Addin |
- Bapa Altantuya Desak Pemerintah Mongolia Campur Tangan
- Penemuan Fakta Pelik Dalam Kes Altantuya
- Berita Yang Tak Di Siarkan Media Pencacai Umno..
- Pemilik 'Surau Meditasi Buddha' Sudah Insaf
- Panas!! Sirul, Azilah Bebas Pertuduhan Bunuh Altantuya
- Ketua Polis Negara Naik Angin..
- 'Dr. Mahathir Tidak Penting Dalam Hidup Saya' - Pak Lah
Bapa Altantuya Desak Pemerintah Mongolia Campur Tangan Posted: 23 Aug 2013 10:34 AM PDT "Tiba masanya pemerintah Mongolia membuat kenyataan berhubung keputusan itu."Demikian reaksi Setev Shaariibuu (gambar), bapa kepada penterjemah dan warganegara Mongolia, Altantuya. Setev yang dilaporkan sudah menjangka keputusan itu bercadang akan membawa kes anaknya ke peringkat lebih tinggi, bagi menegakkan keadilan untuk mendiang anak perempuannya itu. Menurut peguamnya, Setev mahu pemerintah Mongolia terlibat dalam urusan kes ini. "Dia akan membuat kenyataan selepas mendapat surat rasmi daripada mahkamah Malaysia atau daripada peguammnya di Malaysia Karpal Singh," katanya dipetik dari Malaysiakini. Ketika Mahkamah mengumumkan keputusan membebaskan dua bekas anggota polis yang dituduh membunuh anaknya pada Oktober 2006, Setev dilaporkan menerima berita itu dengan perasaan sedih. Hari ini, mahkamah membebaskan dua bekas komando polis selepas Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan mereka dan mengubah sabitan terhadap mereka atas tuduhan membunuh Altantuya. Panel tiga hakim iaitu Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan sebulat suara membenarkan permohonan rayuan bekas ketua inspektor Azilah Hadri dan bekas korperal Sirul Azhar Umar. Kedua-duanya sebelum ini disabitkan bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan membunuh Altantuya, 28, di hutan simpan di Shah Alam pada 2006. Mereka pada ketika itu bertugas di Unit Tindakan Khas Bukit Aman dan berada dalam pasukan keselamatan Datuk Seri Najib Razak. Najib pada ketika itu ialah timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan. Keputusan ringkas selama lima minit yang dibacakan Tengku Maimun itu, beliau berkata hakim perbicaraan gagal mempertimbangkan alibi pembelaan yang difailkan oleh Azilah. Azilah diwakili peguam Datuk Hazman Ahmad dan J Kuldeep Kumar, sementara Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Redzua Merican mewakili Sirul. Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah yang mewakili responden berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini. Sementara itu, Ketua Undang-Undang Nasional DAP, Gobind Singh Deo, berkata rayuan dibenarkan kerana kegagalan memanggil saksi material. "Bukti terkuat sepatutnya ialah siapa yang memberi arahan dan kepada siapa ia diberikan. Bolehkah Peguam Negara beritahu kami siapa orang itu?" kata Gobind dalam akaun Twitternya. Keputusan hakim itu menyebabkan Karpal Singh yang menjadi peguam pemerhati bagi pihak Setev, berkata beliau akan membuat tuntutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas pegawai khasnya, DSP Musa Safri akan disapina untuk memberi keterangan dalam tuntutan sivil yang difailkan Setev, bapa Altantuya. Peguam, Karpal Singh berkata akan mendesak tuntutan tersebut didengar tidak lama lagi. Setev memfailkan tuntutan sivil RM100 juta terhadap Abdul Razak Baginda, Azilah Hadri, Sirul Azhar Umar dan kerajaan Malaysia pada Jun 2007. Tuntutan itu ditangguhkan berikutanmemberi laluan terlebih dahulu kepada rayuan yang difailkan Azilah dan Sirul. Kedua-dua anggota polis itu dibebaskan hari ini sementara Razak yang dituduh bersubahat dengan kedua-duanya itu dibebaskan pada Oktober 2008. "Kita kini akan memanggil perdana menteri dan Musa. Musa tidak boleh bertindak sendiri," kata Karpal di Shah Alam, hari ini. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
Penemuan Fakta Pelik Dalam Kes Altantuya Posted: 23 Aug 2013 08:26 AM PDT Sepanjang tujuh tahun, tidak ada sesiapa yang bertanggungjawab terhadap kematian Altantuya Shaariibuu. Dan tidak ada siapa pun tahu mengapa si cantik warga Mongolia itu dibunuh pada Oktober 2006. Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini tidak berjaya menutup fail pembunuhan misterinya. Malahan, keputusan membebaskan bekas ketua inspektor Azilah Hadri dan bekas korperal Sirul Azhar Umar membangkitkan lebih banyak soalan. Siapa bunuh dia? Mengapa? Dia ditembak mati dan bahan letupan C-4 dikatakan digunakan untuk meletupkan mayatnya hingga berkecai, tetapi kedua-dua komando polis itu berkata mereka tidak ada akses terhadap bahan letupan itu. Jadi, apa yang berlaku? Adakah orang lain terbabit? Dia datang ke negara ini, tetapi tidak akan rekod imigresen dengan namanya. Adakah dia menggunakan pasport lain? Bolehkah pihak berkuasa menjelaskan perkara ini? Semua persoalan ini mungkin boleh terjawab jika saksi seperti DSP Musa Safri dipanggil memberi keterangan. Pihak pendakwaan tidak memanggilnya dan mahkamah rayuan hari ini membenarkan rayuan itu kerana saksi material tidak dipanggil untuk memberi keterangan, termasuk Musa. Musa mungkin boleh memberi keterangan apa yang membantu penganalisis politik, Abdul Razak yang memintanya supaya dapat mengelak diri daripada Altantuya. Penterjemah itu pernah menjadi kekasih Abdul Razak tetapi kemudian memburunya dan menyebabkan Abdul Razak terpaksa mendapatkan perkhidmatan penyiasat persendirian P Balasubramaniam untuk memerhatikan Altantuya. Apabila Altantuya muncul pada malam malang 18 Oktober 2006 itu, polis menangkapnya dan itu adalah kali terakhir wanita itu dilihat hidup. Seterusnya yang berlaku menggemparkan politik Malaysia. Abdul Razak ditahan kerana ada kaitan dengan pembunuhan itu dan kedua-dua polis komando Azilah dan Sirul kemudian didakwa atas pembunuhan Altantuya. Kaitan antara mereka ialah Musa, yang ketika itu pegawai khas kepada timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan, Datuk Seri Najib Razak. Sulaiman Daharun (bapa angkat anak Sirul) memeluk Shukri Azam (anak Sirul) di luar mahkamah. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 23 Ogos, 2013. Kini perdana menteri, Najib menafikan sebarang kaitan terhadap kes itu walaupun Abdul Razak adalah seseorang yang rapat dengannya. Adakah keputusan hari ini memberikan penutup kepadanya juga? Adakah ia juga memberikan penutup kepada Abdul Razak, yang terlebih dahulu dibebaskan dalam tuduhan bersubahat membunuh Altantuya. Beliau mengaku mengelak dan mengusir wanita itu, tetapi tidak minta kematiannya. Menariknya, pihak pendakwa tidak pernah memfailkan rayuan terhadap pembebasan Abdul Razak. Tetapi, hari ini pihak pendakwaan berkata, mereka akan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah membebaskan Azilah dan Sirul, kedua-dua tertuduh yang `disembunyikan' daripada masyarakat awam sepanjang 159 hari perbicaraan kes itu. Itu juga sekali lagi menimbulkan lebih banyak persoalan. Dan `endless possibilities'. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
Berita Yang Tak Di Siarkan Media Pencacai Umno.. Posted: 23 Aug 2013 01:59 AM PDT Bagaimana rupa bekas polis Azilah Hadri dan Siru Azhar Umar? Mengapa DSP Musa Safri tidak dipanggil memberi keterangan? Ini adalah dua soalan yang kerap ditanya di ruang siber apabila pengguna internet (netizen) memberi ulasan yang meluap-luap terhadap pembebasan dua anggota polis berkenaan daripada tuduhan membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu. Berikutan keputusan mahkamah hari ini, ada pelbagai kemungkinan yang tiada berpenghujung mengenai apa yang berlaku kepada kes Altantuya, yang meletakkan Malaysia di peta dunia atas sebab yang salah. Dan soalan yang terus berada di ruang siber, siapa bunuh Altantuya? Kebanyakan ulasan yang dibuat di talian bernada sinis dengan salah seorang netizen, Isana berkata:"Wow! Kalau begitu, Altantuya pasti masih hidup kerana tidak ada sesiapa membunuhnya. `Endless Possibilities' hanya berlaku dalam 1Malaysia." Satu lagi, Rayfire mengulas,"Ya, `Endless possibilities' untuk menipu, membunuh dah bebas! Keadilah mesti dan akan ditunjukkan oleh Yang Berkuasa." Sebahagian yang lain tertanya-tanya sama ada masyarakat akan dapat mengenali bagaimana rupa Azilah dan Sirul. "Muka mereka ditutup dari hari pertama, setiap kali mereka dibawa masuk dan keluar mahkamah," kata Mr M. "Bagaimana mereka berdua dibenarkan menutup muka mereka sejak hari pertama? Adakah itu supaya apabila mereka dibebaskan, tidak ada sesiapa yang tahu siapa mereka dan bagaimana rupa mereka? Jika mereka tidak dibebaskan sekali pun, tidak ada siapa akan tahu sama ada mereka benar-benar digantung sebab tiada yang tahu rupa mereka! *teori konspirasi*". Sebahagian yang lain meluahkan rasa kecewa terhadap sistem keadilan yang memutuskan pembebasan itu walaupun ada yang kata, itu memang dijangkakan berlaku. Netizen Angel mendakwa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sengaja tidak memanggil DSP Musa memberi keterangan di mahkamah. "Peguam negara tidak tahu bagaimana hendak mengendalikan kes itu. Dia sengaja tidak memanggil Musa Safri, pegawai khas Najib. Dia akan mengikut arahan Najib," kata Angel dalam ulasannya. Pihak pendakwa tidak memanggil Musa, perkara yang dibangkitkan dalam penghakiman Mahkamah Rayuan hari ini, bahawa `saksi material tidak dipanggil beri keterangan, termasuk Musa'. Altantuya dikatakan menjadi kekasih penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, tetapi, kemudian memburunya dan meminta komisen yang tinggi, kononnya atas bantuan membantu dalam urusan pembelian dua kapal selam untuk Malaysia. Razak kemudian mengupah penyiasat upahan P Balasubramaniam untuk memerhatikan wanita itu ketika dia datang ke Malaysia. Apabila Altantuya muncul di luar rumah Razak pada 18 Oktober 2006, polis menahannya dan itu adalah kali terakhir dia dilihat hidup. Netizen Justice Pao memberi komen:"Sungguh memalukan! Altantuya tidak dibunuh, jadi mesti dia menjerut dan menembak dirinya di belakang kepala menggunakan alat khas, kemudian guna C4 untuk meletupkan dirinya!" Seornag lagi netizen, Longjaafar dalam postingnya berkata:"Satu ketika dulu, seseorang kata Anwar Ibrahim menumbuk mukanya sendiri. Sama seperti ini, Altantuya bom dirinya." Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga terkait dalam kontroversiti itu. Satu tweet berkata,"Keputusan berunsur politik untuk melindungi Najib, Rosmah? Bekas pengawal peribadi bebas daripada pembunuhan Altantuya". Ramai netizen turut mengucapkan takziah kepada bapa Altantuya, Dr Setev Shaariibuu, yang mereka gelar sebagai `adalah lelaki paling sedih di dunia hari ini'. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
Pemilik 'Surau Meditasi Buddha' Sudah Insaf Posted: 23 Aug 2013 12:47 AM PDT Lelaki yang menjadi punca timbulnya kontroversi surau melahirkan kekesalan kerana membenarkan penganut Buddha menggunakan surau di resortnya untuk bermeditasi hingga mencetuskan kemarahan masyarakat Islam di negara ini. Syed Ahmad Salim Alkaff yang ditarik semula taraf penduduk tetapnya (PR) kerana `tidak sensitif terhadap umat Islam dan Islam' mengaku ia adalah satu kesilapan dan insaf atas apa yang dilakukannya. Warga Singapura berusia 45 tahun itu yang bercakap buat kali pertama kepada The Malaysian Insider berkata:"Ia adalah satu kesilapan dan saya menyesal melakukannya." Syed Ahmad mengendalikan resort kepunyaan keluarganya, Tanjung Sutera Resort di Sedili Besar, Kota Tinggi, sejak 1994. Pemilik resort itu ditahan minggu lalu selepas klip video berdurasi 63 saat bertajuk, "Cina Buddha sembahyang dalam surau: surau jadi tokong", menunjukkan sekumpulan penganut Buddha menggunakan surau di resort itu untuk bermeditasi, dimuat naik dalam YouTube pada 10 Ogos. Syed Ahmad pada awalnya mempertahankan tindakannya dan berkata beliau tidak fikir ia menjadi kesalahan membenarkan penganut agama lain mengguna surau. Semalam, beliau enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu itu, bimbang ia akan menyebabkan kemarahan lebih ramai orang. Beliau juga memberitahu bahawa siasatan masih berjalan. "Saya memberi kerjasama dengan pihak berkuasa dan biarlah siasatan dijalankan sebaik mungkin," katanya. Beliau, bagaimanapun, berkata kumpulan penganut Buddha yang terbabit dalam kontroversi itu ada meminta maaf kepadanya atas apa yang berlaku. "Kesalahan tetap kesalahan. Apa lagi yang boleh kita buat," katanya dan menambah beliau tidak mahu melepaskan kemarahan kepada kumpulan berkenaan. Syed Ahmad juga tidak mahu memberi maklum balas mengenai penarikan semula status PRnya. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi minggu lalu mengumumkan bahawa kementerian menarik semula status PR Ahmad berikutan isu itu. Pemilik resort itu masih boleh memasuki negara ini tetapi kini tertakluk kepada keperluan mengikut Akta Imigresen untuk membenarkan pekerja asing masuk dalam negara. Sebelum ini, Syed Ahmad juga ditahan reman empat hari oleh polis bagi membantu siasatan terhadap tuduhan mencemar tempat sembahyang. Jika didapati bersalah, Syed Ahmad boleh dipenjarakan sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya. Beliau dibebaskan atas ikat jamin polis pada 16 Ogos. Sultan Johor, Sultan Ibrahim turut memerintahkan surau itu dirobohkan sebaik saja siasatan selesai. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
Panas!! Sirul, Azilah Bebas Pertuduhan Bunuh Altantuya Posted: 22 Aug 2013 09:23 PM PDT Dua bekas komando polis bebas hari ini selepas Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan mereka dan mengubah sabitan terhadap mereka atas tuduhan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006. Panel tiga hakim iaitu Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan sebulat suara membenarkan permohonan rayuan bekas ketua inspektor Azilah Hadri dan bekas korperal Sirul Azhar Umar. Kedua-duanya sebelum ini disabitkan bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan membunuh model dan penterjemah, Altantuya, 28, di hutan simpan di Shah Alam pada 2006. Mereka pada ketika itu bertugas di Unit Tindakan Khas Bukit Aman dan berada dalam pasukan keselamatan Datuk Seri Najib Razak. Najib pada ketika itu ialah timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
Ketua Polis Negara Naik Angin.. Posted: 22 Aug 2013 06:54 PM PDT Ketua polis negara dan barisan pegawai kanannya berang dengan tindakan gengster yang seolah-olah mempersendakan pasukan pertahanan negara apabila menayang warna geng di tempat awam dan menulis nombor geng di banyak tempat menggunakan semburan cat. Mereka memang patut marah. Ini bukan Tijuana atau Sinaloa di Mexico yang membolehkan kartel dadah seperti Los Zetas mengawal semua aspek kehidupan. Ini Malaysia di mana gengster sepatutnya takut dengan geng yang lebih besar iaitu 100,000 anggota Polis Di Raja Malaysia yang gagah, memegang senjata secara sah dengan kuasa menggunakannya dan mendapat mandat untuk menjaga keselamatan negara daripada apa juga serangan. Jadi, bagaimana keadaan ini boleh berlaku? Ini adalah pertunjukan tidak tahu malu yang dilakukan ahli geng 04 selepas lima ahlinya dipercayai termasuk ketua kumpulan itu terbunuh dalam kejadian tembak menembak dengan polis di Pulau Pinang pada Selasa. Mereka memakai nombor dan warna mereka secara terbuka, membawa bendera dan menghalang lalu lintas ketika proses pengkebumian berlangsung di tengah pulau negeri itu. Dan ini bukan satu-satunya kejadian membabitkan gengster yang berlaku. Di Sentul, ahli geng 08 dua minggu lalu mengambil alih kawalan lalu lintas dan mengadakan perarakan mereka, lengkap dengan bendera. Tanya Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) dan mana-mana polis kanan bagaimana kumpulan seumpama itu begitu berani, dan mereka nampaknya akan menunding jari terhadap pemansuhan Akta Ordinan Darurat (EO), perundangan yang membenarkan tahanan pencegahan. Pemansuhan akta itu dikatakan menyebabkan pembebasan lebih 2,000 penjenayah jenayah berat kembali ke jalanan dalam negara. Dan apa yang berlaku seterusnya ialah peperangan kumpulan, meningkatkan kejadian bunuh dan tembakan. Kita sudah faham naratif itu. Sebab dan akibat. Tetapi, bagaimana mahu menjelaskan keadaan paksaan dan tidak takut terhadap pihak berkuasa, cabaran tangkap-aku-jika-kamu-berani? Penjenayah walau di dunia mana sekalipun tidak akan mengiklankan kehadiran mereka kepada polis, kecuali jika mereka percaya bahawa: 1)Pasukan polis dan agensi keselamatan lain tidak cekap. 2)Mereka mempunyai `kabel' yang cukup kuat dengan mereka yang memegang kuasa untuk dapat lepas walaupun dalam keadaan paling sukar. Maka, ditangkap dan disumbat dalam penjara hanya perkara kecil pada mereka. Menjelang pilihan raya lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) hadir di majlis makan malam di Pelabuhan Klang, dihadiri tetamu seramai satu stadium bola sepak. Antara tetamu yang hadir ialah nama-nama besar dalam dunia `underworld' Malaysia untuk menunjukkan sokongan dan perpaduan terhadap gabungan pemerintah. Jika anda seorang askar atau leftenan dalam salah satu geng ganas itu dan lihat sendiri bos besar anda boleh berlaga bahu dengan mereka yang berkuasa dan berkaitan dengan negara, tentu anda terfikir bahawa anda mempunyai rakan berkuasa di tempat yang betul. Dan melihat kepada fakta geng boleh berkembang dengan maju dalam aktiviti pelacuran, peras ugut dan dadah tanpa diganggu menguatkan lagi tanggapan bahawa mereka adalah spesis yang dilindungi. Daripada bahagian satu lagi, anggota polis biasa, detektif, penyiasat kanan, malah beberapa polis kanan di peringkat daerah pastinya tertanya-tanya sama ada perlu atau tidak mereka `mematahkan' geng terbabit selepas melihat majikan politik dan atasan mereka berkongsi roti dan berpelukan dengan bos jenayah terkenal. Kombinasi kuat menyebabkan tidak boleh disentuh dan pendekatan polis yang tidak seberapa itu menyebabkan gengster tidak takut langsung kepada pihak berkuasa dan polis sentiasa menunggu mendapat lampu hijau bagi melaksanakan operasi menentang penjenayah. Terlalu mudah? Mungkin bagi sesetengah orang. Tetapi jika difikirkan, ia lebih masuk akal berbanding asyik menyalahkan pemansuhan EO terhadap gengster Malaysia yang berani itu. Ya, pemansuhan perundangan itu meletakkan beberapa penjenayah jenayah berat di jalanan, tetapi, mengapa gengster baru di peringkat pucuk muda pun berani mengibaskan jari depan polis? ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
'Dr. Mahathir Tidak Penting Dalam Hidup Saya' - Pak Lah Posted: 22 Aug 2013 06:06 PM PDT Dalam banyak-banyak persoalan dibangkitkan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi (gambar) dalam blognya semalam, yang paling menyakitkan hati ialah: siapa hilang lima negeri kepada pembangkang? Tetapi, jangan harap serangan balas dari Abdullah. Pada ketika penyokongnya dalam Umno dan pembangkang mengharapkan perang mulut besar-besaran antara dua bekas perdana menteri itu, Abdullah mungkin tidak akan membalas. Beliau memberitahu rakan-rakan, Dr Mahathir tidak penting dalam hidupnya dan walaupun didesak penyokong, Abdullah tidak berminat untuk menyerang kembali. Kenyataan lanjut mengenai hubungannya dengan Dr Mahathir akan terdapat dalam memoir yang dijangka berada di pasaran tahun depan. Realitinya, Dr Mahathir tidak boleh menyakitkan hati Abdullah mengenai prestasi buruk dalam pilihan raya berbanding apa yang Abdullah lakukan terhadap dirinya. Pembantu dan rakan Abdullah memberitahu, bekas perdana menteri itu sering kali mengulangi bercakap mengenai keputusan Pilihan Raya 2008. Beliau tahu rakyat Malaysia memberikannya mandat terbesar dalam sejarah semasa pilihan raya pertama sebagai perdana menteri pada 2004 kerana sudah muak dengan Dr Mahathir. Abdullah masih lagi kesal kerana gagal menggunakan mandat besarnya untuk membersihkan Malaysia daripada barah zaman Dr Mahathir: rasuah berleluasa, kegagalan penswastaan, politik wang dalam Umno, pentadbiran lemah, kemusnahan institusi negara termasuk kehakiman dan polis. Di sebalik cabaran untuk melakukan perubahan, beliau ditekan oleh golongan konservatif Umno dan dihukum rakyat Malaysia dalam pilihan raya 2008 – kehilangan Perak, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan kepada Pakatan Rakyat (PR) selain majoriti tradisi Parlimen gabungan dipimpinnya buat pertama kali dalam sejarah. Jadi, tidak banyak boleh dilakukan Dr Mahathir dalam tulisan di blognya untuk menyakitkan lagi hati Abdullah. Tulisan Dr Mahathir di blognya sebagai respon kepada komen Abdullah dalam buku bertajuk, "Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia", mengenai hubungannya dengan perdana menteri paling lama berkhidmat itu. Dalam buku yang menghimpunkan koleksi rencana dan wawancara, Abdullah mengatakan jika beliau tunduk kepada tekanan Dr Mahathir untuk meneruskan projek mega, negara akan jatuh bangkrap. Beliau turut menyatakan pemimpin yang sudah bersara lebih baik senyap dan biarkan pengganti untuk memimpin dan mengubah polisi. Selepas buku itu keluar, hanya menunggu masa bila Dr Mahathir akan respon. Beliau akhirnya melakukannya semalam dengan komen sinis. "Cuba bayangkan berapa bilion ringgit akan dapat diselamatkan jika saya bersara lebih awal," kata Dr Mahathir secara sinis dalam blognya, dan menamakan beberapa projek mega yang dilaksanakannya, seperti Lebuh Raya Utara Selatan, Jambatan Pulau Pinang, KLIA, Pelabuhan Barat, Putrajaya, Cyberjaya, dan Menara Berkembar Petronas. "Kita akan duduk di atas gunung-ganang dipenuhi Ringgit. "Kerajaan yang melalui Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) adalah kerajaan yang kaya, namun amat menyedihkan rakyat tidak menghargainya. "Mereka tolak parti kerajaan, memberikan lima negeri dan satu Wilayah Persekutuan kepada pembangkang, dan majoriti kecil kepada parti," kata Dr Mahathir yang berkhidmat selama 22 tahun sebagai perdana menteri sebelum memilih Abdullah sebagai pengganti. Beliau turut menyelar Abdullah kerana membatalkan projek jambatan bengkok ke Singapura dan projek kereta api landasan berkembar. Jambatan bengkok dibatalkan selepas Peguam Negara menyatakan sesetengah perjanjian dengan Singapura menghalang Malaysia daripada sebarang tindakan unilateral membina jambatan. Keputusan Abdullah untuk tidak memberikan respon dialu-alukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri dalam beberapa mesyuarat bersama pemimpin Umno yang tidak berpuas hati menjelaskan bagaimana perang terbuka antara dua mentornya akan menyukarkan lagi keadaan politik yang sudah mencabar. Bukan semua bersetuju dengan pandangan Najib itu dengan salah seorang dari "warlord" Umno Pulau Pinang menyatakan Abdullah berhak menjawab kembali selepas diserang secara berterusan oleh Dr Mahathir sejak 2006. Tiada jaminan keenganan Abdullah untuk menjawab tulisan blog Dr Mahathir akan menyebabkan perdamaian antara dua bekas perdana menteri itu. Sebelum buku mengenai pentadbiran Abdullah itu ditrbitkan, Dr Mahathir menyalahkan Abdullah kerana membuka ruang demokrasi dan membenarkan keterbukaan, menyebabkan pembangkang menguatkan kedudukan mereka. Baginya, komen Abdullah dalam buku itu bukan sahaja mengenai serangan balas terhadapnya, tetapi mempersoalkan projek mega dan legasi sebagai orang yang bertanggungjawab membina Malaysia moden. Lebih parah lagi, komen Abdullah sebagai bekas Presiden Umno dan perdana menteri memberikan kesan besar mengenai keborosan kewangannya. Setakat ini, hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli politik pembangkang menyalahkan Dr Mahathir kerana membazir wang untuk projek meganya. Seperti yang dikatakan Ooi Kee Beng, timbalan pengarah Institut Pengajian Asia Tenggara dalam buku itu: "Projek yang beliau mulakan berdasarkan imiginasi hebatnya tidak semestinya baik untuk negara, masih terdapat kesan buruk ditinggalkan Mahathir dan apa yang Abdullah faham, tiada permaidani besar untuk menyorokkan masalah ini." ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan