Addin |
- Gambar Terbaru Ustaz Azizan..
- Anak Kunci Rezeki Langit Dan Bumi
- Ketua Buddha Mohon Maaf Isu Meditasi Di Surau
- Lagi Berita Menggemparkan Rakyat Malaysia..
- Akhirnya.. Anwar Dedah Rahsia Najib
- Gempar!! Perdana Menteri Jadi Pemandu Teksi
Posted: 13 Aug 2013 09:37 AM PDT |
Anak Kunci Rezeki Langit Dan Bumi Posted: 13 Aug 2013 09:01 AM PDT Pernah seorang yang muflis mendapat keajaiban dalam masa 4 bulan. Keajaiban bagaimana dia mendapat sesuatu yang sangat diinginkan dan tak mungkin mampu diperolehnya. Selepas menghadiri Bengkel Rezeki Laa Yahtasib. Beliau mengaku yang rezekinya tidak putus-putus dan sekarang telah menjadi peniaga makanan. Seorang lelaki lain yang muflis, dalam tempoh setahun masalahnya selasai dan tidak muflis lagi. Beliau mempunyai perniagaan sendiri di Ampang. Kalau diizinkan anda akan berjumpa dengan lelaki ini sewaktu bengkel nanti. Benar, ini adalah kisah benar yang berlaku kepada peserta Bengkel Rezeki Laa Yahtasib. Anda juga mampu mendapat apa yang anda hendak, dengan izin Allah..dalam bengkel Bengkel Rezeki Laa Yahtasib anda akan diberikan kaedah mustajab ulama silam dan guru-guru pondok. InsyaAllah, hajat akan mudah tercapai dan rezeki akan mengalir tanpa putus. Datanglah ke Bengkel Rezeki Laa Yahtasib, sila klik link di bawah untuk keterangan lanjut.. |
Ketua Buddha Mohon Maaf Isu Meditasi Di Surau Posted: 13 Aug 2013 08:03 AM PDT Ketua Sami Buddha, Maha Vihara hari ini memohon maaf kepada umat Islam atas tindakan kumpulan tersebut melakukan sesi meditasi di sebuah surau di pusat peraginan dekat Kota Tinggi, Johor. Datuk K. Sri Dhammaratana menyatakan kekesalan beliau berhubung insiden berkenaan dan menggesa agar pengikut Buddha menghormati senstiviti agama lain. "Kami ingin memohon maaf kepada sahabat Islam kami diatas tindakan kumpulan Buddha dari Singapura yang melakukan meditasi di surau pusat peraginan di Kota Tinggi. "Saya menyarankan penganut agama Buddha di Malaysia dan Singapura agar menghormati senstiviti agama lain dalam menjalankan kewajipan dan tanggungjawab menunaikan ibadah agama kita,"kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.Dhammaratana merujuk kepada sebuah video yang dimuat naik di laman Youtube yang memaparkan kumpulan penganut agama Buddha menggunakan surau sebagai tempat mereka bermeditasi. Video yang berdurasi selama 63 saat itu, bertajuk "Buddha Cina Sembayang Di Surau: Surau menjadi tokong" telah disiarkan pada 10 Ogos dan mendapat tontonan lebih dari 10,000 orang. Pemilik pusat peraginan tersebut, seorang warga Singapura dan mempunyai taraf penduduk tetap Malaysia ditahan petang Ahad lalu dan ditahan reman selama empat hari. Berita Harian semalam melaporkan, bahawa pemilik pusat peranginan berkenaan mempertahankan tindakannya dengan berkata dia tidak menyangka perbuatannya memberi kebenaran pada agama lain menggunakan surau adalah salah. Lelaki itu seperti yang dipetik berkata: " Ini kerana mereka ingin menggunakan surau hanya bagi tujuan meditasi "Jadi kita membenarkan mereka menggunakan surau tersebut tetapi mereka membawa peralatan sembayang ke dalam surau dibuat tanpa pengetahuan saya." ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
Lagi Berita Menggemparkan Rakyat Malaysia.. Posted: 13 Aug 2013 07:11 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemilik restoran Nasi Kukus Paka dekat sini, dijumpai meninggal dunia dengan kesan tikaman berhampiran premis tersebut kira-kira jam 7.00 pagi tadi. Mayat beliau dijumpai di kawasan tempat letak kereta di hadapan restoran miliknya oleh seorang pekerja kedai berdekatan dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah. Adun Paka, Ustaz Satiful Bahari Mamat berkata, allahyarham yang dikenali sebagai Lutfi, biasa menunaikan solat Subuh berjamaah di Surau Dar as-Salam."Kena tikam masa nak gi sembahyang Subuh. Biasa dia solat Subuh berjamaah di Surau Dar as-Salam, tauke Kedai Nasi Kukus Paka, ada empat cawangan kedai termasuk di Mydin Kuala Terengganu, dua buah di Paka dan satu di Mesra Mall," ujarnya dipetik Buletin Online ketika ditemui di tempat kejadian. Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu hadir ke lokasi sebaik diberitahu meminta keluarga allahyarham Lutfi yang berasal dari Kampung Pulau Rusa Kuala Terengganu, bersabar menerima ujian dari Allah itu. ~harakahdaily Iklan C (ii) |
Akhirnya.. Anwar Dedah Rahsia Najib Posted: 13 Aug 2013 02:23 AM PDT Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghubungi Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar diadakan kerajaan perpaduan antara Umno dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Dalam wawancaranya dengan laman web Asia Sentinel, Anwar berkata, usaha itu dibuat oleh Najib namun beliau menolaknya melalui perantara sebelum ia sempat menjadi kenyataan.Ini ekoran serangan yang dibuat oleh Utusan Malaysia ke atas masyarakat Cina dan India. "Saya berkata, isu asas mesti diselesaikan dahulu, hentikan serangan perkauman, kerana ia perlukan kefahaman dan kesungguhan untuk reformasi dan perubahan," kata Anwar. Namun, sehingga itu, Anwar tidak menerima sebarang balasan dari Najib.Usaha kerajaan perpaduan ini dibuat melalui bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang melibatkan beberapa siri lawatannya ke Kuala Lumpur, yang terakhirnya beberapa minggu lalu. Awal tahun ini, Jusuff Kalla gagal dalam usahanya untuk mendapatkan komitmen Najib dan Anwar menerima keputusan Pilihan Raya ke 13. Sehingga kini tidak pasti kenapa Najib mahu menghantar wakil bagi membincangkan kerajaan perpaduan sedangkan Anwar bukannya mempunyai nama yang baik dalam Umno di samping masalah dalam Pakatan Rakyat sendiri. Di kalangan Umno, ramai yang berpendapat walaupun Barisan Nasional lemah, tetapi parti komponen utama itu tetap kuat, menguasai 88 dari 133 kerusi parlimen selepas PRU13. Dalam suasana yang ada, pemimpin Umno berpandangan, menawarkan sebarang hubungan dengan pembangkang akan melambangkan kelemahan Umno. Dalam hal ini, Asia Sentinel membuat andaian tentang kerajaan perpaduan sebagai,"Ia adalah usaha Najib untuk membuka gelanggang baru melawan Mahathir, yang banyak membiarkan blogger kawalannya menyerang perdana menteri yang cedera itu." ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
Gempar!! Perdana Menteri Jadi Pemandu Teksi Posted: 12 Aug 2013 10:59 PM PDT Ini kisah benar yang berlaku di Norway.Perdana Menteri Jeans Stoltenberg mengambil risiko menyamar sebagai pemandu teksi.Beliau memakai baju seragam teksi Oslo, dan berkaca hitam untuk mengelakkan dirinya dari dikenali. Jadi apakah tujuan Perdana Menteri itu menyamar sebagai pemandu teksi? Melalui wawancara beliau bersama media Norway, Stonlberg menerangkan tindakannya itu. Katanya, beliau mahu memahami sendiri suara sebenar pengundi Norway dan merasakan kisah pemandu teksi dan penumpangnya adalah kisah yang jujur kerana ia dari akar umbi. "Ia amat penting untuk saya mendengar sendiri apa yang difikirkan rakyat,"katanya. Stonlberg mengakui ini kali pertama dalam hidup beliau selepas lapan tahun untuk kembali memandu. Ia mengundang kritikan dari Menteri Buruh yang menyatakan perbuatannya itu membahayakan nyawa penumpang. Ini berlaku apabila Perdana Menteri itu dikatakan sering tertekan pedal brek kerana menganggap ia pedal clutch. Tindakannya itu menjadi topik hangat dalam politik Norway.Stonlberg diakui sebagai pemimpin terkenal di negara itu, namun kajian dari pusat pilihan raya menunjukkan beliau ketinggalan dari pembangkang. Stonlberg turut ditanya adakah dia akan mempertimbangkan menukar kerjaya sebagai pemandu teksi sekiranya kalah pada pilihan raya nanti. "Saya fikir rakyat dan penumpang teksi Norway akan mendapat perkhidmatan yang lebih baik sekiranya saya jadi Perdana Menteri bukannya pemandu teksi," kata beliau diiringi derai ketawa. ~the malaysian insider Addin: Tapi bukan Najib..hi..hi.. Iklan C (ii) |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan