DUNIACACAMARBA |
- 2 Lelaki Berkongsi ISTERI
- Surau Tanjung Sutera Resort DIROBOHKAN Pihak Berkuasa
- PIBG SK Seri Pristana Mahu Sekolah Jawab Kontroversi Terkini
- Mata Dicungkil Penyeludup Organ
- Pertubuhan Syiah Malaysia Diisytihar HARAM
- Dakwa AirAsia Hidang BABI, Bekas Menteri Mohon Maaf Enam Bulan
- Belum Sampai Sebulan Berkenalan, Sudah ke Bilik Tidur
Posted: 28 Aug 2013 05:00 AM PDT [HM] Nairobi: Dua lelaki bermusuhan menandatangani satu perjanjian bertulis baru-baru ini untuk berkongsi seorang wanita yang sama-sama mereka cinta. Perjanjian itu dibuat selepas wanita berkenaan enggan memilih seorang daripada mereka. Kedua-dua lelaki itu baru-baru ini menyedari wanita terbabit menjalinkan hubungan sulit dengan kedua-dua mereka selama empat tahun. Bagaimanapun, masing-masing-masing enggan memutuskan hubungan dengan wanita berkenaan kerana tidak sanggup untuk berpisah dengannya. Seorang daripada lelaki itu, Sylvester Mwendwa, ketika ditemui wartawan mengaku bersetuju berkongsi wanita itu dengan lelaki bernama Elijah Kirmani. Menurutnya, mereka sama-sama mencintai wanita itu dan perjanjian berkenaan bertujuan untuk menjadi garis sempadan selain memastikan mereka tidak bergaduh. "Wanita itu seperti pengadil. Dia akan menentukan sama ada dia akan tidur dengan saya atau Kirmani," kata Mwendwa. Kedua-dua lelaki itu akan membiayai kehidupan wanita itu dan anak yang akan dilahirkan pada masa depan. "Kami akan membesarkan anak dilahirkannya seperti anak kami, tidak kiralah siapa bapanya sebenar," katanya. Di Kenya, poligami dibenarkan. Begitu juga dengan poliandri (wanita dua suami). Tetapi ia jarang berlaku. - Agensi - 28/8/13 P/s: Gila!!! |
Surau Tanjung Sutera Resort DIROBOHKAN Pihak Berkuasa Posted: 28 Aug 2013 03:00 AM PDT [Kembang Wira] SURAU kontroversi di Tanjung Sutera Resort di Sedili Besar, Kota Tinggi Johor sudah pun dirobohkan sekali gus menyelesaikan isu penggunaan surau itu oleh penganut agama Buddha pada hari raya Aidilfitri kedua lalu. Gambar yang diperoleh menunjukkan jentolak merobohkan sisa-sisa bangunan surau itu yang masih tinggal. Terdahulu, Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) mengarahkan pihak Tanjung Sutera Resort supaya merobohkan suraunya yang menjadi tempat meditasi sekumpulan penganut Buddha, dalam masa 21 hari, bermula 21 Ogos lepas. Arahan itu disampaikan dalam notis bertarikh 20 Ogos 2013 yang ditampal di pintu masuk surau tengah hari ini, yang ditandatangani Pengerusi MDKT, Hasrin Kamal Hashim. Alasan diberikan, pembinaan surau itu menyalahi Seksyen 70 Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974 kerana dibina tanpa kebenaran bertulis majlis daerah. Notis itu juga menyatakan pihak resort akan dibawa ke mahkamah jika gagal berbuat demikian atau menanggung kos merobohkannya yang akan dilakukan oleh majlis daerah. "Tuan adalah dengan ini diberitahu supaya meruntuhkan bangunan itu dari tempoh 21 hari dari tarikh notis ini diterima," notis itu dipetik. Seorang pekerja resort yang ditemui menjelaskan beliau menerima notis itu dari pihak MDKT yang hadir ke surau itu tengah hari tadi. Surau berkenaan menjadi isu panas apabila ada pengunjung yang ingin menunaikan solat ternampak beberapa orang penganut agama Buddha beserta sami mereka menjalankan ritual keagamaan di dalam surau berkenaan sekaligus satu kesalahan. P/s: Apa dosa bangunan ini? |
PIBG SK Seri Pristana Mahu Sekolah Jawab Kontroversi Terkini Posted: 28 Aug 2013 01:51 AM PDT [TMI] Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Seri Pristana mahukan jawapan daripada pentadbiran sekolah mengenai tuduhan intimidasi terhadap beberapa murid sehingga menyebabkan tiga murid bukan Islam ditukarkan ke sekolah lain oleh ibu bapa masing-masing. Mendakwa tidak tahu mengenai pertukaran itu, Pengerusi PIBG, Hussein Mohd Ariff, memberitahu The Malaysian Insider bahawa mereka akan bertemu dengan pihak pengurusan sekolah esok. Semalam dilaporkan sekurang-kurangnya tiga murid bukan Islam keluar dari sekolah di Sungai Buloh itu dan 10 lagi akan mengikut jejak langkah berkenaan untuk bertukar ke sekolah lain. Ini adalah akibat daripada tuduhan intimidasi selepas kejadian bilik persalinan sekolah itu jadi kantin tersebar luas di laman sosial Facebook. Tiga murid terbabit mendakwa mereka diintimidasi dan dibuli oleh pihak berkuasa sekolah selepas isu murid bukan Islam diarahkan makan pada waktu rehat di bilik persalinan diketahui umum. Ia turut mendedahkan bahawa ibu bapa 10 lagi murid bukan Islam akan menukarkan anak mereka ke sekolah lain selepas seorang penjaga mendakwa diugut oleh guru besar apabila menuduh ada orang yang tidak dikenali mengambil gambar anaknya sebanyak dua kali dalam kawasan sekolah. Hussein melahirkan rasa tidak percaya atas perkembangan terbaru itu. "Ini semua baru untuk saya. Saya menjangkakan sekolah akan memaklumkan kepada saya dan ahli jawatankuasa lain mengenai kejadian ini pada Khamis," katanya menerusi sistem pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider. "Saya tidak faham mengapa isu ini perlu dipanjangkan," katanya. Setiausaha Kebangaan Malaysia Tamilan Today Welfare, K Gunasegaran, berkata semua ibu bapa hilang kepercayaan kepada guru besar dan guru. "Kami tidak melihat cara lain oleh kerana murid diganggu dan dibuli di sekolah, hanya kerana ibu bapa mereka bersuara," katanya. Terdapat 25 murid bukan Islam di sekolah yang mempunyai 1,400 murid itu. Sekurang-kurangnya 10 ibu bapa membuat laporan polis terhadap sekolah itu atas aduan yang hampir sama iaitu anak mereka diintimidasi dan dibuli, tetapi polis berkata tidak ada niat jenayah dalam aduan itu dan perkara itu dipindahkan ke Jabatan Pelajaran. Seorang bapa, V Kumancan, turut ditahan dua hari lalu atas tuduhan mengugut guru besar sekolah, Mohd Nasir Mohd Noor. Kumancan dituduh datang ke sekolah pada 25 Julai jam 2.30 petang, tetapi beliau menafikan tuduhan itu dan berkata sedang bekerja pada waktu itu. Bapa berusia 31 tahun itu yang buat masa ini dibebaskan atas jaminan polis, dijangka didakwa atas tuduhan intimidasi jenayah tidka lama lagi. Kumancan turut membuat laporan polis pada 30 Julai terhadap Mohd Nasir dan sekolah atas tuduhan mengambil gambar anak perempuannya yang berusia 10 tahun di sekolah, menuduh perbuatan itu berlaku dua kali pada 29 Julai, empat hari selepas kejadian makan dalam bilik persalinan itu didedahkan oleh Guneswari Kelly. Guneswari sejak kejadian itu memindahkan anak perempuannya ke sekolah Tamil selepas murid sembilan tahun itu dikatakan didera secara lisan oleh beberapa guru di sekolah itu. – 28 Ogos, 2013. |
Mata Dicungkil Penyeludup Organ Posted: 27 Aug 2013 09:42 PM PDT [HM] Beijing: Seorang kanak-kanak dicungkil matanya selepas dilapor diculik oleh seorang penyeludup organ. Anggota keluarga menemui kanak-kanak berkenaan berlumuran darah tiga hingga empat jam selepas dia hilang ketika bermain di luar rumah. Mata mangsa ditemui berhampiran tetapi korneanya hilang, menunjukkan seorang penyeludup organ bertanggungjawab terhadap serangan ngeri itu. Polis menawarkan hadiah 100,000 yuan (RM52,800) kepada mereka yang dapat memberi maklumat hingga suspek, yang dipercayai wanita, dapat ditangkap. "Mukanya berlumuran darah ketika ditemui. Matanya dicungkil," kata bapa mangsa kepada Televisyen Shanxi. Rakaman televisyen itu menunjukkan bahagian mata mangsa yang berbalut dibawa keluar dari bilik pembedahan dan ditempatkan di sebuah katil hospital, meraung kesakitan sementara anggota keluarganya menangis di sisi katil. Budak itu didiberi dadah menyebabkan dia tidak sedarkan diri sebelum penyerang mencungkil matanya, lapor stesen televisyen CCTV menerusi lamannya di Sina Weibo, versi Twitter China. Budak itu bermain bersendirian di luar rumahnya apabila dia diculik petang kelmarin. Ibu bapanya menyedari dia hilang selepas memanggilnya untuk masuk ke rumah kira-kira jam 8 malam. Selepas dia tidak muncul, ibu bapanya melancarkan gerakan mencari dengan dibantu oleh sanak saudara lain dan akhirnya menemuinya di sebuah padang berhampiran, kira-kira tiga jam kemudian. "Kami tidak menyedari matanya hilang apabila menemuinya. Kami menyangka dia jatuh dan cedera di muka," kata bapa mangsa. Kehilangan mata mangsa hanya diketahu apabila dia dirawat di hospital. Perdagangan organ secara haram didorong oleh permintaan yang begitu banyak. Kira-kira 300,000 orang menunggu giliran untuk menjalani pembedahan pemindahan organ sedangkan hanya 10,000 pembedahan dilakukan setiap tahun. - Agensi -28/8/13 P/s: Gila kejam!!!! |
Pertubuhan Syiah Malaysia Diisytihar HARAM Posted: 27 Aug 2013 08:30 PM PDT [MK] Menteri Dalam Negeri hari ini mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang, berpandukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966. Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi (kiri) berkata, walaupun permohonannya untuk didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan ditolak, badan itu tetap bergerak aktif. Malah, katanya, kegiatan itu memudaratkan ketenteraman awam serta mencetuskan keresahan di negara ini yang sebahagian besarnya berfahaman Ahli Sunnah wal Jamaah. Menurut Abdul Rahim lagi, pengikut Syiah di Malaysia memohon mendaftarkan mendaftarkan pertubuhan itu pada 16 Jun 2011 dan tolak pada 4 Ogos tahun yang sama. Rayuannya kepada menteri berkaitan juga ditolak pada 31 Oktober 2011, menurut kenyataan itu lagi. |
Dakwa AirAsia Hidang BABI, Bekas Menteri Mohon Maaf Enam Bulan Posted: 27 Aug 2013 07:45 PM PDT [TMI] Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin diminta untuk mengemukakan permohonan maaf selama enam bulan oleh kumpulan AirAsia berhubung dengan dakwaan mengatakan babi dihidangkan dalam penerbangan pesawat syarikat itu untuk menggelakkan disaman sebanyak RM5 juta. Beliau yang mengemukakan permohonan maaf kepada AirAsia pada bulan lalu di blognya Zamkata, berkata beliau tidak mampu membayar saman dan sara hidupnya hanya berdasarkan wang persaraan. "AirAsia meminta saya menyiarkan permohonan maaf ini selama enam bulan tetapi saya akan siarkan untuk bertahun-tahun akan datang dengan tujuan penyebarannya lebih meluas dan bagi pengetahuan dari generasi ke generasi. "Saya berterima kasih kepada Rocky's Bru yang menyatakan setiakawan bagi pihak penulis blog dan jaminan membela saya dalam menghadapi sebarang tindakan dari AirAsia," katanya merujuk kepada penulis blog yang juga bekas Ketua Pengarang Malay Mail, Datuk Ahirudin Attan. Dalam permohonan maafnya kepada AirAsia, beliau tidak menyangka artikel yang bertajuk, "Hidangan babi dalam penerbangan AirAsia, orang Islam patut tangguhkan dulu terbang dengan pesawat ini" di dalam blognya memberikan implikasi buruk kepada nama baik AirAsia dan AirAsiaX. Katanya, selepas menerima surat tuntutan dari peguambela dam peguamcara AirAsia Berhad kira-kira sebulan dari tarikh penyiaran artikel tersebut, maka barulah beliau menyedari bahawa artikel itu memberikan implikasi atau gambaran,seolah-olah babi dihidangkan dalam penerbangan AirAsia dan AirAsia X yang mana dakwaan itu tidak benar sama sekali. "Saya mohon maaf kepada AirAsia Berhad diatas sebarang kecederaan yang menimpa mereka kerana artikel tersebut dan saya berharap orang ramai tidak mempunyai sebarang prasangka bahawa babi ada dihidangkan di dalam penerbangan AirAsia dan AirAsia X. "Saya yakin dan percaya bahawa AirAsia dan AirAsia X sangat prihatin terhadap sensitiviti agama kesemua penumpang mereka," jelasnya menerusi blog Zamkata. Hal ini dipanjangkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Datuk Kamaruddin Meranum semasa majlis sambutan Aidilfitri Utusan Melayu namun beliau enggan mengulas lanjut tentang tindakan saman yang diambil oleh AirAsia dan AirAsia X terhadap Zainuddin. Kamaruddin berkata, AirAsia bukanlah anti Utusan meskipun syarikat penerbangan tambang rendah itu menarik balik iklan dalam akhbar milik Umno tersebut. "Saya tahu sejarah Utusan dan Utusan adalah darah daging saya. Tuduhan seperti ini saya tidak dapat menerimanya," jelas Zainuddin menerusi blognya. – 28 Ogos, 2013. |
Belum Sampai Sebulan Berkenalan, Sudah ke Bilik Tidur Posted: 27 Aug 2013 07:29 PM PDT [SH] BATU PAHAT – Niat pasangan kekasih untuk memadu asmara tidak kesampaian selepas ditahan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) dalam serbuan di sebuah rumah tumpangan dekat sini, semalam. Dalam serbuan jam 2 pagi itu, pasangan berusia 25 dan 22 tahun terbabit ditahan selepas pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai ikatan perkahwinan. Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jaij Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pasangan terbabit mengambil masa kira-kira 15 minit untuk membuka pintu dipercayai memikirkan cara bagi mengelak ditahan. "Selepas pintu dibuka, hasil soal siasat mendapati mereka bukan mahram dan mengaku telah melakukan perbuatan yang salah. "Pasangan terbabit berasal dari daerah ini dan mengaku baru sahaja berkenalan tidak sampai sebulan serta dalam proses mengenali antara satu sama lain," katanya. Menurutnya, pasangan terbabit di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk proses selanjutnya sebelum mereka dituntut oleh waris masing-masing. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 27 (1) (a) (b) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Johor 1997. "Operasi yang dilakukan ini bertujuan membendung kegiatan sumbang yang kian menular dalam kalangan anak-anak muda yang semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini. "Operasi seperti ini akan dilakukan lebih kerap lagi, dengan tertumpu pada aduan orang ramai, hotel bajet dan kawasan yang berpotensi untuk kelakuan seperti ini," katanya. - 28/8/13 |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan