Anak Sungai Derhaka |
- Video Kerajaan dikritik rakyat di RTM, gara-gara gantikan Proton dengan Honda..
- Kes Tembak Ke 4 dalam minggu ini.. Seorang Peniaga pula menjadi mangsa..
- Sajak Dari Rosmah Buat Semua..
- Ketua Pemuda Gerakan Persoal Hukum Hudud Sambil Serlahkan Kejahilannya..
Video Kerajaan dikritik rakyat di RTM, gara-gara gantikan Proton dengan Honda.. Posted: 02 Aug 2013 07:31 AM PDT Satu surat pekeliling untuk mengumumkan penggantian kereta Proton Perdana Executive dan Proton Inspira kepada Honda Accord 2.4L dan 2.0L telah pun dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia. Penggantian kereta rasmi ini akan dilakukan secara berperingkat dengan keutamaan diberikan kepada pegawai yang sedang menggunakan Proton Perdana Executive. Surat bertarikh 29 Julai ini mengesahkan bahawa Proton Perdana Executive yang digunakan oleh Anggota Pentadbiran, Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara/Dewan Rakyat, Hakim dan Pegawai Perkhidmatan Awam Gred Utama/Khas A akan ditukarkan kepada Honda Accord 2.4 liter. Sementara itu untuk Pegawai Perkhidmatan Awam Khas/Gred B dan C yang menggunakan Proton Inspira, mereka akan dibekalkan dengan Honda Accord 2.0 liter. Surat ini telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan. SUATU masa dahulu kerajaan Pakatan Rakyat, Perak di bawah pentadbiran Menteri Besar, Nizar Jamaluddin dikecam hebat gara-gara menukar kereta rasmi kerajaan negeri daripada Proton Perdana kepada Toyota Camry. Tujuan kerajaan negeri Perak mahu bertukar kepada Toyota Camry pada waktu itu adalah untuk mengurangkan kos penyelenggaraan (maintenance) yang mahal terpaksa ditanggung setiap bulan. Proton Perdana, faham-faham sajalah kos meragamnya yang sangat tinggi dan dilihat sebagai pembaziran terhadap wang rakyat. Namun begitu, niat baik ini menerima kecaman hebat daripada pejuang-pejuang Melayu yang tiba-tiba bersifat terlebih patriotik. Malah RTM turut menemubual beberapa orang macai-macai UMNO.. Saksikan!! Kemana menghilang macai-macai ini sekarang agaknya? |
Kes Tembak Ke 4 dalam minggu ini.. Seorang Peniaga pula menjadi mangsa.. Posted: 02 Aug 2013 12:04 AM PDT Seorang peniaga emas cedera terkena tembakan yang dilepaskan ke arahnya ketika kenderaan beliau berhenti di lampu isyarat Jalan Makmur, Pandan Indah, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata dua lelaki yang menaiki motosikal Yamaha berwarna biru menghampiri kereta Toyota Camry yang dipandu peniaga itu pada pukul 8.45 pagi. "Seorang daripada lelaki terbabit melepaskan tiga das tembakan ke arah peniaga emas itu menyebabkan Wong Foo Yui, 34, cedera di bahu," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Beliau berkata dalam keadaan cedera, Wong memandu keretanya ke Balai Polis Pandan Indah, yang terletak kira-kira 500 meter dari tempat kejadian, untuk mendapatkan bantuan. Amiruddin berkata Wong, yang berasal dari Jalan Klang Lama, kini dirawat di Hospital Ampang dan keadaannya dilapor stabil. Kes tembak hari ini adalah yang keempat dalam tempoh lima hari minggu ini. Isnin lepas, Pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi, 75, maut manakala isterinya, Chong Mei Kuen, 49, cedera parah ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di sini. Pada 29 Julai juga seorang lelaki cedera parah di paha kanan selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat simpang empat Jalan Mengkuang, Bukit Mertajam di sini. Rabu lepas pula, pemandu van kilang N. Jeevandran, 26, ditemui mati dengan dua kesan tembakan di atas kiri perut dan bahagian kanan bawah pinggang di persimpangan Jalan Permai Utama, Parit Buntar, Perak. - Bernama |
Sajak Dari Rosmah Buat Semua.. Posted: 01 Aug 2013 11:00 PM PDT Sebelum korang menghayati sajak yang telah dibacakan oleh DS Rosmah Mansor di Auditorium Mindef semalam, cuba korang perhati dan anggarkan berapakah nilai barang-barang kemas yang dipakai oleh Rosmah dalam gambar di atas ni.. Sebagai isteri seorang pemimpin negara, saya berasa terpanggil untuk menyatakan sesuatu kepada Anda semua: Jangan sekali-kali kita memperjudikan keamanan dan kestabilan Malaysia yang tercinta.. Kalau kita leka dan berdegil juga Nanti buruk padahnya.. Anak cucu kita akan merana lalu bertanya, Kenapa generasi Datuk dan Nenekku melakukan perkara durjana Memfitnah, bergaduh dan dengki khianat berlaku... berleluasa Sehinggakan kami terpaksa mengalami kesan-kesannya Wahai rakan dan taulan, Fikirkanlah semasak-masaknya Jangan kita tersilap langkah Sehingga negara ditertawakan oleh dunia Wahai Pahlawanku sekalian, Teruskan perjuangan InsyaAllah Anda semua dipandang mulia disisi Tuhan Dan juga dimata kami yang cintakan keamanan Nukilan: YABHG. Datin Paduka Seri Hajah Rosmah Mansor 1 Ogos 2013 di Auditorium Mindef, Kuala Lumpur |
Ketua Pemuda Gerakan Persoal Hukum Hudud Sambil Serlahkan Kejahilannya.. Posted: 01 Aug 2013 08:34 PM PDT Inilah yang terjadi bila seseorang yang jahil cuba mempertikaikan tentang sesuatu perkara yang dipercayai tidak langsung diketahuinya secara mendalam.. Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang mendakwa undang-undang Islam yang dicadangkan oleh Pemuda PAS tidak mampu menyekat kadar peningkatan jenayah pada masa ini. Beliau menolak cadangan yang dibuat oleh Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi untuk memperbaiki undang-undang sediada, sambil menyifatkan cadangan Nasruddin itu sebagai "obsesi peribadi ke arah undang-undang hudud." Sambil menyerlahkan kejahilannya dalam hukum Hudud, Tan mempersoalkan apa perbezaan undang-undang Islam dengan undang-undang yang ada sekarang kerana sudah ada hukuman mati bagi mereka yang menggunakan senjata api dalam menjalankan jenayah. "Tidak ada keperluan untuk menggantikan undang-undang sedia ada dengan hudud. "Apa perbezaan ia akan lakukan walaupun kita menukar keseluruhan undang-undang jenayah di negara kita kepada undang-undang Islam? "Adakah terdapat apa-apa hukuman yang lebih tinggi daripada kematian?" tanya Tan dalam satu kenyataan ~ FreeMalaysiaToday Sebelum ini dalam satu kenyataannya kepada Malaysiakini lewat petang semalam, Nasarudin dilaporkan berkata.. Undang-undang Islam boleh menggantikan kekosongan akibat penghapusan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) yang dikatakan punca meningkatnya kadar jenayah akhir-akhir ini, kata Pemuda PAS. Ketuanya Nasrudin Hassan (kiri) berkata, setelah sekian lama negara ini menggunakan "undang-undang ciptaan manusia", gejala jenayah terbukti bukan sahaja tidak menurun, bahkan semakin parah. Beliau berkata demikian ketika diminta menjelaskan lanjut cadangnya sebelum ini yang menggesa undang-undang syariah digunakan bagi membanteras jenayah, daripada aspek mekanisme dan kaedah pelaksanaannya. Anggota Parlimen Temerloh itu pada 31 Julai lalu berkata, jika negara buntu dan pihak berkuasa mati kutu menangani jenayah yang meningkat mendadak, undang-undang syariat Islam mesti dikuatkuasakan sebagai alternatif dari "kegagalan teruk" sistem sedia ada. Beliau berkata, undang-undang itu bukan sahaja dapat membanteras jenayah, tetapi juga memastikan keadilan kepada semua kaum, terutamanya kepada mangsa jenayah. Nasrudin bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci cadangannya tetapi membayangkannya dalam bentuk "akta baru" bagi menggantikan ISA dan EO. Malang buat negara.. walaupun sudah berpuluh tahun bersama dengan Parti yang kononnya memperjuangkan Bangsa dan Agama.. namun jelas tidak sedikitpun tentang Hudud yang diketahui oleh Ketua Pemuda Gerakan itu.. Bagaimana UMNO masih boleh berbangga kononnya merekalah pejuang Bangsa dan Agama sedangkan teman seperjuangan mereka sendiri gagal mereka tarbiah? |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan