Ahad, 4 Ogos 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Sokong The New Village, Utusan soal ‘Apa lagi Namawee mahu?’

Posted: 03 Aug 2013 10:27 PM PDT


OLEH MD IZWAN



Utusan Malaysia hari ini mengecam pengarah filem kontroversi Namawee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee sebagai sudah melampaui batas kerana menyokong filem The New Village (gambar), serta mempersoalkan 'Apa lagi Namawee mahu?".

Dalam ruangan kolum oleh Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia, Namawee dibidas sebagai seorang yang perkauman dan mengambil kesempatan atas sikap keterbukaan kerajaan selama ini.

 















"Namawee sangat rasis, bersikap keterlaluan dia mengambil mudah sikap keterbukaan kerajaan selama ini.

"Apa lagi dia mahu? Pada Awang, itulah yang dikatakan kaduk naik junjung. Setiap warganegara tidak kira kaum perlu tebal patriotismenya," kata Awang Selamat hari ini.

Awang juga menolak dakwaan oleh Namawee yang kononnya mengatakan terdapat unsur pilih kasih bagi pemilihan tarikh tayangan filem di Malaysia walhal filem Tanda Putera juga beberapa kali dihalang tayangannya kerana bantahan oleh kaum tersebut.

"Lebih mengejutkan filem tersebut mendahului tayangan filem Tanda Putera arahan Datuk Shuhaimi Baba yang beberapa kali ditangguhkan ekoran bantahan beberapa bantahan pihak kaum Cina," katanya lagi.

Sementara itu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mohamed Nazri Aziz membidas Namewee sebagai seorang yang bodoh dan buta sejarah kerana tidak berpuas hati dengan penangguhan filem The New Village.

"Dia budak yang tidak tahu sejarah, budak yang bodoh, berhingus dan tidak faham tentang sejarah negara kita. Hidup dalam sebuah negara berbilang kaum, kita harus mengambil kira sensitiviti dalam negara," kata Nazri yang dipetik dalam Mingguan Malaysia hari ini.

Kenyataan tersebut menerima pujian Awang Selamat dengan mengganggapnya sebagai satu tamparan hebat kepada Namawee walaupun suatu ketika dahulu Nazri sendiri memujinya kerana meminta maaf melibatkan isu lagu Negaraku.

"Kalau tidak lama dahulu, Namawe, (selepas meminta maaf atas kebiadabannya), menerima sokongan daripada beberapa pemimpin kerajaan termasuk Nazri, kali ini tidak lagi," tambah Awang Selamat lagi.

Selain itu, Nazri juga dilaporkan berkata filem The New Village tidak akan ditayangkan langsung dimana-mana pawagam mahu di dalam alam maya serta memberi jaminan tindakan keras akan diambil sekiranya mendapati larangan tersebut tidak dipatuhi.

Dalam videonya itu, Namawee berkata walaupun filem itu berkisarkan Parti Komunis Malaya (PKM) ia tetap merupakan sejarah yang perlu diketahui semua pihak.

"Tak kan kerana beberapa bantahan bodoh, kamu pun sekat filem ini," kata Namewee sambil menyifatkannya sebagai keterlaluan, serta membangkitkan tentang satu lagi filem kontroversi Tanda Putera yang akan ditayangkan pada 29 Ogos.

Namewee mengkritik penangguhan banyak kali filem Tanda Putera hanya kerana memaparkan sejarah mengenai pergaduhan kaum 13 Mei 1963.

Namewee antara lain turut menyentuh isu pasangan blog sex Alvin Tan dan Vivian Lee dipenjara kerana menyiarkan gambar menghina agama lain tetapi tidak kepada Guru Besar Sk Seri Pristina yang mengarahkan pelajar bukan Islam makan di bilik persalinan.

Malah dalam video tersebut turut memberi komen Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) masih belum memberi tarikh tayangan filem nya Kara King yang sepatutnya mula ditayangkan pada 1 Ogos ini.

Wanita mati kena tikam

Posted: 03 Aug 2013 10:18 PM PDT



SHAH ALAM - Seorang wanita ditemui mati dengan tangan dan kaki terikat di sebuah rumah di Sunway Batu Caves, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak,  Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata mangsa dikenali sebagai Badariah Husein,44, mati  dibunuh berdasarkan kesan tikaman senjata tajam pada bahagian dadanya.

Menurutnya, pemeriksaan forensik juga mendapati kemaluan mangsa berdarah disyaki akibat  dirogol.

"Rakan mangsa bertindak memecahkan pintu rumah kira-kira jam 5.30 petang  selepas beberapa gagal menghubungi nya melalui telefon bimbit," katanya

Katanya lagi, mangsa dimaklumkan kali terakhir ditemui rakannya sebelum bersahur jam 4 pagi semalam.

Kes disiasat dibawa seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh.

Ahli Perniagaan Di Sabah Ditembak Mati Dari Dalam Kereta

Posted: 03 Aug 2013 10:15 PM PDT



KOTA KINABALU: Seorang ahli perniagaan berusia 44 tahun terbunuh dalam kejadian tembak dari dalam kereta ketika berjalan keluar dari sebuah kedai kopi India Muslim di kompleks komersial Beverly Hills, di Penampang kira-kira pukul 10.15 malam Sabtu.

Lelaki itu dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth oleh sebuah kereta peronda polis, tetapi disahkan meninggal dunia lewat malam Ahad.

Polis masih belum mendedahkan identiti ahli perniagaan itu, yang dikatakan baru sahaja meninggalkan kedai kopi selepas minum dengan beberapa rakan.

Sebaik sahaja beliau meninggalkan kedai kopi itu, seorang lelaki yang tidak dikenali yang sedang menunggu di dalam kereta menembak di bahagian perut dan segera memecut.

Polis peronda yang berada berdekatan kawasan mendengar tembakan dan segera tiba ke tempat kejadian, membawa lelaki itu ke hospital.

Pihak polis segera mengadakan sekatan jalan raya di seluruh bandar dalam usaha untuk menangkap penyerang.

Difahamkan, polis juga merekodkan kenyataan daripada rakan-rakan ahli perniagaan itu.

Pokok besar tumbang atas 10 kereta

Posted: 03 Aug 2013 10:13 PM PDT

Pokok besar tumbang atas 10 kereta Pokok tumbang menyebabkan 10 kereta remuk di Bandar Sunway, semalam.
SUBANG JAYA – Tiada hujan tiada ribut namun sebatang pokok didakwa tumbang menghempap 10 kenderaan yang diletakkan di tempat letak kereta berhampiran Balai Polis Bandar Sunway, di sini malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Difahamkan, sebelum itu sebatang pokok besar dipercayai sudah reput tumbang dan mengenai sebatang pokok lain terletak bersebelahan.

Disebabkan insiden itu, hampir kesemua kereta yang diletakkan berhampirannya remuk ditimpa pokok bersaiz sebesar pemeluk.

Sumber berkata, ketika kejadian cuaca dalam keadaan baik tiada hujan atau angin kuat.

Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 7.58 malam sebelum sebuah jentera dan enam anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

Kereta yang menjadi 'mangsa' akibat pokok tumbang itu termasuk tiga kereta Proton Saga, dua Perodua Myvi, sebuah Perodua Kancil dan sebuah proton Waja.

Turut menjadi mangsa sebuah kereta jenis Proton Wira, sebuah Perodua Viva dan sebuah  Kelisa.

"Anggota bomba kemudian memotong dahan pokok dan mengalihkannya. Tiada kecederaan dilaporkan berlaku di lokasi kejadian.

"Bagaimanapun, kebanyakan kereta tidak sempat dialihkan dan mengalami kerosakan teruk akibat kejadian itu," katanya.

Kalau tidak kena gayanya DAP akan jadi macam UMNO (lama)

Posted: 03 Aug 2013 10:06 PM PDT


Oleh Mohd Sayuti Omar

DAP sedang menghadapi keadaan yang tidak ada siapa yang tahu kenapa mereka berada di dalam situasi yang sedang mereka alami sekarang ini. Hanya kepada pelaku kesalahan dan yang terlibat diantara mereka dalam DAP sendiri serta pihak penguasa pertubuhan serta mereka yang sengaja mewujudkan keadaan ini untuik kepentingan peribadi beberapa orang pemimpin dalam parti itu. 

Sekarang berlaku peperangan secara terbuka diantara pihak RoS dan parti itu dan nampak juga ada di dalam DAP yang tidak terkejut dengan keadaan ini berlaku kerana mereka sudah percaya DAP seperti parti lain juga adalah pertubuhan politik yang lain juga. DAP juga ada perebutan kuasa diantara mereka yang memimpin dan parti itu juga mempunyai jiwa seperti manusia yang lain yang mempunyai budaya yang sama seperti rakyat Malaysia yang lain.


Apatah sebelum pilihanraya lalu kita telah nampak jelas yang DAP amat berkeyakinan akan berjaya menguasai Putrajaya dengan rakan-rakan kongsi mereka yang lain dalam Pakatan Rakyat. Parti ini juga telah menampakkan kemahuan untuk berkuasa buat kali pertamanya selepas pilihanraya 13 yang lalu sehingga parti ini telah melakukan kesilapan dan kesalahan moral yang agak ketara juga.

Kita tidak dapat lari dari mempersoalkan kenapa ada kesilapan dalam pengiraan undi pada 15 Disember 2012 dan tanpa pengetahuan ramai semasa itu berlaku pembetulan dalam pengiraan undi itu setelah berminggu-minggu pemilihan itu berlaku. Ada yang kalah telah menjadi menang dan yang menang telah menjadi calon kalah dan di sinilah mulanya keadaan sekarang bermula.

Siapa yang melakukan perubahan dan pembetulan itu, dan siapakah yang menjadi saksi tentang kesilapan dan seterusnya membetulkan kembali senarai mereka yang menang itu? Adakah ia dibetulkan oleh CEC sendiri atau siapa?. Apabila aduan dilakukan oleh ahli-ahli yang tidak berpuas hati, maka ia menjadi isu dan penyiasatan terhadap pemilihan itu mula dilakukan oleh RoS, badan penguasa kepada semua pertubuhan yang terdaftar dinegara ini.

DAP telah diminta memberikan keterangan dan penjelasan. Apa penerangan dan penjelasan itu tidak ada siapa yang tahu, hanya DAP dan Pendaftar Pertubuhan sahaja yang tahu isi perbincangan diantara mereka. Hasilnya sekarang RoS telah meminta DAP melakukan pemilihan semula dan DAP bertindak menunjukkan sikap 'defiance' mereka terhadap arahan itu dan mempersoalkan undang-undang mana yang dipakai oleh RoS untuk mengarahkan mereka melakukan pemilihan sekali lagi.

Disinilah mula tahap yang lebih tinggi dan krisis ini mula menjadi besar dan menjadi tumpuan ramai sehinggakan saya sendiri menerima banyak email bertanyakan apa yang terjadi seolah-olah saya ini adalah seorang yang tahu hal sebenar di dalam parti itu. Walaupun saya telah memohon untuk menjadi ahli parti itu diatas desakan dua orang ahli dalam CEC sekarang secara tergesa-gesa tetapi setelah saya menghantar permohonan pada 8hb Januari 2012 itu sampai kehari ini saya tidak tersenarai sebagai ahli parti itu.

Pimpinan cawangan yang saya memohon untuk menjadi ahli itu memberitahu saya yang nama saya masih belum tersenarai sebagai ahli dan ada kebenarannya kerana sampai sekarang ini saya belum pun menerima walaupun satu notis untuk menghadiri mesyuarat agung tahunan cawangan itu.

Sehingga ke hari ini ada beberapa orang ahli cawangan itu bertanyakan soalan ini kepada saya, tetapi saya memilih untuk berdiam diri kerana banyak lagi waktu untuk memberikan jawapan sebenarnya nanti. Saya pasti suatu hari nanti akan tiba masa dan waktunya untuk sesiapa yang ingin mengetahuinya untuk memahami keadaan sebenarnya dalam isu ini memahami permainan sebenar yang berlaku di dalam DAP itu. Buat masa ini elok di diamkan sahaja isu ini kerana DAP sedang menghadapi krisis yang lebih besar sekarang ini dalam isu pemilihan sekali lagi yang diarahkan oleh RoS itu.

Bagi pandangan ramai termasuk diri saya sememangnya DAP wajar melakukan pemilihan sekali lagi kerana pembetulan itu tidak siapa yang tahu cara bagaimana ia telah dilakukan. Disamping itu telah ramai yang mempersoalkan

Sekarang timbul persoalan samada benar apa yang diperkatakan dimana-mana yang DAP tidak mahu melakukan pemilihan sekali lagi untuk mempastikan parti itu dibatalkan pendaftarannya supaya parti DAP yang baru ditubuhkan. Dengan menubuhkan parti baru maka mereka yang sedang berkuasa sekarang boleh menubuhkan jawatankuasa protem yang baru. Dengan cara itu mereka yang berkuasa dalam DAP sekarang berjaya mengenepikan ahli-ahli yang tidak sebulu dengan pimpinan sekarang.

Maka tidak hairan kenapa Ketua Pengarah RoS telah memberi amaran kepada DAP yang parti itu jangan harap akan dibenarkan menubuhkan parti baru itu. Apabila Ketua Pengarah RoS membuat kenyataan secara spontan pimpinan tertinggi DAP telah membidas Ketua Pengarah pendaftar pertubuhan seolah-olah lubang mereka telah bocor dan diketahui umum.

Jika pendaftaran DAP dibatalkan ia merupakan cara yang terbaik untuk pimpinan yang berkuasa sekarang untuk menyusun semula keahlian yang mereka rasakan sesuai dengan kehendak kumpulan pimpinan yang ada sekarang ini.

Mengadakan semula pemilihan yang moralnya sepatutnya dilakukan itu, ia akan memberikan risiko yang tinggi kepada mereka yang sudah terpilih sekarang ini kerana umum mengetahui yang ramai dikalangan perwakilan yang sepatutnya hadir dalam pemilihan pada 15hb Januari yang lepas mempunyai kecenderungan untuk membeikan sokongan kepada kumpulan yang lain dalam parti itu.

Jika ia benar-benar berlaku maka parti ini bolehlah berjabat tangan dengan UMNO yang telah melakukan semua ini pada tahun 1988 dahulu. Jika betullah tuduhan setengah diantara mereka dalam DAP ini yang pada hakikatnya pimpinan sekarang lebih suka untuk pendaftarannya di batalkan maka ia patut belajar dengan sungguh-sungguh dengan UMNO kerana UMNO sudah berpengalaman mengelirukan ahli-ahlinya dengan menubuhkan parti baru dengan menggunakan nama lamanya.

Walau bagaimana pun saya berharap tidak bertindak sedemikian kerana melalui pengalaman yang dilalui oleh UMNO ahli-ahli parti akan berpecah dan tidak akan memberikan apa-apa faedah kepada perjuangan yang sering dilaungkan oleh parti itu selama ini.

Tetapi kalau itu niat dan kemahuan kepimpinan DAP yang ada sekarang maka nyatalah yang parti ini hanyalah ibarat 'kuali mengata buntut belanga hitam' sahaja. Kali ini giliran kaum Cina pula menjadi mangsa retorik partinya.

Prof Agus pula belasah Noh Omar, terhangat

Posted: 03 Aug 2013 09:58 PM PDT

Harakahdaily,
 
KUALA LUMPUR: "Selepas Soi Lek, Prof Agus pula belasah Noh Omar" merupakan artikel yang paling diminati pembaca Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke 31, 2013.

Di tempat kedua pula ialah artikel bertajuk "Perbezaan wanita yang menyokong dan menentang Mursi" dan "Mengapa undi PAS merosot dalam PRK K Besut" pula menduduki tempat ketiga.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Harakahdaily bagi minggu 28 Julai hingga 3 Ogos.

1

Selepas Soi Lek, Prof Agus pula belasah Noh Omar
2

Perbezaan wanita yang menyokong dan menentang Mursi
3

Mengapa undi PAS merosot dalam PRK K Besut
4

Kes tembak mati meningkat, bussines ini pun meningkat
5

Turki gantung 27 perjanjian dengan Mesir
6

Pemergian Boon Huat, hilangnya permata hoki negara
7

Tanda-tanda lailatul Qadar dari hadis sahih
8

Pemimpin bersin pun ahli Umno tepuk tangan - Mahathir
9

Kehebatan anak dan menantu dalam PAS
10

Rampas mercun: Jangan kaitkan saya, kata Khalid

Lori minyak masak terbalik

Posted: 03 Aug 2013 09:52 PM PDT

Lori minyak masak terbalik Beginilah keadaan lori muatan minyak masak yang terbalik, semalam.
KUALA TERENGGANU – Orang ramai yang melalui Jalan Permint Jaya, Chendering, di sini terkejut apabila mendapati ratusan botol minyak masak disusun di jalan berkenaan.

Ia berikutan sebuah lori yang membawa bahan kegunaan harian seberat 25 tan itu tiba-tiba terbalik ketika melalui selekoh jalan tersebut kira-kira jam 11 pagi semalam.

Bagaimanapun, Sinar Harian difahamkan pemandu lori berusia 30-an dari Kelulut, Marang yang ketika itu sedang memandu sendirian tidak mengalami kecederaan.

Rakan mangsa, Syukri Mohamad, 28, berkata, ketika kejadian, lori terbabit dalam perjalanan menghantar minyak masak itu ke Gong Badak selepas mengambil stok di Kelang, Selangor.

"Ketika sampai selekoh itu, ia gagal dikawal lalu terbalik," katanya.

Susulan kejadian itu, berpuluh-puluh botol minyak masak rosak dan pecah, manakala sebahagian yang masih elok dikumpul untuk dihantar ke kilang.

Menurut Syukri, bagi memudahkan urusan memindahkan minyak masak yang masih elok ke tiga lori lain, pihaknya menyewa dua buah forklift.

Selain itu, tinjauan Sinar Harian mendapati beberapa penduduk sekitar turut turun membantu mengangkat dan membersihkan kesan minyak di kawasan tersebut yang mengambil masa kira-kira enam jam untuk diselesaikan sepenuhnya.

160 Anak Yatim Terima Sumbangan

Posted: 03 Aug 2013 09:50 PM PDT

BULETIN  ONLINE

DUNGUN – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sura, YB Wan Hapandi Wan Nik meneruskan aktiviti kebajikan tahunan bagi Dun Sura yang telah dirintis ADUN Sura terdahulu, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.

adun sura sumbang1

Beliau telah meraikan dengan memberi sumbangan kepada anak-anak yatim sempena hari raya Eidilfitri yang akan menjelang tiba dalam masa seminggu sahaja lagi.

Lebih 160 orang anak-anak yatim dari hampir 80 keluarga dari seluruh kampung Dun terbabit, telah menerima sumbangan dalam bentuk beras dan wang tunai.

Majlis penyampaian sumbangan tersebut telah berlangsung di Bangunan PAS DUN Sura itu, bermula jam 9.00 pagi sehingga menjelang sebelum tengahari Jumaat, 2 Ogos 2013.

Anak-anak yatim yang menerima bantuan tersebut bukan hanya dikalangan ahli dan penyokong PAS sahaja, tetapi daripada pelbagai latar belakang politik.

Sumbangan yang disampaikan adalah hasil derma daripada orang ramai, sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan keluarga penerima menjelang hari lebaran.

Jangan campur adukkan politik dan pentadbiran

Posted: 03 Aug 2013 09:46 PM PDT

BULETIN ONLINE

KEMAMAN – Penjawat Awam khususnya yang bertugass di daerah Kemaman diingatkan supaya tidak mencampur adukkan politk dan pentadbiran kerana ia akan melambatkan pembangunan dan merugikan seluruh rakyat.

hanafiah mat

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat mengharapkan para pegawai dapat menumpukan perhatian kepada perkhidmatan, kerana 'musim pilihanraya' telah pun tamat.

"pada akhir Ramadhan ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada semua penjawat awam dan memberi ingatan khususnya kepada para petugas di Pejabat Tanah dan Daerah Kemaman supaya dapat menumpukan perkhidmatan berbakti kepada rakyat,

"laksanakanlah semua rancangan yang telah dibuat bukan kerana parti PAS atau kerana parti Umno, tetapi untuk rakyat yang merupakan amanah yang dipertanggungjawabkan, bukan sahaja di dunia malah sehingga hari akhirat,"ujarnya ketika ditemui.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan yang menyatakan bahawa pejabat pembangunan daerah Kemaman telah membatlkan semua perancangan bagi projek-projek pembangunan yang telah dibuat oleh mantan ADUN Chukai Dato' Mohamad Awang Tera.

Selaku wakil yang dipilih oleh rakyat, beliau bersedia memberikan khidmat untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada mana-mana pihak bagi memastikan rakyat dapat menikmati kemudahan.

"di sisi rakyat tidak ada bezanya, saya selaku wakil rakyat dan para pegawai selaku penjawat awam, sama-sama mahu memastikan rakyat mendapat faedah semaksima mungkin,"tambah beliau.

Kepada seluruh penduduk Kemaman, khususnya Dun Chukai beliau menjemput kepada sesiapa yang berkesempatan dapat menjamu selera dalam program rumah terbuka sempena hari raya aidul fitri yang akan di anjurkan oleh Majlis Tindakan DUN Chukai pada hari Jumaat 9 Syawal akan datang.

Majlis tersebut, katanya, akan bermula pada jam 10 pagi sehingga jam 2 petang di hadapan Pasar Besar Kemaman.

Saham Felda semakin susut?

Posted: 03 Aug 2013 09:43 PM PDT

 sawit Foto: AFP
Sudah lebih setahun penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di pasaran utama Bursa Malaysia pada 28 Jun 2012, dengan tawaran awam awal (IPO) RM2.19 bilion dan berjaya mengumpul RM10.4 bilion.

Jumlah itu menjadikan penyenaraian FGVH sebagai yang terbesar di Asia dan kedua terbesar di dunia selepas Facebook, tahun lalu.

Transformasi daripada organisasi domestik kepada global yang dilakukan bertujuan meningkatkan daya saing dan dilihat dapat menjana pendapatan berganda kepada Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi.

Namun, penyenaraian tersebut mendapat bantahan segelintir peneroka yang mengambil keputusan untuk berarak dan mengadakan protes di hadapan pejabat Felda, serta pelbagai petisyen diserahkan kepada kerajaan bagi membantah penyenaraian itu.

Kini, setahun selepas kekecohan itu, jika berdasarkan graf di Bursa Malaysia, saham FGVH dilihat tidak menentu dan terus menurun sejak penyenaraiannya.

Adakah kebimbangan peneroka Felda yang menentang penyenaraiannya berasas, atau keadaan ini hanya sementara?

Harga minyak sawit rendah

Penurunan harga minyak sawit mentah (CPO) ketika ini adalah antara faktor utama yang dikaitkan dengan prestasi saham FGVH, dan ia dipersetujui oleh penganalisis industri.

Menurut Penganalisis Kanan Penyelidikan CIMB Research, Ivy Ng, walaupun saham Felda dilihat susut, harga saham pada masa ini masih hampir sama dengan harga IPO.

"Harga saham selari dengan harga CPO yang rendah sejak ia disenaraikan. Ini adalah faktor yang menyumbang kepada penurunan saham FGVH. Bagaimanapun, kami yakin saham Felda adalah agak bernilai pada harga ini," katanya semasa dihubungi Sinar Harian.

Menurut Ng, kenaikan semula saham FGVH akan didorong oleh pelbagai faktor seperti harga CPO, penggabungan dan pengambilalihan dan keadaan pasaran saham.

Ng juga yakin, asas FGVH sebagai sebuah syarikat masih kukuh memandangkan kumpulan Felda mempunyai banyak aliran tunai bersih daripada pelaksanaan IPO tahun lalu.

Sementara itu, penganalisis dari Kenanga Research, Lim Seong Chun pula berpendapat, pokok kelapa sawit tua yang dimiliki FGVH mungkin menjadi antara faktor yang menyebabkan harga CPO rendah.

Menurut laporan dikeluarkan Kenanga Research Mei lalu, untuk suku pertama 2013, keuntungan bersih FGVH jatuh 38 peratus kepada RM122 juta disebabkan penurunan harga CPO sebanyak 29 peratus kepada RM2,264 per tan metrik.

Menurutnya, FGVH perlu melakukan usaha yang lebih cepat dari segi penanaman pokok baru untuk mengelakkan harga saham kumpulan itu terus menurun.

FGVH buat pelaburan strategik

Menerusi laporan penyelidikan Alliance Research pula, FGVH mencatatkan suku pertama 2013 yang mengecewakan berikutan harga CPO rendah yang membawa kepada prestasi kurang memberangsangkan untuk aktiviti perdagangan dan operasi baja.

"Walaupun dijangka pendapatan separuh kedua akan lebih kukuh ekoran peningkatan bermusim dalam pengeluaran dan purata harga jualan CPO, kami masih menganggap ianya di bawah jangkaan.

"Ini disebabkan harga CPO yang rendah pada suku pertama 2013 yang telah membawa kepada kekurangan keuntungan dalam aktiviti perdagangan dan kerugian pada operasi kilang," menurut laporan itu.

Sementara itu, sebagai usaha untuk terus meningkatkan pendapatan pada masa depan, syarikat pengeluar kelapa sawit  ketiga terbesar dunia itu turut membuat pelaburan strategik melalui pengambilalihan pegangan dalam syarikat PT Temila Agro Abadai dan PT Landak Bhakti Palma di Kalimantan Barat, Indonesia.

Bagi membangunkan tanah yang baru diperoleh di sana, FGVH akan melabur RM283.5 juta dalam tempoh lima hingga enam tahun akan datang bagi kawasan seluas 21,037 hektar.

Menurut laporan penyelidikan yang dikeluarkan oleh Alliance Research, pengambilalihan itu adalah langkah yang baik untuk Felda dengan pendapatan dari kedua-dua syarikat itu akan bermula pada 2016.

FGVH juga kini sedang aktif mencari peluang untuk memperoleh lebih banyak tanah di luar Malaysia, dan antara negara yang berada dalam perhatian syarikat itu termasuk Myanmar, Afrika dan Papua New Guinea.

Dendam dipercayai motif pekerja hotel dibunuh

Posted: 03 Aug 2013 09:39 PM PDT

SINAR HARIAN
Abdul Rahim Abdullah Abdul Rahim Abdullah
KUALA LUMPUR - Dendam dipercayai motif utama pembunuhan seorang pekerja hotel yang ditemui mati dengan tiga kesan tikaman di bilik tidur rumahnya di Jalan SM 4, Taman Sunway, Batu Caves petang semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Rahim Abdullah ketika dihubungi Bernama hari ini berkata ini kerana, keadaan mayat Badariah Hussin, 44, yang lengkap berbaju kurung ditemui terlentang dengan tangan dan kaki di bahagian lututnya terikat.

"Ini menunjukkan pembunuhan mangsa telah dirancang oleh orang yang dikenalinya. Siasatan awal juga mendapati tiada kesan pecah masuk di rumah mangsa dan barangan miliknya juga tidak hilang.

"Namun, siasatan dari segenap sudut akan dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian," katanya sambil tidak menolak kemungkinan berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek, ekoran keadaan rumah mangsa yang bersepah.

Rahim berkata polis turut menemui antara sembilan hingga 11 kesan cap jari di rumah mangsa yang boleh dijadikan petunjuk bagi mengesan suspek terlibat.

Keterangan daripada anggota keluarga mangsa serta jiran-jirannya telah diambil bagi membantu siasatan, katanya.

Tunggakan gaji: Kerajaan cari jalan tengah

Posted: 03 Aug 2013 09:36 PM PDT

SINAR HARIAN
Mukhriz Mahathir Mukhriz Mahathir
ALOR SETAR - Kerajaan Kedah akan mencari jalan penyelesaian terbaik dalam mengatasi masalah petugas Insaniah Holding Sdn Bhd yang tidak mendapat gaji, sejak Mei lalu.

Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, isu tuntutan gaji tertunggak itu tidak sepatutnya diajukan kepada kerajaan negeri kerana ia tiada kaitan secara langsung dengan Insaniah Holding.

"Insaniah Holding merupakan satu anak syarikat di bawah Kolej Universiti Insaniah (Kuin), jadi kerajaan negeri memang tidak ada kaitan dengannya kerana selama ini kita hanya berurusan dengan Kuin dan bukannya dengan Insaniah Holding.

"Tetapi kakitangan Insaniah Holding masih menuntut supaya kerajaan negeri membantu membayar tuntutan gaji yang tertunggak itu. Kita faham situasi mereka, jadi kita akan selesaikan masalah ini di luar bidang kuasa Kuin itu sendiri," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Beliau berkata kerajaan negeri akan cuba sedaya upaya mencari jalan untuk membayar gaji petugas Insaniah Holding atas dasar ehsan walaupun tidak mempunyai sebarang kaitan dengan anak syarikat Kuin itu.

"Jalan penyelesaian akan dicari tetapi mungkin nanti akan ada pihak yang masih tidak berpuas hati kerana gagal untuk mendapatkan gaji seperti sebelum ini.

"Saya ingin jelaskan bahawa masalah yang timbul ini sebenarnya berakar umbi daripada Insaniah Holding itu sendiri, apabila berlakunya perubahan kuasa pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu, masalah ini secara langsung telah diwariskan kepada kami," kata Mukhriz.

Mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mengenai kos anggaran nilai gaji tertunggak yang berjumlah RM2.7 juta itu, Mukhriz berkata perkara itu merupakan masalah yang rumit.

"Seperti yang sedia maklum, Insaniah Holding telah beroperasi seolah-olah seperti Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) jadi dari situ kita faham bahawa kerajaan negeri sama sekali tidak terlibat dengan semua pengurusan termasuklah pembayaran gaji.

"Saya pelik kerana cara operasinya seperti IPTS tetapi masih bergantung pada dana kerajaan di mana setiap bulan masih meminta pembayaran gaji kepada kakitangan," katanya.

Beliau juga menyifatkan perkara itu sebagai tidak adil apabila kerajaan negeri yang harus membayar tunggakan gaji berkenaan.- Bernama

Tiada ulasan: