Jumaat, 23 Ogos 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Pembebasan Azilah dan Sirul: Apa Reaksi Bapa Altantuya?

Posted: 23 Aug 2013 03:30 AM PDT



[TMI] "Tiba masanya pemerintah Mongolia membuat kenyataan berhubung keputusan itu."

Demikian reaksi Setev Shaariibuu, bapa kepada penterjemah dan warganegara Mongolia, Altantuya.

Setev yang dilaporkan sudah menjangka keputusan itu bercadang akan membawa kes anaknya ke peringkat lebih tinggi, bagi menegakkan keadilan untuk mendiang anak perempuannya itu.

Menurut peguamnya, Setev mahu pemerintah Mongolia terlibat dalam urusan kes ini.

"Dia akan membuat kenyataan selepas mendapat surat rasmi daripada mahkamah Malaysia atau daripada peguammnya di Malaysia Karpal Singh," katanya dipetik dari Malaysiakini.

Ketika Mahkamah mengumumkan keputusan membebaskan dua bekas anggota polis yang dituduh membunuh anaknya pada Oktober 2006, Setev dilaporkan menerima berita itu dengan perasaan sedih.

Hari ini, mahkamah membebaskan dua bekas komando polis selepas Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan mereka dan mengubah sabitan terhadap mereka atas tuduhan membunuh Altantuya.

Panel tiga hakim iaitu Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan sebulat suara membenarkan permohonan rayuan bekas ketua inspektor Azilah Hadri dan bekas korperal Sirul Azhar Umar.

Kedua-duanya sebelum ini disabitkan bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan membunuh Altantuya, 28, di hutan simpan di Shah Alam pada 2006.

Mereka pada ketika itu bertugas di Unit Tindakan Khas Bukit Aman dan berada dalam pasukan keselamatan Datuk Seri Najib Razak.

Najib pada ketika itu ialah timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan.

Keputusan ringkas selama lima minit yang dibacakan Tengku Maimun itu, beliau berkata hakim perbicaraan gagal mempertimbangkan alibi pembelaan yang difailkan oleh Azilah.

Azilah diwakili peguam Datuk Hazman Ahmad dan J Kuldeep Kumar, sementara Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Redzua Merican mewakili Sirul.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah yang mewakili responden berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini.

Sementara itu, Ketua Undang-Undang Nasional DAP, Gobind Singh Deo, berkata rayuan dibenarkan kerana kegagalan memanggil saksi material.

"Bukti terkuat sepatutnya ialah siapa yang memberi arahan dan kepada siapa ia diberikan. Bolehkah Peguam Negara beritahu kami siapa orang itu?" kata Gobind dalam akaun Twitternya.

Keputusan hakim itu menyebabkan Karpal Singh yang menjadi peguam pemerhati bagi pihak Setev, berkata beliau akan membuat tuntutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas pegawai khasnya, DSP Musa Safri akan disapina untuk memberi keterangan dalam tuntutan sivil yang difailkan Setev, bapa Altantuya.

Peguam, Karpal Singh berkata akan mendesak tuntutan tersebut didengar tidak lama lagi. Setev memfailkan tuntutan sivil RM100 juta terhadap Abdul Razak Baginda, Azilah Hadri, Sirul Azhar Umar dan kerajaan Malaysia pada Jun 2007.

Tuntutan itu ditangguhkan berikutanmemberi laluan terlebih dahulu kepada rayuan yang difailkan Azilah dan Sirul. Kedua-dua anggota polis itu dibebaskan hari ini sementara Razak yang dituduh bersubahat dengan kedua-duanya itu dibebaskan pada Oktober 2008.

"Kita kini akan memanggil perdana menteri dan Musa. Musa tidak boleh bertindak sendiri," kata Karpal di Shah Alam, hari ini. – 23 Ogos, 2013.


Kes Altantuya: Warga Internet Luah Rasa Marah di Ruang Siber

Posted: 23 Aug 2013 02:30 AM PDT



[TMI] Bagaimana rupa bekas polis Azilah Hadri dan Siru Azhar Umar? Mengapa DSP Musa Safri tidak dipanggil memberi keterangan?

Ini adalah dua soalan yang kerap ditanya di ruang siber apabila pengguna internet (netizen) memberi ulasan yang meluap-luap terhadap pembebasan dua anggota polis berkenaan daripada tuduhan membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Berikutan keputusan mahkamah hari ini, ada pelbagai kemungkinan yang tiada berpenghujung mengenai apa yang berlaku kepada kes Altantuya, yang meletakkan Malaysia di peta dunia atas sebab yang salah.


Dan soalan yang terus berada di ruang siber, siapa bunuh Altantuya?

Kebanyakan ulasan yang dibuat di talian bernada sinis dengan salah seorang netizen, Isana berkata:"Wow! Kalau begitu, Altantuya pasti masih hidup kerana tidak ada sesiapa membunuhnya. `Endless Possibilities' hanya berlaku dalam 1Malaysia."

Satu lagi, Rayfire mengulas,"Ya, `Endless possibilities' untuk menipu, membunuh dah bebas! Keadilah mesti dan akan ditunjukkan oleh Yang Berkuasa."

Sebahagian yang lain tertanya-tanya sama ada masyarakat akan dapat mengenali bagaimana rupa Azilah dan Sirul.

"Muka mereka ditutup dari hari pertama, setiap kali mereka dibawa masuk dan keluar mahkamah," kata Mr M.

"Bagaimana mereka berdua dibenarkan menutup muka mereka sejak hari pertama? Adakah itu supaya apabila mereka dibebaskan, tidak ada sesiapa yang tahu siapa mereka dan bagaimana rupa mereka? Jika mereka tidak dibebaskan sekali pun, tidak ada siapa akan tahu sama ada mereka benar-benar digantung sebab tiada yang tahu rupa mereka! *teori konspirasi*".

Sebahagian yang lain meluahkan rasa kecewa terhadap sistem keadilan yang memutuskan pembebasan itu walaupun ada yang kata, itu memang dijangkakan berlaku.

Netizen Angel mendakwa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sengaja tidak memanggil DSP Musa memberi keterangan di mahkamah.

"Peguam negara tidak tahu bagaimana hendak mengendalikan kes itu. Dia sengaja tidak memanggil Musa Safri, pegawai khas Najib. Dia akan mengikut arahan Najib," kata Angel dalam ulasannya.

Pihak pendakwa tidak memanggil Musa, perkara yang dibangkitkan dalam penghakiman Mahkamah Rayuan hari ini, bahawa `saksi material tidak dipanggil beri keterangan, termasuk Musa'.

Altantuya dikatakan menjadi kekasih penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, tetapi, kemudian memburunya dan meminta komisen yang tinggi, kononnya atas bantuan membantu dalam urusan pembelian dua kapal selam untuk Malaysia.

Razak kemudian mengupah penyiasat upahan P Balasubramaniam untuk memerhatikan wanita itu ketika dia datang ke Malaysia.

Apabila Altantuya muncul di luar rumah Razak pada 18 Oktober 2006, polis menahannya dan itu adalah kali terakhir dia dilihat hidup.

Netizen Justice Pao memberi komen:"Sungguh memalukan! Altantuya tidak dibunuh, jadi mesti dia menjerut dan menembak dirinya di belakang kepala menggunakan alat khas, kemudian guna C4 untuk meletupkan dirinya!"

Seornag lagi netizen, Longjaafar dalam postingnya berkata:"Satu ketika dulu, seseorang kata Anwar Ibrahim menumbuk mukanya sendiri. Sama seperti ini, Altantuya bom dirinya."

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga terkait dalam kontroversiti itu.

Satu tweet berkata,"Keputusan berunsur politik untuk melindungi Najib, Rosmah? Bekas pengawal peribadi bebas daripada pembunuhan Altantuya".

Ramai netizen turut mengucapkan takziah kepada bapa Altantuya, Dr Setev Shaariibuu, yang mereka gelar sebagai `adalah lelaki paling sedih di dunia hari ini'. – 23 Ogos, 2013.


Alasan Pembebasan Sirul dan Azilah daripada Kes Pembunuhan Altantuya

Posted: 23 Aug 2013 01:30 AM PDT


Peguambela Mengatakan Ketiadaan Musa Safri Kunci Kejayaan Pembebasan Azilah, Sirul

[TMI] Peguam Datuk Hazman Ahmad sebak mendengar pembebasan anak guamnya, Azilah Hadri hari ini.

Beliau memberitahu pemberita lega Mahkamah Rayuan bersetuju dengan percanggahan yang dibangkitkan oleh peguam.

Hazman dibantu oleh J Kuldeep Kumar, mewakili Azilah dari mula perbicaraan kes pembunuhan itu sehingga proses rayuan.

"Kami berterima kasih kepada Mahkamah Rayuan mendengar hujah kami tentang notis alibi, senarai panggilan yang tidak konsisten, diari balai polis dan testimoni saksi polis dalam menuduh anak guam saya berada di lokasi jenayah," katanya.

"Ini adalah asas utama dan mahkamah menerima rayuan kami berdasarkan asas ini."

Sementara peguam Sirul Azhar Umar, Kamarul Hisham Kamaruddin, Hasnal Redzuan Merican dan Ahmad Zaidi Zainal turut tersenyum.

Kamarul mengatakan mahkamah menerima kesemua hujah pembelaan yang dibangkitkan semasa rayuan.

"Hakim menerima alasan tidak memanggil Timbalan Supritendan Musa Safri (bekas aide-de-camp perdana menteri) menyebabkan terdapat lompong besar dalam kes pendakwaan," katanya.

"Dari rekod pihak pendakwaan, Musa memainkan peranan penting dan boleh membantu menjelaskan banyak perkara seperti motif.

"Ini penting untuk kes pendakwaan."

Kamarul menambah beliau tidak mahu bercakap lebih banyak oleh kerana pihak pendakwaan akan membuat rayuan berhubung keputusan ini.

"Akan tetapi, kami berpuas hati dengan keputusan hari ini," katanya. – 23 Ogos, 2013.


P/s: Itu saja alasannya? Kita jangka, seperti kes drama liwat 2, pihak pendakwaan akan bersungguh-sungguh membawa kes ini ke Mahkamah Persekutuan.
 
Jika keputusannya sama seperti Mahkamah Rayuan, apa pula alasannya nanti? 



Setelah Dibebaskan daripada Tuduhan Membunuh Altantuya, Apa Kata Azilah?

Posted: 23 Aug 2013 12:33 AM PDT


'Saya ingin berada di rumah,' kata Azilah

[Bernama] Doa Cif Inspektor Azilah Hadri untuk menjalani kehidupan di luar penjara setelah menghuninya selama tujuh tahun akhirnya dimakbulkan setelah Mahkamah Rayuan membebas dan melepaskannya daripada hukuman serta sabitan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Azilah, 37, yang ditemui Bernama sebelum hakim membuat keputusan sempat menyatakan bahawa walaupun fizikalnya tidak berubah sejak didakwa atas pertuduhan itu, namun jiwanya terlalu 'kecil' dan amat berharap akan berada di rumah.

Beliau yang diiringi pegawai penjara sepanjang prosiding, kelihatan terkejut apabila keputusan panel tiga hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Seri Mohd Apandi Ali itu dibacakan.

Koperal Sirul Azhar Umar, yang dituduh bersama-samanya, pula sempat menyatakan "Terima Kasih Yang Arif" sebelum kedua-duanya dibawa keluar dari kandang tertuduh.

Azilah berkata beliau amat bersyukur kerana Allah SWT memperkenankan doanya dan berkata dengan nada suara gementar: "Saya masih lagi berdebar-debar".

"Saya perlu kembali ke Penjara Kajang untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang bertugas menjaga saya di sana...mereka menjaga saya dengan baik, saya ingin menunaikan solat Jumaat dan urusan lain akan dibuat selepas itu," katanya.

Pada 2009, Mahkamah Tinggi Shah Alam mensabit kesalahan dan menjatuhi hukuman mati terhadap Azilah dan Sirul Azhar yang merupakan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) atas tuduhan membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara 10 malam 19 Okt dan 1 pagi, 20 Okt 2006.

Tunang Azilah, Nor Azila Baharuddin, 35, pula dilihat mengalirkan air mata apabila mendengar keputusan itu.

Beliau menyatakan doanya dan anggota keluarga supaya Azilah dibebaskan telah dimakbulkan Allah SWT.

Katanya sejak mereka bertunang pada 2006, beliau tidak pernah berputus asa dan sering melawat Azilah di penjara seminggu sekali.

"Saya gementar selepas keputusan dibuat, saya seperti tidak percaya. Saya amat gembira kerana inilah saat yang saya tunggu sekian lama. Syawal kali ini amat indah," katanya.

Sejak didakwa pada 2006 dan melalui proses perbicaraan, Azilah dan Sirul Azhar sentiasa menutup wajah mereka ketika berada di luar mahkamah dan kain yang menutup muka hanya dibuka selepas berada di dalam mahkamah.

Pada kebiasaannya, wajah Sirul Azhar kelihatan serius dan lebih banyak menyendiri berbanding Azilah yang ramah dengan mereka yang berada sekelilingnya.

Namun, selepas keputusan mahkamah itu, Sirul Azhar mempamerkan wajah berbeza dengan melemparkan senyuman ke arah anggota keluarganya yang berada di belakangnya.

Ketika ditanya pemberita Bernama sebelum beliau dan Azilah dibawa semula ke penjara untuk proses pembebasan, Sirul Azhar menunjukkan keramahannya sambil menyatakan kesyukuran.

"Bersyukur kepada Allah, semuanya telah selesai. Saya berterima kasih kepada barisan peguam yang membela saya dan ahli keluarga terutama ibu saya yang tidak putus mendoakan. Terima kasih kepada pihak penjara yang menjaga saya dengan baik. Saya berhasrat menjalani kehidupan seperti biasa selepas ini," katanya.

Anak lelaki Sirul Azhar yang berusia 13 tahun, turut kelihatan amat gembira dengan pembebasan ayahnya dan dia yang diiringi dua anggota keluarga terdekat sempat menyatakan amat merindui bapanya.

Bapa saudara Sirul Azhar, Mustapha Samat dari Ipoh berkata sejak Sirul Azhar didakwa, beliau hanya sempat hadir ke mahkamah sebanyak tiga kali dan tidak putus-putus berdoa supaya dia dibebaskan.

Mustapha yang tiba di Kuala Lumpur semalam dilihat menghubungi anggota keluarga untuk memberitahu keputusan mahkamah itu.- 23/8/13





[Paling PANAS] Azilah dan Sirul DIBEBASKAN, Siapa Bunuh Altantuya?

Posted: 22 Aug 2013 07:10 PM PDT


Sirul, Azilah Bebas Pertuduhan Bunuh Altantuya

[TMI] Dua bekas komando polis bebas hari ini selepas Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan mereka dan mengubah sabitan terhadap mereka atas tuduhan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Panel tiga hakim iaitu Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan sebulat suara membenarkan permohonan rayuan bekas ketua inspektor Azilah Hadri dan bekas korperal Sirul Azhar Umar.

Kedua-duanya sebelum ini disabitkan bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan membunuh model dan penterjemah, Altantuya, 28, di hutan simpan di Shah Alam pada 2006.

Mereka pada ketika itu bertugas di Unit Tindakan Khas Bukit Aman dan berada dalam pasukan keselamatan Datuk Seri Najib Razak. Najib pada ketika itu ialah timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan. – 23 Ogos, 2013.


P/s: Apa sudah jadi dengan segala macam bukti dan akuan bersumpah?

Boleh bikin filem!




Nenek Atuk Bergaduh Fasal RM36: Nenek Dakwa Dibuli 30 Tahun

Posted: 22 Aug 2013 06:45 PM PDT


Sabar dibuli 30 tahun

[HM] "Saya menahan sabar dipukul dan dibuli sejak 30 tahun lalu. Kali ini, saya terpaksa melawan," kata seorang wanita warga emas, Wong Yit Kwa, 66, yang menetak dan menyiram suaminya dengan minyak panas dalam kejadian tengah hari Selasa lalu.

Dalam kejadian itu, suami mangsa yang berusia 73 tahun cedera ditetak selain 80 peratus tubuhnya melecur selepas pasangan itu bergaduh di rumah mereka di Kampung Baru, di sini.

Wong yang ditemui wartawan semalam berkata, selama ini dia bersabar dengan sikap suaminya yang suka memukulnya setiap kali mereka bertengkar.

"Selama ini, saya tidak berani melawannya kerana dia garang dan kuat. Dia suka membuli saya kerana saya seorang wanita. Setiap kali dipukul, saya hanya mampu menjerit dan melarikan diri," katanya.

Dia yang luka di kepala akibat ditetak dengan parang oleh suaminya, mendakwa tidak menyesal apabila menyerang balas suaminya yang terlebih dulu menyerangnya dengan parang.

Berita awal di sini.


Tiada ulasan: