DUNIACACAMARBA |
- Bekas Kadet Tentera Australia Bersalah Siar Aksi Seks Secara Langsung di Skype
- Hukum Potong Tangan Sendiri
- Ku Li Berundur...
- [PANAS] Artis Jelas Kontroversi Lukisan "I is for Idiot"
- [PANAS] Konsert Metallica: Gabenor Jakarta Kecewa
- [Video] Sebelum Tonton Tanda Putera, Tonton Pengakuan Tunku Abdul Rahman, Tamrin Ghaffar, Lim Kit Siang tentang 13 Mei
- Sebab Anwar Mahu Singkir Shafee Abdullah Sebagai Timbalan Pendakwa Raya
Bekas Kadet Tentera Australia Bersalah Siar Aksi Seks Secara Langsung di Skype Posted: 30 Aug 2013 07:30 AM PDT [HM] Sydney: Dua bekas kadet tentera Australia semalam didapati bersalah dalam skandal seks yang dipaparkan secara langsung melalui Skype dan mencetuskan semula isu seksisme dan penderaan dalam pasukan pertahanan. Daniel McDonald, 21, dan Dylan Deblaquiere, 20, didapati bersalah oleh juri di Canberra kerana menyalahgunakan Skype di Akademi Angkatan Pertahanan Australia (ADFA) pada 2011. McDonald juga didapati bersalah melakukan pencabulan apabila dia menyiarkan secara langsung aksi seksnya dengan seorang kadet wanita melalui Skype secara rahsia. Aksi itu ditonton Deblaquiere dan empat kadet lain di sebuah bilik berasingan. Mangsa yang kini berusia 20 tahun dan tidak didedahkan identitinya itu atas sebab perundangan tidak menyedari perbuatannya dirakam. Mengalami trauma, dia merujuk kepada pihak media dan menggesa kerajaan mengarahkan kajian semula terhadap budaya seks di ADFA. Canberra secara rasmi meminta maaf kepada mangsa penderaan dalam tentera November tahun lalu selepas lebih 1,000 orang tampil dalam satu daripada inkuiri mengenai penderaan seksual dan penderaan lain bermula dari 1950-an hingga kini. Inkuiri itu melaporkan upacara kekejaman dan gambaran budaya merahsiakan atau melindungi, gagal menghukum pesalah dan bersengketa dengan mangsa yang membuat aduan. Dalam inkuiri berasingan terhadap layanan kepada wanita di ADFA, kolej ketenteraan utama di Australia, mendapati gangguan seksual secara meluas berlaku dan budaya "bertolak ansur" pada wanita hanya mengikut jawatan dan bukan atas dasar persamaan hak. - Reuters - 30/8/13 | ||
Posted: 30 Aug 2013 05:30 AM PDT [HM] Kaherah: Seorang lelaki Mesir mengudungkan tangannya dengan meletakkan anggota tubuhnya itu pada landasan ketika sebuah kereta api meluncur laju. Ali Afifi, 28, berbuat demikian semata-mata untuk menghukum dirinya dan menghentikan ketagihan mencuri serta mengelak daripada menderita dalam kehidupan seharian kerana tabiatnya itu dan juga mengelak hukuman di akhirat. Ali berkata, tabiat mencurinya bermula sejak muda lagi, apabila dia mencuri bekalan rakan sekolahnya. Dia kemudian mencuri barangan di kedai dan apabila dewasa, dia mula mencuri telefon bimbit serta barangan kemas. Menurutnya, dia menggunakan wang hasil curinya itu kepada kanak-kanak dan keluarga miskin. Bagaimanapun, dia gagal mengatasi tabiatnya itu dan akhirnya mengambil keputusan mengudungkan kedua-dua tangannya itu sebagai cara mengakhiri ketagihannya. Ali berkata, dia kini bercita-cita untuk membantu penduduk di bandar tempat dia tinggal dan membina pusat belia. Dia juga bercadang bekahwin tetapi tidak yakin ada wanita Mesir yang mahu menerimanya kerana kisah lampaunya. - Agensi - 30/8/13 | ||
Posted: 30 Aug 2013 04:00 AM PDT Ku Li Mahu Berundur Sebagai Ketua Bahagian [Bernama] Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata sudah sampai masanya bagi beliau berundur sebagai ketua bahagian setelah hampir 50 tahun berkhidmat kepada masyarakat di Gua Musang. "Sudah sampai masanya untuk saya berundur dan carilah pemimpin baru yang lebih jujur dan adil dalam memberi khidmat kepada rakyat," katanya Anggota Parlimen Gua Musang itu berkata keputusannya untuk tidak lagi bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, juga adalah untuk memberi laluan kepada pemimpin muda yang lebih layak. PRU13 lalu adalah yang terakhir baginya tetapi beliau masih meneruskan khidmat kepada penduduk di kawasan itu sehingga ada pemimpin baru yang dapat menggantikannya. "Saya diminta untuk terus menerajui Umno bahagian ini dan terserahlah kepada ahli Umno bahagian itu (selepas ini) untuk menentukan siapa pemimpin yang paling layak memikul tanggungjawab berkenaan kerana ramai yang layak dipilih," katanya kepada pemberita selepas majlis Kesyukuran Kemenangan BN Parlimen Gua Musang bersama Orang Asli di Kampung Lambok, di Gua Musang hari ini. Ditanya sama ada beliau akan bertanding jawatan kepimpinan Umno Oktober ini, Tengku Razaleigh enggan mengulas lanjut. "Saya tidak hendak komen dan kita sama-sama tengoklah pada 28 September ini untuk bertanding atau tidak," katanya. Beliau mengingatkan bahawa mengikut peraturan baru parti, sesiapa sahaja boleh bertanding merebut sebarang jawatan dalam parti dan perkara itu boleh diputuskan pada hari penamaan calon 28 September (untuk Majlis Tertinggi). - 30/8/13 | ||
[PANAS] Artis Jelas Kontroversi Lukisan "I is for Idiot" Posted: 30 Aug 2013 01:31 AM PDT Artis: 'I for Idiot' Rujuk kepada George Bush [MK] Karya seni 'I is for Idiot' (I untuk bahlul) yang dirampas polis kerana didakwa menghina Islam sebenarnya merujuk kepada peristiwa serangan Amerika Syarikat (AS) di Iraq semasa pentadbiran Presiden George W Bush, jelas senimannya. Justeru, kata Anurendra Jegadeva, beliau tidak berniat menghina Islam tetapi menunjukkan pendirian berbeza sebagai kebersamaan dengan "warga jalanan Iraq", yang kebanyakannya orang Islam. Beliau juga menjelaskan ayat al-Quran yang digunakan sebagai mewakili rakyat Iraq. Ia juga diterbalikkan bagi menggambarkan keadaan dunia ketika itu. "Perkara ini dilakukan, dengan niat, untuk menggambarkan keadaan dalam sejarah dunia apabila semuanya dilihat secara terbalik," katanya. "Oleh itu, dalam kes menterbalikkan ayat itu, tiada sebarang niat jahat atau nakal dengan sebarang cara untuk menghina atau memperkecilkan agama," katanya dalam kenyataan. Polis semalam mengambil sebuah karya Anurendra yang dipamerkan dalam pameran M50 Selamat Hari Malaysia untuk siasatan terhadap dakwaan menghina agama. 'I is for Idiot' sebahagian daripada siri karya 'ABC For The Middle-Age Middle Classes' (ABC untuk kelas menengah Zaman Pertengahan), diambil daripada Publika Mall, tempat ia dipamerkan. Difahamkan laporan polis dibuat semalam terhadap 'I is for Idiot' atas dakwaan menghina Islam, antaranya berhubung tulisan bissmillah dalam bahasa Arab. - 30/8/13 | ||
[PANAS] Konsert Metallica: Gabenor Jakarta Kecewa Posted: 29 Aug 2013 11:30 PM PDT
Jakarta Tetap Santun di Konsert Metallica [HM] Jakarta: Gabenor Jakarta Joko Widodo berkata, rakyat Indonesia sememangnya memiliki adab sopan yang terpuji. Jokowi begitu dia lebih dikenali membuat pujian itu selepas melihat tingkah laku orang ramai yang tetap bersopan dan tidak menimbulkan kekecohan walaupun ketika konsert kumpulan Metallica berlangsung di Stadium Bung Karno pada malam Ahad lalu. "Daripada pemerhatian saya ketika konsert rock itu berlangsung, masyarakat Jakarta menjaga ketertiban dan adab sopan yang dibanggakan," katanya kepada media semalam. Bekas Gabenor Solo yang disebut-sebut bakal menjadi Presiden Indonesia itu berkata, konsert Metallica berjalan lancar kerana masyarakat mematuhi peraturan dan menjaga keamanan. "Pada pendapat saya, pihak pengurusan menjalankan tugas dengan baik dan penonton juga mematuhi peraturan yang ditetapkan," katanya. Bagaimanapun, Jokowi mengakui dia menyimpan sedikit perasaan kecewa tetapi tiada kaitan dengan tingkah laku orang ramai. "Saya kecewa kerana gagal bertemu secara peribadi dengan anggota kumpulan Metallica walaupun kami sudah berjanji dan saya mempunyai jadual mengejut di tempat lain," katanya. - Agensi - 30/8/13 P/s: Saspens!!! | ||
Posted: 29 Aug 2013 08:16 PM PDT | ||
Sebab Anwar Mahu Singkir Shafee Abdullah Sebagai Timbalan Pendakwa Raya Posted: 29 Aug 2013 05:37 PM PDT [TMI] Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah tidak boleh menjadi timbalan pendakwa raya dalam rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) kerana peguam kanan itu berada dalam senarai saksi pendakwaan. Ini adalah pendirian Anwar untuk menyingkirkan peguam itu sebagai pendakwa utama kes liwat yang akan didengar di Mahkamah Rayuan bulan depan. "Walaupun Shafee tidak pernah memberikan bukti, beliau ditawarkan kepada pihak pembela sebagai saksi kes itu. "Shafee adalah sebahagian daripada pihak pendakwaan. Kemungkinan beliau juga memberikan kenyataan kepada polis," kata Anwar dalam afidavit yang ditunjukkan kepada The Malaysian Insider. Anwar berkata, Shafee tidak seharusnya dilantik sebagai Timbalan Pendakwaraya kerana Jabatan Peguam Negara mempunyai pengamal undang-undang lain yang layak untuk mengendalikan rayuan itu. Malah, katanya, perbelanjaan untuk menggunakan khidmat Shafee adalah menggunakan wang pembayar cukai. Shafee pada 22 Julai lalu berkata, pelantikannya mengikut Seksyen 376 (3) dan Seksyen 379 Kanun Prosedur Jenayah dan akan dibayar amaun minimum kerana mempunyai kontrak masih berjalan di antaranya dengan kerajaan. Anwar berkata, Seksyen 376 (6) hanya mengenai pelantikan seorang yang layak dan sesuai sementara 379 menyentuh mengenai pekerjaan. Katanya, Shafee tidak boleh dilantik mengikut dua seksyen itu kerana ia mempunyai maksud lain. Ketua pembangkang itu berkata, mengikut Seksyen 376 (3), seorang peguam boleh dilantik sebagai Timbalan Pendakwaraya tanpa gaji sementara mengikut Seksyen 379 peguam dipilih dan gaji dibayar menggunakan dana awam. Tarikh pendengaran itu ditetapkan selama dua hari bermula 17 September. Shafee sebelum ini dipetik sebagai berkata, pelantikan sebagai Timbalan Pendakwaraya tidak seharusnya dijadikan isu politik kerana beliau bukan ahli politik atau anggota sebarang parti politik dan beliau dipilih atas kelayakannya. Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail turut mempertahankan langkah melantik Shafee, walaupun memperlihatkan Jabatan Peguam Negara berat sebelah dan mengikut rentak kerajaan. Gani berkata, memberikan lesen kepada peguam persendirian untuk mewakili Putrajaya bukan sesuatau yang baru, menjadikan inkues Teoh Beng Hock sebagai contoh iaitu Datuk Tan Hock Chuan sebagai pegawai bertugas dalam kes itu. Beliau berkata, pendakwa utama perbicaraan Anwar, Datuk Yusof Zainal Abiden yang bersara pilihan juga pernah mewakili pembangkang. Bagaimanapun, bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman berkata pelantikan Shafee sebagai timbalan pendakwa raya adalah perkara luar biasa dan memberikan persepsi bahawa pegawai dari Jabatan Peguam Negara tidak kompeten. Menurut Abu Talib yang menjadi Peguam Negara selama 13 tahun sejak 1980, terdapat ramai pegawai berpengalaman untuk menjalankan rayuan yang beliau anggap sebagai kes "straight forward". Beliau berkata, menjalankan rayuan kes itu mudah kerana Anwar hanya dibebaskan selepas diberikan pembelaan dan persepsi terhadap kerajaan tercemar dengan pelantikan Shafee. Anwar dibebaskan Januari tahun lalu selepas dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di sebuah unit di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara 3.10 hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika menyampaikan keputusannya menegaskan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus integriti sampel DNA tidak terusik. Seramai 27 saksi pendakwaan dan tujuh saksi pembelaan memberi keterangan dalam perbicaraan yang berlangsung melebihi tiga tahun itu. Anwar memberikan keterangan dari dalam kandang saksi. – 30 Ogos, 2013. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan