DUNIACACAMARBA |
- Nazri Aziz Lantik ANAK Sendiri Jadi Pegawai Khas?
- Air Mangkuk Tandas Pun Dikatakan Boleh Diminum Jika Guna...
- Polis Buru Lelaki Pukul Isteri di dalam Lif, Puncanya....
- [Gambar] Budak 10 Tahun Melancap di depan PC, Kalau 11 Tahun...?
- Wanita Cuba Diculik di Tempat Awam Pada Siang Hari
- Lelaki Potong Buah Zakar Sendiri Selepas Bergaduh dengan Isteri
- Ibu Tunggal Nyaris Maut Ditembak Penjenayah
- Tengah Bersolat Pun Kena Ragut!
- Nama "Muhammad" Paling Popular di Britain
Nazri Aziz Lantik ANAK Sendiri Jadi Pegawai Khas? Posted: 14 Aug 2013 07:00 AM PDT Paparan di atas TM ambil dari blog pro-UMNO yang mendakwa disalin dari laman rasmi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, rujuk di sini. Pada paparan itu, jelas tertera nama anak Menteri kementerian berkenaan, Nedim bin Nazri Aziz dilantik sebagai Pegawai Khas. Apa rasionalnya anak sendiri yang kaya raya dilantik sebagai Pegawai Khas kementerian? Macam-macam persoalan boleh dibangkitkan!!! Lanjut anda baca di sini. | ||
Air Mangkuk Tandas Pun Dikatakan Boleh Diminum Jika Guna... Posted: 14 Aug 2013 05:00 AM PDT
[HM] New York: Dahaga mungkin bukan lagi masalah kepada sesiapa dengan penciptaan sejenis penyedut minuman mudah alih yang membolehkan seseorang minum daripada sumber apa saja, termasuk dari mangkuk tandas. Dikenali sebagai LifeStraw alat sepanjang 22 sentimeter itu kini boleh dibeli secara dalam talian melalui Firefox asalnya direka pengilang Denmark pada 2005 dan menjadi penyelesaian kepada masalah air minuman yang tidak selamat di dunia ketiga. Pada tahun itu, ia dinamakan sebagai Penciptaan Terbaik 2005 oleh majalah Time dan Penciptaan Terbaik Abad ini oleh Gizmag. Pada 2006, ia diiktiraf oleh New York Times sebagai "pembersih air yang dapat menyelamatkan nyawa". Majalah Forbes menggelarnya sebagai "satu daripada 10 benda yang akan mengubah cara kehidupan kita." Kuasa paip pembersihan penyedut berkenaan mampu menyingkirkan sebanyak 99.9999 peratus bakteria dalam air, selain parasit lain termasuk e-coli, kampilobakter, jangkitan kolera, pseudomonas aeruginosa, shigella dan salmonella yang menyebabkan demam kepialu. Ia juga boleh digunakan untuk menapis sehingga 1,000 liter air. - Agensi | ||
Polis Buru Lelaki Pukul Isteri di dalam Lif, Puncanya.... Posted: 14 Aug 2013 01:51 AM PDT [SH] GEORGETOWN - Rakaman video seorang isteri dibelasah suaminya yang tersebar di laman Youtube sejak semalam kini sedang disiasat pihak polis. Rakaman berdurasi 2 minit 20 saat itu bukan sahaja memaparkan aksi seorang isteri dipukul bertubi-tubi oleh suaminya malah turut diterajang lelaki terbabit di hadapan dua anak mereka di dalam lif. Sinar Harian difahamkan, kejadian berlaku di lif sebuah hospital di Bandar Perda, Bukit Mertajam, kira-kira jam 4 petang, 12 Julai lalu. Kejadian dikatakan berpunca akibat salah seorang anak mangsa enggan mengikut bapanya pulang. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, polis sudah menerima laporan daripada mangsa berusia 36 tahun pada hari kejadian dan sedang memburu lelaki berkenaan. Mazlan berkata, lelaki berusia 36 tahun itu adalah seorang penjawat awam dan bertugas di Jerantut, Pahang. "Polis ke pejabatnya di Pahang pagi tadi, namun lelaki itu dimaklumkan tidak hadir bekerja. "Tindakan suami itu keterlaluan kerana memukul isteri di hadapan anak yang baru berusia empat dan lima tahun," katanya pada sidang media di sini, hari ini. Menurutnya, akibat kejadian itu, mangsa mengalami lebam di pipi, bengkak kepala dan sakit di bahagian pergelangan tangan. Mazlan berkata, polis sudah mendapatkan perintah perlindungan sementara (IPO) untuk menghentikan perbuatan suaminya dan memberi perlindungan kepada mangsa. "Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali," katanya. Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran. P/s: Lahanat! Respons dan maklumat lain di FB adik mangsa di sini. | ||
[Gambar] Budak 10 Tahun Melancap di depan PC, Kalau 11 Tahun...? Posted: 13 Aug 2013 11:00 PM PDT [NescafeAis] Ini yang berlaku pada hari raya pertama. Sedang kita semua sibuk menyambut hari raya, lain pula ceritanya dua beradik yang sedang asyik melayari internet disebuah cybercafe di sekitar Kuala Lumpur. Berpakaian lengkap baju melayu dan sampin, tanpa segan silu dua beradik ini melayari laman sesawang lucah untuk melepaskan nafsu tanpa menyedari aksi mereka sedang dirakamkan oleh CCTV di cybercafe tersebut. Namun niat untuk melepaskan nafsu seksnya itu terhalang apabila pekerja cybercafe tersebut menyedari ada sesuatu yang tidak kena. Beliau mendapati kanak-kanak tersebut sedang asyik melayari laman lucah dan bertindak memarahi kanak-kanak tersebut. Kelakuan adik ini benar-benar mengejutkan kami, bayangkan pada usia seawal 10 tahun kanak-kanak ini sudah mahir melayari laman sesawang lucah dan melakukan onani di khalayak ramai tanpa sebarang perasaan malu. Nak salahkan siapa bila perkara seperti ini berlaku? adakah salah ibu bapa yang kurang memberi perhatian kepada anak-anak mereka? atau kebebasan mengunakan internet di Malaysia yang menyebabkan perkara seperti ini terjadi? Apapun kami harap pihak yang bertanggungjawap dapat memantau perkara seperti ini demi memastikan generasi muda sekarang tidak tercemar dengan perkara yang negatif. P/s: Gila!!! | ||
Wanita Cuba Diculik di Tempat Awam Pada Siang Hari Posted: 13 Aug 2013 10:15 PM PDT [HM] PETALING JAYA: Berjalan di sepanjang jalan utama di Bangsar pada waktu siang hari, adalah perkara terakhir yang dijangka Tina (nama ditukar) adalah ditarik dari arah belakang dengan pisau yang dihunus pada lehernya. Penasihat undang-undang berusia 28 tahun yang trauma itu berkata, dia menghampiri persimpangan lampu isyarat Jalan Maarof lampu berhampiran dengan Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq apabila dia diserang pada pukul 6 petang Jumaat lalu. "Saya dapat merasakan pisau walaupun saya tidak dapat melihatnya di bawah kolar saya. Saya bergelut dengannya menggunakan kedua-dua tangan dan menjerit kepadanya," katanya, sambil menambah bahawa penyerang itu yang kelihatan warga asing, menggunakan kereta Toyota Vios warna kelabu. Kesnya, yang digambarkan sebagai satu cubaan menculik, telah disiarkan di laman Facebook "Malaysian Crime Awareness Campaign" (Kempen Kesedaran Jenayah Malaysia) dan dikongsi 531 kali pada pukul 6 petang Selasa. Beliau berkata, penyerang itu tidak cuba untuk meragut telefon bimbit atau beg tangan dan dia bersama rakannya telah membuat pusingan-U secara haram dan memecut ke arah pusat bandar selepas cubaan culik gagal. Tina yang masih berasa terkejut berkata, tiada siapa yang benar-benar cuba untuk membantunya walaupun beberapa kereta berhenti ketika lampu merah. Satu pasangan dalam kereta Toyota Alphard hitam akhirnya datang membantu dan membawanya ke Hospital Pantai Kuala Lumpur, serta memanggil polis untuk merekodkan kenyataannya di sana. Mereka memberitahu bahawa mereka telah membuat pusingan-U selepas mengesan kejadian itu dari seberang jalan. "Apabila saya bertanya kepada polis untuk memeriksa rakaman CCTV mengenai kereta itu, saya telah dimaklumkan CCTV berkenaan adalah di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan ia tidak bekrfungsi," katanya, sambil menambah bahawa kes itu kini sedang disiasat oleh seorang pegawai Jabatan Siasatan Jenayah. Pengasas Malaysian Crime Awareness Campaign, Mark yang hanya mahu dikenali dengan nama pertamanya, berkata terdapat lebih daripada 40,000 pengikut di laman sosial itu. Ahli perniagaan yang berusia 39 tahun itu berkata, pasukannya akan mengesahkan kejadian jenayah yang didengar mereka, termasuk memeriksa laporan polis dan bercakap dengan sumber cerita berkenaan, sebelum berkongsi pada halaman Facebook itu. - 14/8/13 | ||
Lelaki Potong Buah Zakar Sendiri Selepas Bergaduh dengan Isteri Posted: 13 Aug 2013 08:20 PM PDT [HM] Suzhou: Seorang lelaki dimasukkan ke sebuah hospital di sini baru-baru ini tanpa satu buah zakarnya Akhbar Morning Express melaporkan, lelaki itu memotong sendiri buah zakarnya selepas bergaduh dengan isterinya. Menurut akhbar itu, lelaki berkenaan, Tang, 38, berasal dari utara China tetapi bekerja sebagai juruelektrik di Suzhou. Pendapatan sebanyak 2,000 yuan (|RM1,063) sebulan tidak cukup untuk dia menyara isteri dan dua anak. Kerana terlalu bosan hidup di rumah sewa, si isteri dilapor mengancam akan mengadakan seks dengan suaminya setahun sekali saja kecuali dia membelikannya sebuah rumah. Pada 2 Ogos lalu, selepas satu pertengkaran, Tan mengambil pisau cukur dan memotong satu daripada buah zakarnya. Sumber hospital berkata lelaki itu kini stabil. Ia bagaimanapun tidak menjelaskan mengenai kemampuan Tang untuk melakukan seks pada masa depan. - Agensi | ||
Ibu Tunggal Nyaris Maut Ditembak Penjenayah Posted: 13 Aug 2013 07:42 PM PDT [HM] Kuantan: Tindakan seorang ibu tunggal anak empat memberhentikan kenderaannya bersebelahan stesen minyak di Jalan Haji Ahmad di sini untuk menghubungi bekas suami di Putrajaya nyaris meragut nyawanya apabila ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki, awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 4 pagi, mangsa yang juga ahli perniagaan Ruzelawati Basri, 35, bagaimanapun terselamat daripada maut berikutan tindakan pantasnya memecut kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard miliknya sebaik ternampak suspek yang tiba-tiba mengetuk cermin bahagian pemandu dan mengeluarkan pistol. Difahamkan, mangsa yang baru berpisah dua bulan lalu keluar dari rumahnya di Lorong Sekilau di sini, ke stesen minyak berkenaan untuk mengisi petrol sebelum meneruskan perjalanan, namun memberhentikan kenderaannya seketika untuk menelefon bekas suami. Ketika itu, tanpa disedari mangsa, seorang lelaki tiba-tiba mengetuk cermin kereta bahagian pemandu sambil menunjukkan isyarat memintanya keluar dari kenderaan berkenaan. Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, mangsa terus memecut kenderaannya sebaik ternampak suspek memegang sepucuk pistol. P/s: Gila meriah jenayah tembak-menembak di Malaysia!!!! Kes Samun: Wanita Nyaris Terkena Tembakan [Bernama] Seorang wanita nyaris terkena tembakan yang dilepaskan seorang lelaki tidak dikenali dipercayai penyamun dalam satu kejadian awal hari ini di Jalan Haji Ahmad di Kuantan. Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata dalam kejadian 4 pagi, Ruzelawati Basri, 35, ibu tunggal empat anak, baru sahaja keluar dari rumahnya di Taman Mirama di sini secara berseorangan memandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard. Katanya selepas mengisi minyak di sebuah stesen, mangsa memberhentikan kenderaannya di hadapan sebuah restoran di Jalan Haji Ahmad dan membuat panggilan telefon kepada bekas suaminya di Putrajaya sebelum didatangi sebuah kereta berwarna biru gelap dan seorang lelaki kemudian keluar dari kenderaan itu. Beliau berkata menurut mangsa, lelaki tersebut memegang sepucuk pistol dan mengetuk cermin kereta dan mengarahkannya membuka pintu serta keluar dari keretanya. "Mangsa yang terkejut terus memecut kenderaannya dan terdengar bunyi cermin keretanya pecah tetapi tidak mendengar bunyi seperti letupan," katanya kepada pemberita di Kuantan hari ini. Mohd Jasmani berkata mangsa yang beralamat di Precint 9, Putrajaya dan menjalankan perniagaan kedai cermin mata di Kuantan itu terus memecut kenderaannya dan berhenti berhampiran sebuah restoran di Jalan Haji Ahmad yang jaraknya 200 meter dari tempat kejadian setelah mendapati lelaki itu tidak mengejarnya. "Siasatan awal polis mendapati terdapat satu das tembakan dilepaskan di cermin pemandu dan dipercayai hinggap di rangka kiri pintu hadapan MPV tersebut dan motif kejadian dipercayai cubaan menyamun," katanya. Beliau berkata mangsa mengalami luka kecil di bahagian mata kanan dipercayai akibat serpihan kaca dan dia dibantu orang awam yang berada di restoran itu. Mohd Jasmani berkata orang awam kemudian menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian itu dan mangsa dibawa polis untuk mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan. -13/8/13 | ||
Tengah Bersolat Pun Kena Ragut! Posted: 13 Aug 2013 06:57 PM PDT
[SH] KUALA TERENGGANU - Sebelum ini, kita hanya mendengar duit tabung masjid dicuri, beg tangan dan barang berharga milik jemaah dilarikan ketika sedang solat, tetapi kejadian berbeza dialami seorang jemaah wanita di sebuah masjid di Chendering, di sini. Dalam kejadian Sabtu lalu, kira-kira jam 8.40 malam, ibu empat anak itu nyaris menjadi mangsa ragut oleh penjenayah yang menutup muka dengan tuala ketika sedang menunaikan solat Isyak berjemaah di masjid berkenaan. Menurutnya yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Ani, 52, ketika kejadian, dia bersama tujuh lagi jemaah wanita sedang bersolat di ruang solat tingkat bawah, manakala jemaah lelaki di ruang solat tingkat atas masjid. "Disebabkan jemaah tidak ramai, jadi kami hanya membuat satu saf sahaja dan saya mengambil tempat di kedudukan paling tengah. "Semasa kejadian, imam sedang membaca surah al-Fatihah untuk rakaat kedua. Ketika sedang khusyuk itu, tiba-tiba bahu saya sebelah kiri dicengkam dengan kuat sebelum leher diraba oleh penjenayah yang muncul dari arah belakang," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Permint Jaya, Chendering, di sini, semalam. Kak Ani berkata, terkejut dengan situasi itu, dia terus memalingkan muka dan mendapati seorang lelaki bertubuh sasa yang menutup muka dengan sehelai tuala berdiri di belakangnya. "Saya menjerit sekuat hati kerana terkejut dan disebabkan jeritan saya itu, semua jemaah wanita terpaksa memberhentikan solat untuk membantu. "Malah dua daripada mereka bertindak berani cuba mengejar penjenayah terbabit tetapi gagal," katanya. Jelasnya lagi, penjenayah yang mengenakan baju T dan berseluar jeans itu mungkin bukan sahaja berhasrat hendak meragut rantai leher dipakainya, tetapi turut mempunyai niat mengambil kesempatan untuk mencabul. "Ini kerana, ketika dia mencengkam bahu, perbuatan awalnya lebih kepada meraba dada sebelum bertindak menarik rantai di leher. "Tetapi apa yang saya musykilkan, bagaimana penjenayah itu tahu saya memakai rantai sedangkan semasa pergi ke masjid, saya terus memakai telekung sembahyang dan sememangnya tidak akan nampak barang kemas dipakai," katanya. Menurutnya lagi, walaupun insiden itu sudah berlalu beberapa hari, namun dia masih trauma. "Setiap kali hendak solat, saya merasakan seperti ada orang di belakang walaupun hanya solat di rumah. "Selepas kejadian, saya masih tidak berani ke masjid dan in sya Allah, selepas semangat saya pulih dalam beberapa hari nanti, saya pasti akan menjadi salah seorang jemaah di masjid itu lagi," katanya. P/s: Gila selamat di negara paling selamat di Asia Tenggara! | ||
Nama "Muhammad" Paling Popular di Britain Posted: 13 Aug 2013 06:49 PM PDT |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan