Ahad, 18 Ogos 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


DAPAT SOKONGAN UNTUK BERKUASA LAGI:HE HE HE TERSENYUMLAH DIANI..

Posted: 18 Aug 2013 07:30 AM PDT

Wanita Umno Kedah hari ini menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk kekal sebagai ketua pergerakan itu.
  
Ketuanya Datuk Dr Maznah Abdul Hamid berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Khas Wanita Umno Kedah semalam, yang dihadiri oleh semua 15 ketua Wanita Umno bahagian di negeri ini.
  
Katanya keputusan itu dibuat berdasarkan prestasi Shahrizat yang begitu baik ketika memegang jawatan ketua Wanita walaupun cabaran dalam politik semakin mencabar selain berkhidmat dengan baik dan berjaya menyatupadukan semua anggota Wanita.
  
Katanya pihaknya ada menjalankan kajian yang menunjukkan hampir 90 peratus akar umbi menyokong Shahrizat dan memerlukan beliau untuk memegang jawatan ketua Wanita, dan difahamkan kajian di negeri-negeri lain juga menunjukkan keputusan sama.
  
"Saya pernah berada di bawah tiga ketua Wanita. Nak jadi ketua Wanita bukan senang. Saya harap sesiapa yang tawar diri..yang baru, yang belum pun jadi ahli Wanita masuk dulu jadi exco. Lepas tu kenal Wanita seluruh Malaysia barulah tawar diri untuk (jawatan ketua Wanita).
  
"Perlu masuk untuk memahami mengenai Wanita. Sekarang ini adalah masa untuk menstabilkan kedudukan. Takkan nak gantikan semua. Buat orientation dulu..jadi Exco dulu, next term bila dah ready bolehlah," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Jamuan Hari Raya peringkat Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam di Padang Sera di Jerlun.
  
Sebelum ini, bekas Ketua Puteri Umno Datuk Seri Azlina Othman Said yang juga anggota Parlimen Pengerang, dilaporkan melahirkan hasrat untuk mencabar Shahrizat bagi jawatan Ketua Wanita Umno.
  
Maznah turut menyeru anggota Puteri Umno yang telah melepasi umur dalam pergerakan itu supaya masuk pergerakan Wanita untuk dilatih sebagai pelapis pergerakan itu.
  
Sementara itu, Maznah berkata beliau akan mempertahankan jawatannya sebagai Exco Wanita Umno pada pemilihan parti tahun ini.

- Bernama

KALI INI SAYE SOKONG UMNO

Posted: 18 Aug 2013 02:30 AM PDT

Felda akan mengambil pendekatan drastik bagi membendung penularan gerakan serta penyebaran fahaman Syiah di kawasan Felda di seluruh negara.
Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abd Samad (gambar) berkata untuk itu, Felda akan mengadakan satu taklimat khas mengenai Syiah kepada semua pimpinan termasuk pengurusan (Felda), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), wanita, belia, badan bukan kerajaan (NGO) serta anggota jawatankuasa masjid dan surau di Kuala Lumpur pada 29 Ogos ini.
"Pada taklimat itu nanti, kita akan memberikan penerangan yang jelas mengenai Syiah, kenapa kerajaan mengharamkannya dan kenapa fahaman ini boleh merugikan umat Islam daripada segi perpaduan Islam itu sendiri," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau di Dewan Felda Jaya, Bandar Seri Jempol di sini, malam tadi.
"Pemantuan kita jalankan tetapi seperti kita sedia maklum bahawa bukan mudah untuk kita mengenal pasti pengikut Syiah ini kerana mereka ini boleh berpura-pura dan sebagainya.
"Bagaimanapun setakat ini, kita belum mendapat laporan mengenainya (penularan fahaman syiah di Felda)," katanya.
Katanya penyebaran fahaman Syiah mesti dibendung kerana jika gerakan ini dibiarkan berterusan, ia bukan sahaja boleh mengancam keselamatan negara, malah mengakibatkan perpecahan ummah menjadi semakin parah. – Bernama, 18 Ogos, 2013.

PENGUASA HARAM MEMANG SUKAKAN YG HARAM HARAM..

Posted: 17 Aug 2013 09:17 PM PDT

Ikhwanul Muslimin berisiko berdepan penghapusan secara politik apabila kerajaan Mesir pimpinan tentera mengugut mengharamkan pergerakan itu selepas melancarkan tindakan keras terhadap penyokongnya dan menyebabkan ratusan terbunuh.

Bergelut menegakkan keabsahan kerajaannya selepas penggulingan presiden Mohamed Mursi, pentadbiran baru kini berkata, negara umat Islam terbesar itu sedang berperang dengan keganasan, lapor Reuters.

Lebih 700 orang terkorban dalam insiden keganasan selama empat hari setakat ini, kebanyakannya penyokong Mursi.

Ia sekali gus mengundang kritikan negara Barat yang bukan hanya tidak senang dengan pentadbiran Islamis tetapi juga rampasan kerajaan yang dipilih rakyat.

Tindakan tegas Mesir itu bagaimanapun mendapat sokongan sekutu mereka di rantau itu seperti Arab Saudi yang sekian lama bimbangkan penularan ideologi Ikhwan di negara monarki itu.

Menyalahkan Ikhwan atas pertumpahan darah itu, Perdana Menteri Mesir Hazem el-Beblawi mencadangkan pembubaran pergerakan itu, sekali gus bakal memaksanya menjadi pertubuhan bawah tanah dan kemudian menggerakkan tangkapan terhadap anggotanya.

Kerajaan Mesir bagaimanapun berkata masih mengkaji kemungkinan itu.

"Tiada pendamaian lagi dengan tangan yang berlumuran darah dan mengacukan senjatanya kepada negara dan institusi," kata Beblawi kepada pemberita.

PBB kutuk serangan rumah ibadat, hospital


Kenyataan daripada Setiausaha Agung Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu Ban Ki-moon pula mengutuk serangan terhadap gereja, hospital dan kemudahan awam dan menggesa kedua-dua pihak bertelagah menghentikan keganasan.

"Setiausaha agung percaya ia boleh mengelakkan kehilangan nyawa terus berlaku dan ia patut menjadi keutamaan terpenting di saat-saat bahaya ini," menurut kenyataan itu.

"Dengan polarisasi jelas masyarakat Mesir hari ini, kedua-dua pihak berkuasa dan pemimpin politik berkongsi tanggungjawab bagi menamatkan keganasan."

Keganasan tercetus sebentar pada Sabtu apabila penyokong Mursi berbalas tembakan dengan pegawai tentera di masjid di tengah-tengah kota Kaherah, di mana penunjuk perasaan Ikhwan berlindung selepas pertembungan yang mencatatkan 95 kematian sebelum ini.

Polis akhirnya mengosongkan bangunan dan membuat tangkapan, dengan orang ramai di jalanan bersorak terhadap mereka dan mengganggu pemberita asing yang membuat liputan.

"Kami sebagai rakyat Mesir berasa sangat kesal terhadap liputan apa yang terjadi di Mesir," kata penasihat politik presiden Mostafa Hegazy mendakwa media Barat mengabaikan laporan serangan terhadap polis dan serangan pada gereja yang dikaitkan dengan kumpulan Islamis.

Tiada ulasan: