Addin |
- 'Yang Di Pertuan Agong' Di Tahan Polis
- Perkasa Buat Onar Lagi..
- Ustaz Wan Ji Belasah Perkasa
- Bongkar!! Strategi Pemimpin Umno Semasa Pemilihan.. Suatu Analisis
'Yang Di Pertuan Agong' Di Tahan Polis Posted: 05 Aug 2013 10:54 AM PDT Sepuluh individu yang mendakwa mereka pewaris Yang di-Pertuan Agong, ditahan ketika berhimpun di Pintu 1, Istana Negara di sini kira-kira pukul 4 petang Isnin. Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Supt Aida Abdul Hamid berkata mereka yang terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita itu berpakaian serba hitam dan menaiki tiga buah kereta."Kumpulan ini mendakwa mereka dari Kumpulan Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara dan datang ke istana kerana mendakwa mereka adalah pewaris Agong yang sah. Menurut Aida, tidak ada senjata ditemui ketika pemeriksaan polis terhadap kereta yang dirampas, kecuali 13 bendera bertulisan jawi dan beberapa helaian watikah baiah (perakuan sumpah). Katanya, semakan awal mendapati tujuh daripada mereka berasal dari Melaka, Perak dan Kedah. Aida berkata siasatan mendapati antara ajaran kumpulan itu ialah mendakwa dua kalimah syahadah sedia ada tidak sah dan anggota baharu diwajib berbaiah (bersumpah) serta mengucap kalimah syahadah yang baharu di hadapan ketua yang bergelar 'Tuanku'. ~bernama |
Posted: 05 Aug 2013 09:22 AM PDT Penyanyi rap, Wee Meng Chee atau dikenali sebagai Namewee perlu ditarik kerakyatannya kerana bersikap biadap dan sering menimbulkan kontroversi kurang ajar, kata Pertubuhan Pribumi Kebangsaan (Perkasa). Timbalan Presidennya, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar (gambar) menegaskan Putrajaya tidak lagi boleh berlembut dengan remaja yang lebih dikenali dengan panggilan Namewee, kerana terlalu banyak permohonan maaf yang telah diberikan sebelum ini. "Berapa ramai pihak hina agama, bangsa, sudah tiada lagi adab sopan kepada bahasa dan bangsa kita," kata Abdul Rahman ketika sidang media di Kuala Lumpur lewat petang hari ini. Abdul Rahman turut memberi peringatan, sekiranya Putrajaya tidak mengambil tindakan pantas, berkemungkinan rakyat akan bertindak sendiri dan membelakangkan perundangan negara."Saya minta warganegara ditarik balik, halau keluar negara, dia sudah lebih, saya tak mahu lagi permohonan maaf. "Jika tindakan langsung tiada, jangan sampai rakyat bertindak sendiri," katanya.Namewee dalam video terbarunya berjudul '017 Double Standard' selama lima minit 23 saat, mempersoalkan tindakan kerajaan menggantung tayangan filem The New Village untuk dinilai oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF). Tindakan itu bagaimanapun telah menerima kritikan keras daripada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mohamed Nazri Aziz yang menyifatkan Namewee sebagai "budak bodoh, berhingus, dan buta sejarah".Namewee dalam videonya yang dimuat naik YouTube juga memaki-hamun pelbagai pihak berhubung penangguhan filem The New Village. Nazri juga mengingatkan Namewee bahawa dia tinggal di sebuah negara berbilang kaum yang penuh dengan sensitiviti yang perlu dihormati."Saya pun hendak hentam dia habis-habisan. Dia budak yang tidak tahu sejarah, budak yang bodoh, berhingus dan tidak faham tentang sejarah negara kita. Hidup dalam sebuah negara berbilang kaum, kita harus mengambil kira sensitiviti dalam negara."Dia kena ingat, polis dan angkatan tentera telah membela negara kita. Jangan esok kalau apa-apa berlaku kepada dia, polis tidak mahu ambil tindakan, dia marah pula," kata Nazri.Perkasa juga ketika sidang medianya berkata Namewee menjadi semakin berani atas kelemahan sendiri."Saya tidak sanggup perkara ini berterusan, bangsa, agama, Rukun Negara dihina dan tidak lagi diberi perhatian. "Sikap yang berlaku sudah melebih-lebih, tiada rasa hormat dan harmoni, jadi kenapa kita nak berterusan begini," katanya, dan menambah Jabatan Peguam Negara juga perlu memainkan peranan mendakwa pihak yang terlibat.Abdul Rahman berkata, beliau yakin polis telah menjalankan siasatan mereka namun AGC masih tidak mengambil sebarang tindakan pendakwaan. "Laporan tinggal laporan, saya yakin polis sudah jalankan siasatan, tapi pendakwaan daripada pihak AG. Jadi saya minta kerajaan perlu lihat di pihak AG."Kalau kena orang Melayu cepat bertindak, tapi bila orang bukan Melayu, perkara itu hanyut sendiri sahaja... kami pun nak tahu kenapa." ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
Posted: 05 Aug 2013 05:09 AM PDT Seorang pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin menjawab desakan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang menggesa kerajaan menggunakan undang-undang Syariah terhadap pelatih anjing Muslim dengan mengatakan menyentuh dan memelihara anjing tidak salah bagi sesetengah mazhab dalam Islam. Atas dasar itu, katanya, tidaklah boleh atau wajar menuduh mereka yang memelihara dan menyentuh anjing sebagai menghina agama Islam kerana sesetengah mazhab membenarkannya."Bagi ulama mazhab Hanafi, memelihara dan memegang anjing tidak salah tetapi bagi ulama Mazhab Shafei ia adalah satu kesalahan," kata Wan Ji yang mendalami Islam di Pakistan dan Mesir itu. Beliau mengulas tindakan yang diambil oleh sesetengah pihak menuduh seorang jurulatih anjing Muslim, Maznah Mohd Yusof yang membuat video lagu raya bersama anjingnya menghina Islam. Maznah sebelum ini telah ditahan reman selama dua hari, dan dibebaskan atas jaminan polis kerana merakamkan perbuatannya membersihkan anjing seumpama berwudhu, dan membawa anjingnya bersiar-siar sambil berlatarbelakangkan lagu Hari Raya. Hari ini, Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali menegaskan tindakan Maznah, atau dikenali sebagai Chetz mempertahankan perbuatannya di dalam video kontroversi "1 Hari di Hari Raya" itu bakal memberikan contoh negatif kepada generasi muda Islam berhubung hukum memegang anjing. "Perkasa mahukan kerajaan perlu mendakwa mengikut enakmen undang-undang syariah. Maznah masih lagi berpegang bahawa dia tidak melalukan kesalahan berkaitan tindakan membersihkan anjing-anjingnya dan dengan sengaja menyentuh anjing yang basah," tegas Syed Hassan. Wan Ji yang mempunyai banyak kuliah agama dimuat naik di Youtube berhujah, jika hendak dikatakan tidak mengikut Mazhab Shafei menghina Islam, bagaimana pula dengan menunaikan zakat dengan wang."Masalah dengan Malaysia adalah orang ramai banyak membuat penilaian atas sesuatu perkara berdasarkan mazhab Islam Melayu," kata Wan Ji dalam tazkirah Ramadannya di sebuah surau. "Mengikut Mazhab Shafei, umat Islam hendaklah menunaikan zakat fitrah menggunakan makanan asasinya. Dalam konteks Malaysia, beras. Kenapa umat Islam di Malaysia menunaikan zakat dengan menggunakan wang. Kalau ikut Mazhab Shafei, ini salah dan boleh didakwa menghina Islam," katanya.Menurut Wan Ji, mengeluarkan zakat menggunakan wang dibolehkan oleh ulama Mazhab Hanafi dan digunakan fatwa ini oleh umat Islam di Malaysia untuk memudahkan urusan pembayaran zakat. Atas dasar itu, kata Wan Ji, perkara-perkara yang berbeza pandangan di kalangan ulama tidak perlulah dijadikan hujah untuk menyerang umat Islam yang lain.Maznah mencetuskan kontroversi apabila video yang memaparkan aksinya tiga tahun lalu menyambut Aidilfitri bersama tiga ekor anjing dimuat naik ke dalam YouTube pada Isnin. Video itu menunjukkan Maznah membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar berhampiran pekarangan masjid dengan suara latar takbir raya.Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan Maznah memakai baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya seolah-olah mengambil wuduk sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu. Video itu juga menyiarkan kata-kata: "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga ekor anjing)."Video itu turut memuatkan ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada Chetz sekeluarga" dengan gambar lelaki duduk bersama tiga ekor ekor anjing di atas sofa. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
Bongkar!! Strategi Pemimpin Umno Semasa Pemilihan.. Suatu Analisis Posted: 04 Aug 2013 11:17 PM PDT Mengenepikan fakta yang mereka tidak lagi mengekalkan dua pertiga di Parlimen atau hilangnya hormat seperti diterima zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman atau Tun Dr Ismail, namun merasa masih berbisa jika kekal menjadi ahli politik Umno pada hari ini. Ini sebab-sebabnya: Pertama: Mereka telah bersedia dengan alasan. Tahun ini tahun pemilihan parti maka rakyat Malaysia perlu memberi mereka ruang yang cukup untuk berhujah serta melakukan kesalahan dan hasutan. Tolong maafkan Datuk Seri Noh Omar, Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Ahmad Maslan dan Datuk Seri Zahid Hamidi terhadap kebodohan menyalurkan maklumat tidak tepat; ini tahun pemilihan. Mereka perlu memainkan sentimen kaum dan agama bagi menarik perwakilan Umno dan meraih undi bagi mengekal kuasa dalam Umno. Tiada yang peribadi, rakyat Malaysia telah diberitahu namun di negara lain ahli politik yang ingin mencari undi perlu bercakap dalam bahasa kebangsaan. Dan dalam Umno, semakin lantang isu disuarakan, semakin popular mereka. Bukan lagi rahsia. Itulah caranya. Kedua: Beliau tidak perlu berfikir, hanya menurut. Suatu masa dahulu, ia satu keperluan ahli politik memerah otak memikirkan polisi dan memastikan apa yang dikatakan masuk akal, sekurang-kurangnya menampakkan keberkesanan. Namun tidak lagi. Ahli politik Umno membenarkan diri mereka dipimpin oleh Utusan Malaysia dan sesiapa sahaja yang mempunyai isu untuk diketengahkan tidak kira perkara mengarut atau tidak masuk akal. Ia dipanggil sumber luar pemikiran. Beliau tidak perlu berfikir tentang taktik kotor. Di antara Januari dan sekarang, Utusan telah menerbitkan 100 artikel tentang DAP. Iklan C (ii) |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan