DIALOG RAKYAT |
- Penemuan baru kes tembakan pengasas AmBank
- Kes tembakan maut berterusan, kali ini di Kelantan
- Pendakwah jawab Perkasa, Mazhab Hanafi benar Muslim bela anjing
- Anak ke kedai tak balik-balik
- Jenayah meningkat: Jangan salahkan PM
- Kerajaan Selangor Peruntuk RM552,500 Kepada Atlet Sukma
- UMNO Sudah Ada 'Future PM' Rupanya...
- Tony Pua : Amaran Kepada PM Jangan Hukum Rakyat Dengan GST
- PAS gesa tunda dulu tandatangani perjanjian TPPA
- Masa depan negara gelap dibawah kepimpinan yang mediocre
- PAS fail rayuan terhadap petisyen yang ditolak
- R rayu sumbangan bantu 33 aktivis
- Kaji semula penutupan JPN, imigresen Sg Pelek
- Kaunter JPN Seluruh Negara Tutup Sempena Aidilfitri
- Pemimpin Umno sanggup derhaka kepada kereta nasional
- Naib Presiden Umno: Kenapa perlu ada pakatan?
- Karpal Singh, Anwar buat laporan polis terhadap Mazlan Ismail
- DAP mahu teliti 200 laporan Utusan Malaysia sebelum kemuka saman
- Cadangan Gerakan Pemutihan Pistol Milik Awam Perlu Disegerakan
- Razali saran gerakan pemutihan kesan senjata api
- DAP ragu tindakan terhadap Bernama dan media Umno kerana silap lapor kenyataan TPM
- MP Masjid Tanah Tawar Diri Tanding Ketua Puteri Umno
- Rosnah Mohd Noor meninggal dunia
- Op Selamat: 53 kemalangan maut dicatat hari ketiga
- Minggu Pesta Tembak Menembak: Seorang Lagi Mati Ditembak Jarak Dekat
Penemuan baru kes tembakan pengasas AmBank Posted: 05 Aug 2013 01:43 AM PDT Polis mendedahkan perkembangan penyiasatan pembunuhan pengasas AmBank Hussain Ahmad Najadi (gambar) selepas membongkarkan identiti penembaknya hari ini. Penembak dikatakan merupakan penarik kereta berusia 44 tahun. Ketua Siasatan Jenayah Datuk Ku Chin Wah berkata polis turut menjumpai sepucuk pistol separa automatik Smith dan Wesson yang dipercayai kepunyaan penembak itu. Polis menggeledah rumah penembak berkenaan dan menjumpai pengenalan diri dalam beg penembak. "Kami percaya dia masih berada dalam negara," katanya yang menambah polis telah mengedarkan gambar suspek minggu lalu yang mengesahkan polis kini berada di landasan yang betul. Pemandu itu memberitahu polis, seseorang telah mengarahkannya menyembunyikan senjata berkenaan. Hussain, 75, ditembak ketika sedang menuju ke keretanya di kawasan letak kereta di Jalan Ceylon. | |||
Kes tembakan maut berterusan, kali ini di Kelantan Posted: 05 Aug 2013 01:36 AM PDT Kejadian tembakan maut tidak terhenti minggu lalu apabila tirai Isnin dibuka dengan kejadian yang berlaku di Pasir Puteh, Kelantan di mana mangsa yang baru selesai bersahur dibunuh dengan enam das tembakan. Nampaknya, ketakutan rakyat Malaysia dengan peningkatan kes tembak bunuh dari jarak dekat tidak akan berakhir begitu sahaja. Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 pagi tadi, mangsa Amirul Tajo Nasir, 40, yang baru selesai bersahur di kedai makan di Kampung Gong Mengkeleh meninggal dunia selepas terkena enam das tembakan di dada, perut dan punggung. "Sebelum ditembak, saya sempat dengar mangsa ada menceritakan kepada rakannya bahawa ada orang diupah untuk menembaknya," kata Nor Hadiyana Zakaria, 25, yang turut cedera dalam kejadian seorang penoreh getah maut selepas bersahur semalam. Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Tengku Anis sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 1.20 tengah hari ketika menerima rawatan di hospital berkenaan. Manakala, Nor Hadiyana cedera di lutut kanan selepas terkena sedas tembakan dan turut menerima rawatan di HUSM dan dilaporkan stabil. Nor Hadiyana berkata ketika kejadian dia sedang membantu ibu angkatnya Zainab Derani, 44, berniaga di kedai yang dibuka sejak awal bulan lalu. Katanya, ketika itu dia ada mendengar mangsa bercerita kepada salah seorang rakannya bahawa ada orang yang diupah untuk membunuhnya. "Tidak lama kemudian, mangsa bersama dua rakannya baru selesai membuat bayaran makanannya untuk pulang ke rumah sebelum secara tiba-tiba dua lelaki menaiki motosikal berhenti di hadapan kedai sebelum pemboncengnya mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan beberapa das tembakan. "Saya sempat mendengar mangsa menyebut 'Allah, Allah, Allah' sebelum rebah dalam keadaan berlumuran darah," katanya. Katanya, dia kemudian melarikan diri masuk ke dalam rumah untuk menyelamatkan anaknya yang berusia setahun yang sedang di dalam rumah. "Entah macamana ketika berlari itu secara tiba-tiba saya terasa sakit pada bahagian kaki dan terkejut melihat darah memancut keluar daripada lutut kanan. Ketika itu saya baru sedar turut terkena sedas tembakan. "Saya kemudian di bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, selepas Amirul minum di luar kedai berkenaan bersama dua rakan dan membayar harga minuman sambil berbual dengan Nor Hadiyana, muncul sebuah motosikal Yamaha LC warna merah hitam ditunggang dua lelaki berjaket hitam memakai topi keledar. Katanya, dalam jarak kira-kira dua meter, pembonceng motosikal melepaskan tembakan ke arah Amirul dan turut terkena Nor Hadiyana. "Di tempat kejadian polis menemui 10 kelongsong peluru, 5 slug peluru 9mm dan 3 slug peluru dipercayai .38. "Motif kejadian masih disiasat dan suspek sedang dikesan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. Peningkatan kes tembakan menggemparkan negara minggu lalu apabila tujuh hari berturut-turut menyebabkan polis digesa menumpukan semula sepenuhnya menyelesaikan kes pembunuhan berbanding menangani kes saman bloger dan menangkap pelatih anjing juga aktvis hak asasi manusia. Polis dan Menteri Dalam Negeri menyalahkan kejadian tembak bunuh kerana pemansuhan Akta Ordinan Darurat (EO) dimana mereka mendakwa menyebabkan penjenayah bebas kembali membalas dendam membunuh pemberi maklumat. Dakwaan itu bagaimana pun ditolak pemimpin pembangkang yang mengkritik polis hanya mahu perkenalkan undang- undang baru tapi tidak mahu meningkatkan usaha siasatan untuk menangkap suspek. Dilaporkan terdapat lebih dari 20 kes yang melibatkan pembunuhan senjata api pada berapa bulan kebelakangan ini termasuk seminggu lalu membabitkan kes berprofil tinggi seperti aktivis dan pengasas bank. Baru-baru ini pemantau jenayah Pengerusi Mywatch R Sri Sanjeevan ditembak didada oleh dua penunggang motosikal ketika mangsa yang sedang memandu kereta BMW dan berhenti di persimpangan lampu isyarat di Taman Cempaka Negeri Sembilan kira kira 4.30 petang sehingga menyebabkan mangsa berada dalam keadaan kritikal. Bagaimanapun mangsa kini dilaporkan semakin pulih dan stabil. | |||
Pendakwah jawab Perkasa, Mazhab Hanafi benar Muslim bela anjing Posted: 05 Aug 2013 01:33 AM PDT Seorang pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin menjawab desakan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang menggesa kerajaan menggunakan undang-undang Syariah terhadap pelatih anjing Muslim dengan mengatakan menyentuh dan memelihara anjing tidak salah bagi sesetengah mazhab dalam Islam. Atas dasar itu, katanya, tidaklah boleh atau wajar menuduh mereka yang memelihara dan menyentuh anjing sebagai menghina agama Islam kerana sesetengah mazhab membenarkannya. "Bagi ulama mazhab Hanafi, memelihara dan memegang anjing tidak salah tetapi bagi ulama Mazhab Shafei ia adalah satu kesalahan," kata Wan Ji yang mendalami Islam di Pakistan dan Mesir itu. Beliau mengulas tindakan yang diambil oleh sesetengah pihak menuduh seorang jurulatih anjing Muslim, Maznah Mohd Yusof yang membuat video lagu raya bersama anjingnya menghina Islam. Maznah sebelum ini telah ditahan reman selama dua hari, dan dibebaskan atas jaminan polis kerana merakamkan perbuatannya membersihkan anjing seumpama berwudhu, dan membawa anjingnya bersiar-siar sambil berlatarbelakangkan lagu Hari Raya. Hari ini, Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali menegaskan tindakan Maznah, atau dikenali sebagai Chetz mempertahankan perbuatannya di dalam video kontroversi "1 Hari di Hari Raya" itu bakal memberikan contoh negatif kepada generasi muda Islam berhubung hukum memegang anjing. "Perkasa mahukan kerajaan perlu mendakwa mengikut enakmen undang-undang syariah. Maznah masih lagi berpegang bahawa dia tidak melalukan kesalahan berkaitan tindakan membersihkan anjing-anjingnya dan dengan sengaja menyentuh anjing yang basah," tegas Syed Hassan. Wan Ji yang mempunyai banyak kuliah agama dimuat naik di Youtube berhujah, jika hendak dikatakan tidak mengikut Mazhab Shafei menghina Islam, bagaimana pula dengan menunaikan zakat dengan wang. "Masalah dengan Malaysia adalah orang ramai banyak membuat penilaian atas sesuatu perkara berdasarkan mazhab Islam Melayu," kata Wan Ji dalam tazkirah Ramadannya di sebuah surau. "Mengikut Mazhab Shafei, umat Islam hendaklah menunaikan zakat fitrah menggunakan makanan asasinya. Dalam konteks Malaysia, beras. Kenapa umat Islam di Malaysia menunaikan zakat dengan menggunakan wang. Kalau ikut Mazhab Shafei, ini salah dan boleh didakwa menghina Islam," katanya. Menurut Wan Ji, mengeluarkan zakat menggunakan wang dibolehkan oleh ulama Mazhab Hanafi dan digunakan fatwa ini oleh umat Islam di Malaysia untuk memudahkan urusan pembayaran zakat. Atas dasar itu, kata Wan Ji, perkara-perkara yang berbeza pandangan di kalangan ulama tidak perlulah dijadikan hujah untuk menyerang umat Islam yang lain. Maznah mencetuskan kontroversi apabila video yang memaparkan aksinya tiga tahun lalu menyambut Aidilfitri bersama tiga ekor anjing dimuat naik ke dalam YouTube pada Isnin. Video itu menunjukkan Maznah membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar berhampiran pekarangan masjid dengan suara latar takbir raya. Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan Maznah memakai baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya seolah-olah mengambil wuduk sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu. Video itu juga menyiarkan kata-kata: "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga ekor anjing)." Video itu turut memuatkan ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada Chetz sekeluarga" dengan gambar lelaki duduk bersama tiga ekor ekor anjing di atas sofa. | |||
Posted: 05 Aug 2013 01:26 AM PDT Mohd Rudi menunjukkan tempat yang dipercayai anaknya terjatuh ke daam parit ali air. Gambar kecil : Siti Zubaidah BESUT - Lagi berita lemas di Besut. Dalam kejadian kedua, pelajar pra sekolah, Siti Zubaidah Mohd Rudi, 6, mati lemas setelah terjatuh di dalam parit tali air ketika menunggang basikal. Ketika itu, mangsa baru pulang dari kedai di Kampung Padang Bual dekat Pasir Akar, Hulu Besut. Kejadian berlaku antara jam 6 hingga 8.30 malam kelmarin. Bapa mangsa, Mohd Rudi Jusoh, 50, berkata, sebelum itu, anak bongsu daripada sembilan beradik itu pergi ke kedai runcit yang terletak kira-kira 150 meter dari rumahnya dengan menunggang basikal seorang diri. Menurutnya, untuk ke kedai, anaknya perlu melalui sebuah jambatan simen menyeberangi sebatang parit tali air seluas hampir 10 meter. "Dia keluar ke rumah kira-kira pukul 6 petang dan memberitahu hendak ke kedai manakala saya dan ibunya ada di rumah. "Namun saya mula tidak sedap hati kerana walaupun sudah jam 7 malam, dia masih tidak pulang dan cuba mencarinya di kawasan sekitar namun gagal," katanya. Bapa minta bantuan orang kampung Mohd Rudi, seorang tukang besi yang membuat senjata tajam seperti keris dan parang di rumahnya, kemudiannya terlebih dahulu pergi berbuka puasa di Masjid Kampung Padang Bual yang terletak berhampiran rumahnya, selepas usaha mencari anaknya pada mulanya tidak berjaya. Di masjid, dia turut memberitahu jemaah masjid mengenai kehilangan anaknya dan meminta bantuan mencari anak perempuannya yang masih tidak pulang. "Ketika solat Isyak seorang penduduk kampung memberitahu menemui sebelah selipar yang dipakai anak saya di bawah tebing parit tali air bahagian hujung jambatan. Penduduk yang mengesyaki Siti Zubaizah jatuh di situ mula menyelam di dalam parit sedalam kira-kira 2 meter itu. "Sebaik menyelam, penduduk menemui basikal yang dinaikinya di dasar parit dan selepas menyelam beberapa meter ke bahagian hilir tali air, penduduk menemui anak saya di situ dalam keadaan sudah tidak bernyawa," katanya sedih. Tangan mangsa genggam rumput Paling menyedihkan Mohd Rudi, mayat anaknya ditemui dalam keadaan tangan masih menggenggam rumput di tebing parit tali air tersebut. Dia percaya anaknya cuba berpegang pada rumput namun tidak berdaya, kerana air parit yang dalam tambahan pula dia tidak pandai berenang. "Anak saya baru pandai menunggang basikal bulan lepas dan dia sering ke kedai seorang diri. Saya percaya dia jatuh akibat gagal mengawal basikal itu ketika pulang dari kedai," katanya yang memberitahu rumahnya terletak kira-kira 30 meter dari parit itu. Menurutnya, walaupun amat sedih dengan kejadian itu tambahan lagi pada saat akhir sebelum ketibaan Aidilfitri, namun dia sekeluarga reda. Katanya, terdapat perubahan ketara pada anaknya itu dua hari sebelum kejadian apabila dia bersungguh-sungguh meminta mahu mengaji al-Quran. "Dia nak sangat membaca al-Quran dan saya ajar dia membaca beberapa surah al-Quran menyebabkan dia gembira. Perubahan itu rupa-rupanya tanda dia mahu kembali menemui penciptaNya," katanya. Sementara itu Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Besut untuk dibedah siasat dan pegawai perubatan mengesahkan kedua-dua mereka meninggal dunia akibat lemas. Menurutnya, siasatan mendapati tidak ada unsur-unsur khianat atau jenayah terhadap mangsa. | |||
Jenayah meningkat: Jangan salahkan PM Posted: 05 Aug 2013 01:22 AM PDT SINAR HARIAN Datuk Razali Ibrahim MUAR - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim membidas pihak tertentu yang menyalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana didakwa gagal menangani isu peningkatan kes jenayah berat selepas kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat 1960. Beliau berkata perbuatan itu tidak wajar kerana mendakwa pihak berkenaan yang dahulunya mendesak kerajaan supaya memansuhkan akta dan ordinan tersebut kerana kononnya sudah lapuk serta tidak relevan lagi untuk diamalkan di negara ini. "Mereka kata untuk menjadi negara maju, kita kena tukar atau hapuskan akta dan ordinan itu. Apabila ISA dan Ordinan Darurat dimansuhkan, jenayah semakin meningkat, dikatanya pula Datuk Seri Najib tidak bagus," katanya. Razali yang juga anggota Parlimen Muar berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan Aidilfitri sumbangan Yayasan Felda anjuran Media Prima di Sungai Balang Besar, dekat sini, semalam. Hadir sama Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Pengerusi Media Prima Datuk Johan Jaafar dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Balang Zaiton Ismail. Katanya ISA dan Ordinan Darurat sebelum ini sebenarnya banyak membantu membentuk keharmonian kaum dan perasaan saling hormat menghormati antara satu sama lain sejak Malaysia mencapai kemerdekaan 56 tahun lalu. - Bernama | |||
Kerajaan Selangor Peruntuk RM552,500 Kepada Atlet Sukma Posted: 05 Aug 2013 01:20 AM PDT SHAH ALAM : Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM552,500 kepada 338 atlet pengurusan pasukan dan persatuan kontinjen Selangor yang memperoleh pingat dan mengharumkan Selangor dalam Sukan Malaysia (Sukma) ke-16. Insentif itu disampaikan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada majlis anjuran Majlis Sukan Negeri Selangor (MSN) di Laman Kayangan, Seksyen 7, di sini. Hadir sama Exco Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Timbalan Ketua Kontinjen, Amiruddin Shari. Pada majlis itu, seramai 198 atlet menerima insentif berjumlah RM451,000, manakala 70 pengurusan sukan menerima insentif berjumlah RM50,750 dan 70 persatuan menerima insentif berjumlah RM50,750. Setiap atlet yang memenangi emas menerima insentif berjumlah RM3,500, RM2,000 diberikan kepada pemenang perak manakala pemenang gangsa menerima RM1,000. Sementara pengurusan sukan dan persatuan masing menerima RM1,000 bagi pingat emas, RM750 bagi perak dan RM500 bagi gangsa. Abdul Khalid berkata, pemberian insentif itu diharap akan memberi motivasi dan galakan kepada kontinjen Selangor untuk mengekalkan kejuaraan pada Sukma ke-17 yang akan diadakan di Perlis tahun depan. Beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk menambah peruntukan sedia ada iaitu RM5 juta, jika kontinjen memerlukan penambahan peralatan dan infrastruktur. "Kerajaan Negeri sedar, peruntukkan kita kurang berbanding negeri-negeri lain, namun bagi kita bukan peruntukkan besar yang menentukan kemenangan tetapi latihan yang teratur dan penglibatan yang mantap memberikan peluang menang. "Bagaimanapun, kita akan minta Pihak Berkuasa Tempatan dan pejabat daerah untuk menaiktaraf kemmudahan dan insfrastuktur sukan bagi keselesaan atlet kita," katanya dalam ucapannya. Pada kejohanan Sukma lalu, kontinjen Selangor yang terdiri daripada 477 atlet, pegawai, pengurus pasukan dan jurulatih muncul juara keseluruhan menyingkirkan juara bertahan Terengganu selepas meraih 23 emas, 17 perak dan 30 gangsa. Kejayaan itu adalah yang kelapan buat Selangor selepas kali terakhir muncul juara keseluruhan pada edisi ke-11 di Kedah pada 2006. Anugerah Olahragawan Sukma ke-16 turut dimenangi atlet gimnastik artistik dari Selangor, Danniel Iskandar Richard yang meraih tiga pingat emas menerusi acara individu lelaki, berpasukan lelaki dan kekuda berpelana lelaki serta dua perak daripada acara melombol dan palang tunggal. Sementara itu, Danniel, 19, ketika ditemui melahirkan rasa gembira di atas insentif yang diterimanya sebanyak RM14,500. "Insentif ini akan digunakan dengan sebaiknya, bagi saya ia merupakan satu suntikan semangat kepada saya untuk meneruskan kecemerlangan. "Apa yang penting selepas ini, kita akan menyiapkan diri dengan sebaiknya untuk menghadapi Sukma tahun depan. "Dan berharap satu hari nanti saya dapat melayakkan diri ke Sukan Komanwel," katanya. | |||
UMNO Sudah Ada 'Future PM' Rupanya... Posted: 05 Aug 2013 01:15 AM PDT Di sebalik kemeriahan umat Islam menyambut ketibaan Hari Raya Aidil Fitri yang hanya tinggal beberapa hari saja lagi, ahli-ahli UMNO juga sibuk dengan pemilihan parti yang akan diadakan pada 5 Oktober depan. Sementara ada cawangan-cawangan UMNO dalam fasa mengadakan persidangan tahunan masing-masing dan memilih pemimpin di peringkat bahagian selepas itu, tumpuan sebenarnya tetap terarah kepada pemilihan pemimpin di peringkat pusat. Berbagai nama sedang dijaja untuk dinaikkan pangkat, dikekalkan kedudukan dan tidak kurang juga ada beberapa nama yang lain mahu disingkirkan. Coffee house, lobi hotel, kopitiam dan restoran mamak mula menjadi tempat mengatur untuk menaik dan menjatuhkan pemimpin. Walaupun jawatan Presiden dan Timbalan Presiden belum pasti sama ada akan dipertandingkan atau tidak dan desakan kedua-dua jawatan itu tidak dipertandingkan terus kedengaran di sana sini, Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin masih lagi membisu mengenai jawatan yang bakal ditandinginya. Ini menjadikan kedudukan dua jawatan tertinggi itu terus menjadi teka-teki, meskipun pada hakikatnya ramai yang sangsi akan keupayaan Muhyiddin untuk bertanding jawatan Presiden UMNO. Dari segi keupayaan, kemampuan dan wibawa sebagai pemimpin, Muhyiddin tidak ada kurangnya berbanding Najib, cuma masalah utama yang membelenggu Muhyiddin ialah sikapnya yang tidak kenal orang, sedikit sombong dan tidak ramai penyokong setia. Penyokong dan pengikut Muhyiddin sering datang silih berganti mengikut keadaan dan penyokongnya yang benar-benar setia pula hanya boleh dibilang dengan jari. Perjalanan politik Muhyiddin selama ini hampir 70 peratus ditentukan oleh nasib semata-mata, bukan kerana kesetiaan penyokong terhadapnya. Beliau pernah menang dan kalah jawatan Naib Presiden UMNO. Beliau juga pernah hampir keseorangan dan ditinggalkan ramai kawan-kawan politiknya. Tetapi nasib sentiasa menyebelahinya. Jika tidak kerana tindakannya mendesak Pak Lah berundur awal dan Ali Rustam pula dibenarkan bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada 2009 dulu, kedudukannya hari ini mungkin bukan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Setelah empat tahun menjadi Timbalan Perdana Menteri, kedudukan penyokongnya tidak juga bertambah dengan mendadak. Masih ramai ahli dan pemimpin UMNO yang menganggapnya sebagai sombong. Berbanding ketika Pak Lah menjadi Timbalan Perdana Menteri, ghairah ahli UMNO terhadap bekas Perdana Menteri itu jauh lebih tinggi berbanding Muhyiddin. Semuanya kerana sikap dan sifat semulajadinya. Beliau jarang tersenyum dan lebih sering mempamerkan wajah masamnya sehingga dilihat tidak mempunyai kemesraan dengan orangramai. Beliau juga selalu tidak kenal dengan orang walaupun orang itu pernah ditemuinya sebelum ini. Satu-satunya nasib yang mungkin menyebelahinya sekali lagi ialah jika Mahathir dan Daim menyebelahinya. Tetapi sehingga ini keadaan itu ternampak sukar kerana Mahathir dan Daim, walaupun mengkritik dan tidak setuju dengan banyak perkara mengenai Najib, namun masih lagi menyokong kepimpinannya sebagai Perdana Menteri. Kebarangkalian yang hampir pasti setakat ini ialah Muhyiddin tidak mempunyai cukup keberanian dan kekuatan untuk mencabar Najib walaupun mungkin nafsu dan ghairahnya mahu menetap di Seri Perdana sentiasa ada. Beliau mungkin memilih untuk terus kekal sebagai Timbalan Presiden UMNO dan seterusnya kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri saja. Tengku Razaleigh yang disebut oleh banyak pihak mungkin mencabar Najib, juga turut belum memberi kata putusnya sehingga ini. Dalam masa yang sama, ada juga pihak lain mencadangkan agar Ku Li bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam pemilihan kali ini kerana peluangnya dianggap lebih baik lagi bagi jawatan itu. Dengan keadaan ini, jawatan yang paling menjadi tumpuan setakat ini ialah Naib Presiden UMNO. Sementara Zahid Hamidi dilaporkan oleh media sebelum ini bahawa beliau, Hishammudin dan Shafie Afdal hanya akan mempertahankan jawatan Naib Presiden dan tidak membenarkan diri masing-masing bergerak ke atas atau ke bawah, perebutan jawatan itu nampaknya tetap menjadi tumpuan beberapa pemimpin UMNO yang lain. Antara yang dilaporkan berminat ialah Pengerusi Felda, Isa Samad, bekas Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam dan Salleh Tun Said Keruak. Beberapa pemimpin UMNO yang lain seperti Menteri Besar Johor, Khaled Nordin, Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir dan Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob, turut disebut-sebut akan turut menyertai persaingan Naib Presiden UMNO kali ini. Meskipun di antara ketiga-tiga penyandang jawatan Naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi dikatakan berada di kedudukan paling selesa untuk mengekalkan jawatannya berikutan kemesraannya yang tinggi dengan orang-orang UMNO, sikapnya yang pemurah dan suka menolong sesiapa saja yang datang menemuinya. Perubahan jawatannya dari Menteri Pertahanan kepada Menteri Dalam Negeri yang kemudian diiringi dengan pendirian terbukanya terhadap pengekalan Akta Hasutan dan Undang-undang Darurat, telah melonjakkan lagi sokongan terhadapnya daripada kalangan akar umbi UMNO. Kebijaksanaan Zahid menunjukkan dirinya lebih pro Melayu dalam pelbagai isu yang muncul kebelakangan ini turut menambahkan lagi cahayata terang di hujung terowong perjalanan politik Ahli Parlimen Bagan Datoh itu berbanding lain-lain pesaingnya. Bagaimanapun, kedudukan Hishammuddin tidak boleh dipandang mudah untuk menyaingi Zahid Hamidi. Beliau bukan saja mempunyai ramai penyokong dan pengikut setia tetapi kedudukannya sebagai anak bekas Perdana Menteri dan sepupu kepada Najib, turut memberi kelebihan kepadanya. Lebih-lebih lagi, dalam tempoh masa hanya dua bulan saja lagi sebelum tarikh pemilihan pada 5 Oktober depan, sudah ada tukang-tukang kempen yang menjaja cerita tentang perlunya Hishammuddin terus dikekalkan bagi jawatan Naib Presiden UNNO kerana beliau dikatakan bakal PM masa depan Malaysia selepas ini. Kedudukan Muhyiddin yang lebih berusia daripada Najib dijadikan sandaran untuk menonjolkan Hishammuddin lebih layak sebagai pengganti. Di kalangan Naib Presiden yang lain, walaupun Zahid lebih popular tetapi beliau juga dikatakan lebih berusia daripada Najib. Shafie Afdal pula, kerana beliau datang dari Sabah, peluangnya untuk menjadi pemimpin pelapis negara dikatakan hampir tipis. Ini menjadikan Hishammuddin dikatakan satu-satunya pelapis terbaik untuk menggantikan Najib. Beliau lebih muda daripada Najib, sekarang memegang dua portfolio kementerian iaitu Pertahanan dan Pengangkutan yang menggambarkan signal jelas daripada Najib ke arah itu, selain darahnya sebagai sepupu Najib dan anak bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn dianggap sebagai kelebihan juga. Menjelang hari-hari terakhir kempen, adalah dipercayai kempen mewar-warkan Hishammudin sebagai calon bakal Perdana Menteri akan lebih jelas kedengaran lagi, walaupun terdapat juga sesetengah kalangan dalam UMNO yang tidak menggemari beliau dan mahukan beliau diketepikan kali ini. Namun dengan beberapa kelebihan memihak kepada Hishammuddin, selain beliau juga memiliki kekuatan penyokong dan sumber kewangan yang kukuh, menyingkirkan beliau tidaklah semudah yang dijangka. Apatah lagi terdapat juga kecenderungan untuk menjadikan pemilihan UMNO kali ini sebagai proses memilih pemimpin pelapis bagi menghadapi pilihanraya umum ke 14 nanti. Dan di sinilah Hishammuddin mengambil peluang untuk menonjolkan dirinya. Tetapi jika Mukhriz Mahathir juga menyertai pertandingan Naib Presiden kali ini, bermakna bertambah seorang lagi anak bekas Perdana Menteri sedang meneroka laluan untuk berada di barisan utama kepimpinan UMNO. Dengan Najib sudah mencapai kedudukan klimaksnya, Hishammuddin dan Mukhriz seperti sedang dipersiapkan untuk mengambil alih baton yang seterusnya dalam UMNO dan negara http://shahbudindotcom.blogspot.com | |||
Tony Pua : Amaran Kepada PM Jangan Hukum Rakyat Dengan GST Posted: 05 Aug 2013 01:13 AM PDT SHAH ALAM : Setiausaha Publisisti DAP, Tony Pua berkata Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya menghukum rakyat dengan memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan(GST) sedangkan gejala rasuah, pembaziran dan ketirisan dibiarkan. Sedangkan kerajaan sendiri yang menyebabkan Malaysia mengalami bajet defisit selama15 tahun dengan hutang yang melambung tinggi. Dalam masa yang sama 85 peratus daripada rakyat negara ini tidak memperolehi pendapatan yang layak bagi membolehkan mereka membayar cukai. Sehubungan itu, DAP memberi amaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar tidak menggunakan kedudukan negatif Malaysia dalam analisis 'Fitch Ratings' sebagai alasan melaksanakan GST. "Langkah itu mungkin sesuai bagi tempoh jangka masa pendek seperti 'panadol' buat Malaysia namun ia pasti gagal mengubati 'kanser' dalam kewangan Malaysia. "GST hanya bertindak menunda krisis dengan meningkatkan hasil kerajaan, namun jika kerajaan terus membazir dengan amalan kronisme dan rasuah, tiada jumlah cukai yang dapat menampung perbelanjaan negara," tegas beliau dalam satu kenyataan hari ini. Mengambil contoh negara Greece, beliau yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, negara Eropah itu tetap gagal mengatasi masalah kebankrapan sekalipun dengan mengambil langkah memperkenalkan GST pada kadar 23 peratus. "Lebih banyak cukai dikutip, lebih banyak ketirisan akan berlaku. "Sebaliknya, kerajaan perlu mengambil pendekatan yang lebih berkesan seperti mengurangkan pergantungan pembiayaan liabiliti luar jangka, mengamalkan tender terbuka serta meningkatkan ketelusan di semua peringkat proses belanjawan kerajaan untuk memerangi rasuah," tambahnya lagi. | |||
PAS gesa tunda dulu tandatangani perjanjian TPPA Posted: 05 Aug 2013 01:12 AM PDT
KUALA LUMPUR: PAS mendesak kerajaan Malaysia menangguhkan dahulu untuk menandatangani perjanjian Trans-Pacific Partnership Agreement yang dijadual dibuat Oktober tahun ini. Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penurunan nilai mata wang Ringgit secara mendadak sejak BN mendapat mandat lemah pada 5 Mei yang lalu memberi petanda jelas bahawa Malaysia belum bersedia memasuki perjanjian itu. "Perkara yang paling dirisaukan PAS ialah di dalam TPPA tertera sistem Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS) di mana pelabur-pelabur atau syarikat-syarikat asing diberi kuasa untuk mengemukakan saman kepada kerajaan di mahkamah antarabangsa. "Sekiranya krisis berlaku, dan nilai mata wang Ringgit jatuh mendadak, ketidak-mampunan negara dan syarikat-syarikat tempatan untuk menanggung kos perbicaraan di Mahkamah Antarabangsa akan meningkat secara mendadak juga. Ini sangat tidak adil untuk negara-negara kecil yang memasuki TPPA ini," katanya dalam satu kenyataan. Berikut kenyataan penuh beliau. Penarafan kredit dunia, Fitch Ratings yang meletakkan Malaysia pada kedudukan negatif dan penurunan nilai mata wang Ringgit secara mendadak sejak BN mendapat mandat lemah pada 5 Mei yang lalu telah memberi tanda jelas bahawa ekonomi Malaysia belum bersedia dan kukuh untuk memasuki perjanjian Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) yang bakal dimeterai Oktober ini. Kedudukan ekonomi Malaysia yang semakin lemah menyebabkan kerajaan tiada peluru yang cukup untuk berunding dan memastikan TPPA menguntungkan negara secara keseluruhannya. Kemampuan kerajaan Malaysia untuk mengawal nilai mata wang Ringgit di pasaran tatkala hutang negara semakin membebankan dijangka lebih merosot jika TPPA ditandatangani. Ini kerana salah satu daripada dasar TPPA ialah pengharaman kawalan modal dan penambatan mata wang. Sebagai negara kecil seperti Malaysia, tanpa kawalan modal dan penambatan mata wang sebagai senjata pertahanan ekonomi tatkala diserang kapitalis-kapitalis dunia seperti di 1997, negara akan mudah ditekan untuk menerima bantuan-bantuan daripada institusi kewangan dunia seperti IMF, yang syarat-syaratnya bagaikan satu penjajahan moden terhadap negara yang kecil modal seperti Malaysia. Perkara yang paling dirisaukan PAS ialah di dalam TPPA tertera sistem Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS) di mana pelabur-pelabur atau syarikat-syarikat asing diberi kuasa untuk mengemukakan saman kepada kerajaan di mahkamah antarabangsa. Sekiranya krisis berlaku, dan nilai mata wang Ringgit jatuh mendadak, ketidak-mampunan negara dan syarikat-syarikat tempatan untuk menanggung kos perbicaraan di Mahkamah Antarabangsa akan meningkat secara mendadak juga. Ini sangat tidak adil untuk negara-negara kecil yang memasuki TPPA ini. Atas sudut ini dan budaya rasuah di Malaysia yang semakin menular, PAS amat bimbang kerajaan Malaysia tidak dapat melindungi pasaran dan syarikat-syarikat tempatan tatkala industri penting seperti kewangan, tenaga, projek kerajaan dan peluang pekerjaan didominasi syarikat asing jika TPPA ditandatangani kerana kerajaan takut disaman. Setelah 18 kali berunding, kandungan TPPA masih tidak diketahui umum, dan lebih teruk lagi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri terus membisukan diri. Sekiranya di peringkat rundingan ini, kerajaan Malaysia sudah tidak berani mempertikaikan kerahsiaan TPPA atas sebab 'perjanjian untuk berunding rahsia', apakah kita boleh mengharap kerajaan Malaysia yang ada ini untuk menjaga hak rakyat tatkala didapati TPPA menindas rakyat Malaysia secara amnya? TPPA mesti dibentang dan dibahas di Parlimen dari sudut 'Mengapa Malaysia harus mengundur diri dan menolak di TPPA?' sebelum apa-apa keputusan dibuat. Jika tidak menjumpai sebarang alasan kukuh untuk menolaknya, barulah ia harus dibincang mengapa Malaysia harus menerima TPPA. PAS mencadangkan agar perbahasan khas ini di parlimen disertai bekas negarawan, bekas governor Bank Negara dan institusi-institusi pakar ekonomi. PAS menegaskan kerajaan Malaysia harus menangguhkan perjanjian TPPA ini selagi TPPA tidak didebat secara menyeluruh dan difahami rakyat. Kerajaan Malaysia tidak seharusnya terasa tertekan oleh negara besar untuk memeteraikan perjanjian TPPA Oktober ini. Kepentingan negara dan rakyat wajib dijadikan keutamaan dalam rundingan TPPA. Kerajaan BN mesti mendapat persetujuan rakyat sebelum menandatangani perjanjian TPPA. | |||
Masa depan negara gelap dibawah kepimpinan yang mediocre Posted: 05 Aug 2013 01:09 AM PDT Dr Mahathir kata dia akan terus bercakap mengenai orang Melayu. Kenapa Mahathir perlu bercakap begini? Kerana dia tidak yakin Naib faham apa ertinya menjadi pemimpin Melayu terlebih dahulu sebelum jadi pemimpin Malaysia. kita pun mendapat perkhabaran dimana dalam perjumpaan tertutup, Mahathir membalun Najib. Kerosakan UMNO bermula dari zaman Pak Lah kata Mahathir. Najib menyambung kerosakan tersebut. Kesilapan terbesar Najib ialah dia hilang keyakinan kepada jenama UMNO. Najib mengikut Mahathir sudah malu menjaja jenama UMNO. sebab itu dia menjaja Najib sebagai jenama dan 1Malaysia sebagai jenama tambahan. Najib ingat negara kita sudah menjadi demokrasi ala Amerika dimana kita pilih presiden. Kesana kesini para juak Najib membesar besarkan factor Najib untuk mendapat kemenangan. Keadaan bertambah buruk kerana Najib mempunyai barisan penasihat yang tidak ada pengalaman politik dan tidak sensitive terhadap kesan daripada nasihat yang diberi kepada seorang PM yang kurang cerdiknya. Mengikut Mahathir- BR1M adalah suatu kesilapan kerana ianya membiasakan orang akan berfikiran bahawa mendapat wang setiap kali adalah suatu hak. Masaalah akan timbul bila kerajaan tidak mempunyai wang untuk mendanai rasuah dan politik wang. BR1M boleh kita ibaratkan sebagai seorang yang menunggang harimau yang sudah takut untuk turun kerana akan dibaham harimau tersebut. Najib bukanlah pemimpin yang kuat. Dalam kawasan parlimen nya, kita amat hairan bagaimana jumlah pengundi mencecah 80,260 orang. Orang yang tidak datang dari Pekan tentulah tidak memahami perkara ini. Sesak dan semak Pekan jika ada orang seramai ini. Dari tahun 2004 hingga 2008, jumlah pengundi bertambah pada kadar 5534 orang sahaja. ( dari 52, 683 dalam tahun 2004 kepada 58,217 dalam tahun 2008). Ini pertambahan yang munasabah memandangkan ada kem tentera wataniah dan kolej2. Tapi sejak tahun 2008 hingga 2023, yakni 5 tahun, jumlah pengundi bertambah secara mendadak dengan tambahan 22,043. Ini pertambahan yang menakjubkan. Dari mana datang nya 22,043 ini? Kita tahu pegawa2i Najib menjalankan operasi membawa masuk orang asing dan memberi kad pengenalan kepada mereka. Sekurang kurang 18,000 warga asing dari kemboja dan Myanmar dijadikan rakyat negara ini dan beralamat di Pekan. Kalau kita tolak 18,000 dari majority Najib dalam tahun 2013, maka majority nya hanyalah 17,000. Dan mengikut maklumat dari orang Pekan sendiri, pertambahan pengundi asing amat mendadak antara 2008-2013. Pada PRU11, Najib mendapat majority 22,922. PRU12 majoriti nya 26,464. Majoriti sebenarnya dalam PRU13 jika kita tolak 18,000 warga asing (Myanmar, Kemboja dll) , majoriti Najib hanya 17,000. Ini bermakna, Najib tidaklah bertambah kuat dalam kawasan nya sendiri. Kekuatan nya bertumpang kepada warga asing yang dapat KP segera. Dan Dr Mahathir tahu maklumat ini sebab ramai perisik masih setia dan mengkagumi Dr Mahathir. BR1M pada hakikat nya kemuncak amalan politik wang. Ini masaalah terbesar yang sedang dilakukan oleh kerajaan hari ini. Yakni, kerajaan telah memertabatkan politik wang kepada tahap yang lebih tinggi dan mereka yang berkepentingan membisu malah menyokong rasuah dan politik wang. Atas otoriti apa misalnya, timbalan pengerusi SPR menyatakan janji projek dan pemberian wang bukan politik wang? Dia bukan tokoh politik tapi anggota suatu suruhanjaya yang berjawab kepada Tuanku Agong. Politik wang tidak lain dan tidak bukan ialah pembelian undi untuk kekal berkuasa dan setelah dapat kuasa kerajaan akan mencari jalan mengutip balik wang yang telah dibelanja dengan kadar untung pula. Proses ini diulangi setiap kali pilihanraya dan masyarakat terjerumus semakin dalam dalam sedutan politik wang. Kenapa ini terjadi? Ini terjadi kerana politik wang sudah menjadi budaya UMNO. pemimpin naik keatas kerana membeli undi dan bukan menawarkan keupayaan dan kemampaun. Kita akan tiba pada suatu keadaan dimana barisan pimpinan adalah mereka yang telah membayar untuk naik hairaki kepimpinan. Kita mendapat mediocre leadership dan mediocre leadership tidak akan dapat membangunkan negara. Satu mediocre leadership akan menghimpunkan kumpulan orang yang sepemikiran dengan nya dan secara kolektif, ini akan menjahanamkan negara kita. Dr Mahathir tidak percaya Najib melakukan yang terbaik untuk orang Melayu. Atau mampu melakukan nya. Bahkan dia anggap Najib seorang pemimpin ynag lembik dan berkompromi dengan bangsa lain. Mahathir memberi contoh kesediaan Najib meletakkan SPR dibawah pemantauan parlimen sebagai bukti Najib tunduk kepada tekanan. Bukan rahsia lagi Mahathir sekarang sedang menyerang Najib secara senyap2. Sementara dia berlari bersama arnab, dia memburu bersama anjing2. | |||
PAS fail rayuan terhadap petisyen yang ditolak Posted: 05 Aug 2013 01:03 AM PDT
KUALA LUMPUR: PAS hari ini memfailkan rayuan ke atas enam petisyen yang tolak melibatkan empat kawasan parlimen dan dua bagi Dewan Undangan Negeri (Dun). Kawasan tersebut adalah Parlimen Kuala Selangor, Sungai Besar, Titiwangsa dan Pulai di Johor. Manakala bagi kawasan Dun pula melibatkan Manjoi, Perak dan Selising di Kelantan. Peguam Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi yang dihubungi memberitahu pihaknya telah memfailkan rayuan tersebut di Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini. "Kita telah bermesyuarat semalam dan keputusan telah diambil untuk memfailkan rayuan beberapa kawasan petisyen yang telah ditolak. "Hari ini kita telah memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi enam kawasan iaitu melibatkan empat bagi parlimen dan dua Dun," jelasnya kepada Harakahdaily. Jelasnya lagi, dari 16 petisyen yang dikemukakan 12 daripadanya telah ditolak dan masih ada empat petisyen yang belum didengari serta dibuat keputusan. Ketika ditanya mengenai keputusan PAS yang ingin membuat laporan polis berhubung kesalahan pengisian di dalam Borang 14 oleh Ketua Tempat Mengundi (KTM). Jelasnya, laporan tersebut akan dilakukan selepas cuti Hari Raya nanti. | |||
R rayu sumbangan bantu 33 aktivis Posted: 05 Aug 2013 01:02 AM PDT
KOTA BHARU: Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan, (Royalti) akan melancarkan kutipan derma untuk membantu 33 orang aktivis Malaysia yang didakwa di mahkamah. Presidennya, Nazri Deraman berkata, R melancarkan kutipan derma di peringkat negeri Kelantan untuk membantu mencari dana untuk 33 orang aktivis berkenaan sepanjang tempoh kes tersebut berjalan. Ketika memberitahu Harakahdaily semalam beliau berkata, 33 aktivis itu dituduh atas menyertai perhimpunan haram di mana 17 orang daripadanya turut didakwa cuba membuat rusuhan. Menurutnya, memandangkan kos keseluruhan RM66,000 dan setiap seorang dikenakan sebanyak RM2,000, R cukup merasakan ianya begitu terbeban bagi mereka yang terlibat. Menurut Nazri sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank 55504111324 dan memaklumkan melalui SMS kepada nombor 012 6937908 sebagai pengesahan. 33 aktivis sebelum ini ditahan ketika cuba menyerahkan memorandum bantahan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Parlimen pada hari pertama persidangan penggal ke-13 yang berlangsung, 24 Jun lalu. Aktivis berkenaan menyerahkan memorandum itu memandangkan SPR selaku badan bebas didakwa telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawabnya. | |||
Kaji semula penutupan JPN, imigresen Sg Pelek Posted: 05 Aug 2013 01:00 AM PDT
SEPANG: Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin menuntut kerajaan mengkaji semula penutupan Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Sungai Pelek, di sini sejak 1 Ogos lalu. Menurutnya, tindakan penutupan itu telah menimbulkan kesusahan kepada penduduk untuk berurusan dalam perkara-perkara berkaitan seperti pembuatan atau pembaharuan passport, pendaftaran sijil kelahiran, sijil kematian, pendaftaran kad pengenalan dan sebagainya "Saya difahamkan penutupan kedua-dua pejabat Kerajaan itu dilakukan kerana isu penamatan sewaan. Saya difahamkan kedua-dua jabatan tersebut tidak dapat menyambung perjanjian pelanjutan penyewaan ruang pejabat kedua-dua jabatan berkenaan kerana tiada penyelesaian dapat dicapai berhubung perjanjian baru yang disediakan oleh jabatan-jabatan tersebut dan pihak Tuan Tanah. "Saya berpendapat adalah tidak munasabah kedua-dua jabatan tersebut tidak dapat menyelesaikan masalah teknikal dan remeh tersebut hingga mengakibatkan penutupan kedua-dua pejabat berkenaan yang sekaligus mendatangkan kesusahan yang amat besar kepada para penduduk. Penutupan ini adalah bertentangan dengan janji Barisan Nasional kononnya rakyat didahulukan.," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Sehubungan itu, beliau memohon pihak kerajaan mengkaji semula keputusan penutupan kedua-dua jabatan tersebut dan seterusnya membuka semula kedua-dua jabatan tersebut di lokasi yang sama bagi memudahkan para penduduk menjalankan urusan dengan kedua-dua jabatan sepertimana sebelumnya "Sekiranya permintaan aduan penduduk tidak didengar pihak saya akan membawa perkara ini ke Parlimen dalam sidang Parimen pada bulan September ini", katanya. | |||
Kaunter JPN Seluruh Negara Tutup Sempena Aidilfitri Posted: 05 Aug 2013 12:56 AM PDT MSTAR ONLINE KUALA LUMPUR: Perkhidmatan kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak beroperasi di seluruh negara mulai 8 hingga 11 Ogos ini sempena Aidilfitri. Menurut kenyataan JPN, penutupan operasi kaunter itu membabitkan semua ibu pejabat dan cawangan JPN serta cawangan UTC dan ia akan dibuka semula pada 12 Ogos ini. JPN Kelantan dan Terengganu pula ditutup dari 8 hingga 10 Ogos dan akan dibuka semula pada 11 Ogos. Orang ramai boleh menghubungi pejabat Khidmat Pelanggan JPN di talian 03-88808203/7077/7071/7067. Sementara itu, menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) Planetarium Negara akan ditutup dari 7 hingga 12 Ogos dan dibuka semula pada 13 Ogos. - BERNAMA | |||
Pemimpin Umno sanggup derhaka kepada kereta nasional Posted: 05 Aug 2013 12:49 AM PDT Pada masa yang sama beliau meminta kerajaan pusat menjelaskan berapa kos yang terlibat dalam pembelian kereta Honda Accord ini. PETALING JAYA: ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San terperanjat kenapa kerajaan pusat menukarkan kereta Proton Inspira yang masih baru kepada kereta Honda Accord 2.0L sebagai kenderaan rasmi kerajaan. Katanya, mengapa kerajaan menggunakan kereta Honda Accord 2.4L dan 2.0L dan bukan kereta-kereta yang lain? "Adakah ianya disebabkan kereta kedua-dua model kereta Honda ini dipasang oleh kilang DRB-Hicom di Pekan di mana syarikat ini milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary?" tanya beliau dalam satu kenyataan media kepada FMT hari ini. Pada masa yang sama beliau meminta kerajaan pusat menjelaskan berapa kos yang terlibat dalam pembelian kereta Honda Accord ini. Kerajaan pusat di bawah BN tempoh hari telah membuat keputusan untuk menggantikan Proton Perdana Executive Anggota Pentadbiran, Yang Di-Pertua dan Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara, Hakim dan Pegawai-pegawai Perkhidmatan Gred Utama/Khas A dan ke atas, dengan kereta Honda Accord 2.4L. Sementara itu, kereta rasmi Proton Inspira yang diguna tidak lama dahulu oleh Pegawai-pegawai Perkhidmatan Gred Utama/Khas B dan C juga akan diganti dengan kereta Honda Accord 2.0L. Dilaporkan media bahawa kedua-dua model kereta Honda ini ialah kereta Completely Knocked-Down (CKD) yang dipasang oleh kilang DRB-Hicom di Pekan, Pahang, iaitu kawasan Parlimen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Menurut Lau lagi, apabila pada tahun 2008 kerajaan negeri Selangor dan Perak di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) telah memutuskan untuk menggantikan kereta-kereta Proton Perdana Executive dengan kereta Toyota Camry 2.4L sebagai kereta rasmi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco), ia terus dikritik oleh pemimpin-pemimpin Umno sebagai tidak "patriotik" . "Sedangkan alasan untuk menggantikan kereta-kereta Proton Perdana Executive ialah disebabkan kos penyelenggaraannya yang terlalu tinggi serta kerosakan yang kerap berlaku pada kereta nasional itu," katanya lagi. Sebaliknya, pemimpin-pemimpin Umno ini diam apabila kerajaan Terengganu dan Sabah di bawah BN kemudiannya membuat keputusan yang sama apabila kedua-dua kerajaan negeri ini membuat keputusan untuk menggantikan kereta-kereta rasmi Proton Perdana Executive dengan kereta Mercedes-Benz dan Volvo masing-masing. " Kedua-dua jenama kereta ini dikatakan jauh lebih mahal dan mewah daripada Toyota Camry," sambungnya lagi. ADUN DAP itu berkata pemimpin-pemimpin Umno telah hilang kredibiliti mereka apabila mereka sanggup "menderhaka" terhadap kereta nasional. "Janganlah mereka menuduh kerajaan PR pada masa depan dengan tohmahan yang sama apabila mereka sendiri juga melakukan perkara yang sama," tegasnya. | |||
Naib Presiden Umno: Kenapa perlu ada pakatan? Posted: 05 Aug 2013 12:47 AM PDT Kenyataan Hishamuddin ini seolah-olah memberi indikasi bahawa tiga calon ini direstui Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak PETALING JAYA: Kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa beliau dan dua lagi rakan naib presiden akan bekerjasama rapat bagi mendepani cabaran pada pemilihan parti itu akan datang menimbulkan tanda-tanya. Hal demikian itu timbul selepas beliau dan Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Shafie Apdal mengumumkan hasrat untuk mempertahankan jawatan itu dalam Umno. Kenapa tiga orang calon naib Presiden Umno ini perlu ada pakatan seolah-olah menyekat calon lain mahu bertanding.Sehingga kini dua orang bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Ali Rustam dijangka turut bertanding. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Salleh Said Keruak dijangka bertanding juga jika Pengerusinya, Datuk Seri Musa Aman tidak berminat. Kenyataan Hishamuddin ini.seolah-olah memberi indikasi bahawa tiga calon ini direstui Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, Jika ia benar, ia adalah tidak sihat kepada Umno yang tidak beri kebebasan kepada 146,000 perwakilan memilih Naib Presiden menurut selera mereka. Kenapa kita mahu kembali kepada pemilihan 1975? Ketika itu Tun Razak menyebut tiga nama, Tun Ghafar Baba, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai naib presiden dalam ucapan perasmian perhimpunan agung Umno yang menyebabkan perwakilan marah. Kenapa Hishamuddin tak berani bertarung secara sendirian? Kenapa perlu berpakat dengan Zahid dan Shafie? Adakah kerana beliau sepupu Najib yang seolah-olah Najib merestui mereka bertiga terus kekal sebagai Naib Presiden Umno? Najib sepatutnya membuat kenyataan supaya calon-calon yang bertanding tidak menjaja namanya untuk meraih undi. Bagi saya, pertandingan ini biarlah terbuka kepada semua. Perwakilan hendaklah diberi peluang memilih tokoh terbaik sebagai Naib Presiden Umno dan bukannya menang kerana pasukan. Oleh itu jangan buat pakatan seperti pasukan wawasan pada tahun 1993- Najib, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Tan Sri Muhyiddin Yasin yang berjaya menyingkirkan dua penyandang jawatan, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tan Sri Sanusi Junid. | |||
Karpal Singh, Anwar buat laporan polis terhadap Mazlan Ismail Posted: 05 Aug 2013 12:45 AM PDT Roketkini.com PETALING JAYA: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh menafikan tuduhan bahawa mereka membayar RM50 juta untuk menyelesaikan urusan yuran guaman dan merasuah hakim serta timbalan pendakwaraya. Dalam kenyataan bersama semalam, mereka menyifatkan dakwaan itu sebagai 'berniat jahat, remeh dan menyusahkan' serta menggesa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengarahkan siasatan secara mendalam terhadap dakwaan itu. Akhbar seliaan UMNO/BN, Utusan Malaysia dan News Straits Times terdahulu melaporkan bahawa bekas calon Permatang Pauh BN, Dr Mazlan Ismail menerima lebih daripada 6,000 surat bertajuk 'Bankleaks Anwar/Karpal' dihantar ke rumahnya yang mengandungi dakwaan terbabit. Dakwaan jahat Mazlan itu juga disiar TV3 pada 2 Ogos lalu. Berikutan 'surat layang' itu, Anwar dan Karpal, masing-masing semalam membuat laporan polis di Balai Polis Tropicana, Petaling Jaya. Anwar berkata, sepanjang pembabitan Karpal sebagai panel guamannya, soal bayaran tidak pernah dibangkitkan jadi ini membuktikan dakwaan itu menghina maruahnya dan Karpal. "Saya dan Karpal akan mengambil tindakan bersesuaian dengan fitnah berterusan itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR. Ahli Parlimen PKR Permatang Pauh itu berkata, isu itu sebenarnya sengaja dibangkitkan bagi mengelak isu lain, antaranya unjuran ekonomi yang lesu, kadar jenayah meningkat dan skandal rasuah kerajaan. anwar karpal2Karpal juga menegaskan dakwaan itu mengarut dan sama sekali tidak berasas. "Saya mencabar Mazlan, jika benar seperti yang didakwa, tunjukkan akaun bank, nombor cek dan identiti orang yang membuat surat itu. "Saya juga mencabar TV3, Utusan Malaysia dan NST untuk melakukan perkara yang sama," tegasnya. Beliau yang juga Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor berkata, pihaknya sedang mengumpul bukti dan akan mengambil tindakan susulan dalam tempoh seminggu. Katanya, pejabat peguam negara tidak boleh berdiam diri dan perlu mempertahankan sistem kehakiman berikutan dakwaan jahat itu dan harus memberi maklum balas segera mengenainya. -Roketkini.com | |||
DAP mahu teliti 200 laporan Utusan Malaysia sebelum kemuka saman Posted: 05 Aug 2013 12:42 AM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR: Biro Undang-undang DAP yang diketuai Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo perlu meneliti lebih 200 laporan berita dan rencana yang menyerang DAP disiarkan Utusan Malaysia sejak Januari lalu untuk membolehkan akhbar milik UMNO itu disaman. Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, ini kerana dalam laporan berita dan rencana Utusan Malaysia telah berulang-kali menyebarkan pembohongan dan kepalsuan mengenai DAP dan pimpinan parti itu, terutama pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP ketika Kongres Kebangsaan DAP Disember tahun lalu. Katanya, Utusan Malaysia langsung tidak mempedulikan prinsip asas kewartawanan yang berkaitan dengan etika, kejujuran dan kebenaran. "Serangan yang diarah oleh "war room" UMNO/BN bertujuan memburuk-burukkan dan memusnahkan DAP itu mencapai kemuncaknya pada April, sejurus sebelum Pilihan Raya Umum ke-13, walaupun rentaknya perlahan selepas Mei lalu, momentumnya meningkat kembali pada Jun dan Julai, sehingga Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengeluarkan arahan agar DAP mengadakan pemilihan semula CEC. "Walaupun ROS tidak mengemukakan sebarang alasan mengapa ia mahu pemilihan semula CEC diadakan, dua tuduhan palsu ditonjolkan dalam Utusan Malaysia sejak enam bulan lalu untuk menghalalkan tindakan ROS iaitu: 1. Bahawa 753 perwakilan DAP tidak diberikan notis mengenai Kongres DAP dan dinafikan hak untuk memilih CEC baru. 2. Bahawa Kongres DAP Disember tahun lalu disertai 547 perwakilan hantu yang sebahagian besarnya dari Pulau Pinang dan mengundi dalam kongres berkenaan. Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, arahan ROS untuk mengadakan pemilihan semula CEC itu boleh difahami jika satu daripada dua dakwaan itu adalah benar, tetapi kedua-duanya adalah pembohongan yang nyata. "Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman secara terbuka menyebut pada awal tahun ini bahawa beliau hanya boleh mengarahkan supaya pemilihan semula CEC diadakan jika ada "bukti kukuh" mengenai percanggahan pada proses pemilihan itu. "Tuduhan liar "753" dan "547" itu terbukti pembohongan, maka apa "bukti kukuh" yang ROS miliki untuk menghalalkan arahannya supaya DAP mengadakan pemilihan semula CEC?," katanya dalam laporan media.-Roketkini.com | |||
Cadangan Gerakan Pemutihan Pistol Milik Awam Perlu Disegerakan Posted: 04 Aug 2013 04:34 PM PDT MSO Cadangan agar dilakukan gerakan pemutihan untuk menentukan berapa bilangan pistol milik awam sebagai salah satu makenisme untuk mengurangkan kejadian jenayah berat (tembak) seperti dicadangkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Razali Ibrahim lebih praktikal dan berbobot berbanding dengan tundingan jari bekas KM Melaka Mohd Ali Rustam kepada pembangkang berhubung isu sama. Cadangan Razali itu perlu disegera. Apabila diketahui berapa jumlah pistol yang dilesenkan, maka kita tahulah berapa banyak jumlah pistol yang haram. Berbanding dengan sikap Ali mengenai halk sama yang menuduh berlakunya jenayah berat disebabkan pembangkang. Hamlau... Kekerapan berlaku tembak menembak akibat kehilangan nyawa ada tanda-tanda lambakan pistol haram di negara ini. Kemungkinan ia diseluduk dari luar yang bergerak seiringan dengan kegiatan penyeludupan. Kemungkinan pada awalnya pistol ini digunakan bagi tujuan melicinkan kegiatan haram itu. Sekiranya andaian ini benar - kemasukan senjata luar, ia sudah pasti berlaku kelonggoran kawalan di sempadan. Tidak ditolak juga kemungkinan berlaku rasuah atau tumbuk rusuk di kalangan pengawal sempadan. Kalau tidak masakan ia mudah lolos? Sekiranya tidak berlaku unsur-unsur ini pihak kerajaan wajar memperketatkan kawalan di sempadan. Mungkin CCTV perlu dipasang di sepanjang sempadan strategik apabila pengawal sempadan sudah tidak boleh dipercayai lagi. Pasukan keselamatan polis dan tentera juga wajar ditempatkan di semua sempadan. Memandangkan jenayah di dalam negeri tidak begitu memerlukan tenaga ATM, wajar kalau ATM diletakkan di semua sempadan. Diberi tugas baru mengawal sempadan seperti mana dibuat di Sabah. Ancaman dari luar secara ketenteraan tidak begitu membimbangkan jadi elok letak askar agar jaga sempadan. Perkara ini perlu diberi penekan kerana kejadian jenayah melibatkan tembakan kerap berlaku dan ia sudah menjadi sesuatu pertuturan awam. Dalam minggu lalu saja lima kes melibatkan jenayah menggunakan senjata (pistol). Ejekan akhbar The New Paper dari Singapura terhadap keselamatan negara kita berkaitan dengan apa yang berlaku sungguh menyedih dan memalukan. Ejekan itu patut diambil sebagai cabaran kita mengawal keselamatan negara kita dan jangan menganggap ia mahu mencampuri urusan keselamatan kita. Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar tidak perlu memberi reaksi beremosi kepada akhabr The New Paper itu tetapi harus menerima hakikat yang polis sudah tidak mampu lagi untuk membendung kejadian jenayah terutamanya melibatkan penembakkan. Jangan sampai ada mana-mana pegawai tinggi polis terkena insiden itu baru hendak bertindak. Khalid juga patut menjadikan masalah jenayah berat ini sebagai agenda atau pun iltizam utamanya sebagai ketua polis yang baru dilantik. Di samping itu juga jangan dilupakan ikut sama menjadi rasuah di kalangan anggota polis sebagai tumpuan. Salah laku polis mengenai rasuah ini juga sesuatu yang memalukan dan meletak taraf polis ditahap paling rendah dari segi integriti anggota berpasukan. | |||
Razali saran gerakan pemutihan kesan senjata api Posted: 04 Aug 2013 04:32 PM PDT Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim hari ini menyarankan satu gerakan pemutihan dilancarkan bagi mengesan jumlah sebenar senjata api dimiliki orang awam. Beliau berkata langkah itu dapat membendung kemasukan senjata api tidak berlesen di negara ini, sekali gus mengelak kebanjirannya. "Dengan adanya gerakan tersebut, kerajaan akan dapat mengesan jumlah sebenar senjata api awam berlesen dan yang tidak berlesen. "Kita isytiharkan berapa banyak yang ada dalam negara dan kalau ia lebih daripada jumlah yang sebenar, bererti selebihnya adalah tidak berlesen," katanya selepas majlis penutup program Mahasiswa Turun Parlimen Muar, di Muar semalam. Beliau berkata demikian sebagai mengulas penemuan banyak senjata api oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak akhir-akhir ini. Beliau yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno berkata kebanjiran senjata berbahaya berlaku atas banyak sebab termasuk ada kaitannya dengan kegiatan rasuah dan penyeludupan.-Bernama | |||
DAP ragu tindakan terhadap Bernama dan media Umno kerana silap lapor kenyataan TPM Posted: 04 Aug 2013 04:24 PM PDT Lim Guan Eng (gambar) meragui tindakan akan diambil terhadap agensi berita nasional Bernama serta akhbar milik Umno New Straits Times dan Utusan Malaysia kerana menyiarkan laporan mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri (TPM) Tan Sri Muhyiddin Yassan dan menghina senstiviti kaum. Menurut Setiausaha Agung DAP itu , ini kerana dasar Umno mengamalkan sikap pilih kasih dan hanya akan mengenakan hukuman ke atas pihak yang tidak menyokong parti itu namun tidak kepada pihak bersekongkol dengan mereka. "Ini jelas kerana tiada tindakan yang diambil ke atas Utusan kerana menyiarkan laporan mencetuskan kemarahan kaum di negara ini sehingga terjadinya rusuhan 13 Mei hingga menggorbankan puluhan nyawa," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini. "Juga kegagalan kerajaan untuk menghukum pemimpin Perkasa (Datuk) Ibrahim Ali dan (Datuk) Zulkifli Noordin kerana menggesa pembakaran kitab injil dan membuat penghinaan terhadap agama Hindu, malah menteri-menteri Umno seperti Datuk Abdul Rahman menyokong tindakan tersebut," tambah beliau lago. Lim mengulas tindakan tindakan dua media, Bernama dan akhbar arus perdana New Straits Times yang kononnya melaporkan komen palsu bahawa Muhyiddin menyalahkan orang bukan Islam menghina agama Islam dimana beliau menyatakan komen itu bagi mengulas isu pelatih anjing dalam klip video Satu Hari Di Hari Raya. Bagaimanapun, komen itu dinafikan sendiri oleh Muhyiddin apabila menjelaskan tidak pernah menyebut secara khusus perkataan orang bukan Islam kerana kenyataan yang dibuat bersifat umum seperti yang dilaporkan pada 30 Julai lalu. Ekoran itu, pihak polis digesa segera mengambil tindakan ke atas Bernama dan New Straits Times di bawah Akta Mesin Cetak 1984 dan Akta Penerbitan, Multimedia dan Komunikasi 1998, kata Lim. "Sebagai mangsa yang pernah menjadi menjadi fitnah mereka oleh organisasi media tersebut, saya percaya Muhyiddin kini juga sudah menjadi mangsa atas penipuan mereka kerana itu hanya hukuman yang mampu membuat penyebaran penipuan memfitnah hingga menggugat keharmanonian kaum di negara ini tidak akan dilakukan lagi," katanya lagi. Menurut Lim akhbar milik Umno, Utusan Malaysia juga harus dikenakan tindakan kerana menyiarkan laporan palsu berhubung kenyataan Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A.Thaveegan yang memberi amaran polis tidak akan teragak-agak menggunakan Akta Fitnah dan Hasutan kepada individu yang bertanggungjawab menyebarkan gambar pelajar bukan Islam makan di bilik persalinan sehingga mencetuskan provokasi dan ketegangan kaum. Pada Julai 31 lalu, Bernama dan New Straits Times melaporkan komen Muhyiddin berbunyi "satu lagi tindakan menganggu"dimana beliau merujuk kepada ia merupakan satu tindakan yang menyentuh sensitiviti agama Islam dan menyalah masyarakat bukan Islam kerana menghina agama rasmi negara ini. | |||
MP Masjid Tanah Tawar Diri Tanding Ketua Puteri Umno Posted: 04 Aug 2013 04:19 PM PDT MSTAR ONLINE MELAKA: Ketua Pergerakan Puteri Umno Melaka, Mas Ermieyati Samsudin, 37, menawarkan diri bertanding bagi jawatan Ketua Puteri pada pemilihan parti kali ini, jawatan yang dikosong penyandangnya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Beliau berkata, langkah itu diambil selepas mendapat maklum balas serta sokongan yang baik anggota dan sahabat puteri dari seluruh negara. "Saya berharap berdasarkan pengalaman saya dalam Puteri selama tiga penggal sebagai Ketua Puteri Umno negeri, dan menjadi Exco selama dua penggal serta berada dalam kepimpinan tiga puteri yang berbeza sebelum ini, akan menjadi nilai tambah dan sokongan buat anggota puteri," katanya kepada pemberita di sini, Ahad. Mas Ermieyati, yang juga seorang peguam serta Anggota Parlimen Masjid Tanah setelah memenanginya pada pilihan raya umum Mei lepas, berkata beliau akan bekerja keras bagi mendapat sokongan anggota Puteri bagi meneruskan kesinambungan pemimpin sebelum ini. "Saya juga telahpun menyampaikan hasrat saya ini kepada Rosnah, dan Timbalan Menteri Kerja Raya itu menasihatkan agar saya bertanding secara sihat," katanya. Rosnah tidak mempertahan jawatan Ketua Puteri kerana mencapai had umur selepas menerajui kepimpinan sayap itu selama lima tahun. - BERNAMA | |||
Rosnah Mohd Noor meninggal dunia Posted: 04 Aug 2013 04:16 PM PDT PELAKON popular tahun 1980-an, Rosnah Mohd Noor meninggal dunia pada pukul 2.55 petang tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Wartawan Sinar Harian Beita itu dimaklumkan rakan Allahyarhamah, Zaridah Ishak. "Rosnah sudah pun meninggal dunia pada pukul 2.55 petang tadi. Dan kini saya bersama keluarganya sibuk menguruskan jenazah. Buat masa ini kami belum pasti lokasi pengebumiannya. "Kami sedang berbincang," katanya lapor mStar Online. Terdahulu, mStar Online pada 27 Februari lalu pernah melaporkan Rosnah dimasukkan ke HKL apabila tulang pada bahagian paha kirinya patah akibat kesan komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser payudara yang dihadapinya sebelum ini. Allahyarhamah sering mendapatkan rawatan di HKL akibat penyakitnya itu. Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, Rosnah telah berlakon beberapa buah filem antaranya Hantu Siang (1986), Di Ambang Kasih (1984), Aku Yang Berhormat (1983), Esok Untuk Siapa (1982) dan Ribut Di Hujung Senja (1982). Hasil perkahwinannya dengan penyanyi dangdut Iwan, beliau dikurniakan tiga orang anak iaitu Wan Ramada Agus Putra, 24, Wan Shamira Puteri Octavia, 22, dan Wan Shahera Puteri Apreena, 20. Wan Ramada sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina di Australia manakala anak bongsunya pula belajar di sebuah kolej swasta Kuala Lumpur. Rosnah turut memiliki seorang cucu yang berusia setahun hasil perkahwinan anak keduanya. | |||
Op Selamat: 53 kemalangan maut dicatat hari ketiga Posted: 04 Aug 2013 04:11 PM PDT Salleh Mat Rasid mengedarkan risalah keselamatan kepada penunggang motorsikal di Kuching hari ini. - Foto Bernama SINAR HARIAN Op Selamat bertema 'Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi' kali ini berlangsung 15 hari bermula 1 Ogos dengan memfokus kepada keselamatan di jalan raya, rumah serta harta benda yang ditinggal pemilik ketika pulang ke kampung. Salleh berkata bagi tempoh tiga hari pertama operasi itu dilancar, hasilnya didapati positif apabila kemalangan jalan raya dan kejadian pecah rumah dilihat menurun. "Kita harap 'trend' ini akan berterusan, dan paling penting setiap orang mesti memainkan peranan untuk mematuhi apa juga undang-undang bila menggunakan jalan raya, dan jika pulang ke kampung meninggalkan rumah, lapor kepada pihak polis," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Kontinjen Sarawak dan berkonvoi motosikal ke lokasi Op Selamat IPD Kuching di Jalan Matang. Beliau juga berharap objektif Op Selamat akan tercapai dan kadar kemalangan, termasuk kemalangan maut, serta kes pecah rumah dapat dikurangkan. Mengulas pergerakan kenderaan berat di laluan utama pada musim perayaan, Salleh berkata Kementerian Pengangkutan akan mengeluarkan arahan rasmi melarang kenderaan berat memasuki kawasan yang ditetapkan, dan ia dikuat kuasa pada 6,7,16 dan 17 Ogos. Beliau memuji langkah IPK Sarawak mengadakan pra-Op Selamat 3, yang dilihat sebagai satu pendekatan dan langkah yang baik agar masyarakat bersedia lebih awal sebelum memulakan perjalanan di jalan raya serta meninggalkan rumah semasa perayaan. Mengulas kes seorang ahli perniagaan dari Kuching yang dilaporkan maut selepas ditembak di Penampang, Sabah semalam, Salleh berkata polis di kedua-dua negeri akan bekerjasama untuk menyelesaikannya. Semalam, mangsa ditembak di kawasan parkir di depan sebuah restoran ketika keluar dari premis berkenaan dan sedang bercakap di telefon bimbit. - Bernama | |||
Minggu Pesta Tembak Menembak: Seorang Lagi Mati Ditembak Jarak Dekat Posted: 04 Aug 2013 04:08 PM PDT Pengawal keselamatan maut ditembak KELAB GREENBOC KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan maut selepas ditembak seorang lelaki di Lorong C 3/24 di Cheras Perdana, Kajang di sini, menjadikannya kejadian tembakan kelima yang berlaku minggu ini. Dalam kejadian pada kira-kira 1.30 petang tadi, Balamurali Balakrishnan, 36, yang berada di ruang tamu rumahnya maut selepas suspek melepaskan empat das tembakan yang mengenai dada mangsa. Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata mangsa mati di tempat kejadian manakala ibunya yang berada di bilik tidur rumah itu tidak diapa-apakan. "Suspek yang datang ke rumah mangsa menggunakan kereta Iswara berwarna hitam dipercayai masuk melalui pintu yang tidak berkunci sebelum melepaskan empat das tembakan yang menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama. Abdul Rashid berkata mangsa merupakan bekas banduan serta dibebaskan dari penjara pada Jun dan dipercayai bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah stesen LRT dekat sini. Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa pernah terbabit dengan lima kes dadah dan polis akan menyiasat sama ada kejadian itu berunsurkan dendam atau sebaliknya. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. Sementara itu, isteri mangsa, S.Punavaneswari, 28, berkata ketika kejadian, beliau tiada di rumah kerana balik ke kampungnya di Seremban bersama anak lelaki mereka. "Kali terakhir saya bercakap dengan dia ialah semalam, tetapi dia tidak menunjukkan reaksi yang pelik kerana selama ini pun dia memang jarang bercerita mengenai hal peribadinya kepada saya," katanya kepada pemberita di tempat kejadian. Kejadian itu merupakan yang kelima minggu ini. Semalam, seorang peniaga emas nyaris maut apabila tembakan orang yang cuba membunuhnya tersasar dan terkena bahu kanan mangsa, yang ketika itu memberhentikan kenderaan di lampu isyarat Jalan Makmur, Pandan Indah di sini. Pada 29 Julai, Pengasas Arab Malaysia Bank Hussain Ahmad Najadi, 75, maut manakala isterinya, 49, cedera parah apabila ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon di sini. - Bernama
ULASAN GB Apa yang GB katakan sebelum ini menjadi kenyataan. Petikan: Dan seperkara yang perlu direnungkan ialah, kejadian jenayah berleluasa sehingga negara menjadi seperti sangkar samseng bermaharajalela sekarang ini adalah kerana kita mempunyai seorang Menteri KDN yang mempunyai rekod jenayah memukul orang awam yang kesnya masih berjalan di mahkamah. Dan kita mempunyai seorang KPN yang diisytiharkan oleh mahkamah sebagai orang bertanggungjawab terhadapematian tahanan di dalam penjara! Dan nampaknya, selagi Menteri KDN dan KPN tidak ditukarkan, kita akan mendengar lebih banyak lagi kes-kes tembak menembak ini. Itulah "aura" yang dibawa oleh Menteri KDN dan KPN kita. Hukum Kebenaran dan Keadilan akan terus berjalan. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan