dollah yankee |
Posted: 29 Aug 2013 05:50 PM PDT Selepas lima pembunuh upahan dari geng 04 ditembak mati polis baru-baru ini, geng 04 ini sudah jadi popular. Lebih popular dari geng 3 line. 'Rating' mereka naik tinggi. Apa macam? Tak teringin nak jadi gangster? Nak jadi? Di Malaysia ni sesiapa saja yang nak 'join' kongsi gelap rasanya tak susah dan tak ada masalah langsung kecuali yang ada rupa paras 'jambu' agak susah sikit laa..kalau muka macam 'pecah rumah' itu ada kelebihan, kalau orang muda lagi senang...tapi kalau tua dan rambut pula dah warna putih..payah sikit laa... Kah..Kah..Kah.. Kongsi gelap ni pun juga macam persatuan-persatuan yang ada di sekolah-sekolah yang sentiasa mencari dan menerima ahli-ahli baru, kongsi gelap juga sentiasa menerima ahli-ahli baru,mereka juga aktif dalam mem'promosi kumpulan mereka, mereka juga melatih ahli-ahli baru mereka macam mana kongsi gelap cari duit dan organisasi mereka pun nampak cukup tersusun. Macam mana persatuan atau kelab-kelab yang ada disekolah-sekolah yang sering mencari ahli-ahli baru, macam tu juga lah dengan kongsi gelap2 ini. Bagi sesetangah budak-budak sekolah(banyak budak-budak sekolah cina/hindu), menjadi ahli-ahli kongsi gelap ini didapati lebih menarik daripada menjadi ahli kelab bulan sabit atau kadet kelab bomba/tentera/polis sebab kalau jadi ahli kelab-kelab bomba/tentera/polis mereka semua terpaksa berkawad di tengah panas yang 'lit-lit', kena belajar macam mana nak buat pertolongan cemas, kena belajar cara nak gulung paip bomba, nasib tak baik kena bawa tin sana sini minta Kalau jadi ahli kongsi gelap rasanya lebih relak, yang penting buat muka ganas dan 'brutal', lukis sikit tattoo cap naga atau burung helang kat lengan. Bila dapat duit 'protection' boleh bersuka ria di kelab-kelab malam. Nak dapat duit pula bukan susah pun, cari mana-mana tokey kedai tanya saja "kita orang jaga sini tempat,kita boleh jaga sama lu. Lu mau kasi tak mau kasi?!!". P/S: Ada seorang anak jiran umur 12 tahun yang baru pindah pernah tanya..."macam nak jadi 3 line?" dollah yankee - ada lagi satu geng cukup dasyat punya.. 'mister 003',boleh jumpa banyak di lorong garu...Kah..Kah..Kah.. |
Posted: 29 Aug 2013 03:28 AM PDT Gurkah-gurkah di'port' kurang pasti sama ada ops PATI ini bertujuan untuk hantar pulang ke Negara asal atau untuk meng'halal'kan yang haram. Bila dah 'halal' boleh lah pilih nak 'alamat'kan kad pengenalan atau i/c mereka dimana. Sama ada di Pulau Pinang atau di Selangor atau di Kelantan. Ada sahabat dan rakan dari Sabah pula berkata ops begini kalau di sini tak pernah berjaya sebab setiap rumah-rumah setinggan PATI ini akan berkibar dengan bendera BN dan bendera UMNO. Tak tau lah sama ada bendera-bendera itu sebagai 'tangkal' yang telah di jampi. Pun tidak tahu sama ada ini adalah lakonan bermusim dari pak menteri, atau sebab KDN baru dapat menteri yang baru dan pak menteri ini baru beli 'penyapu baru'. Operasi pendatang haram besar-besaran lepas raya Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melancarkan operasi bersepadu secara besar-besaran selepas Hari Raya Aidilfitri ini bagi mengesan dan menahan pendatang tanpa izin di negara ini. Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata operasi melibatkan polis, Jabatan Imigresen dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) itu akan meliputi kawasan perniagaan, perladangan, kilang dan kawasan pembinaan di seluruh negara. Gurkah-gurkah di'port' ini tak pernah nak percaya dekat menteri sekoq ni sejak dia jadi chairman sebuah GLC dulu... yang di atas pun tak buat lagi, dia dok kalut yang di bawah ini pulak ... Kad pengenalan khas pekerja asingPUTRAJAYA 22 Ogos - Kerajaan memperkenalkan kad pengenalan khas untuk 1.4 juta pekerja Bangladesh yang dijangka dibawa masuk secara berperingkat ke negara ini menjelang awal tahun depan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kad pengenalan baharu itu akan dilengkapi teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), biometrik, fungsi kad debit dan kad simpan nilai (seperti Touch & Go). Kita menyasarkan 2,000 pekerja Bangladesh dibawa masuk setiap minggu atau 8,000 orang dibawa masuk setiap bulan.Selain itu, kita juga sedang memutihkan kira-kira 64,000 pekerja Bangladesh sedia ada di negara ini," katanya. dollah yankee - Kami cuma nak gelak..Kah..Kah..Kah.. |
You are subscribed to email updates from dollah yankee To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan