Isnin, 19 Ogos 2013

Addin

Addin


Terima Kasih BN.. Peminjam PTPTN Bakal Di Senarai Hitam

Posted: 19 Aug 2013 10:03 AM PDT

KUALA LUMPUR 19 Ogos: KEADILAN akan memastikan kerajaan membatalkan tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melaksana Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS), kata Pengarah Strateginya, Mohd Rafizi Ramli.

Ia berikutam kenyataan Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh bahawa PTPTN akan melaksanakan CCRIS dengan kerjasama  Bank Negara bagi menyenaraihitam peminjam yang gagal membayar pinjaman.

Rafizi yang sebelum ini mengumumkan pelan Pendidikan Percuma Pakatan Rakyat berkata, tindakan itu mengakibatkan peminjam disenarai hitam daripada membuat pinjaman lain termasuk  membeli kenderaan."Saya kecam usaha PTPTN mengambil jalan CCRIS ini.

Kita akan lawan sampai PTPTN batalkan hasrat itu,"  tulisnya di Twitter malam tadi."CCRIS. Maksudnya blacklisted untuk loans dari bank kalau tidak bayar PTPTN. Nak beli motor tidak boleh," kata Rafizi yang menerima banyak pertanyaan mengenai perkara itu di Twitter.

CCRIS adalah laporan bulanan yang dihantar institusi kewangan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memaklumkan mengenai situasi ansuran ke atas pinjaman yang dilakukan pada setiap bulan dalam tahun semasa.

Semua transaksi ansuran bulanan akan dihantar ke Bank Negara untuk dijadikan sebagai rujukan institusi kewangan.

Aktiviti pembayaran yang akan direkod adalah seperti bayaran ansuran sewa beli kenderaan, ansuran pembiayaan perumahan, ansuran pinjaman peribadi (personal loan) dan ansuran kad kredit.

Sementara itu, Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Muhammad Safwan Anang menyifatkan langkah terbaru itu menambah beban anak muda terutama graduan yang masih belum mendapat pekerjaan."Ini pastinya menambah beban kami. 

Bayaran PTPTN itu sendiri mengurangkan pendapatan bulanan anak muda, apatah lagi dengan CCRIS ini menyebabkan kesukaran meminjam untuk membeli kereta dan rumah. 

Itu tidak termasuk kos sara hidup yang kian melonjak selain kadar pengangguran dalam kalangan graduan," katanya.Beliau sekali lagi menegaskan pentingnya pelaksanaan Pendidikan Percuma dan pemansuhan PTPTN sebagaimana dituntut anak muda sebelum ini.

"Kami akan membincang perkara ini dalam masa terdekat sambil meninjau respon menteri lain terutama Khairy Jamaluddin yang sebelum ini bercakap mengenai isu kebankrapan di kalangan anak muda. Apa pula responnya selepas ini," katanya lagi. ~keadilandaily





Iklan C (ii)

Nasib Pembunuh Altantuya Di Ketahui Jumaat Ini

Posted: 19 Aug 2013 09:00 AM PDT

Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan Jumaat ini berhubung nasib dua bekas anggota polis yang disabitkan kesalahan membunuh model Mongolia Altantuya Shaariibuu di hutan simpan berhampiran Shah Alam pada 2006.

Kaunsel Datuk Hazman Ahmad yang mewakili bekas polis Azilah Hadri berkata kepada The Malaysian Insider hari ini beliau dimaklumkan oleh pendaftar mahkamah rayuan berhubug tarikh keputusan tersebut.

Azilah disabitkan bersama dengan Koperal Sirul Azhar Umar oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 kerana membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja antara 19 hingga 20 Oktober, 2006.

Kedua-duanya merupakan anggota Pasukan Khas Bukit Aman, dan juga pasukan keselamatan Datuk Seri Najib Razak, yang ketika itu merupakan timbalan perdanna menteri dan juga Menteri Pertahanan.

Wakil peguam bagi Sirul, Kamarul Hisham Kamaruddin, turut mengesahkan tarikh berkenaan.

Ketika permohonan itu dibuat, Kamarul menggesa kegagalan memanggil pembantu Najib, Timbalan Superitendan Musa Safri sebagai saksi dalam perbicaraan.

Beliau berhujah Musa adalah hanya individu yang boleh mengenal pasti transaksi telefon antara dirinya dan Abdul Razak Baginda. Abdul Razak ketika itu adalah penganalisis politik untuk Najib.

Abdul Razak didakwa bersekongkol dengan dua anggota polis tersebut.Dalam afidavit jaminan yang diperolehi di Mahkamahh Tinggi, Abdul Razak menyatakan ada lebih 30 panggilan telefon dan mesej teks kepada Musa pada 19 Oktober, 2006, untuk menghentikan gangguan daripada Altantuya kepada keluarganya.

Hazman turut berkata Azilah tidak mempunyai bahan letupan dalam simpanannya. Perbicaraan mendapati Altantuya ditembak sebelum badannya diletupkan menggunakan bahan letupan C4.

Beliau berhujah saksi dalam perbicaraan mengesahkan Pasukan Khas Bukit Aman tidak menyimpan C4 dan mereka tidak terlatih untuk mengendalikan bahan letupan tesebut.

Hazman turut berkata beliau telah memfaiilkan notis alibi tidak berada di lokasi kejadian, namun hakim Datuk Mohd Zaki Yasin tidak mempercayai ceritanya.

Sementara itu, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah berkata tiada kaitan antara Najib dan juga kematian Altantuya.Beliau berkata kebetulan Abdul Razak mengenali Najib dan Musa, tidak bermakna perdana menteri mempunyai kaitan.

Rayuan didengar selama dua hari bermula 26 Jun di hadapan tiga hakim, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat.

Berdasarkan hasil rayuan tersebut, perayu dan pendakwa mempunyai peluang untuk merayu di Mahkamah Persekutuan. ~the malaysian insider





Iklan C (ii)

Rupanya Najib, Zahid Hamidi Tidak Sehaluan

Posted: 19 Aug 2013 08:12 AM PDT

Datuk Seri Najib Razak tidak bersetuju dengan desakan mengembalikan penahanan tanpa bicara untuk mengekang peningkatan jenayah kerana penambahbaikan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) wajar seiring dengan hak asasi manusia dan tahanan tanpa bicara bercanggah kerana penjenayah tidak boleh dibuktikan melakukan jenayah.

Perdana Menteri menegaskan kerajaan memandang serius peningkatan kadar jenayah dan polis sedang menanganinya menggunakan akta sedia ada.

"Kita cuba cari keseimbangan sebaik-baiknya daripada segi kesan hak asasi manusia dan kepentingan awam berdasarkan kepada hasrat kerajaan untuk menjaga kepentingan rakyat, kepentingan awam termasuk ketenteraman awam.

"Oleh itu, kerajaan sedang melihat keadaan ini supaya hak asasi individu tidak terjejas di samping kepentingan awam dilindungi," katanya ketika menjawab isu rancangan kerajaan untuk menambahbaik Akta PCA dalam sidang media di Kementerian Kewangan hari ini.

Kenyataan Najib dilihat bertentangan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan selepas pemansuhan Akta Ordinan Darurat (EO) lebih kurang 260,000 penjenayah bebas di luar sana.

Najib menekankan walaupun ketenteraman awam menjadi keutamaan, hak asasi manusia juga tidak boleh diabaikan.

"Ini adalah keseimbangan yang perlu kita capai dalam hasrat kita mewujudkan masyarakat lebih matang,"katanya. ~the malaysian insider



Iklan C (ii)

Najib Makin Berani.. Ini Buktinya

Posted: 19 Aug 2013 03:31 AM PDT

Datuk Seri Najib Razak menolak cadangan penswastaan syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS) oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang mengatakan langkah tersebut akan mengelakkan berlaku lebih banyak kerugian.

Perdana Menteri berkata langkah pemulihan yang sedang diambil sudah menampakkan hasil dan kerugian yang dialami MAS juga sudah berkurangan.

"Saya nak jelaskan bahawa MAS tidak akan diswastakan.

"Walaupun MAS masih terus mengalami kerugiaan, bagaimanapun pelan pemulihannya sudah pun menampakkan hasil dan trennya adalah jumlah kerugian sudah berkurangan," kata Najib semasa sidang media di rumah terbuka Kementerian Kewangan, Putrajaya hari ini bagi menjawab gesaan Dr Mahathir semalam.

Najib juga mempertahankan pengurusan MAS sedia ada yang disifatkannya sebagai telah menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik.

"MAS sudah pun menjadi sebuah syarikat yang disenaraikan dan dikuasai oleh Khazanah serta kepentingan awam, segala urusan dalam MAS ini berjalan seperti sebuah badan komersil mengikut prinsip-prinsip urus tadbir yang baik," tegas beliau lagi. ~the malaysian insider



Iklan C (ii)

Najib Belasah Utusan Dan Perkasa

Posted: 19 Aug 2013 01:13 AM PDT

Datuk Seri Najib Razak mempertahankan syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia yang diberi tekanan oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia dan badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), serta menegaskan tiada sekatan dikenakan kepada penjawat awam atau rakyat Malaysia untuk menggunakannya.

Perdana Menteri berkata, AirAsia juga penyumbang keuntungan kepada negara dan tindakan untuk memboikotnya bukan sesuatu yang digalakkan.

"Kita tidak boleh sekat kakitangan awam guna AirAsia. "AirAsia pun syarikat orang Malaysia dan milik rakyat Malaysia, sebahagian besar di mana keuntungan AirAsia juga keuntungan kepada negara kita," kata Najib dalam sidang media di Kementerian Kewangan apabila ditanya mengenai kakitangan awam yang menggunakan AirAsia tetapi tidak memilih syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS). ~the malaysian insider



Iklan C (ii)

DAP Dedah Tembelang Najib Dan RoS

Posted: 18 Aug 2013 10:57 PM PDT

Setiausaha Pengelola DAP, Anthony Loke (gambar) hari ini menjawab kecurigaan Datuk Seri Najib Razak dan Pendaftar Pertubuhan (RoS) berhubung dakwaan seramai 753 pewakilan parti itu tidak dimaklumkan untuk hadir pada pemilihan Disember lalu.

Beliau menjelaskan DAP sentiasa membalas surat yang diminta RoS dengan mengemukakan bukti kukuh seperti yang dipinta namun badan itu tetap meminta lebih butiran.

Katanya, pewakilan di empat kawasan iaitu Sungai Pelek, Desa Skudai, Taman Desa Dahlia dan Ladang Paroi yang dikatakan tidak menerima jemputan pada Disember lalu hadir di Pulau Pinang untuk pemilihan parti.

"Najib berbohong dan menggunakan RoS sebagai platform untuk menghancurkan DAP.

"Parti kini dalam usaha mengumpul pengakuan mereka yang tidak hadir bagi membuktikan mereka menerima jemputan pemilihan parti hujung tahun lalu," kata Anthony dalam satu sidang media di Ibu Pejabat DAP hari ini. ~the malaysian insider






Iklan C (ii)

Isu Solat Depan Tandas Selesai

Posted: 18 Aug 2013 09:16 PM PDT


Selepas berita umat Islam terpaksa solat di depan tandas di sebuah pusat perniagaan, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) mengeluarkan peruntukan RM200,000 untuk membina sebuah surau baru di situ.

Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Khair-Il Anuar Wan Ahmad berkata, selepas perbincangan dibuat, peruntukan itu akan dikeluarkan, lapor Sinar Harian.

Katanya, ia akan dilaksanakan dalam masa terdekat apabila sebut harga pembinaan surau dikeluarkan pada minggu hadapan.

Sebelum ini, Harakahdaily menyiarkan bagaimana pelanggan dan peniaga di sebuah pusat perniagaan itu terpaksa solat di depan tandas.

Ini kerana, tiada kemudahan surau di kawasan terdekat. Walaupun ada Masjid Ubudiah namun ia agak jauh untuk pelanggan dan peniaga pergi ke sana.

"Kita akan buat penelitian terhadap isu ini kerana kemungkinan sabotaj juga ada. Mungkin mereka sengaja solat di kawasan itu dan memuat naik gambar tersebut dalam laman sosial untuk beri tanggapan tertentu.

"Sebuah bilik solat ada disediakan di atas pentas dan paip air untuk berwuduk juga disediakan," katanya.

Menurut wakil rakyat itu, pihaknya akan melihat secara menyeluruh dan perancangan rapi akan dibuat bagi memastikan pembangunan di Kuala Kangsar berjalan lancar selepas ini.

"Saya harap Yang Dipertua MPKK melihat isu ini secara menyeluruh kerana kawasan ini merupakan tempat tumpuan umum," katanya.

Sabotaj?

Dalam pada itu, pihak yang membuat laporan hal ini, Mohd Farhan Madzlan menolak andaian wakil rakyat BN ini bahawa ia ada unsur sabotaj.

"Unsur sabotaj ke atau unsur RM200,000. Tiba-tiba baru nak buat surau.. orang dah start solat mengadap tandas tu dah bertahun.. siapa yang pergi ke arena square semua tahu ceritanya.. kecuali yang tak solat la," tulis beliau dalam Facebooknya.

Beliau mengulas dakwaan wakil rakyat ini yang mendakwa liputan solat depan tandas ini mungkin ada unsur sabotaj. ~sinar harian









Iklan C (ii)

Utusan Buat Onar Lagi.. Saksikanlah!!

Posted: 18 Aug 2013 05:36 PM PDT


Semalam akhbar Utusan menyiarkan satu laporan agensi berita yang bertajuk 'Pelampau punca Mesir bergolak' yang memetik kenyataan penasihat Presiden sementara Mesir, Mostafa Hegazy yang merujuk gerakan Ikhwan Muslimin yang menyertai perhimpunan pro Morsi sebagai pelampau.

Berita itu disiarkan di muka surat 20 dan juga di Utusan Online.

Oleh itu Ikatan Muslimin Malaysia menggesa akhbar Utusan agar menarik balik satu laporan berita yang disiarkan dalam akhbar itu yang mengatakan gerakan Ikhwan Muslimin sebagai pelampau yang menjadi punca pergolakan Mesir.

Setiausaha Biro Politik ISMA, Ustaz Mohd Hazizi Abdul Rahman berkata, laporan itu disifatkan sebagai laporan yang berat sebelah dan tidak benar sama sekali.

Beliau juga menggesa agar Utusan dan media tempatan lain lebih berhemah dalam membuat laporan dan tidak hanya berpandukan kepada laporan berita agensi-agensi berita barat sahaja.

Sebaliknya mengambil kira sama laporan dari media baru seperti facebook dan twitter yang mendedahkan keadaan sebenar kekejaman tentera Mesir yang telah membunuh ribuan rakyat yang tidak bersalah namun ia tidak mendapat liputan media arus perdana tempatan dan antarabangsa..

Itu pasal Utusan yang juga merupakan Lidah Rasmi UMNO, berikut pula apa yang telah dikesan sebagai berita bohong..

Laporannya mengenai gambar di bawah.. yang kononnya digambarkan sebagai apa yang berlaku pada hari Jumaat lalu.

Menurut 'Menteri Luar Mesir' pada satu sidang akhbar yang turut dihadiri oleh wartawan-wartawan akhbar luar negara, gambar di bawah ini adalah penyokong Morsi yang bersenjata..

Hakikatnya ialah yang kononnya didakwa sebagai penyokong Morsi masih memakai baju musim sejuk sedangkan sekarang musim panas di Mesir.

Jika anda cari gambar ini di laman Google, anda akan temui gambar ini dari peristiwa di Tunisia.



~anak sungai derhaka




Iklan C (ii)

Ku Li Hampir Pasti bertanding Presiden Umno

Posted: 18 Aug 2013 04:50 PM PDT

Menjelang pemilihan Umno pada 19 Oktober depan, kedudukan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah terus menjadi sebutan sama ada beliau akan bertanding jawatan Presiden Umno atau sebaliknya.

Meskipun beberapa negeri sudah membuat ketetapan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak dipertandingkan, keadaan itu sebenarnya hanya berlegar-legar di peringkat atasan sahaja.

Sebaliknya, di peringkat bahagian dan cawangan, masih kedengaran suara yang mahukan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan.

Ia bukan saja untuk menterjemahkan transformasi politik dilakukan oleh Najib yang sedia mengubah peraturan pertandingan tetapi juga untuk membuktikan amalan demokasi masih lagi subur dalam Umno.

Dengan kedudukan BN yang hanya mempunyai 133 kerusi Parlimen saja, sementara kebanyakan pemimpin Umno dilihat tidak mempunyai perubahan sikap yang ketara dengan sebahagiannya masih bersikap sombong, angkuh serta bangga diri, ramai ahli peringkat bawahan yang bimbang nasib parti itu dalam pilihan raya ke 14 nanti.

Najib pula, walaupun menerima sokongan daripada Ketua-Ketua Umno Bahagian untuk terus mengekalkan jawatannya, sikap serta pendiriannya yang tidak tegas dalam beberapa isu berkaitan Melayu dan Islam, turut menambahkan lagi kebimbangan itu.

Setelah Najib tunduk dengan beberapa desakan pembangkang seperti pemansuhan ISA, Akta Hasutan dan Ordinan Darurat serta sikapnya yang terlalu lembut terhadap tuntutan kaum lain, semakin ramai yang bimbang nasib bangsa Melayu akan lebih tertekan dalam menghadapi fasa kritikal lima tahun akan datang ini.

Dalam konteks inilah yang menyebabkan suara ke arah perubahan itu terlihat ketara. Memberi kemenangan percuma dilihat hanya akan membuatkan Najib terus selesa dengan sikapnya yang ada sekarang.

Golongan bawahan dan akar umbi juga menolak pertandingan kali ini boleh memberi membawa perpecahan kerana sebelum pilihan raya umum 2018 nanti, ada satu lagi pemilihan Umno yang harus dihadapi iaitu pada 2016. Jika mahu mengekalkan perpaduan dan memantapkan kesatuan, pertandingan 2016 itulah yang harus dielakkan manakala pertandingan tahun seharusnya dibenarkan bagi memilih pemimpin sebenar dan mengukur tahap demokrasi yang sering dipertikaikan selama sejak sistem kouta diperkenalkan.

Meskipun Muhyiddin belum mengumumkan pendirian sebenar mengenai jawatan yang bakal ditandinginya, namun ramai yang percaya beliau lebih selesa untuk kekal dengan jawatan yang disandangnya sekarang.

Di sinilah yang membuatkan nama Tengku Razaleigh muncul sebagai tokoh yang sesuai untuk mencabar Najib. Walaupun beliau dilihat agak berusia berbanding Najib, rekod cemelang dan imej bersihnya semasa berada di dalam kerajaan dulu, termasuk jasanya menubuhkan Petronas dan Bank Bumiputra, sentiasa menjadi rujukan dan sering dietakkan sebagai neraca perbandingan.

Dalam menghadapi cabaran yang seterusnya pula, Tengku Razaleigh yang popular dengan nama Ku Li juga dilihat mempunyai jiwa Melayu dan Islam yang lebih kukuh tetapi dalam masa yang sama dipercayai mampu juga menarik sokongan bukan Melayu untuk berada bersama-sama dengannya jika diberi peluang memimpin Umno.

Sehingga ini, desakan daripada seluruh seluruh negara yang mahukan beliau bertanding ternampak memberangsangkan. Pelbagai pihak dan kelompok dalam Umno yang mempunyai undi tidak putus-putus menemuinya menyatakan keperluan untuk beliau bertanding menentang Najib dan memikirkannya demi kepentingan Melayu dan Islam.

Meskipun belum ada kata putus yang keluar daripada mulutnya sama ada akan bertanding atau sebaliknya, namun desakan dan permintaan yang bertali arus mehukannya khidmatnya itu mungkin membuatkan Ku Li akhirnya akur dengan semua permintaan dan desakan itu.

Namun kesediaan Ku Li bertanding itu bukanlah semata-mata kerana jawatan tetapi lebih kepada menyahut seruan perubahan yang dikehendaki oleh peringkat akar Umno yang tidak putus-putus menemuinya sejak kebelakangan ini.

Dengan sistem baru pemilihan Umno yang tidak lagi memerlukan kouta pencalonan dan perwakilan pula diperluaskan kepada hampir 150,000 orang, walaupun Pengerusi Perhungan Umno Negeri-negeri dan Ketua Bahagian lebih cenderung menyatakan sokongan terbuka kepada Najib tetapi arus perubahan yang sedang menggelegak di peringkat bawahan Umno berikutan keputusan pilihan raya lalu dan sikap Najib sendiri yang tidak banyak berubah dalam beberapa isu, bahkan kekal dengan sikap tidak tegasnya, ia mungkin memberi ruang kepada Tengku Razaleigh.

Sebelum tarikh pendaftaran pada 28 September depan, adalah dipercayai Ku Li akan membuat pengumuman mengenai jawatan yang bakal ditandinginya dan berdasarkan permintaan yang kian meningkat terhadap khidmatnya, kemungkinan beliau akan mencabar Najib bagi jawatan Presiden Umno kali ini, sangat hampir menjadi kenyataan. ~shahbudin




Iklan C (ii)

1 ulasan:

Unknown berkata...

Apakah Anda berpikir untuk mendapatkan bantuan keuangan, Apakah Anda serius membutuhkan pinjaman mendesak, Apakah Anda berpikir untuk memulai bisnis Anda sendiri, Anda berada di utang, ini adalah kesempatan Anda untuk mencapai keinginan Anda karena kami memberikan pinjaman pribadi, pinjaman bisnis, dan perusahaan pinjaman, dan semua jenis pinjaman pada tingkat bunga 2%, kami menjamin semua klien berharga kami bahwa mereka akan mendapatkan semua pinjaman masing-masing dan menjadi tahun baru dengan senyum di wajah mereka.
Untuk informasi lebih lanjut silahkan hubungi kami sekarang melalui email {} gloryloanfirm@gmail.com

Informasi Peminjam:

Nama Lengkap: _______________
Negara: __________________
Sex: ______________________
Umur: ______________________
Jumlah Pinjaman Dibutuhkan: _______
Durasi Pinjaman: ____________
Tujuan pinjaman: _____________
Nomor Ponsel: ________

gloryloanfirm@gmail.com
Ibu Glory