Rabu, 14 Ogos 2013

Addin

Addin


Bongkar!! Nazri Aziz Lantik Anak Sebagai Pegawai Khas Di Kementeriannya?

Posted: 14 Aug 2013 10:11 AM PDT


Ini adalah website rasmi Kementerian Perlancungan dan Kebudayaan Malaysia, rujuk di sini. Jelas tertera nama anak Menteri kementerian berkenaan, Nedim bin Nazri Aziz dilantik sebagai Pegawai Khas. 

Apa rasionalnya anak sendiri dilantik sebagai Pegawai Khas kementerian. Bukankah anaknya sudah kaya raya dengan harta kekayaan dan perniagaan keluarga? Apakah rasionalnya anaknya itu menghabiskan masa dengan jawatan yang rendah dengan gaji yang tidak seberapa?

Bagaimana penyokong-penyokong Kerajaan hendak mempertahankan pemimpin-pemimpin mereka sekiranya golongan ini mementingkan nepotisme dan kronisme? 

Tidak perlu kita berkokok mengatakan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Nik Aziz dan sebagainya menaikkan anak-anak mereka sekiranya pemimpin-pemimpin UMNO dan BN sendiri melakukan sedemikan. 

Tambahan pula si anak Menteri ini memang umum sudah mengetahui berperangai "playboy" dan gambar-gambar sensasinya bertebaran di internet, lihat di sini.

Apakah tidak akan berlaku penyelewengan kuasa apabila bapa dan anak menerajui sebuah kementerian yang banyak menerima peruntukan perbelanjaan negara. 

Apakah lawatan Menteri ke mana-mana negara akan disusuli dengan Pegawai Khasnya serta artis yang tengah digila-gilakan oleh anak Menteri berkenaan iaitu Nora Danish? 

Apakah anak Menteri berkenaan berkuasa penuh di dalam kementerian seperti mana menantu seorang Mantan Perdana Menteri yang berkuasa penuh di Tingkat 4 suatu masa dulu?

~khairulryezal.blogspot.com



Iklan C (ii)

Gambar Solat Di Tandas Awam Pula Tersebar..

Posted: 14 Aug 2013 08:19 AM PDT


Aduan ini perlu di siasat.

Kenapa solat di tandas awam? Kenapa surau tidak disediakan? Apa punca disebalik kejadian ini? Susah sangat ke nak sediakan ruang solat untuk penganut muslim?

Lihat aduan kat bawah neh ;


Aku nak nasihat sikit. Ikhlas. Ini bukan posting untuk mendorong mana2 pihak menghina mana2 pihak. Agama, kaum atau apa. Ini ialah posting merungkai permasalahan timbul. Bukan ajak sesiapa pergi bergaduh dan bertumbuk sesama sendiri sebab itu tidak akan menyelesaikan masalah pokok. Sebaliknya hanya menambahkan masalah jek.

Masalah yang ada, di highlightkan untuk diselesaikan secara berhemah.

Bukan untuk dipolitikkan, atau nak menuding jari jauh sekali nak cakap aku betul dan ko salah.

Kalau nak bantu selesaikan, bantu. Kalau nak bantu dengan cara menjadi racist, maki hamun, menghina atau apa, takpela.

Kami tak perlukan orang2 macam tue.

Terima kasih ek.

~amenoworld



Iklan C (ii)

Anwar Bidas AS Dan EU, Najib Masih Menikus..

Posted: 14 Aug 2013 07:15 AM PDT


KUALA LUMPUR 14 OGOS: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas sikap berdiam diri Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) berhubung konflik di Mesir yang semakin berlarutan.

Beliau berkata, kegagalan AS dan EU merujuk konflik di Mesir sebagai rampasan kuasa, apatah lagi mengutuk tindakan itu, mencerminkan sikap double standard mereka.

"Dengan berdiam diri apabila tentera mengeluarkan kata dua kepada Presiden Morsi, barat bersubahat."Kegagalan mengutuk rampasan kuasa memunculkan perbahasan tentang dasar luar barat yang tidak konsisten apabila melibatkan negara yang ditadbir pihak yang dipilih secara demokratik dan berorientasi politik Islam," tulisnya.

Memetik Keadilan Daily, kritikan tajam itu dilontar dalam satu artikel yang ditulis Anwar bertajuk The Egyptian coup and the lessons of Turkey yang disiar laman web Aljazeera.com.

Anwar juga memetik ucapan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan di Istanbul yang mengutuk rampasan kuasa di Mesir sebagai merosakkan, tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat, negara dan demokrasi.

Kata Anwar, Erdogan tidak hanya memberi maklum balas spontan tetapi menjelaskan pengajaran dan sejarah yang diambil Turki dalam konflik yang berlaku di Mesir.

Kebelakangan ini, katanya, Turki turut berdepan usaha rampasan kuasa oleh tentera, namun rakyatnya berjuang keras mempertahan demokrasi di negara itu.

Anwar turut menggesa Barat, khususnya Amerika Syarikat mengambil tindakan bagi mengembalikan demokrasi dan hak asasi manusia, serta bukan menyokong rampasan kuasa di Mesir.

"Mereka mesti menuntut pembebasan serta-merta Presiden Morsi dan penyokongnya. 

Presiden Morsi perlu dikembalikan semula ke pejabat yang sah dan mesti segera memulakan dialog merangkumi semua pihak," katanya. ~selangorku



Iklan C (ii)


Berita Menyedihkan Dari Mesir.. Saksikanlah

Posted: 14 Aug 2013 06:00 AM PDT


450 penyokong bekas Presiden Mohamad Morsi terkorban sehingga kini manakala lebih 10,000 cedera apabila tentera dan polis Mesir menyerbu tempat perhimpunan mereka di Dataran Rabaah Adawiyah.

Selain menggunakan jentolak dan kenderaan berat yang lain, tentera memasuki kawasan perhimpunan dengan dibantu helikopter yang menembak dari udara.

Bunyi tembakan terus bergema di kawasan ini ketika ambulan tidak dibenarkan masuk untuk membawa keluar mereka yang tercedera.

Akibat daripada itu, penyokong Morsi mengisytiharkan mogok awam dan menutup pejabat awam tempat mereka bekerja di seluruh negara bergolak itu.Wisma negeri di Aswan dan Arish sehingga kini tidak beroperasi.

Orang ramai juga mula berkumpul di masjid di seluruh Kaherah termasuk di Masjid Asad Al-Furat di Dokki, Masjid Istiqomah di Giza, Masjid Fath di Ramsis dan Masjid Nour di Abbasiyah.

Mereka dijangka akan berarak ke tempat kejadian bagi membuat bantahan dan bakal menghasilkan kematian yang semakin banyak.

Siaran TV secara langsung dari Dataran Rabaah juga dihentikan manakala penembak tepat dikatakan menembak pihak yang mengambil gambar dari helikopter mereka.~the malaysian insider





Iklan C (ii)


Panggil Cina Pendatang, MCA Buat Laporan Polis Terhadap Papa Gomo

Posted: 14 Aug 2013 02:36 AM PDT

Gara-gara kenyataan melampau, Exco Pemuda MCA, Chong Sin Woon bersama rakannya membuat laporan polis terhadap penulis blog, Papa Gomo di Balai Polis Dang Wangi atas tuduhan sengaja mencetuskan sentimen perkauman.

Ketua Pemuda Biro Pendidikan Pemuda MCA itu, berkata tindakan Papa Gomo memanggil masyarakat Cina sebagai 'Pendatang" yang diletakkan di laman Facebook penulis blog itu disifatkan melampau.

"Kita mahu polis mengambil tindakan tegas terhadap Papa Gomo dan mendakwa beliau mengikut Akta Hasutan. Malah bukan kepada dia saja tetapi siapa pun yang sengaja mancetuskan ketegangan kaum di negara ini harus disiasat,"katanya seperti dilaporkan akhbar China Press, hari ini.

Chong berkata, jika kerajaan tidak mengambil tindakan tegas terhadap isu yang membabitkan sensiviti kaum, dan membiarkan pihak tidak bertanggugjawab terus menyebarkan fitnah maka ia tidak mendatangkan kebaikan kepada keharmonian negara ini.

Meskipun identiti Papa Gomo ini masih terus menjadi misteri namun, beliau berharap polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dapat melakukan siasatan dan mendedahkan hal ini.

Katanya, isu membabitkan perkauman semakin tegang apabila berakhirnya Pilihan Raya Umum lalu ekoran dari keputusan majoriti kaum Cina yang beralih kepada Pakatan Rakyat.

Ia menyebabkan parti Melayu, Umno menuduh masyarat Cina sebagai pembelot.

Dalam masa sama, Chong juga menegaskan pelaksanaan perlu diambil ke atas mereka yang mencabar undang-undang negara ini.

Katanya, setakat ini pihaknya sudah mengumpul bukti untuk dikemukakan ke mahkamah bagi negeri Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.

Selain dari menggelarkan kaum Cina sebagai pendatang, Papa Gomo turut didakwa menulis kenyataan seperti "Kita Melayu patut bersatu menentang Cina", "Cina harus balik ke negara China" dalam laman Facebooknya. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)

Mahkamah Tolak Permohonan Peguam Negara

Posted: 14 Aug 2013 12:26 AM PDT

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan pejabat Peguam Negara bagi penangguhan perintah pembebasan seorang anak VIP dari Iran, selepas memutuskan bahawa tiada keadaan khas yang dikemukakan di mahkamah untuk memudahkan Jabatan Imigresen menahan lebih lanjut lelaki itu, yang dikehendaki oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat.

Hakim Datuk Mohd Azman Husin dalam keputusan ringkasnya berkata Seksyen 311 Kanun Prosedur Jenayah dan Seksyen 57 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang digunakan pejabat Peguam Negara untuk menyokong permohonannya tidak terpakai dalam perkara ini.

Keputusan Mohd Azman dibacakan oleh Penolong Pendaftar Nooraini Yusof di mahkamah terbuka.

Memberi respons segera terhadap keputusan itu, Peguam Kanan Persekutuan Mohd Duzuki Mokhtar memberitahu pemberita bahawa beliau akan mendapatkan arahan pejabat Peguam Negara sama ada untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan hari ini dan mengesahkan bahawa Sajad Farhadi, 34, masih ditahan di Pusat Tahanan Imigresen di Putrajaya.

Beliau berkata, tiada tarikh ditetapkan oleh Mahkamah Persekutuan mengenai rayuan oleh Kementerian Dalam Negeri dan tiga lagi terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 2 Ogos yang membenarkan writ habeas corpus dalam membebaskan Sajad.

Sementara itu, peguam Sajad, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, berkata Jabatan Imigresen menahan Sajad kerana pelanggaran syarat visa dan tempoh tahanan remannya dijangka berakhir esok.

"Kami akan tunggu beberapa hari lagi sama ada Sajad akan ditahan lebih lanjut sebelum kami memutuskan sama ada untuk mengenakan prosiding menghina mahkamah terhadap jabatan itu," katanya.

Pada 11 November tahun lalu, Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan pendakwaaan untuk memudahkan Kementerian Dalam Negeri mengekstradisi Sajad ke Amerika Syarikat.

Sajad dikehendaki pihak berkuasa Amerika Syarikat terhadap lebih 30 tuduhan melanggar sekatan perdagangan terhadap Iran, pemalsuan dan penyeludupan barangan di daerah utara California.

Dalam membenarkan permohonan habeas corpus pada 2 Ogos, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa perintah yang dikeluarkan Mahkamah Rendah dan waran pemenjaraan di bawah Seksyen 20 Akta Ekstradisi 1992, tidak dilaksanakan dengan undang-undang dan oleh itu Sajad akan dibebaskan segera. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)

Asia Sentinel Dedah Punca Najib Beria-Ria Mahu Bergabung Dengan Anwar

Posted: 13 Aug 2013 10:54 PM PDT

Selepas penat berkempen untuk pilihan raya kecil demi pilihan raya kecil pasca PRU 2008 lalu, akhbar Siasah menerbitkan satu laporan utama di muka depannya bertajuk "Negara Tanpa Pembangkang".

Ia adalah laporan kepada satu temuramah khas yang dibuat dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di bangunan Parlimen Malaysia.

Ketika itu, Abdul Hadi mencadangkan supaya dibentuk sebuah'kerajaan perpaduan'.

"Kerajaan ini adalah kerajaan tanpa pembangkang dan dibentuk dengan pembabitan semua parti politik yang ada dan bekerja untuk kepentingan negara.

"Beliau mencadangkan kerajaan perpaduan Habibie di Indonesia selepas kerajaan Suhartoe berjaya dijatuhkan, dijadikan contoh," lapor muka depan Siasah ketika itu.

Namun cadangan Abdul Hadi itu mendapat tentangan dari dalam PAS sendiri dan ia dilebelkan sebagai usaha untuk menyatukan PAS dan Umno atas nama kepentingan Melayu dan Islam.

Ia berdasarkan senario politik ketika itu yang memperlihatkan ada sesetengah pihak dalam kepimpinan PAS mahu membentuk kerajaan bersama antara Umno dan PAS. Namun kini pemimpin begini tidak ada lagi dalam PAS.

Namun begitu, sehingga kini, ada pihak dalam PAS terus memomokkan idea ini dan golongan yang menyokongnya dilebelkan sebagai 'geng kerajaang perpaduang'.

Ini kerana, ramai pemimpin PAS dari Terengganu dilebelkan sebagai pendokong idea ini.

Padahal, kenyataan Presiden PAS ketika itu jelas, kerajaan perpaduan ini hendaklah membabitkan semua pihak antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Kini slogan kerajaan perpaduan bergema lagi. Kali ini idea dan cadangannya dikatakan datang dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau menghantarkan mesej melalui wakilnya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Semalam, Anwar melalui Asia Sentinel mengesahkan perkara ini.

Latar belakang kerajaan perpaduan kali ini agak berbeza. Ia berupa tawaran Najib kepada Anwar untuk membentuk kerajaan bersama dengan cara membawa Anwar dan penyokongnya ke dalam kerajaan.

Menurut pemimpin PKR, Najib menawarkan Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri di samping empat pemimpin kanan PKR akan menjadi menteri.

"Datuk Seri Anwar menolak cadangan ini kerana tidak mahu meninggalkan rakan-rakannya dalam Pakatan," kata Datuk Saifudin Nasution Ismail dalam satu pertemuan dengan The Malaysian Insider sebelum cuti hari raya lalu.

Menurut Saifudin, Najib cuba untuk bertemu Anwar dalam lawatan kedua-duanya ke Indonesia pertengahan Jun lalu, namun Anwar mengelaknya.

"Anwar sampai ke Indonesia beberapa hari sebelum Najib. Sepatutnya mereka berjumpa di lapangan terbang apabila Anwar mahu pulang ke Malaysia dan Najib baru tiba ke Indonesia.

"Namun KU (Ketua Umum, gelaran pemimpin PKR kepada Anwar), mengelak dengan memasuki kapal terbang awal 15 minit dari jadual," kata Saifudin.

Kenapa Najib perlukan kerajaan perpaduan dengan Anwar?

Bagi Asia Sentinel,"Ia adalah usaha Najib untuk membuka gelanggang baru melawan Mahathir, yang banyak membiarkan blogger kawalannya menyerang perdana menteri yang cedera itu."

Ringkasnya, Najib perlukan bantuan untuk mempertahankan kedudukannya dari terus diserang oleh Tun Dr Mahathir yang sentiasa tidak berpuashati dengan Perdana Menteri yang menggantikannya.

Sebelum ini Tun Abdullah menjadi mangsa. Kini giliran Najib pula. Jadi sebelum diserang lebih teruk, Najib boleh berkata, "Saya ada opsyen lain."

Apa pula kata orang ramai terhadap gagasan ini?

Ketika idea ini dibawa oleh Presiden PAS selepas pilihan raya umum 2008 lalu, sebahagian pemimpin PAS menolak idea ini.

Bagi mereka, ia umpama membawa ambulan untuk menyelamatkan kerajaan BN yang hampir mati. Ini kerana ketika itu ramai yakin kerajaan BN akan berjaya dijatuhkan dalam pilihan ke 13.

Namun kini, ada pula yang terfikir, apa salahnya ditubuhkan kerajaan perpaduan. Pilihan raya sudah kalah walaupun mendapat undi popular 52 peratus. Petisyen juga gagal dan disekat di tengah jalan.

"Baik kita berusaha dari dalam pula," kata seorang penerbit buku yang banyak menerbitkan buku pro Pakatan Rakyat di ibu negara.

Pihak yang terasa diserang 'agenda kerajaang perpaduang' dulu sudah tentu tidak senang dengan idea ini. Bagi mereka, kenapa ketika Abdul Hadi membawanya diserang tetapi bila Anwar Ibrahim pula terbabit, ia disokong pula.

Oleh kerana ia hanya baru berada di peringkat permulaan, masih terlalu awal untuk menentukan ke mana hala tuju kerajaan perpaduan Najib dan Anwar Ibrahim ini selepas gagalnya kerajaang perpaduang yang dibawa Abdul Hadi sebelum ini. ~the malaysian insider





Iklan C (ii)

Dalang Sebenar Kerajaan Perpaduan Najib - Anwar Terbongkar

Posted: 13 Aug 2013 09:09 PM PDT

Rundingan perdamaian yang dikemukakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membentuk kerajaan perpaduan digerakkan oleh seorang setiausaha politik dan ahli perniagaan terkemuka dari Indonesia tanpa pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menurut satu sumber dari Barisan Nasional (BN).

Sumber memberitahu The Malaysian Insider, rundingan itu tidak mendapat persetujuan pemimpin tertinggi meskipun Anwar mengesahkan kepada portal berita Asia Sentinel bahawa bekas naib presiden Indonesia, Jusuf Kalla bertindak sebagai orang tengah.

"Ia dimulakan oleh seorang setiausaha politik dan ahli perniagaan terkenal Indonesia. Mereka mengambil berat terhadap masa depan Malaysia," jelas sumber berkenaan.

Sumber lain mengesahkan rundingan itu manakala satu sumber dari Pakatan Rakyat (PR) memberitahu butiran rundingan itu hanya diketahui oleh Ketua Umum PKR.

The Malaysian Insider dimaklumkan kemungkinan pertemuan di antara Najib dan Anwar pada Jun lalu di Jakarta namun dinafikan oleh kedua-dua pemimpin itu.

Namun Anwar baru-baru ini mengakui ada usul perdamaian yang dikemukakan Najib selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) selepas BN menang 133 kerusi Parlimen kurang lapan kerusi berbanding PRU12.

PR mendapat undi popular 51 peratus namun gagal menawan Putrajaya, yang mengandaikan ada perbincangan kerajaan perpaduan sebulan selepas PRU13.

Dalam wawancara bersama Asia Sentinel, Anwar berkata usaha perdamaian diusulkan Najib namun beliau menyampaikan mesej melalui pengantara bahawa serangan Utusan Malaysia kepada kaum Cina dan India harus dihentikan sebelum apa-apa rundingan dibuat.

Anwar mengenakan syarat bagi mengurangkan ketegangan kaum di Malaysia.

"Saya menjelaskan isu pokok harus jelas, akhiri budaya rasis maka pasti wujud komitmen dan persefahaman untuk pembaharuan," katanya.

Anwar masih belum menerima sebarang jawapan daripada Najib meskipun rundingan melalui Kalla berlalu beberapa minggu.

Sebelum ini, Kalla gagal dalam percubaan meraih perhatian kedua-dua pemimpin itu bagi menerima keputusan PRU13.

Tidak dapat dipastikan alasan Najib mencadangkan kerajaan perpaduan yang bakal mengundang kebencian Umno terhadap Anwar dan rakan-rakannya dalam PR. ~the malaysian insider





Iklan C (ii)

Betul Ke Berita Tergempar Ni?

Posted: 13 Aug 2013 07:47 PM PDT

Sebuah portal berita Filipina melaporkan bahawa jurucakap Kesultanan Sulu mendakwa bahawa tenteranya membunuh 8 askar Malaysia semalam di Lahad Datu, Sabah.

ABS-CBN dipetik Abraham Idrijani sebagai berkata bahawa penentuan itu berlaku pada Jumaat lepas di kawasan pedalaman Felda Lahad Datu di mana pasukan 50-orang-orangnya menyerbu kira-kira 200 anggota tentera Malaysia dalam bidang yang terbuka.

Idjirani berkata kejadian itu tidak dilaporkan dalam media Malaysia supaya tidak bercanggah dengan tapisan keselamatan di Sabah yang diberikan oleh kerajaan Malaysia berikutan pencerobohan oleh tentera Sulu Sultan Jamalul Kiram III awal tahun ini.

Tuntutan Idjirani telah bagaimanapun dinafikan oleh kedua-dua Timur Perintah Keselamatan Sabah (ESSCOM) Ketua Pengarah Mohammad Mentek dan negeri pesuruhjaya polis Hamza Taib.

Mentek menolak tuntutan itu sebagai tidak berasas, menyifatkannya sebagai tidak lebih daripada propaganda untuk mencipta ketakutan dan keharmonian.

Beliau berkata keselamatan yang diletakkan pada berjaga-jaga, kerana spekulasi bertiup kencang bahawa adalah pejuang Sulu telah merancang untuk pencerobohan kedua semasa cuti Hari Raya.

Sementara itu, Hamza berkata tiada pertempuran baru antara pasukan keselamatan dan pengganas Sulu.
~harakahdaily




Iklan C (ii)


Tiada ulasan: