. |
Tokguruku Sudah Dua Hari Berihat di HUSM Posted: 20 Aug 2013 08:35 PM PDT CATATAN
Dalam keadaan matanya lali kerana mengatuk disebabkan suntikan ubat untuk merihatkan diri secukupnya beliau masih bertanya soal pergolakan di Mesir. "Macam mana dengan keadaan di Mesir dan kedudukan Mohamad Mursi?" begitulah tanya Tokguru kepada saya, setelah menyedari kehadiran saya bersama bekas Adun Limbongan Drs Zainuddin Awang Hamat, Dr Wan Suhaimi Wan Daud Ketua Cabang PKR Pasir Mas dan penyelia Dun Selising petang semalam di Hospital Universiti Sains Kubang Kerian (HUSM). Melihat beliau kepenatan menjadikan saya serba salah hendak berbicara dengannya. Tetapi apa boleh buat, saya mendekatinya penuh sopan dan memberi tahu; Mesir masih bergolak Tokguru, belum ada tanda-tanda penyelesaian. Biarkanlah Tokguru... Tokguru rihatlah.." ujar saya tidak mahu menarik perbicangan soal itu panjang-panjang. Saya sudah tekad untuk tidak bercakap dalam kunjungan itu hanya mahu merenung. Tidak mahu mengangguinya. Selepas penjelasan itu beliau menggeleng-geleng kepala kesal. Saya memahami dia mahu penjelasan atau maklumat seterusnya. "Inysa-Allah Tokguru, ana sedang mencari 'cerlak' (ketika) yang baik untuk ke Mesir, bagi melihat sendiri situasi di sana.." kata saya seolah-olah berjanji dengannya. Matanya tercelik semua dan jadi bersemangat. "Ada seorang sarjana Inggeris di sana, nama dia Isa Muhammad.. ana lupa...dia Kristian... dia gabung nama Nabi Isa dan Nabi Muhmmad. Ana pernah jumpa dengan dia... tetapi ana lupa di mana alamatnya... kalau enta pergi boleh jumpa..," begitulah ujar Tokguru dengan rasa segar. Kurang jelas mengenai cerita ini. Tetapi saya dapat memahami bahawa "Isa Muhammad" ini juga barang kali benci kepada peperangan atau boleh jadi dia anti kepada Hosni Mubarak yang mewarisi kekejaman dan kezaliman Mesir kepada Jeneral Abdul Fattah As Sisi. Entah apabila Tokguru menceritakan demikian menjadikan saya makin terpanggil untuk ke Mesir. Selepas itu beliau memejamkan mata kerana 'kemanglian' disebabkan ubat agar dia rehat. Kemudian dia bertutur lagi mengenai kewangan Islam. Isu ini saya sendiri tidak mengetahuinya. "Baru-baru ini berlangsung persidangan kewangan Islam peringkat antarabangsa di Singapura.... benda yang menarik. Nampak Singapura mendahului Malaysia. Ana dapat maklumat dari Husam (Husam Musa) yang menceritakan. Hebat...Jadi ana minta dia bawa balik kertas-kertas persidangan itu dan kalau boleh adakan di Kelantan dalam masa terdekat..." tuturnya seolah rasa penat sudah hilang dari dirinya. "Berapa dah usia Lee Kuan Yew...?" tiba-tiba Tokguru menanyai hal usia Lee Kuan Yew. Saya dan yang lain terpiga-pinga sekejap sambil mengingati usia Lee Kuan Yew. "Dia lebih tua dari Mahathir sikit Tokguru, mungkin sudah hampir 90 tahun...." jelas saya sedikit ragu mengenai usia sebenar. Sekali lagi saya dapat menebak kenapa beliau bertanyakan usia Lee Kuen Yeu. Mungkin Tokguru merasakan dia lebih muda dan masih terus berjuang. Mungkin rasa cemburu sedikit kepada Lee Kuan Yeu kerana masih gagah. Selepas itu Tokguru diam dengan mata terpejam ghaib. Isteri tersayangnya Tuan Sabariah Tuan Ishak juga kelihatan keletihan dan 'termenguk' di meja di hujung sofa tempat Tokguru berihat. Dalam keadaan sebegitu kebersamaan isteri disayangi amat diperlukan. Walaupun dalam keadaan mata sesekali terpejam dan celik dengan dikembangkan senyuman manis dan mesra, saya dan rakan tidak tergamak untuk berlamaan. "Tokguru kami berundur dulu..." kata kami seorang demi seorang bersalaman. Saya mencium tangan lembut dan halusnya lama-lama dan dalam sambil menitikan doa dihati, "Tokguru segarlah semula perintahlah Kelantan kerana saya dan orang lain juga belum puas melihatan sentuhan keramat Tokguru untuk Kelantan. Baru kami hendak berjalan, Tokguru membuka mata dan memberi isyarat agar lampu utama dalam ward VVIP itu dipadam. Dari luar saya merenung menerusi celah pintu wajah Tokguru yang sudah pun melelapkan mata untuk berihat. Wajahnya nyaman dan tenang. Dan perjumpaan dengan beliau di wad itu adalah perjumpaan dan kunjungan pertama saya selepas Tokguruku tidak lagi bernama Menteri Besar Kelantan sejak 6 Mei 2013 lalu. [wm.kl.11:21 21/08/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan