DIALOG RAKYAT |
- Najib gagal di Selangor
- Selangor capai status negeri maju sejak zaman BN, kata Noh Omar
- Guru Boleh Dikritik Tetapi Biarlah Adil
- KJ tak setuju undang-undang tahan tanpa bicara
- Dr Mahathir: TPPA bakal sekat perdagangan
- KPRU : Penguatkuasaan ‘Cacat’ Punca Jenayah Berat Berleluasa
- 36 dipercayai lemas, bot karam di Tanjung Siang
- [VIDEO] Siasat Pemimpin Tertinggi FELDA Dalam Rasuah RM30 Juta, kata Rafizi
- Pemuda PAS gesa Rajagobal tarik balik kenyataan
- Noh tak minat jawab Chua panggilnya 'orang gila'
- Khairy: Perlu tingkat kecekapan polis, bukannya undang-undang baru
- Scorpene: Suaram berdepan gangguan 'pusingan ke-2'
- PERKASA gesa k'jaan bertindak terhadap Namewee
- Di Tempat Muhyiddin, Ada Penduduk Yang 80 Tahun Guna Air Hujan
- Majoriti pelajar di Mesir pulang ke Malaysia
- Jakim disaran bimbing, pulih akhlak Chetz
- Hina Islam: Apa kurangnya dengan pemimpin Umno
- DAP sedia CEC diadakan semula, tetapi bukan kerana propaganda Utusan
- Presiden PAS: Kerajaan jadikan Syiah sebagai isu politik, bukan untuk tangani
- Anak lelaki Hussain Najadi diminta tampil bantu siasatan polis - Bernama
- Kos petisyen pilihan raya tinggi seperti hukuman buat perayu, kata peguam
- Pemimpin kalah p`raya hilang ketua bahagian Umno
- Beri Peluang Calon Ikhlas Pimpin Umno - Muhyiddin
- Bot Bawa 44 Warga Indonesia Karam Dipukul Ombak Kuat
- Islam adalah penyelamat
Posted: 03 Aug 2013 04:20 AM PDT Patutkah Najib melepaskan pimpinan Umno Selangor dengan menyerahkannya kepada Dato Noh Omar? Sepatutnya dia tidak ambil Pengerusi Perhubungan Umno Selangor itu empat tahun lalu. Serahkan saja ia kepada penduduk Selangor sendiri Tetapi justeru dia berjaya merampas kuasa di Perak setelah menjadi Pengerusi Umno Perak sekejap, maka dia hendak jadikan Selangor macam Perak juga. Lalu dia lepaskan pimpinan Umno Perak, ambil alih Umno Selangor. Dia tidak dapat apa-apa di Selangor. Tiada ADUN yang dapat dilarikan atau dibeli. Cuma dia dapat peningkan seorang ADUN PAS dan sebelum apa-apa berlaku PAS tak akui lagi dia suku sakat PAS. Pelaburan suku sakat Umno rugi saja. Dia silap matakan penggantian SUK Selangor dan mana-mana pegawai PTD yang beri khidmat baik di Selangor ditariknya balik ke pusat serta merta dan lain-lain tetapi tetap Selangor tidak dapat dikucar kacirkan. Setelah kerajaan Pakatan Rakyat Selagor tidak dapat dikuditat, dia tunggu PRU yang ditangguh jadi seperti buah gugur sendiri. Dan PRU itu telah memalukannya. Dia tidak dapat kembalikan Selangor ke pangkuan BN, malah tak dapat pertahankan prestasi PRU 2008. Prestasi Umno dan BN Selangor di tangannya lebih buruk dari yang dicapai oleh Khir Toyo dulu. Kalau orang kata Dr Khir Toyo seorang yang gagal sebagai pemimpin Umno Selangor, maka Najib lebih koman dari Khir Toyo. Najib datang menggantikan Dr Khir kerana dia lemah. Akhirnya dia pun sama lemah malah seolah-olah lebih lemah dari Khir. Sekarang dia malu kepada Umno dan BN Selangor dan dia juga malu kepada rakyat Selangor dan dia tidak dapat tunjukkan kehebatannya kepada Istana Selangor. Maka dipulangkannya semua Umno itu kepada orang Selangor sendiri. Ia bukan haknya. Hak itu ialah hak orang Umno Selangor sendiri. Dia gatal sangat merampas hak Umno Selangor itu, maka tidak terganggung lagi malunya. Semasa dia mengambil Selangor, mungkin dia terasa tiada orang Selangor yang boleh menggantikan Khir Toyo. Mungkin dia terasa Noh belum mampu menggantikannya orang itu. Maka dia latih Noh menjadi pembantunya supaya kemudian boleh menggantikan Khir Toyo. Mungkin hingga saat terakhir keupayaan Noh seperti tidak meyakinkannya. Kiranya Noh itu layak tentu dia tidak digugurkan dari kabinet. Mungkin Noh gagal sebagai menteri industeri berasas tani. Tak bolehkah dia diletakkan di mana-mana dalam Jabatan Perdana Menteri? Jika Shahidan Kassim dan beberapa orang Sarawak yang terkenal dijadikan menteri di Jabatan Perdana Menteri, apakah Noh lebih koman dari mereka? Seekor pun tidak ada orang Umno Selangor dalam kabinet. Noh antara beberapa orang Umno yang menang dan orang lama pula. Sudahlah Umno tidak dapat apa-apa di Selangor kerana ia kalah. Dalam kebinet pun seolah-olah Umno Selangor kalah juga. Jika Noh hebat, tidaklah digugurkan dari kabinet. Tetapi seperti tiada orang lain yang layak menggantikan Khir Toyo sebagai ketua Umno Selangor, maka diambilnya Noh. Noh bukan saja jadi ganti Khir Toyo tetapi dia juga dilihat sebagai ganti Najib yang tiada berdaya saing di Selangor. Najib dilihat di Selangor sebagai orang yang kalah pada Azmin Ali dan Tan Sri Khalid Ibrahim. Dari satu segi dia patut lepaskan Selangor kerana dia gagal dan kerana bukan haknya. Ia hak orang Selangor sendiri. Tetapi dari segi lain dia tidak tinggalkan ia kepada Noh yang dibuangnya dari kabinet. Sepatutnya sekali kalah tidak semestinya kalah lagi kemudian. Kerana tidak yang jelas untuk memimpin Selangor, Najib patut bersabar, pegang sepenggal lagi, mungkin ia dapat kejayaan lebih baik. Sekarang ditinggalkannya Umno Selangor yang hancur itu kepada Noh. Orang pun tidak tahu dia boleh buat lebih baik dari Najib dan Khir Toyo? | ||||
Selangor capai status negeri maju sejak zaman BN, kata Noh Omar Posted: 03 Aug 2013 04:12 AM PDT Datuk Seri Noh Omar (gambar) menyelar ucapan Hari Raya Aidilfitri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang beliau sifatkan sebagai tidak matang dan tidak mencerminkan dirinya sebagai orang yang layak memimpin negeri Selangor. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor itu mengatakan kenyataan Abdul Khalid mendakwa Barisan Nasional (BN) tidak melakukan pembangunan luar bandar sebagai tidak adil. "Kenyataan dia (Khalid Ibrahim) tidak benar, kerana Selangor sebenarnya sudah mencapai status negeri maju sejak dari pentadbiran BN dan kita ketika itu melakukan pembangunan menyeluruh termasuk di kawasan luar bandar dan kampung," kata Ahli Parlimen Tanjung Karang itu dipetik dari agensi berita nasional Bernama. Dalam Ucapan Aidilfitri diterbitkan Selangorkini edisi 2 hingga 9 Ogos 2013 yang menyatakan kerajaan negeri mensasarkan akan memperkasakan pembangunan kampung-kampung tradisi baru di seluruh Selangor dalam masa terdekat. Antara lain dalam ucapan Abdul Khalid menyebut biarpun negara mencapai kemerdekaan selama 55 tahun merdeka dan beberapa kementerian diwujudkan bagi membangunkan kawasan luar bandar namun sembilan daerah negeri Selangor masih belum memuaskan. | ||||
Guru Boleh Dikritik Tetapi Biarlah Adil Posted: 03 Aug 2013 04:09 AM PDT Kejadian yang berlaku di Sekolah Kebangsaan Alam Megah Shah Alam di mana pengetuanya dilaporkan telah mengeluar kata-kata disifatkan berbau rasis yang meminta pejar Cina pulang ke Cina dan pelajar India pulang ke India, sesuatu insiden yang menyesal dan menyedihkan. Sebagai seorang guru yang diberi tanggungjaswab mendidik anak bangsa tidak sepatutnya mengeluarkan kata-kata demikian yang tidak wajar dan bertentangan dengan falsafah kependidikan. Kita tahu lagu Negaraku adalah lagu kebangsaan negara yang perlu di hormati setiap warganegara yang mengakui taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan Perlembagaan negara ini. Sivik sudah mengajar kita menghormati lagu Negaraku dimana-mana sahaja kita berada apabila terdengar saja ia dinyanyikan atau dimainkan. Kalau tidak mahu ikut menyanyi cukup berdiam senangkan diri. Di Thailand apabila lagi kebangsaan negara itu dimainkan di sekolah atau pejabat-pejabar kerajaan, setiap penjalan kaki, kenderaan baik kereta dan motosikal akan berhenti sebagai menghormati lagu negara mereka dimainkan. Penghormatan mereka kepada lagu kebangsaan mereka sangat tinggi dan serius. Penghormatan itu juga menjadi lambang petriotisme mereka. Malangnya keadaan ini tidak berlaku di tempat kita. Mungkin kerana kebiasaan itulah maka ada murid-murid walaupun berada dalam gelanggang pendidikan formal seperti di sekolah masih tidak menghormati lagu Negaraku. Sebab menghormati lagu Negaraku bagi mereka bukan satu kemestian dan wajib. Ini semua adalah ikutan budaya tidak sihat. Apabila pengetua sekolah berkenaan mengeluar kata-kata tidak manis itu, maka beliau dikecam dan dikritik hebat. Berbagai pihak dan ibubapa terus menyerbu sekolah dan berjumpa dengan pengetua berkenaan meminta penjelasan. Lagaknya macamlah anak-anak mereka telah dirotan sampai patah kaki dan putus tangan. Mungkin mereka merasa terhiris dengan kata-kata pengetua itu kepada anak-anak mereka. Tetapi apakah mereka memikirkan macam mana pula perasaan pengetua itu apabila murid-muridnya menunjukkan kebiadaban dan tidak bersopan? Cuba mereka berada di tempat pengetahuan itu sekejap menghadapi suasana yang dilalui itu. Sebelum pengetua dikecam apakah siasatan telah dibuat secara adil dan saksama. Walaupun pengetua berkenan dikatakan mengaku dan memohon maaf kepada murid berkenaan, tetapi ia bukan merupakan jawaban sebenar kepada kejadian itu. Kita faham pengetua dan guru-guru tertakluk dengan pekeliling perkhidmatan dan perintah perkhidmatan awam. Mereka tidak boleh menjawab apa-apa yang berlaku ke atas mereka sebagai membela diri atau menjelaskan keadaan. Bagi saya kes itu tidak boleh berhenti setakat pengetua itu meminta maaf secara terbuka kepada murid-muirid berkenaan. Siasatan lanjut perlu diadakan secara menyeluruh. Pihak berwajib juga harus memahami keadaan sekarang ini apa juga keadaan mudah dieksploitasi. Kita sekarang ini berada dalam zaman politik edan, dan era media massa 'peringus'. Kita tidak mahu tersalah membuat keputusan di dalam hal ini perkara kecil dianggap besar kerana ia sengaja diperbesarkan kerana motif tertentu. Gesaan agar pengetua itu diambil tindakan adalah melampau dan bagi saya satu sikap tidak mengenang budi. Perlu ingat bertahun murid berkenaan berada di sekolah itu beberbanding dengan hanya sekali pengetua hilang sabar dengan mengeluarkan kata-kata itu yang konotasinya mungkin tidak seteruk kita fahami. Takkan kemarau setahun akan musnah kerana hujan sehari. Untuk adil dan mendamaikan perasaan pengetua sekolah itu, apabila pengetua itu sudah memohon maaf, semua murid-murid terlibat juga perlu memohon maaf dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan mereka. Ibubapa dan pihak yang melenting 'bangat' dengan kejadian itu patut bersikap tasamuh di dalam hal ini dengan menyuruh anak-anak mereka memohon maaf balik kepada pengetua itu dan berjanji tidak mengulangi lagi perbuatan itu. Adalah dibimbangi kalau setiap kali kesalahan guru baik yang sengaja atau tidak sengaja, guru yang dikecam kemudian terpaksa mengalah dengan mengaku bersalah serta tidak ada pembelaan dari pihak Jabatan lama kelamaan semangat guru untuk mendidik anak bangsa kita akan menjadi tawar. Semangat mereka akan pudar dan dihatui rasa takut tindakan ibubapa yang tidak usul periksa. Kita tidak mahu kerana nila setitik rosak susu sebelang atau kerana seekor kerbau membawa lumpur habis yang lain terpalit. Perlu difahami guru-guru juga manusia yang ada perasaan dan maruah. Sikap terlalu memberi muka dan memanja murid tidak begitu baik saya rasa. Ia patut dilayan berpada-pada jangan berlindung atas sifatnya sebagai murid. Terlebih memberi kemanjaan menyebabkan murid akan memanjat kepala guru dan akan mengajar guru agar kencing berlari pula di masa akan datang | ||||
KJ tak setuju undang-undang tahan tanpa bicara Posted: 03 Aug 2013 04:02 AM PDT THE MALAYSIAN INIDER Tumpuan seharusnya diberikan kepada usaha meningkatkan kemampuan dan kecekapan anggota keselamatan terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani kadar jenayah dan bukannya memperkenalkan satu undang-undang baharu. Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar (gambar) semasa memberikan pandangan itu berkata, perkara itu termasuk memahirkan lagi PDRM dalam siasatan jenayah dan meningkatkan kemudahan teknikal pasukan itu. "Saya secara peribadi tidak setuju dengan mana-mana undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan kerana ia melanggar hak asasi manusia dan 'natural justice' dan ia adalah perkara yang tidak boleh kita terima. "Jadi bukanlah kita perlu memperkenalkan undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan sebaliknya kita perlu meningkatkan lagi keupayaan pasukan keselamatan kita," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa Pemuda Umno Negeri Sembilan bersama media, di Seremban malam tadi. Beliau diminta mengulas mengenai polemik rang undang-undang baharu bagi menangani jenayah berat yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat September ini yang dikatakan akan mempunyai eleman penahanan tanpa bicara. Rang undang-undang baharu itu bertujuan membanteras jenayah selepas kerajaan memansuhkan Ordinan Darurat dan Akta Kediaman Terhad pada 2011. Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, pasukan polis sebenarnya telah mempunyai kuasa yang agak besar di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang membenarkan mereka membuat tahanan reman terhadap mana-mana suspek jenayah. Katanya, sekiranya satu undang-undang baharu perlu diperkenalkan sekali pun, ia tidak boleh mengandungi elemen penahanan tanpa perbicaraan kerana ia melanggar prinsip dalam perlembagaan. Selain itu, Khairy berkata perkara penting yang perlu diambil kira adalah mengenai perlindungan kepentingan dan keselamatan saksi jenayah. Katanya, walaupun saksi dilindungi oleh Akta Perlindungan Saksi 2009, namun mereka masih perlu tampil untuk memberi keterangan sekali gus menyebabkan identiti mereka terdedah. "Kita kena cari jalan mungkin pinda beberapa undang-undang untuk memastikan keselamatan saksi terjaga dan itu mungkin kita boleh terima dari segi undang-undang baharu," katanya. - Bernama | ||||
Dr Mahathir: TPPA bakal sekat perdagangan Posted: 03 Aug 2013 04:00 AM PDT Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) mengkritik langkah kerajaan untuk menjadi sebahagian daripada negara dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kerana perjanjian itu bakal menyekat perdagangan bebas. Perdana Menteri Malaysia yang keempat itu, berkata perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dilaksanakan sebelum ini terbukti gagal kerana menerusi perjanjian itu, negara yang menyertai perlu mengawal selia perdagangan melalui perjanjian dan bukan perdagangan bebas. Memberi amaran bahawa TPPA adalah terhad, beliau juga menyatakan bahawa perjanjian itu mempunyai unsur ancaman. "Jika TPPA tidak diterima maka negara-negara yang keras kepala akan menghadapi sekatan terhadap kebebasan mereka untuk mengadakan perdagangan dengan ahli-ahli TPPA," kata Dr Mahathir menulis dalam kolum ulasan yang disiarkan dalam akhbar The New Straits Time. Beliau berkata, Malaysia sedia ada sudah menikmati faedah daripada perdagangan dengan negara-negara dalam TPPA itu. Bagaimanapun, jika Malaysia tidak menyertai TPPA, perdagangan akan terbatal secara automatik dengan negara berkenaan kerana ia adalah salah satu syarat TPPA. Beliau juga memberi amaran bahawa, negara ini membuka sendiri kebanjiran ligitasi undang-undang kerana syarat perjanjian yang dicadangkan dalam TPPA kebiasaannya akan mengatasi undang-undang negara. Mengambil contoh Peru, negara Amerika Selatan yang menjalinkan FTA dengan Amerika Syarikat, Mahathir berkata,kerajaan negara TPPA mendedahkan diri mereka disaman oleh syarikat swasta yang tidak mempunyai kepentingan di negara berkenaan. Katanya, Peru diarahkan membayar Renco sebanyak RM13.68 bilion kerana menghentikan pemprosesan produk yang mengakibatkan pencemaran sungai La Oroya yang meracuni 95 peratus kanak-kanak di situ. Beliau menegaskan bahawa pertikaian itu, yang diputuskan Pusat Antarabangsa Penyelesaian Krisis Pelaburan, ditugaskan untuk menegakkan TPPA. Di Malaysia, katanya, dasar ekonomi yang digunakan bertujuan menangani masalah sosial. "Ini mungkin bertentangan dengan kepentingan syarikat asing dan kita mungkin terpaksa meninggalkan dasar kita tanpa mengira kerosakan yang akan berlaku kepada masyarakat," katanya. Dr Mahathir berkata, sesetengah pihak di Malaysia mungkin mengalu-alukan perjanjian ini, tetapi ia jelas menunjukkan diskriminasi kepada syarikat tempatan dalam kontrak dan pemerolehan kerajaan juga akan terdedah kepada tindakan undang-undang di bawah TPPA itu. Bekas perdana menteri turut menyelar bahawa draf (TPPA) direka oleh syarikat besar Amerika Syarikat yang tentunya hanya memenuhi kepentingan mereka sendiri. "Kita tahu kepentingan mereka adalah untuk menembusi pasaran negara kurang maju atau sedang membangun yang kaya dengan sumber,"katanya. | ||||
KPRU : Penguatkuasaan ‘Cacat’ Punca Jenayah Berat Berleluasa Posted: 03 Aug 2013 03:56 AM PDT SHAH ALAM: Peningkatan kes jenayah berat mutakhir ini adalah akibat kecacatan proses penguatkuasaan undang-undang dan proses kehakiman negara ini, tegas Badan Pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU). Justeru, KPRU menyaran pihak berkuasa agar mengkaji semula dan memperbaikkan kelemahan proses penguatkuasaan undang-undang yang merangkumi proses siasatan, pengumpulan bukti, pendakwaan dan juga perbicaraan kehakiman. "Didapati bahawa sejumlah 31 kes serangan atau pembunuhan melibatkan senjata api telah berlaku dalam tempoh empat bulan yang singkat dari April hingga Julai tahun 2013 ini. "Di mana seramai 43 orang telah dipermangsakan, antaranya 22 nyawa telah diragut manakala 21 orang mengalami kecederaan. "Dan dalam bulan Julai sahaja telah pun memperlihatkan sebanyak 14 kes tembak-bunuh," kata KPRU dalam kenyataan medianya. Jelas PKRU, kajian yang dijalankan Penang Institute menunjukkan bahawa dalam tempoh empat bulan pertama 2013 sahaja telah memperlihatkan bilangan kes tembak-bunuh yang jauh lebih banyak daripada 2012 dengan mencatat sebanyak 38 kes. Katanya, ia menunjukkan di mana dua kejadian tembak-bunuh berlaku dalam tempoh seminggu secara purata. "Dengan mengambil kira kedua-dua kajian KPRU dan Penang Institute, adalah jelas bahawa kes tembak-bunuh berlaku dengan begitu konsisitennya sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini tanpa berhenti, secara purata dua kes seminggu. "Kekerapan yang setinggi ini sejurus mencetuskan kebimbangan dan ketakutan di kalangan masyarakat," jelas badan pemikir itu. Ujar KPRU lagi, kerajaan digesa untuk memberi tumpuan kepada peningkatan taraf penyiasatan polis dan bukan menggubal undang-undang pencegahan yang baru untuk menyelesaikan masalah jenayah yang serius di Malaysia. "Pengagihan tenaga polis yang tidak seimbang merupakan faktor kegagalan pihak polis dalam menyelesaikan kemelut peningkatan gejala jenayah yang semakin serius dalam negara ini," kata KPRU. | ||||
36 dipercayai lemas, bot karam di Tanjung Siang Posted: 03 Aug 2013 03:52 AM PDT MALAYSIA KINI Hasrat untuk pulang beraya di kampung halaman untuk 40 pendatang tanpa izin warga Indonesia berakhir dengan tragedi apabila 36 daripada mereka dikhuatiri lemas manakala empat diselamatkan apabila bot pancung dinaiki karam di perairan Tanjung Siang, Kota Tinggi, malam semalam. Kejadian itu hanya disedari kira-kira pukul 4 petang tadi apabila sekumpulan nelayan tempatan menemui tiga daripada mangsa berpaut pada tong plastik sebelum mereka diselamatkan. Seorang lagi mangsa berjaya diselamatkan oleh bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ketika melakukan rondaan harian di kawasan 13.55 batu nautika dari perairan Tanjung Siang. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Mohd Nor Rasid berkata sehingga kira-kira jam 10 malam tadi gerakan mencari dan menyelamat masih dijalankan oleh pasukan Polis Marin dan APMM. "Berdasarkan maklumat awal, kejadian hanya disedari petang tadi dan bot itu dinaiki oleh kira-kira 40 pendatang tanpa izin dengan empat daripada mereka berjaya diselamatkan. "Mereka difahamkan dalam perjalanan pulang ke Batam untuk menyambut Aidilfitri," katanya ketika dihubungi malam ini. Bot pancung berkenaan sebelum itu dipercayai berlepas dari Tanjung Siang lewat petang semalam sebelum ia karam akibat dipukul ombak kuat tengah malam semalam.- Bernama | ||||
[VIDEO] Siasat Pemimpin Tertinggi FELDA Dalam Rasuah RM30 Juta, kata Rafizi Posted: 03 Aug 2013 03:49 AM PDT KELAB GREENBOC Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pemimpin tertinggi negara berhubung penyelewengan dalam anak syarikat Felda, KPFQ Foods Sdn Bhd. Katanya, siasatan dan pendakwaan kes berkenaan tidak boleh terhenti di peringkat kepimpinan korporat KPFQ Foods Sdn Bhd semata-mata kerana ia juga melibatkan keputusan di peringkat tertinggi Felda. Rafizi mendakwa, KPFQ Foods Sdn Bhd adalah syarikat usahasama diantara Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPFMB) dan Silver Bird Group Berhad (SBGB) yang ditubuhkan khusus untuk menjadi ejen pemasaran barang makanan dan pertanian di seluruh negara. "Saya menggesa supaya siasatan terhadap kes ini tidak dihadkan semata-mata kepada kesalahan dan penyelewengan yang melibatkan kepimpinan KPFQ Sdn Bhd. "Tetapi perlu diluaskan kepada aspek kecuaian dan ketidaktelitian pimpinan tertinggi negara yang terbabit supaya ada kebertanggungjawaban kerana agensi-agensi ini adalah dibawah tanggungjawab mereka," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Rafizi mendakwa SBGB mempunyai hubungan rapat dengan agensi kerajaan yang lain termasuk Tabung Haji. "Pemegang-pemegang saham besar di dalam SBGB adalah Tabung Haji dan Tan Sri Vincent Tan, yang menunjukkan bahawa SBGB adalah sebuah syarikat perniagaan yang ada hubungan yang baik dengan kerajaan," dakwa Ahli Parlimen Pandan itu. Menurut Rafizi, akhir-akhir ini Kerajaan Pusat menggunakan banyak dana rakyat untuk membiayai projek usahasama di antara agensi kerajaan dan swasta yang menimbulkan beberapa persoalan. Selepas skandal membabitkan lembu NFC, Rafizi mempersoalkan bagaimana kerajaan menilai bentuk kerjasama antara kerajaan dan syarikat swasta dalam membabitkan dana daripada wang rakyat. Rafizi turut mempersoalkan peranan wakil kerajaan di dalam agensi dan syarikat usahasama untuk memantau kemajuan projek dan memastikan tiada penyelewengan berlaku. "Apakah peranan dan pertanggugjawaban kepimpinan kerajaan apabila projek-projek usahasama di bawah tanggungjawab mereka gagal dan membazirkan wang rakyat?" soalnya lagi. -selangorku | ||||
Pemuda PAS gesa Rajagobal tarik balik kenyataan Posted: 03 Aug 2013 03:46 AM PDT MALAYSIA KINI Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membidas kenyataan jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Datuk K Rajagobal yang dilapor menyalahkan aksi dalam bulan Ramadan sebagai punca kekalahan pasukan bimbingannya. Timbalan Pengarah Lajnah Seni, Kebudayaan dan Sukan DPPM, Fadhil Osman berkata kenyataan Rajagobal (kanan) sebelum ini hanya bertujuan menutup kelemahan beliau dalam membimbing skuad kebangsaan. Menurutnya, Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan dan pusingan kelayakan sukan Olimpik 2012 di London yang melibatkan pasukan dari Timur Barat dan Afrika yang majoritinya beragama Islam juga berlangsung dalam bulan Ramadan. "Begitu juga dengan pemain liga-liga terkemuka dunia seperti EPL, Spanish Premiera Liga dan Bundesliga yang mempunyai ramai pemain beragama Islam namun tetap meneruskan latihan seperti biasa," katan Fadhil dalam satu kenyataan. Fadhil sebaliknya menggesa Rajagobal agar menarik kembali kenyataannya sebelum ini dan meneliti kembali sistem latihan dan corak permainan yang diterapkan ke dalam skuad Harimau Malaya. "Susun semula jadual perlawanan persahabatan dengan mengadakan pertemuan yang sepadan dengan skuad kebangsaan dan bukannya menentang kelab bawahan yang tidak langsung membantu memperbaiki mutu permainan serta kedudukan pasukan kebangsaan," katanya. Skuad bola sepak kebangsaan yang tiba di tanahair semalam kalah 2-0 kepada kelab divisyen satu Shimizu S-Pulse, Shonan Bellmare (5-0) dan kelab divisyen dua Tokyo Verdy dengan keputusan 5-0. Mempertahankan skuad bimbingannya, Rajagopal dilaporkan berkata pemainnya tidak mempamerkan mutu persembahan sebenar apabila beraksi dalam keadaan berpuasa pada waktu siang kerana kurang tenaga namun mungkin akan menampilkan aksi berlainan pada waktu malam. 1. Aksi di bulan Ramadan punca M'sia kalah, kata Rajagopal | ||||
Noh tak minat jawab Chua panggilnya 'orang gila' Posted: 03 Aug 2013 03:42 AM PDT Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata beliau tidak berminat untuk menjawab gelaran 'orang gila' yang dilemparkan presiden MCA susulan gesaannya agar Akta Hasutan digunakan untuk menyiasat ibu pelajar dalam kontroversi kantin sementara SK Seri Pristana. "Saya tak mahu 'bertanding' dengan dia (Datuk Seri Dr Chua Soi Lek), saya mahu fokus pada isu," katanya kepada Malaysiakini. Jelasnya, walaupun beliau dilaporkan menerusi laman Facebooknya menggesa agar ibu pelajar yang memuat naik gambar pelajar bukan Muslim di kantin itu disiasat di bawah Akta Hasutan, ia sebenarnya dibuat dalam konteks menggesa pihak berkuasa menyiasat laporan pengetua sekolah itu yang telah membuat laporan polis selepas menerima ugutan bunuh. "Guru besar telah buat laporan polis dan menjelaskan bagaimana perkara ini berlaku sehinggakan beliau diugut bunuh. "Saya mendesak pihak berkuasa menyiasat laporan beliau kerana kita tidak boleh menafikan hak beliau untuk hidup aman dan bebas. "Siasatan boleh dibuat polis atau pihak lain yang mungkin berdasarkan Akta Hasutan atau mana-mana peruntukan bawah akta multimedia. "Saya tiada kuasa untuk arahkan polis secara spesifik menyiasat ibu pelajar itu di bawah Akta Hasutan," kata Noh kepada Malaysiakini. Beliau bagaimanapun tetap mempersoalkan masa yang dipilih ibu pelajar berkenaan untuk membangkitkan soal kantin sementara itu. "Bilik persalinan itu dah diguna semua pelajar Muslim dan bukan Muslim sebagai kantin sementara sejak bulan Mac lagi. "Mengapa isu ini hanya dibangkitkan sekarang? Sudah pastilah bilik persalinan itu hanya digunakan pelajar bukan Islam dalam bulan Ramadan," tegasnya. Bercakap lanjut, tanpa merujuk secara khusus kepada Chua, Noh menggesa agar mana-mana pemimpin politik menahan diri mereka daripada memberikan komen tentang isu tersebut jika mereka tidak turun ke padang meneliti perkara sebenar. "Kepada pemimpin-pemimpin politik yang tidak mengetahui isu sebenar jangan membuat komen berdasarkan laporan media ataupun sumber media sosial sahaja. "Saya nasihatkan mereka supaya turun padang seperti saya lakukan untuk mendapat penjelasan sebenar. "Jangan cuba nak jadi hero tanpa mengetahui fakta sebenar," katanya. | ||||
Khairy: Perlu tingkat kecekapan polis, bukannya undang-undang baru Posted: 03 Aug 2013 03:40 AM PDT MALAYSIA KINI Tumpuan seharusnya diberikan kepada usaha meningkatkan kemampuan dan kecekapan anggota keselamatan terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani kadar jenayah dan bukannya memperkenalkan satu undang-undang baru. Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar semasa memberikan pandangan itu berkata, perkara itu termasuk memahirkan lagi PDRM dalam siasatan jenayah dan meningkatkan kemudahan teknikal pasukan itu. "Saya secara peribadi tidak setuju dengan mana-mana undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan kerana ia melanggar hak asasi manusia dan 'natural justice' dan ia adalah perkara yang tidak boleh kita terima. "Jadi bukanlah kita perlu memperkenalkan undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan sebaliknya kita perlu meningkatkan lagi keupayaan pasukan keselamatan kita," katanya kepada pemberita di majlis berbuka puasa Pemuda Umno Negeri Sembilan bersama media, di Seremban malam tadi. Beliau diminta mengulas mengenai polemik rang undang-undang baru bagi menangani jenayah berat yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat September ini yang dikatakan akan mempunyai eleman penahanan tanpa bicara. Rang undang-undang baharu itu bertujuan membanteras jenayah selepas kerajaan memansuhkan Ordinan Darurat dan Akta Kediaman Terhad pada 2011. Khairy yang juga menteri belia dan sukan berkata, pasukan polis sebenarnya telah mempunyai kuasa yang agak besar di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang membenarkan mereka membuat tahanan reman terhadap mana-mana suspek jenayah. Katanya, sekiranya satu undang-undang baru perlu diperkenalkan sekali pun, ia tidak boleh mengandungi elemen penahanan tanpa perbicaraan kerana ia melanggar prinsip dalam perlembagaan. Selain itu, Khairy berkata perkara penting yang perlu diambil kira adalah mengenai perlindungan kepentingan dan keselamatan saksi jenayah. Katanya, walaupun saksi dilindungi oleh Akta Perlindungan Saksi 2009, namun mereka masih perlu tampil untuk memberi keterangan sekaligus menyebabkan identiti mereka terdedah. "Kita kena cari jalan mungkin pinda beberapa undang-undang untuk memastikan keselamatan saksi terjaga dan itu mungkin kita boleh terima dari segi undang-undang baharu," katanya.- Bernama | ||||
Scorpene: Suaram berdepan gangguan 'pusingan ke-2' Posted: 03 Aug 2013 03:39 AM PDT Gabriel (kanan) berkata, beliau menerima panggilan dari ibu pejabat polis Petaling Jaya pada kira-kira jam 3.30 petang semalam untuk memaklumkan kepadanya tentang perkara itu. "Polis berkata, saman akan diserahkan kepada saya mengikut Seksyen 112 (Kanun Prosedur Jenayah) berkaitan majlis makan malam Scorpene," katanya ketikadihubungi Malaysiakini. Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah berkaitan dengan "pemeriksaan saksi oleh polis". | ||||
PERKASA gesa k'jaan bertindak terhadap Namewee Posted: 03 Aug 2013 03:33 AM PDT MALAYSIA KINI Kumpulan hak-hak Melayu, PERKASA mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pembikin filem, Namewee, kerana mengkritik kerajaan yang mengarahkan supaya dikaji semula kelulusan filem The New Village, yang menyebabkan tayangan filem itu tertangguh.Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim berkata Namewee telah berkelakuan melampau dalam posting blog videonya di Youtube, di mana dia mengembar-gemburkan tentang 'double standard' dalam pendekatan pihak berkuasa terhadap industri filem. Namewee berkata, walaupun filem itu adalah tentang Parti Komunis dulu tetapi menurutnya itu semua hanya sekadar sejarah. "Tak kan kerana beberapa bantahan bodoh, kamu pun sekat filem ini," kata Namewee sambil menyifatkannya sebagai keterlaluan, sertaj membangkitkan tentang satu lagi filem kontroversi Tanda Putera yang akan ditayangkan pada 29 Ogos. Tayangan filem Tanda Putera telah ditangguhkan beberapa kali sejak tahun lepas kerana kritikan terhadap babak rusuhan Mei pada 1963 Filem The New Village sepatutnya mula ditayangkan pada 22 Ogos, tetapi Kementerian Dalam Negeri telah mengarahkan Lembaga Penapisan Filem (Finas) mengkaji semula filem itu berikutan aduan oleh Exco Pemuda Umno, Lokman Adam yang mendakwa filem itu mengagungkan komunisme. Namewee juga mengadu mengenai masalah yang dihadapinya dengan pengawal selia filem, terutama dengan filem terbarunya Kara King, yang ditayangkan mulai 1 Ogos. Beliau berkata tayangan filem itu telah ditangguhkan sejak Tahun Baru Cina dan pengawal selia hanya memberi tarikh tayangan mulai 1 Ogos dalam tempoh yang singkat. Akibatnya, dia tidak sempat melakukan kerja-kerja promosi dan membuat tayangan secara serentak di beberapa negara seperti yang dirancang. | ||||
Di Tempat Muhyiddin, Ada Penduduk Yang 80 Tahun Guna Air Hujan Posted: 03 Aug 2013 03:29 AM PDT Muar – Seorang warga emas hidup dalam keadaan serba kekurangan tanpa kemudahan asas yang sempurna dengan bergantung sepenuhnya kepada tadahan air hujan. Mariamah Saimin, 80, dari Kampung Parit Mislam, Seri Menanti dekat sini, mengakui sudah biasa menggunakan air hujan sejak dilahirkan hingga membuatkannya tidak berminat untuk beralih kepada penggunaan air paip yang lebih bersih serta terjamin keselamatannya. "Tadahan air hujan dalam pembetung ditapis guna kain, kemudian disimpan dalam tempayan untuk kegunaan memasak dan mandi. "Saya pernah cuba minum air paip yang dimasak tetapi tekak tidak dapat terima dan membuatkan saya kekal guna air hujan sehingga kini," katanya kepada Sinar Harian. Mariamah berkata, dia tinggal sendirian di rumah usang itu sejak kematian suami, kira-kira 15 tahun lalu. "Mujurlah dengan hasil jualan kelapa sawit dan buah kelapa, saya mampu meneruskan hidup dan berharap akan terus dikurniakan kesihatan yang baik serta dijauhi dari sebarang penyakit yang serius," katanya. Kisah Mariamah itu mendapat perhatian Persatuan Penternak Kupang Daerah Muar apabila menghulurkan bantuan barangan dapur kepada warga emas berkenaan yang turut disertai Adun Sungai Balang, Zaiton Ismail, baru-baru ini. -SH | ||||
Majoriti pelajar di Mesir pulang ke Malaysia Posted: 03 Aug 2013 03:25 AM PDT SINAR HARIAN BESUT - Majoriti daripada sejumlah 11,400 pelajar Malaysia yang berada di Mesir sudah pulang ke tanah air bagi menyambut Aidilfitri, kata Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh. Katanya, sebilangan kecil yang masih tinggal terdiri daripada mereka yang membuat keputusan untuk tidak pulang kerana meneruskan pengajian di sana. "Mereka dilaporkan dalam keadaan selamat walaupun keadaan di Mesir masih bergolak ekoran tunjuk perasaan secara besar-besaran yang dilakukan penyokong Presiden Mesir, Dr Muhammad Mursi yang digulingkan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan ziarah penduduk miskin di sekitar Hulu Besut di sini hari ini. Idris juga berharap ibu bapa pelajar tidak berasa bimbang kerana setiap perkembangan yang berlaku di Mesir akan sentiasa dimaklumkan oleh Kedutaan Malaysia di Mesir dari masa ke semasa. Sehubungan cuti sekolah yang panjang di kampung, beliau berharap para pendidik boleh membantu Kementerian Pelajaran untuk menguar-uarkan tranformasi yang sedang dilakukan dalam pendidikan dengan memperkenalkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Katanya, guru perlu menerangkan dengan sejelas-jelasnya kepada penduduk mengenai PPPM agar pandangan negatif beberapa pihak mengenainya dapat diselesaikan melalui penjelasan golongan pendidik. - Bernama | ||||
Jakim disaran bimbing, pulih akhlak Chetz Posted: 03 Aug 2013 03:21 AM PDT SINAR HARIAN Maznah (kanan) ketika di Mahkamah Majistret Segamat, semalam. HULU TERENGGANU - Kementerian Komunikasi dan Multimedia mencadangkan agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil peluang membimbing dan memulihkan akhlak Maznah Mohd Yusof, 38, atau dikenali Chetz yang kini menjadi kritikan ekoran video pemaparan dirinya bersama tiga ekor anjing di YouTube baru-baru ini. Timbalan Menterinya Datuk Jailani Johari berkata Jakim boleh mengambil peluang sementara proses siasatan sedang berjalan ke atas Chetz yang merupakan bekas pelajar luar negara. "Mungkin dalam masa terdekat ini, Jakim boleh mencuba satu program bagaimana hendak membimbing dan memulihkan kembali akhlak Chetz. "Kita tahu antara sekarang hingga satu tempoh walaupun Chetz dilepaskan, beliau mungkin dipanggil pada bila-bila masa untuk siasatan dan sebagainya, tetapi antara proses dilepaskan itu apakah yang boleh Jakim lakukan bagi membentuk balik peribadi dan akhlaknya," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada program Karisma Ramadan Tadarus al-Quran peringkat Parlimen Hulu Terengganu di sini hari ini. Seramai 200 wanita mengambil bahagian dalam program satu hari tersebut yang berlangsung di Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang di sini. Semalam, Jakim memutuskan klip video 1 Hari Di Hari Raya' yang disebarkan di laman sosial itu adalah perbuatan menghina Islam dan akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai perkara itu. Menurut Jailani, Jakim perlu mengadakan program bimbingan terhadap pelajar Malaysia di luar negara agar perkara sedemikian tidak berulang. Katanya, beliau percaya pihak SKMM dapat menyelesaikan siasatan mengenai perkara itu dan akan mengemukakan kertas siasatan kepada Peguam Negara. - Bernama | ||||
Hina Islam: Apa kurangnya dengan pemimpin Umno Posted: 02 Aug 2013 09:08 PM PDT
KUALA LUMPUR: Tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilihat menuduh orang bukan Islam terlibat dalam video jurulatih anjing boleh mencetuskan kekecohan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. "Ia ternyata boleh mencetuskan emosi kebencian dan sakit hati di kalangan orang-orang Islam terhadap orang-orang bukan Islam dan akhirnya akan tercetus kekecohan. "Adakah Timbalan Perdana Menteri mahu bertanggungjawab jika kenyataannya yang ternyata bersifat hasutan itu mencetuskan tindakan bersifat fizikal orang-orang Islam ke atas orang-orang bukan Islam?" beliau mempersoalkan. Bagaimanapun, kata Mahfuz, beliau yakin Muhyiddin tidak akan diambil tindakan atas kenyataannya yang bersifat hasutan itu. "Sekali lagi rakyat boleh melihat bahawa pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno semakin yakin bahawa mereka kebal undang-undang. "Sebab itulah kita mendengar ada pemimpin Umno yang tumbuk, tampar dan sepak orang sesuka hati, para penyokong Umno menyerang ceramah-ceramah, baling selipar dalam masjid malah berapa banyak kita lihat kenyataan pemimpin Umno yang menghina Islam," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Beliau juga kesal dengan sikap Muhyiddin yang secara borong dan gelojoh menuduh orang lain menghina Islam sedangkan para pemimpin Umno sendiri ramai yang menghina Islam. "Sehingga sekarang pun, tetap tersebar di kalangan rakyat kenyataan-kenyataan para pemimpin Umno yang menghina Allah dan Islam melalui penghinaan mereka terhadap undang-undang Islam. "Para pemimpin Umno patut bertanya diri sendiri, sebelum pihak mereka membuat pelbagai kenyataan yang menghina Islam, adakah orang-orang seperti Presiden MCA atau blogger lucah yang baru-baru ini ditangkap berani memperlekeh dan mempersendakan agama Islam?" Mahfuz mempersoalkan lagi. | ||||
DAP sedia CEC diadakan semula, tetapi bukan kerana propaganda Utusan Posted: 02 Aug 2013 09:06 PM PDT DAP hari ini menyatakan kesediaan untuk melakukan pemilihan semula jawatankuasa tertinggi parti (CEC) berkenaan jika Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (RoS) memberikan sebab munasabah, kata penasihat parti itu Lim Kit Siang (gambar). Lim berkata, DAP dan rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui jika arahan itu dibuat berdasarkan dakwaan terdapat 547 pengundi hantu dalam perwakilan DAP ketika kongres parti berkenaan di Pulau Pinang tahun lalu. "Jika ia bukan salah satu daripada sebabnya keputusan diambil RoS, apakah sebab sebenarnya," katanya dan menambah media arus perdana seperti Utusan Malaysia menyerang mereka dengan dakwaan 547 pengundi hantu menyertai kongres berkenaan. "Kewartawanan di Malaysia mencapai tahap apabila penipuan boleh menjadi kebenaran dan fiksyen menjadi fakta," kata ahli Parlimen Gelang Patah itu. Beliau berkata, artikel Awang Selamat yang mewakili suara editorial akhbar Umno itu Jumaat lalu menunjukkan contoh putar belit penipuan kepada kebenaran. Utusan Malaysia jelasnya mengeluarkan ilustrasi kewartawanan Malaysia dengan terus memuat cerita berkenaan pengundi hantu dalam CEC mereka. "Propaganda Umno-Utusan berharap ia akan diterima rakyat Malaysia. Mereka harap jika penipuan diulang-ulang beribu kali, ia akan menjadi fakta," katanya. | ||||
Presiden PAS: Kerajaan jadikan Syiah sebagai isu politik, bukan untuk tangani Posted: 02 Aug 2013 09:03 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER Kerajaan tidak berniat untuk menangani kontroversi mahzab Syiah sebaliknya menjadikannya sebagai isu politik, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar). Presiden PAS itu berkata, ajaran Syiah itu bukan perkara baru tetapi sudah lama wujud sejak beberapa kurun dalam dunia Islam. "Kerajaan lebih bersikap untuk menjadikan ia isu politik, bukan suatu tindakan. Sebenarnya, Syiah wujud sejak beberapa kurun dalam dunia Islam dan bukan perkara baru. "Saya nampak kerajaan bukan hendak tangani tetapi mahu jadi isu politik. Sepatutnya, perbincangan antara mazhab ini dilakukan di kalangan ilmuan, ulama yang tahu dalam bidang dia dan bukan mereka yang tidak tahu hala bincang mengenai mazhab ini," kata Abdul Hadi dipetik dari portal Harakahdaily. Menurut Ahli Parlimen Marang itu, bukan semua dalam mazhab Syiah yang terkeluar dari Islam dan ada yang masih berpegang dengan ajaran Islam. "Syiah yang masih lagi dianggap seorang Islam yang dianuti di Iran, di Iraq dan selatan Lubnan. Mereka dibenarkan menunai haji di Mekah kerana ulama mengatakan mereka juga orang Islam. "Mereka bersembahyang dan mengerjakan haji tetapi banyak cara beribadat mereka ini cara beribadat yang bercanggah dengan kajian ahli sunnah," katanya. Menurutnya, jalan terbaik bagi mencari penyelesaian dalam menangani isu kontroversi Syiah perlu kepada perbincangan tertutup secara akademik dan ilmuan. "Jadi hendak bincang hal Syiah kena ada orang akademik, perbincangan dalaman dan kerajaan mesti bertindak secara ilmu dan bukan bertindak untuk jadikan isu politik," katanya. Baru-baru ini, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan dakwaan media arus perdana mengenai beberapa pemimpin PAS yang dikatakan terbabit dengan ajaran Syiah, hanya serangan politik terhadap parti itu. Ketua Penerangan PAS itu, berkata tuduhan itu tidak berasas sama sekali, tanpa bukti dan hanya berpandukan andaian semata-mata. Tuan Ibrahim berkata, beberapa pimpinan PAS yang ada hubungan peribadi dengan pimpinan Iran atau gerakan Islam Timur Tengah, bukan bermakna mereka pengikut Syiah. Jika kerajaan suka mengaitkan hubungan antara pimpinan Iran atau mereka yang berkait dengan ajaran Syiah, katanya, dan PAS juga boleh mempersoalkan hubungan kerajaan dengan Zionis Yahudi. Sehubungan itu, katanya, PAS memberi amaran kepada mana-mana pihak yang ingin menggunakan isu itu untuk menyerang bagi kepentingan keuntungan politik. Perdebatan mengenai Syiah timbul kembali di Malaysia apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir mengatakan kerajaan negeri akan menggazet fatwa anti Syiah bagi membanteras fahaman itu yang didapati semakin menular di kalangan masyarakat. Bagaimanapun Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria memberitahu The Malaysian Insider bukan semua pengikut Syiah boleh diperangi, malah ada di kalangan mereka pada kaca mata Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak sesat secara keseluruhannya. Harussani juga menyatakan terdapat kira-kira 70 pecahan yang terangkum dalam mahzab Syiah | ||||
Anak lelaki Hussain Najadi diminta tampil bantu siasatan polis - Bernama Posted: 02 Aug 2013 08:58 PM PDT Polis meminta anak lelaki pengasas kumpulan perbankan Arab Malaysia, Hussain Ahmad Najadi (gambar), untuk datang ke negara ini bagi membantu siasatan berhubung kematian bapanya, yang ditembak mati, Isnin lalu. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, Pascal Najadi yang kini berada di Russia, tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan, dakwaan atau penafian di mana-mana medium mengenai kematian bapanya. "Jadi kita minta dia datang ke negara ini tampil beri maklumat. Itu lebih baik. "Bila dia tidak berada di negara ini, dia tidak tahu apa yang terjadi," katanya selepas menyertai kempen Op Selamat dan lawatan tinjauan mesra di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, malam tadi. Isnin lalu, Hussain Ahmad, 75, terbunuh sementara isterinya Chong Mei Kuen, 49, cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir selepas meninggalkan sebuah tokong di Lorong Ceylon. Pascal Najadi semalam dilaporkan berkata bahawa pembunuhan bapanya bukan disebabkan kegagalan urusan hartanah, tetapi dirancang lebih awal. Beliau juga dilaporkan berkata bahawa beliau tidak akan datang ke Malaysia sehingga suspek yang membunuh bapanya ditangkap. Sementara itu, Mohmad berkata polis percaya suspek kes tembak berkenaan masih berada di negara ini. "Kita masih menjejaki suspek. Pasti ada orang kenal dia. Jika anda ada maklumat bantulah kita salurkannya kepada balai polis berhampiran," katanya. Beliau berkata polis percaya dapat menyelesaikan kes itu dalam masa terdekat. - Bernama | ||||
Kos petisyen pilihan raya tinggi seperti hukuman buat perayu, kata peguam Posted: 02 Aug 2013 08:55 PM PDT Majlis Peguam, peguam dan bekas pegawai kehakiman berkata, kos yang tinggi dengan pembuangan petisyen berikutan kesilapan teknikal memberi gambaran bahawa hakim menghukum calon dan pengundi berkenaan serta tidak menggalakkan litigasi diambil ke peringkat lebih tinggi dengan menggunakan kerugian berbentuk kewangan untuk menakut-nakutkan pihak terbabit. Mereka berkata, petisyen pilihan raya tidak boleh disamakan dengan kes sivil dan komersial iaitu kos dianugerahkan pada bantahan permulaan dan sebelum ini tidak ada jumlah kos yang terlalu tinggi dianugerahkan. Peguam senior, Karpal Singh, yang berpengalaman mengendalikan petisyen pilihan raya berkata, kos yang dianugerahkan sebelum ini kurang daripada RM20,000 dan kos itu tidak bermaksud untuk membuat mana-mana pihak kaya. "Secara idealnya, ia patut kos yang minimum, atau setiap parti patut diperintahkan untuk menanggung kos masing-masing," katanya kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur, minggu ini. Tetapi, ini tidak terjadi kepada keputusan terkini pada Khamis apabila mahkamah pilihan raya menganugerahkan RM150,000 selepas membenarkan bantahan permulaan untuk kerusi Kuala Berang, Terengganu. Hakim yang bersidang bagi petisyen kerus Pasir Panjang di Perak turut memerintahkan pempetisyen untuk membayar kos RM120,000 kepada tiga responden termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Bagi petisyen pilihan raya yang difailkan bagi kerusi persekutuan Balik Pulau di Pulau Pinang, mahkamah memerintahkan bayaran RM120,000. Pengerusi Majlis Peguam, Christopher Leong, berkata petisyen pilihan raya adalah membabitkan kepentingan rakyat dan tidak patut disetarakan dengan kes sivil atau komersial. "Petisyen adalah untuk menjaga kepentingan awam, kos yang dianugerahkan tidak sepatutnya terlalu tinggi. "Ia juga penting untuk dinyatakan bahawa hampir semua petisyen dibuang tanpa meneleti merit kes," katanya. Leong berkata, kos yang tinggi memberi tanggapan seolah-olah mahkamah menghukum litigant. Beliau berkata, majlis bimbang petisyen yang dibuat hanya kerana masalah teknikal dan sudah tiba masanya pemeriksaan semula yang lebih komprehensif dilakukan. Seorang peguam senior yang enggan namanya didedahkan, berkata jumlah kos yang tinggi hanya berlaku jika ada perbicaraan. "Kos yang tinggi akan dipertimbangkan jika perbicaraan mengambil masa beberapa hari da nada memanggil saksi," katanya. Peguam, Malik Imtiaz`Sarwar, berkata ada pengecualian daripada petisyen pilihan raya yang pernah dikendalikan sebelum ini. "Perkara interlokutori dalam kes komersial dan sivil sekali pun, biasanya mahkamah tinggi akan memerintahkan beberapa ribu ringgit sahaja," katanya. Pengerusi Bersama Bersih, Ambiga Sreenevesan, berkata penghakiman itu memberi mesej yang negative kepada orang awam dnegan mengenakan kos yang lebih tinggi. Katanya, pihak yang tidak berpuas hati akan takut untuk mendapatkan keadilan kerana faktor kos. "Ia tidak menggalakkan seseorang melaksanakan hak asas untuk membuat rayuan," katanya kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur. Bekas ketua Majlis Peguam itu turut berkata, kos yang dianugerahkan kepada pihak yang menangi adalah bagi menampung sebahagian perbelanjaan sepanjang kes berlangsung dan trend terkini Katanya, kos yang terlalu tinggi itu adalah cara untuk menafikan hak terhadap mendapatkan keadilan. Ambiga berkata, calon dipilih untuk berkhidmat kepada rakyat dan mahkamah tidak patut mengenakan kos yang tinggi kerana ia adalah satu bentuk hukuman. "Ini mematahkan semangat seseorang untuk pergi ke mahkamah dan meneruskan ke peringkat rayuan," katanya. Beliau juga mempersoalkan mengapa SPR memohon mendapatkan kos sedangkan ia adalah tugas mereka untuk mengendalikan pilihan raya yang bebas dan adil | ||||
Pemimpin kalah p`raya hilang ketua bahagian Umno Posted: 02 Aug 2013 08:50 PM PDT Mereka mahu orang baru apabila ketua bahagian mereka kalah PETALING JAYA: Ketua bahagian Umno di Kedah yang kalah dalam pilihan raya umum lalu akan dicabar dalam pemilihan parti pada 5 Oktober depan. "Mereka hampir pasti dilawan oleh pemimpin lain, dan ketua bahgaian itu mungkin akan kalah", kata Setiausaha Umno bahagian Kubang Pasu, Samsudin Ahmad. Beliau menyebut Ketua Umno Kuala Kedah iaitu Datuk Latt Shariman Abdullah bakal dicabar. Latt kalah di kerusi DUN Kubang Rotan kepada calon PAS, Mohd Nasir Mustafa. Malah menurutnya, ada individu yang cuba menentang Ketua Umno Kubang Pasu Datuk Johari Baharom dalam pemilihan nanti. Samsuddin juga berkata, beberapa bahagian Umno yang lain akan mendapat ketua yang baru antaranya Jerai, Kuala Kedah dan Jerlun. `Saya rasa mereka akan ditentang' "Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang juga Adun Ayer Hitam bakal menjadi Ketua Umno bahagian Jerlun. "Manakala Datuk Mahadzir Khalid yang kini ahli parlimen Padang Terap akan mengetuai bahagian tersebut selepas 5 Oktober," katanya lagi. Menurut Samsuddin, fenomena di kalangan ahli dan penyokong Umno di negeri itu ialah mereka mahu orang baru apabila ketua bahagian mereka kalah dalam pilihan raya. "Yang kalah yang saya kira termasuk timbalan ketua bahgian yang kalah dalam pilihan raya umum lalu akan kurang selamat dalam pemilihan kali ini. "Saya rasa mereka akan ditentang," tambah beliau lagi. Samsuddin juga memberitahu, pemimpin lama Umno mungkin mendapat tekanan dari ahli dan penyokong supaya meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada muka baru. Katanya, akan berlaku perubahan atau pertukaran pucuk pimpinan utama di beberapa bahagian tertentu | ||||
Beri Peluang Calon Ikhlas Pimpin Umno - Muhyiddin Posted: 02 Aug 2013 08:44 PM PDT MSTAR ONLINE KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari menggesa anggota Umno memilih calon yang benar-benar boleh memimpin dan memajukan parti pada pemilihan yang akan datang. Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno berkata pemilihan kali ini merupakan satu sistem atau saluran untuk menentukan siapa sebenarnya yang ikhlas mahu bekerja dan memperjuangkan parti. "Mereka itulah yang kita perlu beri kesempatan dan ruang untuk memimpin dan memajukan parti," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa anjuran Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan dan Umno Bahagian Titiwangsa di Masjid Al Imam As Syafie di sini, Jumaat. Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Menyedari terdapat 'sedikit sebanyak' masalah dalaman Umno, Muhyiddin bagaimanapun yakin ia akan dapat diselesaikan sebelum pemilihan parti yang akan berlangsung tidak lama lagi. Pemilihan anggota Majlis Tertinggi Umno dijadual berlangsung pada 5 Oktober ini. Pemilihan jawatan tertinggi bagi sayap Wanita, Pemuda dan Puteri pula akan diadakan secara berasingan pada 28 September ini. Menyentuh mengenai pengundi bandar, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata anggota parti perlu melipatgandakan kerja sepanjang masa untuk meraih sokongan yang lebih besar daripada pengundi di Wilayah Persekutuan. "Ini sepatutnya kita mulakan sejak selepas pilihan raya umum dan dilakukan sepenuh masa. "Jika kita serius untuk tangani masalah pengundi bandar, kita jangka sikap mereka akan lebih baik pada tahun-tahun akan datang...jika kita ambil mudah, cuma berdoa dan berharap sokongan apabila tiba masa pilihan raya, itu pilihan yang silap dan (parti) mungkin tak mampu bertahan," katanya. Muhyiddin berkata prasyarat untuk mengembalikan kekuatan parti adalah hubungan yang akrab, kerjasama yang erat dan perpaduan yang jitu antara kepimpinan sama ada di peringkat tertinggi mahupun di peringkat akar umbi. Katanya beliau yakin kerjasama seperti itu akan menjadikan Umno dan B Nkhususnya di Wilayah Persekutuan lebih kukuh dan mantap. "Selaku Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden Umno, saya akan beri sokongan yang termampu untuk melihat Wilayah Persekutuan terus maju dan mencapai kejayaan pada masa akan datang," katanya. Muhyiddin kemudiannya menyampaikan sumbangan kepada wakil masjid-masjid di Wilayah Persekutuan serta anak-anak yatim, sebelum berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib bersama para tetamu. BERNAMA | ||||
Bot Bawa 44 Warga Indonesia Karam Dipukul Ombak Kuat Posted: 02 Aug 2013 08:43 PM PDT KOTA TINGGI: Sebuah bot pancung membawa 44 warga Indonesia yang dalam perjalanan balik ke negara mereka untuk Hari Raya karam selepas dipukul ombak kuat dekat Sedili Besar. Beberapa nelayan dan pihak berkuasa berjaya menyelamatkan empat daripada mangsa selepas mereka hanyut di lautan selama 15 jam. Sementara itu, 40 lagi masih hilang. Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) daerah Tanjung Sedili, Komander Amran Daud pada Sabtu berkata, bot itu dalam perjalanan ke Batam, Indonesia sebelum karam akibat dipukul ombak kuat di 12.7 batu nautika dari Tanjung Siang, Sedili Besar di sini kira-kira pukul 10 malam Khamis. Beliau berkata, Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) meneruskan kerja mencari dan menyelamat awal pagi Sabtu untuk mengesan mangsa yang masih hilang. Mangsa yang terselamat berusia antara 26 hingga 31 tahun itu dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk rawatan. | ||||
Posted: 02 Aug 2013 08:37 PM PDT
2. Pelbagai persepsi buruk dilemparkan kepada Islam. Kononnya laksana undang-undang Islam pun belum tentu jenayah dapat diatasi. Sedang mereka lupa bahawa bahawa undang-undang manusia ini sudah tentu tidak dapat mengatasi masaalah jenayah malah semakin parah. 3. Mereka mendakwa bahawa undang-undang Islam tidak akan dapat memberi keadilan kepada rakyat khasnya non muslim, sedang undang-undang Islam ini tidak pernah diberi peluang untuk berdaulat dan dikuatkuasakan dalam pemerintahan moden negara kita sebagaimana yang dikehendaki oleh yang Maha Pencipta Allah swt. 4. Mereka bimbang tiada keupayaan dan kemampuan melaksanakan undang-undang Islam lalu mendatangkan fitnah kepada Islam. Persoalannya negara kita telah merdeka lebih 50 tahun dan telah berjaya melahirkan ramai tenaga pakar dalam pelbagai bidang. Sama ada menerusi universiti dalam negara mahupun yang dididik di luar negara. Jika isu kepakaran tenaga menjadi halangan untuk perlaksanaan undang-undang, bukankah universiti dalam negara kita mempunyai fakulti undang-undang Islam? Manfaatkan pensyarah dan best studentnya untuk membantu perlaksanaan undang-undang Islam. 5. Negara kita adalah sebuah negara yang masyarakatnya majmuk. Pemerintahannya pula sekular. Bagaimana Islam boleh dilaksana sedang masih terlalu ramai yang jahil tentang Islam. Persoalannya, negara kita telah mengamalkan British Law sejak merdeka. Sedang ia bukan undang-undang Islam, kenapa pula boleh dipaksakan ke atas ummat Islam sejak sekian lama? Berapa peratus rakyat negara ini memahami British Law sehingga negara boleh amalkan British Law tersebut? 6. EO dan ISA adalah undang-undang primitif pula sebahagiannya bercanggah dengan Islam. Kenapa perlu menguatkuasakan kembali EO dan ISA sedang negara ada peluang untuk tangani jenayah dengan undang-undang ciptaan Allah swt Tuhan yang Maha Mencipta. 7. Kerajaan boleh melakukan langkah ini: ~ panggil pakar undang-undang Islam untuk bantu rangka akta baru menggantikan EO dan ISA bagi menghadapi jenayah yang semakin menggila. ~ libatkan wakil parti-parti politik sebagai panel menggubal akta baru tersebut. "Bersama Perangi Jenayah" |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan