Anak Sungai Derhaka |
- Tengok nih!! Tahun 1969 dah ada CCTV la di Tanah Melayu.. hebatnya filem Tanda Putera ni...
- Berita gembira buat seluruh rakyat Malaysia pada Belanjawan 2013 ini.. GST 4 peratus saje..
- Ini dia 49 kumpulan yang dinamakan sebagai kongsi gelap!!
- Tanda Putera: Pulau Pinang Nasihat.. Bukannya Larang..
Tengok nih!! Tahun 1969 dah ada CCTV la di Tanah Melayu.. hebatnya filem Tanda Putera ni... Posted: 29 Aug 2013 08:11 AM PDT Sebelum korang baca berapa ribukah jumlah penonton yang telah datang untuk menonton tayangannya hari ini, tengok dulu gambar di atas.. Itu adalah gambar dari dua babak yang berbeza dalam filem kebanggaan pemimpin-pemimpin UMNO dan macai-macainya.. Soalannya ialah adakah pada tahun 1969 telah ada CCTV?,, dan adalah pada tahun itu juga Daihatsu telah mengeksport keluarannya ke Tanah Melayu?.. tapi dah ada ke Daihatsu pada masa tu? Berbalik kepada tajuk.. setelah dipromosikan bagai nak rak.. ramai ni saja yang datang pada hari pertama tayangannya.. Filem kontroversi Tanda Putera mula ditayangkan hari ini dengan dewan tayangan di Mid Valley Megamall pada jam 11 pagi hanya menarik 12 penonton. Kah.. kah.. kah... kesian... Tapi yang ruginya ialah kita.. sebabnya filem dikeluarkan d kos RM4.8 juta dibiayai oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC). Duit kita yang bayar cukai ni laa... |
Berita gembira buat seluruh rakyat Malaysia pada Belanjawan 2013 ini.. GST 4 peratus saje.. Posted: 29 Aug 2013 01:01 AM PDT Najib sehingga kini belum mengesah atau menafikan kecenderungan kerajaan untuk melaksanakan GST pada tahun depan, beliau masih berahsia tentangnya.. "GST bukan perkara baru. Kita sudah cakap mengenainya. Tetapi sama ada ia ada dalam belanjawan atau tidak, kamu kena tunggu sampai belanjawan," katanya dalam sidang media di pejabatnya hari ini. Tapi spekulasi bahawa GST 4 peratus akan diperkenalkan dalam Belanjawan 2014 yang akan diumumkan Najib pada Oktober ini telah tersebar seluruh dunia.. Reuters melaporkan... Malaysia may include sales tax in Oct budget to trim deficit-report Aug 28 (Reuters) - Malaysia's government may include a 4 percent goods and services tax (GST) in its upcoming October budget to tackle a fiscal deficit that has widened to 14.9 billion ringgit ($4.5 billion), a local newspaper said on Wednesday. The Malaysian Reserve newspaper quoted the Finance Ministry's secretary general, Mohd Irwan Serigar Abdullah, saying several economic reforms to bolster the country's fiscal position were being discussed. "I am not ruling out (GST), it is in the pipeline. But let us wait for the budget. It is a whole package for everybody," Mohd Irwan was quoted as saying. He added that the fiscal policy committee is exploring several measures including rationalising subsidies and curbing government spending. "These are some measures that are in the pipeline. The prime minister will announce them in the coming days or in the budget," he was quoted as saying. The implementation of GST could help the country broaden its tax base and reduce the government's reliance on dividends from state oil company Petronas or Petroliam Nasional Bhd. Malaysia runs relatively high government debt of 53 percent of gross domestic product and one of Asia's highest household debt levels. Ratings agency Fitch cut its outlook on Malaysia's A-minus sovereign debt to negative from stable in July, citing a lack of reform to tackle rising debt. ($1 = 3.3285 Malaysian ringgit) (Reporting By Yantoultra Ngui; Editing by Eric Meijer) ~ Reuters Empat peratus saja... macai-macai tentu gembira yang amat sangat dengan berita ini.. Mereka juga dipercayai sangat gembira bila mengetahui hanya 40 barangan saja yang tak kena cukai 4% ini.. yang lain-lain semuanya kena... 40 barangan yang tak kena cukai itu sila lihat di SINI |
Ini dia 49 kumpulan yang dinamakan sebagai kongsi gelap!! Posted: 28 Aug 2013 09:27 PM PDT Kementerian Dalam Negeri hari ini mengisytiharkan 49 pertubuhan tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966 dalam tindakan kerajaan memerangi jenayah dan keganasan dalam negara. Senarai dikeluarkan hari ini atas arahan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan membabitkan pertubuhan terkemuka seperti Geng 04, Geng 08 dan Geng 36, lapor The Star. Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebentar tadi dalam sidang medianya telah mendedahkan senarai lengkap 49 kumpulan kongsi gelap di seluruh negara yang memiliki 40,313 ahli berdaftar. Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, daripada jumlah itu 28,926 menyertai kongsi gelap India, 8,214 (kongsi gelap Cina) dan 1,923 (kongsi gelap Melayu). Manakala, 329 dan 921 masing-masing menyertai kongsi gelap di Sabah dan Sarawak. Senarai penuh pertubuhan kongsi gelap haram adalah seperti berikut: 1) Geng 04 2) Geng 08 3) Double 7 4) Tiga Line 5) Geng 30 6) Geng 38 7) Geng 24 8) Geng 18 9) Geng 36 10) Geng 21 11) Ang Soon Thong 12) Wah Kee 13) Sio Sam Ong 14) PNEH 15) Hong Hong San 16) Hai San 17) Sin Ang Bin 18) New Cell 20 19) Jit It Hai 20) Sio Koon Tong 21) Gee Lam Kor 22) Gee Ah Eng 23) Loh Kuan 24) Tiang Yee Tong 25) Geng Leng Hor 26) Geng 35 27) Geng 303 28) Geng Satu Hati 29) ATAP 30) Hung Ann 31) Sui Yup 32) Otai 33) Borneo Red EMP 34) Ah Ngau 35) Batu Tiga 36) Ah Feng 37) Batu 10 38) Sibu Ti 39) Ah Seng 40) Ah Chin 41) Lee Lung 42) Lo Han 43) Sg Merah 44) Sg Badut 45) Ting Ching Lee 46) Tua Cak Lee 47) Teksi Station 48) Pintu Merah 49) Krokop |
Tanda Putera: Pulau Pinang Nasihat.. Bukannya Larang.. Posted: 28 Aug 2013 08:50 PM PDT Tak faham betul aku.. kerana sebuah filem cereka arahan Shuhaimi Baba ni riuh rendah 1Malaysia dari semalam lagi.. Semuanya bermula bilamana Guan Eng telah dilaporkan menasihati pawagam-pawagam di Pulau Pinang supaya tidak menayangkan filem cereka itu sebabnya ianya telah menggunakan dana dari Kerajaan untuk menimbulkan kebencian antara kaum. Rentetan dari itu Menteri Penerangan dan Komunikasi tiba-tiba menjadi jurucakap penerbit filem itu sebagaimana Pengerusi SPAD menjadi jurucakap kepada Syarikat bas yang jatuh gaung di Genting baru-baru ini. Dengan penuh emosi setelah tidak dapat membezakan antara 'Nasihat' dan 'Larangan' beliau berkata "Kerajaan negeri harus faham mereka tiada hak untuk menghalang filem berkenaan ditayangkan di Pulau Pinang dan pihak kementerian akan mengkaji agar perkara itu tidak berlaku,". Ahmad Shabery Cheek juga telah menyifatkan Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai berfikiran sempit. Menurutnya lagi "Kementerian Dalam Negeri (KDN) sahaja yang berhak menghalang penayangan sesebuah filem seperti terdapat adegan ganas, lucah dan perkara yang tidak mengikut piawaian. Dengan bodohnya beliau turut berkata "Kerajaan Pulau Pinang mengamalkan budaya tapisan yang melampau dan dikhuatiri usaha sebegini akan bertambah tenat apabila mungkin suatu hari nanti lagu Negaraku juga akan diharamkan di Pulau Pinang. Pada sebelah malamnya pula muncul Pengarah filem itu dengan kenyataan yang lagaknya sebagai seorang Menteri memberi amaran jika pengusaha pawagam di Pulau Pinang tidak menayangkan filem cereka itu, mereka mungkin berdepan lesen mereka dibatalkan. "Sebagaimana yang kita maklum, tayangan akan berlangsung seperti yang ditetapkan dalam Skim Wajib Tayang Finas. "Lim Guan Eng tidak wajar memberi arahan kepada pengusaha pawagam untuk tidak menayangkan Tanda Putera kerana saya adalah seorang pembikin filem dan bukannya ahli politik untuk dilepaskan dendam. "Saranan Lim tidak masuk akal sebagai seorang ketua menteri kerana beliau belum lagi menonton filem itu namun telah menggunakan kuasa tanpa usul periksa. Ini satu perbuatan yang memalukan. Lim seharusnya mencari lawan yang sepadan dengannya, bukan pembikin filem," katanya semasa dihubungi The Malaysian Insider. Punca kepada kekecohan ini ialah kedua-dua mereka di atas gagal memahami dan membezakan apa itu 'Larangan' dan apa itu 'Nasihat'... Kalau faham takkan jadi macam ni... Kerajaan Negeri Pulau Pinang Mengeluarkan Nasihat, Bukan Larangan Kerajaan NegeriPulau Pinang mengeluarkan nasihat, bukan larangan dan tiada tindakan akan diambil ke atas mana mana panggung wayang di Pulau Pinang yang menayangkan filem"Tanda Putera". Sepertimana nasihat perjalanan yang dikeluarkan oleh kerajaan demi keselamatan rakya yang melawat negara-negara yang bahaya,nasihat ini dikeluarkan kepada pengendali panggung wayang untuk menekankan kepada orang umum betapa bahayanya fitnah dalam filem ini yang mampu mengancam perpaduan asional dan kaum di negara ini. Sepertimana tidak ada tindakan yang diambil terhadap orang yang membahayakan diri mereka dengan mengabaikan nasihat perjalanan tersebut,tidak ada tindakan akan diambil terhadap pengendali panggung wayang yang mengabaikan nasihat Kerajaan Negeri. Lesen kreatif ini tidak membolehkan penyebaran fitnah yang boleh mengancam keharmonian dan mencetuskan konflik. Ini menimbulkan soalan sama ada dengan mempromosikan kebencian kaum terhadap minoriti, menyalahkan minoriti sebagai punca segala masalah serta mempergunakan minoriti itu sebahagian daripada kewajaran dan alasan untuk penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya mampu memberi nasihat ini sebagai kompas moral dan tanda bantahan terhadap filem yang menggalakkan provokasi sentimen perkauman dan kebencian kaum. Kami percaya dengan sesungguhnya bahawa kebencian terhadap mana-mana golongan kaum adalah umpama kebencian terhadap kemanusiaan sendiri, kerana kita semua sebenarnya satu kaum-kaum manusia. Mari kita tunjukkan bahawa Malaysia berupaya untuk menjadi terbaik tanpa mengira kaum atau agama. Lim Guan Eng *Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada 29.8.2013* Yang menegaskan filem Tanda Putera ini adalah cereka... Pengarah filem Tanda Putera, Datin Paduka Shuhaimi Baba mengatakan filem arahannya yang akan menemui penonton di pawagam pada 29 Ogos ini adalah filem cereka dan bukannya filem dokumentari sejarah. Katanya, semua pihak harus faham filemnya itu merupakan satu interpretasi yang diperolehi dari pelbagai pandangan. "Saya sudah sunting sedikit adegan (kencing di tiang bendera). Ada perkataan yang telah saya keluarkan. Adegan itu dilakonkan atas pandangan mereka yang berada di tempat kejadian," katanya. "Sukar bagi saya untuk membuang babak yang dikatakan sensitif dalam filem itu. Jika mahu ikut pendapat semua pihak maka 20 minit pertama banyak memaparkan insiden 13 Mei sudah tiada. Maka saya harus pertahankan karya saya," tambah beliau. "Insiden itu memang berlaku tetapi tiada pihak yang dapat pastikan siapa individu berkenaan," katanya kepada The Malaysian Insider. Kerana sebuah filem cerekapun nak kecoh... |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan