Jumaat, 30 Ogos 2013

dollah yankee

dollah yankee


Roh Tunku sedang menangis...

Posted: 30 Aug 2013 05:06 PM PDT


Malaysia ni dah macam kena sumpah daa..berulangkali diperintah olih diktator yang gilakan mercu tanda dan projek-projek mega.

Dr.Mahathir yang dah berambus telah meninggalkan KLCC,KLIA,Stadium Bukit Jalil. Pak Lah zzz..pula tinggalkan 24 kilometer jambatan ke-2 Pulau Pinang.

Sekarang Najib pula... Tak cukup dia tinggalkan projek 'Altantunya', sekarang dia mahu dan mengerahkan pembayar cukai untuk membiayai projek menara warisan 100 tingkat untuk orang ingatkan akan pemerintahan dia dan Rosmah.

Stadium Merdeka serta pohon merdeka yang ditanam olih Tunku pada 31 ogos 1957 ... memori yang disimpan disitu tidak boleh bertukar ganti melainkan Malaysia di jajah semula olih satu kuasa asing dan kuasa asing ini mahu menghapuskan ingatan rakyat terhadap sejarah tanah air.

Roh tunku dibawah sana sedang menangis dan meronta-ronta disebabkan Najib, barisan kabinet serta pemimpin-pemimpin umno telah sepakat mahu melenyapkan legasi Tunku Abdul Rahman sempena sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-56.

Sekali lagi sistem kronisma diperbesarkan.

Seperti biasa kontrak pembinaan ini akan diberikan kepada kroni-kroni. Spekulasi bertebar mengatakan beberapa nama yang rapat dengan Najib dan Rosmah seperti Jhow Low, George Kent dan beberapa nama lagi bakal mendapat surat watikah pembinaan ini.

Bersama kroni untuk projek ini ada lah malapetaka kepada rakyat bawahan macam gurkah-gurkah di'port'. Kos hidup akan melambung akibat cukai baru yang akan dikenakan bagi memungut wang untuk membiayai projek ini.

Ini lah sumpahan kepada gurkah-gurkah di'port' dan juga rakyat yang di bawahan kerana telah mengekalkan BN.

dollah yankee -
Ini juga bukan lah projek terakhir Najib, ada lagi tiga,empat projek mega sedang menunggu.

Tiada ulasan: