DIALOG RAKYAT |
- PAS kesal PBT enggan pulang deposit poster PRU-13
- Petisyen Parlimen Kota Marudu akan dibicarakan
- SPR Perlu Jawab Isu Penipuan PRU 13, Bukan Alih Isu
- Serangan di medan Rabaah: 450 terbunuh, 10,000 penyokong Morsi cedera
- Dakwa jenayah dirancang untuk ganti EO: Pemuda Umno lapor polis
- [PANAS] Kerajaan Perpaduan Versi Najib: UMNO Dan PKR, Bukan PAS
- Pemuda PAS: Upacara di surau satu 'penghinaan'
- PUM: Boleh alih saf jika tak tepati kiblat
- EDISI MALAYSIA AMAN: Ketika Bersolat Pun Kena Ragut
- MCA Buat Laporan Polis Ke Atas Papa Gomo
- Exco Wanita setuju lebih ramai cabar Shahrizat
- Kes letupan di Tumpat: Anggota tentera direman
PAS kesal PBT enggan pulang deposit poster PRU-13 Posted: 14 Aug 2013 06:00 AM PDT Mohamad Hassan Tamby boleh beri jaminan bahawa PAS telah menurunkan dan membersihkan semua poster. SEREMBAN: PAS Negeri Sembilan melahirkan rasa kesal ke atas beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) yang gagal memulangkan semula deposit poster Pilihanraya Umum ke -13 (PRU-13) sebanyak RM3,000, walaupun petugas PAS sudah menurun dan membersihkan segala bahan kempen seperti poster, banner dan billboard yang digunakan oleh calon PAS ketika kempen PRU-13 Mei lepas. Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Sembilan, Mohamad Hassan Tamby berkata sikap PBT-PBT ini bersifat mendera Pakatan Rakyat. "Kalau kita perhatikan di beberapa kawasan di Negeri Sembilan, saya boleh memberi jaminan bahawa PAS telah menurunkan dan membersihkan semua poster, banner dan billboard calon PAS ketika kempen PRU, "katanya kepada FMT. Beliau menambah mereka cuma tidak menurunkan poster, banner dan billboard yang terletak dalam premis markas PAS. Kerana semua markas PAS merupakan tanah persendirian milik ahli PAS. "Setahu saya poster, banner dan billboard calon Barisan Nasional yang masih ada belum diturunkan atau dibersihkan," dakwanya. Beliau berkata tinjauan rambang di sekitar Seremban, Ampangan, Paroi dan Senawang, pasti akan terserempak bendera Barisan Nasional yang masih berkibar di tempat awam. "Soalan saya kepada PBT ialah apakah tindakan PBT berkenaan yang masih belum memulangkan wang deposit poster PRU-13 itu sebagai tindakan membalas dendam?" soalnya. Beliau bertanya adakah ia berhubung kait dengan petisyen DUN Klawang di mana salah seorang defendan ialah Pengurus Pilihanraya untuk DUN Klawang yang juga merupakan Yang DiPertua Majlis Daerah Jelebu. "Adakah ia berniat balas dendam? Ini merupakan kes pertama apabila sebuah PBT masih belum memulangkan wang deposit poster PRU-13," kata Mohamad Hassan. Mohamad Hassan berkata semua kerusi DUN yang ditandingi oleh calon PAS dan PKR di bawah Parlimen Kuala Pilah, wang deposit poster masih belum dipulangkan oleh Majlis Daerah Kuala Pilah. "Adakah kakitangan PBT menurunkan sendiri bahan kempen terbabit atau PBT menggunakan kontraktor?" soalnya lagi. Beliau berkata jika khidmat kontraktor digunakan, apakah pemilihan kontraktor itu dijalankan dengan tender terbuka. "Berapa pula kos yang PBT berkenaan bayar kepada kontraktor di setiap DUN?" tanya lagi. Alasan PBT Beliau mendakwa ini adalah lanjutan dendam yang dilakukan PBT terhadap Pakatan Rakyat di mana menjelang PRU-13, sejak tahun lepas PBT begitu rajin dan sewenang-wenangnya menurunkan bendera PAS, PKR dan DAP tetapi membiarkan bendera Barisan Nasional di tempat awam. "Apabila kita menuntut penjelasan, alasan yang diberikan oleh PBT ialah Barisan Nasional adalah parti yang memerintah. Adakah ini berlaku di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan?" soalnya. Mohamad Hassan berkata sebelum ini ada PBT memberikan alasan bahawa mereka menurunkan bendera PAS dan PKR kerana aduan orang awam. "Mereka menurunkan bendera PAS dan PKR tidak sampai berapa jam kita naikkan. Pernah ada kes PBT menurunkan bendera PAS dan PKR di lewat malam di Ampangan," ujarnya. Beliau mempertikaikan kenapa jika orang awam membuat aduan berhubung masalah longkang sumbat, jalan berlubang atau apa-apa sahaja aduan bersifat nadi rakyat, kenapa pula PBT berkenaan lambat ambil tindakan. "Kenapa 'urgency' yang ada pada PBT menurunkan bendera PAS dan PKR tidak ada ketika menangani masalah aduan rakyat?" tanyanya. Beliau percaya ada tangan-tangan politik dalam PBT yang lebih berminat mahu mengenakan Pakatan Rakyat daripada berkhidmat untuk rakyat. |
Petisyen Parlimen Kota Marudu akan dibicarakan Posted: 14 Aug 2013 05:50 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER Mahkamah pilihan raya membenarkan petisyen PKR untuk kerusi Parlimen Kota Marudu dibicarakan - yang pertama dibenarkan untuk kerusi yang dimenangi BN dalam pilihan raya lalu. Dalam pilihan raya lalu, calon BN dari PBS, Datuk Dr Maximus Ongkili mengalahkan calon PKR, Datuk Maijol Mahab dan dua lagi. Bagaimanapun, Hakim Yew Jen Kie membersihkan Dr Ongkili dari sebarang salah laku sepanjang pilihan raya itu, lapor The Star. Ia dibuat berdasarkan bantahan awal yang dibuat oleh Dr Ongkili terhadap petisyen itu. Ini adalah petisyen kedua yang diterima mahkamah untuk dibicara selepas melepasi peringkat pertama. Sebelum ini, hakim yang sama membenarkan petisyen yang dikemukakan BN terhadap calon PKR, Datuk Seri Panglima Lajim Ukim untuk kerusi DUN Klias, Sabah. Dalam petisyennya, Maijol menyatakan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air itu tidak mematuhi peraturan pilihan raya di samping terlibat dengan rasuah. Ia ditolak oleh mahkamah. Mahkamah menetapkan petisyen terhadap SPR dan Pegawai Pengurus pilihan raya Kota Marudu ini dibicarakan selama 10 hari mulai 19 Oktober. Dalam pilihan raya lalu, Dr Ongkili, yang dinamakan sebagai defendan pertama, menang kerusi itu dengan majoriti 842 undi. Dia berjaya mendapat 15,168 undi berbanding Maijol 14,326, State Reform Party, Majamis Timbong (2,228 undi) dan Yuntau Kolod Sabah Progressive Party (444 undi). |
SPR Perlu Jawab Isu Penipuan PRU 13, Bukan Alih Isu Posted: 14 Aug 2013 05:48 AM PDT Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu memberi respon terhadap hasil kajian Merdeka Centre mengenai penipuan pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) tanpa mengalihkannya kepada isu lain. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, SPR mesti menyelesaikan isu itu supaya intergritinya tidak dipertikai atau cuba menyimpang dari persoalan pokok termasuk mengubah sistem pilihan raya sedia ada. "SPR sepatutnya diyakini sebagai badan bebas. Kalau sebahagian besar rakyat mempertikai pilihan raya, jangan cuba teruskan dengan cara sombong dan angkuh seolah-olah kamu boleh teruskan (sesuka hati). "Orang ramai perlu dipulihkan keyakinan itu. Kalau diteruskan juga maka di Parlimen nanti, kita akan bertempur habis habisan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini. Beliau berkata demikian mengulas cadangan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof kepada parti politik mengenai cadangan mengubah sistem pilihan raya di negara ini. Anwar berkata, Abdul Aziz perlu menjawab dakwaan penipuan PRU 13 yang ditunjukkan dalam laporan Merdeka Centre, bukannya mengalih persoalan kepada isu lain selepas kewibawaan SPR dipertikai. Merdeka Centre mengesahkan kemenangan Umno-BN kerana faktor undi awal dan undi pos sekaligus tanpa kaedah itu, BN akan hilang 22 kerusi Parlimen. Sejak beberapa tahun lalu, parti pembangkang giat berkempen supaya undi pos dimansuhkan dengan alasan ia membuka ruang untuk menipu. Ekoran keputusan PRU 13, PKR, DAP dan PAS memfail petisyen untuk membatalkan keputusan di beberapa kerusi. Undi awal dan pos yang kontroversi itu membolehkan BN menang 22 kerusi Parlimen, seterusnya menguasai lagi Putrajaya. Tanpanya, BN hanya ada 111 kerusi iaitu sama jumlah dengan kerusi yang dimenangi Pakatan. Tanpa undi kontroversi itu, MIC tidak akan ada dua wakilnya dalam Kabinet iaitu Datuk Seri Dr S Subramaniam (Segamat) dan presidennya, Datuk Seri G Palanivel (Cameron Highland). Malah, BN juga akan hilang beberapa kerusi di Johor dan Wilayah Persekutuan. -selangorku |
Serangan di medan Rabaah: 450 terbunuh, 10,000 penyokong Morsi cedera Posted: 14 Aug 2013 05:45 AM PDT Lebih 450 penyokong bekas Presiden Mohamad Morsi terkorban sehingga kini manakala lebih 10,000 cedera apabila tentera dan polis Mesir menyerbu tempat perhimpunan mereka di Dataran Rabaah Adawiyah. Selain menggunakan jentolak dan kenderaan berat yang lain, tentera memasuki kawasan perhimpunan dengan dibantu helikopter yang menembak dari udara. Bunyi tembakan terus bergema di kawasan ini ketika ambulan tidak dibenarkan masuk untuk membawa keluar mereka yang tercedera. Akibat daripada itu, penyokong Morsi mengisytiharkan mogok awam dan menutup pejabat awam tempat mereka bekerja di seluruh negara bergolak itu. Wisma negeri di Aswan dan Arish sehingga kini tidak beroperasi. Orang ramai juga mula berkumpul di masjid di seluruh Kaherah termasuk di Masjid Asad Al-Furat di Dokki, Masjid Istiqomah di Giza, Masjid Fath di Ramsis dan Masjid Nour di Abbasiyah. Mereka dijangka akan berarak ke tempat kejadian bagi membuat bantahan dan bakal menghasilkan kematian yang semakin banyak. Siaran TV secara langsung dari Dataran Rabaah juga dihentikan manakala penembak tepat dikatakan menembak pihak yang mengambil gambar dari helikopter mereka |
Dakwa jenayah dirancang untuk ganti EO: Pemuda Umno lapor polis Posted: 14 Aug 2013 05:41 AM PDT Pemuda Umno Malaysia membuat laporan polis ke atas Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen kerana mendakwa insiden kes tembak-menembak serta jenayah yang berleluasa di negara ini merupakan sebahagian daripada sandiwara Barisan Nasional (BN) bagi mengembalikan beberapa akta yang telah dimansuhkan. Menurut Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar laporan tersebut di buat hari ini di Balai Polis Indera Mahkota, Pahang. Kata Khairy lagi, kenyataan Chong sebagai pemimpin kanan DAP itu jelas menampakkan tahap pemikirannya yang cetek dan keanak-anakan bagi memperjuangkan politik kebencian yang diamalkan pembangkang terutama DAP selama ini. "Tohmahan serta tuduhan itu jelas merupakan satu bentuk hasutan yang serius, keterlaluan dan bertujuan mempengaruhi rakyat bagi membenci BN selaku kerajaan yang dipilih secara sah pada pilihan raya umum lalu,"katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Ekoran itu, Pemuda Umno yang menyifatkan kenyataan itu sebagai "politik kotor" Chong berharap ia dapat membuka mata rakyat tentang kualiti pemikiran dan perjuangan politik para pemimpin pembangkang. "Atas rasa tanggungjawab serta cintakan keamanan negara, kesejahteraan rakyat dan prinsip memperjuangkan amalan politik matang dan laporan ini sebagai bukti bahawa satu tindakan undang-undang yang tegas dan adil dapat dilaksanakan ke atasnya," kata Khairy. Semalam, portal The Borneo Post memetik kenyataan Chong yang juga merupakan Ahli Parlimen Bandar Kuching berkata kejadian jenayah yang meningkat di negara ini adalah sebahagian dari rancangan kerajaan Barisan Nasional bagi menggantikan undang-undang baru menyerupai Akta Ordinan (EO). Chong berkata demikian semasa sidang media yang berlansung di Ibu Pejabat DAP bagi mengulas mengenai isu jenayah yang tidak terkawal. "Ia merupakan satu tindakan terancang apabila pemimpin BN termasuk Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi menggunakan kesempatan peningkatan keganasan jenayah membabitkan senjata api untuk menperkenalkan undang-undang baru," dakwa beliau yang dipetik dari The Borneo Post. Beliau juga berkata dengan berbuat demikian rakyat menjadi mangsa bagi agenda politik BN. Chong memberitahu undang-undang seperti EO yang bakal diperkenal BN hanya membenarkan penyalahgunaan kuasa kerana sesiapa saja termasuk pemimpin pembangkang boleh ditahan tanpa dibicara di mahkamah. |
[PANAS] Kerajaan Perpaduan Versi Najib: UMNO Dan PKR, Bukan PAS Posted: 14 Aug 2013 05:37 AM PDT KELAB GREENBOC Isu kerajaan perpaduan antara BN dan PKR muncul lagi. Kali ini ia disahkan sendiri oleh Anwar melalui wawancara dengan laman web, Asia Sentinel di mana Ketua Pembangkang itu mengakui bahawa usaha itu dimulakan oleh Najib sendiri. Namun demikian, Anwar memberitahu beliau menolak usaha itu melalui perantara sebelum ia sempat menjadi kenyataan. Sebelum ini, isu kerajaan perpaduan antara BN dan PKR juga muncul ketika kedua-dua pemimpin, Najib dan Anwar secara serentak berkunjung ke Indonesia di mana keduanya dilaporkan mengadakan pertemuan di sana yang diinisiatifkan oleh Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi. Bagaimanapun kedua-dua mereka kemudiannya menafikan ada mengadakan pertemuan itu. Usaha pembentukan kerajaan perpaduan ini juga dikatakan turut melibatkan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusof Kalla melalui beberapa kunjungannya ke Kuala Lumpur untuk bertemu Najib dan Anwar. Kunjungan terbaru Jusof ke negara ini dilaporkan pada minggu lalu. Sebelum ini Jusof Kalla pernah menjadi orang tengah untuk menandatangai persefahaman untuk penyerahan kuasa secara aman sebaik keputusan pilihanraya lalu dan menerima apa saja keputusan rakyat. Bagaimanapun, persefahaman itu tidak ditandatangaini oleh Najib manakala Anwar pula kemudiannya enggan menerima sepenuhnya keputusan pilihanraya atas dakwaan pilihanraya itu tidak adil dan tidak bebas. Isu yang menjadi perbualan ramai sekarang ialah sejauh mana pembentukan kerajaan perpaduan ini bakal menjadi kenyataan? Najib dikatakan memulakan usaha itu tetapi setakat mana Anwar menolaknya? Apakah Anwar hanya menolaknya kali ini atau menolak selama-lamanya? Sebelum ini dilaporkan juga pembentukan kerajaan perpaduan ini turut melibatkan tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Anwar serta lima jawatan menteri kabinet kepada PKR. Soalnya, jika tawaran dibuat lagi selepas ini, apakah Anwar akan terus menolaknya? Kenapa pula Najib mahu membentuk kerajaan perpaduan dengan PKR dan bukannya dengan PAS? Mengapa Anwar lebih didambakan oleh Najib berbanding Haji Hadi Awang? Sekarang ini BN mempunyai 133 kerusi Parlimen. Jika ia bergabung dengan PKR yang mempunyai 30 kerusi Parlimen, kedudukan kerajaan perpaduan yang baru itu akan menjadi 163 kerusi, melebihi had majoriti dua pertiga. Kedudukan pembangkang pula akan menurun daripada 89 kerusi kepada 59 kerusi Parlimen. Tetapi sekiranya BN bergabung dengan PAS yang mempunyai 21 kerusi pula, kerajaan perpaduan BN dengan Pas akan menjadi 154 kerusi. Kedudukan ini juga mencapai tahap dua pertiga kerana had minima untuk membentuk dua pertiga hanyalah 148 kerusi sahaja. Sekiranya Najib ingin menguatkan kedudukan Melayu dan Islam, beliau seharusnya memilih PAS tetapi sehingga ini tidak terdengar ada tawaran pernah dibuat kepada parti Islam itu. Najib nampaknya lebih meminati PKR berbanding PAS. Menjelang kira-kira 100 hari selepas berakhirnya pilihanraya umum, kita sudah didedahkan dengan dua kali munculnya spekulasi mengenai hasrat Najib mahu membentuk kerajaan perpaduan antara BN dengan PKR. Dengan Anwar sendiri mengakui usaha itu dibuat oleh Najib, ia ternyata sukar disangkal kebenarannya. Najib pula masih berdiam diri sehingga kini. Lebih-lebih lagi kebelakangan ini, Najib dilihat tidak pernah menyentuh mengenai Anwar dan PKR dalam ucapan-ucapannya. Serangannya terhadap Anwar juga tidak kedengaran lagi. Hanya media pro Umno saja yang terus-menerus memainkan isu mengenai Anwar. Tetapi tentulah tidak semua perkara yang mahu dilakukan oleh Najib perlu diberitahunya kepada sesiapa terlebih dahulu. Barangkali ini merupakan usaha yang betul-betul rahsia yang mahu dilakukan oleh Perdana Menteri. Anwar dan PKR menjadi pilihan Najib untuk membentuk kerajaan perpaduan mungkin disebabkan beberapa faktor. Pertama, mungkin disebabkan sebahagian ahli PKR adalah bekas ahli Umno walaupun parti itu berbilang laum sifatnya. Membentuk kerajaan perpaduan bererti membawa mereka kembali ke pangkuan BN dan kerajaan. Keduanya, dengan kedudukan PRK yang berbilang kaum dan sebahagian Ahli Parlimennya juga daripada kam Cina dan India, Najib mengharapkan kelompongan yang ditinggalkan akibat banyak kerusi MCA, Gerakan dan MIC yang tewas dalam pilihanraya lalu, dapat ditampungnya. Keseimbangan kaum dalam kerajaan dapat diwujudkan kembali. Secara langsung kestabilan dalam kerajaan kembali kukuh dan ia juga selaras dengan jiwa 1Malaysia Najib sendiri. Ini merupakan antara sebab PKR lebih menjadi pilihan berbanding PAS. Ketiganya, PKR menjadi pilihan jelas menggambarkan kebimbangan Najib tentang masa depan BN dalam pilihanraya ke 14 nanti. Walaupun dalam pilihanraya lalu, BN menang 133 kerusi dengan Umno menang 88 kerusi daripadanya, ia belum merupakan jaminan yang kuat BN mampu terus bertahan dalam pilihanraya umum lima tahun lagi. Dengan kadar celik internet yang makin bertambah seiring dengan pembangunan bandar baru, penguasaan Umno di kawasan luar bandar dijangka semakin menurun manakala golongan yang kritikal terhadap kerajaan turut meningkat. Dijangkakan juga menjelang lima tahun akan datang terdapat kira-kira 5 juta pengundi baru di mana majoritinya diramalkan memang tidak memihak kepada BN. Cabaran inilah yang menjadikan Najib melihat berbaik-baik dengan PKR adalah jalan penyelesaian terbaik untuk mengekalkan kesinambungan kuasa BN dan dirinya di negara ini. Dengan bergabung dengan PKR yang mana selama ini Anwar menjadi tunjang kekuatan parti itu, kekuatan pembangkang juga dapat dikekang kerana jika hanya tinggal PAS dengan DAP saja yang menjadi cabaran BN, ia jauh lebih mudah untuk diuruskan. Salah satu kejayaan Anwar dalam memimpin Pakatan Rakyat ialah kejayaannya menyatupadukan PAS, DAP dan PKR dalam ikatan yang lebih kukuh dan boleh bertanding satu lawan satu dengan BN. Sekiranya PKR berjaya ditanggalkan daripada gabungan itu, PAS dan DAP bukan saja kurang kekuatannya, bahkan mungkin di sesetengah kerusi akan berlaku persaingan sesama sendiri antara PAS dan DAP sebagai calon pilihanraya sebagaimana yang kerap berlaku sebelum ini. Keempatnya, dengan membentuk kerajaan perpaduan bersama PKR, kedudukan Najib pastinya juga bertambah kukuh. Walaupun sebelum ini ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri, Najib merupakan salah seorang penyokong kuat Anwar, kini sekiranya Anwar pula yang menjadi pendokong Najib, sudah tentulah Najib bertambah kukuh lagi. Pengaruh lain dalam Umno yang mahu menggugat kedudukannya seperti elemen Muhyiddin dan Mahathir akan dapat dineutralkan dengan adanya Anwar bersama-samanya dalam kerajaan. Walaupun sehingga ini pembentukan kerajaan perpaduan ini terlihat mustahil dan Anwar sendiri bertegas menolaknya, manakala sebahagian ahli serta pemimpin PKR juga menolaknya atas alasan penentangan terhadap Umno dan BN selama ini adalah berkaitan isu dasar seperti rasuah, penyelewengan, pembaziran, ketelusan dan sebagainya, tetapi seiring dengan perjalanan masa adalah tidak mustahil tawaran Najib kepada PKR akan muncul kembali. Sekali pelawaan ditolak, dua kali juga ditolak tetapi jika pinangan terus-menerus datang dengan tawaran yang semakin menarik, mungkin daripada lima jawatan kabinet bertambah kepada tujuh misalnya disamping jawatan lain dalam GLC misalnya, adalah tidak mustahil pembentukan kerajaan perpaduan ini akan menjadi kenyataan juga akhirnya. Lebih-lebih lagi, di samping Najib mempunyai masalahnya sendiri seperti gugatan Muhyiddin dan gangguan Mahathir dalam pentadbirannya, manakala Anwar juga ada masalah juga serta keinginan yang terpendam, tidak mustahil jika titik persamaan itu bertemu, akhirnya akan terbentuk pakatan yang menyaksikan kedua-duanya bersatu atas kepentingan "menang-menang". – shahbudindotcom.blogspot.com ULASAN GB Semalam GB sudah ulas hal Kerajaan Perpaduan versi Najib ini. GB menyangkakan semua orang tahu bahawa Kerajaan perpaduan versi Najib ini adalah diantara UMNO dan PKR, bukan UMNO dan PAS sepertimana awal-awal isu Kerajaan Perpaduan ini dihangatkan satu ketika dulu. Tetap para macai UMNO, tanpa usul periksa, melemparkan komen-komen liar menuduh sikap PAS yang menolak Kerajaan Perpaduan sebagai langkah silap dan kononnya sengaja mahu perpecahan Melayu/Islam itu berterusan, sedangkan mereka (macai UMNO) tidak menyedari FAKTA bahawa Kerajaan Perpaduan versi Najib ini lansung tiada kaitan dengan PAS, dan PAS lansung tidak dipelawa menyertainya. Ia adalah diantara UMNO dan PKR. Mengapa Najib pilih PKR? Sebenarnya GB sudah menjawabnya semalam. Apatah lagi kini MCA dan MIC telah di tolak oleh rakyat Cina dan India sebagai parti yang mewakili kaum mereka masing-masing. Maka BN hanya bertunjangkan UMNO dan ia tidak lagi menggambarkan "realiti" masyarakat Malaysia yang sebenar.Najib menyedari bahawa BN yang memerintah sekarang ini sudah goyang dan goyah. Prestasi buruk MCA dan MIC di dalam PRU13 menjadi UMNO kera sumbing di dalam BN. Maka itu Najib perlu mencari parti kaum Cina dan India yang kuat untuk menyertai UMNO memerintah Malaysia. Menyedari DAP merupakan kaum Cina terkuat di negara ini, UMNO melalui Zainuddin Maidin pernah mengajukan cadangan supaya DAP menyertai BN, tetapi DAP telah menolak bulat-bulat syor itu dan DAP masih terus ingin bersama rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat. UMNO tidak memilih PAS, kerana PAS juga mewakili orang Melayu/Islam, dan UMNO merasakan kerusinya yang 88 itu sudah lebih dari memadai untuk menjadi juara kaum tersebut tanpa PAS (walaupun 88 kerusi UMNO yang kononnya menjadikan UMNO parti terkuat itu hanyalah satu mitos). Justeru itu, pilihan yang ada bagi Najib (setelah DAP dan PAS) ialah PKR. Apa tah lagi PKR sebuah parti berbilang kaum yang mana daripada 29 kerusi parlimen yang dimenangi oleh PKR, 13 daripada mereka adalah bukan-Melayu. Kerencaman ini, dilihat oleh Najib lebih menarik perhatiannya terhadap realiti masyarakat majmuk di negara ini. Maka itulah timbulnya rundingan sulit yang melibatkan pihak ketiga dari Indonesia (Bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla). Namun kini segala-gala terbongkar. Najib hanya memperhitungkan survival UMNO dan BN semata-mata. Tiada kejujuran di dalam rancangan Kerajaan Perpaduannya itu. Maka sebab itu GB menyatakan semalam: Apabila keadaan sedemikian berlaku maka, lambat laun nafas UMNO akan sesak dan akan tumbang dengan sendirinya bersama panji Barisan Nasionalnya itu. |
Pemuda PAS: Upacara di surau satu 'penghinaan' Posted: 14 Aug 2013 05:33 AM PDT MALAYSIA KINI Pemuda PAS mengutuk tindakan kumpulan penganut Buddha yang dilaporkan menggunakan satu surau di sebuah resort di Johor untuk satu upacara keagamaan.Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Riduan Mohamad Nor berkata, perbuatan seperti itu menunjukkan Islam disamakan dengan agama lain, yang didakwa mengandungi unsur "pluralisme yang sesat dan terkeluar daripada Islam". "Islam sama sekali melarang penganut agama lain menggunakan rumah ibadatnya seperti masjid atau surau sebagai tempat ibadat penganut agama lain. Ia adalah suatu penghinaan terhadap agama Islam," katanya dalam satu kenyataan. Riduan seterusnya menggesa kerajaan menyiasat dan mengenakan hukuman berat terhadap pemilik resort itu jika beliau didapati bersalah. "Pemilik resort wajar dikenakan hukuman yang berat sekiranya beliau bersalah kerana gagal menjaga insititusi agama sepenting surau dari dijadikan tempat sembahan penganut agama lain. "Ia juga sebagai pengajaran buat semua rakyat Malaysia agar menghormati rumah-rumah ibadat yang sedia ada," katanya lagi. Kenyataan itu timbul ketika para ilmuwan Islam menyuarakan gesaan agar pihak berkuasa menangani kes berkenaan dengan wajar termasuk dengan "dialog antara agama" dan bukannya mengambil tindakan keras. Surau yang terletak dalam kawasan sebuah resort di Kota Tinggi meraih kontroversi apabila digunakan untuk satu upacara keagamaan kumpulan penganut Buddha pada Sabtu lepas. Pemiliknya, seorang warga Singapura kini ditahan reman mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan berhubung kesalahan mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan. Ketua Sami Buddha Malaysia Datuk K Sri Dhammaratana Nayake semalam memohon maaf kepada penganut agama Islam atas tindakan kumpulan penganut fahaman Buddha tersebut. |
PUM: Boleh alih saf jika tak tepati kiblat Posted: 14 Aug 2013 05:30 AM PDT Persatuan Ulama Malaysia (PUM) meminta agar pihak Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) menimbangkan semula cadangan untuk merobohkan surau kontroversi di negeri itu yang didakwa dibina dengan tidak menepati arah kiblat. Setiausaha PUM Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata, alasan untuk merobohkan surau tersebut tidak memadai kerana arah saf jemaah di surau tersebut boleh dialih dan disusun semula mengikut arah kiblat yang betul. Katanya, MAIJ tidak sepatutnya bertindak melulu sehingga "marahkan nyamuk, kelambu dibakar." "Banyak masjid yang dibina kiblatnya tak beberapa tepat, tapi ini bukan alasan kuat untuk merobohkannya. Walau kiblat berubah, kita boleh alihkan saf dan susunan solat ke arah kiblat yang betul. "Kami setuju dibetulkan arah kiblat tersebut tapi kami mohon MAIJ timbangkan semula cadangan robohkan, dah sebolehnya tidak robohkan (surau tersebut)," katanya kertika dihubungi Malaysiakini. Selain itu, beliau juga berkata, tindakan untuk merobohkan surau tersebut juga dilihat merugikan masyarakat awam serta pekerja beragama Islam yang bekerja di resort tersebut. "Jangan melihat dan cari jalan penyelesaian yang bersifat jangka pendek. (Janganlah jika) marahkan nyamuk, bakar kelambu.\ "Kita minta MAIJ timbang semula cadangan robohkan surau kerana kalau roboh, merugikan umat Islam, termasuk pekerja resort yang Muslim," katanya. Katanya, kejadian yang berlaku itu juga memberi satu hikmah kerana memberi pengajaran agar umat Islam menggunakan surau untuk beribadat. "Pengajaran yang ada pada umat Islam ialah supaya umat Islam ke surau dan masjid. Jangan yang tidak ke surau atau masjid yang jadi juara isu ini, berdemonstrasi sana sini. "Perlu ada program bentuk tarbiyah dan mendidik pekerja dan orang awam supaya sentiasa mendekati masjid dan surau," katanya lagi. Surau yang terletak dalam kawasan sebuah resort di Kota Tinggi itu meraih kontroversi apabila digunakan untuk satu upacara keagamaan oleh sekumpulan penganut Buddha pada Sabtu. Pemiliknya, seorang warga Singapura kini ditahan reman mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan berhubung kesalahan mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan. |
EDISI MALAYSIA AMAN: Ketika Bersolat Pun Kena Ragut Posted: 14 Aug 2013 05:19 AM PDT Kak Ani (kanan) melakonkan semula bagaimana bahu kirinya disentuh penjenayah ketika sedang menunaikan solat Isyak berjemaah di sebuah masjid di Chendering. KELEB GREENBOC Kuala Terengganu - Sebelum ini, kita hanya mendengar duit tabung masjid dicuri, beg tangan dan barang berharga milik jemaah dilarikan ketika sedang solat, tetapi kejadian berbeza dialami seorang jemaah wanita di sebuah masjid di Chendering, di sini. Dalam kejadian Sabtu lalu, kira-kira jam 8.40 malam, ibu empat anak itu nyaris menjadi mangsa ragut oleh penjenayah yang menutup muka dengan tuala ketika sedang menunaikan solat Isyak berjemaah di masjid berkenaan. Menurutnya yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Ani, 52, ketika kejadian, dia bersama tujuh lagi jemaah wanita sedang bersolat di ruang solat tingkat bawah, manakala jemaah lelaki di ruang solat tingkat atas masjid. "Disebabkan jemaah tidak ramai, jadi kami hanya membuat satu saf sahaja dan saya mengambil tempat di kedudukan paling tengah. "Semasa kejadian, imam sedang membaca surah al-Fatihah untuk rakaat kedua. Ketika sedang khusyuk itu, tiba-tiba bahu saya sebelah kiri dicengkam dengan kuat sebelum leher diraba oleh penjenayah yang muncul dari arah belakang," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Permint Jaya, Chendering, di sini, semalam. Kak Ani berkata, terkejut dengan situasi itu, dia terus memalingkan muka dan mendapati seorang lelaki bertubuh sasa yang menutup muka dengan sehelai tuala berdiri di belakangnya. "Saya menjerit sekuat hati kerana terkejut dan disebabkan jeritan saya itu, semua jemaah wanita terpaksa memberhentikan solat untuk membantu. "Malah dua daripada mereka bertindak berani cuba mengejar penjenayah terbabit tetapi gagal," katanya. Jelasnya lagi, penjenayah yang mengenakan baju T dan berseluar jeans itu mungkin bukan sahaja berhasrat hendak meragut rantai leher dipakainya, tetapi turut mempunyai niat mengambil kesempatan untuk mencabul. "Ini kerana, ketika dia mencengkam bahu, perbuatan awalnya lebih kepada meraba dada sebelum bertindak menarik rantai di leher. "Tetapi apa yang saya musykilkan, bagaimana penjenayah itu tahu saya memakai rantai sedangkan semasa pergi ke masjid, saya terus memakai telekung sembahyang dan sememangnya tidak akan nampak barang kemas dipakai," katanya. Menurutnya lagi, walaupun insiden itu sudah berlalu beberapa hari, namun dia masih trauma. "Setiap kali hendak solat, saya merasakan seperti ada orang di belakang walaupun hanya solat di rumah. "Selepas kejadian, saya masih tidak berani ke masjid dan insyaALLAH, selepas semangat saya pulih dalam beberapa hari nanti, saya pasti akan menjadi salah seorang jemaah di masjid itu lagi," katanya. -SH |
MCA Buat Laporan Polis Ke Atas Papa Gomo Posted: 14 Aug 2013 05:15 AM PDT KELAB GREENBOC Gara-gara kenyataan melampau, Exco Pemuda MCA, Chong Sin Woon bersama rakannya membuat laporan polis terhadap penulis blog, Papa Gomo di Balai Polis Dang Wangi atas tuduhan sengaja mencetuskan sentimen perkauman. Ketua Pemuda Biro Pendidikan Pemuda MCA itu, berkata tindakan Papa Gomo memanggil masyarakat Cina sebagai 'Pendatang" yang diletakkan di laman Facebook penulis blog itu disifatkan melampau. "Kita mahu polis mengambil tindakan tegas terhadap Papa Gomo dan mendakwa beliau mengikut Akta Hasutan. Malah bukan kepada dia saja tetapi siapa pun yang sengaja mancetuskan ketegangan kaum di negara ini harus disiasat,"katanya seperti dilaporkan akhbar China Press, hari ini. Chong berkata, jika kerajaan tidak mengambil tindakan tegas terhadap isu yang membabitkan sensiviti kaum, dan membiarkan pihak tidak bertanggugjawab terus menyebarkan fitnah maka ia tidak mendatangkan kebaikan kepada keharmonian negara ini. Meskipun identiti Papa Gomo ini masih terus menjadi misteri namun, beliau berharap polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dapat melakukan siasatan dan mendedahkan hal ini. Katanya, isu membabitkan perkauman semakin tegang apabila berakhirnya Pilihan Raya Umum lalu ekoran dari keputusan majoriti kaum Cina yang beralih kepada Pakatan Rakyat. Ia menyebabkan parti Melayu, Umno menuduh masyarat Cina sebagai pembelot. Dalam masa sama, Chong juga menegaskan pelaksanaan perlu diambil ke atas mereka yang mencabar undang-undang negara ini. Katanya, setakat ini pihaknya sudah mengumpul bukti untuk dikemukakan ke mahkamah bagi negeri Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan. Selain dari menggelarkan kaum Cina sebagai pendatang, Papa Gomo turut didakwa menulis kenyataan seperti "Kita Melayu patut bersatu menentang Cina", "Cina harus balik ke negara China" dalam laman Facebooknya. -TMI ULASAN GB Kita sama-sama tunggu dan lihat samada kali ini polis sedia menangkap dan menyiasat papagomo. Walaupun banyak aduan mengenai papagomo telah dilaporkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat, nampaknya pihak polis tidak lansung mengambil tindakan ke atas papagomo. Kali ini, pemimpin dari MCA, sekutu Barisan Nasional sendiri membuat laporan polis. Masih berdiam dirikah pihak polis ke atas blogger UMNO ini yang ternyata mengeluarkan kenyataan rasis dan hasutan ini? |
Exco Wanita setuju lebih ramai cabar Shahrizat Posted: 14 Aug 2013 05:13 AM PDT MALAYSIA KINI Anggota exco Wanita Umno Datuk Azizah Mohd Dun menyokong cadangan agar lebih ramai pemimpin sayap parti itu tampil untuk mencabar Datuk Shahrizat Abdul Jalil dalam pertandingan untuk jawatan ketua Wanita. Laporan Berita Harian menyebut, Azizah turut mencadangkan agar langkah berkenaan diperluas untuk jawatan lain dalam pemilihan tersebut. "Saya amat setuju jika pemilihan bagi jawatan ketua Wanita Umno dibuka kepada lebih ramai calon yang berkaliber, malah langkah sama perlu dilakukan terhadap jawatan lain dalam parti," katanya seperti dipetik dalam laporan akhbar itu. Azizah, yang menawarkan diri bertanding naib ketua Wanita Umno, mengulas cadangan presiden Majlis Bekas Wakil Rakyuat Malaysia (MUBARAK), Tan Sri Abdul Aziz Rahman yang mahu pemilihan ke jawatan itu tidak wajar terhad kepada dua calon. Sehingga kini, hanya ahli parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman telah mengesahkan akan mencabar penyandang, Datuk Seri Shahrizat Jalil bagi jawatan tersebut. Shahrizat sebelum ini juga mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk mencabarnya. Beliau turut menasihatkan Azalina agar tidak membawa budaya 'anak mencabar ibu' dalam pemilihan akan datang. |
Kes letupan di Tumpat: Anggota tentera direman Posted: 14 Aug 2013 05:08 AM PDT Seorang anggota tentera berusia 29 tahun ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan berkaitan kes letupan yang membunuh seorang kerani sekolah di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk, Tumpat pada Ahad lepas. Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata suspek ditahan bagi membantu siasatan kes letupan itu yang membunuh kerani Sekolah Rendah Kebangsaan Manek Urai, Kuala Krai, Mohd Yusrizal Mat Zain, 32. "Suspek ditahan di Tumpat pada pukul 5 petang semalam," katanya dalam satu kenyataan di Kota Bharu, hari ini. Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, Mohd Yusrizal maut terkena letupan ketika mengambil bungkusan ditinggalkan di atas bumbung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di halaman rumah mertuanya di Taman Seri Periuk itu. Mazlan berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Polis sebelum ini telah mengambil sampel daripada saki-baki bahan letupan itu dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dikenal pasti bahan letupan yang digunakan. Berikutan itu, polis Kelantan menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat secara menyeluruh kes berkenaan termasuk mengenal pasti motif kejadian dan jenis bahan letupan.- Bernama |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan