DIALOG RAKYAT |
- 'The awakening: Abdullah Badawi years in Malaysia' akan menjadi panas
- Laporan awal Jambatan Ke-2 P.Pinang runtuh Oktober
- KM tawar bantu polis Pulau Pinang banteras jenayah
- Disergah Pak Lah yang bangun dari tidurnya.. Mahathir kehilangan kata-kata..
- Ketua Penerangan ANAK Kemalangan
'The awakening: Abdullah Badawi years in Malaysia' akan menjadi panas Posted: 09 Aug 2013 04:48 PM PDT ASPAN ALIAS 'The Awakening: The Abdullah Badawi years in Malaysia' akan dipasaran tidak lama lagi dan ini satu penerbitan yang bakal menjadi topik hangat serta polimik besar mengikut jangkaan saya. 'The pre publication remarks' yang kita nampak melihatkan satu polimik yang hebat kerana apa sahaja yang melibatkan Dr Mahathir terutamanya dalam UMNO dan kepimpinan negara akan menjadi tumpuan ramai.
Segala-gala kemudharatan yang negara hadapi bermula dari Abdullah Badawi dan tidak ada sedikit pun ia bermula semasa pemerintahannya selama 22 tahun itu. Sekarang Abdullah pula memberikan pandangan dari sudut pemikirannya walaupun beliau (Abdullah) berdiam diri sahaja apabila Mahathir menyalahkan segala-galanya kepada Abdullah. Mahathir berkata yang beliau belum lagi membaca penerbitan itu tetapi beliau akan memberikan respons mengikut apa yang beliau akan baca dan sudah menjadi kepastian Dr Mahathir akan membalasnya dengan lebih sinis lagi. Saya pun belum membacanya lagi tetapi dari apa yang di sebutkan oleh Abdullah dalam publisiti 'pre-launching' nya itu Abdullah telah memberikan pandangan yang bertentangan dengan Dr Mahathir dan itulah tanda-tanda ia akan menjadi topik hangat dimana-mana nanti.
Sudah begitu lama Dr Mahathir hanya memangkah sahaja. Nampaknya kali ini Abdullah pula mengambil giliran memangkah dan Dr Mahathir mengambil giliran memusing gasing itu pula. Gasing siapa yang pecah tidak pula kita ketahui kerana masing-masing dari hakikatnya adalah saling sandar menyandar dalam membuatkan politik negara kita menjadi sedemikian rupa. Bagi saya jika ada kesalahan Abdullah itu, ia juga adalah kesalahan Dr Mahathir kerana Abdullah adalah ciptaan Dr Mahathir dalam kepimpinan negara. Mahathir telah mencipta Abdullah untuk dijadikan pemimpin yang boleh disuruh arah dan dipandu oleh pengaruh beliau setelah bersara. Media telah memaparkan Abdullah sebagai orang baik. Tetapi dari awal tidak pula media ini memaparkan sebagai seorang pemimpin yang baik, hanya sekadar orang baik sahaja. Tetapi ciptaan Mahathir tidak menepati kegunaan yang diharapkan oleh beliau (Dr Mahathir), iaitu untuk menyuruh arah Abdullah. Mahathir terlupa yang Abdullah yang lembut itu adalah seorang yang degil. Abdullah tidak mudah melakukan sesuatu kerana memandang kearah telunjuk pemimpin yang telah mencipta beliau dan pengganti beliau (Dr Mahathir). Bagi Abdullah jika beliau dijadikan PM, jadikanlah beliau sebagai PM yang sebenarnya dan bukannya sebagai PM boneka kepada seseorang yang lain. Itulah sebab bermulanya perselisihan diantara Abdullah dengan Dr Mahathir dan Mahathir bertindak cepat untuk mengkritik Abdullah secara terbuka dan kesemua kesalahan terhadap negara beliau lemparkan kepada Abdullah untuk bertanggungjawab. Sejak dari saat itu semua kesalahan terletak di bahu Abdullah dan bermula dari zaman pentadbiran Abdullah. Di sebaliknya semua yang boleh dipersepsikan sebagai baik adalah kepunyaan dan menjadi tuntutan Dr Mahathir sebagai sumbangan beliau kepada negara. Apabila Dr Mahathir sedar yang Abdullah tidak mahu tunduk kepada kemahuannya maka Abdullah terpaksa menerima segala keburukkan walaupun perkara itu dilakukan oleh Dr Mahathir sendiri. Segala keburukkan berlaku dari zaman Abdullah Badawi. Rasuah yang berlaku secara besar-besaran mengikut pandangan Dr Mahathir berlaku dari zaman Abdullah. Mengisi kepimpinan yang berbudaya mengampu dan 'burung balam' itu bermula dari zaman Abdullah. Tidak siapa boleh percaya rasuah yang begitu besar dan dilakukan secara sistematik oleh kerajaan itu berlaku dari zaman Abdullah. Lazimnya rasuah yang sampai ketahap seperti yang dialami negara sekarang memakan masa paling kurang dua puluh tahun untuk berkembang seperti yang kita lihat sekarang. Mahathir tidak memberikan tumpuan untuk membina dan menyuburkan benih kepimpinan dikalangan UMNO kerana membina kepimpinan bermakna akan membunuh niat beliau untuk berkuasa dalam tempoh yang lama terhadap negara. Sedangkan semua mereka yang berkepimpinan dan yang terbina di zaman Tun Razak dan Hussein Onn pun diketepikan oleh Dr Mahathir dengan begitu halus, bagaimana seseorang itu boleh mengharapkan beliau untuk membina dan membentuk barisan pemimpin yang berkepimpinan. Akhirnya Abdullah Badawi yang dari awal tidak pernah dilihat sebagai orang yang berpotensi untuk menjadi PM pun boleh manjadi PM dan mereka yang ada disekeliling Abdullah itu adalah dari ciptaan Mahathir senditri. Mereka mempunyai ciri yang serupa, baik Abdullah, Najib dan akan berterusan dengan kepimpinan acuan yang sama, baik Muhyiddin atau kesemua Naib-Naib Presiden UMNO yang ada pada hari ini. Saya selalu menyebut sesiapa yang mentadbir negara selepas Dr Mahathir merupakan dari kumpulan yang sama, tidak boleh diharapkan apa-apa yang besar dari mereka. Mereka adalah 'tot' dari Dr Mahathir dan tidak mungkin ada dikalangan yang berkuasa dalam UMNO sekarang mampu memimpin negara dengan betul. Dr Mahathir itu sendiri menerima akibat kritikan dan pemimpin yang mengambil beliau sebagai pemimpin negara. Hussein Onn sendiri pernah menzahirkan penyesalan beliau kerana memilih Dr Mahathir sebagai pengganti beliau tetapi cara mereka yang dibesarkan dalam keluarga yang baik mereka tidak mengkritik Dr Mahathir seperti Dr Mahathir mengkritik Abdullah dan sekarang kritikan beliau akan hinggap pula kepada batang tubuh Najib Tun Razak. Walau bagaimana pun mari kita baca dahulu apa yang tertulis dalam 'Awakening: Abdullah Badawi years in Malaysia' yang akan dilancarkan oleh pemimpin pembangkang Nurul Izah Anwar itu. Selepas itu kita bahaskan sama-sama. Apa yang saya komen ini hanyalah merupakan 'preamble' terhadap apa yang mungkin saya komen setelah membaca buku itu dengan sepenuhnya nanti. Isu ini pastinya merupakan satu topik yang di minati ramai. Kita tunggu. Tidak lari gunung dikejar. | |||||||||||||
Laporan awal Jambatan Ke-2 P.Pinang runtuh Oktober Posted: 09 Aug 2013 04:44 PM PDT Foto Sinar Harian oleh MOHD ISKANDAR OTHMAN KUCHING - Kementerian Kerja Raya akan mengeluarkan laporan awal mengenai runtuhan penyambungan tanjakan susur keluar ke Jambatan Kedua Pulau Pinang pada Oktober depan, kata Menterinya Datuk Fadillah Yusof. Beliau berkata laporan oleh kumpulan pakar seramai 12 orang yang dibentuk khas oleh kementeriannya ditugaskan mengkaji semua aspek berkaitan amalan biasa industri pembinaan dan menyiasat sama ada ia dipatuhi dalam kes tersebut. "Maklum balas awal yang diterima dari kumpulan pakar itu mengatakan terdapat kecuaian, tidak mematuhi standard serta amalan-amalan yang sepatutnya dipatuhi dan ditetapkan dalam sektor pembinaan sehingga mengakitkan runtuhan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Petra Jaya di sini hari ini. Mengulas lanjut, Fadillah berkata selain menjalankan siasatan kes runtuhan tersebut, kumpulan 12 pakar yang terdiri antaranya dari pihak arkitek, wakil syarikat pemaju, ahli akademik dan agensi kerajaan itu turut mengkaji proses dan sistem sektor pembinaan sedia ada supaya apabila pelaksanaan projek pembangunan dilakukan pada masa hadapan, risiko kemalangan dapat dikurangkan. "Matlamat kita ialah untuk mengkaji keseluruhan perjalanan projek termasuk aspek perundangan, amalan pihak industri, bahan reka bentuk, pemantauan projek, rangkaian bekalan serta kemahiran pekerja," katanya. Fadillah berkata laporan awal itu akan dimuktamadkan hanya selepas satu konsultasi bersama dengan semua pihak berkaitan industri pembinaan diadakan. "Laporan akhir pula akan dikemukakan kepada kerajaan, dan jika ada input yang bersesuaian, seperti perubahan dasar, penambahbaikan undang-undang, serta amalan dalam sektor pembinaan, kita akan laksanakan," katanya. Dalam kejadian 6 Jun lepas itu, tanjakan konkrit di susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di Batu Maung, runtuh dan mengakibatkan seorang terbunuh dan tiga lagi cedera. Pada 6 Julai, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Datuk Ir Dr Johari Basri mengesahkan siasatan pihaknya mendapati wujud unsur kecuaian dari segi prosedur dan teknikal oleh pihak kontraktor. - Bernama | |||||||||||||
KM tawar bantu polis Pulau Pinang banteras jenayah Posted: 09 Aug 2013 04:40 PM PDT MALAYSIA KINI Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyuarakan kebimbangannya terhadap tiga insiden tembakan yang berlaku dalam masa sehari di negeri ini.Beliau berkata semalam tiga kejadian berasingan yang berlaku pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri di Pulau Pinang dan mungkin berkaitan dengan persaingan kumpulan kongsi gelap, menunjukkan "keadaan jenayah yang semakin buruk yang akan menimbulkan keraguan terhadap keselamatan awam". Kejadian itu menyebabkan kematian seorang warga India berusia 37 tahun di Jalan Anson dan mencederakan seorang bouncer berusia 43 tahun, awal pagi ini di Jalan Dato' Keramat. Lim (kiri) berkata, beliau telah menghubungi Ketua Polis Pulau Pinang pagi ini dan telah diberi taklimat mengenai keadaan tersebut. Menurutnya, kerajaan negeri komited untuk mengekalkan rekod Pulau Pinang sebagai salah sebuah negeri yang paling selamat di Malaysia. Beliau berkata kerajaan negeri memahami kekurangan anggota dan sumber yang mungkin dihadapi polis di Pulau Pinang dalam usaha membanteras jenayah. Atas sebab itu, Lim berkata, pihaknya bersedia menawarkan sumber-sumber kerajaan negeri kepada pihak polis untuk bersama-sama membanteras jenayah yang semakin meningkat. | |||||||||||||
Disergah Pak Lah yang bangun dari tidurnya.. Mahathir kehilangan kata-kata.. Posted: 09 Aug 2013 04:36 PM PDT http://darisungaiderhaka.blogspot.comDisergah Pak Lah yang bangun dari tidurnya telah membuatkan Dr. Mahathir terkedu dan kehilangan kata-kata untuk menjawabnya, malah Dr. Mahathir berkata bahawa beliau sedang mengkajinya sebelum membuat beberapa rujukan terhadapnya. Dalam buku baru bertajuk 'Awakening: The Abdullah Badawi Years in di Malaysia, Abdullah memberitahu editor buku tersebut bahawa Dr Mahathir mencampuri pentadbirannya dan menggelar beliau sebagai "manusia penuh kontradiksi". Disamping itu kenyataan di akhbar berbahasa Cina, Nan Yang Siang Pau pula menyatakan Pak Lah terus menyerang Dr. Mahathir dengan mengatakan bila bersara bersaralah.. tidak perlu mengacau orang yang sedang bekerja. Ini laporannya.. Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini menjawab mengapa beliau tidak bersifat agresif seperti Perdana Menteri sebelumnya Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri kelima itu berkata beliau tidak berhasrat menggunakan pendekatan Mahathir yang gemar memberi pandangan dalam pelbagai isu atau memberi panduan semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak. Bagi beliau, bila bersara bersaralAh dan tidak perlu mengacau orang yang sedang bekerja. Katanya inilah sebab beliau gemar mendiamkan diri kerana bila sudah bersara maka tidak seharusnya mencampuri urusan pentadbiran politik semasa. "Jika ada perkara yang tidak berkenan di hati, lebih baik sampaikannya di dalam diam dan tidak perlu meluahkan secara umum yang mungkin menimbulkan perasaan kurang senang," katanya memetik kenyataan di akhbar berbahasa Cina, Nan Yang Siang Pau. Beliau menambah jika kerajaan berhasrat menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Aduan dan Penambahbaikan Polis (IPCMC) maka pastinya ada perkara yang tidak kena berlaku dalam kerajaan mahupun Polis Diraja Malaysia (PDRM). Semalam Perkasa menggesa Abdullah agar segera bangun dari tidur dan melihat realiti dan perjuangan yang dilakukan oleh Perkasa selama ini. Setiausaha agungnya, Syed Hasan Syed Ali berkata Abdullah sebenarnya kecewa kerana Perkasa yang menggesa beliau untuk meletakkan jawatan. Katanya, Abdullah seharusnya mencermin diri sendiri kerana semasa pemerintahannya BN gagal mengekalkan dua pertiga kerusi di Parlimen selain melihat beliau telah menghampakan bukan sahaja BN malah turut ditolak oleh kaum bukan Melayu, Syed Hasan menambah jika Abdullah seorang Perdana Menteri yang hebat, pastinya beliau kekal sebagai Perdana Menteri hingga ke saat ini malah lebih lama dari Mahathir ~ The Malaysian Insider Bagi aku dalam hal ini PERKASA tu cuma nak tumpang populariti sebab sebab kalau tak silap aku PERKASA ni secara rasminya ujud semasa Najib jadi PM jadi macam mana pulak sebuah pertubuhan yang tak wujud semasa Pak Lah jadi PM boleh desak Pak Lah letak jawatan? Pak Lah turun kerana didesak pemimpin-pemimpin UMNO tak ada kena mengena dengan PERKASA dan beliau menyatakan kesanggupannya untuk turun dengan syarat memantunya kekal sebagai Ketua Pemuda UMNO pada ketika itu. Kekal sebagai Ketua Pemuda UMNO juga membawa maksud dilantik sebagai Menteri dalam kabinet yang baru tapi janji tinggal janji.. Menantu Pak Lah kekal sebagai Ketua Pemuda UMNO tapi tak dilantik kedalam kabinet sebagai Menteri. Perwakilan UMNO pada malam itu tentu masih ingat.. keputusan pemilihan Ketua Pemuda UMNO diumumkan agak lewat pada masa Pemilihan itu.. Sebabnya orang kata keputusan sebenar bukanlah seperti yang diumumkan kerana ada perjanjian yang terpaksa diuruskan... Dalam hal Pak Lah menyerang Dr. Mahathir pulak ianya sudah tentu berkaitan dengan Pemilihan UMNO.. Najib yang belum tentu kekal sebagai Presiden UMNO perlu Pak Lah bantu sebab menantu Pak Lah dah dilantik menjadi Menteri oleh Najib. Menurut beberapa pemimpin UMNO, Najib adalah pemimpin paling lemah dilahirkan UMNO, mengekalkan Najib sebagai Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri akan menyusahkan UMNO dalam menghadapi PRU14 nanti.. Dan ianya telah terbukti dalam PRU13 yang lalu.. Di bawah Najib BN peroleh keputusan yang lebih teruk dari Pak Lah.. Lagipun sudah menjadi rahsia umum menantu Pak Lah itu bukanlah individu yang disukai oleh Dr. Mahathir semuanya gara-gara hubungan baik antara menantu Pak Lah dan pihak Singapore yang dibenci oleh Mahathir tapi ditakuti oleh Najib. Jadi hal ini bolehlah dianggap sebagai 'You Help Me.. I Help You..." seperti yang Najib amalkan tu.. Yang sedang berperang disini ialah Team Najib dan Team Mahathir.. Pak Lah kini membantu Najib untuk menghadapi Team Mahathir.. Kalau korang rajin membelek Blog-blog Pro UMNO.. korang akan nampak kedua-dua Team itu sedang berperang untuk membina persepsi, dedah mendedahkan semakin menjadi-jadi.. | |||||||||||||
Ketua Penerangan ANAK Kemalangan Posted: 09 Aug 2013 04:28 PM PDT BULETIN ONLINE Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Kawasan bagaimana pun tidak mengalami kecederaan serius dan telah mendapat rawatan sebagai pesakit luar di hospital. Namun begitu, kenderaan MPV beliau mengalami kerosakan yang agak teruk akibat terbabas. Oleh itu, mana-mana pihak berhajat untuk membantu beliau, yang juga ahli aktif NGO 'R' menuntut royalti di kembali ke negeri Terengganu, bolehlah menyalurkannya ke akaun beliau Naraza Muda 13080010664526 CIMB |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan