Anak Sungai Derhaka |
- Disergah Pak Lah yang bangun dari tidurnya.. Mahathir kehilangan kata-kata..
- Disangka bunyi mercun rupanya Ketua Bounzer pulak kena tembak..
- Ahli Majlis mana satu dah salah guna kuasa ni?
Disergah Pak Lah yang bangun dari tidurnya.. Mahathir kehilangan kata-kata.. Posted: 09 Aug 2013 05:30 AM PDT Disergah Pak Lah yang bangun dari tidurnya telah membuatkan Dr. Mahathir terkedu dan kehilangan kata-kata untuk menjawabnya, malah Dr. Mahathir berkata bahawa beliau sedang mengkajinya sebelum membuat beberapa rujukan terhadapnya. Dalam buku baru bertajuk 'Awakening: The Abdullah Badawi Years in di Malaysia, Abdullah memberitahu editor buku tersebut bahawa Dr Mahathir mencampuri pentadbirannya dan menggelar beliau sebagai "manusia penuh kontradiksi". Disamping itu kenyataan di akhbar berbahasa Cina, Nan Yang Siang Pau pula menyatakan Pak Lah terus menyerang Dr. Mahathir dengan mengatakan bila bersara bersaralah.. tidak perlu mengacau orang yang sedang bekerja. Ini laporannya.. Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini menjawab mengapa beliau tidak bersifat agresif seperti Perdana Menteri sebelumnya Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri kelima itu berkata beliau tidak berhasrat menggunakan pendekatan Mahathir yang gemar memberi pandangan dalam pelbagai isu atau memberi panduan semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak. Bagi beliau, bila bersara bersaralAh dan tidak perlu mengacau orang yang sedang bekerja. Katanya inilah sebab beliau gemar mendiamkan diri kerana bila sudah bersara maka tidak seharusnya mencampuri urusan pentadbiran politik semasa. "Jika ada perkara yang tidak berkenan di hati, lebih baik sampaikannya di dalam diam dan tidak perlu meluahkan secara umum yang mungkin menimbulkan perasaan kurang senang," katanya memetik kenyataan di akhbar berbahasa Cina, Nan Yang Siang Pau. Beliau menambah jika kerajaan berhasrat menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Aduan dan Penambahbaikan Polis (IPCMC) maka pastinya ada perkara yang tidak kena berlaku dalam kerajaan mahupun Polis Diraja Malaysia (PDRM). Semalam Perkasa menggesa Abdullah agar segera bangun dari tidur dan melihat realiti dan perjuangan yang dilakukan oleh Perkasa selama ini. Setiausaha agungnya, Syed Hasan Syed Ali berkata Abdullah sebenarnya kecewa kerana Perkasa yang menggesa beliau untuk meletakkan jawatan. Katanya, Abdullah seharusnya mencermin diri sendiri kerana semasa pemerintahannya BN gagal mengekalkan dua pertiga kerusi di Parlimen selain melihat beliau telah menghampakan bukan sahaja BN malah turut ditolak oleh kaum bukan Melayu, Syed Hasan menambah jika Abdullah seorang Perdana Menteri yang hebat, pastinya beliau kekal sebagai Perdana Menteri hingga ke saat ini malah lebih lama dari Mahathir ~ The Malaysian Insider Bagi aku dalam hal ini PERKASA tu cuma nak tumpang populariti sebab sebab kalau tak silap aku PERKASA ni secara rasminya ujud semasa Najib jadi PM jadi macam mana pulak sebuah pertubuhan yang tak wujud semasa Pak Lah jadi PM boleh desak Pak Lah letak jawatan? Pak Lah turun kerana didesak pemimpin-pemimpin UMNO tak ada kena mengena dengan PERKASA dan beliau menyatakan kesanggupannya untuk turun dengan syarat memantunya kekal sebagai Ketua Pemuda UMNO pada ketika itu. Kekal sebagai Ketua Pemuda UMNO juga membawa maksud dilantik sebagai Menteri dalam kabinet yang baru tapi janji tinggal janji.. Menantu Pak Lah kekal sebagai Ketua Pemuda UMNO tapi tak dilantik kedalam kabinet sebagai Menteri. Perwakilan UMNO pada malam itu tentu masih ingat.. keputusan pemilihan Ketua Pemuda UMNO diumumkan agak lewat pada masa Pemilihan itu.. Sebabnya orang kata keputusan sebenar bukanlah seperti yang diumumkan kerana ada perjanjian yang terpaksa diuruskan... Dalam hal Pak Lah menyerang Dr. Mahathir pulak ianya sudah tentu berkaitan dengan Pemilihan UMNO.. Najib yang belum tentu kekal sebagai Presiden UMNO perlu Pak Lah bantu sebab menantu Pak Lah dah dilantik menjadi Menteri oleh Najib. Menurut beberapa pemimpin UMNO, Najib adalah pemimpin paling lemah dilahirkan UMNO, mengekalkan Najib sebagai Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri akan menyusahkan UMNO dalam menghadapi PRU14 nanti.. Dan ianya telah terbukti dalam PRU13 yang lalu.. Di bawah Najib BN peroleh keputusan yang lebih teruk dari Pak Lah.. Lagipun sudah menjadi rahsia umum menantu Pak Lah itu bukanlah individu yang disukai oleh Dr. Mahathir semuanya gara-gara hubungan baik antara menantu Pak Lah dan pihak Singapore yang dibenci oleh Mahathir tapi ditakuti oleh Najib. Jadi hal ini bolehlah dianggap sebagai 'You Help Me.. I Help You..." seperti yang Najib amalkan tu.. Yang sedang berperang disini ialah Team Najib dan Team Mahathir.. Pak Lah kini membantu Najib untuk menghadapi Team Mahathir.. Kalau korang rajin membelek Blog-blog Pro UMNO.. korang akan nampak kedua-dua Team itu sedang berperang untuk membina persepsi, dedah mendedahkan semakin menjadi-jadi.. |
Disangka bunyi mercun rupanya Ketua Bounzer pulak kena tembak.. Posted: 08 Aug 2013 11:00 PM PDT GEORGE TOWN: Seorang lelaki berusia 43 tahun, dipercayai ketua pengawal sebuah kelab malam, ditembak sebanyak tujuh kali di hadapan pintu masuk pusat hiburan di pusat beli-belah di Jalan Datuk Keramat di sini. Mangsa bagaimanapun bernasib baik kerana hanya satu peluru tunggal ditemui menepati sasaran iaitu di paha kirinya. Sumber berkata ketua 'bonzer' itu telah bercakap dengan seorang lelaki di tempat letak kereta terbuka yang kemudiannya ditembak ketika dia menuju ke pusat hiburan tersebut. Dia kemudian bergegas ke salah satu kelab hiburan di situ untuk mendapatkan bantuan daripada rakan-rakan. Dia dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang dan kini berada dalam keadaan stabil. Mangsa, yang hanya dikenali sebagai Too Pek, dikatakan menjadi salah seorang ahli kongsi gelap terkenal di negeri ini. Pengunjung kelab berkata mereka mendengar bunyi seakan-akan serupa dengan bunyi mercun. Polis setakat ini telah menahan dua orang pencuci, kedua-duanya warga asing di tempat kejadian yang didakwa cuba untuk menghapuskan bukti. Polis turut menemui tujuh sarung peluru. Jurucakap polis berkata, mereka telah mengkaji rakaman CCTV yang diambil di tempat kejadian ~ mStar Mercun dan Senjata Api kedua-duanya diharamkan dinegara ini.. tapi kena tiba-tiba ianya berleluasa dalam musim perayaan ini? Salah siapa agaknya ianya kini dilihat berleluasa?.. |
Ahli Majlis mana satu dah salah guna kuasa ni? Posted: 08 Aug 2013 08:53 PM PDT Pada mulanya ramai yang menyangka tindakan mengambil alih dan menyerahkan kepada pihak lain konsesi tapak parking teksi di hadapan Megamall Perai ini dilakukan oleh seorang YB tapi sumber yang lain mendedahkan ianya telah dilakukan oleh seorang Ahli Majlis. Tindakannya ini telah menimbulkan suasana tegang antara Koperasi Kenderaan Maju Jaya Seberang Perai Berhad dan Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi India Seberang Perai. Kemungkinan isu bangsa akan dimainkan dalam hal ini kerana majoriti ahli Koperasi Kenderaan Maju Jaya Seberang Perai Berhad manakala Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi India Seberang Perai pula ahlinya berbangsa India. Sebelum ini tapak parking ini telah diuruskan oleh Koperasi Kenderaan Maju Jaya Seberang Perai Berhad sejak dari tahun 2003. Tapak ini telah diserahkan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) kepada Koperasi Kenderaan Maju Jaya Seberang Perai melalui prosuder yang sah. Namun baru-baru ini ianya telah diserahkan kepada Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi India oleh Ahli Majlis tersebut secara ikut suka dia melalui satu panggilan telefon.. Baca apa yang dilaporkan oleh orang kuat Guan Eng ini.. Parkir teksi Megamal Perai jadi rebutan pro Melayu, India 18 tapak parkir teksi di perkarangan Megamall Perai kini menjadi perebutan dua koperasi hatta diselubungi isu perkauman sejak malam selasa lalu. 206 ahli Koperasi Kenderaan Maju Jaya Seberang Perai Berhad - majoriti Melayu - mengaku bahawa tapak komersial itu diurus oleh mereka sejak tahun 2003. Manakala, Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi India Seberang Perai pula yang berjaya mengambil alih tapak komersial itu didakwa tidak mengikut prosedur. "Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang bangunkan tapak parkir itu dari tiada apa-apa pada tahun 2002 sebelum diserah kepada Koperasi," ujar salah seorang pemandu teksi di sini. Sumber berkata, Koperasi Kenderaan Maju Jaya Seberang Perai Berhad mendapat hak mengurus parkir mengikut prosedur daripada MPSP, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan IPD Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT). "Melalui satu panggilan telefon seorang bergelar YB (Yang Berhormat), parkir itu boleh dirampas dan diserah kepada Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi India Seberang Perai. Satu sumber lain memberitahu, langkah tidak mengikut prosedur tersebut sebenarnya membabitkan Ahli Majlis MPSP 'baru', bukan YB. "Boleh semak, dua Ahli Majlis ini ikut prosedur atau tidak," ujar sumber. Beberapa pertubuhan berlatar belakang bangsa Melayu-India sejak lewat petang selasa mula turun dan saling meninjau kawasan parkir tersebut ~ Sumber aku dari SINI Baru dilantik jadi Ahli Majlis dah nak buat ikut suka dia?.. bagaimana agaknya kalau dia menjadi ADUN? |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan