Khamis, 15 Ogos 2013

Addin

Addin


Akhirnya.. DAP Terpaksa Akur

Posted: 15 Aug 2013 08:58 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 OGOS: DAP akhirnya terpaksa akur arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) demi kepentingan serta mengelak parti diharamkan setelah keputusan pemilihan CEC sebelum ini tidak diiktiraf.

Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh dalam kenyataan medianya hari ini mengumumkan keputusan itu selepas mengadakan mesyuarat tergempar, di Ibu Pejabat parti, di sini, malam tadi.

Katanya, walaupun bantahan kuat parti terhadap arahan ROS yang tidak menepati undang-undang, DAP terpaksa akur dan memutuskan untuk mengadakan pemilihan semula CEC.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, DAP sudah jenuh berusaha bagi mendapatkan alasan dan sebab daripada segi undang-undang daripada ROS yang mengarah DAP mengadakan pemilihan semula.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga berusaha mengatur pertemuan dengan pihak ROS bagi mengadakan perbincangan tetapi tidak dilayan, bahkan permintaan DAP supaya ROS menunjukkan aduan yang dibuat juga tidak mendapat maklum balas.

Atas alasan itu, kata Karpal, CEC bagi sessi 2008-2011 akan bermesyuarat Khamis depan untuk membuat persiapan bagi mengadakan pemilihan semula itu.ROS tidak mengiktiraf pemilihan CEC DAP pada Kongres Kebangsaan Disember tahun lalu sebelum hari penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-13, Mei lalu.

Agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri itu mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula tanpa memberi alasan munasabah, kecuali memaklumkan bahawa ia tidak berpuas hati dengan penjelasan DAP berhubung kesilapan teknikal ketika mengumumkan keputusan pemilihan terbabit. ~roketkini




Iklan C (ii)

Amerika Dah Kutuk Kekejaman Mesir.. Malaysia Bila Lagi?

Posted: 15 Aug 2013 07:12 AM PDT


Ketika angka korban keganasan pasukan keselamatan Mesir terus meningkat, komuniti antarabangsa menggesa pihak yang bertelagah segera menamatkan pertumpahan darah. 

Ini termasuk Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry, Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Catherine Ashton dan Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon yang rata-rata kesal dengan tindakan keselamatan Mesir yang menggunakan pendekatan kekerasan untuk menghentikan keganasan di negara tersebut.

Seorang pegawai AS memberitahu Reuters bahawa Washington sedang mempertimbangkan untuk membatalkan dwitahunan "Star Bright" latihan ketenteraan bersama dengan Mesir, pada tahun ini selepas keganasan terbaru yang disifatkan apa yang berlaku di Mesir tidak dapat diterima. 

"Amerika Syarikat mengutuk penggunaan kekerasan terhadap penunjuk perasaan di Mesir. "Kami merakamkan ucapan takziah kami kepada keluarga mereka yang telah dibunuh, dan yang tercedera. 

Kami telah berulang kali menggesa tentera Mesir dan pasukan keselamatan untuk mencari jalan penyelesaian yang tidak memberi ancaman kepada rakyat mereka. 

"Kami juga amat menentang undang-undang Negeri Kecemasan, dan menyeru kepada kerajaan untuk menghormati hak asasi manusia seperti kebebasan berhimpun secara aman, dan proses undang-undang. 

Dunia menonton apa yang berlaku di Kaherah, " kata jurucakap White House, Josh Earnest. 

Turki yang selama ini tidak mengiktiraf kerajaan sementara Mesir turut mengutuk Kaherah kerana menggunakan keganasan bagi membersihkan kubu penyokong Mohamed Mursi dan Ikhwanul Muslimin. 

Pejabat Perdana Menteri Turki berkata, komuniti antarabangsa mesti bertindak serta-merta selepas polis mengganasi penunjuk perasaan yang menuntut Mohamed Mursi dibebas dan dikembalikan ke jawatan Presiden Mesir. 

"Komuniti antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan PBB dan Liga Arab mesti menghentikan pembunuhan beramai-ramai ini. 

Kesatuan Eropah dan beberapa negara-negara anggota kesal dengan pembunuhan yang berlaku," kata wakilnya. 

Sementara itu, Kementerian Luar Iran pula mengutuk pembunuhan beramai-ramai itu dan menggesa semua pihak menahan diri daripada terus menumpahkan darah ~sinar harian



Iklan C (ii)

PAS Anjur Himpunan Seluruh Negara Bantah Kekejaman Di Mesir

Posted: 15 Aug 2013 06:15 AM PDT


PAS menganjurkan perhimpunan seluruh negara dari Perlis hingga ke Sabah bagi mengutuk kekejaman yang sedang berlaku di Mesir sekarang.

Perhimpunan paling awal akan berlangsung 7 petang ini di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke-IV di Kota Bharu, Kelantan.

Ia diikuti dengan perhimpunan di Matin, Arau di Perlis, 8 malam ini.Mengikut sumber Ikhwan Muslimin, lebih 2,000 penyokong mereka yang berkampung di Medan Raba'ah Adawiyah terkorban digempur pihak tentera sejak pagi semalam.

Seorang peserta himpunan, Tahaluf Wathani berkata, berdasarkan kiraan jenazah yang dikumpulkan, terdapat 2,600 jenazah sehingga kini di Medan Raba'ah Adawiyah.

Selain jumlah korban itu, dianggarkan kira-kira 15,000 lagi mengalami cedera dan luka akibat serangan tersebut. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)



Ini Pendirian Najib Dalam Tragedi Syawal Berdarah Di Mesir.. Amat Menyedihkan

Posted: 15 Aug 2013 04:57 AM PDT


Aku pasti ramai yang ternanti-nanti apakah kenyataan yang akan dikeluarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak mengenai tragedi 'Syawal Berdarah' yang telah berlaku di Mesir semalam..

Apakah beliau yang juga Presiden UMNO yang kononnya memperjuangkan Bangsa dan Agama Islam akan mengutuk tindakan kejam pihak yang merampas kuasa di Mesir atau berdiam diri sahaja..

Sebelum itu kita baca dulu sebahagian dari kenyataan Presiden PAS, TG Haji Hadi mengenai tragedi ini..
Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim tentera di Mesir yang bertindak kejam dan melakukan jenayah terhadap rakyatnya sendiri sehingga menyebabkan ratusan terkorban dan ribuan cedera parah. 
PAS menyeru kepada komuniti antarabangsa termasuklah Kerajaan Malaysia supaya melaksanakan langkah drastik terhadap rejim tentera pimpinan Jeneral Abdul Fatah As-Sisi yang merampas kuasa dari rakyat Mesir itu. 
Sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Sehubungan itu, tegasnya, PAS menyeru supaya semua penyokong dan ahli PAS, dan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan ini supaya menunjukkan solidariti dengan turut sama menyertai Himpunan Munajat Perdana Sabtu ini.

Apa pula kata Ketua Umum PKR yang juga Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim?
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas sikap berdiam diri Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) berhubung konflik di Mesir yang semakin berlarutan.  
Beliau berkata, kegagalan AS dan EU merujuk konflik di Mesir sebagai rampasan kuasa, apatah lagi mengutuk tindakan itu, mencerminkan sikap double standard mereka.  
"Dengan berdiam diri apabila tentera mengeluarkan kata dua kepada Presiden Morsi, barat bersubahat.

"Kegagalan mengutuk rampasan kuasa memunculkan perbahasan tentang dasar luar barat yang tidak konsisten apabila melibatkan negara yang ditadbir pihak yang dipilih secara demokratik dan berorientasi politik Islam," tulisnya.  
Kritikan tajam itu dilontar dalam satu artikel yang ditulis Anwar bertajuk The Egyptian coup and the lessons of Turkey yang disiar laman web Aljazeera.com. 
Sepenuhnya sila baca di ( SINI

Malah Kerajaan Malaysia juga telah didesak oleh PKR supaya memutuskan hubungan diplomatik dengan rejim tentera Mesir sebagai bantahan terhadap pencabulan hak asasi dan kebebasan rakyat negara itu.

Berikut adalah kenyataan Najib mengenai apa yang berlaku di Mesir dipetik dari laman FaceBooknya oleh ABN News..
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kerajaan bimbang dengan laporan keganasan ke atas penunjuk perasaan di Mesir.  
Beliau pada masa sama meminta pihak berkuasa di negara itu supaya melaksanakan sekatan sewajarnya.   
"Sebarang korban awam adalah amat dikesali.  
"Kami menggesa semua pihak menghentikan permusuhan dengan serta merta dan berusaha mencari penyelesaian secara aman," katanya.  
Kenyataan itu disiarkan menerusi akaun Facebook beliau kira-kira 11.40 malam ini ~ ABN News

Beliau hanya melahirkan kebimbangannya mengenai insiden ini, kenyataan pula dikeluarkan dalam FaceBook miliknya dan tiada kenyataan yang mengatakan kerajaan Malaysia mengutuk serangan ini..

Kenapa Najib langsung tak berani untuk mengutuk tindakan Tentera Mesir itu agaknya?

Dalam hal ini meskipun Malaysia adalan Negara Islam yang dipimpin oleh Perdana Menteri yang berugama Islam dari Parti yang kononnya memperjuangkan Islam, kelihatan selari pendiriannya dengan Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU)..

Kenapa agaknya? Adakah Najib bersetuju dengan kekejaman yang dilakukan terhadap ummat Islam itu?

~anak sungai derhaka




Iklan C (ii)

Pairin Kitingan Bongkar Pekung BN

Posted: 15 Aug 2013 01:47 AM PDT

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan maklum tentang masalah pendatang asing di Sabah sejak 1970-an namun ditegah oleh partinya, Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (Berjaya) untuk membawa isu berkenaan kepada umum.

Beliau memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Pendatang Asing di Sabah bahawa beliau pernah ditanya oleh seorang wartawan tentang isu berkenaan pada 1977.

"Saya menjelaskan masalah itu adalah di bawah urusan kerajaan persekutuan dan merekalah yang harus menyelesaikan isu itu," jelas Pairin kepada lima panel inkuiri.

Saksi yang ke 199 itu berkata sebaik beliau pulang ke Sabah, beliau telah diingatkan oleh pemimpin atasan Parti Berjaya. Pada ketika itu, Pairin merupakan pembantu kepada setiausaha agung parti yang diketuai oleh Tan Sri Harris Mohd Salleh dan Ketua Menteri Sabah ketika itu dari 1976 hingga 1985.

"Saya tidak pasti sebab saya diperingatkan sedemikian namun difahamkan isu pendatang asing yang diberikan kad pengenalan yang kemudian diarah untuk merahsiakannya," kata ahli politik veteran itu kepada RCI. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)

Punca El-Baradei Letak Jawatan Tersebar

Posted: 14 Aug 2013 11:59 PM PDT

Naib Presiden Mesir Mohammad ElBaradei meletak jawatan pada hari Rabu. Beliau berkata beliau tidak dapat menanggung tanggungjawab terhadap satu keputusan yang tidak dipersetujuinya.

Peletakan jawatan ElBaradei diumum selepas lebih daripada dua ribu, lima ratus orang terbunuh manakala lebih sepuluh ribu cedera parah dalam tindakan keras oleh pasukan keselamatan untuk membersihkan bantahan oleh penyokong Presiden digulingkan Mohammad Mursi.

Baradei berkata "saya tidak dapat memikul tanggung jawab atas keputusan yang tidak persetujui," sambil menambah bahawa "terdapat cara yang lebih aman" untuk menyelesaikan krisis di negara ini.

Tareq Fahmy, Profesor Hubungan Antarabangsa di Universiti Kaherah, memberitahu Al Arabiya bahawa peletakan Baradei tidak akan memberi kesan kepada hala tuju politik diumumkan oleh tentera apabila pemimpin Islam yang Mursi digulingkan pada 3 Julai.




Iklan C (ii)

Gambar-Gambar Kekejaman Tentera Rejim Toghut Mesir

Posted: 14 Aug 2013 10:15 PM PDT























  Tolong sebarkan...





Iklan C (ii)

Berita Mengaibkan Ini Tidak Di Siarkan Oleh Utusan

Posted: 14 Aug 2013 08:04 PM PDT

Peningkatan kes tembakan dan pembunuhan di Malaysia membimbangkan pelabur asing mengenai kadar keselamatan negara Asia Tenggara itu dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Terdapat sekurang-kurangnya 35 kes tembakan dilaporkan di seluruh negara sejak Mei yang menyebebkan 22 orang terbunuh.

Kes pembunuhan berprofil tinggi pengasas bank Ahmad Hussain Najadi di siang hari akhir bulan lalu menarik perhatian dan memberikan isyarat kepada komuniti perniagaan kadar keselamatan tidak berada dalam keadaan baik.

Presiden Majlis Perniagaan Malaysia Kanada (MCBC), Roger Poulin berkata, peningkatan dalam jenayah ganas membimbangkan pelabur."Kami berharap kerajaan boleh mengawalnya," kata Poulin kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur minggu ini.

Bekas presiden Dewan Perniagaan Amerika Malaysia (AMCHAM), Datuk Nicholas Zefferys mengatakan ahli bimbang tetapi masih belum ditahap menarik semula pelaburan mereka di Malaysia.

"Selagi terdapat langkah berterus memerangi jenayah, saya fikir kebimbangan pelabur dapat diredakan."Keadaan buruk tetapi masih belum parah," tambah Zefferys.

Dewan perniagaan British, Jerman, Jepun dan Korea enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara ini.Ahli perniagaan daripada keempat-empat negara itu mempunyai saiz pelaburan besar di Malaysia.

Salah seorang pengarah eksekutif dari dewan perniagaan ini mengatakan beliau tidak mahu memberikan komen kerana kerjanya adalah mempromosikan pelaburan ke Malaysia dan peningkatan jenayah boleh menjejaskan pelaburan.

Pelabur melihat undang-undang sebagai salah satu ciri penting sebelum membuat keputusan melabur di sesuatu negara dan Malaysia menjadi destinasi kegemaran sejak tahun 1970-an.

Malaysia menarik pelaburan asing langsung (FDI) sebanyak RM34.8 bilion tahun lalu, tetapi jika pelabur merasakan kadar jenayah tidak terkawal, mereka mungkin akan melabur di negara lain, kata seorang pengurus dana.

"Reputasi jangka panjang Malaysia sebagai tempat selamat kepada pelabur dalam bahaya dan persepsi jenayah tidak terkawal mungkin menyebabkan pelabur memikirkan semula Malaysia sebagai destinasi pelaburan."Pihak berkuasa mesti bertindak pantas untuk memerangi peningkatan jenayah ganas," kata pengurus dana tempatan itu.

Zefferys berkata, kerajaan perlu berbuat lebih untuk menangani persepsi tiada apa-apa dilakukan untuk mengekang peningkatan jenayah."Penyiasatan berkaitan jenayah perlu melibatkan agensi kerajaan untuk menghalang kemungkinan terdapat pakatan sulit," katanya.

Polis dan ahli Parlimen kerajaan menyalahkan peningkatan keganasan terhadap pemansuhan Akta Ordinan Darurat (EO) pada 2011 yang menyebabkan 2,600 penjenayah berat dan ahli kongsi gelap bebas daripada tahanan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memansuhkan undang-undang warisan penjajah itu yang membenarkan suspek ditahan selama dua tahun tanpa bicara untuk memenuhi tuntutan hak asasi manusia.

Pengundi mengatakan jenayah dan masalah sosial adalah kebimbangan utama mereka selepas ekonomi dalam satu tinjauan terhadap 1,018 orang Disember lalu dilakukan oleh badan tinjauan bebas Merdeka Center for Opinion Research. ~the malaysian insider



Iklan C (ii)

Tiada ulasan: