Ahad, 18 Ogos 2013

Addin

Addin


"As-Sisi Itu Pengkhianat, Pembunuh, Saya Tak Akui Dia Sebagai Keluarga” - Ahli Keluarga As-Sisi

Posted: 18 Aug 2013 09:36 AM PDT


Salah seorang mangsa pembantaian tentera di Mesir pada hari Rabu (14/8/2013) dan Jumaat (16/8/2013) adalah Khalid Lutfy al-Sisi.

Siapakah beliau?Khalid adalah anak lelaki dari Ust. Hazin Luthfi Abdul Aziz Abdurrahman Assisy. "Ya, anak saya tebunuh oleh tentera," ujar Hazin.

Kepastian itu sudah diperolehinya bahawa, Khalid Lutfi memang terkorban di Rab'ah atau mungkin di Nahdhah.

"Atas dasar ini, saya tidak terima Abdel Fatah al-Sisi sebagai keluarga, kerana dia adalah penghianat, pembunuh, dan insyaAllah akan mendapatkan azab yang kekal dari Allah swt!" tutur Hazin geram di youtube.

Tak lupa, Hazin juga berdo'a semoga Allah memberikan kesabaran kepada semua rakyat Mesir dan seluruh keluarga korban yang meninggal akibat kekejaman al-Sisi.

"Kami tidak boleh tinggal diam atas keadaan ini," demikian Hazin.







Iklan C (ii)



Mahathir Tak Setuju Roboh Surau Meditasi Buddha

Posted: 18 Aug 2013 07:53 AM PDT

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan keputusan merobohkan surau kontroversi di resort Tanjung Sutera Beach Resort yang digunakan penganut Buddha untuk beribadat di dalamnya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata tindakan merobohkan surau tersebut tidak boleh dihalang kerana penduduk setempat yang mendesak supaya ia dirobohkan.

"Tapi tentang merobohkan surau, tidak tahulah."Saya mempunyai pandangan berbeza, tapi mereka mahukan ia dirobohkan... jadi baiklah untuk pihak berkuasa laksanakannya," kata Dr Mahathir dalam sidang media di rumah terbukanya di The Mines City (gambar). ~the malaysian insider



Iklan C (ii)

Mahathir Meroyan Lagi..

Posted: 18 Aug 2013 01:41 AM PDT

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata tidak mungkin rakyat dapat menikmati kesenangan hidup seperti sekarang tanpa bantuan dari parti pemerintah Umno.

Dalam surat terbukanya kepada ahli parti itu, bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata setiap orang Melayu dan penyokong Umno pasti mendapat sesuatu bagi diri mereka. 

"Katakanlah Umno tidak berjaya kerana tidak ada sokongan daripada ahli Umno, bolehkah kita merasa nikmat sebegini?" soal beliau dalam surat terbuka disiarkan oleh Mingguan Malaysia hari ini."Saya tidak fikir walau siapa pun yang memerintah orang Melayu sama baik atau lebih baik.

Kita lihat di negeri-negeri tidak diperintah Umno, keadaan orang Melayu lebih daif, sedikit nikmat mereka kecapi datangnya dari kerajaan pusat diterajui Umno," tambah beliau kepada edisi Ahad Utusan Malaysia itu.

Beliau juga turut membandingkan kerajaan diperintah Umno dengan negara lain apabila tidak ada kerajaan yang mampu menawarkan seperti mana yang parti itu beri.

"Pergilah ke negara lain yang sama miskin seperti kita dulu sama dijajah dan sekarang merdeka lihat keadaan mereka masih miskin, masih tidak bersekolah sehingga rakyat dinegara mereka terpaksa berhijrah ke Malaysia demi mencari rezeki kerana kerana kerajaan mereka tidak berjaya memajukan negara,"kata beliau lagi.

Dalam surat terbukanya kepada ahli Umno itu, Dr Mahathir berkata kerajaan yang memerintah kini lalai "memegang" kaum Melayu apabila kebanyakan ahli parti lebih berminat dalam perkara boleh memberi kepentingan kepada mereka dan bukan berkhidmat kepada rakyat.

"Semangat untuk memperjuangkan rakyat, agama dan negara telah lama hilang. Tidak ada langsung sifat setia Umno apabila kesetiaan dari kesatuan parti bertukar ke individu tertentu," katanya.

"Ahli BN dirasuah dengan wang, percutian di luar negara dan ditaja perbelanjaan umrah. Ia secara tidak langsung menyebabkan kesemua ahli Umno terlibat dalam rasuah kerana menjual undi demi wang," kata beliau merujuk kepada gabungan pemerintah Barisan Nasional.

Tegas beliau, Umno selama berdekad menjadi tulang belakang dalam mempertingatkan kehidupan kaum melayu dengan memberi keperlua asas dan peluang untuk berkembang.

"Terima saja kenyataan dan berterima kasihlah. Janganlah tahu memberi komen saja yang tidak membantu," kata Dr Mahathir.Katanya rakyat dan ahli Umno seharusnya bersyukur dan menerima kenyataan sebenar serta seharusnya tidak mengeluh kerana kononya tidak mendapat apa-apa setelah menyokong parti tersebut.

Dalam suratnya itu, Dr Mahathir turut menyelar pembangkang meraih kemenangan melalui kaum bukan Melayu bukan satu yang harus dibanggakan.

"Jika kerajaan pusat tidak diterajui Umno walaupun Melayu, mereka tidak gemar menolong Melayu kerana mereka terhutang budi kepada orang lain bukan Melayu memberi sokongan dalam pilihan raya.

"Pengalaman orang Perak semasa diperintah parti lawan boleh dijadi contoh juga di Pulau Pinang bahkan di Kelantan," kata Dr Mahathir lagi. ~the malaysian insider

Addin:

Bila manusia tak percaya qada dan qadar dari Allah SWT.. inilah akibatnya.




Iklan C (ii)

Setelah Najib Tukar Pendirian, Anak Nazri Aziz Bertukar Jadi Pegawai Khas Perlimen Padang Rengas

Posted: 18 Aug 2013 12:20 AM PDT

Anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (gambar) iaitu Nedim Mohamed Nazri yang sebelum ini disenaraikan sebagai pegawai khas kementerian itu kini bertukar menjadi pegawai khas kepada ahli parlimen Padang Rengas selepas portal rasmi kementerian dikemaskini pada 16 Ogos.

Sebelum ini, timbul kontroversi apabila portal rasmi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia menyatakan Nedim sebagai pegawai khas kepada bapanya.

Kontroversi timbul kerana ramai pihak mendakwa Nazri mengamalkan nepotisme dengan membawa ahli keluarganya bekerja di kementerian.Agensi berita nasional Bernama melaporkan semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan menteri tidak boleh mengambil ahli keluarga bertugas di kementerian.

"Ini prinsipnya, prinsipnya ahli keluarga tidak boleh ditempatkan di pejabat menteri," katanya.Najib bagaimanapun berkata tiada masalah jika seseorang menteri atau anggota pentadbiran kerajaan mengambil anggota keluarganya sebagai pembantu jika ia tidak membabitkan sebarang pembayaran gaji atau elaun oleh kerajaan.

Perubahan dalam portal rasmi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mengenai kedudukan Nedim dilihat selari dengan kenyataan Najib semalam.The Malaysian Insider melaporkan pada Rabu penjelasan Nazri bahawa Nedim tidak dibiaya oleh kerajaan. 


Menurut Nazri, gaji Nedim dibayar sendiri olehnya.Nazri menjelaskan enam pegawai lain di kementeriannya dibayar oleh kerajaan seperti Datuk Azlinda Mohd Rashad (setiausaha sulit kanan), Dr Jurij Jalaludin (setiausaha sulit), Datuk Mohamed Ismail Mohamed Othman (setiausaha politik), Ahamad Fazli Ahamad Nordin (setiausaha akhbar), Suzana Akmam Selamat Amir (pegawai tugas khas) dan Shahadan Osman (pegawai pengiring).

Nazri turut memberitahu beliau tidak akan menggugurkan jawatan anaknya semata-mata untuk menggembirakan sesetengah pihak malah kedudukan beliau dahulu sebagai peguam membuatkannya faham situasi tersebut.

Katanya, beliau boleh meletakkan sesiapa sahaja dalam kementeriannya dan gembira melantik anak sendiri sebagai pegawai khas. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)


Najib Pasti Gembira Dengan Berita Ini..

Posted: 17 Aug 2013 08:45 PM PDT


Dalam satu usaha yang dipercayai untuk menyekat Dr.Mohamad Mursi kembali ke jawatan Presiden, Kabinet Mesir telah mengeluarkan kenyataan keras menyangkut Ikhawanul Muslimin. 

Mereka mennganggap Ikhwanul sebagai organisasi yang tidak sah dan justeru itu bakal diharamkan.

Tuduhan yang diutarakan oleh Kabinet Mesir itu dilandasi oleh status Ikhwanul Muslimin sebagai organisasi pendukung Morsi dimana pemerintah baru Mesir menganggap Morsi sebagai "teroris" dan juga penjahat perang.Ketika ini, ada rancangan pembubaran Ikhwanul Muslimin. 

Menurut warta AP pada Sabtu (17/8/2013), Perdana Menteri Interim (sementara) Hazem al-Beblawi sudah secara rasmi mengajukan cadangan untuk membubarkan Ikhwanul Muslimin. "Cadangan itu kini sedang diteliti," kata juru bicara kabinet.

Ikhwanul Muslimin yang didirikan oleh Hassan al-Bana pada 1928, ketika Revolusi 2011 adalah pertubuhan yang sah. Sehingga kini, Ikhwanul Muslimin mempunyai sekitar 600,000 anggota. 

Ikhwanul Muslimin di Mesir dinilai memiliki sistem organisasi terbaik. Ikhwanul Muslimin telah berkembang dan tersebar ke beberapa negara yang berpenduduk majoriti Muslim. 

"Pihak keselamatan akan terus berjuang untuk melawan unsur yang bersangkutan dengan terorisme dan pelanggaran undang-undang. Kami akan melakukan penangkapan bagi anggota teroris yang merujuk pada organisasi Ikhwanul Muslimin," demikian bunyi kenyataan pihak Kabinet Mesir, seperti dikutip APA, Sabtu (17/8/2013).

Meskipun sudah berdiri pada tahun 1928, di Mesir, Ikhwanul Muslimin baru meluncurkan parti politik pada April 2011. Parti itu bernama Partai Keadilan dan Kebebasan. 

Pada 24 Jun 2012, selepas jatuhnya rejim Presiden Hosni Mubarak, Suruhajaya Pilihanraya Umum Mesir mengumumkan, dalam sebuah sidang konferens di Television Nasional Mesir, calon presiden dari Parti Keadilan dan Kebebasan, Muhammad Morsi, telah diisytihar menjadi orang nombor satu di Negeri Piramid tersebut. 

Terpilihnya Morsi menjadi momentum penting bagi Mesir. Soalnya, Morsi adalah presiden sivil pertama Mesir. Selama ini, bahkan tatkala monarki Mesir runtuh pada 1952, seluruh presiden Mesir mulai dari Gamal Abdel-Nasser hingga Hosni Mubarak berasal dari tentera.

Sementara itu, Ikhwanul Muslimin bersumpah untuk tetap melakukan protes damai, meskipun ratusan dari rakan mereka terbunuh akibat "pembersihan" yang dilakukan oleh pihak keselamatan. 

Ikhwanul Muslimin bersumpah untuk menjatuhkan pihak tentera yang dituduh melakukan rampasan kuasa.Selama ini, Ikhwanul Muslim yakin tergulingnya Morsi pada 3 Julai merupakan tindakan rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera. 

Untuk itu Ikhwanul Muslimin terus melakukan protes menuntut agar Morsi dikembalikan sebagai Presiden Mesir, kerana dirinya merupakan presiden pertama yang terpilih secara demokrasi.

"Kami akan terus melakuan dengan protes damai dan anti-kekerasan. Kami akan tetap kuat dan berusaha untuk memenuhi tujuan," ujar Juru Bicara Ikhwanul Muslimin Gehad El-Haddad, dalam akaun twitternya yang dikutip Associated Press, Khamis (15/8/2013). "Kami akan tetap melawan hingga kudeta militer ini jatuh," tegasnya. 




Iklan C (ii)


Tiada ulasan: