BRIGED MP SEGAMBUT |
ADA ADU DOMBA ANTARA PERKASA DAN UMNO? Posted: 29 Aug 2013 07:30 PM PDT Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menempelak Ketua Pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Irwan Fahmi Ideris yang dilapor mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan. "Siapa dia nak minta PM letak jawatan. Jawatan dia bukan ketua Pemuda Umno. Dia Pemuda PERKASA. PERKASA ada apa? "Presiden kamu sudah kalah dalam pilihan raya umum, perasan nak minta perdana menteri letak jawatan. Apa ni? "Saya rasa dia patut tahu kedudukannya terlebih dahulu" kata Khairy dengan nada tinggi. Beliau yang juga menteri belia dan sukan menjawab soalan pemberita berhubung desakan itu dalam sidang media sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran kementeriannya hari ini. Irwan dalam tulisan dalam blognya Ahad lalu antara lain mendakwa Najib masih menggunakan kaedah lama meminggirkan kaum pribumi dan mengagung-agungkan kaum lain. Sehubungan itu, Timbalan Presiden PERKASA, Datuk Rahman Bakar dilapor akan memanggil Irwan bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung desakannya itu. |
KEGAGALAN DAN KEHINAAN APA BAGI PR PERAK? Posted: 29 Aug 2013 05:18 PM PDT Parti Pakatan Rakyat di Perak perlu menanggung hampir RM1 juta sebagai kos dalam 11 petisyen pilihan raya di negeri itu, yang kesemuanya ditolak atas alasan teknikal. MP DAP Taiping Ng Kor Ming berkata keseluruhan kos yang ditanggung Pakatan itu berjumlah hampir RM965,000. Kos paling tinggi yang dikenakan adalah untuk petisyen pilihan raya bagi kerusi parlimen Tapah, sebanyak RM150,000. Ia diikuti dua petisyen pilihan raya di Pasir Panjang (masing-masing RM120,000 dalam bentuk kos) dan Selama, di mana Pakatan diarah membayar RM110,000 dalam bentuk kos. |
You are subscribed to email updates from BAWEAN TERMENUNG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan