Addin |
- Bekas Isteri Dedah Anak Taib Mahmud Kahwin Dengan Wanita Australia Dan Rusia
- Anak Kunci Rezeki Langit Dan Bumi
- Berita Gempar Buat Seluruh Rakyat Malaysia
- MCA Mahu Pengarah Tanda Putera Bertanggungjawab Jika Berlaku Ketegangan Kaum
- Khairy Desak Menteri Lantikan Najib Letak Jawatan
- Perhatian!! Negro Tidak Di Benarkan Tinggal Di Kondo Ini
- Ketua Wira Perkasa Belasah Najib.. Saksikanlah
- Punca Sambutan Kemerdekaan Hambar Pada Tahun Ini Tersebar
- Mukhriz Lawan Cakap Mahathir
- Senarai Nama Kongsi Gelap Akan Di Umum
Bekas Isteri Dedah Anak Taib Mahmud Kahwin Dengan Wanita Australia Dan Rusia Posted: 27 Aug 2013 09:28 AM PDT
Mahkamah Tinggi Syariah hari ini mendengar kes anak Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang dikatakan telah berlaku curang sejak dua dekad lalu. Shahnaz A. Majid, 50, berkata Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib telah membawa wanita Australia dan Rusia ke perhimpunan keluarga semasa masih ada hubungan perkahwinan. Beliau difahamkan Mahmud telah mempunyai seorang anak lelaki bersama wanita Australia itu. "Dia membawa wanita itu ke majlis perkahwinan adik perempuannya sama ada pada tahun 2000 atau 2001 di Kuching," katanya sewaktu ditanya peguam Akbardin Abdul Kader hari ini. "Nama wanita itu Louisse Hiley. Saya tidak tahu status pernikahan mereka tetapi mereka mempunyai anak bernama, Adam." Shahnaz kemudian diberitahu Hiley dan Mahmud telah berpisah dan Adam mengikut ibunya. Shahnaz adalah kakak kepada penyanyi jazz Datuk Sheila Majid telah memberi keterangan kepada mahkamah bagi mendapatkan pampasan RM300 juta dan RM100 juta tuntutan mutaah atas penceraian itu. Beliau turut meminta 50 peratus aset kepunyaan Mahmud Abu Bekir termasuk kereta mewah, beberapa rumah di luar negara, tanah di Sarawak dan pegangan saham. Kes penceraian itu mendedahkan kekayaan keluarga ketua menteri Sarawak. Dalam penghakiman itu, Shahnaz menyenaraikan tujuh kereta mewah, ribuan hektar tanah di Sarawak dan saham dalam 15 buah syarikat yang diisytihar sebagai harta sepencarian. Beliau mendirikan rumah tangga bersama Mahmud pada 9 Januari 1992 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Rayden Myura Abdul Taib Mahmud, 20. Mereka telah mendirikan rumah tangga selama 19 tahun empat bulan sebelum Mahmud memfailkan penceraian pada 11 Mei 2011. "Perkahwinan kami pada awalnya bahagia namun tidak kekal lama. Tidak lama kemudian, perkahwinan dilanda masalah kerana Mahmud gagal melunaskan tanggungjawabnya," kata Shahnaz. "Kami akhirnya berpisah kerana dilanda pelbagai masalah ekoran sifatnya yang ganas dan panas baran." Katanya, Mahmud melayannya dengan tidak adil sebagai isteri pertama. Selepas Hiley, dia berkahwin dengan perempuan Rusia. Akbardin: Bagaimana anda tahu dia berkahwin dengan wanita Rusia? Shahnaz: Saya baca sebuah artikel di majalah The Peak pada September 2010. Beliau telah ditemubual oleh majalah berkenaan dan mengakui wanita Rusia itu isterinya. Akbardin: Apa namanya? Shahnaz: Elena Vasilenko. "Dia kemudian kembali ke rumah bersama perempuan itu dan membawa anak kami keluar. Saya tidak tahu mereka telah berkahwin," katanya. Shahnaz menambah sebelum dia bercerai, Mahmud turut membawa Vasilenko ke majlis hari jadi ibunya. Pada Mac tahun ini, Mahkamah Rayuan Syariah membenarkan permohonan Mahmud bagi diadakan perbicaraan semula atas sebab kes tuntutan mutaah sebelum itu dijalankan tidak mengikut prosedur.~the malaysian insider Iklan C (ii) | ||
Anak Kunci Rezeki Langit Dan Bumi Posted: 27 Aug 2013 06:26 AM PDT Pernah seorang yang muflis mendapat keajaiban dalam masa 4 bulan. Keajaiban bagaimana dia mendapat sesuatu yang sangat diinginkan dan tak mungkin mampu diperolehnya. Selepas menghadiri Bengkel Rezeki Laa Yahtasib. Beliau mengaku yang rezekinya tidak putus-putus dan sekarang telah menjadi peniaga makanan. Seorang lelaki lain yang muflis, dalam tempoh setahun masalahnya selasai dan tidak muflis lagi. Beliau mempunyai perniagaan sendiri di Ampang. Kalau diizinkan anda akan berjumpa dengan lelaki ini sewaktu bengkel nanti. Benar, ini adalah kisah benar yang berlaku kepada peserta Bengkel Rezeki Laa Yahtasib. Anda juga mampu mendapat apa yang anda hendak, dengan izin Allah..dalam bengkel Bengkel Rezeki Laa Yahtasib anda akan diberikan kaedah mustajab ulama silam dan guru-guru pondok. InsyaAllah, hajat akan mudah tercapai dan rezeki akan mengalir tanpa putus. Datanglah ke Bengkel Rezeki Laa Yahtasib, sila klik link di bawah untuk keterangan lanjut.. | ||
Berita Gempar Buat Seluruh Rakyat Malaysia Posted: 27 Aug 2013 05:09 AM PDT Sekurang-kurangnya tiga murid bukan Islam meninggalkan SK Seri Pristana dan 10 lagi akan menyertai mereka kerana intimidasi selepas insiden makan di bilik persalinan. Tiga murid yang meninggalkan sekolah itu mendakwa mereka diintimidasi dan dibuli pihak berkuasa sekolah selepas isu murid bukan Islam diarahkan untuk makan di bilik persalinan timbul. Setiausaha Kebangaan Malaysia Tamilan Today Welfare, K Gunasegaran, berkata semua ibu bapa hilang kepercayaan kepada guru besar dan guru. "Kami tidak melihat cara lain oleh kerana murid diganggu dan dibuli di sekolah, hanya kerana ibu bapa mereka bersuara," katanya. Terdapat 25 murid bukan Islam di sekolah yang mempunyai 1,400 murid itu. Kontroversi menyelebungi warga SK Seri Pristana tercetus selepas Guneswari memuat naik gambar murid bukan Islam di SK Seri Pristana makan di bilik persalinan semasa bulan Ramadan lalu. Gambar yang disiarkannya di Facebook mengejutkan pengguna internet yang kemudian berkongsi gambar itu, dan akibatnya menyebabkan kekecohan di media sosial. Ramai yang menyokong sementara ada juga pihak yang mengkritik dan mengugutnya. Pengguna internet yang memberikan maklum balas negatif kebanyakannya membuat komen berbaur perkauman, meminta Guneswari dan ibu bapa bukan Islam yang lain menghantar anak mereka ke sekolah vernakular jika mereka tidak gembira dengan SK Seri Pristana, sekolah yang terbabit dalam kontroversi itu. Malah, guru besar Mohamad Nasir diarah mengambil cuti seminggu berikutan kontroversi tersebut. ~the malaysian insider Iklan C (ii) | ||
MCA Mahu Pengarah Tanda Putera Bertanggungjawab Jika Berlaku Ketegangan Kaum Posted: 27 Aug 2013 03:24 AM PDT MCA menggesa pengarah filem Tanda Putera, Datin Paduka Shuhaimi Baba bertanggungjawab sekiranya khalayak yang menonton filem berkenaan tidak berpuas hati dan mencetuskan ketegangan kaum. Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong (gambar) berkata, adegan sekumpulan pemuda Cina kencing di laman Menteri Besar Selangor Datuk Idris Harun akan menyebabkan penonton berasa kurang senang dan pihak penerbitan harus bersedia menerima kritikan. Wee berkata, meletakkan kesalahan sesuatu kaum dengan menggambarkan babak yang tidak tepat berhubung tragedi 13 Mei 1969 adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab. "Pihak penerbitan Tanda Putera membantutkan usaha pendamaian nasional yang dianjurkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak apatah lagi dengan sambutan hari kemerdekaan negara yang akan tiba tidak lama lagi," katanya dalam satu kenyataan hari ini. "Pengarah tidak sewajarnya menggunakan alasan sejarah bagi membuat penipuan dan kebencian antara kaum di Malaysia. Filem cereka atau berdasarkan kisah benar seharusnya boleh dibezakan oleh pengarah filem itu," katanya. Hari ini DAP menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kejadian rusuhan kaum 13 Mei 1969 dalam mesyuarat Kabinet esok. Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata filem Tanda Putera mendapat pembiayaan kerajaan bagi menerbitkan filem sejarah berlatarbelakangkan peristiwa 13 Mei namun gambaran tidak tepat mampu mencetuskan ketegangan kaum. Beliau berkata, Tanda Putera seharusnya dijadikan medan menyampaikan kebenaran dengan memaparkan peristiwa sebenar 13 Mei 1969 namun filem berkenaan memberi gambaran tidak tepat menyebabkan generasi muda terkeliru apa sebenarnya yang berlaku semasa peristiwa berdarah itu. "Shuhaimi tidak seharusnya menjadikan Tanda Putera sebagai sebuah filem pontianak yang pernah diarahkannya dahulu dengan memberi gambaran tidak tepat berhubung rusuhan kaum berkenaan kepada generasi muda. "Pengarah mesti menyenaraikan babak cereka atau peristiwa yang tidak tepat berhubung kejadian 13 Mei dalam filemnya supaya tidak terus menyelewengkan kebenaran peristiwa 13 Mei. "Perakuan ini penting kerana Shuhaimi mengakui Tanda Putera sebagai sebuah filem fiksyen yang berlatarbelakangkan peristiwa 13 Mei," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Lim berkata, berdasarkan pandangan penonton yang menonton filem berkenaan, mereka mendapati filem berkenaan terdapat unsur cereka atau kejadian tidak benar mengenai 13 Mei yang boleh memberi kecelaruan dalam masyarakat dan menyemarakkan api kebencian antara kaum. Katanya, berdasarkan pandangan mereka yang telah menonton filem itu, beberapa babak rekaan dikenal pasti antaranya beberapa pemuda kencing di tiang bendera di laman rumah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Idris Harun dan babak kekecohan di pawagam yang meminta kaum Cina meninggalkan tempat itu. ~the malaysian insider Iklan C (ii) | ||
Khairy Desak Menteri Lantikan Najib Letak Jawatan Posted: 27 Aug 2013 01:03 AM PDT Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini menjadi menteri ketiga yang mendesak supaya Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, P Wayta Moorthy untuk meletak jawatan. Menteri Belia dan Sukan itu berkata, Waytha harus menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan pendapat dan tidak berkelakuan seperti pimpinan badan bukan kerajaan (NGO) selepas menyertai kerajaan. Katanya, sekiranya wujud pertikaian maka Waytha perlu membincangkannya secara hikmah bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN). "Jika Waytha masih berkeras adalah baik beliau meninggalkan kerajaan kerana tidak wajar mempertikai tindakan polis untuk membasmi jenayah," katanya semasa sidang media hari ini. Khairy berkata, jemaah menteri mempunyai perkara yang disepakati maka perkara yang ingin dibangkitkan kepada umum harus berdasarkan kepada saluran sedia ada. Sementara itu, Datuk Seri Ali Rustam yang baru dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) turut senada dengan Khairy menggesa Waytha untuk meninggalkan kerajaan. Beliau berkata,KDN dan polis berusaha sebaik mungkin bagi menangani kes jenayah negara yang semakin berleluasa maka usaha pihak berkenaan wajar dipuji. "Saranan Waytha yang mahu penjenayah melepaskan tembakan terlebih dahulu adalah sangat tidak masuk akal. Bagaimana polis hendak memberkas penjenayah sekiranya polis ditembak terlebih dahulu," katanya ketika ditemui pemberita di Kuala Lumpur hari ini. Sebelum ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada Ahad bersetuju dengan cadangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya Waytha meletak jawatan. "Saya setuju dengan Datuk Zahid 101 peratus, kita anggota Kabinet bertanggungjawab bersama, tiada mana-mana pihak letakkan kepentingan politik melebihi pertimbangan politik kolektif. "Bersandarkan kepada emosi dalam melaksanakan sesuatu keadaan tidak melambangkan situasi dan emosi tidak menunjukkan kepimpinan yang waras," kata Hishammuddin. ~the malaysian insider Iklan C (ii) | ||
Perhatian!! Negro Tidak Di Benarkan Tinggal Di Kondo Ini Posted: 26 Aug 2013 11:32 PM PDT Datuk Abdul Rahman Dahlan (gambar) menggesa badan pengurusan kondominium di Sunway, Subang Jaya tidak menyekat anggota kaum tertentu daripada menyewa unit rumah seliaan mereka kerana ia akan menghantar isyarat salah kepada masyarakat antarabangsa mengenai industri hartanah Malaysia. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, tindakan badan pengurusan sebuah kondominium di Sunway yang mengeluarkan perintah melarang pemilik menyewakan rumah kepada warga Afrika adalah satu arahan "gila". "Anda tidak boleh menafikan sesiapa untuk membeli hartanah berdasarkan kaum. Ia gila dan tidak betul. "Jika anda mahu kata sesetengah penyewa bermasalah, jangan kaitkannya dengan latar belakang kaum mereka," katanya dalam satu sidang media selepas menyampaikan ucapan di National Housing and Property Summit. ~the malaysian insider Iklan C (ii) | ||
Ketua Wira Perkasa Belasah Najib.. Saksikanlah Posted: 26 Aug 2013 09:12 PM PDT Bersemangat betul Ketua Wira Perkasa ni membelasah Najib dalam kenyataan medianya ini.. habis segala apa yang dah dilakukan oleh Najib dipertikaikannya.. lebih dari pembangkang pulak.. Setelah lima tahun berlalu baru beliau sedar bahawa Najib telah menggadai hampir kesemua kepentingan orang Melayu hanya kerana mahu meraih undi dari kalangan bukan Melayu..
Iklan C (ii) | ||
Punca Sambutan Kemerdekaan Hambar Pada Tahun Ini Tersebar Posted: 26 Aug 2013 07:56 PM PDT Hanya beberapa hari lagi Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan negara yang ke-56. Namun, ramai masih tidak sedar kedatangan hari penting untuk negara ini. Perbincangan hangat dalam media sosial bukan untuk menambahkan semangat bagi menyambut kemerdekaan tetapi untuk mencari sebab dan alasan kenapa mereka tidak berminat untuk meraikannya. Penyokong Pakatan Rakyat (PR) berhujah, sambutan kemerdekaan sudah diculik oleh Umno dan Barisan Nasional (BN). Ia bukan lagi sambutan untuk semua rakyat Malaysia tetapi untuk mengingati perjuangan tokoh Umno dalam memperjuangkan kemerdekaan negara. Selain Malaysia, beberapa negara lain turut menyambut kemerdekaan mereka tahun ini. Antaranya ialah Singapura pada 9 Ogos, Korea Selatan (15 Ogos) dan Indonesia (17 Ogos). Hampir semua negara itu menyambut hari kemerdekaan mereka dengan meriah bahkan rakyatnya teruja sekali menunggu kedatangan hari bersejarah itu. Dua tahun lalu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu terperangkap apabila beliau cuba mengingatkan rakyat negara ini mengenai pejuang kemerdekaan negara. Usaha beliau cuba mengingatkan Malaysia bahawa Mat Indera juga pejuang kemerdekaan menerima padah. Beliau dituduh menyanjung komunis kerana Mat Indera dikaitkan dengan perjuangan komunis di negara ini. Hingga kini beliau masih lagi terikat dengan perbicaraan di mahkamah ekoran isu ini. Kepanasan isu ini sekurang-kurangnya berjaya mengingatkan rakyat bahawa kita sedang mahu menyambut hari Kemerdekaan negara pada tahun itu. Hari ini, semua senyap sepi. Tiada bendera, tiada kisah yang mengingatkan kita kepada kemerdekaan negara dan tidak ada program khusus untuk mengajak rakyat mengingati hari bersejarah ini. Mungkin kerana itu, Menteri Penerangan dan Komunikasi, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mencadangkan supaya diwajibkan memasang bendera menjelang hari kemerdekaan. "Sekarang ini kita masih belum sampai masa untuk mengenakan sebarang undang-undang kepada mana-mana premis atau bangunan kerajaan atau swasta. Sekarang ini secara sukarela. "Bagaimanapun, saya lihat masih banyak bangunan terutama milik swasta yang tidak memberi respon yang baik kerana masih banyak tidak berbuat demikian," katanya kepada pemberita pada program 'Pocket Show 2013' di Uptown Danau Kota. Tetapi itu hanya sekadar tindakan reaktioner selepas sambutan pra kemerdekaan ini hambar sahaja. Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (PR), Profesor Dr Mohammad Agus Yusof menyalahkan menteri yang menjaga hal ini. "Saya dapati tahun ini paling lembab dan lambat kita menguruskan soal mengibarkan bendera kemegahan kita. Saya kesal," katanya dalam facebooknya beberapa hari lalu. "Siapakah yang perlu kita pertanggungjawabkan dalam hal ini? Jika dahulu ada juga Datuk Seri Dr Rais Yatim yang membuat promosi mengenai hal ini, tetapi sekarang siapa? Mana menteri yang bertanggungjawab," katanya. Beliau membidas laman yang dibuat khas untuk sambutan kemerdekaan ini, www.malaysiamerdeka.gov.my yang tidak agresif dalam membuat promosi hari kemerdekaan. "Apa yang saya dapati ialah laman itu hanya sekadar menceritakan beberapa program sempena hari kemerdekaan sahaja. Kesedaran mengenai kemerdekaan negara tidak diceritakan langsung. "Mengapa tidak digunakan sejarawan negara untuk menulis atau mengisahkan sejarah kemerdekaan negara untuk tatapan anak muda kita? "Sampai satu tahap saya berfikir, adakah ini sebabnya generasi sekarang sudah tidak ambil kisah sangat sejarah negara," katanya. Menilai semua pendapat ini, selain kerajaan, rakyat Malaysia juga sebenarnya mempunyai peranan masing-masing untuk mengenang kembali sejarah perjuangan kemerdekaan di negara kita. Kalau selama ini, separuh daripada mereka mendakwa Umno men'culik' sejarah perjuangan kemerdekaan negara, bagaimana kali ini kita kemukakan, pihak lain juga turut menyumbang untuk kemerdekaan negara. Mari kita kemukakan cerita kita. Kita sudah ada media dan media kita adalah sosial media. Kita sama-sama hangatkan hari kemerdekaan kita dengan cerita kita. Selamat menyambut Hari Merdeka ke- 56. ~the malaysian insider Iklan C (ii) | ||
Posted: 26 Aug 2013 05:50 PM PDT Datuk Mukhriz Mahathir (gambar) bercanggah dengan pendirian bapanya,Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa Putrajaya mendedahkan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), sebaliknya berkata kerajaan tidak perlu bertindak demikian. Menteri Besar Kedah itu berkata, kerajaan masih belum menandatangani perjanjian tersebut dan ia tidak akan diteruskan jika memudaratkan rakyat. "Kerajaan negeri beri jaminan bahawa tidak akan ada sebarang persetujuan kalau ia (TPPA) menjejaskan Kedah khususnya dan Malaysia secara amnya. Jangan beranggapan bahawa dalam proses rundingan, seolah-olah ia (TPPA) sudah dipersetujui," katanya. "Seperti yang kita maklum dalam mana-mana rundingan sudah tentu kita kena simpan rahsia takut dibocor kepada pihak belah sana. Maklumlah dalam TPPA ini ada 12 negara terlibat dan sekarang ini banyak komen datang daripada kebocoran maklumat contohnya Wikileaks," katanya yang dipetik berkata dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah semalam. Semalam, bekas Perdana Menteri paling lama berkhidmat Dr Mahathir mencurigai rundingan TPPA oleh kerajaan serta mendesak supaya analisis kos untung rugi dibentang kepada umum untuk menilai kelebihan dan keburukan perjanjian itu. Dr Mahathir juga membidas cara kerajaan mengendalikan perjanjian tersebut kerana disifatkannya cuba merahsiakan sesuatu daripada umum. "Perbincangan pun tidak diberitahu dan dibuat secara tersorok daripada orang ramai, dirahsiakan. "Ini mesti ada perkara yang tidak diingini diketahui umum. Tetapi apa yang saya lihat, ia lebih rugi daripada untung," kata Dr Mahathir lagi semalam pada persidangan meja bulat TPPA anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) di Kuala Lumpur. Selain mengkritik perjanjian TPPA, Dr Mahathir juga menegaskan perjanjian itu jika diteruskan bakal memberi kesan buruk kepada ekonomi negara, terutama daripada segi eksport dan import negara yang boleh menyebabkan negara mengalami defisit lebih teruk. TPPA adalah inisiatif untuk membentuk satu kawasan perdagangan bebas (FTA) di kalangan 12 negara yang berjumlah 800 juta penduduk dan gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Malaysia menyertai TPPA sebagai anggota perunding penuh pada pusingan ke-3 yang diadakan di Brunei Darulssalam pada Oktober 2010 lalu, serta terbaru adalah di semasa pusingan ke-18 baru-baru ini di Kota Kinabalu. Kontroversi TPPA mendapat perhatian banyak pihak antaranya kumpulan sivil, pertubuhan bukan kerajaan dan juga parti Pakatan Rakyat (PR), hingga menyaksikan Putrajaya terpaksa membentuk Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) melibatkan keanggotan dwi partisan bagi membolehkan pembangkang mendapat penjelasan berhubung perjanjian berkenaan. PR turut membangkitkan persoalan terhadap beberapa isu dalam TPPA yang memungkinkan akan memberikan kesan negatif kepada Malaysia memandangkan perjanjian itu tidak boleh diumumkan kepada orang ramai. ~the malaysian insider Iklan C (ii) | ||
Senarai Nama Kongsi Gelap Akan Di Umum Posted: 26 Aug 2013 05:06 PM PDT Kementerian Dalam Negeri akan mengumumkan senarai nama kumpulan kongsi gelap serta jenayah yang dilakukan mereka, kata menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata ia akan diumum dalam waktu terdekat selepas proses pewartaan selesai dibuat. "Kami dah ada senarai nama kumpulan yang dikategorikan sebagai pertubuhan haram serta senarai aktiviti jenayah dilakukan," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan ahli kongres Amerika Syarikat Eni Faleomavaega di Putrajaya hari ini. Ahmad Zahid berkata langkah mendedahkan senarai itu kepada umum ialah untuk membolehkan masyarakat faham bahawa polis bersungguh-sungguh dalam usaha menangani jenayah. "Ia juga untuk membangkitkan kesedaran bahawa masyarakat perlu bersama-sama mendokong usaha polis membanteras jenayah," katanya. Menerusi senarai itu juga, beliau berkata masyarakat dapat mengetahui bahawa kegiatan kongsi gelap bukan hanya membabitkan sesuatu kaum sebaliknya melibatkan kaum-kaum lain. "Ramai yang mengatakan kongsi gelap hanya membabitkan kaum India sedangkan kongsi gelap Melayu dan Cina juga banyak," katanya. Mengenai Ops Cantas, Ahmad Zahid berkata operasi itu dijalankan di seluruh negara dan bukan hanya tertumpu di Pulau Pinang. "Tumpuan turut diberikan di seluruh negara dan polis sudah bersiap sedia untuk bertindak kerana telah menghidu beberapa lagi jenayah terancang yang akan dilakukan," katanya. Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid menjelaskan keselamatan keseluruhan rakyat lebih penting daripada menjaga jumlah mereka yang akan dikenakan pemakaian peranti pengawasan elektronik (EMD). "Dalam hal ini bukan soal hak asasi manusia tetapi bagaimana identifikasi untuk menentukan keamanan itu dapat dilaksanakan di negara kita," katanya. Beliau mengulas mengenai EMD yang akan digunakan ke atas penjenayah tertentu yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), menerima kritikan pihak tertentu. EMD bertujuan mengesan suspek jenayah terancang dan kejam bagi memastikan mereka tidak melakukan jenayah lain semasa dalam jaminan. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan