Sabtu, 31 Ogos 2013

Addin

Addin


Rahsia Umno Terbongkar Lagi.. Saksikanlah

Posted: 31 Aug 2013 04:00 PM PDT

Umno didakwa melayan Singapura lebih baik berbanding dengan negeri-negeri Pakatan Rakyat dalam pengurusan air.

Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong berkata, ini ekoran cadangan Timbalan Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanafiah agar laluan air Sungai Muda ke dalam sempadan Pulau Pinang disekat jika kerajaan negeri Pulau Pinang enggan membayar negeri Kedah bagi mengambil air mentah dari sungai tersebut.

Umno, dakwa Steven, sentiasa mengambil pendekatan zaman pra-Merdeka ini terhadap negeri-negeri Pakatan Rakyat, terutamanya melalui sabotaj urusan air di Selangor dan di Kelantan sekaligus menyebabkan penderita rakyat di negeri-negeri tersebut.

"Apa yang paling mengecewakan ialah, Johor melayan Singapura lebih baik dari Umno melayan negeri-negeri PR," katanya.

Johor telah sekian lama menjual air mentah pada harga yang teramat murah kepada Singapura dan kemudiannya membeli balik air yang telah dirawat dengan harga yang jauh lebih tinggi daripada negara jiran tersebut.

Walaupun negara sudah 56 tahun selepas Merdeka dan 50 tahun selepas terbentuknya negara tercinta Malaysia, bagi beliau, Umno masih berlagak macam "tiada Malaysia".

Baru-baru ini, Adun Bakar Bata dari Umno, Ahmad Bashah Md. Hanafiah merangkap Senator dan juga Timbalan Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mencadangkan laluan air Sungai Muda ke dalam sempadan Pulau Pinang disekat jika kerajaan negeri Pulau Pinang enggan membayar negeri Kedah bagi mengambil air mentah dari sungai tersebut.

Perkara ini telah diulang-ulang tetapi Umno masih tidak faham bahawa Pulau Pinang mempunyai hak riparian (riparian water rights) untuk mengambil air dari Sungai Muda yang melalui sempadan negeri secara semulajadi.

Demi semangat perpaduan nasional, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga telah meminta untuk berjumpa dengan Menteri Besr Kedah Mukhriz Mahathir bagi membincangkan perkara ini.

"Cadangan oleh Ahmad Bashah menunjukkan bahawa Umno masih terperangkap dalam mentaliti sebelum Merdeka," dakwa Steven.

Pertama sekali, katanya, Ahmad Bashah gagal menunjukkan sebarang semangat perpaduan antara dua negeri berjiran yang bernaung di bawah satu bendera Malaysia.

Keduanya, beliau berlagak seperti penjajah kerana hanya penjajah akan merompak hak rakyat dan mengeksploitasi sumber semula jadi mereka.

Justeru, sempena 31 Ogos, Hari Kemerdekaan dan 16 September Hari Malaysia, beliau menyeru Umno, terutamanya kerajaan negeri Kedah supaya menegakkan semangat kemerdekaan dan jangan berlagak macam penjajah mengenakan tuntutan yang tidak munasabah terhadap rakyat Pulau Pinang. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)


Kisah Tragis Peminjam PTPTN

Posted: 31 Aug 2013 08:52 AM PDT

KUALA LUMPUR 30 Ogos: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkongsi sebuah kisah tragis yang ditemui dalam soalan terbuka kepada responden dalam kaji selidik Keberhutangan PTPTN yang bermula pada 23 Ogos lalu.

"Banyak jawapan yang saya terima, ada yang memberitahu tidak makan kerana mahu membayar pinjaman.

"Ada satu kisah nak bunuh diri kerana gagal membayar PTPTN," ujar ahli parlimen Pandan itu ketika membentangkan hasil kajian berkenaan di Perpustakaan MBPJ semalam"Pada mulanya saya gelak. 

Tetapi bila fikir balik, perkara ini sebenarnya serius," katanya.Menurut Rafizi, respon berkenaan diterima dalam soalan terbuka yang dikemukakan kepada peminjam bagi mengenal pasti apakah punca peminjam gagal membayar pinjaman.

"Kita tidak menyediakan pilihan. Sebab kalau tidak nanti orang ramai anggap kajian ini hanya bertujuan menepati kehendak KEADILAN sahaja," katanya. ~keadilandaily






Iklan C (ii)

(Iklan Advertorial) Perintis Dan Traders : Menimba Ilmu Dan Menjana Pendapatan

Posted: 31 Aug 2013 03:50 AM PDT

Transformasi Usahawan dan Pedagang Muslim adalah satu komuniti usahawan Bumiputera yang di kendalikan di bawah syarikat WorldCLass Trade & Industries bagi membuka peluang kepada usahawan-usahawan Bumiputera sedia ada dan baru untuk menjadi sebahagian dari komuniti.

Dengan peningkatan bisnes online yang senang ,cepat dan berkesan , TRUPM mengambil inisiatif mengendalikan seminar bagi menerangkan lebih terperinci tentang caracara pemasaran online dan kaedah-kaedah pemasaran.

Malah di bawah penyertaan TRADERS , beberapa modul di sediakan bagi memberi lebih lagi pendekatan tentang dunia keusahawan.Ia terdiri daripada :

Modul 1: Memulakan Perniagaan

Modul 2: Strategi dan Pemasaran

Modul 3: Ciri-ciri Keusahawanan Islam

Modul 4: Memahami Peluang-peluang Tempatan dan Antarabangsa

Modul 5: Bagaimana Traders Boleh Menjana Pendapatan & Perniagaan

Modul 6: Penerangan MDGrant yang disediakan oleh Matrade

Modul 7: Langkah-langkah bagi Pengeksportan

Modul 8: Tip Pinjaman IKS dan Bank Tempatan


Produk- produk usahawan Bumiputera yang di beri
Khidmat nasihat oleh WorldClass Trade & Industries
Dengan harga serendah RM38.00 di bawah pengenalan (Perintis), penerangan akan di berikan tentang cara-cara bagaimana menjalankan bisnes online menggunakan blog, facebook dan juga mengetahui tentang bagaimana menjana pendapatan dari HalalFarmasi.com

Bagi peserta yang ingin mendapat kelebihan-kelebihan yang ditawarkan oleh syarikat dan pendekatan modul-modul di bawah program Trader, pihak kami menawarkan dengan harga kursus & latihan Satu Hari RM 390.00 untuk penyertaan, makanan dan minuman di sediakan. 

Bilik Perbincangan

Bilik Seminar
Peluang menjadi Trader Negeri Ekslusif (TERHAD) ditawarkan kepada yang berminat dengan potensi keuntungan sehingga 45%, mereka akan menjadi mentor kepada mobile agen di kawasan mereka dimana pihak kami akan mengiklankan nama-nama Trader Negeri melalui saluran pemasaran kami.

Keterangan lanjut atau menyertai seminar pengenalan (PERINTIS) dan TRADERS , sila hubungi 014-3306378 , atau email kepada worldtradehalal.net@gmail.com. Layari www.worldtradehalal.asia untuk keterangan lanjut.




Berita Panik..

Posted: 31 Aug 2013 01:51 AM PDT

Gangguan bekalan air akibat dari empat penutupan loji rawatan air bagi kerja membersihkan loji tersebut akibat dari tumpahan minyak miyak diesel membabitkan kira-kira 10 kilometer sepanjang Sungai Selangor mencetuskan panik di kalangan penduduk Lembah Klang.

Setakat pagi ini, dilaporkan kebanyakan botol air mineral dikedai habis dijual.Penutupan empat loji rawatan Sungai Selangor membabitkan Fasa 1, 2 dan 3 serta Rantau panjang bagi kerja-kerja pembersihan dikatakan menjejaskan hampir sejuta pengguna dari tujuh daerah.

Situasi bertambah meruncing apabila bekalan air yang terdapat di tangki simpanan dari empat loji rawatan air dikatakan hanya mampu bertahan kurang dari sehari.

Memetik dari laporan Star Online, kebanyakan premis kedai sudah kehabisan bekalan botol minuman dan air mineral dalam tempoh sejam selepas kedai dibuka.

Keadaan amat tidak terkawal, ramai yang beratur panjang didepan kedai biarpun kedai masih belum dibuka," kata pekerja kedai runcit di Petaling Jaya pagi tadi.

Di Uptown Damansara pula, penduduk berbaris panjang untuk memasuki kedai 24 jam 7 Eleven bagi membeli karton air mineral.

Selepas mendengar akan gangguan bekalan air semalam akauntan Liew Chin Ee dan keluarganya membawa dua kereta bagi membeli karton air mineral.

"Kami telah pergi ke beberapa tempat bagaimapun kebanyakan tempat tersebut juga kehabisan air. 

Saya tidak tahu berapa lama situasi ini akan berpanjangan, kerana itu lebih baik saya bersedia dari menyesal kelak," katanya dipetik dari Star Online.

Suri rumah, Carol Lim terkejut apabila pagi ini dia mendapat rumahnya di Damansara Utama terputus bekalan air.

"Tekanan air berkurangan pada jam 9 malam semalam namun saya fikir hari ini bekalan air akan pulih semula. Saya tidak menjangkakan keadaan menjadi serius sebegini," kata Lim.

Empat loji air tersebut menghasilkan kira-kira 2.67 bilion liter air pada setiap hari, membekalkan 57% permintaan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.Daerah yang terjejas ialah di Petaling, Kuala Lumpur, Klang, Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Dalam kenyataannya malam semalam, Ketua Korporat dan Perhubungan Awam Syarikat Bekalan Air Selangor, Priscilla Alfred mengistiharkan amaran merah kira-kira jam 4 petang semalam.

Amaran merah diaktifkan apabila situasi bertambah buruk hingga menjejaskan lebih dari sejuta pengguna."Lembaga Urus Air Selangor mengambil alih bagi tujuan pembersihan," katanya.

Syabas juga memohon bantuan kerajaan bagi menyediakan pengangkutan menghantar bekalan air bagi kawasan paling teruk terjejas.Ketika ini, Syabas hanya mampu menyediakan 42 pengangkutan tangki simpanan air dan 525 tangki tidak bergerak untuk membantu pengguna yang terjejas. ~the malaysian insider



Iklan C (ii)

Ini Ikrar Anwar

Posted: 30 Aug 2013 11:35 PM PDT

Persempadanan semula kawasan pilihan raya tidak akan ada tahun ini selagi pimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang ada kekal.Demikian ikrar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider.

Tahun ini, sampailah sudah masanya persempadanan semula kawasan pilihan raya perlu dibuat.Ini bermakna, bila-bila masa sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu membentangkan satu persempadanan pilihan raya baru ke dalam Dewan Rakyat.

Mengikut Perlembagaan, ia perlu dilakukan setiap lapan hingga 10 tahun sekali.Kali terakhir ia dibuat pada tahun 2003 iaitu menjelang pilihan raya umum 2004.Kini, masanya sudah melebihi 10 tahun.

Oleh itu, SPR mahu tidak mahu terpaksa membuat persempadanan ini.Baru-baru ini,Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar  berkata kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya akan bermula hujung tahun ini selepas tertangguh pada 2011.

Beliau berkata proses itu akan dilaksana secara berperingkat dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun."Sepatutnya dibuat pada tahun 2011 tetapi memandangkan pada masa itu kami perlu menghadapi persediaan pilihan raya umum ke-13 (PRU13), maka kami menangguhkannya hingga PRU13 selesai," katanya melalui ceramah bertajuk Pengalaman SPR dalam mengendalikan persempadanan kawasan pada 2003 dalam seminar selepas pilihan raya anjuran Majlis Peguam Malaysia 8 Jun lepas.

Namun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tegas menolak SPR dengan kepimpinan yang ada untuk mengendalikan kerja-kerja ini."Kita menentang keras kerana tidak wajar SPR yang curang dengan rekod kotor dan jijik itu diamanahkan untuk melakukan sesuatu perubahan besar.

"Tidak munasabah dan kita akan tentang keras dan kita beri ingatan jangan sekali-kali mengadakan persempadanan ini oleh SPR yang ada," katanya kepada The Malaysian Insider.

Sempadan kawasan pilihan raya adalah perkara yang termaktub di dalam perlembagaan. Untuk mengubah sesuatu perkara dalam Perlembagaan, ia perlukan sokongan dua pertiga ahli Dewan Rakyat.Dengan kedudukan BN yang hanya mempunyai majoriti tipis dalam Dewan Rakyat, amat sukar bagi SPR untuk melakukannya.

Sudah tercatat dalam sejarah pilihan raya di negara ini, Umno dan Barisan Nasional (BN) akan menang besar setiap kali selepas persempadanan pilihan raya dilakukan.Yang terakhir adalah persempadanan pilihan raya yang dibuat pada tahun 2003. 

Ia dibuat selepas PAS menang besar dalam pilihan raya sebelumnya yang diadakan pada tahun 1999 akibat sokongan orang Melayu kepada PAS ekoran kes mata lebam Anwar.Dalam persempadanan 2003 itu, kawasan pilihan raya di negara ini disusun sedemikian rupa dengan memasukkan orang-orang Cina dan India ke dalam kawasan yang selama ini dikuasai oleh pengundi Melayu.

Antara kesan yang paling ketara adalah kawasan Parlimen Kuala Kedah yang dimenangi Mohamad Sabu pada tahun 1999 dan Pokok Sena di Kedah yang dimenangi Datuk Mahfuz Omar.

Dalam persempadanan ini, negeri-negeri yang mendapat sokongan tinggi Umno mendapat tambahan bilangan kerusi yang sangat tinggi. Antaranya Johor yang menambahkan bilangan kerusi ke-26 kerusi Parlimen.Hasilnya, pada pilihan raya 2004, BN menang besar. 

Sebahagian besarnya kerana persempadanan kawasan pilihan raya yang dibuat pada 2003.Namun ia boleh dibuat ketika itu kerana BN mempunyai kuasa dua pertiga dalam Dewan Rakyat.

Pada tahun 2011, persempadanan tidak dibuat kerana BN tiada kuasa dua pertiga walaupun alasan Wan Ahmad adalah kerana hendak menghadapi pilihan raya.

Alasan ini bercanggah sekali dengan apa yang berlaku pada tahun 2003 apabila persempadanan kawasan pilihan raya dibuat setahun sebelum pilihan raya 2004.

Bagi Anwar, persempadanan ini bukan soal dua pertiga tetapi soal kredibiliti SPR itu sendiri yang mesti diselesaikan."Soal electoral roll pun tidak berjaya diselesaikan lagi sampai sekarang. 

Selesaikan itu dahulu," katanya merujuk kepada daftar pemilih yang dikesan mempunyai pelbagai masalah.Baru-baru ini, SPR menukar setiausahanya, Datuk Kamarudin Mohd Baria namun bagi Anwar ia bukan jalan penyelesaiannya.

"Penyelesaian ini tidak boleh selesai dengan penukaran setiausaha yang bersara yang diganti dengan yang baru tetapi penukaran orang-orang kanan mereka."Sudah-sudahlah kepada yang berkhidmat, terima kasihlah. Bagilah kepada mereka pingat dan ganjaran kerana mereka berjasa kepada Umno... bagilah. 

Tetapi jangan korbankan prinsip kebebasan dan ketelusan ini," kata Anwar.Kepentingan rakyatDi sebalik faktor ketelusan, faktor kepentingan rakyat juga perlu dikaji dalam persempadanan kawasan pilihan raya ini.

Dengan kuasa yang ada, Pakatan Rakyat (PR) di negeri Selangor misalnya boleh berkata 'tidak' kepada cadangan persempadanan pilihan raya ini kerana mereka mempunyai kuasa dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri.Namun, jika tidak dilakukan persempadanan ini bermakna, rakyat Selangor yang paling rugi kerana mereka tidak akan diwakili dengan adil. 

Selangor mempunyai 1,924,281 pemilih berdaftar dalam PRU-13 lalu tetapi bilangan Parlimennya hanya 22 sahaja berbanding Johor yang mempunyai 26 kerusi."Di Selangor sekarang, jumlah rakyat bagi setiap Parlimen dan DUN terlalu tinggi berbanding dengan negeri-negeri lain. 

Jika kawasan pilihan raya Parlimen atau DUN tidak ditambah di Selangor bermakna, rakyat yang rugi," kata Abdul Shakur Tahir, Setiausaha Pilihan Raya PAS Pusat.Beliau berkata, Johor misalnya mempunyai banyak kawasan Parlimen berbanding rakyatnya bagi setiap Parlimen. 

Begitu juga kawasan Putrajaya yang hanya mempunyai 10,000 pengundi tetapi mendapat satu parlimen."Hulu Selangor misalnya mempunyai 74,939 pengundi dan Gombak mempunyai 106,747 pengundi.

"Sedangkan Segamat di Johor hanya mempunyai 39,807 pengundi manakala Pagoh hanya mempunyai 40,515 pengundi sahaja. Ini tidak adil kepada pengundi Selangor.

"Oleh itu, sesuatu perlu dibuat untuk mencapai kata sepakat dan hak rakyat diberi," kata Shakur yang sangat berpengalaman dalam kerja-kerja pilihan raya.Ini bermakna, mahu atau tidak mahu persempadanan kawasan pilihan raya satu keperluan. 

Menjadi keperluan juga ia dibuat dengan adil dan bukan untuk memenuhi keperluan pribadi pihak-pihak yang berkepentingan.Dengan suasana yang ada, mahu atau tidak, SPR buat pertama kalinya dalam sejarah perlu mendapat persetujuan PR untuk membuat persempadanan kawasan pilihan raya. Jika tidak, SPR akan gagal dan akan dilihat gagal dalam menjalankan tugasnya. ~the malaysian insider





Iklan C (ii)




Ini Reaksi Terbaru Pemimpin Pakatan Rakyat Berkenaan Cadangan Anwar Untuk Berunding Dengan BN

Posted: 30 Aug 2013 07:32 PM PDT

Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) tentang kesediaan pembangkang mengadakan "rundingan meja bulat" bersama kerajaan bukan sahaja mengejutkan Barisan Nasional (BN) akan tetapi juga Pakatan Rakyat (PR).

Di ambang sambutan Hari Merdeka ke 56, pengumuman ketua pembangkang itu menjawab segala desas-desus mengenai pertemuan belakang tabirnya dengan Datuk Seri Najib Razak untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.

Walaupun semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR semalam Anwar menjelaskan seruan untuk berbincang dengan BN itu tidak sama dengan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan, secara persepsinya memang terdapat permainan "kayu tiga" di belakang.

Seorang pemimpin kanan PAS memberitahu The Malaysian Insider, parti Islam itu tidak pernah mengetahui atau berbincang dengan ketua pembangkang mengenai rundingan dengan BN sebelum pengumuman itu dibuat.

"Pemimpin-pemimpin PAS terkejut mendengar pengumuman Anwar itu. Semua masih tak faham," kata pemimpin itu dengan syarat namanya dirahsiakan.

"Kami mahu tunggu dan lihat terlebih dahulu," tambahnya.

Pemimpin-pemimpin DAP yang dihubungi enggan memberikan komen dan bersikap dingin mengenai isu ini.

Reaksi dari pemimpin parti komponen PR itu menimbulkan tanda tanya tentang siapakah yang ingin berunding dengan BN, PKR atau gabungan yang ditubuhkan selepas Pilihan Raya 2008 itu?

Menurut Anwar, PR bersedia untuk mengenepikan ketidakpuashatian berhubung keputusan pilihan raya 5 Mei lalu yang mereka anggap dicemari dengan penipuan demi kesejahteraan dan masa depan negara.

"Datuk Seri Najib Razak harus terbuka untuk berbincang kerana banyak dasar dan program yang boleh disepakati bersama," katanya.

"Titik pertemuan BN dan PR perlu segera dicari bagi menyelamatkan negara di samping menyeru melupakan kesalahan masing-masing sempena hari kemerdekaan negara esok."

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai reaksinya mengatakan Anwar terdesak dan memperlekehkan bantahan dilakukan pembangkang berhubung keputusan pilihan raya 5 Mei lalu.

"Apabila mahkamah menolak mereka teruskan dengan perhimpunan bodoh, jadi inilah yang dilakukan seolah-olah beliau pula yang menyatukan rundingan ini," katanya dalam satu sidang media dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Umno di PWTC semalam.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Muhkriz Mahathir pula mempersoalkan motif Anwar untuk berbincang dengan BN.

Menurut Menteri Besar Kedah itu, tawaran berbincang dibuat Anwar selepas PR kalah dalam hampir kesemua petisyen pilihan raya di seluruh negara.

Apa pun percaturan Anwar, buat masa ini beliau dilihat terhegeh-hegeh mahu bertemu BN dan diperlekehkan oleh Khairy, Mukhriz serta pemimpin-pemimpin Umno lain.

Mata tertumpu kepada reaksi Najib. Beranikah anak kepada perdana menteri kedua itu memecahkan tradisi dengan membuka pintu perbincangan BN dan PR?

Selepas mesyuarat MT Umno semalam, perdana menteri terus bergegas meninggalkan bangunan PWTC tanpa memberikan sidang akhbar kepada pemberita.

Berapa lamakah Najib mahu mendiamkan diri mengenai isu ini?

Dalam perutusan Hari Kemerdekaan ke 56, Najib menggesa segenap lapisan masyarakat mempertahankan hari bersejarah itu.

"Kita juga wajib terus memelihara dan mempertahan perkara-perkara berkaitan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam serta keistimewaan Melayu dan Bumiputera seperti mana bapa-bapa kita terdahulu telah maktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya

Sesuaikah Anwar dengan pandangan Najib itu? ~the malaysian insider




Iklan C (ii)



Tiada ulasan: