Jumaat, 2 Ogos 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Bayangkan Bayi 6.1 Kg Dilahirkan Secara NORMAL!!!!

Posted: 02 Aug 2013 12:10 AM PDT



[HM] Berlin: Seorang bayi mempunyai berat 6.1 kilogram (kg) dan berukuran 57.4 sentimeter dilahirkan di Jerman pada 26 Julai lalu.

Bayi sebesar itu biasa dilahirkan melalui pembedahan Caesarean, tetapi Jasleen dilahirkan secara normal.

Akhbar Der Spiegel melaporkan Jasleen dilahirkan di Hospital Universiti Leipzig dan ibu bayi itu berdepan masalah diabetes yang tidak dikesan.

Keadaan itu yang berlaku pada minggu ke-24 kehamilan boleh menyebabkan saiz bayi membesar lebih daripada biasa.

Walaupun kedua-dua ibu dan anak terbabit dalam keadaan baik, Jasleen masih berada di unit rawatan neonatal.

Dia kini secara rasminya menjadi bayi baru lahir terbesar di Jerman memecahkan rekod bayi lelaki bernama Jihad yang dilahirkan di Berlin pada 2011 dengan berat 5.8 kilogram.

Seorang ibu rakyat Britain melahirkan seorang bayi lelaki bernama George dengan berat 6.8kg pada Mac lalu.

George dilahirkan secara semula jadi dan menjadi bayi baru lahir kedua terbesar di Britain. 

Yang mengejutkan tiada siapa menyedari ibu George bakal mendapat anak yang besar.

"Dia adalah satu kejutan besar kepada saya.

"Secara jujur, saya tidak ingat langsung. Saya berasa sakit dan kemudian dia keluar. Saya hanya ingat saya meneran dengan kuat," katanya.

Menurut Buku Rekod Guiness, bayi baru lahir paling berat dilahirkan oleh wanita Kanada Anna Bates pada 1879.

Anak lelakinya mempunyai berat 10 kilogram ketika dilahirkan, tetapi meninggal 11 jam kemudian. - Agensi



Peniaga Emas Pula Kena TEMBAK

Posted: 01 Aug 2013 11:56 PM PDT


[Bernama] Seorang peniaga emas cedera terkena tembakan yang dilepaskan ke arahnya ketika kenderaan beliau berhenti di lampu isyarat Jalan Makmur, Pandan Indah, di ibu negara hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata dua lelaki yang menaiki motosikal Yamaha berwarna biru menghampiri kereta Toyota Camry yang dipandu peniaga itu pada pukul 8.45 pagi.

"Seorang daripada lelaki terbabit melepaskan tiga das tembakan ke arah peniaga emas itu menyebabkan Wong Foo Yui, 34, cedera di bahu," katanya kepada Bernama di ibu negara hari ini.

Beliau berkata dalam keadaan cedera, Wong memandu keretanya ke Balai Polis Pandan Indah, yang terletak kira-kira 500 meter dari tempat kejadian, untuk mendapatkan bantuan.

Amiruddin berkata Wong, yang berasal dari Jalan Klang Lama, kini dirawat di Hospital Ampang dan keadaannya dilapor stabil.

Kes tembak hari ini adalah yang keempat dalam tempoh lima hari minggu ini.

Isnin lepas, Pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi, 75, maut manakala isterinya, Chong Mei Kuen, 49, cedera parah ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di sini.

Pada 29 Julai juga seorang lelaki cedera parah di paha kanan selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat simpang empat Jalan Mengkuang, Bukit Mertajam di sini.

Rabu lepas pula, pemandu van kilang N Jeevandran, 26, ditemui mati dengan dua kesan tembakan di atas kiri perut dan bahagian kanan bawah pinggang di persimpangan Jalan Permai Utama, Parit Buntar, Perak.


Percepat Tarikh Kahwin, Anak Hanya Ada Beberapa Minggu untuk Hidup

Posted: 01 Aug 2013 11:41 PM PDT


[SH] SEORANG kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang hanya mempunyai masa beberapa minggu saja untuk hidup bakal menjadi pengapit kepada ibu bapanya yang bakal berkahwin hujung minggu ini.

Sean Stevenson dan Christine Swidorsky pada mulanya merancang untuk berkahwin tahun hadapan tetapi mereka memutuskan untuk mempercepatkan tarikh perkahwinan pada Sabtu ini supaya anak mereka, Logan yang mempunyai penyakit leukimia dan komplikasi penyakit lain dapat menyertai majlis perkahwinan itu.

"Kami mahu Logan masuk dalam potret keluarga kami dan mahu dia melihat ibu bapanya berkahwin," kata Swidorsky.

Logan menghidapi Fanconi anemia, penyakit yang jarang berlaku dan menyebabkan kanser.

Kanak-kanak malang ini disahkan menghidap leukimia mieloid akut seawal usia 14 bulan dan pernah membuat pemindahan sel stem tahun lalu.

Minggu lalu, pasangan itu dikejutkan apabila doktor mengesahkan anak lelaki mereka hanya mampu hidup dalam masa tiga minggu saja lagi.

"Saya bakal menghadapi saat yang paling sukar, iaitu mengebumikan anak saya.

"Saya tahu ia akan berlaku dan saya tidak mampu untuk membuat apa-apa lagi," kata Stevenson.

Swidorsky berkata, majlis perkahwinan mereka bakal dihadiri 100 orang tetamu sahaja.


P/s: Sedih!!!!


Anjing Baham Buah Zakar Tuannya

Posted: 01 Aug 2013 07:19 PM PDT



[HM] Little Rock (Arkansas): Biasanya tidak ramai yang dapat membayangkan anjing boleh menjadi musuh yang paling menakutkan sehinggalah keadaan sudah terlewat.

Nasib malang itu menimpa seorang lelaki lumpuh beberapa hari lalu.

Media semalam melaporkan lelaki terbabit tinggal di Trumann, Arkansas dan baru saja membela seekor anjing tanpa tuan dengan harapan dapat menjadi temannya.

Bagaimanapun anjing itu terpaksa dibunuh selepas ia membaham hingga putus satu daripada buah zakar lelaki terbabit ketika mangsa tidur pagi kelmarin.

Polis berkata, lelaki itu lumpuh dari paras pinggang ke bawah menyebabkan dia tidak rasa sakit di bahagian berkenaan.

Sejurus kemudian, kata sumber polis, lelaki terbabit terjaga daripada tidur dan berasa seperti "terbakar" pada kemaluannya.

"Dia terkejut apabila mendapati anjing yang baru tiga minggu dipelihara itu berada di celah kangkangnya dengan kesan darah di kaki dan mulut," katanya.

Mangsa yang berusia 39 tahun itu mengaku tidur berbogel. - Agensi


[Gambar] Angkut Kereta Guna Beca

Posted: 01 Aug 2013 06:25 PM PDT



[HM] Beijing: Seorang pemilik beca di utara China mengejutkan pengguna jalan raya apabila mengayuh kenderaan itu dengan membawa sebuah kereta di atasnya.

Kereta Honda Accord yang remuk dengan berat melebihi 1.5 tan diimbangkan dan diikat di bahagian penumpang.

Pembawa beca itu hanya mengayuh becanya untuk membawa kenderaan berkenaan di sepanjang jalan raya di Shijiazhuang, wilayah Hebei. - Agensi

Tiada ulasan: