Ahad, 18 Ogos 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Malaysia perlukan lebih ramai doktor pakar

Posted: 17 Aug 2013 05:00 PM PDT

SINAR HARIAN
Datuk Dr S Subramaniam Datuk Dr S Subramaniam
KUALA LUMPUR - Malaysia berdepan kekurangan doktor pakar meskipun negara menghasilkan lebih ramai doktor setiap tahun dari institusi tempatan dan luar negara.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata masalah itu perlu ditangani segera bagi mengelak kekurangan doktor pakar yang kian meruncing pada masa depan.

Beliau berkata negara memerlukan lebih ramai doktor pakar yang mahir dalam pelbagai bidang selain mengawal peningkatan golongan itu yang tidak memenuhi kriteria.

"Kita masih kekurangan dari segi doktor pakar kerana kita hanya berjaya melatih kira-kira 500 hingga 600 doktor sebagai pakar setiap tahun.

"Jadi, kita akan melihat bagaimana untuk menambah bilangan doktor pakar dan pada masa yang sama, memperbaiki kualiti tahap penjagaan dan peningkatan penduduk," katanya kepada pemberita pada majlis Sepetang Bersama Menteri Kesihatan anjuran Persatuan Perubatan Malaysia di sini semalam.

Mengulas isu terdapat terlalu ramai doktor di Malaysia, Dr Subramaniam berkata kementeriannya akan terus mewujudkan lebih banyak jawatan kerajaan untuk doktor dan profesional penjagaan kesihatan lain secara tetap.

Beliau berkata ketika ini terdapat 36,607 doktor termasuk pakar dengan nisbah 1:791 dan berdasarlam anggaran penduduk Malaysia seramai 34 juta menjelang 2020, sejumlah 85,000 doktor diperlukan bagi mencapai nisbah standard 1:400.

"Sebelum ini, jawatan dalam kerajaan tidak dipenuhi berikutan kekurangan graduan perubatan tetapi pada masa ini, hampir 85 peratus jawatan doktor dalam kementerian sudah dipenuhi dengan kira-kira 3,700 pengambilan setiap tahun.

"Jika situasi ini berterusan, nisbah mungkin lebih daripada apa yang kita perlukan pada 2020," katanya.

Sementara itu, ketika berucap, Dr Subramaniam berkata kementeriannya kini bekerjasama rapat dengan Majlis Perubatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan berhubung kebenaran menubuhkan pusat pengajian perubatan yang baru di Malaysia.

Beliau juga berkata pengiktirafan ijazah perubatan dari luar negara perlu dikaji semula dan diperkukuh manakala pengeluaran 'Sijil Tiada Bantahan' oleh KPM adalah wajib sebelum mereka boleh mendaftar di sekolah perubatan.

Kolej perubatan swasta perlu memastikan kurikulum dan penanda prestasinya adalah setanding institusi perubatan lain.

Katanya, kementerian juga tidak berhasrat menaikkan kadar bayaran rundingan doktor sebanyak 30 peratus seperti yang diuar-uarkan. - Bernama

Kerajaan Perpaduan - Siapa Bohong?

Posted: 17 Aug 2013 04:55 PM PDT




Oleh Shahbudin Husin

Isu kerajaan perpaduan antara BN dengan PKR yang telah timbul sejak hampir seminggu lalu sehingga menyebabkan ada yang deman sejuk, demam panas, migrain dan sebagainya, akhirnya mendapat jawapan daripada Pejabat Perdana Menteri yang menafikan wujud sebarang usaha ke arah itu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pejabat Perdana Menteri menyatakan, usaha ke arah pembentukan kerajaan perpaduan ini tidak mungkin dilakukan ketika ini kerana Anwar dan Pakatan Rakyat masih menolak keputusan pilihanraya umum yang lalu.

Kenyataan itu juga menyebut, andaian bahawa wujudanya usaha ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan itu hanyalah rekaan dan imaginasi penulis beberapa portal berita tertentu sahaja.

Sebelum ini, Najib dilaporkan sedang mengusahakan pembentukan kerajaan perpaduan dengan PKR dengan menawarkan kepada Anwar jawatan Timbalan Perdana Menteri dan lima jawatan menteri kabinet. Dilaporkan bahawa bekas Naib Presiden Indonesia, Jusof Kalla menjadi orang tengah kepada usaha itu.

Kemudiannya, Anwar mengesahkannya kepada Asia Sentinel bahawa beliau dihubungi oleh Najib melalui perantara untuk pembentukan kerajaan perpaduan itu tetapi telah menolaknya sebelum sempat ia menjadi kenyataan atas alasan isu-isu perkauman yang berterusan dimainkan oleh UMNO menjadi antara penghalangnya.

Terbaru The Edge Review pula mendetailkan lagi mengenai usaha pembentukan itu dengan menyebut nama Naib Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution sebagai orang kanan daripada UMNO dan PKR yang sedangkan merundingkan beberapa aspek teknikal bagi memungkinkan idea kerajaan perpaduan itu menjadi kenyataan.

Najib dikatakan memilih PKR untuk berbaik-baik dan menguatkan lagi kerajaannya bukan saja kerana PKR sebuah parti berbilang kaum yang boleh menampung kelompongan wakil Cina dan India dalam kerajaan tetapi juga dikatakan sebagai langkah membuka gelanggang baru untuk keluar dari pengaruh dan bayang-bayang Mahathir yang sehingga kini masih mahu menunjukkan pengaruhnya dalam UMNO dan kerajaan.

Bagaimanapun isu kerajaan perpaduan ini menimbulkan rasa kurang senang di kedua-dua belah pihak. Di dalam PKR sendiri ramai yang tidak setuju atas alasan penentangan terhadap UMNO selama ini ialah berkaitan isu pokok seperti rasuah, penyelewengan, pembaziran dan sebagainya yang tidak boleh dikompromi sama-sekali.

Dalam masa yang sama, Anwar juga mula dikecam secara diam-diam kerana bersetuju berunding dengan UMNO mengenai kerajaan perpaduan itu kerana ia dianggap mengkhianati Pas dan DAP yang selama ini begitu setia dengan Anwar sejak beliau dipecat daripada UMNO dN kerajaan.

Di dalam UMNO pula, ramai yang turut tidak setuju dengan kerajaan perpaduan ini kerana merasakan Anwar bukanlah musuh politik yang boleh ditukar menjadi kawan. Ramai yang kecewa dan sakit hati jika Anwar yang dimusuhi dan diserang selama bertahun-tahun ini tiba-tiba bertukar menjadi rakan kepada Najib serta sebahagian daripada anggota kerajaan.

Secara diam-diam, sudah ada kedengaran suara-suara yang mengecam dan memaki-hamun Najib jika benar beliau mahu berbaik-baik dengan Anwar. Malah, ada yang mencadangkan agar Najib ditentang bagi jawatan Presiden UMNO pada pemilihan 19 Oktober depan bagi menghalang usaha ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan itu daripada menjadi kenyataan.

Walaupun Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan menafikan perkara itu hari ini, persoalan yang masih bermain-main di fikiran ramai orang ialah kenapa penafian ini begitu lewat dikeluarkan? Kenapa setelah hampir seminggu berita megenainya berlegar-legar di ruang atmosfera politik negara, baru ia mahu dinafikan oleh Najib?

Dalam dunia langit terbuka dan semuanya serba pantas sekarang serta mengetahui berita tidak perlu lagi menunggu terbitnya akhbar pada keesokan harinya, tindakan Pejabat Perdana Menteri yang terlalu lewat menafikan perkara ini tetap menyundang persoalan yang sukar dirungkaikan.

Sepatutnya jika benar usaha mewujudkan kerajaan perpaduan ini tidak benar dan laporan Asia Sentinel serta The Edge Review adalah palsu, tidak perlulah Pejabat Najib menunggu sehingga hampir seminggu untuk menjelaskan duduk perkara sebenarnya. Lagi pula, Najib juga mempunyai laman Facebook dan Twitter, yang kononnya antara paling aktif di kalangan pemimpin dunia, bukankah bila-bila masa beliau boleh menaip sendiri melalui telefon pintar yang dimilikinya?

Atau mungkinkah usaha mewujudkan kerajaan perpaduan ini sebenarnya memang wujud dan ia hanya terhalang kerana respon ahli dan pemimpin UMNO yang tidak begitu memberangsangkan terhadap idea itu?

Apakah Najib sebenarnya ingin meninjau-ninjau sambutan ahli dan pemimpin UMNO terlebih dahulu, jika sambutannya okey, ia bolehlah diteruskan tetapi jika tidak, barulah dikeluarkan penafian dan menolaknya.

Timbul juga persoalan bila penjelasan Najib menyebut rundingan ke arah kerajaan perpaduan tidak mungkin berlaku sehingga Anwar dan PR menerima keputusan pilihanraya lalu serta tidak lagi mempertikaikannya. Adakah ini bermakna, ia hanya tidak mungkin berlaku sekarang tetapi boleh berlaku selepas ini jika Anwar sudah akur dengan keputusan pilihanraya lalu?

Hakikatnya, penjelasan Najib turut menimbulkan beberapa persoalan dan keresahan yang berterusan.

Oleh kerana Anwar yang mula-mula membangkitkan mengenai kerajaan perpaduan ini dan Najib pula hanya menafikannya setelah hampir seminggu ia muncul, adalah penting untuk Anwar sekali lagi menjelaskan kedudukan sebenarnya. Beliau perlu menyatakan sama ada ia pernah dibincangkan atau tidak, secara langsung atau melalui wakil atau turut menafikan sebagaimana yang dilakukan oleh Pejabat Perdana Menteri itu.

Zahid Hamidi dan Saifuddin Nasuition yang disebut sebagai dua pemimpin kanan UMNO dan PKR yang sedang menjayakan usaha itu juga perlu tampil menjelaskannya kepada umum.

Hanya setelah semua itu diterangkan dengan seterang-terangnya, barulah kita tahu siapa yang berbohong dan siapa yang bercakap benar dalam isu ini.

Pemilihan mungkin berdasar senarai 'lama' perwakilan

Posted: 17 Aug 2013 04:49 PM PDT

 


 
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata proses pemilihan semula parti itu, atas arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS), kemungkinan besar akan berdasarkan kepada "senarai lama perwakilan".

lim guan eng interview 160813 03Keputusan akan dibuat pada hari Khamis apabila jawatankuasa kerja
pusat (CEC) parti itu bertemu di Kuala Lumpur bagi menyelesaikan butir-butir mengenai perjalanan pemilihan semula itu, katanya.

Bagaimanapun, Lim enggan mengesahkan sama ada calon-calon yang sama, yang dicalonkan oleh para perwakilan pada tahun lepas, akan bertanding dalam pemilihan baru itu.

"Biarlah kami bertemu Khamis ini dan membuat keputusan mengenai perkara itu," kata ketua menteri Pulau Pinang itu dalam satu temubual bersama dengan beberapa akhbar bahasa Inggeris termasuk Malaysiakini, di pejabatnya di Komtar semalam.

Lim berkata demikian ketika ditanya sama ada para perwakilan akan termasuk mereka yang telah dipecat kerana bertanding menentang calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 dan tujuh orang yang didakwa "memberi reputasi buruk kepada parti" dengan membuat aduan kepada ROS berhubung kesahihan pemilihan CEC.

Sejak tahun lepas, parti itu telah menyaksikan peningkatan dalam jumlah keahliannya.

dap congress counting of ballot election 1Terdapat spekulasi bahawa pemilihan baru itu bakal menyaksikan
kempen yang sengit di kalangan calon-calon baru untuk memenangi tempat dalam CEC yang merupakan badan tertinggi pembuat keputusan parti itu.

Beberapa calon seperti MP Raub, Mohd Ariff Sabri, yang lebih dikenali sebagai Sakmongkol AK47, mungkin bertanding, dan Amran Ahmad, anak kepada bekas orang kuat DAP Ahmad Nor, juga telah menyuarakan hasratnya untuk berbuat demikian.

Tetapi banyak lagi yang masih belum jelas, termasuk sama ada DAP akan mengadakan pemilihan semula itu di Kuala Lumpur atau di Pulau Pinang seperti pada bulan Disember tahun lepas, semasa kongres ke-16 parti itu.

Semasa kongres tersebut, 1,826 perwakilan memilih 20 ahli CEC daripada 66 calon yang bertanding.
Karpal: Pemilihan mungkin November

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Ayer Itam, Pulau Pinang hari ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata DAP mungkin mengadakan pemilihan semula CEC pada bulan November.

Karpal berkata parti itu perlu mengadakan pemilihan tersebut dalam tempoh 10 minggu dari tarikh keputusan ROS dimaklumkan kepada mereka.

"Parti itu mempunyai tempoh masa untuk mengadakan pemilihan, yang selaras dengan arahan parti kerana notis perlu dihantar untuk memberitahu perwakilan sebelum pemilihan itu diadakan," kata Karpal.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, dalam satu kenyataan hari ini berkata beliau menghormati keputusan parti untuk mengadakan pemilihan semula dan bersedia bertanding jawatan dalam CEC.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menawarkan diri saya sekali lagi sebagai calon untuk CEC," katanya sambil menambah beliau akan menerima dan mematuhi sesiapa saja yang dipilih oleh perwakilan.

Harapannya, tegas Zairil, ialah supaya perwakilan memilih calon yang terbaik berdasarkan kemahiran, keupayaan dan rekod prestasi mereka.

Wanita Umno Kedah sokong Shahrizat kekal jawatan

Posted: 17 Aug 2013 04:48 PM PDT

MALAYSIA KINI


 
Wanita Umno Kedah hari ini menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk kekal sebagai ketua pergerakan itu.
  
Ketuanya Datuk Dr Maznah Abdul Hamid berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Khas Wanita Umno Kedah semalam, yang dihadiri oleh semua 15 ketua Wanita Umno bahagian di negeri ini.
  
Katanya keputusan itu dibuat berdasarkan prestasi Shahrizat yang begitu baik ketika memegang jawatan ketua Wanita walaupun cabaran dalam politik semakin mencabar selain berkhidmat dengan baik dan berjaya menyatupadukan semua anggota Wanita.
  
Katanya pihaknya ada menjalankan kajian yang menunjukkan hampir 90 peratus akar umbi menyokong Shahrizat dan memerlukan beliau untuk memegang jawatan ketua Wanita, dan difahamkan kajian di negeri-negeri lain juga menunjukkan keputusan sama.
  
"Saya pernah berada di bawah tiga ketua Wanita. Nak jadi ketua Wanita bukan senang. Saya harap sesiapa yang tawar diri..yang baru, yang belum pun jadi ahli Wanita masuk dulu jadi exco. Lepas tu kenal Wanita seluruh Malaysia barulah tawar diri untuk (jawatan ketua Wanita).
  
"Perlu masuk untuk memahami mengenai Wanita. Sekarang ini adalah masa untuk menstabilkan kedudukan. Takkan nak gantikan semua. Buat orientation dulu..jadi Exco dulu, next term bila dah ready bolehlah," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Jamuan Hari Raya peringkat Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam di Padang Sera di Jerlun.
  
Sebelum ini, bekas Ketua Puteri Umno Datuk Seri Azlina Othman Said yang juga anggota Parlimen Pengerang, dilaporkan melahirkan hasrat untuk mencabar Shahrizat bagi jawatan Ketua Wanita Umno.
  
Maznah turut menyeru anggota Puteri Umno yang telah melepasi umur dalam pergerakan itu supaya masuk pergerakan Wanita untuk dilatih sebagai pelapis pergerakan itu.
  
Sementara itu, Maznah berkata beliau akan mempertahankan jawatannya sebagai Exco Wanita Umno pada pemilihan parti tahun ini.- Bernama

Umno Kluang Bakal Saksi Pertandingan Rebut Jawatan Ketua Bahagian

Posted: 17 Aug 2013 04:43 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
KLUANG: Ketua Umno Bahagian Kluang Md Jais Sarday yang juga Exco Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, bakal dicabar timbalannya Radzali Mohd Noor bagi merebut jawatan nombor satu bahagian itu kali ini.

Mengumumkan kepada pemberita tentang hasratnya itu pada Sabtu, Radzali berkata selain mendapat sokongan akar umbi, kesediaannya mencabar Md Jais juga bertujuan memulihkan Umno Bahagian dan Parlimen Kluang berikutan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Beliau berkata Parlimen Kluang memerlukan pemulihan politik yang begitu serius jika dilihat daripada keputusan PRU-13 yang menyaksikan kerusi Parlimen dan satu daripada dua kerusi Dewan Undangan Negeri tumbang kepada pembangkang.

"Oleh itu, saya merasakan telah sampai masanya Umno dan Barisan Nasional (BN) Kluang disegarkan semula bagi membolehkan ia mendampingi rakyat dan menyelesaikan isu berbangkit selain menarik golongan muda untuk menyokong BN," kata pesara guru itu di sini Sabtu.

Pada PRU-13, DAP menerusi Liew Chin Tong memenangi kerusi Parlimen Kluang manakala Ketua Pemuda DAP Johor Tan Hong Pin pula mengekalkan kemenangan pembangkang di DUN Mengkibol.
Md Jais pula mengekalkan kerusi DUN Mahkota bagi BN. - BERNAMA

4,000 sertai perhimpunan tentang keganasan di Mesir

Posted: 17 Aug 2013 04:40 PM PDT

 


 
VIDEO l 4.54 min

Lebih 4,000 orang berkumpul di Padang Merbok hari ini untuk mengutuk kudeta di Mesir dan pembunuhan kira-kira 600 orang awam.

Mereka mendesak supaya Mohamed Morsi dikembalikan semula sebagai presiden kerana beliau telah dipilih secara demokratik.

pas youth protest against egypt coup mohamad mat sabuTimbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang berucap di perhimpunan
tersebut menegaskan oleh rakyat Mesir mahu kerajaan Islam.

Katanya, sayap politik Ikhwanul Muslimin - Parti Kebebasan dan Keadilan -  telah dipilih untuk berkuasa walaupun dengan sumber-sumber parti yang kecil.

Tegasnya, tidak ada perhimpunan Black 505 (seperti di Malaysia), bermakna beliau telah memenangi pilihan raya yang sah.

Turut hadir dalam bantahan yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS ialah Setiausaha Penganjur DAP, Anthony Loke, yang mendesak supaya sidang tergempar parlimen diadakan untuk mengutuk keganasan di Mesir.

Beliau juga mengkritik sikap sepi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu, tetapi ada pula masa untuk mengulas mengenai dakwaan penyelewengan dalam pemilihan parti DAP, tetapi tiada masa untuk mengutuk kerajaan tentera Mesir.

pas youth protest against egypt coup 1Perhimpunan itu dimulakan dengan solat pada kira-kira jam 5.40 petang oleh kira-kira 300 peserta, diikuti dengan ucapan oleh kira-kira 20 penceramah - terutamanya daripada PAS, serta NGO sehinggalah solat Maghrib pada kira-kira jam 7.30 malam.

Pada masa itu, jumlah hadirin meningkat kepada lebih 4,000 orang  walaupun penganjur mendakwa ia berjumlah sekitar 10,000.

Sementara itu, dalam ucapannya, Presiden PAS Hadi Awang mengutuk Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) kerana berdiam diri terhadap krisis tersebut, serta beberapa pemimpin dunia yang menyokong tindakan keras tentera Mesir.

Bantahan terhadap Morsi
pas youth protest against egypt coup anthony loke 2
Krisis di Mesir tercetus pada 3 Julai dengan ketua kudeta Jeneral Abdul Fattah al-Sisi menggulingkan Morsi, dengan kerajaan sementara yang diketuai oleh ketua hakim negara sehingga pilihan raya diadakan.

Tindakan itu ekoran protes oleh jutaan rakyat terhadap Morsi kerana kononnya mengabaikan masalah ekonomi dan sosial.

pas youth protest against egypt coup 3Penyokong Morsi kemudiannya turun ke jalanan menuntut supaya
beliau dikembalikan ke jawatannya dan berlaku pertempuran ganas dengan pasukan keselamatan.

Keadaan itu mencapai kemuncaknya apabila pasukan keselamatan bertindak membersihkan kem penyokong Morsi dengan kekerasan.

Angka kematian rasmi dalam operasi pada 14 Ogos itu mencecah lebih 600, walaupun Ikhwanul Muslimin mendakwa bahawa jumlah sebenar melebihi 2,000 orang .

Puluhan anggota pasukan anggota keselamatan juga turut terbunuh.

Ustaz Azhar Idrus kemalangan, selamat dan tidak cedera

Posted: 17 Aug 2013 04:39 PM PDT

MALAYSIA KINI


 
Penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus terbabit dalam kemalangan apabila kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Kampung Pengadang Baru di Kuala Terengganu hari ini.
  
Dalam kemalangan kira-kira jam 7.45 pagi itu Ustaz Azhar dan isterinya selamat dan tidak mengalami kecederaan manakala pemandu sebuah lagi kereta dan anak saudaranya cedera dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah NurZahirah (HSNZ).
  
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Zamri Shamsuddin berkata kemalangan itu berlaku ketika Ustaz Azhar atau nama sebenarnya Zamrul Idrus, 49, dan isterinya dalam perjalanan ke Bukit Payung di Marang.
  
"Ketika tiba di tempat kejadian, kereta jenis Volkswagen Golf GTI yang dipandu Ustaz Azhar bertembung dengan kereta Proton Iswara dari arah bertentangan. Dia dan isterinya tidak mengalami kecederaaan.
  
"Pemandu kereta Proton Iswara, Che Daek Abdul Rahman, 58, mengalami kecederaan di bahagian dada manakala anak saudaranya, Iskandar Mohd Saidi, 12, bengkak di kepala akibat terhantuk dan luka di tangan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
  
Zamri berkata Ustaz Azhar membuat laporan polis pada kira-kira jam 11 pagi di Balai Polis Trafik Daerah Kuala Terengganu dan telah memberikan keterangan berhubung kemalangan itu.
  
Sementara itu, Ustaz Azhar ketika ditemui pemberita enggan mengulas berhubung kemalangan itu.
- Bernama

Tiada ulasan: