di Tehran Hadiri Pelantikan Presiden Baharu Iran [Bernama] Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Tehran pada Ahad untuk mewakili Malaysia pada majlis pelantikan presiden baharu Iran. Beliau dijadual menyertai beberapa presiden, perdana menteri dan timbalan perdana menteri serta speaker parlimen pada majlis pelantikan imam beraliran sederhana Hassan Rouhani sebagai Presiden Iran yang ketujuh di Bangunan Parlimen di Tehran lewat hari ini. Pesawat khas yang membawa Muhyiddin mendarat di Lapangan Terbang Mehrabad di sini kira-kira pukul 5 pagi waktu tempatan (8.30 pagi waktu Malaysia) selepas hampir lapan jam penerbangan dari Kuala Lumpur. Ketibaan beliau yang diiringi isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan beberapa pegawai, disambut Duta Malaysia ke Iran Mohamad Sadik Kethergany dan pegawai kanan Iran. Muhyiddin juga dijadual menghadiri majlis berbuka puasa di Saadabad Palace malam ini. Dengan sokongan kempen yang dilihat menonjolkan 'kesederhanaan dan kebijaksanaan', Rouhani, 64, menang pilihan raya presiden yang berlangsung pada 14 Jun lepas setelah meraih 50.7 peratus atau 18.6 juta undi daripada jumlah keseluruhan 36.7 juta undi. Pesaing terdekatnya Datuk Bandar Tehran Mohammad Baqer Qalibaf pula jauh ketinggalan apabila sekadar menerima 16.55 peratus undi iaitu jumlah kedua terbanyak. Calon-calon lain juga tidak mencatat prestasi memberangsangkan. Rouhani menggantikan Mahmoud Ahmadinejad yang merekodkan pelbagai dasar bercanggah sepanjang lapan tahun mentadbir. Pemantau berharap pentadbiran presiden baharu ini akan menghasilkan penyelesaian diplomatik berhubung isu nuklear yang mencetuskan ketegangan antara Iran dan Barat selain peningkatan ekonomi negara serta penyelesaian pelbagai isu sosial yang membelenggu Iran. P/s: Bayangkan yang mahu belajar daripada komunis itu DAP atau PKR, bayangkan juga yang ke Iran itu Anwar Ibrahim atau Haji Hadi Awang! | ||
Polis Edar Gambar Suspek Utama Kes Pembunuhan Pengasas Bank Arab-Malaysian Posted: 06 Aug 2013 01:00 AM PDT Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah menunjukkan gambar suspek utama pembunuhan Pengasas Bank Arab-Malaysia, Hussain Ahmad Najadi dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur pada Selasa. Kes Tembak Hussain Najadi: Dua Wanita Ditahan, Polis Buru Seorang Lagi Suspek [Mstar] KUALA LUMPUR: Dua wanita pemegang amanah kuil Kuan Yin di Jalan Ceylon di sini ditahan dan sedang disoal siasat untuk menjelaskan motif pembunuhan pengasas Bank Arab-Malaysia Hussain Ahmad Najadi yang mati ditembak di di tempat letak kereta kuil tersebut pada 29 Julai lalu. Kedua-dua wanita itu ditahan kira-kira pukul 1.30 petang pada Isnin dekat kuil tersebut. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata polis turut memburu seorang lagi suspek, Kong Swee Kwan, 44. Beliau berkata demikian pada sidang media di sini Selasa. Katanya, suspek dikenal pasti berdasarkan soal siasat polis terhadap dua yang lain termasuk seorang pemandu teksi yang masih ditahan reman. Pada Isnin, polis turut menahan seorang lelaki berusia 42 tahun yang dipercayai bersama dengan pemandu teksi tersebut ketika kejadian. Polis menyerbu rumah suspek di Selangor pada pagi Isnin tetapi dia tiada di rumahnya. Lelaki tersebut menyerah diri di balai polis pada pukul 10 malam Isnin. Ku berkata, siasatan mendapati Hussain membantu melindungi kepentingan kuil itu dalam rundingan perjanjian tanah yang sedang diadakan. Kuil tersebut terletak dalam tanah yang terlibat dalam perjanjian itu. Hussain Najadi, 75, mati dan isterinya Cheong Mei Kuen, 49, cedera apabila mereka ditembak dari jarak dekat di tempat letak kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon pada 29 Julai lalu. | ||
Siapa Sebenarnya Kumpulan Panji Hitam yang Dakwa Pewaris Agong yang Sah? Posted: 05 Aug 2013 11:32 PM PDT [FMT] PETALING JAYA: Persoalan yang berlegar-legar di fikiran kita sekarang, siapa sebenarnya Kumpulan Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara? Semalam, 10 individu berpakaian serba hitam telah ditangkap pihak polis setelah mengadakan cubaan untuk merampas Istana Negara. Semakan untuk mencari perihal mereka telah menjumpai beberapa "maklumat penting" mengenai kumpulan ini. Ehsan dari http://myalexanderwathern.blogspot.com: Nama kerajaannya ialah Kerajaan Islam Empayar Langkasuka Nusantara. Pemimpinnya ialah Tuanku Sultan Raja Merongmahawangsa II (dialah Pemuda Bani Tamim merangkap Pemegang Panji Al-Mahdi). Raja Langkasuka II itu berketurunan campuran antara keturunan Nabi Sulaiman dengan keturunan Nabi Muhammad. Mendakwa ada lebih 80 hadith sahih tentang Pemuda Bani Tamim dan yang seumpama dengannya. Jemaah mereka iaitu 313 Panji Hitam Langkasuka sudah dibentuk dan jemaahnya sudah dibai'ah dan disahkan oleh Tuan Guru Wali Hidup, iaitu guru pondok Sungai Bayu, Gua Musang, Kelantan. (Tiga hari kemudian guru pondok itu meninggal dunia). Jemaah mereka turut diakui kewujudannya oleh Zionist. Mereka boleh berhubung dengan arwah Tok Kenali. Majlis mereka sering diadakan di Masjid Tok Kenali di Kubang Kerian, Kelantan. Majlis-majlis mereka ada yang dihadiri oleh wali-wali Songo, wali-wali kutub, jin-jin Islam, malah nabi-nabi seperti Nabi Khidhir, Nabi Ilyas dan ramai nabi lagi. Jemaah mereka mendapat 100% sokongan daripada tokoh-tokoh berkenaan. Dalam salah satu majlis mereka berlaku "keajaiban dari langit". Sebagai bantuan kepada pasukan mereka, Allah menghantar tenteranya menghuru-harakan New York. Mereka akan sampai kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat. Maklumat di atas hanyalah hasil dialog penulis blog dengan seorang pengikut Kumpulan Panji Hitam. Maklumat ini harus diselidiki dan dipertimbangkan sendiri oleh para pembaca.. Akaun Facebook parodi Sementara itu, semakan di laman sosial Facebook oleh FMT untuk mencari Tuanku Sultan Raja Merongmahawangsa II tidak membuahkan hasil, tetapi sebuah laman parodi telah dijumpai di https://www.facebook.com/pages/RajaNusantaragroup-Empayar-Langkasuka-Nusantara/142455975929096 "Page untuk hamba rakyat beta semua. Akaun original Raja Nusantara sudah kena hacked oleh RileksCrew. This Is Parody Page Beta," seperti yang tertera di laman tersebut. Posting pertama berkenaan insiden penangkapan pengikut Kumpulan Panji Hitam memaparkan: "Yang kena tahan semalam tu rakyat beta, beta tengah rileks kat Kota Bharu lg ni, semalam bersama sahabat Sultan Kelantan kat istana beliau kt majlis Qiam With Me. Malam ni beta balik Kedah..get ready hangpaaa semuaa..beta balik ni." "Gampang betol..rakyat beta gi istana sebab nk qiamullail mcm kt istana sultan Kelantan tu..habis seme diangkutnya…dah tu masuk tv free2 je…ingat rakyat beta ni bangang2 macam TV3 sama Utusan ke nk tawan istana dengan 10 orang? "'Walk the talk'. Beta cakap, beta berani tunaikan gi istana tu. hangpa semua keyboard warrior pong pang dalam facebook. bukti beta ada telur. tak mcm aljibby. Misi beta sekarang nak tawan kerusi Presiden FAM dari sultan bolo," kata 'Tuanku Sultan Raja Merongmahawangsa II'. Di insiden sekitar jam 4.10 pagi semalam, kumpulan yang terdiri daripada lapan orang lelaki dan dua orang perempuan itu telah menaiki tiga buah kereta untuk datang ke Istana Negara. Mereka dikatakan bertujuan datang ke Istana untuk mengambil alih pentadbiran Istana Negara kerana mendakwa merekalah pewaris agong yang sah. Tangkapan terhadap kesemua ahli kumpulan ini termasuk kenderaan telah dibawa ke Balai Travers. Pemeriksaan awal kesemua kenderaan tidak menjumpai sebarang barang atau senjata, hanya bendera dan beberapa helaian surat watikah baiah kumpulan ini. | ||
Gambar Ayah Wan Aisyah yang Dilarikan Teman Lelaki Ibunya Posted: 05 Aug 2013 05:31 PM PDT |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan