Anak Sungai Derhaka |
- Sebab Rakyat Malaysia Tidak Memasang Bendera Sambut Merdeka Terbongkar!!
- Lelaki Terkejut Peragut Yang Dirempuhnya Adalah Anggota Polis..
- Menteri ni Wakil Rakyat Afrika ke atau keturunan Afrika?
- LPF Pertahan Filem Namawee, Bidas Utusan dan Blogger UMNO..
- Pejabat Perdana Menteri Kantoi!! Israel guna "Endless Possibilities" tahun 2011 bukan 2013..
- Lokman Noor Adam kini lambang tandusnya kepimpinan dalam UMNO...
Sebab Rakyat Malaysia Tidak Memasang Bendera Sambut Merdeka Terbongkar!! Posted: 27 Aug 2013 05:57 AM PDT Malaysiakini telah melaporkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek melahirkan kekesalannya yang amat berikutan di Putrajaya sendiri masih kurang bendera dipasang. Walaupun menjadi pusat pendaftaran, Putrajaya sendiri tidak mendepani langkah mengibarkan Jalur Gemilang menjelang sambutan Hari Kemerdekaan, katanya.. Beliau berkata, perkara itu paling dikesalinya memandangkan di kuaters kerajaan sendiri masih kurang bendera dipasang. "Mereka masih tunggu kerajaan beri bendera," katanya dalam sidang media di kementeriannya di Putrajaya hari ini. Shabery berkata, keadaan itu sama sekali berbeza dengan keadaan di negara jiran apabila semua orang menunjukkan patriotisme masing-masing walaupun mempunyai perbezaan pandangan politik... negara jiran yang mana satu entahlah.. Sebenarnya Datuk Seri.. bukanlah rakyat menunggu bendera yang diberikan oleh Kerajaan.. atas semangat patriotik rakyat sanggup mengeluarkan duit untuk membeli bendera itu... Tetapi Datuk Seri.. oleh kerana majoriti rakyat negara ini terdiri dari kalangan yang rajin membaca dan juga bukan terdiri dari kalangan yang mudah lupa seperti ahli UMNO itu.. Dan masih terngiang-ngiang dalam ingatan akan kata-kata seorang sejarahwan yang juga seorang Profesor sebelum PRU13 yang lalu. Kerana beliau adalah seorang Proffesor maka rakyat berpegang dan menghormati akan kata-katanya itu.. Berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, dakwa sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling. "Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," katanya. Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi. "Dinaungi tidak sama dengan kolonial... Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. "(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi... Sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah. "Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar," katanya di Putrajaya pada 9 September 2011. Katanya lagi, Tanah Melayu hanya terjajah selama dua tahun sewaktu pemerintah Malayan Union pada awal 1946 hingga akhir 1947 dan di zaman penjajahan Jepun... Videonya sila liha di SINI Jadi Datuk Seri.... bila Proffesor tu dah kata Tanah Melayu tidak pernah dijajah, rakyat tertanya-tanya untuk apa kita memasang bendera menyambut hari Merdeka? Sedangkan kita tak pernah dijajah.. jadi kenapa kita menyambut Hari Merdeka ni?.. kita Merdeka dari siapa? Hingga kini Datuk Seri.. rakyat masih tertunggu-tunggu apakah benar kenyataan Professor itu atau hanya satu hujah untuk membolehkan Mat Sabu dianggap menghina anggota Polis suatu masa lalu.. | ||
Lelaki Terkejut Peragut Yang Dirempuhnya Adalah Anggota Polis.. Posted: 27 Aug 2013 03:35 AM PDT Kejadian yang berlaku di Taman Mayang, Petaling Jaya ini dah jadi seperti kata pepatah harapkan pagar, pagar makan padi.. harapkan Polis, Polis pulak jadi Pencuri.. Seorang lelaki Saravanan Batumalai tidak menyangka sama sekali dua orang peragut bermotorsikal yang dirempuh olehnya adalah dua orang anggota Polis yang tidak bertugas pada hari kejadian. Lebih menarik lagi motorsikal yang digunakan oleh mereka untuk melakukan jenayah tersebut adalah milik Balai Polis Kelana Jaya. Menceritakan kejadian yang berlaku pada waktu tengahhari itu, Saravanan, 27 mengatakan ketika beliau sedang berada diluar tempat kerjanya beliau terlihat dua individu di atas sebuah motorsikal telah meragut rantai leher seorang wanita yang sedang berjalan kaki. "Saya segera memecut dan merempuh motosikal mereka dan kedua-dua mereka jatuh," Salah satu peragut itu bangun dan melarikan diri manakala yang seorang lagi cuba untuk memecut motosikal yang rosak akibat rempuhan itu. Sekali lagi Saravanan merempuh motosikal itu, membuatkan peragut itu jatuh dan motosikalnya terperosok di bahagian depan keretanya.. Peragut itu menyerang dengan membaling batu ke arah Saravanan, namun ianya mengenai cermin kereta dan meretakkannya.. "Beliau kemudian mengeluarkan pisau dan mengacukan pada saya, merentap rantai emas saya, dan melarikan diri... lagi korang bacalah kat bawah ni... PETALING JAYA (Aug 26, 2013): Saravanan Batumalai had the shock of his life hours after ramming his car into a motorcycle used by two snatch thieves last month: they were off-duty policemen. The first indication that they were men in blue came when he called 999 after the incident at 12.15pm on July 3 and a police patrol car arrived, only to have the policemen confirm that the motorcycle belonged to the Kelana Jaya police station. When Saravanan went to the police station to make a report, the investigating officer called in two policemen who turned out to be the ones who had tried to snatch the gold necklace of a woman walking along the road outside his workplace in Taman Mayang, Petaling Jaya. One had been riding the motorcycle while the other was his pillion. The drama unfolded just after noon that day when the 27-year-old was in his car outside his workplace and saw two men on a motorcycle snatching a woman's necklace. "I immediately sped up and rammed into their motorbike and both of them fell," Saravanan told theSun today. One of the thieves got up and fled while the other tried to speed away on the damaged the motorbike and both of them fell," Saravanan told theSun today. One of the thieves got up and fled while the other tried to speed away on the damaged motorcycle. Saravanan rammed the motorcycle again, making the thief fall and pinning the machine under the front wheel of his car. The thief retaliated by throwing stones in Saravanan's direction, missing him but damaging his car further with the windscreen shattered and side dented. But that was not the end. "He then took out a knife and lunged at me, pulling off my gold chain, and ran away. I retrieved a gold locket from the ground later which must have been from the woman's necklace," he said, adding that the woman left the scene almost immediately. Saravanan did not pursue the man because he was armed. Subsequently, he followed the two policemen who arrived at the scene in their patrol car to the police station at 2pm, where it was confirmed that the two-wheeler belonged to the police after inspection of its chassis number. It was also revealed that it had been fitted with false number plates. After a two-hour wait, Inspector Hasbullah asked him to make a statement. "He called for two men to be brought in. They were the two snatch thieves and I told him so," he said. One of the patrolmen later told him the duo were policemen. Saravanan then made a report at the Petaling Jaya police station. On July 19, Saravanan was called to attend an identification parade where he identified the two cops. However, after that, he was not contacted by anyone until Sunday, when Inspector Hasbullah called to arrange for him to record another statement. Saravanan has paid a heavy price for his actions – he had already spent RM3,800 to repair his car bumper and replace its windscreen with other repairs costing an estimated RM4,000. Selangor Acting Chief Police Officer Datuk A. Thaiveegan has asked Petaling Jaya OCPD ACP Arjunaidi Mohamed for a detailed report on the case ~ TheSun Hmmm... mungkin mereka itu sedang menyamar kot.. menyamar sebagai peragut.. sebab itu mereka menggunakan motorsikal milik Kerajaan Malaysia.. Endless Possibilities.... | ||
Menteri ni Wakil Rakyat Afrika ke atau keturunan Afrika? Posted: 27 Aug 2013 12:25 AM PDT Bila bercakap tanpa menyelidik dulu inilah jadinya.. Nak tunjuk pandai tapi yang terserlah ialah kebodohannya sendiri.. Walaupun beliau seorang Menteri beliau gagal membezakan antara 'Sewa' dan juga 'Beli'.. malah gagal memahami masaalah-masaalah yang ditimbulkan oleh warga Afrika yang tinggal disebuah kondominium di Sunway, Subang Jaya. Sepatutnya sebagai seorang yang dipilih oleh rakyat Malaysia beliau perlu meletakkan kepentingan rakyat Malaysia melebihi kepentingan rakyat Afrika, bercakap membela rakyat Malaysia bukannya membela rakyat Afrika. Jika beliau rajin membaca mungkin beliau akan sedar akan masaalah-masaalah yang telah ditimbulkan oleh warga-warga Afrika yang masuk kenegara ini menggunakan visa pelajar tetapi sebenarnya bukanlah pelajar. Oleh kerana malas membaca barangkali, beliau tidak tahu apa masaalah yang telah ditimbulkan oleh warga Afrika ini.. Beliau mungkin sedar bahawa warga Afrika yang dipertahankannya ini suatu masa lalu pernah mengistiharkan perang terhadap pihak Polis.. laporannya dan video sila lihat di ( SINI ) Selain dari permasaalahan sosial yang diakibatkan oleh warga Afrika ini.. kerana sikap tidak bertamaddun mereka telah menyebabkan nilai hartanah merosot. Contohnya ialah di Venus Hill condo di Batu 9, Cheras harganya kini hanya lebihkurang RM200K sahaja kerana majoriti penyewanya adalah warga Afrika yang sering membuat bising dan mengotorkan persekitaran menyebabkan rakyat Malaysia sendiri khuatir akan keselamatan mereka untuk tinggal disana. Menteri: Larang warga Afrika menyewa perbuatan 'gila' Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan tindakan badan pengurusan sebuah kondominium di Sunway, Subang Jaya yang dilaporkan mengeluarkan perintah melarang pemilik menyewakan rumah kepada warga Afrika merupakan satu perbuatan "gila". Tambahnya, ia akan menghantar isyarat yang salah kepada masyarakat antarabangsa tentang industri hartanah Malaysia. "Anda tidak boleh nafikan sesiapa untuk membeli hartanah berdasarkan kaum. Ia gila dan tidak betul. Menurutnya, urusniaga pembelian rumah juga perlu ditangani secara satu persatu dan bukannya dikelaskan berdasarkan latar belakang kaum atau negara asal mereka. "Menuduh setiap orang Afrika itu pembawa masalah, itu sangat tidak adil," katanya lagi. Beliau ditanya mengenai laporan Malay Mail Online semalam berhubung keputusan Badan Pengurusan Bersama (JMB) kondomonium tersebut yang memberi notis tiga bulan kepada penyewa warga Afrika untuk mengosongkan unit masing-masing ~ Malaysiakini Adakah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berketurunan Afrika? atau beliau merupakan antara individu yang punya kepentingan dalam urusan membawa masuk warga Afrika ini? Lagipun ikut suka pemilik rumah la nak sewakan atau tak nak sewakan rumah mereka tu.. yang Abdul Rahman Dahlan ni sibuk nak membela warga Afrika tu apahal? Rasanya kalau puak-puak kanibal sekalipun yang menyewa kondo itu, selagi mereka tahu menghormati masyarakat, mereka tak jadikan kawasan perumahan itu seperti kampung halaman mereka, tak menggangu gugat keharmonian.. tak ada siapapun yang akan marah.. Ini tidak.. datang tempat orang langsung tak tahu hormat penduduk asal.. eloklah dihalaupun.. Apa kata warga Afrika yang diusir tu.. pakat-pakat pi berkampung keliling rumah Menteri tu.. Buka aku sorang yang kata Menteri ni gila.. ramai lagi.. sila lihat di SINI | ||
LPF Pertahan Filem Namawee, Bidas Utusan dan Blogger UMNO.. Posted: 26 Aug 2013 09:03 PM PDT Kurang pasti pulak aku siapa yang mula pertikaikan adengan kencing dalam filem Namawee ini.. samada ianya dibangkitkan oleh Utusan kemudiannya Blogger Pro UMNO atau Blogger Pro UMNO yang memulakannya dulu.. tapi semua mereka dibidas oleh Lembaga Penapis Filem. "Apa yang dihebohkan mengenai adegan itu? Saya tidak tahu bagaimana Utusan boleh menterjemahkannya sebagai satu penghinaan kepada Melayu," kata Pengerusi LPF. Manakala kata Namawee pula menerusi laman FaceBook miliknya.. "Hanya mereka yang rasis akan fokus kepada bangsa,".. Betullah kata Namawee tu... Penghinaan apa? LPF faham filem Namewee, tidak faham Utusan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) tidak bersetuju dengan kritikan akhbar Utusan Malaysia terhadap filem terbaru Namewee, `Kara King', terutamanya dalam satu adegan tertentu. Adegan itu menunjukkan Namewee, yang memegang watak utama, membuang air kecil di tepi jalan dan sementara cuba berpusing untuk merasuah seorang anggota polis, dia secara tidak sengaja terkencing atas pasangan kaum Melayu yang melintasi jalan itu dengan motosikal. "Apa yang dihebohkan mengenai adegan itu? Saya tidak tahu bagaimana Utusan boleh menterjemahkannya sebagai satu penghinaan kepada Melayu," kata Pengerusi LPF, Datuk Raja Azhar Abdul Manap dalam temubual dengan The Malaysian Insider. Edisi mingguan Utusan Malaysia iaitu Mingguan Malaysia, mendakwa adegan itu tidak menghormati masyarakat Melayu. Ahad lalu, Rosdan Ahmad menulis:"Susah sangatkah hendak membaca agenda Namewee untuk menghina orang Melayu dalam file mini? Menunjukkan orang Melayu terkena air kencing oleh Cina lepas dan tidak dipotong?" Penulis itu juga mempersoalkan LPF mengapa adegan itu dibenarkan untuk tayangan. Raja Azhar mengulas,"Air kencing itu secara tidak sengaja terpercik kepada pasangan Melayu itu. Ia satu komedi. Ia menunjukkan sikap pelakon utama dan tingkah laku buruknya. Tidak ada apa-apa yang berbau perkauman mengenainya. Sebab itu kita benarkan adegan itu. "Kita melihat kepada keseluruhan filem, bukan hanya satu adegan. Ada mesej dalam filem itu. Pelakon utama yang berkeperibadian buruk akhirnya menjadi baik. "Jika adegan itu dipotong, sikap pelakon itu tidak dapat ditunjukkan kepada penonton. Saya tidak tahu bagaimana Utusan boleh menginterpretasikan ia seperti itu," katanya. Sementara itu, Namewee menggunakan akaun laman sosial Facebooknya untuk menggesa Utusan tidak bermain agenda perkauman. Namewee atau nama sebenarnya, Wee Meng Chee, berkata akhbar itu perlu berhenti beranggapan filemnya mempunyai motif perkauman dan menyentuh isu bangsa, dan sepatutnya menggalakkan pemikiran positif. "Seperti yang kita semua tahu, filem saya menggalakkan semangat `Satu Malaysia'. Tidak kira apa bangsa anda, setiap rakyat Malaysia mempunyai peluang yang sama untuk menyertai filem saya. "Hanya mereka yang rasis akan fokus kepada bangsa," katanya dalam postinya. Kara King mengisahkan mengenai penyanyi dari Hong Kong yang kehilangan isterinya secara misteri dan bagaimana dia mengendalikan kehidupannya selepas itu sementara membesarkan dua anaknya di sebuah bandar kecil di Malaysia. Filem itu mula ditayangkan di seluruh negara pada 1 Ogos. Ini adalah kali kedua Utusan menyerang LPG berkaitan kritikan terhadap filem Nawemee. Bulan lalu, berikutan kritikan akhbar itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggantung penayangan filem `The New Village', sementara menunggu semakan sekali lagi oleh LPF. Utusan pada masa itu dalam edisi hujung minggunya mendakwa filem itu membanggakan komunisme. LPF, yang mendakwa filem itu adalah kisah cinta berlatarbelakangkan zaman darurat Tanah Melayu, membenarkan ia ditayangkan pada September tahun lalu. | ||
Pejabat Perdana Menteri Kantoi!! Israel guna "Endless Possibilities" tahun 2011 bukan 2013.. Posted: 26 Aug 2013 05:30 PM PDT Akhirnya terdedah juga nrgara manakah yang mula-mula menggunakan slogan 'Endless Possibilities' yang akan dilanvarkan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak November ini. Setelah isu mengenai slogan ini mula dibangkitkan oleh Blog-blog Pro UMNO dan kemudiannya disemarakkan pula oleh Blog-blog Pro Pakatan Rakyat, Pejabat Perdana Menteri telah menafikan dakwaan dari Blog-blog tersebut. Penafian yang lebih kepada satu usaha untuk memperbodohkan rakyat itu telah mendakwa bahawa Malaysia adalah negara yang mula memperkenalkan slogan tersebut. Menurut kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri, Ianya bukanlah diciplak dari Israel tetapi telah dilancarkan terlebih dahulu oleh Malaysia sebelum Isrel turut menggunakannya bagi industri pelancongan negara itu. Slogan "Endless Possibilities" pertama kali dilancarkan Malaysia semasa Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland 25 Januari 2013. Empat bulan selepas pelancarannya itu negara Israel turut mengikuti slogan sama bagi industri pelancongan negara itu. Kempen `Endless Possibilities' sebenarmya sudah bermula awal tahun ini tetapi pelancarannya ialah pada 17 September depan, Semua menteri sudah diberikan penerangan mengenainya," kata sumber dari PMO itu kononnya.. Berikutan dengan penafian itu The Malay Mail Online pula mendedahkan bahawa terdapat dua video clip yang menggunakan slogan "Endless Possibilities" dan ianya adalah videoclip yang mempromosikan negara Mongolia. Dua video yang telah dimuatnaik ke dalam YouTube pada tarikh 19 Februari 2012 setahun sebelum dilancarkan oleh Malaysia dengan tajuk 'Mongolia Endless Possibilities' oleh CNN menimbulkan persoalan yang baru. Kerana pada dasarnya Pejabat Perdana Menteri mendkwa Israel meniru Malaysia berdasarkan pada tarikh slogan diperkenalkan, oleh itu berdasarkan pada tarikh video dimuatnaik Malaysia dianggap meniru Mongolia.. sila lihat videonya di ( SINI ) Bagaimanapun belum sempat Pejabat Perdana Menteri menjelaskan mengenai kaitan antara 'Endless Possibilities Malaysia; dan 'Endless Possibilities Mongolia' terdedah pula satu lagi website yang menjelaskan negara mana yang mula-mula memperkenalkan slogan itu.. Website 'Israel Tours Holy Land and Israel Travel' dengan artikel bertajuk 'Haifa a city with endless possibilities in Israel' mendedahkan tarikh sebenar slogan 'Endless Possibilities' mula diperkenalkan oleh negara haram yahudi itu.. Tarikh slogan itu mula diperkenalkan dan digunakan oleh Kementerian Pelancongan Israel ialah pada Disember 2011 bukannya empat bulan iaitu pada Mei 2013 seperti didakwa oleh Pejabat Perdana Menteri itu..
Jadi kesimpulannya ialah Pejabat Perdana Menteri dah Kantoi cuba memperbodohkan rakyat Malaysia.. Isrel guna slogan pada 2011.. kemudiannya Mongolia ciplak dari Israel pada 2012 dan akhirnya Malaysia pula ciplak dari Mongolia pada tahun 2013.. Dahlah ciplak orang punya tak nak mengaku pulak.. ceh! | ||
Lokman Noor Adam kini lambang tandusnya kepimpinan dalam UMNO... Posted: 26 Aug 2013 09:49 AM PDT Lokman Noor Adam adalah antara individu yang dilaporkan turut bertanding dalam pemilihan kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Hasil undian sebuah Blog Pro UMNO menunjukkan beliau talah mendahalui Jamawi Jaafar, Nasir Husin, Mohd Iruan Zulkefli, Shaik Hussein Mydin dan Khairol Azwan Harun yang turut bertanding bagi merebut kerusi itu. Dalam masa yang sama apa yang ditunjukkan oleh ahli-ahli UMNO yang mengundi itu ialah UMNO sememangnya ketandusan pemimpin pelapis untuk diketengahkan sebagai pemimpin. Hingga menyebabkan mereka terpaksa menerima dan menyokong Lokman Adam yang merupakan bekas Setiausaha Pemuda Keadilan dan Ahli Majlis Tertinggi yang akhirnya dipecat setelah beliau menyertai semula UMNO pada 26.1.2004. Adakah mereka yakin bahawa Lokman akan kekal bersama UMNO andaikata UMNO dan BN tersungkur suatu hari nanti sedangkan telah terbukti beliau bukanlah seorang individu yang setia kepada perjuangan. Beliau adalah seorang individu yang pernah belot terhadap UMNO dengan menyertai Keadilan dan kemudiannya belot pula terhadap Keadilan dengan menyertai UMNO semula.. Setelah dibebaskan dari ISA seorang sahabat telah menceritakan bahawa Lokman telah bersuara mengatakan beliau sendiri bosan dengan keadaan hidupnya pada waktu itu. Sudahlah selama dua tahun berada dalam tahanan ISA, bila dibebaskan beliau masih gagal untuk memberi kebahagiaan dan kesejahteraan kepada keluarganya. Ini kerana, beliau terpaksa mengadakan siri ceramah ke seluruh negara, sedangkan beliau tidak mempunyai pekerjaan yang tetap untuk menampung perbelanjaan seharian. Bayangkan beliau harus memenuhi setiap undangan ceramah yang diadakan pada setiap hari, hinggakan masa bersama keluarga terus terbiar begitu sahaja, sudahlah dua tahun tidak bersama. Apa yang menjadi masalahnya ialah faktor ekonomi. Lokman pada ketika itu terjebak dalam masalah ekonomi yang kritikal. Walaupun beliau sayangkan perjuangan! Namun perjuangan hidup itu adalah yang paling utama, demi kebahagiaan anak-anak serta keluarga . sila baca di SINI untuk mengetahui apa lagi yang beliau luahkan.. Kerana ekonomi yang semakin menekan beliau akhirnya mengambil jalan keluar meninggalkan perjuangan untuk meneruskan perjuangan hidupnya yang sebenar dengan menyertai UMNO. Setelah menyertai UMNO, Lokman menyerang sahabat baiknya sendiri yang selama ini membimbingnya dalam Keadilan iaitu Ezam Mat Nor. Malah mungkin kerana bimbang Ezam akan memintasnya dalam UMNO beliau juga mendedahkan sebab sebenar Ezam Mat Nor menyertai UMNO setelah Ezam turut menyertainya bersama UMNO.. sila baca di SINI Apa yang ahli-ahli UMNO harapkan dari Lokman ini sebenarnya?.. nak dikatakan punya kredibiliti untuk memimpin.. beliau bukanlah seorang pemimpin kerana jawatan yang disandangnya dalam Keadilan dulu hanyalah lantikan.. Tidakkah ahli-ahli UMNO sedar ketika Lokman menjawat jawatan Exco Pemuda Malaysia, Khairy Jamaluddin telah meletakkan Unit Pidato Pemuda UMNO dibawah Lokman dan hasilnya.. tak ada hasilpun,, hanya menghabiskan beras.. Baca bagaimana Lokman menghentam UMNO dan pemimpinnya ketika beliau bersama Keadilan..
Akhirnya.. dalam parti yang dianggapnya sebagai Kapal bocor dipimpin diktator tua itu juga Lokman berharap untuk meneruskan perjuangan hidupnya... Perjuangan hidupnya bukan perjuangan Agama, Bangsa dan Negara.. Apa dalam UMNO ni dah tandus sangat dengan pemimpin ke hingga terpaksa mengangkat pembelot yang sudah dua kali membelot perjuangan sebagai pemimpin? Jika benar begitu maka benarlah kata Tun Mahathir hanya yang bodoh kini bersama UMNO kerana menurut bekas seorang pemimpin tertinggi Keadilan.. ".... jangan kau terlanggar lutut Lokman, sebab otak dia kat lutut..." Dan buat ahli UMNO yang akan memilihnya dalam PAU nanti.. siasat dulu siapa yang sering bermain golf dengan Lokman ini.. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan