DIALOG RAKYAT |
- Wan Ahmad kena RM5000
- Kemiskinan punca pelajar Penan tercicir
- MT Umno: MB tidak dilantik secara automatik
- Tanding MKT: Dua lagi umum bertanding
- Suruhanjaya siasat PRU13 Sgor bermula Oktober
- Peniaga telefon bimbit cedera parah ditembak di dalam rumahnya - Bernama
- Peneroka Felda usah terperangkap ajaran Syiah - Bernama
- Kekuatan Najib Hanya Ada Pada Penipuan, Politik Wang & Pendatang Asing
- Tidak Tahu Motif Kejadian – Ahli Perniagaan Yang Keretanya Meletup
- PRU13: Selangor akui media bantu kemenangan
- Rafizi: Kami akan terus tekan SPR, kerajaan
- Kulasegaran: Adakah menteri pelajaran tidak berhati perut?
- Dakwat kekal Jadi bahan gurauan menjelang hari raya
- Perkasa bukan model perjuangan Melayu, kata Pak Lah
- Pak Lah: Malaysia akan bankrup jika saya dengar kata Dr Mahathir
- Makmal kaji jenayah serius diwujudkan lepas raya
- Tips untuk pemandu wanita sebelum balik raya
- Bajet 2014: Kumpulan fokus wakil negeri diwujudkan
- Malaysia kehilangan bakat besar kerana dominasi kaum, kata Kuan Yew
- Liow: NGO Cina masih harap MCA sertai kabinet
- Ingat Ini Harta Ahmad Albab Yang Punya
Posted: 07 Aug 2013 04:32 AM PDT Oleh eleh Permohonan Datuk Wan Ahmad, Timbalan Pengerusi SPR untuk membatalkan pernyataan pembelaan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan SU Agung Pas, Datuk Mustafa Ali gagal. Mahkamah telah menolak permohonan Wan Ahmad dengan kos RM5,000 dan menetapkan pengurusan kes itu pada 25 September depan dan perbicaraan didengar pada 21 dan 22 November depan. Wan Ahmad telah memfailkan saman terhadap Mohamad Sabu; Mustafa Ali; pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran ENT Sdn. Bhd.; Ketua Pengarang, Ahmad Lutfi Othman dan penulis artikel, Aziz Muda masing-masing sebagai pihak defendan. Artikel yang menyebabkan Wan Ahmad naik angin adalah Wan Ahmad tak boleh dipercayai [memang pon!!] dan Ragu peranan SPR – Wan Ahmad Omar mesti letak jawatan yang disiarkan dalam Harakah edisi 1 hingga 3 Februari 2013. | ||
Kemiskinan punca pelajar Penan tercicir Posted: 07 Aug 2013 04:25 AM PDT Disebabkan kesempitan hidup dan tidak cukup belanja mereka terpaksa belajar separuh jalan dan tidak dapat meneruskan pendidikan ke universiti. BARAM: Masyarakat Penan Ulu Baram menggesa kerajaan mencari alternatif terbaik bagi mengatasi masalah kaum minoriti itu yang kebanyakannya 'separuh jalan' dalam pendidikan disebabkan masalah kesempitan hidup. Ketua Kampung Long Jekitan, Daud Suk, 45 tahun, berkata, disebabkan jauhnya mereka di kawasan pedalaman, kos pengangkutan yang tinggi serta tidak dapat menyesuaikan diri dalam suasana hidup di bandar juga antara faktor mengapa ramai remaja Penan yang layak tetapi tidak dapat meneruskan pendidikan ke tahap lebih tinggi seperti ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT). "Pada masa ini, terdapat enam remaja Penan dari Long Jekitan ini yang pandai (layak) masuk ke universiti, tetapi disebabkan kesempitan hidup dan tidak cukup belanja mereka terpaksa belajar separuh jalan dan tidak dapat meneruskan pendidikan ke universiti," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap mengalu-alukan rombongan Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang yang merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan melancarkan Pusat Khidmat Komuniti Penan di Long Jekitan di sini. Tidak mampu Mengulas lanjut berkenaan situasi berkenaan, Daud memberitahu, ramai juga anak-anak kaum Penan yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Jekitan, tetapi apabila tamat tahun enam, tidak meneruskan pendidikan kerana ibu bapa mereka tidak mampu menanggung kos menghantar anak-anak mereka bersekolah di sekolah menengah di Marudi atau sekolah menengah terdekat. Jelasnya, seperti di SK Long Jekitan, terdapat 222 orang pelajar yang menuntut di sekolah rendah tersebut pada masa ini, tetapi tidak mustahil hampir 50 peratus daripadanya tidak dapat melanjutkan pendidikan ke peringkat sekolah menengah. Akibatnya, ramai yang berkahwin awal dan hanya tinggal di kampung sebagai suri rumah tangga sepenuh masa sedangkan kalau mereka mendapat pendidikan yang sepatutnya mereka boleh berjasa kepada bangsa dan negara. "Ini amat membimbangkan memandangkan usaha kerajaan untuk membangunkan masyarakat Penan mungkin boleh terjejas jika sekiranya anak-anak Penan terus ketinggalan dalam pelajaran," katanya. Manakala, bagi masyarakat Penan itu sendiri, tegasnya mereka hendak sentiasa menggalakan anak-anak mereka untuk belajar. Berusaha sendiri "Kalau boleh jangan kita terlampau mengharapkan bantuan daripada kerajaan, sebaliknya berusaha sendiri setakat yang mampu dalam menghantar anak-anak ke sekolah. "Beri dorongan kepada anak-anak untuk belajar, dan janganlah kita ganggu pelajaran anak-anak," katanya. Mengenai SK Long Jekitan, beliau juga turut melahirkan rasa sedih kerana setakat ini peratus kehadiran pelajar ke dalam kelas amat tidak memberansangkan. "Saya diberitahu guru-guru, kehadiran pelajar ke dalam kelas hanya sekitar 60 peratus sahaja, ini amat tidak memuaskan, jadi saya harap ibu bapa agar menggesa anak-anak mereka supaya jangan ponteng atau jangan ganggu anak-anak ketika sedang belajar," katanya. Ketika ini, SK Long Jekitan yang terletak kira-kira 350 kilometer dari Miri hanya boleh dihubungi dengan menggunakan jalan pembalakan dan jalan sungai. Disebabkan kesempitan hidup, hanya segelintir penduduk di sana yang memiliki kenderaan pacuan empat roda sebagai pengangkutan untuk keluar ke bandar. Bagi mereka yang kurang berkemampuan terpaksa menumpang dengan kenderaan orang lain dengan kadar tambang yang agak mahal atau terpaksa menunggu kenderaan kem pembalakan yang kebiasaannya tidak mengenakan sebarang bayaran. | ||
MT Umno: MB tidak dilantik secara automatik Posted: 07 Aug 2013 04:23 AM PDT Diharap ahli Umno tidak keliru kerana Menteri Besar atau Ketua Menteri tidak dilantik secara automatik sebagai ahli majlis tertinggi Umno. SEREMBAN: Menteri Besar atau Ketua Menteri tidak dilantik secara automatik dalam ahli majlis tertinggi Umno, kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan. Katanya, mereka kena bertanding jika mahu bersuara dalam majlis tertinggi Umno. "Tidak betul fakta itu. Saya sekarang bukannya ahli majlis tertinggi Umno. Cuma sebagai turut hadir sahaja," kata beliau mengulas kenyataan ahli majlis tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah dalam FMT yang mengatakan semua Menteri Besar tak perlu bertanding jawatan tersebut kerana mereka akan dilantik secara automatik. Menurut Saifudin, mereka tak perlu bertanding kerana selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri mereka akan dilantik dalam majlis tertinggi. Mohamad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan berharap ahli Umno tidak keliru dengan kenyataan tersebut kerana Menteri Besar atau Ketua Menteri tidak dilantik secara automatik sebagai ahli majlis tertinggi Umno. Katanya, sebagai turut hadir, beliau tidak boleh bercakap melainkan dengan izin presiden dan tidak boleh mengundi. "Saya dijemput sebagai turut hadir sahaja," katanya lagi dan enggan menjawab soalan sama ada beliau akan turut bertanding jawatan ahli majlis tertinggi Umno pada 5 Oktober ini. Selain daripada Mohamad Hassan, empat orang Menteri Besar lain yang turut hadir dalam mesyuarat majlis tertinggi Umno ialah Datuk Seri Ahmad Said (Terengganu), Datuk Khalid Nordin (Johor), Datuk Mukriz Mahathir (Kedah) dan Azlan Man (Perlis). Turut baca: MB disaran tidak bertanding ahli majlis tertinggi Umno | ||
Tanding MKT: Dua lagi umum bertanding Posted: 07 Aug 2013 04:17 AM PDT Hasan Malek merasakan jawatannya sebagai menteri yang menjaga kepentingan pengguna dilihat mampu memberikan kelebihan kepadanya untuk memberi perkhidmatan berkesan kepada parti. PETALING JAYA: Dua orang lagi pemimpin Umno mengumumkan akan bertanding jawatan ahli majlis tertinggi Umno pada 5 Oktober ini. Mereka ialah bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Puad Zakarshi yang akan mempertahankan jawatan dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek yang akan bertanding buat kali pertama. Dr Puad yang kalah mempertahankan kerusi parlimen Batu Pahat pada pilihanraya umum Mei lalu berkata beliau mahu terus memberi sumbangan kepada parti. "Walaupun saya tiada jawatan dalam kerajaan, ini tidak bermakna saya tidak boleh beri sumbangan idea dalam Majlis Tertinggi Umno," katanya. Sementara itu Hasan Malek merasakan jawatannya sebagai menteri yang menjaga kepentingan pengguna dilihat mampu memberikan kelebihan kepadanya untuk memberi perkhidmatan berkesan kepada parti. "Saya mahu menyumbang sesuatu di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi, khususnya melibatkan kepentingan ramai, " kata beliau. Beliau baru-baru ini dikecam orang ramai apabila beliau berkata jangan makan ayam bila harga ayam naik bulan lepas. Sehingga ini seramai enam orang sudah mengumumkan mahu bertanding jawatan ahli majlis tertinggi Umno iaitu selain Dr Puad dan Hasan Malek ialah Datuk Seri Mustapha Mohamed, Tan Sri Annuar Musa, Tan Sri Zulhasnan Rafique dan Datuk Raja Nong Chik Raja Ishak. | ||
Suruhanjaya siasat PRU13 Sgor bermula Oktober Posted: 07 Aug 2013 04:15 AM PDT Pihaknya kini sudah mengenal pasti beberapa tokoh akademik dan profesional yang akan dilantik sebagai anggota panel suruhanjaya tersebut. PETALING JAYA: Selangor akan mula menjalankan siasatan terhadap kepincangan proses Pilihan Raya Umum (PRU) negeri itu melalui satu suruhanjaya khas bermula Oktober depan. Timbalan Speaker Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya akan membentangkan garis panduan dan terma rujukan bidang kuasa suruhanjaya tersebut agar tidak bercanggah dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 atau mana-mana kuasa mahkamah. Beliau yang juga penyelaras sekretariat berkata, pihaknya kini sudah mengenal pasti beberapa tokoh akademik dan profesional yang akan dilantik sebagai anggota panel suruhanjaya tersebut "Mereka terdiri daripada tokoh yang dihormati termasuk bekas pegawai kerajaan dan bekas hakim," katanya kepada FMT. Katanya, selepas proses lantikan anggota selesai, suruhanjaya ini akan memulakan prosedur memanggil saksi berkaitan termasuk individu dan beberapa agensi kerajaan sehingga dijangka selesai pada hujung tahun ini. "Suruhanjaya mempunyai kuasa untuk memanggil mana-mana individu hadir memberikan keterangan dan boleh dihadapkan ke mahkamah jika engkar," katanya. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Jun lalu mengumumkan penubuhan Suruhanjaya itu akan menyiasat dakwaan penipuan dan pelanggaran peraturan pilihan raya di negeri itu semasa PRU13 Mei lalu. Menurut Khalid, kerajaan Selangor berpendirian bahawa penyelewengan pilihan raya adalah kesalahan serius yang boleh merosakkan sistem demokrasi negara ini dan amat penting untuk kerajaan negeri menyiasat dakwaan itu bermula dari akar umbi. Suruhanjaya itu nanti bagaimanapun tidak mempunyai kuasa mengisytiharkan atau membatalkan sesuatu keputusan pilihan raya, seperti kuasa petisyen yang ada pada Badan Kehakiman. Nik Nazmi menegaskan hasil siasatan itu nanti tidak akan difailkan ke mahkamah sebaliknya akan dibentangkan secara terbuka dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). Sebaliknya, pembentangan hasil siasatan itu kemudiannya akan dijadikan sebagai rujukan oleh kerajaan negeri dan didokumenkan supaya satu sistem penambahbaikan pilihan raya dapat diwujudkan. | ||
Peniaga telefon bimbit cedera parah ditembak di dalam rumahnya - Bernama Posted: 07 Aug 2013 04:08 AM PDT Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim DSP Chin Soo Song berkata kejadian berlaku kira-kira 8 malam setelah beberapa minit lelaki berusia 26 tahun itu sampai ke rumahnya. "Dua lelaki memakai topi keledar tiba-tiba menyerbu masuk ke dalam rumah lalu melepaskan sedas tembakan yang mengenai bahagian belakang bahu kiri peniaga itu," kata Chin ketika dihubungi Bernama hari ini. Katanya kedua-dua penyerang itu kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal. Beliau berkata semasa kejadian terdapat enam anggota keluarga peniaga itu di dalam rumah dan mereka menghantarnya ke Hospital Kulim dan keadaannya kini dilaporkan stabil. Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi Insp Mohd Anuar Mohd Noor di talian 04-4906222 atau mana-mana balai polis untuk membantu siasatan. - Bernama, | ||
Peneroka Felda usah terperangkap ajaran Syiah - Bernama Posted: 07 Aug 2013 04:06 AM PDT Anggota Parlimen Jerantut Ahmad Nazlan Idris berkata, walaupun ajaran tersebut belum disebar luas, namun peneroka tidak seharusnya mengamalkan ajaran yang ternyata songsang dan terpesong daripada Islam. "Ajaran Syiah bertentangan sama sekali dengan Islam yang berpandukan al-Quran dan hadis, malah sesiapa yang mengamalkan ajaran songsang itu perlu bertaubat," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama penduduk Felda Kota Gelanggi, dekat Jerantut semalam. Ahmad Nazlan berkata, peneroka perlu melaporkan kepada pihak berkuasa agama jika sekiranya mereka mempunyai maklumat mengenai kegiatan penyebaran ajaran tersebut di kawasan Felda. "Kita tidak mahu ajaran salah tersebut bertapak di Felda kerana masyarakat tanah rancangan Felda kini sudah berada dalam keadaan aman dan makmur. "Jika ajaran songsang meresapi ke Felda, maka sudah tentu ia akan berlaku perpecahan dalam kalangan penduduk dan akhirnya membahayakan keselamatan negara," katanya. – Bernama, | ||
Kekuatan Najib Hanya Ada Pada Penipuan, Politik Wang & Pendatang Asing Posted: 07 Aug 2013 03:49 AM PDT Dr Mahathir kata dia akan terus bercakap mengenai orang Melayu. Kenapa Mahathir perlu bercakap begini? Kerana dia tidak yakin Naib faham apa ertinya menjadi pemimpin Melayu terlebih dahulu sebelum jadi pemimpin Malaysia. Kita pun mendapat perkhabaran dimana dalam perjumpaan tertutup, Mahathir membalun Najib. Kerosakan UMNO bermula dari zaman Pak Lah kata Mahathir. Najib menyambung kerosakan tersebut. Kesilapan terbesar Najib ialah dia hilang keyakinan kepada jenama UMNO. Najib mengikut Mahathir sudah malu menjaja jenama UMNO. Sebab itu dia menjaja Najib sebagai jenama dan 1Malaysia sebagai jenama tambahan. Najib ingat negara kita sudah menjadi demokrasi ala Amerika dimana kita pilih presiden. Kesana kesini para juak Najib membesar besarkan faktor Najib untuk mendapat kemenangan. Keadaan bertambah buruk kerana Najib mempunyai barisan penasihat yang tidak ada pengalaman politik dan tidak sensitive terhadap kesan daripada nasihat yang diberi kepada seorang PM yang kurang cerdiknya. Mengikut Mahathir- BR1M adalah suatu kesilapan kerana ianya membiasakan orang akan berfikiran bahawa mendapat wang setiap kali adalah suatu hak. Masaalah akan timbul bila kerajaan tidak mempunyai wang untuk mendanai rasuah dan politik wang. BR1M boleh kita ibaratkan sebagai seorang yang menunggang harimau yang sudah takut untuk turun kerana akan dibaham harimau tersebut. Najib bukanlah pemimpin yang kuat. Dalam kawasan parlimen nya, kita amat hairan bagaimana jumlah pengundi mencecah 80,260 orang. Orang yang tidak datang dari Pekan tentulah tidak memahami perkara ini. Sesak dan semak Pekan jika ada orang seramai ini. Dari tahun 2004 hingga 2008, jumlah pengundi bertambah pada kadar 5534 orang sahaja. ( dari 52, 683 dalam tahun 2004 kepada 58,217 dalam tahun 2008). Ini pertambahan yang munasabah memandangkan ada kem tentera wataniah dan kolej2. Tapi sejak tahun 2008 hingga 2023, yakni 5 tahun, jumlah pengundi bertambah secara mendadak dengan tambahan 22,043. Ini pertambahan yang menakjubkan. Dari mana datang nya 22,043 ini? Kita tahu pegawai2 Najib menjalankan operasi membawa masuk orang asing dan memberi kad pengenalan kepada mereka. Sekurang kurang 18,000 warga asing dari kemboja dan Myanmar dijadikan rakyat negara ini dan beralamat di Pekan. Kalau kita tolak 18,000 dari majoriti Najib dalam tahun 2013, maka majority nya hanyalah 17,000. Dan mengikut maklumat dari orang Pekan sendiri, pertambahan pengundi asing amat mendadak antara 2008-2013. Pada PRU11, Najib mendapat majority 22,922. PRU12 majoriti nya 26,464. Majoriti sebenarnya dalam PRU13 jika kita tolak 18,000 warga asing (Myanmar, Kemboja dll) , majoriti Najib hanya 17,000. Ini bermakna, Najib tidaklah bertambah kuat dalam kawasan nya sendiri. Kekuatan nya bertumpang kepada warga asing yang dapat KP segera. Dan Dr Mahathir tahu maklumat ini sebab ramai perisik masih setia dan mengkagumi Dr Mahathir. BR1M pada hakikat nya kemuncak amalan politik wang. Ini masaalah terbesar yang sedang dilakukan oleh kerajaan hari ini. Yakni, kerajaan telah memertabatkan politik wang kepada tahap yang lebih tinggi dan mereka yang berkepentingan membisu malah menyokong rasuah dan politik wang. Atas otoriti apa misalnya, timbalan pengerusi SPR menyatakan janji projek dan pemberian wang bukan politik wang? Dia bukan tokoh politik tapi anggota suatu suruhanjaya yang berjawab kepada Tuanku Agong. Politik wang tidak lain dan tidak bukan ialah pembelian undi untuk kekal berkuasa dan setelah dapat kuasa kerajaan akan mencari jalan mengutip balik wang yang telah dibelanja dengan kadar untung pula. Proses ini diulangi setiap kali pilihanraya dan masyarakat terjerumus semakin dalam dalam sedutan politik wang. Kenapa ini terjadi? Ini terjadi kerana politik wang sudah menjadi budaya UMNO. pemimpin naik keatas kerana membeli undi dan bukan menawarkan keupayaan dan kemampuan. Kita akan tiba pada suatu keadaan dimana barisan pimpinan adalah mereka yang telah membayar untuk naik hairaki kepimpinan. Kita mendapat mediocre leadership dan mediocre leadership tidak akan dapat membangunkan negara. Satu mediocre leadership akan menghimpunkan kumpulan orang yang sepemikiran dengan nya dan secara kolektif, ini akan menjahanamkan negara kita. Dr Mahathir tidak percaya Najib melakukan yang terbaik untuk orang Melayu. Atau mampu melakukan nya. Bahkan dia anggap Najib seorang pemimpin ynag lembik dan berkompromi dengan bangsa lain. Mahathir memberi contoh kesediaan Najib meletakkan SPR dibawah pemantauan parlimen sebagai bukti Najib tunduk kepada tekanan. Bukan rahsia lagi Mahathir sekarang sedang menyerang Najib secara senyap2. Sementara dia berlari bersama arnab, dia memburu bersama anjing2. -yb sakmongkol | ||
Tidak Tahu Motif Kejadian – Ahli Perniagaan Yang Keretanya Meletup Posted: 07 Aug 2013 03:40 AM PDT KL TODAY PETALING JAYA: Seorang ahli perniagaan kaya yang mana keretanya meletup pada malam Isnin berkata dia tidak tahu motif sebenar disebalik insiden yang berlaku. "Saya tidak mempunyai sebarang maklumat mengapa kejadian ini berlaku dan tidak tahu siapa yang bertanggungjawab disebalik insiden ini," katanya kepada The Star ketika dihubungi melalui telefon. Ditanya sama ada beliau terlibat dengan aktivit kumpulan kongsi gelap, bekas tahanan di bawah Ordinan Darurat ini berkata dia tidak tahu. Bagaimanapun, beliau berkata dia terlibat dengan perniagaan hartanah dan tidak terlibat dengan aktiviti lain untuk tempoh yang agak lama. Beliau juga enggan mengulas lanjut, sebaliknya dia berkata: "Apa yang penting, tiada siapa yang cedera dalam insiden berkenaan." Ahli perniagaan tersebut dipercayai memiliki beberapa buah restoran dan kelab malam di ibu kota. Ketika kejadian pemandunya sedang melalui Taman Taynton View di Cheras apabila bahagian belakang kereta mewahnya tiba-tiba meletup. Pemandunya segera memberhentikan kenderaan dan mereka bergegas keluar untuk menyelamatkan diri. | ||
PRU13: Selangor akui media bantu kemenangan Posted: 07 Aug 2013 03:34 AM PDT Abdul Khalid (dua, kiri) ketika menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim yang turut hadir pada program berbuka puasa bersama media, kelmarin. SUBANG JAYA – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada pihak media yang banyak membantu Pakatan Rakyat (PR) untuk memenangi negeri ini pada PRU13 lalu. Jelasnya, walaupun ada pihak media yang didakwanya takut-takut mengambil gambar pemimpin PR namun beliau berterima kasih kerana diberi peluang menyelitkan berita mengenai pihaknya. Ruang yang diberi oleh pihak media dalam memberi liputan jelasnya, menyebabkan PR lebih dikenali di negeri ini dan berjaya mengekalkan pentadbiran sedia ada. Abdul Khalid ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama media di sini, kelmarin berharap, media dapat menyiarkan lebih banyak berita untuk tujuan pembangunan. Tanpa mengira fahaman politik dan pandangan katanya, golongan media diharap dapat berusaha memberikan berita yang boleh membantu membangunkan masyarakat. "Media juga disaran memberi peluang rakyat mengetahui bentuk pengurusan dan pentadbiran kerajaan yang baik serta boleh dicontohi, dengan itu demokrasi yang kita mahukan akan dapat berkembang dengan lebih baik," katanya. Dalam program berkenaan, Abdul Khalid turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Sungai Pinang, Klang. Hadir sama, isterinya, Puan Sri Salbiah Tunut; Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki dan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Othman Omar. Terdahulu, Abdul Khalid dalam ucapannya memberitahu, program jelajahnya bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam program berbuka puasa di hampir semua daerah di negeri ini dapat membuka mata beliau dari segi pengurusan pentadbiran. Melalui pemerhatiannya, beliau berkata, terdapat perbezaan dari segi kehidupan penduduk bandar dan kawasan luar bandar. Katanya, pihaknya memahami pembangunan di kedua-dua kawasan tidak sama dan perlu mengikut kesesuaian. "Semua masyarakat perlu diberi peluang untuk mempertingkatkan ekonomi dan kehidupan mereka, apabila keadaan ekonomi selesa, usaha beribadah akan lebih mantap lagi. "Bagi PR sendiri kita akan adakan dua forum, salah satunya mengenai manifesto PR dan pelaksanaan untuk rakyat di Selangor dalam tempoh dua hingga empat tahun akan datang," katanya. | ||
Rafizi: Kami akan terus tekan SPR, kerajaan Posted: 07 Aug 2013 03:32 AM PDT Rafizi Ramli SHAH ALAM – PR menegaskan isu dakwat kekal yang menjadi pertikaian pihaknya pada PRU13 yang lalu, tidak akan ditamatkan begitu sahaja, setelah beberapa pendedahan mengejutkan dibuat bulan lalu. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, PR telah mendapat maklumat tambahan mengenai perkara tersebut dan akan didedahkan kepada umum dalam masa yang sesuai. Menurutnya, bukti-bukti yang dikumpul itu akan digunakan untuk memberi tekanan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan. "Kita tak akan tamatkan begitu sahaja perkara itu. "Kita ada semua maklumat untuk terus bawa isu ini, dan bagi tekanan kepada kerajaan dan SPR supaya mengambil tindakan," katanya kepada Sinar Harian Online. Penggunaan dakwat kekal mula diperkenalkan SPR pada PRU13 sebagai salah satu proses penambahbaikan sistem pilihan raya. Bagaimanapun, dakwat kekal yang diberi jaminan akan kekal dalam tempoh lima hari tidak seperti yang diumumkan. Perkara ini mencetuskan persoalan oleh pelbagai pihak dan menggesa SPR memberikan penjelasan. Setelah beberapa siri himpunan diadakan, PKR kemudiannya tampil dengan beberapa dakwaan membabitkan isu dakwat kekal. Rafizi sebelum ini mendakwa pembekal dakwat kekal yang digunakan pada PRU13 ada hubungan rapat dengan kedua-dua pegawai tertinggi SPR. Rafizi turut mendakwa kontrak membekal dakwat kekal itu diberi secara rundingan terus. Beliau juga mendakwa syarikat pembekal topi pada PRU13 diberi kepada syarikat sama yang membekal dakwat kekal yang didakwa mudah ditanggal. Katanya, tiga syarikat yang diberi tender topi itu ada kaitan dengan Mohamed Salleh Mohd Alli selaku pembekal dakwat kekal. | ||
Kulasegaran: Adakah menteri pelajaran tidak berhati perut? Posted: 06 Aug 2013 08:46 PM PDT Isu SK Seri Pristina masih belum selesai dengan anak kepada individu yang melakukan pendedahan diancam dan dibuli oleh rakan dan guru di sekolah berkenaan. Ia membuatkan Naib Pengerusi DAP, M Kula Segaran (gambar) menyelar Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana tidak mengambil sebarang tindakan untuk membantu pendedah maklumat berkenaan, anak perempuan Guneswari Kelly yang berusia sembilan tahun. Kanak-kanak berkenaan didakwa menjadi sasaran selepas ibunya memuat naik gambar pelajar bukan Muslim sekolah berkenaan makan di bilik persalinan selepas kantin sekolah berkenaan diubah suai. Kula Segaran berkata jika tiada sebarang tindakan dilakukan beliau akan membawa perkara berkenaan dalam mesyuarat Parlimen. "Saya akan bertanya di Parlimen apa sebabnya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak boleh dipanggil tidak berkuasa dan menteri pendidikan yang tiada hati perut," katanya dalam satu kenyataan. Beliau merujuk kepada laporan akhbar guru besar, Mohd Nasir Mohd Noor pergi ke sekolah ketika beliau bercuti dan mengambil gambar beberapa murid bukan Islam yang disyaki membocorkan perkara itu. Masyarakat kemudiannya marah dengan gambar yang diedarkan di Internet dan memaksa kementerian masuk campur. Guneswari juga berkata beliau dan anaknya menerima ancaman termasuk diculik dan dilokap. Anaknya itu jelas Guneswari tertekan selepas diancam dan dibuli di sekolah, rakan-rakannya termasuk guru mengusiknya. Kula Segaran berkata kanak-kanak itu juga dikatakan terpaksa memberi pensil untuk diterima semula sebagai kawan, namun tidak berjaya. "Siapa jangkakan menteri pendidikan akan mengambil tindakan menghentikan buli dan mengambil tindakan terhadap pengetua dan guru, namun tiada apa yang berlaku." Beliau berkata, masyarakat amat sedih dengan perkara yang berlaku. "Ramai yang tidak percaya guru boleh menjadi tidak professional dan kejam terhadap anak Guneswari," katanya. Tambahnya, beliau pada bulan lalu mendesak pengetua berkenaan dikenakan tindakan disiplin, malah menghantar pegawai tinggi kementerian untuk menyelesaikan isu ancaman berkenaan. Namun kementerian tidak mengambil sebarang tindakan,' katanya. | ||
Dakwat kekal Jadi bahan gurauan menjelang hari raya Posted: 06 Aug 2013 08:42 PM PDT Isu dakwat bukan saja menjadi cerita sedih untuk pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya ketika pilihan raya lalu tetapi kini menjadi bahan gurauan pula menjelang Aidil Fitri. Ia dijadikan bahan ejekan dalam bentuk kartun, tulisan dan juga bahan senda gurau dalam ucapan selamat hari raya. Kali ini orang ramai diminta menggunakan dakwat kekal untuk memastikan mereka tidak memberikan duit raya lebih dari sekali kepada setiap penerima. Jadi setiap kali memberikan duit raya mereka disaran mencelupkan jari penerima dengan dakwat kekal. Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Mohd Yusof antara pihak yang sangat sensitif dengan isu dakwat kekal. Dalam satu temuramahnya dengan media beliau melahirkan rasa kecewanya dengan episod dakwat kekal yang tidak kekal dalam pilihan raya umum lalu. "Kalau orang tanya saya apakah yang paling menyedihkan dalam hidup saya, saya akan kata dakwat kekal," kata Aziz sebagaimana yang dilaporkan oleh Sinar Harian pada pertengahan Jun lalu. Penulis dan juga blogger Aspan Alias dalam tulisannya turut memainkan isu ini dalam tulisan terbarunya. Bagi Aspan, dakwat kekal bukan saja boleh digunakan untuk pilihan raya tetapi juga untuk hari raya. "Dakwat kekal ini sangat penting, ia boleh digunakan oleh semua orang, baik pilihan raya tetapi juga semasa hari raya," tulis Aspan yang menyertai DAP menjelang pilihan raya lalu. Selain Aspan, ramai yang mengedarkan ucapan selamat hari raya dengan mesej elakkan kanak-kanak dapat duit raya dua kali dengan gunakan dakwat kekal. | ||
Perkasa bukan model perjuangan Melayu, kata Pak Lah Posted: 06 Aug 2013 08:39 PM PDT Tidak salah memperjuangkan satu-satu kaum dan komuniti namun ia tidak seharusnya dilakukan dengan cara yang tidak sepatutnya seperti dilakukan Perkasa, kata bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi (gambar) dalam bukunya. Melalui bukunya berjudul Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia, Pak Lah berkata menjadi kesalahan memperjuangkan satu-satu kaum dengan menolak kaum lain. Kumpulan yang diketuai Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Zulkifli Noordin mendesak agenda kanan, terutama konsep Ketuanan Melayu, dan mengambil pendekatan keras terhadap mereka yang dilihat sebagai musuh Melayu dan Islam. Menjelang pilihan raya, Perkasa mencetuskan kontroversi apabila mengugut untuk membakar Al-Kitab, Bible berbahasa Melayu, dan juga video menunjukkan Zulkifli mengkritik agama Hindu. Menyentuh konsep Ketuanan Melayu, Abdullah berkata ia tidak seharusnya bermaksud sebagai kuasa mutlak Melayu. "Apa maksud tuan? Bagaimana kamu menjadi tuan? Dengan melakukan apa yang kamu buat - sama ada dalam pembelajaran, profesion, perniagaan. "Hanya kerana kamu Bumiputera, kamu tidak boleh jangka semuanya diserahkan kepada kamu dan panggil kamu sebagai tuan. Ketuanan bukanlah satu hak. Ia perkara yang kamu perlu kerjakan," kata Pak Lah dalam bukunya. Beliau mengakui adanya kebimbangan sesetengah orang Melayu terhadap perjuangan bangsa mereka kerana banyak lagi yang ketinggalan. "Bagaimanapun, kebimbangan itu boleh disalurkan melalui kaedah yang betul, dan bukan melalui cara yang kasar seperti mana tindakan Perkasa,"kata Abdullah. "Saya yakin kita perlu ada sebab dan rasionalnya bila kita berbicara mengenai seseorang," kata Abdullah, yang dipaksa meletak jawatan sebagai perdana menteri pada 2009 selepas Barisan Nasional (BN) yang diketuainya memperolehi keputusan yang teruk dalam pilihan raya. BN buat pertama kali gagal mendapat keputusan dua pertiga dalam pilihan raya itu. Perkasa sentiasa mendapat pembelaan dari bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini mendesak Pak Lah berundur. Ekoran itu ramai pemimpin Umno enggan menyuarakan kritikan terhadap kumpulan berkenaan secara terbuka, khuatir kesan akibat lidah Ibrahim dan akhbar Umno, Utusan Malaysia, satu lagi suara yang memperjuangkan agenda kanan. | ||
Pak Lah: Malaysia akan bankrup jika saya dengar kata Dr Mahathir Posted: 06 Aug 2013 08:37 PM PDT Sekiranya Tun Abdullah Badawi mengikut kehendak dan tekanan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya berbelanja tanpa kawalan dan meneruskan projek mega, Malaysia pasti akan bankrup. Kenyataan itu dikeluarkan Abdullah dalam buku yang memaparkan masa-masa beliau menjadi perdana menteri Malaysia bertajuk Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia. Ianya dijadualkan lebih awal namun terdapat kebimbangan Putrajaya komen perdana menteri kelima itu akan menimbulkan perang mulut antara Abdullah dan Dr Mahathir dan memecah belahkan Umno sebelum Pilihan Raya Umum pada 5 Mei lalu. Abdullah bagaimanapun dalam bukunya tidak mendedahkan rahsia negara atau anekdot yang akan memalukan Dr Mahathir, sebaliknya hanya menyentuh beberapa perkara ketika pentadbirannya. Merujuk kepada beberapa serangan Dr Mahathir yang ditujukan kepadanya, Abdullah berkata pernah beberapa individu bertanya kepadanya kenapa beliau tidak memberikan penjelasan terhadap penasihat mudanya, penglibatan anaknya dalam kancah perniagaan dan pengaruh menantunya Khairy Jamaluddin. "Mungkin lebih baik saya diamkan dalam membela atau menjelaskan isu. Apa kebaikannya untuk kerajaan dan parti?" soalnya. Selepas beberapa kritikan daripada Mahathir, ia menjelaskan suatu perkara, Dr Mahathir hanya mahu pendapatnya didengari dan tidak mendengar pendapat orang lain. Bagi contoh, Abdullah menjelaskan beliau berjumpa Dr Mahathir untuk menjelaskan penangguhan beberapa projek mega disebabkan bajet defisit. "Beliau bagaimanapun menolak cadangan tersebut, kerana kerajaan jelasnya perlu terus berbelanja. Tapi bagaimana kita nak teruskan apabila defisit kita sangat kritikal? Ia akan menjadi tidak bertanggungjawab jika saya terus berbelanja. "Jadi kami tiada pilihan untuk mengurangkan defisit dengan menangguhkan beberapa projek mega seperti landasan berkembar dan ia menjadikan Dr Mahathir mengamuk. saya melihatnya beliau merasakan itu adalah projek angkatnya. "Boleh bayangkan jika saya teruskan tekanan daripada Dr Mahathir untuk terus berbelanja ketika defisit yang sangat tinggi, bagaimana Malaysia mahu mengatasi krisis kewangan dan minyak pada 2008? "Defisit kami berjaya turunkan pada kadar 3.2 peratus dan kepada 5 peratus. Jika kita terus berbelanja, saya boleh bayangkan kita sudah bankrup." Dalam bukunya, yang disunting oleh Bridget Welsh dan James Chin, Abdullah turut berkata ketika beliau meninggalkan pejabat pada 2009, beliau bertekas untuk tidak jadi seperti Dr Mahathir. Beliau mahu Datuk Seri Najib Razak menjadi perdana menteri sendiri. "Sebab itu saya kekal berdiam diri selama ini. Saya percaya bila kita sudah bersara, kita akan bersara. Tidak lagi perlu kita campurtangan. Jika ada yang tidak puas hati, kita luahkan secara tertutup. Kenapa perlu hebahkan kepada media? Abdullah menerima mandat terbesar pada 2004 namun turut membuatkan Barisan Nasional (BN) hilang majoriti dua pertiga Parlimen pada 2008. Beliau bagaimanapun dalam bukunya menerima perkara itu dan tidak memenuhi jangkaan pengundi, namun berkata Dr Nahathir juka tidak boleh melepaskan diri daripada insiden 2008. "Ketika kita perolehi keputusan baik pada 2004, beliau berkata mandat yang besar tidak bagus untuk negara. Kita dapat keputusan teruk pada 2008 beliau menyalahkan saya. Malah samapi sekarang beliau melakukannya ... Mahathir tidak boleh menafikan beliau menyebabkan perpecahan dalam sokongan BN pada 2008 melalui kritikan dan serangannya. "Ia termasuk majoriti anggota Kabinet sebagai 'kerajaan half-past six' dan menuduj kami dengan rasuah dan sebagainya," kata Abdullah. | ||
Makmal kaji jenayah serius diwujudkan lepas raya Posted: 06 Aug 2013 08:31 PM PDT MALAYSIAKINI Sebuah makmal mengkaji langkah-langkah yang boleh diambil dalam menangani masalah penjenayah melakukan jenayah serius akan diwujudkan selepas hari raya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri. Beliau berkata makmal tersebut akan diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dan dianggotai Senator Datuk Low Paul Seng Kuan, serta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. "Saya akan turut menganggotai makmal tersebut, yang akan membincangkan perkara berkaitan dengan tugas-tugas agensi di bawah naungan kami," katanya kepada Bernama, di Kuching semalam. Menurutnya makmal tersebut hanya membincangkan perkara yang perlu dilakukan sebagai pencegahan bagi membolehkan pihak bertanggungjawab melaksanakan tugas mereka dengan lebih berkesan. Beliau berkata demikian sebagai membetulkan kenyataan sebuah akhbar, bahawa makmal baharu yang bakal dibentuk itu, akan berperanan menyelaras undang-undang baharu menggantikan Ordinan Darurat (EO).- Bernama | ||
Tips untuk pemandu wanita sebelum balik raya Posted: 06 Aug 2013 08:30 PM PDT Pemandu wanita diminta memberi perhatian terhadap aspek keselamatan sebelum dan semasa perjalanan pulang ke destinasi masing-masing sempena sambutan Aidilfitri, Khamis ini. Sehubungan itu, mereka dinasihatkan mematuhi beberapa panduan sebelum melakukan perjalanan jauh pulang ke kampung, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Muhammad Heeza Hassan. Beliau berkata antara panduan itu ialah memastikan ada teman bersama ketika memandu terutamanya pada waktu malam. "Mereka juga perlu servis kenderaan iaitu memberi tumpuan kepada tayar dan brek. Periksa tekanan angin tayar. "Tayar merupakan komponen paling mustahak. Untuk mendapat bacaan tepat, tekanan angin tayar perlu diperiksa semasa tayar dalam keadaan sejuk iaitu pada waktu pagi sebelum memulakan perjalanan," katanya kepada Bernama semalam. Pemandu wanita juga dinasihatkan supaya mengelak membawa muatan lebih sewaktu membuat perjalanan jauh supaya tidak memberi tekanan terhadap tayar. Mereka juga diminta mematuhi jadual perjalanan yang ditetapkan Plus untuk mengelak daripada kesesakan lalu lintas serta menyimpan nombor telefon individu penting untuk dihubungi sekiranya berlaku kecemasan. Ditanya mengenai saranan kepada pemandu wanita berhadapan keadaan cemas seperti kereta rosak atau tayar pancit ketika memandu seorang diri, Muhammad Heeza berkata mereka disaran menghubungi pihak Automobile Association of Malaysia (AAM) untuk meminta bantuan dan nasihat. Beliau berkata jika berlaku kecemasan di lebuh raya, mereka boleh menghubungi pihak Plus atau AAM. Dalam pada itu, Muhammad Heeza menasihati pengguna jalan raya supaya bersabar dan mempertingkatkan disiplin ketika di jalan raya serta mematuhi undang-undang. "Saya nasihatkan orang ramai pakai tali pinggang keledar di tempat duduk hadapan dan belakang, patuhi had laju, sekiranya hujan perlahankan kenderaan , elakkan memotong di garisan berkembar, elak menggunakan lorong kecemasan dan patuhi lampu isyarat," katanya.- Bernama | ||
Bajet 2014: Kumpulan fokus wakil negeri diwujudkan Posted: 06 Aug 2013 08:29 PM PDT MALAYSIA KINI Satu kumpulan fokus terdiri dari wakil kerajaan negeri akan diwujudkan bagi memberi input dan mengumpul pandangan mengenai Belanjawan 2014. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata kumpulan fokus terbaharu itu putuskan semasa mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama semua Menteri Besar dan Ketua Menteri. "Hasil mesyuarat Majlis Kewangan Negara, satu lagi kumpulan fokus Belanjawan 2014 ditambah. Kumpulan fokus ini dijangka akan mengadakan satu mesyuarat bulan ini dengan mengumpul pandangan wakil-wakil kerajaan terhadap Belanjawan 2014," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama jabatan dan agensi di bawah Kementerian Kewangan, di Akademi Percukaian Malaysia, Kuching, semalam. Mengulas mengenai 15 kumpulan fokus sedia ada yang akan memberi pandangan dan input kepada Belanjawan 2014, Ahmad berkata mesyuarat jawatankuasa bersama kumpulan fokus masih giat diadakan bagi mengumpul segala bahan bagi tujuan pembentangan Belanjawan 2014, di Parlimen pada 25 Okt depan. "Masyarakat awam digalakkan memberi pandangan dan cadangan mengenai Belanjawan 2014 dan mereka masih mempunyai waktu sehingga 31 Ogos sebelum semua cadangan dikaji pada September," katanya. Menurutnya masyarakat awam boleh menyalurkan pandangan mereka melalui pelbagai saluran seperti surat dan memorandum. "Jika memorandum tersebut panjang dan memerlukan kita memanggil pihak berkaitan, kita akan panggil mereka ke Putrajaya supaya memberi ulasan terhadap memorandum itu," katanya. Selain itu, katanya pihaknya turut mengumpul 20 hingga 30 wakil agensi berkaitan, pihak swasta, dan NGOs untuk memberikan pandangan masing-masing mengenai Belanjawan 2014. - Bernama | ||
Malaysia kehilangan bakat besar kerana dominasi kaum, kata Kuan Yew Posted: 06 Aug 2013 08:27 PM PDT Malaysia telah bersedia kehilangan bakat besar apabila polisi berasaskan kaum diamalkan bagi menjaga kelangsungan bangsa tertentu, kata Lee Kuan Yew dalam buku barunya yang dilancarkan malam tadi di Singapura. Meskipun Malaysia menyedari akan hal ini dan cuba membawa pulang pakar dari luar negara, usaha ini sudah terlambat, katanya. "Ini faktor yang melemahkan negara. Ia seakan menafikan peluang bagi pembentukan bakat besar yang terdiri daripada pelbagai bangsa. "Mereka sudah bersedia kehilangan bakat muda bagi mengekalkan dominasi bangsa tertentu," katanya menerusi buku 400 muka surat itu yang bertajuk "One's Man View of the World" (Pandangan Terhadap Dunia Luar). Buku tersebut memuatkan perbualan di antara Lee dan idolanya, Helmut Schmidt, bekas pemimpin Jerman Barat. Mereka membincangkan tentang hal sedunia sewaktu Schmidt melawat Singapura tahun lalu. Dalam buku itu juga, Lee menerangkan Malaysia kehilangan punca dan memberikan negara lain peluang bersaing dalam persekitaran bebas. Kira-kira 400,000 daripada satu juta rakyat Malaysia bekerja di Singapura, menurut rekod Bank Dunia. Sewaktu mengumumkan pelan ekonomi lima tahun Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata di Parlimen pada 2011, kerajaan akan menubuhkan Talent Corporation bagi memanggil pulang sebilangan 700,000 rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara. Lee memberitahu dalam bukunya, perubahan demografi Malaysia bakal melihatkan jurang besar dalam keistimewaan orang Melayu kelak. Beliau memberi contoh semasa tamatnya Dasar Ekonomi Baru, pecahan populasi bangsa Cina dan India menurun dengan mendadak. "Kaum Cina berjumlah 35.6 peratus daripada keseluruhan populasi pada 1970, berkurang kepada 24.6 peratus pada bancian 2010. Dalam tempoh sama, jumlah kaum India mengecil dari 10.8 peratus kepada 7.3 peratus," katanya. Beliau menambah, "40 peratus pendatang asing adalah dari Malaysia. "Beberapa tahun kebelakangan ini, kaum Cina dan India gemar berhijrah ke Eropah, Amerika dan Australia. Ada di antara mereka menjadi individu hebat seperti Penny Wong yang merupakan Menteri Kewangan Australia. Ada juga yang memilih untuk masih tinggal di Malaysia, sesetengah mereka tidak berhajat untuk berhijrah dan ada di antara mereka berjaya melalui perniagaan meskipun terbeban dengan polisi diskriminasi. "Kebanyakan kelompok kelas kelas kedua ini menjalinkan hubungan dengan orang Melayu bagi meneguhkan kedudukan mereka," katanya. Data Bank Dunia pada 2012 menunjukkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita Singapura mencecah $AS51,709 berbanding Malaysia dengan $AS10,381. Namun Najib menjelaskan Malaysia bakal menjadi negara maju berpendapatan tinggi pada 2018, dua tahun lebih awal dari sasaran menjelang tahun 2020. | ||
Liow: NGO Cina masih harap MCA sertai kabinet Posted: 06 Aug 2013 08:19 PM PDT MALAYSIA KINI Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cina masih berharap bahawa MCA akan mengubah keputusan parti itu yang ia tidak akan memegang sebarang jawatan dalam kerajaan, selepas kalah teruk pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata isu itu dikemukakan oleh NGO semasa sesi dialog, 'Interaksi mengenai Reformasi MCA dan Masa Depan Masyarakat Cina' yang diadakan di Wisma MCA di Kuala Lumpur semalam. Bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan dialog selama tiga jam dihadiri wakil daripada 58 NGO Cina, termasuk daripada perdagangan, industri dan sektor pendidikan, Liow berkata: "Mereka telah menyatakan pandangan dan berpendapat bahawa MCA boleh membantu masyarakat Cina untuk menyelesaikan banyak isu yang melibatkan mereka dan mempunyai peranan penting dalam membantu kerajaan untuk menggubal dasar-dasar untuk kebaikan negara ini. "Oleh itu, mereka rasa adalah wajar MCA perlu hadirkan diri dalam Kabinet," katanya. Mereka juga membincangkan isu-isu semasa berkaitan masyarakat Cina seperti pendidikan, perniagaan dan keselamatan, katanya. Liow yang mengetuai jawatankuasa transformasi MCA berkata walaupun menghadapi penolakan kuat daripada masyarakat Cina, MCA akan terus terlibat dan bekerjasama dengan masyarakat untuk memenangi semula sokongan mereka. Beliau berkata maklum balas daripada dialog serta mesyuarat lain dengan masyarakat Cina akan digunakan untuk menggubal satu rangka kerja transformasi yang jelas bagi parti. MCA berpegang kepada resolusi Perhimpunan Agungnya pada 2011 dan 2012 bahawa mereka tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan jika keputusan PRU13 lebih buruk daripada PRU12. MCA memenangi hanya tujuh kerusi Parlimen dan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri, pada PRU13 lalu. - Bernama | ||
Ingat Ini Harta Ahmad Albab Yang Punya Posted: 06 Aug 2013 08:12 PM PDT Kalau kita pernah menonton filem hitam putih lakonan dan arahan P Ramlee berjudul "Ahmad Albab" kita akan menyaksikan satu segmen di dalam gua dimana seorang pengembala kambing bernama Shawal yang masuk ke dalam gua untuk mencari kambingnya yang hilang tiba-tiba berjumpa dengan harta karun. "Jangan kau sentuh ini Ahmad Albab yang punya.." Shawal tidak pun berhajat untuk mencari harta karun tetapi apa yang dicari seekor anak kambing yang dijaganya tersasar dan hilang dari kawanan. Shawal ternampak anak kabingnya berada di atas batu di dalam gua itu dan beliau terus mengejarnya. Sebaik beliau merapat anak kambing itu, ia hilang dan diganti dengan selonggok harta karun. Shawal teruja dengan harta itu dan cuba hendak menyentuhnya. Baru dia hendak menghulur tangan tiba-tiba terdengar suara melarangnya dengan berkata; hai manusia jangan kau sentuh harta itu, bukan kamu yang punyai tetapi Ahmad Albab yang punya. Shawal yang terkejut dengan laungan itu terus menghentikan niatnya. Sekilas itu juga harta karun itu ghaib dari pandangannya. Bagaimana pun karun itu tetap menjadi milik Shawal menerusi anaknya Ahmad Albab. Apabila Shawal mendapat cahaya mata, kebetulan anaknya bernama Ahmad Albab. Nama itu diberi oleh bapa mertuanya. Shawal teringat pesanan jin itu lalu membawa anaknya ke gua berkenaan. Jin memberi syarat sekiranya Shawal hendakkan harta itu untuk anaknya, Ahmad Albab, dia kena membawa Ahmad Albab datang ke gua itu sesekali bermain dengan anak perempuannya. Jin tinggal tiga beranak di dalam gua berkenaan. Apakah relatif segmen itu dengan apa yang hendak saya catatkan dalam posting ini. Ambilllah iktibar dari apa mesej yang dihendak disampai dari babak berkenaan. Kita jangan mudah merasakan harta yang kita jumpa itu sebagai hak kita seorang diri. Walaupun ia boleh dimanfatkan tetapi ada cara dan kaedah untuk mendapatkan agar ia diperolehi secara benar dan betul. Nah, begitu juga dengan harta atau kekayaan negeri Kelantan, ia tidak bermakna ia hak penguasa Kelantan hari ini. Ia adalah hak rakyat Kelantan. Dalam konteks hari ini bukan hak mana-mana pemimpin Pas walaupun mereka yang menguasai ke atas harta itu menerusi berkuasa sebagai kerajaan. Dengan kuasa itu boleh diluluskan apa saja. Tetapi apa yang penting kelulusan itu biarlah mengikut prosuder agar tidak berlaku penyelewengan dan kekayaan dan harta rakyat dijamin dibelanjakan demi kepentingan rakyat. Kenapa jin di dalam gua itu tidak memberikan harta itu langsung kepada Shawal walaupun dia akhir Shawal dapat juga merasainya apabila ia membawa anaknya Ahmad Albab bermain dengan anak jin itu. Moral of the story apa-apa harta tidak boleh dikaut begitu saja tanpa menurut prosuder yang betul. Saya menarik perhatian babak dalam gua dalam filem itu, kerana ada tanda-tanda berlaku penyeleweng ke atas harta dan kekayaan negeri Kelantan. Saya terpaksa menegur terhadap apa yang saya tahu dan menyedari perkara ini kepada pihak-pihak tertentu khasnya mereka yang menerajui kerajaan kini. Menjadi kewajiban saya menimbulkan ini agar ia diperbetulkan jikalau ianya tidak tepat. Dan kalau benar ia perlu diperbaiki segera bagi menjamin harta dan kekayaan Kelantan dibahagi secara adil dan rakyat dapat menikmati atas keadilan dan kebijaksanaan pemerintah dan pentadbir. Saya terkedu hati apabila mendpat khabar ada sebidang tanah kerajaan seluas 5,000 ekar yang mulanya sudah diputuskan untuk dimajukan oleh anak syarikat milik kerajaan negeri sebagai ladang tiba-tiba bertukar tangan kepada pihak lain. Tanah itu sudah lamah diberikan kepada syarikat GLC itu dan ia dirancangkan bagi dimajukan oleh anak syarikatnya. Tanah itu sejak awal lagi diputuskan untuk diberikan kepada anak syarikat milik kerajaan itu, hanya menanti kerja-kerja pembersihan hutan selesai dijalankan untuk diserahkan. Malangnya selepas kerja pembersihan hutan selesai, tanah berkenaan tiba-tiba diberikan kepada pihak lain menerusi runding secara senyap bukan secara tander seperti mana sepatutnya. Pemberian tanah itu kepada syarikat berkenaan menimbul beberapa tanda tanya. Antaranya pemberian itu melanggar dasar kerajaan seperti diumumkan kerajaan dimana hutan, tanah dan lombong akan dibuka tander bagi mendapat bayaran (hasil) lebih untuk tabung kewangan negeri. Namun dalam kes ini tander tidak dilakukan. Kenapa? Tidak menjadi masalah kalau kerajaan inginkan harga yang tinggi. Tetapi biarlah ia dijalankan secara telus dan tidak timbul hal-hal meragukan. Dalam kes tanah seluas 5,000 ekar ini seakan ada sesuatu yang tidak betul dan disembunyikan? Semacam ada kong kalikong mengenainya? Katanya desas desus tanah itu akan diberikan kepada syarikat berkenaan telah kedengaran sebelum puasa lagi. Pada mesyuarat akhir bulan Julai lalu persetujuan dicapai untuk diberikan kepada syarikat berkenaan walaupun tawarannya agak murah sedikit dengan syarikat yang dijanjikan sebelum ini. Itu tidak mengapa lagi, yang kurang sedapnya apabila ada maklumat mengatakan ada rasuah di sebalik pemberian itu. Sebanyak RM5 juta lebih diberikan kepada pihak tertentu sebagai wang pelincin atau wang kopi? Persoalan kenapa kerajaan tidak mahu memberi tanah itu diusahakan oleh syarikat milik kerajaan? Bukankah dengan cara itu ia boleh menyelamatkan tanah rakyat dari diboloti oleh syarikat berkenaan yang nikmatnya dikecapi segelintir orang saja? Sepatutnya harta rakyat diagihkan kepada rakyat. Misalnya tanah itu boleh diselamatkan dari jatuh kepada pihak lain dan harta itu boleh dikecapi rakyat dengan menyerahkan tanah itu kepada syarikat milik kerajaan. Syarikat berkenaan boleh mengusahakan ladang kemudian dijual secara lot kepada rakyat Kelantan. Dengan cara itu juga tanah berkenaan terselamat dari menjadi segelintir pihak dan yang penting rakyat dapat mengecapi nikmatnya. Selain itu kerajaan perlu juga mengambil iktibar atas apa yang berlaku sebelum ini. Berpuluh ribu ekar tanah yang diberi (dipajakkan) kepada syarikat-syarikat tertentu ia diperniagaaan untuk mendapat keuntungan atas angin dengan menjual kepada syarkat lain pula. Bayangkan kalau seekar dinilai RM300 berapa nilainya selepa beberapa tahun ladang itu diusahakan. Ia tentu akan mencecah RM20,000 seekar? Berapa banyak syarikat pemajak itu untung? Isu mengenai tanah seluas 5,000 ini bukan perkara kecil. Kalau ia tidak di handle secara baik, telus dan jujur ia akan merosakkan imej Ahmad Yakob sebagai MB. Justeru elok kalau cadangan yang telah dibuat itu difikir kembali. Kita tidak mahu ia menjadi kes study menyebabkan orang akan pertikaikan kepimpinan Ahmad Yakob. Kita tidak percaya keputusan sebegitu dibuat oleh Ahmad Yakob melainkan dia mendapat nasihat dan pandangan dari pihak-pihak lain. Dalam hal ini tentulah mereka yang menjadi team pemikir atau pun penasihat 25% kepada beliau dan kerjaan negeri. Sekiranya Ahmad menyedari akan hal ini sudah pasti beliau akan merombak semula keputusan itu dan satu makenisme lain diadakan setidak-tidak dengan mengadakan tander terbuka. Ahmad kena berani dan tegas. Kalau sebelum ini tanah itu sudah dipersetujui untuk dimajukan oleh anak syarikat milik kerajaan untuk dijadikan ladang kenapa ia tidak diteruskan? Cara itu lebih munasabah. Paling malang lagi sekiranya benar pemberian tanah seluas 5,000 ekar itu kepada syarikat yang dikatakan telah memberi wang tumbuk rusuk sebanyak RM5 juta ia sesuatu yang mendukacitakan sekali. Kejadian ini bolehlah dianggap pencemaran pertama kepada kerajaan pimpinan Ahmad Yakob. Saya sudah kisahkan perihal harta karun di dalam gua yang ditemui oleh Shawal itu. Jin melarang keras ia bukan saja diambil tetapi disentuh oleh Shawal kerana ia bukan hak Shawal tetapi hak anaknya Ahmad Albab. Sangat diharap Ahmad Yakob akan meniru perangai dan intergeiti serta amanah yang dimiliki oleh jin itu. Boleh beri tanah atau lombong kepada sesiapa saja, tetapi bilarlah mengikut peraturan dan polisi yang telah ditetapkan kerajaan. Apa guna buat polisi tetapi tidak dituruti. Bukankan itu boleh dinamakan munafik? Sebagai penulis dan pemerhati bebas saya akan memantau mengenai perkembangan ini dari masa ke semasa. Kalau dahulu saya pernah menulis buku berjudul "Balak Balak di Kelantan" tidak mustahil akan keluar pula satu buku; Tertimbus Dan Lemas Dalam Lombong. Ingatlah kata-kata Jin itu; harta itu Ahmad Albab yang punya! -http://msomelayu.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan