Jumaat, 2 Ogos 2013

Addin

Addin


Pendedahan Rafizi.. Najib Bakal Menggelupur Lagi

Posted: 02 Aug 2013 08:06 AM PDT

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli (gambar) mahu pemimpin tertinggi negara juga wajar dipersalahkan dalam penyelewengan syarikat usahasama Felda berjumlah RM30 juta, mendakwa kerajaan cuai dan tidak teliti sebagai punca ia berlaku.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendakwa dua individu, Ketua Pegawai Eksekutif KPFQ  Foods Sdn Bhd, Datuk Sarchu Sawal dikatakan menyalahgunakan RM16.9 juta sementara Pengarah KPFQ, Datuk Tan Han Kook melesapkan RM13.1 juta.

"Saya menggesa supaya siasatan terhadap kes ini tidak dihadkan semata-mata kepada kesalahan dan penyelewengan yang melibatkan kepimpinan KPFQ Sdn Bhd.

"Tetapi perlu diluaskan kepada aspek kecuaian (negligence) dan ketidaktelitian pimpinan tertinggi negara yang terbabit supaya ada kebertanggungjawaban kerana agensi ini adalah di bawah tanggungjawab mereka," kata Pengarah Strategi PKR itu dalam satu kenyataan media hari ini.

KPFQ Foods Sdn Bhd adalah syarikat usahama (joint venture) di antara Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPFMB) dan Silver Bird Group Berhad (SBGB) yang ditubuhkan khusus untuk menjadi ejen pemasaran bagi barang makanan dan pertanian dari rancangan Felda di seluruh negara.

KPFQ diilhamkan melalui projek Gedung Makanan Negara yang dilancarkan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak oada 3 September 2009.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga mengumumkan projek Gedung Makanan Negara akan membabitkan pelaburan sebanyak RM750 juta oleh Felda dalam tempoh 10 tahun."Oleh yang demikian, kes penyelewengan dana melibatkan KPFQ Foods Sdn Bhd perlu diteliti dalam konteks pentadbiran korporat dan tata kelola yang lebih besar.

"Tambahan lagi, akhir-akhir ini banyak dana rakyat digunakan untuk membiayai projek usahasama di antara agensi kerajaan dan swasta," katanya.Paling membimbangkan Rafizi adalah kes ini mempunyai pertalian dengan Silver Bird Group Berhad (SBGB) iaitu pemegang saham terbesar dalam SBGB adalah Tabung Haji dan Tan Sri Vincent Tan.

"Ini menunjukkan bahawa SBGB adalah sebuah syarikat perniagaan yang ada hubungan yang baik dengan kerajaan," katanya.Rafizi mendakwa, kes ini adalah salah satu lagi kes wang rakyat disalahguna, mempunyai persamaan dengan skandal penternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

"Adalah amat memalukan apabila penyelewengan terkini  membabitkan dana dan kebajikan peneroka Felda, bila mana penyelewengan NFC sebelum ini  berkaitan kebajikan penternak miskin," katanya.

SPRM memulakan siasatan berikutan projek itu gagal dimulakan di sebalik `10 juta ringgit' dimasukkan oleh bank dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).Menurut penyiasat yang hadir di mahkamah semalam, Sarchu dan Tan menandatangani 47 banker's acceptance, kemudahan terpantas menyalurkan wang, ke dalam syarikat.

Kedua-dua tertuduh dikatakan menyewa syarikat untuk membekalkan makanan di bawah Projek Bekalan Makanan Nasional. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)

Prof Agus Sekolahkan Pemimpin Umno..

Posted: 02 Aug 2013 03:27 AM PDT

Saya terkejut apabila membaca kenyataan Pengerusi Umno Selangor menggesa polis menyiasat seorang ibu yang memuatnaik gambar yang menunjukkan murid SK Seri Pristina makan di bilik persalinan di bawah Akta Hasutan. Mengapa sampai begitu?

Kenapa perlu kita menyiasat beliau di bawah Akta ini? Apakah tindakan ibu murid tersebut ada sifat menghasut? Yang mustahak, adakah ini fitnah supaya rakyat saling membenci antara satu sama lain?

Pada saya, tindakan ibu yang muat naik gambar tersebut adalah untuk menyatakan perasaan tidak puas hati cara anak-anak makan dalam bilik persalinan sahaja.

Tidak ada kaitan dengan tujuan menghasut dan seumpamanya, apatah lagi melibatkan soal perkauman.

Betul ibu itu sepatutnya mengadu kepada PIBG terlebih dahulu sebagai saluran yang betul, tetapi adakah wajar untuk kita menyiasat beliau di bawah Akta Hasutan dengan tindakannya itu? Ini isu pokoknya yang perlu kita bahaskan.

Pada saya, tidak wajar untuk ibu tersebut disiasat di bawah Akta Hasutan kerana nantinya akan membuatkan rakyat takut untuk mengadu. Tetapi saya setuju jika ibu dan guru besar sekolah disiasat untuk mencari kebenaran dan keadilan kepada kedua-dua pihak.

Inilah yang meriaukan saya dengan keadaan sekarang? Mengkritik dan mengadu dianggap sebagai tidak berterima kasih, lalu keluarlah kenyataan yang pelik-pelik dari pemimpin kita.

Jika harga ayam mahal, jangan makan ayam; harga beras naik, makan ubi kayu; jika tidak puas hati dengan sistem politik negara, berhijrah ke negara lain? Pertanyaannya, apakah itu jawapan pemimpin kita kepada luahan rakyat?

Sepatutnya jawapannya mudah sahaja. Pihak berkuasa perlu menegaskan akan menyiasat aduan tersebut supaya memberi keadilan kepada semua pihak. Sepatutnya kita cari yang benar, atasi kelemahan dan kekurangan supaya murid dapat belajar dengan selesa. Jangan kita ancam aduan yang dibuat dengan Akta Hasutan?

Saya merayu supaya kita jangan hanya melihat isu kantin sekolah, isu pengetua suruh murid balik ke China dan India sebagai soal parti dan kaum semata-mata.

Kita juga perlu lihat dari aspek lain. Soal kantin misalnya, kita boleh lihat berlakunya aduan seperti ini kerana kita menghadapi masalah prasarana sekolah yang tidak mencukupi, maka ini bermakna kita perlu cari peruntukan untuk meengkapkan kekurangan ini.

Kita perlu selesaikan masalah dengan melihat kepada akar rumputnya, bukannya dengan memberi jawapan yang tidak berkaitan dengan masalah pokok.

Dalam soal pendidikan janganlah kita berpolitik 24 jam. Dalam soal perkauman dan agama, kita perlu berhati-hati dengan kenyataan.

Teringat saya kata-kata Khir Johari dulu apabila merujuk kepada hubungan antara kaum di negara kita: Cina itu ibarat pasir, India ibarat air dan Melayu ibarat simen. Apabila ketiga-tiganya digaul bersama, ia akan membentuk satu blok konkrit yang kukuh.

Apakah kenyataan Tan Sri Khir Johari 50 tahun dulu itu masih relevan lagi dengan kenyataan hubungan kaum kita hari ini? Kitalah yang menjawabnya.



Mohammad Agus Yusoff



Iklan C (ii)

Lagi Kes Tembakan Terbaru.. Sempat Memandu Ke Balai Polis

Posted: 02 Aug 2013 02:12 AM PDT


Seorang peniaga emas cedera terkena tembakan yang dilepaskan ke arahnya ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat Jalan Makmur, Pandan Indah, Selangor, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin, berkata dua lelaki menaiki motosikal Yamaha berwarna biru menghampiri kereta Toyota Camry yang dipandu peniaga itu pada jam 8.45 pagi.

"Seorang daripada lelaki terbabit melepaskan tiga das tembakan ke arah peniaga emas itu menyebabkan mangsa, Wong Foo Yui, 34, cedera di bahu," katanya.

Beliau berkata, dalam keadaan cedera, Wong memandu keretanya ke Balai Polis Pandan Indah, yang terletak kira-kira 500 meter dari tempat kejadian, untuk mendapatkan bantuan.


Amiruddin berkata, Wong yang berasal dari Jalan Klang Lama, kini dirawat di Hospital Ampang dan keadaannya dilaporkan stabil.

Kes tembak hari ini adalah yang keempat dalam tempoh lima hari minggu ini.

Isnin lalu, Pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi, 75, maut manakala isterinya, Chong Mei Kuen, 49, cedera parah ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur.

Pada 29 Julai,seorang lelaki cedera parah di paha kanan selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat simpang empat Jalan Mengkuang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Rabu lalu pula, pemandu van kilang N Jeevandran, 26, ditemui mati dengan dua kesan tembakan di atas kiri perut dan bahagian kanan bawah pinggang di persimpangan Jalan Permai Utama, Parit Buntar, Perak. ~bernama




Iklan C (ii)

Pesuruhjaya PAS Selangor Letak Jawatan?

Posted: 01 Aug 2013 11:18 PM PDT

Dua minggu lalu, Dr Rani Osman menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta tempatnya sebagai pesuruhjaya PAS Selangor digantikan orang lain.

Namun, pada 31 Julai, beliau menghantar satu lagi SMS memaklumkan beliau bersedia mengekalkan jawatan itu jika diamanahkan oleh pucuk pimpinan PAS. Ketika SMS pertama dihantar, PAS sedang hangat membincangkan isu Kota Damansara yang menghantui parti itu kerana disalahkan akibatkan kekalahan calon dipersetujui Pakatan Rakyat (PR).

Calon PAS bertanding di situ dan menyebabkan berlaku pertandingan tiga penjuru antara calon PAS, PKR dan Barisan Nasional (BN).

Hasilnya, BN menang dan PR kehilangan kerusi yang dimenanginya pada Pilihan Raya 2008 lalu.

Sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani rasa bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. Lebih pun mesyuarat demi mesyuarat, pertemuan demi pertemuan, lobi demi lobi dan sebagainya menjelang pilihan raya ke-13 lalu, amat memenatkannya.

Dr Rani tidak mengejar jawatan. Beliau menerimanya berdasarkan amanah jamaah dan tanggungjawab.

Selepas pilihan raya umum lalu - dalam satu mesyuarat dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor – nama Dr. Rani disenarai sebagai exco kerajaan negeri bersama tiga lagi pemimpin PAS.

Nama mereka dikemaskini sebelum dihantar kepada Sultan Selangor untuk pengesahan sebelum dilantik sebagai exco.

"Ketika itu, Dr Yunus Khairi gembira bukan main kerana namanya terkeluar dari senarai. Isteri beliau mengucapkan terima kasih kepada saya kerana 'memberikan' semula suaminya," kata Dr Rani ketika ditemui The Malaysian Insider di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, pada Rabu.

Keesokannya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menelefon memaklumkan senarai terkini exco Selangor yang diterima Istana. Nama Dr Rani terkeluar dari senarai itu dan nama Dr Yunus terpilih.

"Betul ke Tok Guru? Confirm ke? Presiden kata ye confirm, baru lepas bercakap dengan Tan Sri Khalid. Kau tahu apa aku buat, aku takbir," kata Dr Rani dengan penuh semangat.

Inilah cerita yang beliau kongsikan ketika ditanya - adakah beliau mahu melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor selepas tidak terpilih sebagai exco.

Bagi Dr Rani, memegang jawatan exco adalah bebanan dan bakal berhadapan pengiraan yang teruk di akhirat.

Atas sebab itulah, beliau berasa tidak mampu lagi memegang jawatan pesuruhjaya PAS negeri itu selepas Muktamar Tahunan November ini.

Pihak yang paling marah dengan tindakan Dr Rani itu ialah Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim selalu disebut beliau sebagai Presiden Kelab 52 iaitu kelab orang-orang yang rendah ketinggiannya, bawah lima kaki dua inci, sebagaimana beliau.

"Ingat anta (awak) sorang je ke yang nak letak jawatan kalau boleh. Ana pun nak, tetapi ini amanah," kata Tuan Ibrahim kepadanya.

Selepas dua minggu Dr Rani juga terfikir. Adakah Presiden PAS akan tersalah faham dengan SMS pertamanya dahulu. Beliau bimbang kalau-kalau dituduh mahu lari dari tanggungjawab.

Atas dasar itulah, beliau menghantar satu lagi SMS memaklumkan beliau sedia menerima jawatan itu jika diberikan amanah lagi.

Dr Rani dilantik menjadi Pesuruhjaya kira-kira dua tahun lalu apabila Datuk Dr Hassan Ali dipecat dari PAS awal Januari 2012.

KKetika ura-ura bertiup kencang beliau dipilih memegang jawatan itu bagi menggantikan Dr Hassan, Dr Rani berkata kepada rakannya:

"Jika aku tidak terpilih, aku akan belanja awak dua ekor kambing," katanya sebagai tanda gembira.

"Nasib kurang baik, saya terpilih. Saya pun lepaslah kambing itu," kata Dr Rani.

Dr Rani mencipta rekod tersendiri sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor. Di bawah kepimpinannya, PAS Selangor dilihat paling kuat, paling baik dan paling berjaya.

PAS Selangor mencipta sejarah tersendiri apabila menang 15 kerusi DUN dan empat kerusi Parlimen di negeri itu dalam pilihan raya ke 13 lalu.

Dalam Pilihan Raya 2008, PAS menang lapan kerusi DUN sahaja. Dengan memenangi 15 kerusi Dun, pilihan raya 2013 adalah pencapaian PAS yang terbaik di Selangor sehingga Dr Rani disebut-sebut sebagai bakal MB Selangor selepas pilihan raya umum lalu.

Dr Rani menyertai PAS pada 1999 bersama-sama dengan puluhan ribu rakyat Malaysia yang lain menyertai PAS ketika era reformasi. Dr Hassan Ali menyertai PAS sedikit lebih awal, namun dalam era yang sama.

Beberapa tahun kemudian, Dr Rani, graduan perubatan dari Mesir, dilantik sebagai Yang Dipertua PAS Kapar. Pada 2004, beliau buat pertama kali bertanding di DUN Meru tetapi kalah dengan undi lebih 5,000.

Dalam percubaan keduanya, PRU 2008, Dr Rani menang bergaya mengalahkan calon BN dengan majoriti 5,513 undi. Dalam PRU 13, beliau menang dengan majoriti lebih besar iaitu 9,079 undi.

Kini, semua ahli dan pimpinan PAS tertumpu kepada muktamar November ini. Dr Rani bakal menjadi tuan rumah kali ini kerana ia akan dilangsungkan di Shah Alam, Selangor.

Muktamar ini amat penting untuk PAS kerana, ia berjalan dalam suasana PAS berada di persimpangan.

Kira-kira 31 tahun selepas ditubuhkan pada 1951, kepimpinan Datuk Asri Haji Muda bertukar tangan pada 1982 (1951-1982) . Pada tahun itu konsep kepimpinan ulama diperkenal selepas usul mengenainya diluluskan oleh Muktamar Dewan Pemuda PAS di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Kini, pada 2013, kepimpinan ulama dalam PAS juga berusia 31 tahun (1982-2013). Apakah akan berlaku dalam muktamar yang tuan rumahnya adalah Dr Rani kali ini. Semua sedang memerhatikannya. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)

Memalukan!! Facebook Gugurkan Artikel Dr. Mahathir Kerana Rasis

Posted: 01 Aug 2013 05:49 PM PDT


Artikel yang ditulis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad digugurkan daripada laman sosial Facebook atas dakwaan menyalahi standard komuniti.

Artikel bertajuk "The Chinese Dilemma" itu digugurkan selepas pentadbir laman Facebook Dr Mahathir memuat naik artikel berkenaan yang juga boleh didapati dalam akhbar berbahasa Inggeris New Straits Times (NST).

"Kelmarin pentadbir (admin) meletakkan satu rencana yang ditulis oleh mantan Perdana Menteri kita ini bertajuk The Chinese Dillema. Artikel itu dibuang kerana melanggar community standard, kononnya. Ini bermakna ramai tersentuh dan menentang serta komplen apa yang ditulis oleh YAB Tun kepada Facebook," kata admin Facebook milik Dr Mahathir yang hanya dikenali sebagai "KN".

KN juga turut menyeru orang ramai membaca artikel berkenaan yang boleh didapati di laman web NST dan menilai sama ada artikel berkenaan benar-benar menyentuh standard komuniti atau sebaliknya.

"Anda baca sendiri di New Straits Times web edition dan tentukan sendiri sama ada ia melanggar community standard Facebook atau lebih menyerlah apa yang dipanggil "unpleasant truth," kata admin Facebook berkenaan.

Dipercayai artikel Dr Mahathir itu digugurkan setelah menerima banyak aduan menyalahi standard komuniti.

Malah, ia berkemungkinan dipercayai menimbulkan ucapan berunsur kebencian, yang mana menurut laman sosial berkenaan "menyerang individu berdasarkan kaum, etnik, asal usul, agama, seks, jantina, orientasi seksual, kurang upaya, atau penyakit."

Dr Mahathir dalam ruangan artikel beliau itu menulis komuniti China memperolehi hasilnya melalui perkongsian kuasa dalam kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, taraf kehidupan mereka juga lebih baik berbanding zaman sebelum Kemerdekaan yang ketika itu Malaysia ditadbir oleh British.

Masyarakat Cina membentuk 30 peratus daripada 28 juta populasi di negara ini.

Serangan dan kritikan terhadap sesetengah bangsa mula terbit apabila keputusan Pilihan Raya 2013 menunjukkan BN kehilangan sokongan pengundi Cina.

Akhbar Umno, Utusan Malaysia kemudiannya memaparkan tajuk muka hadapan "Apa Lagi Cina Mahu" yang mencetuskan kontroversi dan kritikan banyak pihak. ~the malaysian insider



Iklan C (ii)

Surat Terbuka Ke 2 untuk Tuan Guru Nik Aziz

Posted: 01 Aug 2013 05:24 PM PDT


Saya menekuni tulisan-tulisan 'balas' yang di buat oleh Nasrudin Hassan semalam dan yang terbaru dari Zaharudin Muhammad pada pagi ini.

Secara sepintas lalu kedua-duanya seakan memperlekehkan coretan saya buat Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz atau bahasa mudahnya, surat saya tersebut tiada nilainya dan ia 'dibakul sampahkan' oleh kedua mereka.

Namun tidak mengapa, yang pastinya semua orang baik kalangan ahli dan penyokong PAS mahupun yang bukan dapat melihat satu perkara yang pasti iaitu memang wujud puak-puak atau team yang bercakaran dalam PAS sekarang ini!

Inilah yang di bimbangi oleh saya dan rasanya inilah yang di bimbangi oleh semua ahli dan penyokong PAS dan respon mereka berdua mengiyakan perkara tersebut.

Walaupun saya di tuduh menabur fitnah dengan susunan ayat yang menarik oleh Nasrudin selaku penceramah yang hebat namun dengan penuh rendah diri dan keinsafan saya ingin meminta semua pihak berlapang dada serta membuka minda dan mata dengan seluas-luasnya berkenaan isu ini.

Yang dikatakan fitnah bertebaran, fitnah makin marak di susuli oleh pelbagai ayat-ayat Al Quran ddan hadis memperingatkan betapa bahayanya fitnah dan celakanya mereka yang menyebarkan fitnah membuatkan semua orang terlupa fitnah yang sebenarnya ialah masalah kedua-dua puak ini!

Baik dari yang di gelar ulamak mahupun profesional. Dua-dua memainkan peranan umpama api dalam sekam, tikam-menikam antara satu sama lain, dalam mesyuarat lain keluar mesyuarat lain pula halnya.

Keputusan mesyuarat belum keluar tapi 'wassup' dah lima kali pusing dunia mencari sasaran untuk di war-warkan.

Siapakah pelaku ini semua? Mereka inilah dari kalangan yang di gelar ulamak dan profesional dalam jemaah yang kita sayangi ini.

Kalau ada yang melenting marahkan saya mengaitkan Nasrudin dengan Lynas dan juga Nik Abduh dengan gaya hidupnya yang mewah tidak sebanding Tuan Guru, saya pohon kemaafanlah atas teguran tersebut tetapi saya ingin tegaskan di sini bahawa saya tidak sama sekali secara semborono menuduh atau memfitnah mereka berdua.

Walaupun Nasrudin menaip panjang berjela akan alkisah kewangan beliau dan betapa sederhananya penghidupan beliau, saya cuma mampu menggelengkan kepala membaca karangan beliau tersebut.

Saya tidak menyangka sampai begitu sekali melalutnya beliau bercerita sebegitu rupa. Bahkan pengakuan beliau jugak membuka pelbagai persolan baru bagi yang tidak tahu dan menimbulkan rasa loya di tekak mereka yang mengetahui cerita sebenar.

Cukup setakat ini berkenaan isu tersebut, insya Allah selepas raya nanti saya akan berkunjung lagi ke Beserah antaranya bagi menyambung kembali kajian tentang beberapa perkara termasuk berkenaan isu Lynas yang meruntuhkan PAS di sana dan juga isu yang melanda Umno tempohari iaitu isu lembu tetapi bukan NFC tapi lembu korban.

Dan satu lagi saya cuit beliau dengan kontraktor Lynas tetapi di jawab panjang lebar hubungan dengan Lynas.

Entahla... Justeru itu saya sekali lagi merayu kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku Mursyidul Am PAS untuk bertindak segera atas fitnah besar yang melanda jemaah sekarang ini.

Walaupun ada yang mencerca dan memaki saya atas sebab mendedahkan isu ini di khalayak umum tetapi apa pilihan lagi yang saya ada?

Saya sayangkan jemaah saya dan saya tidak peduli dari team mana sekalipun sekiranya bersalah mereka mesti di hukum dan perkara ini tidak boleh di diamkan dan menunggu sahaja perwakilan membuat keputusan pada muktamar.

Alasannya mudah, sementara menunggu sampai masa muktamar kedua-dua team ini akan terus-menerus bergerak mencari pengaruh dan membina kekuatan sendiri dan akan mengeruhkan lagi keadaan dan ukhuwwah sesama kita.

Lihat sahaja ayat Zaharudin yang terbaru ini, jelas beliau bertegas tidak akan berundur dari pendirian beliau iaitu Khalid Samad dan kumpulannya adalah pengkhianat kepada jemaah.

Dan selepas ini Khalid pula mungkin akan bertegas mempertahankan dirinya.

Jadi apa akan jadi kepada kami ahli bawahan ini? Masing-masing akan saling cantas-mencantas antara satu sama lain menjelang muktamar nanti bagi memastikan tiada seteru mereka berada pada tampuk kepimpinan akan datang.

Yang menjadi mangsanya ialah ahli bawahan dan pencinta PAS. Andai kata team Zaharudin yang menang dan menguasai kepimpinan, belum tentu mereka ini betul. Yang betulnya adalah berdasaran kepala otak mereka saja.

Begitu jugak dengan Khalid Samad dan pasukannya yang di labelkan sebagai anai-anai, anwarinas, Ikram, JIM dan sebagainya, belum tentu boleh di pakai sebenarnya.

Tetapi yang pastinya kesemua mereka adalah ahli PAS dan wajar kita mempercayai kedua-dua mereka ini mempunyai niat yang sama untuk memperjuangkan dan mempertahankan dasar dan cita-cita PAS. Cuma mungkin cara dan pendekatan yang berbeza.

Di sini perlunya Tuan Guru selaku orang tua parti yang tegas dan berwibawa untuk campurtangan segera memanggil kesemua mereka untuk bersemuka seberapa segera sebelum kawasan-kawasan sibuk bermesyuarat selepas Aidilfitri ini.

Saya mengharapkan agar janganlah kepimpinan membiarkan perkara ini semakin parah. Saya redha di tuduh pembawa fitnah dan sebagainya tetapi Allah Maha Mengetahui niat sebenar saya.

Saya bukanlah membangunkan fitnah yang tidur. Saya cuma menggerakkan orang yang tidur terlalu lena dek kerana kekenyangan berbuka tanpa menyedari api fitnah sudah memakan tilam dan bantal di bawah tiduran mereka.

Saya juga faham besarnya dosa menabur fitnah apatah lagi di malam-malam akhir Ramadan ini tetapi saya berpendirian lebih besar dosa membiarkan fitnah yang membara ini memakan ikhuwwah sesama kita tanpa bertindak apa-apa.

Sama-sama kita berdoa agar Allah memberi petunjuk kepada kita semua, semoga kita bertemu jalan pulang yang sebenarnya.

Andainya setelah di beri nasihat dan teguran ada yang masih berdegil, kita serahkan kepada Allah untuk menentukan apa yang terbaik di sisi-Nya untuk yang terlibat.


Iklan C (ii)

Mahkamah Tinggi Tiada Hak Campur Bidang Kuasa Mahkamah Syariah Dalam Kes Indira Gandhi

Posted: 01 Aug 2013 04:57 PM PDT

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menegaskan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa "Mahkamah Tinggi sivil tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah", yang memberi maksud keputusan Mahkamah Syariah tidak boleh disentuh atau digugat oleh Mahkamah sivil.

Presidennya, Musa Awang, berkata keputusan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Ipoh, Lee Swee Seng yang membatalkan pengislaman tiga anak M Indira Gandhi (gambar) dan Muhammad Ridzuan Abdullah tidak memberi kesan kepada hak penjagaan dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh pada April 2009 yang memberi hak penjagaan tiga beradik itu kepada Mohd Ridzuan.

Katanya, keputusan permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan Indira hanya menyentuh aspek prosedur yang mungkin tidak dipatuhi, tetapi tidak bermaksud pengislaman kanak-kanak itu tidak sah dari segi undang-undang dan hukum Syarak.

"Semakan kehakiman adalah daripada segi prosedur. Keputusan dibuat oleh Mahkamah Tinggi belum muktamad kerana perkara ini masih terbuka kepada rayuan dan keputusan mahkamah yang lebih tinggi.

"Saya bersetuju satu rayuan difailkan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh itu. Ini kerana dalam penghakiman itu terdapat suatu isu baru yang perlu diputuskan oleh mahkamah lebih tinggi.

"Permohonan yang difailkan Indira ialah permohonan semakan kehakiman terhadap prosedur kemasukan Islam di jabatan agama Islam, sama ada mematuhi kehendak undang-undang atau tidak," katanya dalam satu kenyataan khas kepada The Malaysian Insider.

Musa berkata, isu baru yang perlu diputuskan mahkamah lebih tinggi ialah sama ada pengislaman tiga anak berkenaan mengikut perlembagaan dan hak asasi kerana tidak dilakukan di hadapan ibu dan anak-anak.

Minggu lalu, bekas suami Indira, Muhammad Ridzuan berkata, beliau akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang membatalkan pengislaman ketiga-tiga anaknya.

Peguam kepada Muhammad Ridzuan, Hatim Musa mengesahkan menerima arahan itu daripada anak guamnya yang tidak hadir ke mahkamah ketika hakim memberikan keputusan.

Swee Seng dalam penghakimannya selama 1 jam 40 minit menetapkan perakuan memeluk Islam ke atas ketiga-tiga anak Indira Gandhi iaitu Tevi Darsiny, 16, Karan Dinish, 15, dan Prasana Diksa, 5, sebagai terbatal dan tidak sah.

Beliau berkata, pengislaman itu turut tidak mengikut Perlembagaan kerana bertentangan dengan keadilan asasi ekoran pendaftaran itu tidak dilakukan di hadapan Indira dan anak-anaknya.

Swee Seng berkata, di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 2004 menghendaki anak-anak Indira hadir untuk mengucapkan dua kalimah syahadah sewaktu pendaftaran pengislaman itu dilakukan.

Indira, seorang guru tadika, berkahwin dengan K Patmanathan kini 20 tahun dahulu mengikut ritual Hindu.

Enam tahun selepas perkahwinan, pada 11 Mac, 2009, suaminya memeluk Islam dan menukar nama kepada Muhammad Ridzuan.

Sebulan selepas itu, beliau menukar agama ketiga anak-anaknya di Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam, Ipoh, Perak.

Penukaran agama itu tanpa pengetahuan Indira.

Pada bulan sama, Mahkamah Syariah memberikan hak penjagaan ketiga-tiga anak kepadanya.

Mereka akhirnya bercerai dan suaminya mengambil anak bongsu yang berumur setahun bersamanya.

Indira kemudiannya ke Mahkamah Tinggi untuk mencabar keputusan Mahkamah Syariah yang memberikan hak penjagaan anak kepada ayah dan pada Julai 2010, beliau menang kes walaupun terdapat bantahan keras Peguam Negara.

Walaupun menang, suaminya tidak memulangkan anak perempuan bongsu mereka. ~the malaysian insider



Iklan C (ii)

Tiada ulasan: