Khamis, 8 Ogos 2013

Addin

Addin


Apa Dia? Majlis Fatwa Kebangsaan Tahun 1996 Putuskan Syiah Boleh Di Amalkan Di Mslaysia?

Posted: 08 Aug 2013 09:10 AM PDT

Shia Right Watch (SRW) satu organisasi yang melindungi kepentingan pengikut Syiah sedunia meminta layanan adil dari kerajaan terhadap pengikut syiah di negara ini.

Permintaan itu terkandung dalam surat yang dikirimkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir.

Pengerusinya, Mustafa Akhwand melahirkan kebimbangan terhadap ancaman hak asasi manusia yang diterima oleh pengikut Syiah di Malaysia dan meminta Perdana Menteri agar segera mengatasi masalah tersebut.

Katanya, Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum, namun Syiah satu-satunya kumpulan minorti yang terus menerima layanan yang tidak adil dan ancaman daripada pihak kerajaan.

Beliau turut mengecam Jamil Khir atas kenyataan menafikan pengharaman Syiah di negeri Kedah tidak berkait dengan pelanggaran hak asasi manusia dan pemansuhan ketetapan yang diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Pada mesyuaratnya kali ke-40 pada 1996 yang lalu Majlis Fatwa memutuskan pengikut Syiah yang mengamalkan mazhab Zaidiyyah dan Jafariyyah dterima untuk diamalkan di Malaysia.

"SRW dimaklumkan Kementerian Dalam Negeri giat merampas bahan bercetak seperti buku dan novel yang ditulis oleh pengikut Syiah. Perbuatan berkenaan hanya akan mengehadkan pengetahuan pengikut Syiah dan hal ini tidak dapat diterima.

"Sejak tahun 1980 lagi, komuniti Syiah berdepan dengan ancaman seperti penangkapan, serbuan di pusat komuniti dan penyitaan harta benda. Hal ini telah menghalang kebebasan mereka mengamalkan kebebasan beragama di Malaysia.

"Penting bagi kerajaan Malaysia mengiktiraf komuniti Syiah dengan memberi mereka kebebasan seperti warga Malaysia yang lain supaya semua kaum bebas mengamalkan kepercayaan mereka secara adil dan saksama," katanya dalam satu kiriman kepada The Malaysian Insider.

Beliau menggesa kerajaan agar segera menghentikan kegiatan anti Syiah, membebas dan menggugurkan tuduhan kepada pengikut, menggugurkan fatwa pengharaman Syiah serta dokumen yang boleh dirampas.

Pada hujung bulan lalu, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata bukan semua pengikut Syiah boleh diperangi, malah ada di kalangan mereka pada kaca mata Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak sesat secara keseluruhannya, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Beliau menegaskan perihal ibadah golongan Zaidiah yang terletak di bawah pecahan Syiah diterima kerana tidak berbeza dengan pegangan mazhab Shafie.Mufti Perak itu juga mendedahkan terdapat kira-kira 70 mazhab yang terangkum dalam fahaman Syiah.

"Kita tidak menolak ada fahaman Syiah ini yang dianggap terkeluar dari Islam. Ini kerana ajaran Syiah yang hangat diperkata memang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sanggup mengkafirkan rakan seagama," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Seorang ahli akademik dari sebuah universiti tempatan yang terlibat dalam kajian ketamadunan menyifatkan isu Syiah hangat diperkatakan berikutan krisis di Timur Tengah yang belum menemui jalan penyelesaian.Jika isu itu terus diperbesarkan di Malaysia, katanya, tidak mustahil negara juga bakal berdepan kemelut perang saudara, malah mungkin mengheret kaum lain yang tidak terlibat dalam isu itu.

"Sebelum kejatuhan Presiden Mesir Mohamed Morsi, diskriminasi kaum  berlaku kepada penganut Kristian dan Syiah di sana. Empat orang berfahaman Syiah dibunuh dengan kejam dalam insiden itu," katanya.

Ahli akademik itu menganggap serangan terhadap Syiah di negara ini disebabkan pengaruh golongan Salafi yang membenci golongan berkenaan walaupun mereka tidak mencetuskan huru-hara dalam negara.

Katanya, antara sebab kerajaan Kedah menggunakan pendekatan mengharamkan Syiah di negeri itu kerana bimbang provokasi tercetus antara pengikut Syiah dan ahli Sunnah Wal Jamaah di negeri berkenaan. ~the malaysian insider



Iklan C (ii)

Perkasa Belasah Pak Lah Pulak...

Posted: 08 Aug 2013 01:43 AM PDT

Saranan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih dikenali sebagai Pak Lah melalui buku terbarunya 'Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia' menempelak Perkasa atas dasar memperjuangkan ideologi sesuatu kaum dan menolak pandangan kaum yang lain segera ditolak Perkasa.

Setiausaha Agungnya, Syed Hasan Syed Ali meminta mantan Perdana Menteri itu agar segera bangun dari tidur dan melihat realiti dan perjuangan yang dilakukan oleh Perkasa selama ini.

Katanya, perjuangan Perkasa bukanlah semata-mata menolak ideologi kaum lain kerana pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, Perkasa turut memberi sokongan kepada parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) seperti MCA, MIC dan Gerakan.

"Pak Lah seharusnya memberikan bukti kukuh mendakwa Perkasa menolak fahaman kaum lain. Kami bukan sahaja menolak kaum bukan Melayu tetapi turut menyelar pemimpin Melayu yang lemah, bodoh, dan mengamalkan kronisme."Beliau sebenarnya kecewa kerana Perkasa yang menggesa beliau untuk meletakkan jawatan. 

Pak Lah seharusnya mencermin diri sendiri kerana semasa pemerintahannya BN gagal mengekalkan dua pertiga kerusi di Parlimen."Pak Lah harus melihat beliau telah menghampakan bukan sahaja BN malah turut ditolak oleh kaum bukan Melayu," katanya semasa dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Mengulas mengenai sokongan Tun Dr Mahathir Mohamad, katanya Mahathir sememangnya seorang pejuang bangsa Melayu beriringan dengan aspirasi negara sambil menegaskan sokongan Mahathir atau  juga dikenali sebagai Che Det adalah kerana Perkasa berada di jalan yang benar.

Katanya, Mahathir enggan memberi sokongan kepada Pak Lah adalah kerana mengetahui beliau tidak berada di landasan yang betul."Jika Pak Lah seorang Perdana Menteri yang hebat, pastinya beliau kekal sebagai Perdana Menteri hingga ke saat ini malah lebih lama dari Mahathir," katanya yang turut mengucapkan salam aidilfitri dan maaf zahir batin kepada Perdana Menteri kelima itu.

Sementara itu Ahli Parlimen Jerlun Datuk Othman Aziz menyifatkan sifat perkauman yang diamainkan Perkasa tidak ubah seperti apa yang diperjuangkan oleh DAP.Katanya, orang Melayu akan melihat isu yang dimainkan DAP sebagai rasis begitu juga sebaliknya pandangan orang Cina terhadap Perkasa.

"Jika dahulu aspirasi 'Malaysian Malaysia' hanyalah isu yang ditulis di atas kertas namun DAP kini berani menterjemahkan terhadap penindasan orang Melayu di Pulau Pinang dengan menolak mereka tinggal di tanah besar," dakwanya semasa dihubungi The Malaysian Insider.

Katanya, apa yang diperjuangkan Perkasa tidak seteruk Namewee mahu pun pasangan Alvin dan Vivian yang terang-terangan menghina bangsa dan agama.Pak Lah melalui bukunya 'Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia' berkata Perkasa melalui Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Zulkifli Noordin mendesak agenda kanan, terutama konsep Ketuanan Melayu, dan mengambil pendekatan keras terhadap mereka yang dilihat sebagai musuh Melayu dan Islam.

Menjelang pilihan raya lalu, Perkasa mencetuskan kontroversi apabila mengugut untuk membakar Al-Kitab, Bible berbahasa Melayu, dan juga video menunjukkan Zulkifli mengkritik agama Hindu.Menyentuh konsep Ketuanan Melayu, Abdullah berkata ia tidak seharusnya bermaksud sebagai kuasa mutlak Melayu. ~the malaysian insider



Iklan C (ii)

Tiada ulasan: