Anak Sungai Derhaka |
Posted: 11 Aug 2013 04:46 AM PDT Sebelum korang saksikan video ropakan disiang hari ditepi jalanraya yang sibuk dengan kenderaan yang lalu lalang ini, baca dulu apa kata Zahid Hamidi mengenai jenayah yang jelas meningkat kebelakangan ini.. Seperti kebanyakkan pencacai-pencacai UMNO yang mempersalahkan Pakatan Rakyat berikutan dengan kes tembak yang berleluasa kini, Zahid Hamidi juga bertindak demikian. Menurutnya kini terdapat kira-kira kira-kira 266,000 penjenayah yang bermaharajalela di dalam negara berikutan pemansuhan Akta Ordinan Darurat (EO) pada 2011 hasil desakan Pakatan Rakyat.. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan berdasarkan perkiraan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terdapat kira-kira 266,000 penjenayah yang bermaharajalela di dalam negara berikutan pemansuhan Akta Ordinan Darurat (EO) pada 2011. Katanya, angka itu diperoleh berdasarkan 2,600 suspek yang dibebaskan dari Penjara Simpang Renggam yang berhubung dengan 10 orang kanan mereka yang menjadikan jumlah 26,000 dan mengukuhkan lagi pengaruh mereka apabila bertemu dengan 10 pemimpin kanan lain yang menjadikan jumlah keseluruhan seramai 260,000 orang. Beliau menjelaskan secara holistik, statistik jenayah menurun tetapi terdapat peningkatan jenayah berat atau dipanggil jenayah indeks selain jumlah anggota polis dan aset yang mesti ditambah namun belum dapat dilaksanakan. "Pihak pembangkang tidak melihat implikasi di sebalik pemansuhan EO dari segi langkah pencegahan termasuk bagaimana hendak menangani tahanan yang dibebaskan dari Simpang Renggam. Mereka sekarang berada 'di pasaran', soalnya apa sumbangan pembangkang? "Mereka tidak berasa bertanggungjawab apabila berlaku jenayah sebaliknya meletakkan kembali kesalahan itu kepada kerajaan. Pembangkang juga tidak berasa terusik jika ada sebarang kelemahan pelaksanaan undang-undang kerana beranggapan ia tanggungjawab kerajaan. "Dalam keadaan ini, jangan terperangkap dengan taktik pembangkang, seolah-olah cadangan itu baik tetapi akhirnya cadangan tersebut memerangkap kerajaan sendiri," katanya semasa diwawancara Mingguan Malaysia, akhbar mingguan Utusan Malaysia hari ini. Dalam hal pemansuhan Akta Ordinan Darurat biarpun ianya menurut Zahid adalah hasil desakan Pakatan Rakyat, namun apa yang kita perlu tahu bahawa Najib telah menafikan pemansuhan akta ini diciplaknya dari agenda Pakatan Rakyat. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menepis dakwaan bahawa langkah kerajaan memansuhkan akta ISA adalah "hasil perjuangan" Pakatan Rakyat. Sebaliknya langkah berkenaan merupakan keputusan yang dibuat oleh BN "kerana kita dengar isi hati rakyat yang mahu perubahan." "Jadi jangan ada orang hendak 'claim credit' kononnya pengumuman itu adalah hasil perjuangan mereka." Beliau berkata demikian sebagai mengulas reaksi segera yang ditimbulkan pemimpin Pakatan sebaik beliau membuat pengumuman tersebut pada malam Khamis lalu. Pemimpin Pakatan antara lainnya mendakwa, langkah memansuhkan ISA merupakan salah satu usaha yang digariskan dalam manifesto Buku Jingganya. Malah, kata Najib, pemansuhan akta itu juga dijalankan untuk memenuhi janji beliau semasa mengambil alih sebagai perdana menteri ~ Malaysiakini Kini apabila jenayah berleluasa Zahid Hamidi tiba-tiba meletakkan puncanya kepada Pakatan Rakyat pula, sedangkan Najib telah bermati-matian mendakwa itu adalah idea beliau bukannya idea Pakatan Rakyat.. Siapa agaknya yang menasihatkan Zahid untuk menyalahkan Pakatan Rakyat pula dalam hal ini.. Bangang sungguh dia.. Berikut adalah video yang memaparkan rompakan yang berlaku disiang hari ditepi sebuah jalan yang sibuk dikatakan telah berlaku di Johor.. |
Anwar Ibrahim dah 66 tahun semalam.. Posted: 10 Aug 2013 08:42 PM PDT Bertempat di majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Dato Seri Anwar Ibrahim yang telah diadakan diperkarangan rumah Pak Ya, Simpang Tiga Kubang Ulu, Penanti semalam 10 Ogos satu majlis serba ringkas menyambut ulangtahun ke 66 DS Anwar Ibrahim telah diadakan. Datuk Seri Anwar bin Datuk Ibrahim Abdul Rahman (lahir 10 Ogos 1947) adalah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu, bertindak sebagai ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia, di atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. Di peringkat akar umbi, Datuk Seri Anwar merupakan penasihat Parti Keadilan Rakyat dan ketua umum Pakatan Rakyat. Semasa awal kerjaya politiknya, beliau merupakan 'anak didik' Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, tetapi kemudiannya tampil sebagai seorang pengkritik Tun Dr. Mahathir yang lantang. Dalam tahun 1999, beliau telah dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun kerana didapati bersalah di atas kesalahan penyalahgunaan kuasa. Pada tahun 2000, iaitu selama sembilan tahun kerana didakwa melakukan kesalahan di luar tabii (liwat). Walau bagaimanapun, pada tahun 2004, mahkamah, Mahkamah Persekutuan Malaysia telah mengugurkan sabitan kesalahan liwat kerana pihak pendakwa raya gagal mengemukakan bukti yang kukuh tanpa sebarang keraguan bahawa perbuatan meliwat tersebut telah berlaku. Oleh itu beliau telah dibebaskan. Pada Julai 2008, beliau telah ditahan sekali lagi atas tuduhan dakwaan bahawa beliau telah meliwat pembantu peribadinya iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan. Namun pada tanggal 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat ketetapan bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah atas kes liwat 2 yang dihadapi oleh beliau, dan melepaskan beliau sebarang pertuduhan liwat. Pada 26 Ogos 2008, Anwar telah berjaya memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh dengan menewaskan calon BN yang juga ADUN Seberang Jaya, Arif Shah Omar Shah bersama-sama calon AKIM Hanafi Mamat seterusnya kembali ke parlimen sebagai ketua pembangkang Malaysia. Dan pada 5 Mei 2013 beliau sekali lagi berjaya mempertahankan kerusi Ahli Parlimen Permatang Pauh dengan mengalahkan calon Barisan Nasional, Dr. Mazlan Ismail dan dikekalkan sebagai Ketua Pembangkang, Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Presiden Keadilan, Dato Seri Wan Azizah Wan Ismail, ADUN Seberang Jaya, Dr, Afif Bahardin dan ADUN Penanti, Dr. Norlela Ariffin serta ADUN Permatang Pasir, Ustaz Saleh Man. Majlis tersebut diuruskan oleh Wanita Cabang Permatang Pauh, tiga biji kek dengan lambang PKR, PAS dan DAP telah disediakan. KeAdilan cabang Permatang Pauh mengucapkan.. Selamat menyambut hari lahir, semoga dipermudahkan Allah dalam menempuhi perjalanan hidup ini dan berjaya membawa keadilan untuk semua rakyat Malaysia akhirnya... Lagi gambar-gambar sekitar majlis sila lihat di ( SINI ) |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan