Anak Sungai Derhaka |
- Amerika Syarikat dah kutuk kekejaman di Mesir ni.. Malaysia bila lagi?
- HOT?.. Apa yang 'Hot' nya gambar Anwar dengan Miss Universe ni?
- Kenyataan Najib Mengenai Tragedi Berdarah Di Mesir..
- Nazri Aziz Jelaskan Mengapa Anaknya Dilantik Sebagai Pegawai Khas Kementerian Pelancongan..
Amerika Syarikat dah kutuk kekejaman di Mesir ni.. Malaysia bila lagi? Posted: 15 Aug 2013 05:09 AM PDT Jika sebelum ini Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak dilaporkan hanya menyuarakan kekesalannya tentang apa yang telah berlaku di Mesir semalam.. Beliau dipercayai mahu menjaga hati pihak US yang diketahui punya hubungan dengan Tentera Mesir yang telah merampas kuasa dan membunuh rakyatnya sendiri. Oleh itu untuk menyuarakan kutukan dibimbangi akan menyebabkan pihak US terasa akan kutukan itu, jadi dia kata dia bimbang sajalah dengan apa yang tellah terjadi.. Nampaknya selepas ini bolehlah beliau mengutuk kekejaman yang telah berlaku di Mesir itu, kerana US juga telah mengutuk apa yang berlaku di Mesir .. Ketika angka korban keganasan pasukan keselamatan Mesir terus meningkat, komuniti antarabangsa menggesa pihak yang bertelagah segera menamatkan pertumpahan darah. Ini termasuk Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry, Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Catherine Ashton dan Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon yang rata-rata kesal dengan tindakan keselamatan Mesir yang menggunakan pendekatan kekerasan untuk menghentikan keganasan di negara tersebut. Seorang pegawai AS memberitahu Reuters bahawa Washington sedang mempertimbangkan untuk membatalkan dwitahunan "Star Bright" latihan ketenteraan bersama dengan Mesir, pada tahun ini selepas keganasan terbaru yang disifatkan apa yang berlaku di Mesir tidak dapat diterima. "Amerika Syarikat mengutuk penggunaan kekerasan terhadap penunjuk perasaan di Mesir. "Kami merakamkan ucapan takziah kami kepada keluarga mereka yang telah dibunuh, dan yang tercedera. Kami telah berulang kali menggesa tentera Mesir dan pasukan keselamatan untuk mencari jalan penyelesaian yang tidak memberi ancaman kepada rakyat mereka. "Kami juga amat menentang undang-undang Negeri Kecemasan, dan menyeru kepada kerajaan untuk menghormati hak asasi manusia seperti kebebasan berhimpun secara aman, dan proses undang-undang. Dunia menonton apa yang berlaku di Kaherah, " kata jurucakap White House, Josh Earnest. Turki yang selama ini tidak mengiktiraf kerajaan sementara Mesir turut mengutuk Kaherah kerana menggunakan keganasan bagi membersihkan kubu penyokong Mohamed Mursi dan Ikhwanul Muslimin. Pejabat Perdana Menteri Turki berkata, komuniti antarabangsa mesti bertindak serta-merta selepas polis mengganasi penunjuk perasaan yang menuntut Mohamed Mursi dibebas dan dikembalikan ke jawatan Presiden Mesir. "Komuniti antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan PBB dan Liga Arab mesti menghentikan pembunuhan beramai-ramai ini. Kesatuan Eropah dan beberapa negara-negara anggota kesal dengan pembunuhan yang berlaku," kata wakilnya. Sementara itu, Kementerian Luar Iran pula mengutuk pembunuhan beramai-ramai itu dan menggesa semua pihak menahan diri daripada terus menumpahkan darah ~ Sinar Kenyataan Najib mengenai tragedi ini sila baca di ( SINI ) |
HOT?.. Apa yang 'Hot' nya gambar Anwar dengan Miss Universe ni? Posted: 15 Aug 2013 02:15 AM PDT Sebuah Blog Pro UMNO telah menyiarkan sekeping gambar yang telah diperolehinya dari laman Instagram milik DS Anwar Ibrahim dalam satu artikel yang bertajuk "HOT!!! GAMBAR CHEF WAN BERSAMA ANWAR DAN MISS MALAYSIA DIATAS KAPAL TERBANG." Kelihatan dalam gembar tersebut ialah Miss Universe Malaysia 2011 Deborah Hendy, DS Wan Aizah dan juga personaliti popular televisyen iaitu Chef Wan. Yang aku tak fahamnya ialah apa yang dimaksudkan dengan "HOT!" itu?.. adakah kerana ada pengikut Anwar yang melabelkan Chef Wan sebagai penyokong kepada Anwar Ibrahim serta Pakatan Rakyat maka ianya menjadi "HOT"? TakkanlahChef Wan tak boleh menyokong Pakatan Rakyat.. ikut suka dialah nak sokong siapa pun, kan negara ini mengamalkan demokrasri.. Tapi aku tak kisah sangat dengan apa yang dia tulis tentang gambar itu, cuma dalam usaha untuk menjadikan gambar itu sebagai satu isu biarpun ianya bukanlah satu isu.. Dia cuba untuk mengaitkan Anwar dengan Mesir.. baca apa yang terpapar dalam printscreen di bawah ni.. Dia tulis.. "Menurut Anwar, gambar tersebut diambil ketika dia bersama isterinya didalam perjalan menuju ke Instanbul bagi menghadiri satu jemputan dari pihak-pihak di Mesir." Anwar ke Istanbul, Turki bagi menghadiri satu jemputan dari pihak-pihak di Mesir? Mungkin dulu dia fail Geografi kot.. sebab itu dia tak tahu Istanbul tu bukannya terletak di Mesir.. Sebenarnya.. Anwar Ibrahim ke Istanbul, Turki bagi menghadiri mesyuarat Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (International Institute of Islamic Thought) dan menghadiri Sidang Khas WATAN dengan pimpinan gerakan pembebasan Syria di Istanbul serta menyampaikan ucapan di Majlis perasmian sidang itu.. Kalau dah tak ada isu pun.. janganlah nak fitnah pulak.. |
Kenyataan Najib Mengenai Tragedi Berdarah Di Mesir.. Posted: 14 Aug 2013 11:21 PM PDT Aku pasti ramai yang ternanti-nanti apakah kenyataan yang akan dikeluarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak mengenai tragedi 'Syawal Berdarah' yang telah berlaku di Mesir semalam.. Apakah beliau yang juga Presiden UMNO yang kononnya memperjuangkan Bangsa dan Agama Islam akan mengutuk tindakan kejam pihak yang merampas kuasa di Mesir atau berdiam diri sahaja.. Sebelum itu kita baca dulu sebahagian dari kenyataan Presiden PAS, TG Haji Hadi mengenai tragedi ini.. Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim tentera di Mesir yang bertindak kejam dan melakukan jenayah terhadap rakyatnya sendiri sehingga menyebabkan ratusan terkorban dan ribuan cedera parah. PAS menyeru kepada komuniti antarabangsa termasuklah Kerajaan Malaysia supaya melaksanakan langkah drastik terhadap rejim tentera pimpinan Jeneral Abdul Fatah As-Sisi yang merampas kuasa dari rakyat Mesir itu. Sepenuhnya sila baca di ( SINI ) Sehubungan itu, tegasnya, PAS menyeru supaya semua penyokong dan ahli PAS, dan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan ini supaya menunjukkan solidariti dengan turut sama menyertai Himpunan Munajat Perdana Sabtu ini. Apa pula kata Ketua Umum PKR yang juga Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim? Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas sikap berdiam diri Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) berhubung konflik di Mesir yang semakin berlarutan. Beliau berkata, kegagalan AS dan EU merujuk konflik di Mesir sebagai rampasan kuasa, apatah lagi mengutuk tindakan itu, mencerminkan sikap double standard mereka. "Dengan berdiam diri apabila tentera mengeluarkan kata dua kepada Presiden Morsi, barat bersubahat. Kritikan tajam itu dilontar dalam satu artikel yang ditulis Anwar bertajuk The Egyptian coup and the lessons of Turkey yang disiar laman web Aljazeera.com. Sepenuhnya sila baca di ( SINI ) Malah Kerajaan Malaysia juga telah didesak oleh PKR supaya memutuskan hubungan diplomatik dengan rejim tentera Mesir sebagai bantahan terhadap pencabulan hak asasi dan kebebasan rakyat negara itu. Berikut adalah kenyataan Najib mengenai apa yang berlaku di Mesir dipetik dari laman FaceBooknya oleh ABN News.. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kerajaan bimbang dengan laporan keganasan ke atas penunjuk perasaan di Mesir. Beliau pada masa sama meminta pihak berkuasa di negara itu supaya melaksanakan sekatan sewajarnya. "Sebarang korban awam adalah amat dikesali. "Kami menggesa semua pihak menghentikan permusuhan dengan serta merta dan berusaha mencari penyelesaian secara aman," katanya. Kenyataan itu disiarkan menerusi akaun Facebook beliau kira-kira 11.40 malam ini ~ ABN News Beliau hanya melahirkan kebimbangannya mengenai insiden ini, kenyataan pula dikeluarkan dalam FaceBook miliknya dan tiada kenyataan yang mengatakan kerajaan Malaysia mengutuk serangan ini.. Kenapa Najib langsung tak berani untuk mengutuk tindakan Tentera Mesir itu agaknya? Dalam hal ini meskipun Malaysia adalan Negara Islam yang dipimpin oleh Perdana Menteri yang berugama Islam dari Parti yang kononnya memperjuangkan Islam, kelihatan selari pendiriannya dengan Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU).. Kenapa agaknya? Adakah Najib bersetuju dengan kekejaman yang dilakukan terhadap ummat Islam itu? Baca juga kutukan US terhadap Mesir di ( SINI ) |
Nazri Aziz Jelaskan Mengapa Anaknya Dilantik Sebagai Pegawai Khas Kementerian Pelancongan.. Posted: 14 Aug 2013 08:10 PM PDT Perlantikan Nedim Nazri Aziz anak kepada Menteri Pelancongan, Nazri Aziz sebagai Pegawai Khas di Kementerian yang diterajui oleh Nazri sendiri iaitu Kementerian Pelancongan telah dipertikaikan oleh banyak pihak. Malah ianya turut dipertikaikan oleh penyokong UMNO sendiri dengan mempersoalkan apa rasionalnya Nedim dilantik sebagai Pegawai Khas yang gajinya tidaklah seberapa itu sedangkan Nedim sendiri menguasai beberapa perniagaan yang memperolehi pendapatan jauh lebiih baik.. sila baca di ( SINI ) Ada juga yang mempertahankan tindakan Nazri itu dengan alasan peruntukan di Kementerian Pelancongan itu adalah tinggi jadi mana mungkin Nazri menghabiskannya seorang, jadi beliau perlu bantuan anaknya untuk menghabiskannya.. macam kec Lembu dululah.. habis seluruh anak beranak depa heret. Prihatin dengan persoalan yang telah dibangkitkan itu, Nazri Aziz tampil menjelaskan segalanya.. Katanya perlantikan anaknya itu sebagai Pegawai Khas Kementeriannya bukalah satu nepotisma kerana anaknya itu tidak dibayar gaji oleh Kerajaan. Beliau perlukan bantuan anaknya itu untuk merapatkan hubungannya dengan pengundi dari Generasi Y.. (contohnya macam gambar kat atas tu la..) My son is not on government payroll, says Nazri PETALING JAYA: Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz said that his son Nedim's appointment as his special officer was not nepotism because he was not on the government payroll. The Tourism and Culture Minister described the appointment as just a symbolic move to allow his youngest son to help organise programmes in his Padang Rengas constituency. The minister explained that he had previously appointed his son to help him in Perak before and during the recent general election. "I needed him to engage with the Gen Y voters. "Since he is young, I engaged his help. "But he is not a salaried worker," Nazri was quoted by a news portal as saying. An aide to Nazri, when contacted, confirmed that Nedim was not a gazetted officer of the ministry. "Gazetted officers include his press secretary and private secretary," the official said. She pointed out that Nedim was to be paid by Nazri and the ministers could appoint as many special officers as they wanted. The ministry's official portal lists Nedim as one of two special officers in the ministry ~ The Star Tak dibayar gaji oleh Kerajaan.. tapi dibayar oleh Nazri Aziz sendiri kononnya.. tapi kalau tak dibayar oleh Kerajaan kenapa perlu diletakkan namanya dalam website Kerajaan tu? Kalau tak dibayar gaji pun tak apa... dapat dua atau tiga projek dari Kementerian Pelancongan tu cukuplah... |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan