Khamis, 8 Ogos 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Perutusan Aidilfitri dari DS Anwar Ibrahim

Posted: 08 Aug 2013 06:47 AM PDT


Sebelum korang baca perutusan dari Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh ni, aku nak ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua yang membaca Blog Anak Sungai Derhaka yang tak seberapanya ini..

Dalam masa yang sama aku juga memohon ribuan ampun dan maaf andaikata ada yang terasa dengan penulisan aku selama ini..

Memang bukan niat aku untuk mengharu biru kan Pakatan Rakyat tapi bagi aku kalau kita tidak menegur dan mengkritik hasilnya ialah sama dengan apa yang ada dalam UMNO.

Dalam UMNO sekarang pemimpin yang berada di atas bukan kerana bijak tetapi kerana lebih banyak mengangguk dari berkata-kata, hasilnya adalah nyata kini bilamana kita banyak membaca kenyataan-kenyataan kurang cerdik dari seorang pemimpin bertaraf Menteri..

Jika kita mahu pemimpin dalam Pakatan Rakyat juga adalah sebodoh pemimpin UMNO itu maka sokonglah tanpa membangkang apa yang mereka nyatakan walaupun jelas ianya adalah silap.

Walaupun kadang kala sikit over aku menulis tu tapi biasalah aku juga ada perasaan.. aku lebih tersa kerana aku terlibat sepenuhnya dari akar umbi hingga ke belakang tabir..

Disebabkan aku tak boleh patuh sepenuhnya dengan kehendak pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat itu maka dengan itu tak ada siapapun yang sudi untuk membiayai kerja-kerja aku ini..

Aku menulis untuk menjadikan negara ini lebih baik untuk diwariskan kepada anak cucu aku bila aku dah tiada..

Yang tetap mengatakan aku dibayar oleh Pakatan Rakyat itu teruskan percaya dengan fitnah itu..

Sikit hari lagi aku nak belasah Pakatan Rakyat Pulau Pinang pula.. sebabnya ada kes walaupun Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang tapi masih diperkudakan oleh beberapa pemimpin UMNO.. bodoh betoi depa tu..

Dan tak lupa juga buat macai-macai UMNO yang sering berkunjung ke Blog ini.. aku mohon ampun dan maaf andaikata ada yang terasa pedihnya..

Aku mhon maaf bukan kerana aku tak akan menghentam UMNO lagi, tapi akan aku teruskan selagi aku ada upaya untuk menulis..

Ni perutusan Aidilfitri dari DS Anwar Ibrahim buat semua..

Assalamualaikum, salam sejahtera, 

Sempena sambutan Eidul Fitri Mubarak diucapkan Kullu am wa antum bi-khair, Eidil Walfaizin Wal Maqbulin. 
Kita telah berjaya menyempurnakan ibadah puasa bulan Ramadhan Al Mubarak dan kita sambut sesuai dengan tradisi dan budaya yang dipupuk oleh Islam, kesederhanaannya, silaturahimnya, dan pertahankan tingkatan amal dan kebersihan jiwa yang kita cuba lakukan di bulan Ramadhan. 
Saya juga syorkan supaya semangat perpaduan, semangat pengorbanan, semangat perjuangan, silaturahim dan usaha membantu rakyat yang daif tanpa mengira kaum ditingkatkan. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan. 
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 

Datuk Seri Anwar IbrahimKetua Umum KEADILAN

Seluruh masyarakat dijemput hadir..


Ingatkan bunyi mercun.. Rupanya lagi mati ditembak..

Posted: 08 Aug 2013 02:04 AM PDT


GEORGETOWN - Dalam satu lagi kejadian tembak, seorang lelaki berumur 37 tahun mati ditembak di persimpangan lampu isyarat di Jalan Anson di sini kira-kira pukul 11.50 pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata mangsa Veerappan Kanapathi meninggal dunia di dalam kereta BMW warna hitam yang memiliki plat pendaftaran Kuala Lumpur selepas ditembak oleh dua orang lelaki bermotosikal yang salah seorang daripadanya berasal dari Ayer Itam.


Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Gan berkata polis menjumpai 14 kelonsong peluru 9mm di sebelah tempat duduk pemandu.

Katanya mangsa dipercayai mati ditembak di bahagian leher dan kepala. Gan berkata mangsa yang tinggal di Ayer Itam mempunyai tiga rekod jenayah berkaitan Akta Dadah Berbahaya.

Polis sedang mengesan saksi dan tempat yang mempunyai CCTV untuk membantu siasatan. - Bernama

Sementara itu Bernama juga melaporkan..

Seorang lelaki yang sedang memandu kereta cedera parah selepas terkena tembakan dilepaskan dua suspek bermotosikal di Taman Klebang Putra, dekat Chemor di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata dalam kejadian kira-kira 11.15 malam itu, dua lagi yang berada dalam kereta itu dipercayai anggota keluarga lelaki berusia 29 tahun itu tidak mengalami kecederaan.

"Kedua-dua suspek yang menaiki sebuah bermotosikal menghampiri kereta mangsa yang sedang dipandu di kawasan perumahan berkenaan dan dipercayai melepaskan enam das tembakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Balai Polis Pekan Baru di sini hari ini. 

Beliau berkata kedua-dua suspek memakai topi keledar 'full face' semasa melakukan jenayah berkenaan dan identiti mereka tidak dapat dikenal pasti buat masa sekarang.

Polis menjumpai enam kelongsong peluru di atas jalan tempat kejadian berkenaan dan setakat ini polis menerima satu laporan daripada seorang saksi berhubung kejadian itu, katanya.

Sum berkata mangsa yang bukan berasal dari sini sedang dirawat di sebuah hospital di sini dan keadaannya dilaporkan stabil.

Tiada ulasan: